Anda di halaman 1dari 1

CARA-CARA MENGHORMATI GURU Guru mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berjaya.

Menurut Tan Sri Muhyidin Yassin, sempena sambutan hari guru yang lepas, setiap murid perlulah menghormati guru. Persoalannya apakah cara-cara untuk menghormati guru? Antara cara untuk menghormati guru adalah dengan memberi salam ketika bertemu guru. Guru perlu dihormati kerana memberikan ilmu kepada kita. Sebagai murid, kita perlu mengucapkan selamat sejahtera atau member salam ketika berjumpa dengan guru. Selain itu, murid juga perlu menyiapkan kerja sekolah sebagai tanda menghormati guru. Hal ini demikian kerana kerja yang dihantar oleh murid-murid akan menyebabkan guru berasa dihargai. Guru juga akan berasa gembira. Seterusnya, murid perlulah berdisiplin semasa berada di sekolah. Dengan berdisiplin, akan memudahkan guru mengajar di dalam kelas. Sebagai contohnya , semasa guru mengajar, murid perlu senyap dan tidak berbual-bual. Di samping itu, kita juga perlu menunjukkan kasih sayang kepada guru. Perkara ini boleh ditunjukkan melalui sikap kita sendiri. Kita boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Selain itu, kita juga boleh memberikan hadiah kepada guru sebagai penghargaan kita terhadap guru. Sesungguhnya guru itu ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Oleh sebab itu sbagai seorang murid kita haruslah menghargai guru.