Anda di halaman 1dari 18

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGIRA FAKTA ASAS TAMBAH DAN TOLAK MELALUI PENDEKATAN PENGGUNAAN JARI Oleh: Leuhing

anak Lawat Sekolah Kebangsaan Nanga Beguang,Song,SARAWAK ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mengira fakta asas tambah dan tolak menggunakan jari.Meskipun kajian ini merupakan kajian yang nampak ringkas,namun ianya saya rasakan sanggat berguna dan bermakna. Kemahiran menguasai fakta asas tambah dan tolak ialah paling penting dalam Matematik. Seramai 8 orang murid Tahun 6 dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam kemahiran menambah dan menolak.Terdapat beberapa orang murid yang masih lagi menggunakan kaedah penambahan yang lama iaitu pengiraan menggunakan bentuk kayu lidi.Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran fakta asas tambah dan tolak ini. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama tiga minggu pada setiap malam Isnin hingga Khamis (0730-0830) selama satu jam bagi setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan penguasaan menambah dan menolak penguasaan fakta asas. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 6. Kelas Tahun 6 ini merupakan salah satu kelas yang perlu diberikan perhatian khusus supaya kesemua murid-murid saya ini lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2011 ini. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas penambahan dan penolakkan. Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan menambah dam menolak sebagai asas kepada semua murid-murid . Selepas setiap kali mengadakan latihan menambah dan menolak,saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara 40% hingga 60% sahaja. Keadaan ini begitu mengecewakan saya. Empat orang murid iaitu 50% daripadanya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang saya ajar. Apa yang berlaku setiap kali latihan menambah dan menolak dijalankan, mereka sering memberikan alasan nilai-nilai untuk ditambah adalah terlalu banyak bahkan tidak dapat untuk mengingat jadual penambahan dah penolakkan. Keadaan ini telah menyebabkan murid saya merasa bosan dan sebagai seorang guru tidak pernah berputus asa ,saya akan cuba untuk menangani masalah ini.

Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir dan mereka gagal untuk mengusai jadual penolakan dan penambahan maka saya mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas tambah dan tolak khusus untuk murid-murid saya yang kurang daya ingatan. Kemahiran menambah dan menolak fakta asas ini sangat penting didalam memudahkan murid-murid saya mahir didalam menguasai topik-topik pelajaran matematik yang lain. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid di sekolah saya. 2.0 FOKUS KAJIAN

Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat menambah dan menolak dengan lebih tepat dan lebih cepat. Mereka masih lagi lambat untuk memberikan respon biarpun penambahan dan penolakkan itu hanya melibatkan satu atau dua digit . Saya menggunakan pendekatan menambah dan menolak menggunakan jari ini untuk membantu murid saya menguasai kedua dua kemahiran ini. Kemahiran menguasai fakta asas tambah dan tolak adalah sangat penting dalam Matematik. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka kesukaran untuk membuat operasi pendaraban dan pembahagian akan timbul dikalangan murid-murid saya. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran tambah dan tolak digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat. Bagi murid yang tinggi daya ingatan nya,ianya tidak akan menjadi masalah untuk terus menjawab dengan cepat, tetapi bagi murid yang lemah daya ingatannya,saya yakin kemahiran ini nanti boleh membantu murid-murid menambah dan menolak dengan lebih cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkanmotivasi murid untuk membuat operasi pendaraban dan pembahagian. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Membantu meningkatkan kemahiran tambah dan tolak menggunakan jari sendiri. Objektif Khusus 3.2.1 Murid dapat menggunakan jari mereka untuk aktiviti mengira dan menolak dan tidak mengira dengan penggunaan tolak ataupun tambah kaedah kayu lidi . 3.2.2 Murid boleh menguasai fakta asas tambah dan tolak secara bertulis dengan tepat dan cepat. 3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan menghapuskan murid PROTIM. 3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

3.2

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 6 yang didapati mempunyai masalah tambah dan tolak dalam menguasai fakta sasa matematik. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang sederhana dan ada juga yang lemah.

