Anda di halaman 1dari 17

KEWARTAWANAN GLOBAL: MEDIA BARU MEDIUM PENYEBARAN DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT

KONG FOOK LUNG

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2012

1.0 Pengenalan Kewartawanan global merupakan satu cabaran baru kepada media dalam dunia kewartawanan pada era globalisasi kini. Kewartawanan global boleh ditakrifkan sebagai berita yang melangkaui sempadan kewartawanan asing seperti berita dalam dan luar negara. Wartawan-wartawan dari seluruh dunia bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan liputan berita terkini yang mempunyai nilai berita tinggi. McGrew (1992:65) menggambarkan globalisasi sebagai intensification of global interconnectedness. Apa yang dimaksudkan oleh McGrew dengan peningkatan hubungan jaringan global adalah pada waktu ini sempadan negara tidak lagi menjadi rintangan dalam kehidupan kita. Hampir semua aktiviti sudah mula bergerak merentasi sempadan negara sama ada barangan, modal, manusia, pengetahuan, imej, jenayah, pencemaran alam, dadah, fashion dan juga kepercayaan. Keadah pergerakan itu berlaku dalam pelbagai cara, sama ada melalui jaringan hubungan antara peribadi, institusi, pengangkutan udara dan juga jaringan sistem komunikasi (dalam Samsudin, 2007:2).

Proses globalisasi telah menjadikan dunia semakin kecil seperti mana metafora Marshall McLuhan (1964) yang mengatakan dunia sudah menjadi sebagai Kampong Sejagat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula telah menggunakan metafora Jiran Global Kita untuk menghuraikan konteks politik negara-negara dalam proses globalisasi ini. Apakah yang sebenarnya berlaku dalam proses globalisasi? Adakah dunia telah mengucup menjadi kecil atau pun kaki dan tangan kita sudah memanjang sehingga boleh

menjangkau merata pelusuk dunia dengan mudah? (Samsudin A. Rahim, 2007:2).

Topik ini akan mengupas mengenai penggunaan media baru sebagai medium untuk pengumpulan, penyebaran maklumat dan berita dalam konteks kewartawanan global. Menurut Jan Van Dijk The Network Society:Social Aspect of New Media (2006:9) , New media are media which both integrated and interactive and use digital code at the turn of the 20th and 21st centuries. Hal ini bermaksud, media baru adalah media yang memiliki 3 ciri utama iaitu integrasi, interaktif dan digital. Media baru juga bersifat jaringan, digital serta boleh dimanipulasikan. Contoh media baru adalah internet. Internet merupakan satu medium maklumat yang berkembang pesat dan wartawan serta organisasi media menggunakan internet sebagai salah satu sumber berita dan medium untuk menyampaikan segala maklumat dan berita dengan memaparkannya melalui laman web. Penggunaan internet akan memudahakan hasil pencarian maklumat oleh para wartawan global berbanding dengan pencarian secara manual yang menggunakan masa yang lama untuk mencari dan mendapatkan segala maklumat yang berkaitan. Kewartawanan global pada masa kini banyak bergantung kepada era teknologi baru. Setiap berita dan maklumat boleh diperolehi dengan wujudnya resolusi digital era baru. Seorang wartawan global yang sedang bertugas di zon perang dapat menaip berita dan menghantar gambar ke agensi berita dengan mudah also

dan cepat melalui aplikasi telefon bimbit yang semakin canggih berbanding sistem manual yang memerlukan masa yang lama untuk paparan satu berita. Contohnya, menghantar laporan berita menggunakan Blackberry, iPhone, PDA Phone atau Tablet PC. Dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, hal ini dapat memudahkan tugas para wartawan dari seluruh dunia terutamanya wartawan global untuk mendapatkan berita yang sama tetapi disampaikan dengan cara yang berlainan dari segi penulisan. The global journalism of today, helped and hindered as it is by the digital revolution, by convergence of media onto one communicating platform, by instantaneous distribution of facts and information throughout the world in a way never dreamt of even 50 years ago, is changing is focus. ( John Herbert: 2001:5) Pada era globalisasi kini, laporan berita menggunakan teknologi komunikasi digital untuk mengumpul teks, video dan imej dari seluruh dunia bagi memudahkan penyebaran maklumat kepada jutaan penonton di seluruh negara. Media berita seperti Cable News Network (CNN) merupakan rangkaian berita yang popular dalam menyampaikan berita dan mendapatkan liputan berita dari seluruh dunia. Dengan adanya internet dalam kewartawanan global, ia dapat memudahkan berita dan maklumat tersebut diakses dan dibaca oleh masyarakat dengan segera melalui komputer dan aplikasi yang tertentu. Dunia kewartawanan global

