Anda di halaman 1dari 11

BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

TAKRIF AL-QADA DAN AL-QADAR: Al-Qada dan al-Qadar merupakan rukun Iman keenam sebagaiman sabda Nabi s.a.w apabila ditanya Jibril a.s berkenaan Iman:


Maksudnya: Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, RasulrasulNya, Hari Akhirat, dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk. [al-Bukhari, Muslim]. Kalimah al-Qada wal Qadar jika disebut salah satunya tanpa yang satu lagi seperti dalam hadis di atas di mana hanya menggunakan kalimah al-Qadar tanpa al-Qada maka ia membawa makna yang meliputi keduanya dan jika bersamaan keduanya maka terdapat makna yang berbeza. [Majmuk Fatawa Ibn Usaimin, 2/79&80]. Al-Qadar bermaksud: Ketentuan Allah s.w.t terhadap makhlukNya semenjak Azali [Ibid] Al-Qada pula bermaksud: Pelaksanaan Allah s.w.t terhadap ketentuan tersebut [Ibid]. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:


Maksudnya: ia menjawab: Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. [Maryam: 21]. Allah s.w.t menyatakan pelaksanaan terhadap sesuatu ketentuan yang telah ditetapkan semenjak azali sebagai al-Qada dalam ayat ini dan sekaligus menolak bidaah Muktazilah Moden (Hizb-ut-Tahrir) yang mengatakan al-Qada tidak warid dalam naqal. Adapun berkenaan Qadar adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w:


Maksudnya: Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air. [Muslim]. HUKUM BERIMAN DENGAN AL-QADA DAN AL-QADAR Jelas daripada hadis terdahulu bahawa al-Qadar dan al-Qada termasuk rukun Iman yang enam maka mereka yang tidak percaya dengan perkara ini adalah kufur. Ingkar kepada al-Qadar bermakna ingkar kepada Qudrat Allah s.w.t sebagaimana kata Imam Ahmad bin Hanbal r.h:


Maksudnya: Qadar itu Kekuasaan Allah. [Tuhfah al-Saniyyah fi Syarhi al-Haiyyah, syeikh Muhsin al-Abbad]. Berkata Saidina Ibn Abbas r.a:


Maksudnya: (Beriman kepada) al-Qadar itu termasuk dalam Tauhid, maka sesiapa yang mentauhidkan Allah tetapi mengingkari Qadar maka pengingkarannya itu membatalkan tauhidnya. [Ibid]. Beriman kepada al-Qada dan al-Qadar membawa makna seseorang muslim itu hendaklah yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini sama ada yang baik atau buruk, Iman atau Kufur, Sunnah atau Bidaah, semuanya adalah berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t dan Allah s.w.t jua yang menjadikannya. Firman Allah s.w.t:


Maksudnya: dan Allah jua yang menciptakan kamu dan apa yang kamu lakukan [al-Saffat: 96]. Sabda Nabi s.a.w:


Maksudnya : dan ketahuilah bahawa jikalau makhluk sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah seslesi ditulis suhuf (tempat tulisan takdir). [al-Tarmizi, Ahmad] MARTABAT BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR Terdapat empat martabat yang perlu kita beriman dalam masalah al-Qada dan al-Qadar ini iaitu: Pertama: Beriman bahawa Allah s.w.t mengetahui semua yang akan berlaku sebelum ianya berlaku sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 30:


Maksudnya: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Firman Allah s.w.t:


Maksudnya: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya. [Luqman: 34] Maka martabat yang pertama ini termasuk dalam beriman dengan sifat Ilmu bagi Allah s.w.t. Kedua: Tulisan dan catatan Allah s.w.t terhadap ilmuNya akan perkara-perkara tersebut dalam Kitab di sisNya di atas Arasy sebagimana firman Allah s.w.t:


Maksudnya: dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata. [Yasin: 12] Berkata Ibn Kasir r.h: Semua perkara yang berlaku telah pun ditulis (sebelum berlakunya) dalam kitab yang dibentang dan ditetapkan dalam Lauh Mahfuz dan maksud Imam Mubin dalam ayat ini adalah Ibu Kitab [Ibn Kasir, 6/568] Demikianlah tafsir ayat ini dengan sepakat Mujahid, Qatadah, dan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam rahimahumullah dan Ibn Jarir al-Tabari r.h tidak menyebutkan sebarang khilaf dalam tafsirannya. Sabda Rasulullah s.a.w:


Maksudnya: Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air. [Muslim]. Imam al-Nawawi r.h dalam Syarah Muslim menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan peringkat penulisan Allah s.w.t terhadap takdir yang telah diketahuiNya sebelum itu lagi. [al-Minhaj, 16/203]. Ketiga: Martabat beriman bahawa semua yang berlaku dalam alam ini adalah dengan masyiah (kehendak) Allah s.w.t. Hal ini telah ijmak Ahli Sunnah wal Jamaah dan terkenal dalam akidah mereka dengan ibarat:


Maksudnya: Apa yang Allah s.w.t kehendaki pasti berlaku dan apa yang Allah s.w.t tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keteranganketerangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya. [al-Baqarah: 253]. Firman Allah s.w.t:


Maksudnya: dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). [al-Insan: 30]. Dalam ayat ini, Allah s.w.t menjelaskan bahawa segala kehendak manusia itu bergantung pada kehendak Allah s.w.t. Jika kehendak mereka sesuai dengan kehendak Allah dan diizinkan Allah untuk berlaku maka barulah ia berlaku jika tidak maka sama sekali tidak akan terjadi. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Takwir ayat 29:


Maksudnya: dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. Dalam surah Hud ayat 34 Allah s.w.t berfirman menceritakan perkataan RasulNya yang pertama, Nuh a.s.:


Maksudnya: dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika Aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadanya kamu akan kembali. Ayat ini menunjukkan dengan jelas, baik dan buruk, Iman dan Kufur seseorang, semuanya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. *Perlu diberi perhatian juga bahawa Iradah dan Masyiah Allah itu terdapat dua jenis: 1- Iradah Kauniah: Iaitulah kehendak Allah s.w.t berkenaan kejadian alam ini seperti adanya baik dan jahat, iman dan kufur, tauhid dan syirik, dan sunnah dan bidaah. Iradah Kauniah mesti terjadi jika Allah s.w.t mengkehendakinya terjadi walaupun tidak semuanya diredai Allah s.w.t seperti kufur, Allah s.w.t mengkehendaki kufur tetapi tidak meredainya. 2- Iradah Syariyyah: Kehendak Allah yang berkaitan urusan sayriat seperti kehendak Allah s.w.t supaya hamba-Nya beriman dan mentauhidkanNya. Kehendak ini tidak semestinya berlaku kepada semua makhluk tetapi semua kehendak jenis ini diredai Allah s.w.t. Keempat: Penciptaan Allah s.w.t terhadap takdir yang ditetapkanNya atau disebut marhalan Penciptaan Perbuatan dan inilah yang dimaksudkan dengan Qada. Maka apa yang Allah s.w.t

berkehendak untuk berlaku maka Dia jualah yang menciptanya untuk berlaku. Dalilnya firman Allah s.w.t:


Maksudnya: dan Allah jua yang menciptakan kamu dan apa yang kamu lakukan [al-Saffat: 96]. Maka apabila seseorang melakukan sesuatu perkara seperti makan maka dia makan adalah dengan kehendak yang Allah jadikan pada dirinya dan berlakunya perbuatan makan itu kerana mendapat izin dan perkenan Allah s.w.t dan perbuatannya makan itu makhluk (ciptaan) Allah s.w.t kerana Allah jua yang mencipta kekuatan (qudrat) pada makhlukNya untuk makan. JENIS-JENIS QADAR: Qadar itu terdapat beberapa jenis berdasarkan marhalah penulisannya dan kesemuanya terdapat lima jenis: Pertama: Takdir Am sebelum penciptaan alam iaitulah yang dijelaskan terdahulu yang tertulis dalam Lauh Mahfuz. Takdir dalam Lauh Mahfuz ini tidak berubah bahkan Lauh Mahfuz adalah Ummul Kitab sebagaimana firman Allah s.w.t:


Maksudnya: Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) pada sisiNya ada Ibu Segala suratan. [al-Ra'd: 39]. Maka yang tertulis di dalam Lauh Mahfuz ini adalah berdasarkan Ilmu Allah yang azali lagi abadi yang tidak akan berubah. Kedua: Takdir Rezeki, Ajal, dan amalan manusia sebelum diciptakan mereka sebagaimana dalam hadis debat Adam a.s dengan Musa a.s:


Maksudnya: (berkata Adam) Adakah kamu mencela aku atas urusan yang telah ditakdirkan Allah s.w.t berlaku atasku sebelum Dia mencipta aku dalam jarak 40 tahun? Ketiga: Takdir yang di atas juga setelah menjadi janin dan ditiupkan ruh. Ini berdasarkan hadis:


Maksudnya: Sesungguhnya kejaidn seseorang kamu dikumpulkan dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian dalam tempoh itu ia menjadi segumpal darah kemudian dalam tempoh itu ia menjadi segumpal daging kemudian diutuskan malaikat dan ditiup ruh padanya dan diperintah untuk menulis empat perkara iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya, dan kedudukannya sama ada celaka (ahli neraka) atau bahagia (ahli syurga), maka demi Zat yang tiada sembahan yang berhak

disembah kecuali dia sesungguhnya seseorang kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga antara dia dan syurga tinggal sehasta sahaja lagi lalu didahului dengan kitab (takdir) maka dia beramal dengan amalan ahli neraka dan memasukinya dan seseorang kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dia dengan neraka jaraknya sehasta sahaja lagi lalu didahului takdir maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu memasukinya. [al-Bukhari & Muslim]. Keempat: Takdir Tahunan yang ditentukan pada malam Lailatul Qadar berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Qadar ayat 4:


Maksudnya: pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Kelima: Takdir Harian berdasarkan firman Allah s.w.t:


Maksudnya: sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhlukmakhlukNya). [Al-Rahman: 29] Maka demikianlah martabat penulisan takdir itu dan empat takdir yang terkemudian semuanya bergantung dan pecahan daripada takdir yang telah ditetapkan dalam Ummul Kitab (Lauh Mahfuz). TAKDIR DAN USAHA: Ahli Sunnah wal Jamaah percaya bahawa manusia itu bukanlah perlu menyerah sahaja kepada Allah s.w.t tanpa berbuat apa-apa kerana usaha adalah termasuk dalam takdir Allah s.w.t iaitu Allah s.w.t telah menetapkan dalam Alam ini setiap yang berlaku ada sebabnya, maka atas wujudnya sebablah manusia berusaha. Sabda Nabi s.a.w:

} {
Maksudnya: Tidaklah ada seorang daripada kamu melainkan telah ditetapkan baginya tempat sama ada di syurga atau neraka. Tanya Sahabat: Wahai Rasulullah, tidak bolehkan jika demikian kami bertawakkal sahaja? Jawab baginda: Berusahalah kerana setiap kamu dimudahkan baginya (berdasar apa yang ditetapkan padanya). Lalu Nabi s.a.w membaca :

hingga firman Allah:


[Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim]. Maksudnya Nabi s.a.w menyatakan bahawa setiap manusia akan dimudahkan untuk berusaha ke arah takdir yang ditetapkan baginya. Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t:

)8( (5) (6) (7) )01( (9)

Maksudnya: Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -serta ia mendustakan perkara yang baik, maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. [al-Lail: 5-10] Oleh itu, tidak ada hujah ke atas Jabariah yang berdalih dengan takdir kerana takdir itu rahsia Allah s.w.t, seseorang itu tidak mengetahui nasibnya kecuali setelah dia berusaha dan mendapat natijah usahanya. Demikian juga Allah s.w.t telah menetapkan bagi manusia itu hasil sekedar apa yang diusahakannya sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam kitab-Nya dan telah diketahuiNya sejak azali. Dalam hadis yang lain menyatakan:


Maksudnya: Berkata Umar: Wahai Rasulullah, apakah yang kita lakukan (amalan makhluk) ini perkara yang baharu atau telah pun telah ditetapkan oleh Allah? Jwab Nabi s.a.w: Telah ditetapkan wahai Ibn al-Khattab dan setiap orang itu dimudahkan baginya (berdasarkan takdir yang telah ditetapkan), maka sesiapa yang ditetapkan menjadi ahli saadah (syurga) maka dia akan beramal dengan amalan yang membawanya kepada syurga adapun mereka yang ditetapkan sebagai ahli syaqawah (neraka) maka dia akan beramal dengan amalan yang membawanya ke neraka. [al-Tarmizi, Ahmad-sahih-]. Maka dengan jawapan Rasulullah s.a.w ini, terungkailah segala kemusykilan dan jelaslah jalan bahawa tiada pertentangan antara usaha dan takdir. Wallahualam. TAKDIR DAN REDA: Kita diperintahkan reda dalam takdir yang Allah s.w.t redainya dan tidak mencela pelakunya seperti Iman, Islam, dan musibah alam seperti cedera, sakit, kemalangan, dan kematian. Adapun takdir yang Allah s.w.t mencela pelakunya maka kita dilarang meredainya seperti perbuatan dosa, walaupun ianya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t tetapi kehendak kauni dan Allah s.w.t mencela pelakunya maka dalam hal semacam ini kita dilarang meredainya. [Majmuk Fatawa Ibn Taimiah, 8/190-192].

