Anda di halaman 1dari 2

Tanbihul Ghafilin Haji Abdullah ibn Abdul Mubin Asy-Syafii t

http://alraufi.blogspot.com/2010/10/tanbihul-ghafilin-haji-abdullah-bin.html
1
. ,

. , . .
,
Inilah Kitab Yang Bernama
Peringatan Orang-Orang Yang Lalai
Pada Menyatakan Ilmu Hadits Nabi J
Dan Di Dalamnya Dua Belas Bab
. ,, ., . ,
. , . ,
, , .
Ketahui olehmu hai ikhwan! Bahawasanya kitab Tanbihul Ghafilin ia banyak manfaat bagi orang
awam, lagi tersebut di dalamnya dua belas bab, semuanya sangat ajab (), istimewa pula bab
pada menyatakan hari kiamat.
:

Oleh :
Haji Abdullah Ibn Abdul Mubin Asy-Syafii
Pengalihan Jawi Kepada Rumi Serta Disusun Semula Oleh:
Hamba Allah Yang Dhoif dan Hina
Muhamad Rauf Bin Minhat
Tanbihul Ghafilin Haji Abdullah ibn Abdul Mubin Asy-Syafii t
http://alraufi.blogspot.com/2010/10/tanbihul-ghafilin-haji-abdullah-bin.html
2
Muqaddimah
F
[Aku mulai mukhtasor ( - ringkasan) ini] dengan nama Allah I Yang Amat Pemurah di
dalam negeri dunia ini, lagi Yang Amat Mengasihani akan hambanya yang Mukmin di dalam
negeri akhirat itu.

Segala puji-puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan yang menunjuk kami kepada jalan yang betul. Dan
rahmat Allah dan salamNya atas penghulu kami Nabi Muhammad J dan atas segala keluarganya
dan sahabatnya sekalian mereka itu.
Amma Badu [ ]. Adapun kemudian daripada itu, maka adalah tatkala hijrah Nabi J
seribu seratus delapan puluh empat (1184) tahun. Maka sanya telah meminta kepada aku oleh
seorang daripada sahabatnya yang besar pada aku menghimpunkan suatu risalah pada menyatakan
ilmu hadits yang muwafaqat atas Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, pada hal aku memudahkan
daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu, supaya beroleh manfaat dengan dia kiranya bagi
barangsiapa yang tiada tahu bahasa Arab. Maka memperkenankan oleh faqir yang dhaif lagi
bebal yang tiada mempunyai ilmu dan amal pada hal aku berpegang kepada Allah I, iaitu Haji
Abdullah anak Abdul Mubin, Syafii Mazhabnya, dan bahawa dijadikan kiranya mukhtasor ini
tulus ikhlas bagi hadhratnya yang mulia dan ku namai hadits ini:

Ertinya: Mengingatkan bagi orang yang lalai.
Kerana sabda Nabi J: [Bermula] menunjukkan atas kebajikan itu serasa-rasa pahala
berbuat dia. Riwayat Bukhari dan Muslim
Maka adalah kitab ini aku jadikan itu dua belas bab:
1. [Dan yang pertama] Pada menyatakan seksa orang yang meninggalkan sembahyang.
2. [Dan bab yang kedua] Pada menyatakan seksa orang yang derhaka kepada (ibu)bapanya.
3. [Dan bab yang ketiga] Pada menyatakan seksa orang yang minum arak dan tuak.
4. [Dan bab yang keempat] Pada menyatakan orang yang berbuat zina.
5. [Dan bab yang kelima] Pada menyatakan seksa orang yang berliwat.
6. [Dan bab yang keenam] Pada menyatakan seksa orang yang makan riba.
7. [Dan bab yang ketujuh] Pada menyatakan seksa orang yang menangis meraung.
8. [Dan bab yang kedelapan] Pada menyatakan seksa orang yang tiada memberi zakat.
9. [Dan bab yang kesembilan] Pada menyatakan seksa orang yang membunuh-bunuh sesama
Islam dengan tiada sebenarnya.
10. [Dan bab yang kepuluh] Pada menyatakan seksa hak perempuan atas suaminya.
11. [Dan bab yang kesebelas] Pada menyatakan huru-hara kiamat.
12. [Dan bab yang kedua belas] Pada menyatakan syurga dan segala isinya.

Anda mungkin juga menyukai