Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) fasa kedua bagi PISMP Semester 2 Tahun 2011. BIG pada kali ini memerlukan kami untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan serta mengadakan

ceramah atau bengkel yang sesuai dengan guru pelatih. Oleh itu, kami telah memilih untuk melaksanakannya di institut kami, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Rasionalnya kami memilih institut ini ialah kerana pada pandangan kami, sebelum kami membuat khidmat kemasyrakatan di tempat orang, kami sepatutnya memberikan sumbangan di tempat kami belajar untuk keselesaan bersama. BIG yang dilaksanakan selama 10 jam ini telah memberi banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Selama mengikuti BIG ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman baru serta menempuh banyak cabaran dalam usaha menyempurnakan semua tugasan yang perlu dilaksanakan. Tanpa saya sedar, semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai makna tersirat yang perlu saya fahami. Terdapat banyak kelebihan yang dapat dikesan melalui aktiviti-aktiviti serta cara perlaksanaan BIG pada kali ini. Namun begitu, beberapa kelemahan juga jelas kelihatan sepanjang program dijalankan. Setiap peluang dan halangan yang terdapat dalam aktiviti-aktiviti sewaktu BIG juga dilalui oleh semua peserta.

Kekuatan/ Kelebihan
Sepanjang menjayakan aktiviti Bina Insan Guru pada kali ini, terdapat banyak kekuatan ataupun kelebihan daripada pelaksanaan program BIG ini kepada para guru pelatih. Antaranya ialah :

Penerapan ilmu pengetahuan dan kemahiran baru.

Program Bina Insan Guru pada kali ini telah mengajar saya banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran baru. Sebelum melaksanakan aktiviti Bina Insan Guru pada kali ini, kami telah membuat satu organisasi untuk melancarkan pengurusan kerja. Secara tidak langsung, pelaksanaan ini telah mengajar saya cara mengendalikan sesuatu program yang melibatkan orang luar dan pelajar guru dengan lebih berkesan. Ilmu yang diperoleh ini akan dapat digunakan di sekolah kelak sekiranya saya perlu mengendalikan apa-apa program yang melibatkan perhubungan luar.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari kemahiran untuk mengendalikan kanakkanak dalam lingkungan umur 7 hingga 13 tahun. Ketika mula-mula berkenalan dengan adik-adik di Rumah Anak Yatim Nur Kasih, saya agak tertanya-tanya tentang pendekatan yang paling sesuai untuk saya gunakan agar lebih mesra dengan mereka. Saya telah ditugaskan sebagai fasilitator bersama-sama Afnan sewaktu menjalankan aktiviti yang dirancang di sana. Dalam sesi berkenalan dengan adik-adik dalam kumpulan kami, saya agak kaku kerana mereka agak sukar untuk diajak berbual dan beramah mesra. Walaubagaimanapun, Afnan telah banyak membantu saya agar tidak terus berasa kekok untuk berinteraksi dengan mereka. Kami bernasib baik kerana adik-adik dalam kumpulan kami akhirnya dapat memberikan kerjasama sepenuhnya. Pada pandangan saya, kemahiran

mengendalikan kanak-kanak terutamanya dalam lingkungan umur mereka amat perlu dipelajari kerana sebagai bakal guru sekolah rendah, saya perlu bijak menyesuaikan perkataan yang dituturkan dan tingkah laku dengan tahap umur kanak-kanak.

Tambahan pula, saya juga dapat mempelajari cara untuk menarik perhatian adikadik di Rumah Anak Yatim Nur Kasih tersebut agar tidak jemu dengan aktiviti yang