5.0 5.1

PELAKSANAAN KAJIAN TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian. 5.1.2 Temu Bual Selain itu juga saya melakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat jadual penambahan dan penolakkan. 5.1 3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mencongak fakta asas tambah dan tolak. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat. 5.1.4 Pra Ujian Pra Ujian dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk Nombor Bulat 1 , 000 000 kemahiran tambah dan tolak. Pra Ujian dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 6 soalan Subjektif (3 soalan tambah dan 3 soalan tolak) dimana murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian. Tempoh masa menjawab adalah 10 minit.

5.2

ANALISA TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kaedah tambah dan tolak menjadi masalah kepada 4 orang murid Tahun 6 Teknik mengingat jadual penambahan dan penolakkan berbeza-beza antara seorang murid. Ada di antaranya yang menggunakan pengiraan tambah dan tolak menggunakan pemotongan kayu lidi sepertimana murid tahun 2. Hanya (50%) iaitu 4 orang daripada mereka menggunakan kaedah mengingat jadual penambahan dan penolakkan manakala (50%) iaitu 4 orang yang lain mengira menggunakan kaedah tambah dan tolak sepertimana melukis kayu lidi ataupun kaedah sendiri. Pada pendapat saya, kaedah tambah dan tolak yang akan saya ketengahkan ini adalah kaedah yang boleh membantu murid saya lebih menguasai fakta asas tolak dan tambah dengan lebih cepat dan tepat lagi. 5.2.2 Temu Bual Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) murid meminati mata pelajaran Matematik. 4 orang (50%) meminati tajuk Nombor Bulat Hingga Tujuh Digit . 8 orang (100%) mengatakan mereka tidak berupaya untuk menjawab soalan soalan itu dengan betul dan cepat dan masa yang tidak mencukupi Empat orang (50%) mengatakan teknik menghafal jadual penambahan dan penolakan yang sangat sukar dan mudah untuk lupa.

5.2.3

Soal Selidik

Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Tambah dan Tolak

BIL

PERKARA

SETUJU BIL % 100

TIDAK SETUJU BIL 0 % 0

Minat mata pelajaran Matematik. Minat Tajuk Nombor Bulat Hingga 1 000 000.(Tujuh digit) Berupaya mencongak fakta asas Tolak dan tambah dengan betul dan cepat

50

50

8
4

100

Mudah lupa jadual penambahan dan penolakan. Bosan menghafal jadual fakta asas penambahan dan penolakkan
Berupaya menjawab dengan tepat soalan tambah dan tolak sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan.

50

50

50

50

75

25

Jadual 1 menunjukkan lapan orang (100%) murid saya tidak berupaya menguasai fakta asas tambah dan tolak dengan betul dan cepat. Hanya (50%) daripadanya yang meminati tajuk Nombor bulat ini.(50%) iaitu 4 orang daripadanya mengatakan lupa kepada jadual penambahan dan penolakkan yang dihafal dan juga mengatakan bosan untuk menghafal jadual fakta asas tersebut.Manakala hanya 6 (75%) yang berupaya menjawab soalan tersebut sekiranya masa menjawab soalan dipanjangkan. 5.2.4 Pra ujian

Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 6 Dalam Pra Ujian


GRED A B C D E JUMLAH MURID UJIAN PRA BILANGAN %

1 3 2 2 8

12.5 37.7 25.0 25.0 100

Jadual 2 menunjukkan masing-masing 2 orang (25%) murid mendapat gred C dan gred D . Murid-murid ini dikenalpasti kurang berupaya mencongak akta asas tambah dan tolak.Kesimpulan daripada Pra Ujian yang dijalankan sangat membimbangkan kerana 4 (50%) murid gagal untuk memperolehi gred B dan ke atas.

. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah: 5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( Permainan menunjukkan bilangan jari ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa. 2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan mengikut konsep membuka dan menutup bilangan jari yang disebutkan. 3) Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu. 5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat tambah - 5 minit ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang mengandungi 10 soalan. 2) Soalan Cepat Kira Fakta Asas tambah sehingga 5 digit 3) Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit. 4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat tolak - 5 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2. Set soalan yang diberi kepada murid-murid 2) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 5 minit. 3) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 5.3.1.4 AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat tambah dan tolak - 4 minit ) 1) Aktiviti ini merangkumi soalah tambah dan tolak. 2) 5 soalan tambah dan 5 soalan tolak. 3) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 4 minit. 4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah: a) Aktiviti 1 ( Pengaitkan konsep tambah dan tolak dengan jari/tangan ) i) Gambar jari terbuka dan tertutup. ii) kad nombor 1-20 iii) kad simbol tambah dan tolak. iv) Borang analisa pencapaian kumpulan v) Jam b) Aktiviti 2 ( Ujian Cepat tambah 5 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 10 soalan Fakta Asas tambah. ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam. Aktiviti 3 ( Ujian Cepat tolak 5 minit )

c)

i) ii) iii) d)

Lembaran kerja yang mengandungi 10 soalan Fakta Asas tolak. Borang analisa pencapaian individu. Jam.

Aktiviti 4 ( Ujian Cepat tambah dan tolak 4 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 10 soalan Fakta Asas tambah dan tolak. ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam.

5.3.3

Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian. a) b) c) d) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 3 minggu mulai 14 Februari 2011 hingga 4 Mac 2011. Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Isnin hingga Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu (0730-0830 malam). Penyelidik sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan dan murid-murid juga turut terlibat dalam membuat pemerhatian, temubual dan soal selidik. Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan. Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran, melalui latihan bertulis dan pra ujian . Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini. Borang soal selidik diedarkan kepada murid-murid dan mereka menjawab. Tujuan menjalankan sesi soal selidik agar murid lebih berani untuk menyatakan masalah yang mereka hadapi mendapatkan maklumat secara temubual. Temubual dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan untuk mendapatkan respon murid terhadap mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Pra Ujian dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian Sebenar dibuat pada akhir tempoh kajian. Ujian Sebenar diberikan kepada kumpulan murid sasaran. Keputusan Pra Ujian dan ujian Sebenar dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi murid. Ujian pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan pendaraban di bawah tajuk Nombor Bulat Hingga 1000 000 kemahiran tambah dan tolak. Soalan Pra Ujian adalah sama dengan soalan ujian Sebenar. Aktiviti 1, 2, 3 dan 4 diulangi bagi setiap sesi bimbingan cuma yang berbeza ialah set soalan bagi Ujian Cepat Kira.

e)

f)

g)

h)

i)

5.4

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN 5.4.1Aktiviti 1 ( pengaitkan konsep tambah dan tolak menunjukkan bilangan jari ) Murid-murid didedahkan dengan aktivit ini selama 3 minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan sewaktu sesi bimbingan dijalankan dan juga sesi permulaan pengajaran dan pembelajaran Matematik saya.

Setiap set terdiri daripada kad nombor 1- 20 ,gambar jari terbuka dan tertutup/kad simbol tambah dan tolak. Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut:

LANGKAH

PENERANGAN

Langkah 1

1) Guru mengedarkan satu set kad beserta gambar-gambar yang ditunjukkan 2) Guru meminta murid menyebut semua nombor 1 sehingga 20, ini kerana apabila penambahan yang biasa dilakukan jawapannya tidak melebihi 20. a) selepas itu , guru menunjukkan gambar jari yang terbuka dan kemudian jari yang tertutup. b) murid cuba meneka kaitan keadaan jari terbuka dan tertutup itu dengan konsep operasi tambah dan tolak. c) guru menerangkan apabila menambah kita perlu membuka bilangan jari kita mengikut nombor yang di atas,Setetusnya kita perlu menyebut nombor selepas nombor yang dibawah mengikut bilangan jari yang tunjukkan. Kad Nombor :
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Contoh :

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

9 7_ ___ dalam menyelesaikan masalah ini, murid perlu membuka bilangan jari mengikut numbor di atas iaitu nombor 9. Setelah itu , murid kemudiannya menyebut nombor selepas nombor di bawah iaitu selepas nombor 7. Nombor selepas 7 ialah 8. Murid menyebut dengan nombor + 8, 9, 10, 11, 12 13 ,14 ,15, 16

Bilangan jari yang dibuka mengikut nombor di atas iaitu 9. Pada akhir pengiraan,murid akan mendapat jawapan 16.