sememangnya penting dalam menyalurkan segala maklumat dan berita kepada penduduk di setiap pelosok dunia dengan mudah dan cepat. Setiap peristiwa atau kejadian yang berlaku boleh diketahui dan ditonton dengan segera melalui rangkaian stesen berita seperti Cable News Network (CNN). Stesen CNN akan menyediakan pelbagai jenis laporan berita yang berlaku dari seluruh dunia. Masyakarat dunia boleh mendapat berita mengenai bencana alam atau peperangan yang sedang menimpa sesebuah negara tanpa menunggu berita pada keesokan hari. Misalnya, bencana tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011 mendapat liputan yang luas daripada pelbagai agensi berita seluruh dunia walaupun kedudukan Jepun yang beribu batu jauh daripada agensi berita. Internet merupakan salah satu medium yang penting dalam konteks kewartawanan global bagi mengumpul, menyebarkan maklumat dan berita pada dunia dengan kadar yang segera. Internet dapat memudahkan proses pengumpulan maklumat dan berita disampaikan melalui medium-medium yang tertentu. As modern technology improves the way journalists operate globally, the internationalization of the electronic media in particular has meant some major changes within individual countries. The days of one governmentowned or controlled broadcasting system in countries around the world are fast disappearing because of the universal availability of global information. Some of these are international channels, others are new domestic channels. Most of these new television channels are sent to a region by satellite or increasingly via the internet.

Online information searching is faster and more thorough than traditional methods and helps journalists solve some of thier most challenging jobs. New story ideas abound on the Internet. Certain computer assisted

reporting techniques enable journalists to find out what people in the know know and even spot trends before they happen. Searching online databases for background information can make reporters instant experts in a subject. (John Herbert: 2001:13)

2.0 Tinjau Kajian Aditya (2010:9), melalui kajian bertajuk Penerapan Konsep Kajian Citizen Journalism dalam Twitter bertujuan untuk mengetahui penerapan konsep Citizen Journalism dalam Twitter. Hasil kajian menunjukkan Twitter menerapkan konsep Citizen Journalism. Pengguna dapat mengakses Twitter tanpa perlu pendidikan dan latihan. Twitter memberikan ruang dan waktu kepada pengguna untuk menyebarkan maklumat penting untuk diri mereka. Pengguna bebas unutk berinteraksi dengan pengguna Twitter lain. Pengguna menggunakan Twitter untuk berbincang dan menyelesaikan isu awam. Samsudin A. Rahim (2001), melalui kajian bertajuk Media dan Indentiti Budaya: Cabaran Media Terhadap Masyarakat Malaysia di Alaf Ke-21 menunjukkan bahawa perkembangan baru dalam industri media abad ke 21 telah memantapkan peranan media global melalui siaran satelit atau rangkaian jaringan komputer.

3.0 Konteks Malaysia Kewartawanan di Malaysia juga tidak ketinggalan berehadapan dengan cabaran arus perkembangan teknologi. Akhbar Utusan Melayu, Berita Harian, New Straits Times (NST), Kosmo, Metro serta akhbar tempatan yang lain telah

memperkenalkan akhbar dalam talian untuk memudahkan pembaca dan generasi masa kini untuk mendapat segala informasi terkini melalui akhbar dalam talian. Era globalisasi telah merubah senario akhbar di Malaysia yang sebelum ini masih mengamalkan akhbar secara manual iaitu akhbar dalam kertas.

Perkembangan teknologi yang menyaksikan akhbar di Malaysia turut mengorak langkah untuk menuju ke arah sistem akhbar yang lebih cepat dan mantap untuk tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia teknologi maklumat. Akhbar New Straits Times melakar sejarah dalam akhbar di Malaysia dalam penyampaian maklumat kepada pembaca menerusi telefon bimbit, portal online, cetakan akhbar dan tablet seperti iPad. Menyalurkan maklumat kepada pembaca menerusi empat platform - telefon bimbit, portal online, cetakan akhbar dan tablet seperti iPad. NST memilih tarikh 11.11.11 untuk menampilkan pembaharuan. Edisi pertamanya turut menyaksikan sebahagian foto dan iklan dalam bentuk imej 3D, yang pertama seumpamanya di negara ini. (Utusan Malaysia: 2011). 4.0 Kepentingan Kewartawanan Global Perkembangan dalam teknologi komunikasi telah membawa perubahan dalam Global Journalism. Perkembangan teknologi komunikasi bukan sahaja memberi faedah kepada organisasi media dan malah juga kepada masyarakat.