RUKUN IMAN

Mukaddimah

Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita, maka baharulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara samiyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran pada awal surah al-Baqarah, ayat 3:


Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Oleh itu, seseorang yang tidak meyakini akan perkara-perkara ghaib di dalam Islam, maka mereka sebenarnya tidak beriman kepada al-Quran dan selanjutnya mereka tidak beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan pastinya mereka tidak beriman kepada Allah SWT yang mewahyukan al-Quran itu. Natijah daripada keimanan kepada yang ghaib ini sangat penting, iaitu menjadikan muslim itu sentiasa berwaspada dalam kehidupannya. Ini kerana, setiap perbuatannya di atas dunia ada implikasinya di akhirat, iaitu sama ada akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT ataupun dicampakkan ke dalam neraka, waliyazubillah! Rukun iman ada enam perkara: 1. Beriman kepada Allah SWT Beriman kepada Allah SWT bermaksud, seseorang itu wajib mengenali Allah yang disembahnya dan meyakini bahawa Allah itu wujud, Allah yang menciptakan alam ini dan sebagainya lagi. Muslim juga wajib mengimani apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia dan seluruh alam ini walaupun ia kelihatan tidak rasional pada akal fikiran manusia. Atas alasan inilah, seorang muslim wajib mempelajari ilmu usul, tauhid atau akidah bagi menetapkan keyakinannya kepada Allah SWT. Ilmu inilah yang lebih dikenali dengan nama Sifat 20, yakni mengetahui dengan tafsil 20 sifat yang wajib bagi Allah SWT. Alangkah aibnya jika mengaku beriman kepada Allah SWT tetapi tidak mengenali Allah SWT. 2. Beriman kepada para malaikat Malaikat dijadikan Allah SWT sebagai makhluk yang taat kepada perintah-perintah-Nya. Ada sepuluh nama malaikat dan tugasnya yang harus kita ketahui iaitu, Jibril yang menyampaikan wahyu; Mikail iaitu penurun rezeki; Israfil, iaitu peniup sangkakala atau terompet pada hari kiamat; Izrail iaitu pencabut nyawa makhluk; Raqib dan Atid, iaitu malaikat kiraman katibin yang mencatat amalan baik dan jahat manusia; Munkar dan Nankir, iaitu dua malaikat yang ditugaskan Allah SWT bagi menanyakan soalan di alam barzakh dan dua malaikat terakhir, iaitu Malik dan Ridzwan yang ditugaskan menjaga Neraka dan Syurga. 3. Beriman kepada kitab-kitab Kitab-kitab ini bermaksud, apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada rasul-rasulNya yang menjadi panduan atau syariat dalam kehidupan. Ada empat buah kitab yang harus

kita ketahui, iaitu Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s; Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s; Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s dan terakhir al-Quran yang dittitipkan kepada Nabi Muhammad saw. Di samping kitab-kitab, turut diturunkan kepada beberapa nabi ialah suhuf-suhuf yang berupa keterangan ringkas mengenai hukum-hakam atau sesuatu syariat. Misalnya suhuf yang diberikan kepada Nabi Ibrahim. 4. Beriman kepada para rasul Para rasul diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia sebagai penunjuk jalan keselamatan. Mereka membimbing manusia daripada penyembahan yang salah, misalnya menyembah berhala atau sesama makhluk kepada menyembah Allah yang Maha Esa, dan seterusnya menjadi model kehidupan bagi seluruh umatnya. Sebab itulah Allah SWT mengutuskan para rasul ini daripada kalangan manusia agar mereka mampu ditauladani serba-serbi dalam sebarang aspek kehidupan. Terdapat 25 orang nabi lagi rasul yang wajib diimani oleh seorang muslim, iaitu:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. Nabi Adam a.s. Nabi Idris a.s. Nabi Nuh a.s. Nabi Hud a.s. Nabi Salih a.s. Nabi Ibrahim a.s. Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s) Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.) Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.) Nabi Yaakub a.s. Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Yaakub a.s.) Nabi Ayub a.s. Nabi Syuaib a.s. Nabi Musa a.s. Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.) Nabi Zulkifli a.s. Nabi Daud a.s. Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.) Nabi Ilyas a.s. Nabi Ilyasa a.s. Nabi Yunus a.s. Nabi Zakaria a.s. Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s) Nabi Isa a.s. Nabi Muhammad s.a.w.

