Anda di halaman 1dari 2

KISAH TELADAN KANAK-KANAK. BELALANG YANG DEGIL.

BABAK 1: Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. (BELALANG MENARI DARI BUNGA/POKOK KE POKOK SAMBIL WAT AKSI SERONOK) BABAK 2: Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. (KELUAR SEKOR2 KAWAN BUAT AKSI..BUAT AKSI MENARI PEGANG TANGAN PUSING2 BULATAN) BABAK 3: Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. (SEMUA KAWAN2 SECARA RAWAK BUAT2 BZ CARI MAKANAN-PROP MAKANAN BERSELERAK). Seorang demi seorang kawan-kawannya memberitahu belalang yang musim hujan bakal tiba. Belalang tidak percaya hujan akan turun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. LEBAH: ey belalang..relax je aku tgkxrisau ke musim hujan xlama lagi ni??? BELALANG: ape nk risautgk cuaca elok je..xde lgsg tnda2 nk hujan SEMUT: ntah ko nibaik ko kumpul makanan byk2..sebagai persediaan je..ramalan dh ramalkite standby je.. BELALANG: Korang ni suka sgt percaya benda2 tahyulmana ada hujan..relaxx laaa RAMA-RAMA+KUMBANG: Geleng2 kepala sambil berkata ini hanya ingatan berjaga-jaga..nanti kalau dh hujan susah kite nk cr makanansekurang2nya kita ada makanan bila betul2 hujan nanti. BELALANG: arrghhhhbosan la korang ni(smbil wat muka bosan+xheran dgn kwn2 dia) Setelah lama menyanyi dan bosan melihat rakan-rakanya yang sibuk mengumpul makanan, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan.

BABAK 4: Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan. Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. (BELALANG BUAT AKSI TIDUR-BANGUN+AKSI SAKIT PERUT) BABAK 5: Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. LEBAH: ya ALLAH belalang..ko sakit nie!!!..apa dh jd dgn ko ni???...(muka terkejut sgt..AKSI TERKEJUT) BELALANG: perut aku sakit sgt nie..aku rasa gastric dh nie..pedihhh laaa (MUKA PENUH KESAKITAN) BABAK 6: Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. (LEBAH N KWN2 BERKUMPUL..BISIK2..SEMUA KAWAN2 PAKAT2 BAWA MAKANAN N PERGI JUMPA BELALANG) Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.
NILAI DAN PENGAJARAN: 1. 2. 3. 4. Bersiap sedia sebelum ditimpa bencana. Orang sombong selalu rugi. Muafakat membawa berkat. Bekerjasama, saling tolong menolong, mengambil berat, persahabatan yg erat.

WATAK: 1. 2. 3. 4. 5. BELALANG LINDA LEBAH HUDA KUMBANG BAIZURA SEMUT ALYANA RAMA-RAMA AZAH
2

Anda mungkin juga menyukai