LANGKAH

PENERANGAN

Langkah 2

d) guru menerangkan apabila menolak kita perlu mengenggam jari kita mengikut .Kemudian kita perlu membuka jari satu demi satu dengan menyebut nombor selepas nombor yang dibawah dan berhenti membuka jari apabila sampai nombor di atas..kemudian kita kira bilangan jari yang dibuka. Kad Nombor :
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Contoh : 1 3 7_ 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

_____ dalam menyelesaikan masalah ini, murid perlu menggengam jari.Kemudian murid perlu membuka jari satu demi satu dengan menyebut nombor yang dibawah dan berhenti membuka jari apabila sampai nombor di atas. Kemudian mengira bilangan jari yang dibuka. Nombor selepas 7 ialah 8.
8, 9, 10 , 11 , 12 13 (berhenti membuka jari)

Bilangan jari yang dibuka mengikut nombor di atas iaitu 6 Pada akhir pengiraan,murid akan mendapat jawapan 6 .

Pada akhir aktiviti ; Guru mengajar murid satu lagu. Lagu Jariku boleh tambah dan tolak Kita ada , 2 belah tanggan 5 jari kiri,5 jari kanan Buka jari kiri,buka jari kanan, Jika buka jari,ianya penambahan. Lihat nombor atas , buka lah jarimu, Lihat nombor bawah,Apakah nombor selepas itu? Genggam jari kiri,genggam jari kanan, Jika genggam jari, ianya penolakkan. Lihat nombor bawah,apa nombor selepas itu? Lihat nombor atas,buka jari hingga nombor itu.

Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid ini mula menunjukkan minat kerana mereka belajar sambil menyanyi.Murid lebih mudah untuk mengingat konsep membuka jari sebagai operasi tambah dan penolakkan dengan menggengam jari dan membukanya.

ii) Refleksi Saya berpendapat bahawa pendekatan belajar ini meransang murid saya untuk lebih menguasai fakta asas penolakan dan penambahan. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria, harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid-murid. . 5.4.2 Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas tambah 5 minit ) Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah langkah-langkah bagi aktiviti 2. i. ii. iii. Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 10 soalan. Guru menerangkan cara-cara menjawab. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 5 minit. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

i)

Pemerhatian Ujian Cepat Kira Fakta Asas tambah dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1 dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta asas tambah. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua 10 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas tambah ( 5 minit )
Murid-murid Kumpulan Sasaran Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul. ( minit: saat ) 3: 50 4:16 4:20 4:25

Refleksi Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut dan mempunyai lebihan masa untuk menyemak jawapan. 5.4.3 Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Tolak 5 minit ) i. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2. ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 5 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

ii)

i) Pemerhatian Ujian Cepat Kira Fakta Asas tolak dijalankan . Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta asas tolak. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua 10 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. Jadual 4: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Tolak ( 5 minit )
Murid-murid Kumpulan Sasaran Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul. ( minit: saat ) 3: 30 4:10 4:20 4:15

ii) Refleksi Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas tolak walaupun tempoh masa ialah 5 Minit.Murid dapat menjawabnya dangan lebih cepat.. 5.4.4 Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Tambah dan tolak 5 minit ) i) Guru mengedarkan set soalan yang sama. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam tempoh masa 5 minit. ii) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. i) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid kumpulan sasaran ini dapat menyiapkan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan. Mereka dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Tambah dan Tolak ( 5 minit )
Murid-murid Kumpulan Sasaran Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul. ( minit: saat ) 3:50 4:25 4:18 4:28

ii)

Refleksi Saya berasa sungguh gembira kerana semua murid ini dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas tambah dan tolak. Latih tubi yang diberikan secara berterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka.

