Anda di halaman 1dari 9

Bahagian D Tingkatan 1 Novel Sukar Membawa Tuah Sukar membawa Tuah oleh M. Z.

Erlysha Perwatakan Watak utama Adit Watak sampingan Ah Tong

1. Rajah di atas menunjukkan watak utama dan watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut. Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga perwatakan watak utama dan watak sampingan. (10 Markah)

2. Dalam sesebuah novel, lazimnya terdapat watak yang berkonflik. a) Nyatakan watak-watak yang berkonflik itu. b) Nyatakan sebab-sebab watak tersebut berkonflik. (10 Markah)

3. Teknik penceritaan Dialog Saspens Pemerian

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu contoh bagi setiap teknik penceritaan yang dinyatakan. (10 markah)

Jawapan novel Tingkatan 1 Novel Sukar membawa sukar. Soalan 1 Watak utama: Adit a) Kaum Orang Asli yang berketurunan Jahut b) Anak sulung Pak Katan da mak Tawi c) Taat dan rajin membantu bapanya mencari hasil hutan untuk menyara keluarga mereka. d) Berpandangan jauh walaupun tinggal di desa yang terpencil. Watak sampingan. a) Berbangsa cina b) Penyelia di syarikat pembalakan. c) Baik hati d) Meningal dunia akibat kemalangan. Soalan 2. Novel Sukar Membawa Tuah. a) Watak yang berkonflik dalam cerpen ini ialah antara watak Adit dengan Pak Katan. b) Adit berkonflik dengan ayahnya apabila Adit menyatakan hasratnya untuk berseolah demi meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Pak Katan tidak bersetuju, sebaliknya dia mahu Adit mewarisi pekerjaannya dan keluaga mereka iaitu memungut hasil hutan. Bagi Pak katan, mereka sudah aman tinggal di hutan itu dan mereka tidak perlu terikutikut oleh cara hidup bangsa lain.

Soalan 3

a) Teknik dialog contohnya dialog antara Adit, Pak Katan, Ah Tong dan Tijah. b) Teknik saspens contohnya pembaca tertanya tanya akan hal yang berlaku kepada Adit ketika dia tidak pulang-pulang dari sekolah. c) Teknik pemerian- contohnya pengarang memerihalkan suasana di persekitaran desa terpencil di kaki Bukit Lokan.

Soalan Tingkatan 2

WIRA PERSONA AVATARI Karya Ahmad Zaki Abu Bakar Nilai: Saling Membantu

1. Berdasarkan novel di atas, nyatakan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai bagi novel tersebut. (10 Markah)

2. Nyatakan tiga latar tempat berdasarkan novel yang telah dikaji. Bagi setiap atar tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. (10 Markah)

3. Watak utama berperanan sebagai tokoh atau pelaku utama dalam sesebuah karya sastera. Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan tiga perwatakan watak utama beserta contohnya. (10 Markah)

Jawapan soalan tingkatan 2 1. Soalan 1 : Novel Wira Persona Avatari a) Pakcik Ho memberikan bantuan kepada Anas dan Aina dengan membenarkan mereka menggunakan mesin computer Avatari milik pasukannya untuk menyetai Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. b) Cikgu Nisah banyak membantu mereka dari segi kecergasan fizikal dengan mengadakan latihan silat dan gerak gempur supaya mereka dapat menempuh cabaran, halangan dan dugaan dengan tabah, bijak dan berani. c) Ahli pasukan Zamrud ll yang terdiri daripada Anas, Adeen, Aina, Pauline dan Anjali melalui Avatar masing-masing saling membantu dengan membina menara dua tingkat untuk mendapatkan buah cempedak aneh dalam pusingan pertama Pertandingan Avatari.

2. Soalan 2 :Novel Wira Persona Avatari a) Di kompleks beli belah Anggun. Tempat Pertandingan Avatari Kebangsaan kali yang ke sepuluh. b) Di Pusat permainan video Game Star. Tempat Pak Cik Ho menyimpan mesin Avatari kepunyaan kumpulan Pasukan Zamrud yang memenangi Pertandingan Avatari yang pertama sepuluh tahun lalu. Di sini juga Adeen mengubah suai mesin Avatari tersebut. c) Di kawasan bukit bukau dan belukar di batu layar, tempat ahli Pasukan Zamrud II menjalanni latihan kecergasan fizikal dengan Cikgu Nisah. Ciku Nisah meninggalkan mereka selama sejam setengah dalam belukar tersebut supaya mereka dapat mencari jalan keluar sendiri. Kemudian mereka menjalani latihan silat pula.