telah kami rancangkan dan berasa senang untuk menyertainya. Kebanyakan kanakkanak di sini lebih senang memberikan kerjasama dengan adanya unsur penerapan motivasi initrinsik dalam setiap tindakan. Sebagai contoh, untuk menggalakkan kanak-kanak agar berubah sikap ke arah yang lebih baik, kami telah menggunakan unsur pahala dan dosa untuk mengingatkan mereka. Dengan penerapan unsur sebegini, mereka akan mengingati bahawa bukan semua tindakan manusia itu betul dan boleh dijadikan contoh. Walaubagaimanapun, unsur motivasi ekstrinsik juga turut diselitkan apabila adik-adik tersebut dijanjikan dengan hadiah agar menjawab soalan yang diajukan. Tindakan ini ada baik dan buruknya. Guru perlu bijak menyesuaikan keadaan untuk menggunakan teknik ini bagi pelajar-pelajar kelak. Sekiranya seseorang guru itu pandai menarik perhatian pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran juga akan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Di samping itu, pengendalian aktiviti Bina Insan Guru pada kali ini telah memberikan saya peluang untuk sama-sama merancang aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak. Antara aktiviti yang telah kami rancang ialah . manakala aktiviti LDK yang dirancang ialah.... setelah dapat menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang ini, saya mula menyedari bahawa bukan mudah untuk menyediakan aktiviti yang sesuai buat kanak-kanak. Banyak aspek yang perlu difikirkan termasuk kemampuan mereka, keselamatan, tujuan dan kesan pelaksanaan aktivti tersebut terhadap mereka. Jika dikaitkan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak, seseorang guru perlu meneliti aktiviti yang ingin dijalankan agar objektif pembelajaran dapat dicapai dan pelajar pula mendapat keseronokan daripada aktiviti pembelajaran tersebut.

Semua pengetahuan dan kemahiran yang baru saya perolehi ini akan mejadi sesuatu yang sangat berguna untuk masa depan saya. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu bekerja keras memantapkan diri dengan kemahiran-kemahiran sebegini agar urusan pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar dan lebih efisien.

Penerapan nilai-nilai murni

Program BIG ini juga telah berupaya menjadi medium untuk menerapkan nilainilai murni dalam kalangan pelajar guru. Sepanjang persediaan sebelum ke Rumah Anak Yatim Nur Kasih, semua pelajar guru dari kelas T2MT2 bekerjasama dalam menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan. Saya bersama-sama dengan Afnan telah ditugaskan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Publisiti dan Dana. Kami telah bekerjasama untuk menyediakan poster dan tabung bagi mengutip dana untuk diberikan ke Rumah Anak Yatim Nur Kasih. Setelah siap tabung dan mendapat kelulusan daripada pihat atasan, semua pelajar guru dari kelas saya telah bergerak bersama-sama dari kolej kediaman ke kolej kediaman lain untuk mengutip derma. Tidak kurang juga ada yang ke jabatan-jabatan untuk meminta sumbangan daripada golongan pensyarah. Hasil kerjasama daripada semua rakan dan pensyarah, kami berjaya mengumpul derma hampir RM2000 untuk diberikan kepada rumah anak yatim yang kami pilih. Selain itu, kami juga telah sama-sama merancang aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak di rumah tersebut. Kami juga telah mencuba semua aktiviti yang dicadangkan untuk memastikan aktiviti tersebut mampu dilaksanakan oelh kanak-kanak tersebut. Secara tidak langsung, aktiviti Bina Insan Guru pada kali ini telah banyak menerapkan nilai kerjasama dalam diri pelajar guru yang terlibat.

Selain itu, penerapan nilai kasih sayang juga jelas ketara dengan pelaksanaan aktiviti Bina Insan Guru pada kali ini. Kasih sayang yang dipupuk antara pelajar guru dengan warga Rumah Anak Yatim Nur Kasih terutama adik-adik yang tinggal di pusat tersebut sangat terserlah. Sepanjang aktiviti dilaksanakan, hubungan antara fasilitator dan adik-adik dalam kumpulan masing-masing sangat erat. Keakraban ini terpancar apabila setiap ahli kumpulan telah mula mencipta trademark mereka sendiri dan sering kali melakukannya apabila selesai sesuatu aktiviti. Dalam kumpulan saya dan Afnan, kami telah mencipta nama kumpulan dengan gelaran excellent dan menggayakan gerakan untuk lagu ais kacang sebagai penaik semangat kami. Ini telah dapat mengeratkan ikatan kasih sayang antara kami. Pepatah melayu ada berkata. yang tua dihormati, yang muda disayangi, oleh itu,

sebagai guru kita seharusnya menyayangi pelajar dan sentiasa berusaha untuk memajukan mereka. Kasih sayang bukan hanya dicurahkan kepada hali keluarga tetapi juga sesama manusia lain.