Penyebaran maklumat dan penerimaan sesuatu maklumat tidak lagi menjadi masalah kepada masyarakat yang telah didedahkan dengan arus perkembangan teknologi komunikasi seperti komputer. 4.1 Kepentingan kepada masyarakat Perkembangan dalam kewartawanan global melahirkan masyarakat yang

bermaklumat dan berpengetahuan. Maklumat dapat disebarkan dengan pantas kepada masyarakat dan ke seluruh dunia. Dengan menggunakan internet dan komputer, masyarakat dapat mengakses maklumat dan berita yang dikehendaki dengan mudah dan pantas. Penggunaan sistem komunikasi yang semakin berkembang memudahkan maklumat disebar dan diterima oleh masyarakat dengan merentasi sempadan dunia dengan mudah dan cepat. 5.0 Isu-Isu Kewartawanan Global Isi-isu kewartawanan global boleh dilihat dengan perkembangan teknologi komunikasi pada abad ke 21. Perkembangan teknologi komunikasi telah mengubah senario kewartawanan di seluruh dunia dengan penggunaan teknologi komunukasi yang melibatkan media baru. Kepesatan perkembangan teknologi komunikasi membolehkan pengaliran sesuatu maklumat dalam dunia tanpa sempadan. Penggunaan media baru melibatkan penggunaan aplikasi internet. Perkembangan kewartawanan global melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Kewartawanan telah bergerak menuju ke arah kewartawanan teknologi di mana setiap organisasi media seperti media cetak akhbar telah berubah ke penggunaan media baru iaitu akhbar dalam talian. Organisasi media di Malaysia turut tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi dalam penggunaan media baru.

5.1 WikiLeaks WikiLeaks merupakan organisasi media baru yang bukan berasaskan keuntungan yang menjadi sumber maklumat penting kepada kewartawanan global dalam memaparkan pelbagai isu berprofil tinggi ke seluruh dunia yang tidak pernah diketahui oleh masyarakat sebelum dilakukan pendedahan oleh WikiLeaks. WikiLeaks bekerjasama dengan organisasi media lain di seluruh dunia untuk memaparkan setiap kebenaran kepada masyarakat dunia. Julian Assange berasal dari Australia merupakan pengasas dan ketua pengarang WikiLeaks. WikiLeaks menggunakan teknologi baru untuk menembusi dan mendapatkan hal-hal dalaman kerajaan serta mendedahkan pelbagai kebenaran yang tidak pernah dilakukan oleh organisasi media yang lain kepada masyarakat. WikiLeaks mengumpul dan menyampaikan berita penting dan maklumat kepada orang ramai dengan memaparkan bahan berita asal untuk dinilai masyarakat dunia terhadap segala maklumat. Dikendalikan syarikat The Sunshine Press, laman itu mendakwa memiliki lebih 1.2 juta data sejak setahun pelancarannya. Pertubuhan itu mendakwa diasaskan oleh para penentang politik dari China, wartawan, ahli matematik dan pakar teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan. (Utusan Kosmo: 2011)

Sejak tahun pertama WikiLeaks beroperasi, wartawan dan penerbit berkelulusan doktor falsafah dalam bidang fizik tersebut tidak lagi mempunyai kediaman tetap dan sering berpindah-randah selepas laman web panas ciptaannya itu telah memancing perhatian global. (Utusan Kosmo: 2011) Laman Web WikiLeaks menerima anugerah kewartawanan Australia, Anugerah Walkley kerana sumbangannya kepada bidang berkenaan. (Utusan Malaysia: November 2011) Pendedahannya mengenai cara perang terhadap keganasan dilancarkan sehinggalah tindakan diplomatik yang salah dan campur tangan dalam hubungan domestik dalam sesebuah negara, telah memberikan impak yang tidak dapat dinafikan. (Utusan Malaysia: November 2011) Pendedahan WikiLeaks mengenai maklumat sulit terutamanya berkaitan dengan Amerika Syarikat mengejutkan dunia dengan maklumat tersebut melibatkan pelbagai isu dunia. Pelbagai maklumat sulit Amerika Syarikat telah didedahkan dalam laman web WikiLeaks menimbulkan kemarahan masyarakat dunia terhadap Amerika Syarikat. Kebocoran maklumat rahsia Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Polis Dunia menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kebocoran maklumat sulit Amerika Syarikat oleh WikiLeaks telah memalukan Amerika Syarikat dengan tahap keselamatan maklumat sulit berjaya diceroboh oleh pihak luar dan didedahkan kepada umum. Antara maklumat sulit yang didedahkan oleh WikiLeaks seperti maklumat sulit

