Anda di halaman 1dari 9

KEWARTAWANAN GLOBAL: PEMBAHARUAN DALAM DUNIA KEWARTAWANAN

Kewartawan global adalah satu konsep yang agak baru dan masih dibidang penyelidikan dalam komunikasi media. Antara definisi yang pelbagai, kewartawan global ditakrifkan sebagai kemunculan satu gaya baru penyampaian berita yang melangkaui sempadan kewartawanan iaitu termasuklah berita domestik vs asing. Kewartawanan global berdasarkan prospek global pada realitinya. Tambahan pula, ia berpotensi mewujudkan satu jaringan komunikasi dua hala antara Utara dan Selatan, antara Timur dan Barat dengan memberikan tumpuan kepada isu-isu keadilan sosial global yang berkaitan. Memandangkan dunia hari ini memerlukan wartawan yang bersifat global, langkah pertama yang paling penting ialah memberikan pendidikan dan latihan serta menubuhkan satu kerjasama dengan pengamal media yang lain. Atau lebih tepat lagi, ia diperlukan untuk:

memperbaiki ciri-ciri empiris gaya berita global dan cara penulisannya menggabungkan gaya berita global dengan pelbagai sumber ICT membangunkan konsep laporan berita global hasil usahasama pengamal media menghasilkan penulisan yang bersifat terbuka.

KEYWORD: EMPIRIS = menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, empiris ialah sesuatu kesimpulan yang dibuat berdasarkan perhatian/eksperimen, bukan teori semata-mata.

PENGENALAN

Kewartawanan global telah berturut-turut mengukuhkan kedudukannya sebagai satu konsep dan bidang penyelidikan. Ia terdiri daripada kepentingan penyelidikan yang agak pelbagai seperti konflik (Seib, 2002), laporan krisis global (Cottle, 2009), budaya global dan media (Van Ginneken, 2005;Volkmer, 1999) dan pemetaan dan analisis budaya kewartawanan di dunia (Herbert, 2001). Kewartawanan global boleh dianggap sebagai salah satu laporan berita atau lebih tepat lagi, gaya berita yang menjadikan rutin harian seseorang wartawan itu untuk menyiasat bagaimana rakyat dan tindakan, amalam, kebudayaan, masalah, keadaan kehiduapan dan sebagainya di negara/tempat yang berbeza (Berglez, 2007:151). Jenis laporan ini biasanya yang berkaitan dengan berita kewangan (seperti Bloomberg), yang telah berorientasikan global untuk jangka masa yang panjang tetapi boleh dilihat di dalam berita yang berlainan. Contoh gaya berita global yang muncul seperti tumpuan kepada hubungan yang saling bergantungan antara pengguna dan petani di Sweden atau Palestin dan isu global umat Islam.Bagaimanapun, ia berbeza dari laporan berita luar negeri yang biasanya meliputi peristiwa di tempat-tempat yang jauh. Contohnya; pilihanraya di Rusia, krisis industri automotif di Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain. Walaupun laporan berita negeri mempunyai sempadan ruang antara dunia tempatan dan asing, tetapi laporan berita global lebih cenderung untuk mewujudkan hubungan tanpa sempadan.

Perbincangan mengenai perkembangan potensi berita global dalam media telah menimbulkan dua 'standpoints' diantara para pengamal media yang lain. Yang pertama mereka memfokuskan kepada pendirian yang berketentuan, di mana laporan berita global dianggap semulajadi kepada ekonomi, politik, budaya dan kemajuan teknologi. Lebih tepat lagi, globalisasi ditakrifkan sebagai hubungan berterusan antara wilayah dan rakyat yang dijana oleh pemimpin, perdagangan, pergerakan manusia dan teknologi dengan keperluan yang menjana laporan berita yang berorientasikan global (Berglez, 2008:846). Jika globalisasi terus berkembang, laporan berita global juga turut berkembang dengan baik. Tetapi apabila keadaan ini berlaku, ada pihak yang menyatakan bahawa akan wujudnya satu pendirian 'voluntarist', yang menekankan kepentingan agensi manusia. Hujah utama ialah globalisasi tidak semestinya menjana pembaca berita dan laporan berita global. Globalisasi budaya dan persaingan ekonomi yang sengit tidak secara automatik membawa berita dengan pelbagai pandangan global, sebaliknya paradigma berita domesti yang berlaku mungkin masih terus mengusai pasaran media. Bahkan, tidak semua rangkaian media global seperti CNNi yang bertindak menyampaikan pandangan global. Jadi, kesimpulannya, berita global hanya akan mengembangkan pengaruh media dan institusi

pendidikan dalam masyarakat yang secara sedar membuat keputusan untuk membangunkannya.

