Anda di halaman 1dari 11

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU PERTAMA ( 10 JUN 2007 14 JUN 2007 ) 1.

. Masalah Pada minggu pertama praktikal, saya menghadapi masalah dari segi penulisan rancangan mengajar harian secara yang betul. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya menghadapi kesukaran dalam menentukan subtopiksubtopik yang perlu diajar. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya patut melihat contoh-contoh buku penulisan rancangan mengajar harian dan saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Perancangan mengajar yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. 6. Tindakan Susulan Sebelum membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan aktivitiaktiviti yang akan dibuat adalah berkaitan dengan subtopik yang akan diajar.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KEDUA ( 16 JUN 2007 21 JUN 2007 ) 1. Masalah Pada minggu kedua, saya menghadapi kesukaran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana terlalu banyak aktiviti sampingan di sekolah yang memakan masa pengajaran. Ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa ditangguh ke hari yang seterusnya. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti sampingan ini mengambil keseluruhan masa pengajaran dan pembelajaran (satu hari). 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan aktiviti sampingan. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Perancangan mengajar yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. 6. Tindakan Susulan Sebelum perlu mengadakan kelas tambahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KETIGA ( 24 JUN 2007 28 JUN 2007 ) 1. Masalah Pada minggu ketiga, saya terlibat dengan banyak aktiviti pengajaran tingkatan 3 untuk PMR seperti kem kecemerlangan. Oleh itu, ia sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas praktikal. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya turut mengajar kelas peperiksaan sewaktu praktikal ini. Oleh itu, saya perlu membahagikan masa yang secukupnya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya patut bersedia dengan segala cabaran dan dugaan kerana itulah tanggungjawab seorang guru bagi memastikan pelajar-pelajarnya berjaya. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Perancangan mengajar yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. 6. Tindakan Susulan Sebelum membuat rancangan persediaan mengajar dan saya akan menguruskan masa dengan sebaik yang mungkin.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KEEMPAT ( 1 JULAI 2007 5 JULAI 2007 ) 1. Masalah Pada minggu keempat, saya menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti berkumpulan. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya menghadapi kesukaran dalam pengurusan masa bagi melaksanakan aktiviti berkumpulan. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya perlu bersedia dengan lebih awal dengan cara membahagikan sendiri kumpulan-kumpulan tersebut dan saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Perancangan mengajar yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya bagi menyelesaikan masalah ini. 6. Tindakan Susulan Saya perlu membuat perancangan yang lebih teliti seandainya ingin membuat sebarang aktiviti secara berkumpulan.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KELIMA ( 8 JULAI 2007 12 JULAI 2007 ) 1. Masalah Pada minggu ini, saya menghadapi masalah berhubung dengan perangai-perangai pelajar lelaki kelas 2A2 yang kadang kala mengganggu emosi. Tetapi saya masih boleh bertahan dan cuba atasinya dengan sebaik yang mungkin. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana terdapat pelajar yang bermasalah dari rumah dan ia mempengaruhi pelajar-pelajar yang lain. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya patut melihat contoh-contoh buku penulisan rancangan mengajar harian dan saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera iaitu dengan cara mengkaji latar belakang permasalahannya. Perancangan mengajar yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. 6. Tindakan Susulan Saya akan cuba mendekatinya dan memotivasikannya agar ia tidak ketinggalan di dalam kelas dan mendatangkan masalah kepada pelajar yang lain.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KEENAM ( 15 JULAI 2007 19 JULAI 2007 ) 1. Masalah Pada minggu ini, semuanya berjalan dengan lancar kerana hari peperiksaan. Namun, hanya ada beberapa masalah yang dihadapi iaitu permasalahan dalam menulis rancangan pengajaran harian bagi kelas peperiksaan. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya tidak terdedah dengan tatacara menulis rancangan pengajaran bagi hari peperiksaan. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya patut melihat contoh-contoh buku penulisan rancangan mengajar harian dan saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Perancangan mengajar yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. 6. Tindakan Susulan Saya cuba terlebih dahulu menulis rancangan pengajaran harian bagi hari peperiksaan dan akan memperbaikinya seandainya ia salah.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KETUJUH ( 22 JULAI 2007 26 JULAI 2007 ) 1. Masalah Pada minggu ketujuh, saya menghadapi masalah dalam memilih strategi yang sesuai bagi diaplikasikan supaya proses P & P saya akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Permasalahan tentang pemilihan strategi yang kurang berkesan ini dapat diperhatikan apabila terdapat sesetengah pelajar saya kurang memberi perhatian atau tidak menarik minat mereka untuk mengikuti sesi P & P yang saya jalankan terutama pada akhir waktu pengajaran. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya kurang menguasai konsep P & P seperti konsep pendekatan, kaedah-kaedah, teknik-teknik dan strategi. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya patut berusaha mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman tentang pemilihan kaedah, teknik-teknik, pendekatan dan strategi yang sesuai dan berkesan dalam P & P saya. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Perancangan mengajar yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. 6. Tindakan Susulan Bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan sebagai seorang guru, saya haruslah menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan lebih baik dan mendalam kera ia merupakan tunjang bagi proses P & P saya. Sya juga akan memberi penekanan tentang penggunaan alat-alat bantu mengajar bagi memudahkan pelajar-pelajar memahami pengajaran saya dengan lebih mudah.

TARIKH PERISTIWA FOKUS

: 19 Jun 2007 ( Selasa) : Hari Koperasi Sekolah (HKS) : Program dilaksanakan menepati tarikh yang ditetapkan oleh ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pada 17 23 Jun 2007.

