Anda di halaman 1dari 5

TAJUK: WANITA PENJALIN KEMAJUAN

NAMA:

UMI SALMAH BT ZULKAFLI

ALAMAT:

NO 11 KG PAUH, 35950 BEHRANG STESEN, PERAK

PENGENALAN Perkataan `perempuan dan `wanita ini tercetus sewaktu kami terlibat menyusun Kamus Dewan Edisi Ketiga (akan terbit), ringkasnya KD3, kerana kami secara intuisi merasakan bahawa perkataan tersebut, meskipun dari segi olahannya dalam Kamus Dewan dianggap sama, namun dari segi penggunaannya tidak sentiasa demikian. Gerak naluri itu tidak kami terjemahkan kepada bentuk penyelidikan yang lebih ilmiah sehinggalah timbul kesempatan (atau arahan?) untuk menulis kertas kerja bagi Seminar Perkamusan Melayu ini.

Wanita penjalin kemajuan. Wanita pada masa kini secara langsung berperanan sebagai penjalin kemajuan. Hal ini disebabkan faktor atas desakan kehidupan malahan juga ianya mungkin disebabkan sifat wanita yang telah wujudnya kesedaran untuk bangun dan berjuang bagi mencapai taraf kehidupan yang lebih selesa. Rangsangan untuk membangun Wanita berusaha untuk keluar daripada kesusahan dalam kehidupan mereka, sama ada dari permasalahan rumah tangga, kesempitan hidup dan juga bersama-sama ingin membantu suami dalam mencapai keselesaan dalam kehidupan yang disebabkan oleh tuntutan keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Desakan untuk kelihatan lebih mewah dan persaingan antara kelompok masyarakat di dunia ini dan persaingan antara kelompok wanita yang tidak betah melihat kejayaan orang lain untuk mencapai keinginan memiliki sesuatu menjadi pendorong kepada golongan wanita ini untuk terus maju kehadapan. Bermulanya persaingan dalam bidang akademik disusuli dalam bidang kerjaya dan seterusnya mencari peluang untuk mencari lebihan pendapatan

bagi menampung kehendak diri sendiri dan keperluan dalam rumah tangga menjadikan seseorang wanita itu gigih berusaha.

Wanita dengan dunia perniagaan Pada zaman kini, wanita sentiasa dikaitkan rapat dengan dunia perniagaan. Mereka saling bersaing dengan kaum lelaki untuk menuju gerbang kejayaan. Pada ketika dahulu dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing bagi kaum wanita. Contoh usahawan wanita yang paling tepat ialah Siti Khadijah, yang terlibat dengan perniagaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Siti Khadijah merupakan contoh usahawan wanita terbaik bagi kaum wanita yang berminat dalam bidang keusahawanan. Dengan sikap, komitmen dan keinginan yang ditunjukkan di kalangan usahawan wanita pada masa kini, adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti dunia keusahawanan akan diambil alih dan didominasi oleh wanita. Perlu disedari bahawa kita sedang berada di zaman globalisasi dan kata-kata tempat wanita hanya diceruk dapur adalah tidak relevan lagi. Menurut Dato Seri Dr. Mahathir ketika berucap di Majlis Konvensyen Kebangsaan Usahawan Wanita 2002, pencapaian dan peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam bidang keusahawanan kini jelas membuktikan kemampuan wanita menghadapi persaingan. Pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tangan yang mengayun buaian itu sebenarnya berupaya menggegarkan dunia adalah benar. Puan Azizah Tumin, dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA) menegaskan, sekiranya wanita ingin menjadi insan yang berjaya, mereka haruslah menyemai ciri-ciri daya saing, daya maju dan kreatif. Sikap berani dan tidak takut untuk menghadapi risiko kegagalan itu adalah permulaan kepada sesebuah kejayaan.1 Peranan Wanita di Eropah

Penglibatan kaum wanita dalam aktiviti Keusahawanan di negeri johor: kajian Terhadap faktor-faktor kritikal kejayaan Dan kegagalan pengendalian perniagaan
1