5.5

REFLEKSI KAJIAN

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid. Berdasarkan maklumat Pra ujian dan ujian sebenar, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran fakta asas penambahan dan penolakkan. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan muridmurid dalam ujian sebenar Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Pra Ujian dan Ujian Sebenar
GRED PRA UJIAN UJIAN SEBENAR

BIL
A B C D E

%
12.5 37.7 25.0 25.0 0

BIL
4 4 0 0 0

%
50% 50% 0 0 0

1 3 2 2 0

Jadual 6 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian Sebenar. 4 orang (50%) murid tersebut telah mencapai gred A dan 4 orang (50%) Gred B dalam ujian Sebenar berbanding gred C dan D dalam Pra Ujian yang telah dijalankan. Dapatan maklumat ditunjukkan dalam graf di bawah. Graf 1 : Perbandingan Murid-murid Secara Individu Antara Pra Ujian dan Ujian Sebenar

Pra Ujian Ujian Sebenar 100

80 60 40 20 0 M1 M2 M3 M4

Graf 1 menunjukkan peningkatan secara individu. 4 orang (100%) murid telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Mereka telah mencapai gred B dengan menjawab semua soalan dengan betul dalam ujian Sebenar berbanding Pra Ujian yang dijalankan sebelum ini.

Markah (%)

Jadual 7: Laporan Sesi Temubual Selepas Kajian


SETUJU BIL 1 Minat mata pelajaran Matematik. Minat Tajuk Nombor Bulat Hingga 1 000 000.(Tujuh digit) Berupaya mencongak fakta asas Tolak dan tambah dengan betul dan cepat 8 % 100 TIDAK SETUJU BIL 0 % 0

BIL

PERKARA

100

0 0
0

0
0

100

Mudah untuk menggunakan kaedah pengiraan tambah dan tolak menggunakan kaedah jari Bosan menghafal jadual fakta asas penambahan dan penolakkan
Berupaya menjawab dengan tepat soalan tambah dan tolak sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan.

100

50

50

100

Jadual 7 menunjukkan 8 orang (100%) murid berupaya untuk mencongak fakta asas tolak dan tambah dengan menggunakan kaedah penggunaan jari. Mereka (100%) juga tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran saya berbanding sebelum kajian dijalankan. Keadaan ini menunjukkan peningkatan minat murid di dalam menguasai tajuk ini.

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan sasaran saya. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalani suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal. Aktiviti 1 ( pengaitkan konsep tambah dan tolak menunjukkan bilangan jari ) terhadap mencongak fakta asas tambah dan tolak amat memberansangkan . Hal ini demikian kerana naluri kanak-kanak yang sememangnya sangat cenderung kepada aktiviti yang menghiburkan iaitu melalui nyanyian dan juga konsep yang mudah untuk di dingat. Terdapat peningkatan pencapaian dalam tempoh masa mereka menjawab soalan melibatkan operasi tambah dan tolak dengan menggunakan kaedah pengiraan jari. Apabila mereka telah menguasai kemahiran fakta asas ini, maka mereka dapat menjawab soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas tolak dan Bahagi iaitu aktiviti ke 4. Murid juga mampu untuk menjawab dalam masa yang ditetepkan berbanding Pra ujian yang dijalankan sebelum ini. 5.5.3 Refleksi Keseluruhan

Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menguasai fakta asas tambah dan tolak dengan menggunakan kaedah yang saya rasakan senang untuk difahami.Selain nyanyian yang mampu untuk membantu murid memahami konsep tambah dan tolak,ia secara tidak lansung meningkatkan minat dikalangan murid-murid saya terhadap tajuk Nombor Bulat ini. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas tambah dan tolak.Saya juga bercadang untuk mengaplikasikan kajian ini pada murid-murid yang seringkali menghadapi permasalahan operasi asas tambah dan tolak terutamanya tahap satu.

BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia (2011). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 6, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2006),Pusat Perkembangan Kurikulum, modul pengajaran kemahiran asas mengira Dr,Shukri Abdullah,PHD (pakar kemahiran belajar) ,Universiti Sains Malaysia (USM),2007

Disediakan Oleh :
Guru Matematik Sk Nanga Beguang,Song,SARAWAK En.Leuhing Anak Lawat 2011