5. Beriman kepada hari akhirat Hari Akhirat adalah suatu hari di mana semua manusia akan dikumpulkan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar. Tujuannya, semua manusia akan dihadapkan ke mahkamah Allah SWT dan diadili segala amal perbuatannya di atas dunia ini. Di dalam mahkamah Allah SWT itulah, manusia akan diberikan kitab atau buku yang semasa di dunia dahulu ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin (Raqib dan Atid) dan seluruh anggota tubuhnya sendiri menjadi saksi amal perbuatannya di dunia dahulu. Amal perbuatan manusia juga akan ditimbang atas timbangan al-Mizan. Kemudian, kita semua akan melalui satu jambatan yang dikenali titian sirat al-

mustaqim (titian yang lurus) sebelum dapat masuk ke syurga Allah SWT. Mana-mana manusia yang amal jahatnya melebihi amal kebaikan atau tidak beriman kepada Allah SWT, maka mereka tidak akan berjaya melintasi neraka dan akan terjatuh ke dalam neraka bagi menerima azab di atas kelalaian mereka di dunia. Manusia yang selamat melintasi titian itu akan masuk ke dalam syurga Allah SWT yang penuh kenikmatan sebagai ganjaran di atas keimanan dan ketakwaan mereka di atas dunia dahulu. Semua manusia akan melalui proses ini tanpa kecuali, hatta mereka seorang nabi atau rasul. 6. Beriman kepada qada dan qadar Qada dan qadar bermaksud, seluruh kehidupan manusia dan perjalanan alam di atas muka bumi ini hakikatnya sudah ditentukan dan termaklum dalam ilmu Allah SWT. Apa yang akan terjadi sesaat daripada ini adalah di dalam ilmu Allah SWT. Ia bermaksud, kita hanya perlu berusaha dan hasilnya Allah SWT yang memberikannya, kerana ia adalah dalam pengetahuan Allah SWT dan Allah SWT sendirilah yang berhak menentukan akhir sesuatu perkara. Sungguh pun Allah SWT sudah tahu apa yang akan terjadi, namun sebagai manusia kita wajib berusaha ke arah kebaikan, diiringi dengan doa bersungguh-sungguh dan di akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT, agar kesudahannya kelak beroleh kebaikan. Inilah yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dan ditegaskan lagi oleh Baginda Muhammad SAW: Tidak tertolak qada itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan. (Hadis riwayat Tirmidzi daripada Salman al-Farisi r.a) Di samping itu, ulamak membahagikan qada itu sendiri kepada dua, iaitu qada mubram dan qada muallaq. Qada mubram adalah seuatu yang tetap akan berlaku dan tidak boleh ditolak, misalnya orang muda akan menjadi tua, setiap yang hidup pasti akan mati. Manakala, qada muallaq ialah sesuatu yang dapat ditolak dengan doa atau dengan berbuat kebajikan, misalnya bersedekah yang menolak musibah, sebagaimana yang dicatatkan di atas. Berikut dipetik daripada sebuah http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/98/doa-perlu-disertai-usaha bagi menerangkan lebih rinci tentang maksud di atas. artikel

Kata Imam al-Ghazali: Jika ada orang bertanya, apa manfaat doa itu padahal qada (ketentuan Allah) tidak dapat dihindarkan. Ketahuilah bahawa qada juga boleh menghindarkan suatu bala dengan berdoa. Maka doa menjadi sebab bagi tertolaknya suatu bala bencana dan adanya rahmat Allah sebagaimana juga halnya, perisai menjadi sebab bagi terhindarnya seseorang daripada senjata dan air menjadi sebab bagi tumbuhnya tumbuhtumbuhan di muka bumi. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ar-Rad ayat 39 yang bermaksud: Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan. Pengarang kitab Bahr al-Madzi membawakan masalah qada mubram dan qada muallaq mengenai makna kedua-dua jenis qada itu dan hubungannya dengan doa: (Kata ulama) qada mubram itu ialah suatu yang ditentukan Allah di dalam ilmunya, tidak boleh diubah dan tidak boleh ditukarnya dan qada muallaq itu seperti suatu perkara yang bertaliq sekiranya engkau berdoa nescaya diperkenankan apa-apa doamu dan sekiranya engkau berbuat bakti dan silaturrahim nescaya dipanjangkan umurmu dan sekiranya tiada diperbuatkan bakti dan tiada berdoa, tiadalah diperkenankan dan ditambah umur dan bertentang dengan barang yang

di dalam ilmu-Nya. Maka qada muallaq itulah yang ditolak oleh doa. (Lihat Bahr Al-Madzi 13-14/196)

Anda mungkin juga menyukai