peperangan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq. WikiLeaks turut mendedahkan beratus ribu maklumat sulit berkaitan dengan negara lain. Malaysia tidak dapat terlepas daripada sasaran WikiLeaks dengan pendedahan pelbagai isu yang berkaitan dengan Malaysia. Pendedahan WikiLeaks terhadap pelbagai maklumat penting membuka lembaran baru dalam dunia maklumat global dengan pelbagai berita boleh diakses dan dibaca oleh masyakarat dunia. Pendedahan WikiLeaks membuka mata masyarakat seluruh dunia dengan tahap keselamatan yang ketat tidak menjamin bahawa maklumat sulit tersebut yang dikawal ketat tidak dapat dicerobohi oleh mana-mana pihak luar. Dari segi konteks Kewartawanan global, Wikileaks membekalkan segala maklumat yang diperlukan oleh wartawan dan organisasi media untuk menulis berita mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Penggunaan media baru seperti internet membolehkan masyarakat seluruh dunia mengakses maklumat yang terdapat WikiLeaks dengan mudah. Pendedahan WikiLeaks akan memberi maklumat penting kepada masyarakat tetapi pendedahan ini juga akan mendedahkan keselamatan sesebuah negara dan rakyat akan terancam kepada ancaman luar. Segala maklumat sulit berkaitan sistem pertahanan sesebuah negara akan diketahui oleh negara lain yang akan mengambil kesempatan terhadap sistem pertahanan yang lumpuh akibat diceroboh oleh pihak luar. Pendedahan WikiLeaks akan menimbulkan sikap benci dan permusuhan akan berlaku sesama pemimipin negara yang terlibat.

5.2 Kemunculan Blog Di Internet Blog merupakan salah satu media baru dalam dunia kewartawanan. Blog boleh dicapai atau diakses oleh masyarakat seluruh dunia. Masyarakat boleh mendapatkan informasi atau maklumat mengenai sesuatu isu yang berlaku. Namun, blog tidak boleh dianggap sebagai kewartawanan sebenar. Segala maklumat yang dipaparkan pada blog tidak disemak serta ditapis dimana fakta yang dikemukakan tidak kukuh. Blog adalah nama singkatan daripada web log atau satu catatan dalam talian (online). Blog seperti catatan dalam sebuah buku peribadi. Isitilah web blog pertama kali digunakan oleh John Barger pada Disember 1997. John Barger menggunakan istilah weblog untuk menyebut kelompok website peribadi yang selalu dikemaskini secara terus-menerus dan boleh berhubung kepada link-link website yang lain. Janet E. Steele, Prof Madya dari School of Media and Public Affairs, George Washington University, berkata, berita dan maklumat daripada media sosial bukanlah fakta kukuh yang disemak dan serta ditapis oleh editor berbanding dengan amalan standard oleh media tradisional. (Utusan Malaysia: 2011) Pengguna blog semakin meningkat setiap hari dengan hasil penulisan dan ulasan mengenai isu-isu yang boleh menarik perhatian pembaca. Dengan adanya teknologi telekomunikasi yang canggih serta masyarakat dapat melayari dan mengakses blog dengan mudah.

Blog mempunyai konteks yang lengkap di mana pengguna blog boleh menulis teks, meletak gambar, memaparkan video atau audio dalam ruangan yang disediakan dalam blog. Elemen yang terdapat pada blog ini memudahkan blogger untuk menulis dan memaparkan visual dan audio untuk tatapan umum. Ketepatan fakta dan maklumat merupakan isu-isu yang sering diungkit dalam penggunaan media baru seperti blog sebagai medium penyebaran maklumat serta informasi terkini. Setiap maklumat yang ditulis di blog boleh menjurus kepada berbentuk maklumat yang bersifat positif atau negatif. Namun ia bergantung kepada cara penulis mengulas dan menulis sesuatu isu itu. Blog juga boleh digunakan untuk menjatuhkan dan menaikkan reputasi seseorang, organisasi mahupun sesebuah kerajaan. Tsunami pilihan raya tahun 2008 merupakan bukti terhadap pengaruh media baru seperti blog dalam menyebarkan maklumat dan caloncalon parti politik akan menggunakan blog sebagai senjata utama dalam pilihan raya bagi memancing undi pengundi. Pilihan raya umum pada tahun 2008 menyaksikan Parti Barisan Nasional kehilangan empat buah negeri kepada parti pembangkang hasil daripada pengaruh blog yang digunakan oleh parti pembangkang untuk menarik perhatian masyarakat.

5.3 Tidak perlu sekat laman blog KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan tidak harus mengenakan sekatan ke atas blog tetapi perlu bersikap terbuka terhadap laman tersebut, kata Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah.

