Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKSP Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia nya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW. PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH Begitulah tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini.

Hadirin yang dihormati sekalian Majlis pada pagi yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci AlQuran yang akan disampaikan oleh . Dan ditafsirkan oleh.. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada qari dan penterjemah atas bacaan ayat-ayat suci AlQuran itu tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, bacaan yang diperdengarkan itu tadi adalah dibaca dari surah. Ayat

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dipersilakan kumpulan nasyid .. dengan lagunya yang bertajuk Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan .. atas persembahan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan sebuah teater pentomen yang akan disampaikan oleh ahli kelab.. SMK Seri Perling.

Dengan ini, majlis mempersilakan ahli kelab....SMK Seri Perling untuk menyampaikan persembahan nya yang bertajuk wali keramat

Terima kasih diucapkan kepada ahli kelab. Di atas persembahan yang cukup bertenaga itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Kumpulan Nasyid.. untuk mengetuai bacaan selawat ke atas rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. . Untuk itu, hadirin diminta berdiri agar dapat selawat bersama-sama. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan nasyid atas persembahan selawat itu tadi. Hadirin jemput duduk.

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG ..AL-FADZIL USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK, QADI DAERAH PONTIAN. HADIRIN DAN HADIRTA DIMINTA BERDIRI. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Assalamualaikum WBT Yang AL-FADZIL USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK, qadi daerah pontian selaku penceramah jemputan Yang . Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak, YDP PIBG SMK Seri Perling

Yang berusaha,

) .

( ( ( (

) ) )

Pn Sharulbanun . Penolong kanan HEM Pn Rohazila Yon, Penolong Kanan Kokurikulum En Kamalrudin Ali, Penolong Kanan Petang

) . ) .

Barisan Guru-guru kanan, barisan AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa serta hadirin sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan Ibn Sina SMK Seri Perling bagi meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2012 bersamaan dengan 1433 hijrah. PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH Begitulah tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Abd Ghaffar Bin Abd Kadir untuk menyampaikan bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

Amin, ya rabb Al- Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abd Ghaffar Bin Abd Kadir di atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput, Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak, YDP PIBG SMK Seri Perling untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak di atas ucapan alu- aluan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar dan menghayati ceramah maulidur rasul yang akan disampaikan oleh AL-FADZIL USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK. Sebelum itu, izinkan saya membaca sedikit biodata mengenai penceramah jemputan kita. Dengan ini,majlis menjemput AL-FADZIL USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK untuk menyampaikan ceramahnya. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

Demikian tadi ceramah yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang diutarakan beliau sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Al-fadzil USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK.

Hadirin yang dihormati, sebagai tanda penghargaan daripada pihak majlis , majlis menjemput Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak di iringi oleh. Untuk menyampaikan cenderahati kepada yang berbahagia USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak di atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Alhamdulillah, dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka sempurnalah sudah Majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah 2012

Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan.

Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Majlis kita pada hari ini. Pihak majlis juga memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya sepanjang perjalanan majlis pada hari ini berlaku sebarang kekurangan dan kesilapan sama ada disengajakan atau tidak. Sekian WASSALAM

Majlis menjemput yang berbahagia USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK di iringi oleh Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak untuk menikmati jamuan yang disediakan.