Sifat kreatif juga telah berjaya ditonjolkan melalui penyediaan aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Nur Kasih. Hasil gabungan idea kreatif dalam kelas, kami telah dapat menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak tersebut. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menyeronokkan malah mempunyai pengisian khususnya yang menekankan tema kami iaitu Saya Percaya. Daya kreativiti para pelajar guru juga dapat dilihat melalui cara fasilitator dan ahli jawatankuasa terlibat cuba berinteraksi dan menarik perhatian adik-adik di rumah tersebut. Antara teknik yang digunakan ialah bertanyakan soalan, menceritakan pengalaman menarik dan mengajak mereka menyertai kami pada waktu makan. Daya kreativiti pelajar guru juga dapat dilihat apabila mereka dengan spontannya telah menukar aktiviti yang bersesuaian kepada adik-adik hiperaktif yang tidak dapat mengikuti aktiviti yang dirancang. Guru-guru juga perlulah sentiasa bersedia dengan idea-idea terbaru dan spontan sekiranya ada aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan oleh sebab tertentu.

Selain itu, budaya saling menasihati juga sangat penting kerana kita tidak akan dapat mengenal pasti kelemahan kita melainkan ada pihak yang menyedarkan kita dengan memberi nasihat. Jika tiada budaya ini, kelemahan yang terdapat dalam diri setiap individu tidak akan dapat diatasi malah terus berlaku sehingga menyakiti banyak pihak. Justeru, bagi mengelakkan perpecahan berlaku, setiap inidividu perlulah sentiasa menasihati rakan yang salah di samping turut membuka minda untuk menerima teguran.

Membentuk personaliti seorang guru yang berkualiti

Aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan pada kali ini juga telah menjadi satu titik mula untuk membentuk personaliti seorang guru yang berkualiti. Guru yang berkualiti bukan sahaja pandai dari segi akademiknya, malah memiliki kebolehan yang pelbagai. Dalam aktiviti BIG kali ini, guru-guru bukan sahaja telah menjadi tenaga pengajar, malah turut menjadi seperti seorang kakak dan abang yang tidak lokek mencurahkan kasih sayang dan ilmu kepada adik-adiknya.

Guru yang berkualiti perlu memiliki sifat sebagai seorang yang memahami. Bukan semua orang dilahirkan dalam keadaan yang senang dan mempunyai keluarga yang bahagia. Sebagai seorang guru, kita perlulah mengetahui latar belakang pelajar-pelajar agar tidak menimbulkan isu sensitif yang boleh

menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pelajar. Sekiranya guru dapat mengawal emosi dan sentiasa boleh memberikan komitmen kepada pencapaian pelajar, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita menggelarkan guru tersebut sebagai guru yang berkualiti dan serba boleh. Sepertimana yang kita sudah sedia maklum, guru kini bukan sahaja perlu mengajar dan mendidik malah turut bertindak sebagai ibu bapa, kerani dan juga semua bidang tugas di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Justeru, tidak menjadi satu kerugian jika pelajar guru didedahkan dengan pelbagai tugasan kerana cabaran profesion perguruan kelak yang kian mencabar.

Menerapkan sifat kepimpinan

Sebelum

melaksanakan

semua

aktiviti

BIG

pada

semester

ini,

satu

jawatankuasa kecil telah dibuat dengan diketuai oleh saudara Mursyid. Setiap pelajar guru diberikan tugasan tertentu untuk memudahkan pengurusan aktiviti kali ini. Saya telah diberi tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa dana dan publisiti yang memerlukan saya dan Afnan menyiapkan satu poster dan tabung untuk

kutipan derma warga institut. Dengan tugasan yang diberikan ini, sifat kepimpinan berjaya diterapkan dalam diri setiap pelajar guru. Sepanjang menjalankan aktivitiaktiviti, saya juga perlu memastikan adik-adik dalam kumpulan saya menyertai aktiviti yang dilaksanakan serta tidak tercedera. Pada pandangan saya, budaya kepimpinan ini penting bagi setiap bakal guru kerana semua guru bakal memimpin anak didiknya kelak.

