Anda di halaman 1dari 8

GEOGRAFI TING 4.

(TEN )

LULUHAWA

1. Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa? - Satu proses pemecahan batuan dari saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil oleh agenagen luluhawa seperti suhu dan air yang berlaku secara insitu (tidak melibatkan pemindahan bahan/ batuan asalnya).

2. Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa fizikal? Satu proses pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil yang tidak melibatkan perubahan kandungan mineral batuan oleh agen-agen luluhawa seperti suhu dan air yang berlaku secara insitu. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan proses luluhawa kimia? Satu proses pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil akibat perubahan kandungan mineral/kimia batuan berkenaan oleh agen-agen luluhawa seperti suhu dan air yang berlaku secara insitu. 4. Apakah yang dimaksudkan luluhawa Organik/ Biologi?

GEOGRAFI TING 4. (TEN )

Proses pemecahan dan penguraian batuan oleh manusia, tumbuhan-tumbuhan, hidupan liar dan bacteria. Proses luluhawa ini dapat bertindak secara kimia atau mekanikal.

Kegiatan manusia:- pelombongan batuan, pelombongan batu arang, pembinaan jalan raya, dan pembinaan terowong. Tumbuhan-tumbuhan:- akar pokok Haiwan:- arnab, tikus yg korek lubang.

LULUHAWA

LULUHAWA FIZIKAL/MEKANIKAL

LULUHAWA KIMIA

LULUHAWA ORGANIK/BIOLOGI

GEOGRAFI TING 4. (TEN )

LULUHAWA FIZIKAL Bagaimanakah proses atau cara luluhawa fizikal berlaku? 1. Tindakan Fros/Ibun 2. Perubahan suhu ekstrem 3. Pelepasan tekanan 4. Penghabluran garam. Terangkan setiap proses tersebut? 1. Tindakan Fros/Ibun Beku cair (kembang 10%) Musimsejuk,gunung

berlaku di kawasan beriklim sejuk,iklim hawa sederhana dan di pergunungan yang tinggi yang sejuk hingga terdapat ais. Pada musim panas, air hujan atau ais yang cair akan masuk ke dalam rekahan batuan. Pada musim dingin/sejuk, air tersebut akan membeku di dalam rekahan batuan membentuk ibun (ais).

Pembekuan air ini akan menyebabkan ais tersebut mengembang sebanyak 10% daripada isipadu asal dan membaji atau menyengkang rekahan batuan sehingga pecah.
Kembang-kecut - julat suhu besar

2. Proses perubahan suhu eksrem -

berlaku di kawasan gurun panas kerana terdapat perbezaan suhu harian yang besar. Pada waktu siang suhu digurun panas boleh mencapai sehingga 40-50C. Keadaan yang kurang hujan dan kering kontang turut menyumbang kepada keberkesanan proses luluhawa ini. Keadaan ini boleh menyebabkan mineral batuan mengembang.

Pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga takatbeku (0C). Keadaan ini menyebabkan batuan tersebut menguncup. Proses kembang-kecut ini akan menyebabkan batuan retak dan pecah. Melalui proses perubahan suhu ekstrem ini batuan akan pecah dalam tiga bentuk iaitu pemecahan secara bungkah, pemecahan secara berbutir(relai,hancur) dan pecah terkelupas.

3. Proses penghabluran garam -Sejat larutan garam. -

hampir gurun

berlaku di kawasan beriklim kering seperti gurun atau hampir gurun. Semasa hujan air akan melarutkan mineral garam seperti natrium klorida, kasium sulfat (gypsum) dan naterium karbonat ( batu kapur) membentuk larutan garam di celah rekahan batuan.

GEOGRAFI TING 4. (TEN )

Haba matahari akan menyejat larutan garam tersebut membentuk hablur garam. Proses penghabluran garam ini akan menyebabkan hablur garam tersebut mengembang dan memberi tekanan kepada rekahan batuan.Lama-kelamaan rekahan batuan membesar dan pecah ( Proses ini hampir sama dengan tindakan ibun )

4. Proses pelepasan tekanan -

Kerak bumi yg terdedah

kulit luar batu kembang,kelupas

berlaku pada batuan yang terdapat di dalam lapisan kerak bumi yang terdedah akibat hakisan tanah permukaan bumi. Kegiatan manusia meratakan tanah atau menarah cerun boleh mendedahkan batuan dalam bumi ke permukaan.Lapisan tanah atas yang terhakis atau dibuang akan mengurangkan beban atau tekanan ke atas batuan. Batuan akhirnya boleh mengembang menyebabkan berlakunya retakan dan kulit luar batuan mengelupas. Batuan yang terkelupas ini membentuk kubah kelupasan.

5. Proses basah-kering berlaku pada batuan di tepi pantaiatau di tebing sungai atau di pinggir tasik. Proses ini juga berlaku apabilahari hujan silih berganti dengan hari kering. Apabila air pasang di sungai,laut dan kehadiran ombak atau hujan turun, batuan akan basah danakibat dimasukki air. Batuan atau tanih yang basah akanmengembang.Apabila air surut atau hari kering, batuan tersebut akanmenjadi kering kerana air disejat oleh haba matahari. Batuan yang keringitu akan merekah dan pecah. KESAN LULUHAWA FIZIKAL a) Serpihan Batu yg Pelbagai Saiz dan Bentuk. b) Pandang Darat- Talus dan Skri

GEOGRAFI TING 4. (TEN )

Bagaimana cara penyepaian /pemecahan batuan melalui luluhawa fizikal 1. pemecahan Bongkah
Tindakan Ibun/fros Tindakan biologi

2. Pemecahan Butiran

Berlaku digurun panas yg julat suhu besar. Berlaku pd batuan yg mempunyai mineral yg pelbagai jenis.