Beliau berkata, ini kerana satu gelombang besar politik mungkin akan berlaku sekiranya sekatan dikenakan ke atas laman-laman blog yang wujud pada masa ini.

''Kemunculan blog ini merupakan satu perubahan budaya baru dalam bidang media yang berlaku di seluruh dunia yang tidak dapat dielak. ''Sekiranya ia disekat, maka akan menimbulkan ketidakpuasan dan mungkin akan membawa kesan yang dahsyat kepada para pemimpin. Abu Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kajian yang menunjukkan terdapat hampir 500,000 blog yang aktif dalam negara. Katanya, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya baru-baru ini sebahagian besarnya disebabkan pendapat beberapa pemimpin yang berhasrat untuk menyekat laman-laman blog itu.

''Kita harus bersikap terbuka dan biarkan masyarakat yang menilaikannya. Tindakan mengenakan kawalan ke atasnya hanya akan membawa kepada keburukan yang tidak diingini. (Utusan Malaysia, 2008).

5.4 Facebook Facebook adalah jaringan sosial di mana para pengguna boleh berinteraksi dengan orang lain, mengirim mesej, mencari kenalan baru atau menyebarkan maklumat kepada pengguna lain. Facebook didirikan oleh Mark Zuckerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School.

Media baru sosial seperti Facebook juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam menyebarkan maklumat dan menyampaikan isu-isu yang sedang berlaku. Laman web Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di seluruh dunia dengan pengguna Facebook yang mencecah ratusan juta orang. Maklumat dan berita yang dipaparkan dalam Facebook lebih pantas dengan hanya menaip dan seterusnya menekan butang papar berbanding dengan media lama yang memerlukan masa lama dalam memaparkan sesuatu isu. Pelbagai isu boleh dijumpai di dalam Facebook dari segi video, gambar dan teks. Contohnya, video kejadian Tsunami yang melanda Jepun dipaparkan di Facebook dengan paparan video yang asli melalui saksi atau penduduk yang berada di tempat kejadian. Setiap pengguna media baru seperti Facebook dan blog boleh dianggap sebagai Citizen Journalism dengan menulis di dalam online Facebook serta online Blog di mana setiap penulisan yang ditulis boleh dibaca oleh masyarakat di seluruh pelosok dunia. Media baru Facebook juga digunakan sebagai platform kepada masyarakat untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap sesebuah pemerintahan seperti yang berlaku di Mesir. "Revolusi Facebook berjaya menumbangkan Mubarak dan simbol rejim pemerintahannya," lapor akhbar itu, sambil menyifatkan laman sembang sosial itu sebagai "ibu pejabat majlis pemerintah revolusi." (Utusan Malaysia: Februari 2011)

6.0 Kesimpulan Secara keseluruhnya, kewartawanan global merujuk kepada laporan berita global. Dalam topik ini kewartawanan global membincangkan penggunaan media baru sebagai medium penyebaran dan pengumpulan maklumat serta berita. Antara media baru yang dibincangkan dalam topik ini adalah internet, blog dan Facebook dalam konteks kewartawanan global. Kewartawanan global bergerak pantas mengikut arus perubahan teknologi masa kini yang pastinya dapat memudahkan para wartawan dalam menjalankan tugas mereka dan melaporkan berita kepada masyarakat. Media baru turut memberi manfaat kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menjadi masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.

Rujukan Aditya (2010). Penerapan Konsep Citizen Journalism dalam Twitter. Dijk, J. (2006). The Network Society: Social aspects of new media. Herbert, J. (2001). Practicisng global journalism: exploring reporting issues

worldwide .

Nizha Periaswamy (2010). Pendedahan rahsia paling kontroversi. Kosmo. Retrieved from http:// www.kosmo.com.my

Samsudin A. Rahim. (2007). Globalisasi dan media global.

(2011).

Akhbar kerajaan puji revolusi Mesir. Kaherah. Utusan Malaysia. Retrieved from http:// www.utusan malaysia.com.my

(2011). Blog, Facebook, Twitter bukan kewartawanan sebenar. Utusan Malaysia. Retrieved from http:// www.utusan malaysia.com.my

(2011). NST dan masa depan. Utusan Malaysia. Retrieved from http:// www.utusan malaysia.com.my

(2008). Tidak perlu sekat laman blog. Utusan Malaysia. Retrieved from http:// www.utusan malaysia.com.my

(2011). WikiLeaks menang Anugerah Walkley 2011, Sydney. Utusan Malaysia. Retrieved from http:// www.utusan malaysia.com.my