PENGLIBATAN : Semua pelajar dan guru SMA Sultan Ismail, Dungun. SUSUNAN MAJLIS: 7.40 pg : Taklimat pagi dan Perasmian oleh Tuan Pengetua 8.15 pg : Acara menanam pokok oleh ihak pentadbir sekolah 8.30 pg : Pertandingan Car Wash 9.00 pg : Acara permainan 10.30 pg: Semua guru dan pelajar mengambil tempat di Dewan Sekolah 10.45 pg: Ucapan Pengerusi Koperasi SMASID BHD Nyanyian lagu Koperasi Bacaan Perutusan YB Menteri Pelajaran YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YM Prof Diraja Ungku Aziz

11.30 pg: Kuiz Hari Koperasi Sekolah Persembahan Pelajar 1.00 tgh : Penyampaian Hadiah

PENGALAMAN Untuk menjayakan sesuatu program, Ahli Jawatankuasa Kerja perlu dibentuk terlebih dahulu. Oleh yang demikian semua ALK Guru Koperasi SMASID BHD telah dipanggil untuk bermesyuarat pada 11 Jun 2007 (Isnin) di bilik pengetua pada jam 11.10 pagi. Semua aktiviti telah dirancang dan disepakati ndalam mesyuarat tersbeut. Seterusnya pada jam 2.30 petang, mesyuarat antara ALK Guru dan ALK Pelajar pula diadakan bagi memberi taklimat untuk HKS dan pengagihan tugas. Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat. Saya diberi tugas sebagai AJK bahagian dewan, persembahan pelajar dan memantau keseluruhan perjalanan HKS nanti. Berdasarkan pemerhatian saya, semua ALK Guru dan ALK Pelajar menjalankan tanggungjawab masing-masing mengikut portolio yang ditetapkan. REFLEKSI Secara keseluruhannya, semua aktiviti berjalan dengan lancar dari awal majlis sehingga penyampaian hadiah. Bagi pertandingan Car Wash, ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak guru dan pelajar. Sebanyak 13 orang guru telah memasuki pertandingan ini iaitu kereta mereka akan dibasuh oleh 3 orang pelajar setiap kumpulan. Semua peralatan disediakan oleh pihak penganjur. Aktiviti ini juga memperlihatkan perlunya sikap kerjasama dikalangan ahli kumpulan. Semua aktiviti berjalan dengan begitu baik sekali. Pada pendapat saya, HKS ini memang wajar diadakan setiap tahun bagi menyedarkan para pelajar tentang keperluan berkoperasi dan memupuk sifat keusahawanan. Berpandukan pada program HKS ini, banyak pengajaran ilmu yang saya dapat antaranya ialah dari segi pengurusan masa. Kita hendaklah bijak menguruskan masa dan merancang aktiviti dengan sewajarnya. Selain itu, saya dapati bagi menjayakan sesuatu program, kita selaku AJK hendaklah bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Program ini juga mengajar saya untuk mengurusklan sesuatu aktiviti sekolah yang lain pada masa yang akan datang.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KESEMBILAN ( 5 OGOS 2007 9 OGOS 2007 ) 1. Masalah Pada minggu kesembilan, saya menguruskan lawatan ke Kuala Lumpur dan Melaka, anjuran Kelab Koperasi Sekolah. Ia merupakan satu pengalaman baru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan protokol-protokol lawatan. Ia turut memberi masalah kepada saya dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan lawatan seperti kutipan tambang bas, sumbangan makanan daripada pihak-pihak tertentu, tempahan penginapan dan tempat lawatan kerana saya merupakan ketua kepada lawatan tersebut. Sungguhpun ia memberi pengalaman yang baru kepada saya, namun saya kurang yakin dalam menguruskan hal ini. Pengurusan lawatan ini juga memberi kesan dalam pengurusan masa pengajaran dan pembelajaran saya. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya kurang yakin dengan kebolehan diri sebagai seorang ketua pasukan dan saya juga kekurangan pengalaman menguruskan lawatan. Ini memberi kesan kepada saya dari segi emosi dan mental. Saya juga kurang pandai menangani masalah pengurusan masa. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya patut berusaha mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman tentang pengurusan lawatan. Pembahagian tugas juga diperlukan bagi meringankan beban dan melahirkan semangat kerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain dalam sesuatu pasukan. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Perancangan menguruskan sesuatu aktiviti seperti lawatan perlu dibuat dengan teliti dan terancang bagi memastikan kelancaran lawatan tersebut dan juga kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. 6. Tindakan Susulan Saya perlu membuat perancangan yang lebih teliti seandainya ingin membuat sebarang aktiviti.

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KESEPULUH ( 12 OGOS 2007 16 OGOS 2007 ) 1. Masalah Pada minggu kesembilan, saya menghadapi masalah tentang pelajar-pelajar yang beranggapan subjek matematik merupakan subjek yang susah dan sukar untuk mendapat A. Permasalahan ini terjadi akibat pelajar-pelajar tingkatan 2 ini kurang diberi pendedahan corak atau bentuk soalan peperiksaan yang sebenar. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana para pelajar tidak tahu sifir dan kurang mengingati formula-formula yang diajar. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya patut berusaha mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman tentang pemilihan kaedah, teknik-teknik, pendekatan dan strategi yang sesuai dan berkesan dalam P & P saya supaya pelajar-pelajar lebih berminat dan mempunyai motivasi yang tinggi dalam mendapatkan keputusan yang baik.. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Perancangan mengajar yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. 6. Tindakan Susulan Bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan sebagai seorang guru, saya haruslah menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan lebih baik dan mendalam kera ia merupakan tunjang bagi proses P & P saya. Sya juga akan memberi penekanan tentang penggunaan alat-alat bantu mengajar bagi memudahkan pelajar-pelajar memahami pengajaran saya dengan lebih mudah.