Mereka yang menekankan perspektif 'voluntarist' cenderung untuk mempertikaikan keperluan sosial dan politik yang semakin 'diperlukan' dalam bidang kewartawanan global. Dunia dengan isu-isu dan krisis global dari segi perubahan iklim, wabak, bencana kemanusiaan, 'keganasan baru' (new terrorism) dan sebagainya memerlukan lebih banyak pandangan kewartawanan global. Ia menunjukkan bahawa di dalam berita dalam negeri, prospek global terlalu ditindas oleh prospek kebangsaan dan gambaran yang dibuat akan berteraskan masyarakat dan politik

(Nossek, 2004). Tetapi disebabkan 'new global reality', media berita domestik perlu menjadi global bagi mendapatkan kesahihan demokrasi mereka. Media berita yang mempromosikan diri mereka sebagai 'watchdog' yang berdemokrasi terpaksa meningkatkan laporan mereka mengenai masalah perebutan kuasa dan politik biarpun merentasi sempadan negara dan benua. Bagi beberapa media berita dalam negeri, satu cabaran besar mereka ialah bagaimana untuk menyatukan pengguna media supaya berterusan membuat permintaan terhadap berita domestik yang lebih bersifat global. Tujuan laporan berita global bukan sahaja menyedarkan orang ramai tentang kesan-kesan globalisasi malah menyokong generasi muda dalam penglibatan politik dan memberikan tekanan kepada pihak yang bertanggungjawab, organisasi politik dan mana-mana kumpulan supaya menjadi lebih terbuka.

Walaubagaimanapun, laporan berita global tidak bertindak menjadikan sesebuah dunia sebagai sesuatu yang lebih baik dan harmoni. Dengan cara yang sama, laporan berita global juga mempunyai aspek negetif dan positifnya yang tersendiri. Dalam erti kata lain, laporan berita global tidak dikawal dengan etika yang tertentu sepertimana kewujudan etika kewartawanan di sesebuah negara. Selebihnya, kertas kerja ini akan memberi tumpuan bagaimana untuk meneruskan rancangan-rancangan kepada laporan berita global yang melibatkan;

penapisan ciri-ciri empiris gaya berita global aliran utama gaya berita global integrasi ICT kerjasama yang kukuh antara para sarjana dan pengamal media

PENAPISAN CIRI-CIRI EMPIRIS GAYA BERITA GLOBAL

Walaupun ia masih diperingkat awal, tetapi berita global sudah boleh diperhatikan di berita yang disiarkan setiap hari. Terutamanya dalam liputan pelbagai krisis global yang dibuat oleh kewartawanan global seperti laporan mengenai wabak selsema babi, iaitu keadaan dimana ia saling berkaitan dan memerlukan perbincangan dan keputusan diperingkat dunia.

RAJAH 1: CONTOH LAPORAN BERITA GLOBAL

Swine flu pandemic alert raised to level five (Headline)

World Health Organization raises global epidemic threat to second highest level as numbers of infected continue to rise. Thursday, 30 April 2009. The World Health Organization last night raised its swine flu global epidemic threat level to phase five the second highest as a result of the increasing number of people being confirmed as infected with the virus across the globe.

Pengajaran dalam laporan berita global mengandaikan bahawa pengenalan empiris berita global dalam media berita berterusan setiap hari. Contoh-contoh empiris laporan berita global boleh didapati dalam penapisan konsep gaya dan kriteria. Kadang-kala, empiris membantu dalam mengenalpasti laporan berita global dalam aliran berita.

Bagaimana wartawan mengembangkan laporan berita global mereka dalam persekitaran media yang bertujuan komersial namun tumpuannya kepada domestik dan identiti kebangsaan?

