Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN HARI GURU LOGO HARI GURU OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA IKRAR HARI GURU LAGU GURU

MALAYSIA SAJAK OH GURU LAGU TEMA HARI GURU 2012 TENTATIF SAMBUTAN HARI GURU

Bertempat: Dewan Terbuka SMK Keroh, Kuala Krai, Kelantan Tarikh: 16 Mei 2012 (Rabu) Masa: 07.40 Pagi 01.30 Tengahari Perasmian Tuan Haji Abdullah B Mat (Pengetua SMK Keroh) Anjuran Kelab Warga dan Badan Pengawas SMK Keroh

PENGENALAN HARI GURU


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Merah : Menunjukkan keteguhan semangat. Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA


Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

IKRAR HARI GURU


Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.

LAGU GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan

SAJAK 0H GURU
BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

LAGU TEMA HARI GURU 2012USMAN AWANG SAMBUTAN HARI GURU 2012 TENTATIF 08.00 Pagi
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Lagu: En. Rosman bin Adam Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof (IPGM Kampus Ilmu Khas) Kita berbicara tentang inovasi Ciptaan baharu gaya hidup kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Bangun, beranikan terima seruan Mendidik, memimpin penuh berwawasan Menciptakan kreativiti Melahirkan Guru Inovatif c/o Sahutlah cabaran, perubahan Daulatkan Bidang Pendidikan, Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Malaysia Ku tercinta Kita berbicara tentang inovasi Ciptaan baharu gaya hidup kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Tiada pernah jemu tiada putus asa Sedia menimba ilmu di mana saja Binakanlah keyakinan Merentasi segala halangan ulang c/o x2
1979

Perarakan Para Guru dan Staf 08.30 Pagi Acara Sukaneka Para Guru dan Staf 10.00 Pagi REHAT 10.45 Pagi Majlis Rasmi Sambutan Perayaan Hari Guru SMK Keroh 01.00Tengahari Jamuan Para Guru dan Staf TAMAT

SEKALUNG PENGHARGAAN
Yang Berusaha Tn Haji Abdullah B MatPengetua SMK Keroh, Kuala Krai Penolong-Penolong Kanan SMK Keroh Penender Kantin SMK Keroh Penender Asrama SMK Keroh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Keroh Guru-guru SMK Keroh Staf-staf SMK Keroh Pembekal pembekal barangan sukan dan kelengkapan sekolah

Anda mungkin juga menyukai