Kesedaran ke atas kesenangan hidup

Setelah melaksanakan aktiviti BIG pada kali ini, timbul satu kesedaran bahawa betap beruntungnya saya masih dikurniakan ibu bapa dan keluarga yang menjaga saya sejak dari kecil hingga sekarang. Meskipun kami hidup dalam keadaan bersederhana, ternyata ada lagi orang yang lebih susah dan memerlukan perhatian dan kasih sayang. Dengan penglibatan dalam aktiviti BIG pada kali ini, saya juga mendapat input berkenaan latar belakang adik-adik di rumah tersebut. Penghuni rumha tersebut bukanlah terdiri daripada anak-anak yatim sahaja tetapi juga anakanak yang datang daripada keluarga miskin. Pemerhatian ke atas sikap mereka telah menimbulkan satu kesedaran bahawa sebagai bakal guru, saya perlu sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi pelajar bukan sahaja di sekolah tetapi juga keadaan dalam keluarga mereka. Walau bagaimanapun, saya berharap agar kanakkanak di Rumah Anak Yatim Nur Kasih akan sentiasa mendapat kejayaan dalam apa jua yang mereka lakukan.

Kelemahan
Dalam setiap program yang dijalankan, sudah pasti ada juga kelemahan dan kekurangan yang masih boleh diperbaiki. Antara kelemahan yang dapat saya kesan ialah:

Kawasan pelaksanaan aktiviti kurang sesuai

Aktiviti BIG pada kali ini banyak memerlukan kawasan yang luas. Dengan aktivit yang bertemakan saya percaya, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk, membina bangunan dengan menggunakan straw, angkat rakan dengan

menggunakan 5 helai surat khabar dan banyak lagi. Kesemua aktiviti yang dijalankan termasuk aktiviti LDK memerlukan kawasan yang cukup luas agar kanakkanak tidak diganggu oleh kanak-kanak dari kumpulan sepanjang melaksanakan aktiviti. Untuk melaksanakan aktivit di 5 stesen, kami telah menggunakan gelanggang futsal yang terdapat berhadapan dengan rumah tersebut. Oleh sebab tempat tersebut terletak di seberang jalan rumah tersebut, kami perlu mengawasi pergerakan pelajar agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Bagi melaksanakan aktiviti LDK, kami terpaksa mengurangkan pergerakan pelajar supaya aktivit imasih dapat dijalankan serentak meskipun kawasan agak sempit. Selain itu, masalah tempat pelaksanaan aktiviti semakin jelas sebaik sahaja selesai waktu makan tengah hari. Kami terpaksa berpindah ke dalam rumah untuk meneruskan perancangan aktiviti. Manakala untuk sesie refleksi dan penutup program, kami telah menggunakan bilik atau asrama adik-adik sebagai tempat untuk meneruskan program. Walaubagaimanapun, semua program berjalan dengan lancar. Malah saya juga dapat belajar tentang pentingnya menggunakan kawasan atau tempat yang sedia ada semaksimum mungkin tanpa menyusahkan banyak pihak.

Kekurangan peralatan dan kemudahan

Selain masalah berkaitan tempat, kelemahan program BIG pada kali ini juga ialah kekurangan alatan. Sebelum tiba hari untuk ke Rumah Anak Yatim Nur Kasih, kami telah membuat tempahan dengan pihak institut untuk menggunakan peralatan seperti mikrofon, pembesar suara, portable dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, haler yang diingini tidak dapat dipinjam. Keadaan ini menyukarkan kami untuk mengawal pergerakan kanak-kanak ketika melaksanakan aktiviti. Kami perlu menggunakan suara sendiri untuk melawan kuatnya suara kanak-kanak yang hampir 25 orang itu.

Oleh sebab kanak-kanak di rumah tersebut adalah semua lelaki, pelajar guru perlu ke surau berdekatan untuk solat dan mengurus diri selepas makan tengah hari. Namun begitu, keadaan ini tidak terlalu menjejaskan kerana kami bernasib baik apabila berhadapan dengan rumah tersebut terdapat satu surau yang boleh digunakan untuk mengurus diri. Keadaan ini mengajar kami untuk sentiasa bersedia atas sebarang kemungkinan yang akan berlaku di tempat orang sama ada masalah kemudahan atau peralatan yang diperlukan. Tambahan pula, kelemahan ini masih boleh dicari jalan penyelesaiannya dan menjadikan kami lebih peka kepada keadaan sekeliling.