Sebelum abad yang ke 20, peranan wanita di Eropah adalah begitu terhad di mana peranannya lebih dominan di rumah. Wanita dianggap sebagai tenaga buruh simpanan. Bila tenaga lelaki tidak mencukupi, mereka dipanggil untuk mengisinya; ketika tenaga berlebih mereka disuruh pulang. Layanan seperti inilah yang mendorong mereka bertindak membela nasib. Perasaan wanita yang inginkan pembebasan dicetuskan oleh desakan sosial dan ekonomi. Di semua negeri di Eropah semakin ramai wanita yang masuk dalam kumpulan yang bekerja tetapi wanita yang berjaya meningkatkan ketaraf penting dalam kerajaan masih boleh dibilang dengan jari. Peranan Wanita di Asia Di Asia pada keseluruhannya, kemajuan wanita dalam perjuangan menuntut hak yang sama tidak begitu berkesan. Tetapi kesedaran wanita Asia kian bertambah. Pada keseluruhannya, perjuangan wanita untuk membela nasib kaum sejenis dan memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara masing-masing menampakkan kesan yang nyata, meskipun masih belum begitu cemerlang. Keadilan yang dicari oleh kaum wanita adalah, pertama, kaum wanita masih dipandang lebih rendah daripada kaum lelaki; kedua, kaum wanita tidak mendapat hak-hak yang sepatutnya menjadi hak mereka dalam segala bidang kehidupan; dan ketiga, kaum wanita tidak mendapat upah yang sama bagi pekerjaan yang sama dengan kaum lelaki. Ini adalah antara yang membantutkan perkembangan pembangunan ekonomi sesebuah negara itu. Peranan dan Fungsi kaum Wanita di Malaysia Dalam masyarakat traditional, peranan kaum wanita adalah terhad kepada peranan pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki. Ini dapat dilihat daripada jenis-jenis tugas yang mereka lakukan, umpamanya peranan mereka dalam pekerjaan sawah adalah untuk membantu suami mereka seperti menyemai, mengubah dan menuai. Dalam membangunkan keluarga masingmasing, wanita zaman traditional menjalankan tugas seperti mencucuk atap, membela ayam itik dan lain-lain sebagai membantu peranan lelaki yang lebih besar dan pokok dalam kehidupan keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Dalam bidang politik dan pemerintahan status kaum wanita telah bertambah baik dan jika dilihat dalam perkembangan status mereka sama tinggi dengan lelaki. Ini dapat dilihat apabila kaum wanita diberikan hak mengundi seawal-awal usia penubuhan negara kita ini.

Dalam bidang ekonomi, adalah bidang yang sudah diterokai oleh kaum wanita dan di mana kaum lelaki agak bersikap liberal dalam membuka pintu kepada kemasukan dan penyertaan wanita. Pada masa dahulu peranan dan fungsi kaum wanita dalam bidang ini amat terbatas. Jumlah wanita yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan maupun swasta semakin bertambah dan begitu juga pembahagian pendapatan. Walaupun jumlah pekerja-pekerja wanita ramai, hampir keseluruhannya termasuk pada peringkat pekerja-pekerja kurang mahir mendapat jumlah gaji yang kecil sahaja. Perubahan pada peranan ekonomi mempunyai kesan yang amat besar dan meluas terhadap kaum wanita yang terlibat dari segi peranan dan fungsi sosial. Nilai sosial lama masih lagi menganggap wanita sebagai makhluk yang dicipta untuk kesenangan kaum lelaki di mana timbulnya institusi-institusi ekonomi moden yang khusus memperdagangkan wanita seperti pelacuran, teman sosial, kelab-kelab khusus dan lain-lain. Peranan wanita sebagai isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal rumah dan keluarga dan lebih utama lagi mereka berjaya menentang diskriminasi yang dikenakan kepada kaum wanita dalam soal gaji dan pembayaran cukai. i

http://sarjana.tripod.com/wanita1.html