3. Pengelupasan

Lapisan luar batuan yg panas dan kembang dulu banding dlm,jd batu ini akan kelupas pd bhg luar dulu.

GEOGRAFI TING 4. (TEN )

LULUHAWA KIMIA
1. Definesi Luluhawa kimia ialah proses pemecahan dan penguraian batuan melalui proses larutan yang menyebabkan perubahan bentuk dan kandungan mineral batuan. 2. Agen utama pelaku luluhawa kimia ialah air hujan, gas oksigen dan gaskarbon dioksida. Keadaan hujan yang lebat sangat menggalakkanberlakunya luluhawa kimia terutama di kawasan tropika lembab. Disamping itu, suhu topika yang tinggi mempercepatkan proses larutankerana air yang panas (akibat suhu tinggi) lebih cepat melarutkan mineralbatuan . 3. Terdapat lima cara atau proses larutan yang menyebabkan batuan pecahdan terurai iaitu a) proses pengkarbonan, b) pengoksidaan, c) hidrolisis, d) larutan e) penghidratan. 1. Proses pengkarbonan
AIR + CO2 = ASID KARBONIK ASID KARBONIK + BATU KAPUR = KALSIUM BIKARBONIT

- berlaku ke atas batu kapur. Air hujan akanbercampur dengan gas karbn dioksida membentuk asid karbonik lemah.Asid karbonik ini akan melarutkan karbonat (kapur) di dalam batu kapur.Larutan ini akan menyebabkan batu kapur berlubang-lubang, berongga atau pecah. Panorama di kawasan bukit batu kapur atau kawasan karst memperlihatkan bentuk lubang langgah, dolin,gua,stalaktit,stalakmit,lohong bawah tanah dan sungai bawah tanah.

GUA

STALAGTIT

TIANG KALSIT

STALAGMIT

GEOGRAFI TING 4. (TEN )

2. Proses pengoksidaan berlaku apabila air bercampur gas oksgenmelarutkan mineral besi (ferum) dalam batuan membentuk larutan ferikoksida ( ferum dioksida).Larutan ini akan melemahkan batuan dan akhirnyamemecahkan batuan tersebut. Kesan yang dapat dilihat ialah batuanmenjadi seperti berkarat, kemerahan dan rapuh. 4.6Proses hidrolisis berlaku apabila air bertindakbalas dengan batuan yangmengandungi feldspar atau mika di dalam batuan granit . Akibat larutantersebut, feldsfar atau mika akan bertukar menjadi kaolin ( sejenis tanahliat yang lembut yang boleh digunakan untuk membuat tembikar ). 4.7Proses larutan mudah berlaku apabila air melarutkan mineral batuan atautanih yang menjadikan batuan atau tanih tersebut poros dan pecah denganmudah. Misalnya batuan atau tanih di tebing sungai atau di kawasantropika yang menerima hujan lebat. 4.8Proses penghidratan berlaku apabila air melarutkan mineral batuanmembentuk mineral baru dalam batuan tersebut. Misalnya mineral anhidritlarut dengan air membentuk gypsum yang mudah pecah. Air melarutkanmineral hematit membentuk limonit.5.

KESAN LULUHAWA KIMIA a) Pandang Darat Kars Gua Batu Kapur, Stalagmit, Stalagtit, Dolin b) Hasil system tanah yg subur c) Hasil mineral baru KAOLIN d) Pandang darat Gua Laut, Gerbang Laut e) Bangunan, menara dan monument karat dan luntur warna f) Merosak tembok bangunan lama A Famosa ( Melaka )

GEOGRAFI TING 4. (TEN )

LULUHAWA ORGANIK ( BIOTIK/HAYAT) 5.1Definesi Luluhawa organik ialah proses pemecahan, penguraian danpereputan batuan oleh agen hidupan seperti akar pokok , bakteria,manusia dan haiwan yang hidup dalam tanah. 5.2Tindakan akar pokok berlaku apabila akar pokok yang semakin membesarmemasukki rekahan batuan. Pembesaran akar ini akan menyebabkan rekahan batuan dibaji atau disengkang oleh akar pokok.Akhirnya batuantersebut pecah. Di kawasan tropika lembab atau khatulistiwa luluhawaorganic oleh akar ini amat berkesan kerana hujan yang lebat menyebabkanpertumbuhan hutan yang padat dan cepat. 5.3Bakteria pula memecahkan dan mereputkan batuan melalui proses pereputan. Kehadiran air ke atas batuan akan mempercepatkan proses pereputan batuan. 5.4Manusia boleh membantu luluhawa melalui kerja-kerja yang bolehmendedahkan batuan kepada haba matahari serta siraman air hujan. Kerja membina jalan raya, melombong, pertanian menyebabkan batuan terdedah kepada tindakan haba panas matahari ( proses pengembangandan pengecutan batuan) , pelepasan tekanan dan tindakan air hujan( larutan kimia batuan ). 5.5Haiwan yang hidup dalam tanah akan membantu kemasukkan air ke dalam tanah. Air tersebut akan terkenan batuan dalam tanah dan melarutkan mineralnya.