Jawapannya ialah: Ia adalah naif untuk berfikir bagaimana berita global mampu menjajah atau bertukar-tukar tempat di serata negara, sama ada berita dalam mahupun luar negeri. Oleh itu, kita perlu mempertimbangkan gaya berita global yang lebih logik iaitu membuat segmentasi antara berita tempatan, domestik dan asing. Contohnya, isu perubahan iklim; tujuannya untuk

menggambarkan campuran berita domestik (termasuk berita tempatan), asing dan wacana global (Berglez, 2008)

ALIRAN UTAMA GAYA BERITA GLOBAL

Dalam konteks latihan, satu perkara penting dalam penghasilan berita global ialah ia tidak semestinya laporan daripada isu pembangkang untuk berita tempatan, domestik mahupun asing. Dalam berita iklim, sebagai contoh, ia agak bermain dengan laporan tempatan, berita dalam dan luar negeri. Dalam akhbar biasa, berita dengan pandangan global mungkin muncul dalam seksyen berita asing, serta dalam bahagian-bahagian tempatan dan domestik. Ia boleh muncul di dalam artikel berita yang mengambil tempat dalam acara tempatan atau domestik / isu, atau ia boleh melengkapkan berita asing. Dengan isu global perubahan iklim sebagai satu titik berlepas, niat adalah untuk menggambarkan potensi campuran wacana berita tempatan (tempatan termasuk), asing dan global (Berglez, 2008).

INTEGRASI ICT

Banyak penyelidik media berdebat untuk mendapatkan berita yang lebih serius, tetapi terdapat beberapa idea yang bernas tentang bagaimana untuk merealisasikannya. Sebenarnya, ia cenderung untuk bertukar menjadi teori semata-mata, yang mana disimpan di dalam tembok akedemik. Tetapi, satu usaha yang sederhana untuk memecahkan tradisi ini telah dimulakan di HumES, rebro Universiti. Idea ini adalah untuk membangunkan pelbagai konsep untuk laporan berita global, yang boleh diajar, tetapi juga boleh dilaksanakan di syarikat media kecil dan

sederhana dengan skop tempatan atau kebangsaan (media berita dalam negeri), dengan bajet yang agak terhad untuk antarabangsa / laporan berita global.

Konsep asas bagi laporan berita global ialah pembentangan teori pada gaya berita global (pada ruang, identiti, kuasa) dan kriteria yang diharapkan dapat menyokong latihan kewartawanan pada percampuran berita dan pandangan dan domestik, asing dan global . Walau bagaimanapun, kecekapan ini perlu dilengkapi dengan ICT yang pelbagai.

KERJASAMA YANG KUKUH ANTARA PARA SARJANA DAN PENGAMAL MEDIA

Di Sweden, terdapat beberapa wartawan yang dikenal pasti dan memperkenalkan diri mereka sebagai wartawan global tetapi mereka agak aktif menyasarkan untuk memasukan pandangan global dalam laporan domestik mereka. Pembangunan dalam melaporkan berita global juga boleh membina kerjasama yang dinamik antara cendekiawan / para sarjana dan pengamal media, di mana penyelidikan akademik dan model teori memenuhi syarat-syarat komersil dalam pengeluaran berita. Idea-idea yang relevan dan sah yang dibentangkan akan dikaji semula dan dibangunkan.

KESIMPULAN

Kertas kerja ini membentangkan beberapa idea mengenai kewartawanan global sebagai laporan berita global berdasarkan campuran pemikiran teori dan gunaan. Persoalan utama ialah bagaimana pembangunan dan pengembangan gaya berita global yang sebenarnya. Dalam konteks ini, terdapat tiga proses yang dianggap amat penting. Pertama, untuk meneruskan pengenalan empiris dan analisis wacana global yang muncul dalam pelbagai media berita. Bahan-bahan ini penting dalam takrif teori yang berterusan, penapisan dan pembangunan gaya berita global (idea yang dibentangkan boleh diperbaiki dalam pelbagai aspek lain). Kedua, untuk melaksanakan pendidikan teori dan praktikal dalam laporan berita global. Ketiga, mewujudkan kerjasama antara pengamal media untuk menerokai industri media dari sudut pandangan akademik dan penyelidikan mengenai globalisasi dan media yang sedia ada. Sejujurnya, saya berharap bahawa jenis-jenis tindakan dan penglibatan wartawan mampu menyokong pembangunan dan pengembangan laporan berita global dalam media tempatan.