Pengurusan masa kurang sistematik

Kelemahan lain yang dapat dikesan dalam perlaksanaan BIG pada kali ini ialah pengurusan masa yang tidak sama seperti yang dirancang. Oleh sebab kelewatan bertolak dari institut ke destinasi, berlaku perubahan masa pada hampir semua aktiviti. Tambahan pula, kami juga telah berhenti di kawasan rehat untuk sarapan dan situasi menambahkan lagi masa perjalanan. Pengurusan masa juga terganggu

apabila aktiviti yang dijalankan tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Hal ini disebabkan ada sesetangah aktiviti seperti ice breaking dilaksanakan terlalu lama dan memakan masa untuk aktiviti yang lain. Apabila keadaan ini berpanjangan, aktiviti lain juga tergendala serta ada yang perlu dilewatkan sehingga menyebabkan majlis penutup diadakan lebih lewat. Keadaan ini tidak sepatutnya tidak diulangi kerana ia bukan sahaja menyusahkan pihak kami malah juga pihak di Rumah Anak Yatim Nur Kasih kerana selepas kepulangan kami, mereka akan berangkat ke Universiti Sains Malaysia Pulau Piang atas jemputan makan malam. Oleh sebab kami lewat pulang dari masa yang dijangkakan, mereka juga perlu bertolak lebih lewat dan terpaksa berkeja-kejar untuk bersiap. Justeru, pelajar guru perlu lebih teliti berkenaan dengan pengurusan masa kerana masa adalah sesuatu yang sangat bernilai.

Perancangan aktiviti kurang sesuai

Antara

kelemahan

lain

yang

jelas

sewaktu

pelaksanaan

aktiviti

ialah

perancangan aktiviti ice breaking, aktiviti di 5 stesen dan LDK yang kurang sesuai dan tidak mencapai tahap kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Nur Kasih. Sewaktu menjalankan ice breaking, adik-adik dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan ciri-ciri haiwan pada kad yang telah ditampal di belakang mereka. Aktiviti ini agak sukar untuk mereka kerana mereka tidak memahami arahan yang diberikan dan ada kalangan yang mempunyai masalah pembelajaran seperti tidak tahu membaca dan hiepraktif. Oleh itu, para fasilitator telah membantu mereka dengan membuat gaya yang hampir sama dengan nama haiwan yang ditampal di belakang mereka. Manakala sewaktu mencari fasilitator bagi setiap kumpulan, mereka perlu mencari ciri haiwan yang terdapat pada fasilitator mereka yang sama dengan ciri haiwan yang ditampal pada mereka. Bagi memudahkan mereka, saya telah memanggil ahli kumpulan saya yang tercari-cari kumpulannya untuk duduk bersama saya dan Afnan. Cara ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa pelaksanaan aktiviti.

Pelaksanaan aktiviti yang kurang sesuai juga jelas dalam perancangan aktiviti berbeza di 5 stesen. Sebagai contoh, aktiviti yang memerlukan adik-adik mereka pergerakan tarian dalam masa beberapa minit dan mempersembahkannya dengan serentak antara ahli kumpulan tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhannya. Ada ahli kumpulan yang tidak dapat melaksanakannya kerana tidak memahami arahan. Oleh itu, pelajar guru yang terlibat telah bertindak kreatif untuk menukar aktiviti tersebut kepada apa-apa jenis pergerakan yang mereka selalu laksanakan. Selain itu, aktiviti LDK yang dirancang juga terpaksa diubah kerana khuatir aras pelaksanaannya terlamapu tinggi. Untuk menggantikan sesi LDK yang sebenarnya, adik-adik telah diberi tugasan mengikut kumpulan untuk menyenaraikan 10 sifat negatif yang menghalang mereka mencapai impian dan 10 sifat positif yang membantu mereka mencapai cita-cita. Dengan bantuan fasilitator setiap kumpulan, tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Setelah meneliti masalah perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang kurang sesuai ini, saya mendapati bahawa ahli jawatankuasa perlu terlebih dahulu menyelidiki latar belakang kanak-kanak serta kemampuan mereka agar aktiviti yang dirancang tidak terlalu berat untuk mereka dan mudah untuk menjayakannya.

Ancaman
Kemudahan pengangkutan

Bina Insan Guru kali ini banyak mengajar saya erti kesabaran dan kegigihan apabila saya dan rakan-rakan dari kelas T2MT2 terpaksa mencari pengangkutan lain untuk ke Rumah Anak Yatim Nur Kasih kerana ketiadaan bas institut. Keadaan ini hampir membuatkan kami putus asa dan ingin membatalkan pelaksanaan aktiviti Bian Insan Guru ini. Walaubagaimanapun, hasil perbincangan semua pelajar guru T2 MT2, kami telah bersetuju untuk menyewa bas swasta untuk ke rumah anak yatim tersebut. Sedikit kutipan wang berjumalh RM50 setiap orang telah diadakan untuk menampung

perbelanjaan makan dan bas yang disewa. Kami begitu tekad kerana kami berasa rugi sekiranya tidak meneruskan semua perancangan setelah lama bertungkus lumus untuk membuat persediaan.