3. Soalan 3 Watak utama: Anas a) Berani. Contohnya semasa saat saat genting terutamanya dalam pusingan akhir pertandingan Avatari, Anas berani bertindak sedaya mungkin untuk mematikan mesin masa hingga membawa kemenangan kepada Pasukan zamrud II. b) Mahir bermain catur. Kemahiran inilah yang membantunya semasa mengambil bahagian dalam pertandingan Avatari dan dia menang dalam permainan itu. c) Bersemangat tinggi. Anas bersemangat tinggi untuk memenangi Pertandingan Avatari. Lebih-lebih lagi, dia ingin menunaikan amanat ayahnya supaya mereka menyertai Pertandingan Avatari hingga bergelar juara.

Soalan 3 : Novel Menerang Gelora, karya Ruslan Ngah

Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu 1. Berdasarkan novel yang telah dikaji, huraikan tiga perisiwa yang berkaitan dengan pengajaran yang diberikan di atas. (10 Markah)

2. Setiap novel pasti mengandungi pengajaran. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga pengajaran yang dapat anda peroleh daripada novel tersebut. (10 Markah) Pengajaran 1 Pengajaran 2 Pengajaran Pengajaran 3

3. Latar masyarakat memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Jelaskan tiga latar masyarakat berserta contohnya dalam novel yang telah anda kaji. ( 10 markah)

Latar masyarakat 1

Latar Masyarakat Latar masyarakat 3 3

Latar masyarakat 2

4. Nilai Kasih sayang Keberanian kerajinan

Nyatakan peristiwa yang berkaitan dengan nilai di atas berdasarkan novel yang anda pelajari. Jawapan soalan Tingkatan 3 Novel Merenang Gelora 1. Jawapan soalan 1 (a) Badri gigih belajar untuk menghadapi peperiksaan SPM. Badri tidak mahu menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak member manfaat kepadanya. (b) Badri gigih menegakkan undang-undang sekolah. Dia bertekad akan melawan dan tidak sekali-kali menyerah kalah kepada pihak yang melanggar undang-undang sekolah. (c) Badri gigih membanteras kegiatan penjualan telefon bimbit dank ad prabayar yang diketuai oleh Shahrul dan pengikut-pengikutnya. Pelbagai dugaan terpaksa ditempuh oleh Badri temasuklah disimbah semasa berada dalam tandas.

2. Jawapan soalan 2 (a) Kita perlulah memiliki keberanian menegakkan kebenaran. Contohnya Badri berani membongkar perbuatan Shahrul dan konco-konconya yang menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah. b) Kita perlulah memiliki kebijaksananan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya Cikgu Jailani menghubungi keluarga yang anak-anak mereka mempunyai kes disiplin di sekolah bagi menyelesaikan masalah disiplin yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

c) kita perlulah bermuafakat dalam menghadapi masalah. Contohnya PIBG telah membincangkan masalah disiplin anak-anak murid di sekolah itu dalam mesyuarat PIBG. Kaedah ini dapat membantu pihak sekolah mengatasi masalah disiplin dalam kalangan para pelajar.

3. Jawapan soalan 3 a) Masyarakat pelajar yang mementingkan pelajaran. Contohnya Badri dan Siew Mei mendapat 9 A dalam peperiksaam SPM manakala Taufik mendapat 7 A. b) Masyarakat pelajar yang kerap melanggar disiplin. Contohnya Shahrul, Kumar dan Meng Kong digelar tiga serangkai kerana mereka kerap melanggar disiplin sekolah. c) Masyarakat yang berusaha menegakkan undang-undang dan meningkatkan tahap disiplin sekolah. Contohnya Cikgu Jailani, Pengetua, Badri dan para pengawas berusaha memastikan para pelajar tidak melanggar peraturan sekolah.

4. Jawapan soalan 4 Peristiwa yang berkaitan dengan nilai kasih sayang yang digambarkan dalam novel Merenang Gelora ialah Badri sangat sayang akan keluarganya. Dia berjanji akan belajar dengan bersunguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan. Ahirnya Badri dapat menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapanya apabila dia memperoleh keputusan SPM yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke Ireland. Seterusnya nilai kerajinan digambarkan dalam novel ini melalui peristiwa Badri dan rakan-rakannya rajin mengulangkaji pelajaran serta mengadakan perbincangan sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya Badri Berjaya dengan cemerlang dan meneruskan pengajian di Ireland dan kini bergelar doktor. Dalam novel ini turut dipaparkan nilai keberanian. Peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian ialah Badri tetap melaksanakan tanggngjawabnya sebagai pengawas serta melaporkan kesalahan pelajar kepada guru disiplin tanpa rasa takut walaupun sering kali menerima ugutan daripada pelajar lain.