Kekangan waktu

Kami juga mengalami ancaman kekangan waktu apabila ada pihak yang mencadangkan kami melaksanakan aktiviti BIG pada waktu lain kerana ketiadaan pengangkutan. Cadangan ini amat tidak kami persetujui kerana kami perlu berdepan dengan tugasan yang banyak selepas cuti pertengahan semester jika dilaksanakan selepas tarikh yang dicadangkan dan kekurangan masa persediaan sekiranya perlu diawalkan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kami terpaksa membahagikan masa sebaiknya agar aktiviti BIG dapat dilaksanakan dan pada masa yang sama, tugasan lain juga dapat dilaksanakan.

Peluang
Kem Bina Insan Guru kali ini telah membuka peluang kepada saya dalam banyak perkara. Salah satu daripadanya ialah saya telah berpeluang untuk belajar cara menarik perhatian kanak-kanak lelaki dalam lingkungan umur 7 hingga 13 tahun untuk bergiat aktif dalam kumpulan. Sebagai bakal guru, peluang ini adalah satu peluang yang tidak patut disia-siakan kerana ilmu ini amat penting untuk membantu interaksi guru dengan murid-murid di sekolah kelak. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati bahawa kanak-kanak akan mudah memberikan perhatian sekiranya apa yang dibincangkan adalah dekat dengan diri mereka. Sebagai contoh, dalam kumpulan saya, Afnan telah menggunakan pendekatan untuk bertanyakan soal sukan yang digemari dan pemain yang diminati. Soalan-soalan sebegini dapat menaikkan semangat dan menarik perhatian mereka. Selain itu, pendekatan yang digunakan ialah melaksanakan

aktiviti bersama-sama mereka. Sewaktu mereka binaan yang paling tinggi dan stabil menggunakan straw, kami telah menyertai mereka dalam usaha menjayakan misi tersebut. Hasilnya, kami menjadi semakin akrab. Keadaan ini menyenangkan hati saya yang pada awalnya agak risau kerana tidak dapat berinteraksi dengan berkesan.

Saya juga berpeluang mengetahui kebolehan rakan-rakan dan adik-adik di rumah tersebut. Salah seorang ahli kumpulan saya, Nazreen merupakan seorang penjaga gol bola sepak peringkat daerah. Dengan mengetahui kebolehan ini, saya dapat memberikan kata-kata perangsang yang dekat dengan diri dan minat mereka agar terus dimajukan daripada mensia-siakan kehidupannya. Kebolehan rakan yang dapat saya lihat ialah kebolehan menguruskan adik-adik yang mengalami masalah hiperaktif. Keadaan adik-adik hiperkatif sangat memerlukan kesabaran dan tenaga yang banyak untuk mengawal mereka. Saya berpeluang untuk melihat kebolehan sahabat saya Afzan dan Hafiz dalam mengawal mereka sehingga sanggup mengorbankan waktu makan untuk memuaskan kehendak mereka. Saya amat kagum dan berpendapat mereka merupakan seorang yang sangat penyabar. Begitu juga sahabat saya yang bertugas untuk menyediakan makanan dan minuman untuk semua peserta. Ketika semua orang sibuk melaksanakan aktiviti, mereka perlu berada di dapur dan menyediakan makanan untuk warga rumah anak yatim tersebut serta pelajar guru.

Di samping itu, saya juga berpeluang untuk berbakti di Rumah Anak yatim Nur Kasih dan menghargai kehidupan saya kini. Sebelum ini, saya pernah beranggapan bahawa saya tidak mendapat kehidupan yang sempurna seperti orang lain tetapi sebenarnya saya silap kerana masih ada orang yang lebih memerlukan bantuan dan perhatian. Peluang berada di Rumah Anak Yatim Nur Kasih sepanjang hari telah membuka peluang untuk saya melihat kehidupan sebenar masyarakat dan berusaha untuk membantu selagi termampu. Semoga program sebegini akan selalu dilaksanakan bukan sahaja dalam kalangan pelajar guru tetapi juga masyarakat sekeliling.