Anda di halaman 1dari 7

BAB 1 1.

0 Pengenalan Pelajar-pelajar kursus HGF 3033 Prinsip-Prinsip Geomorfologi telah mengadakan satu kajian lapangan pada 25 Mac 2012. Seramai 36 orang pelajar telah mengikuti kajian lapangan tersebut dan diselia oleh En. Azmi bin Ahmad Baharom. Setiap pelajar dibahagi kepada 5 orang bagi satu kumpulan untuk memudahkan kajian dilakukan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat pemerhatian tentang proses pemendapan dan bentuk muka bumi di kawasan lembangan dan saliaran di Pulau Ketam dan Pulau Indah.

1.1 Objektif Kajian Antaranya : a) Mengenal pasti proses-proses geomorfologi yang berlaku di kawasan kajian. b) Mengenal pasti sama ada berlakunya proses pemendapan di kawasan kajian. c) Membuat pemerhatian terhadap arus sungai dan pokok bakau di kawasan kajian. d) Mengukur ketinggian lumpur di kawasan kajian. e) Mempelajari teknik-teknik untuk menggunakan GPS dan membaca koordinat kedudukan berdasarkan peta topografi dengan tepat dan betul serta mengambil bacaan mengenai ketinggian pokok bakau dari aras lumpur di kawasan kajian.

1.2 Metodologi Kajian Kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah sepanjang menjalankan kajian. Kaedah utama yang digunakan oleh kami ialah dengan melakukan pemerhatian melalui kaedah lapangan. Lawatan ke kawasan kajian juga sedikit banyak membantu dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Bagi memenuhi objektif kajian juga, kami telah mengambil gambar-gambar di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di sepanjang laluan ke Pulau Ketam dan di Pulau Indah.

1.3 Lokasi Kajian

1.4 Peralatan dan Instrumen Kajian Beberapa peralatan telah digunakan dalam menjalankan kajian di kawasan lapangan. Antaranya ialah GPS, kompas, peta topo, pita tape, alat pengukur lumpur dan clinometer. GPS digunakan bagi mendapatkan garisan latitud dan longitud kawasan yang dikaji. Kompas pula digunakan untuk menentukan utara sebenar peta. Peta topo Pulau Ketam dan Pulau Indah digunakan untuk menentukan tempat yang akan dibuat kajian. Manakala pita tape dan alat pengukur kedalam lumpur digunakan untuk mengukur kedalaman lumpur di kawasan kajian. Clinometer pula digunakan untuk mengukur ketinggian pokok bakau disepanjang kawasan kajian.

1.5 Batasan Kajian Terdapat pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi sepanjang menjalankan kajian lapangan di kawasan kajian. Halangan tersebut ialah keadaan arus sungai yang surut telah menyebabkan perjalanan ke Pulau Ketam terpaksa dibatalkan kerana dikuatiri akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke jeti. Di andaikan masa perjalanan selama 20 minit saja lagi untuk sampai ke Pulau Ketam dan kami terpaksa berpatah balik ke jeti. Halangan yang kedua ialah ketidaksampaian ke Pulau Ketam telah menyebabkan objektif kajian tersebut terpaksa di batalkan dan proses pengumpulan data tidak berlaku seperti yang telah dirancangkan. Data ketinggian lumpur di Pulau Ketam tidak diperolehi dan kami hanya membuat pemerhatian dari atas bot saja. Kami terpaksa membuat anggaran dan mengukur melalui pokok bakau di sepanjang ke Pulau Ketam. Halangan yang ketiga ialah kami tidak mengetahui tempat kajian yang harus kami lawati di Pulau Indah. Seterusnya, kami hanya berhenti di bahu jalan di kawasan sekitar Pulau Indah untuk mengumpul data mengenai ketinggian lumpur dan ketinggian pokok bakau di kawasan tersebut.

BAB 2 2.0 Dapatan Kajian

Pada Bab 2, laporan berfokuskan terhadap proses pemendapan sungai, kejadian pasang surut air dan biogeomorfologi sekitar tapak kajian.

2.1

Proses pemendapan sungai Proses pemendapan di muara sungai berlaku disebabkan oleh proses hakisan yang

berlaku dikawasan tebing sungai disepanjang laluan sungai ke muara. Arus sungai ini akan membawa pelbagai jenis sedimen dan lumpur yang akan dimendakkan di muara sungai Klang.

Gambarajah : Proses pemendapan lumpur di sepanjang laluan sungai ke Pulau Ketam dan di Pulau Indah

Sungai juga digunakan sebagai alat pengangkutan air dari jeti Pulau Ketam ke Pulau Ketam dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Pulau Ketam tersebut. Hal ini adalah
3

kerana tiada jalan darat yang menghubungkan daratan ke Pulau Ketam dan pulau yang berhampiran kecuali Pulau Indah.

Gambarajah : Alat pengangkutan ke Pulau Ketam

2.2

Kejadian pasang surut air laut/sungai Pasang surut secara umumnya dikenali sebagai pasang surut astronomi. Pasang surut

dapat didefinasikan sebagai kenaikan dan penurunan paras laut akibat daripada berlakunya tarikan graviti bulan, matahari dan elemen astronomi yang lain. Kenaikan dan penurunan aras laut ini berlaku secara tetap iaitu samada satu atau dua kali sehari. Daya tariakan bulan lebih mampengaruhi kejadian pasang surut ini kerana berada paling berdekatan dengan bumi. Kejadian air pasang disebabkan oleh paras air yang mencapai kedudukan puncak. Semasa air pasang, paras air akan naik disebabkan pantai yang bertindak sebagai satu penahan yang manghalang pergerakan air ke pantai sehingga mencapai satu tahap maksimum dan kemudiannya akan turun semula. Manakala bagi kejadian surut pula berlaku apabila paras air menurun sehingga satu tahap minimum. Kejadian pasang surut di perairan Pulau Ketam telah menyebabkan aliran sungai yang menghubungkan kawasan daratan dengan Pulau Ketam menjadi cetek dan telah menyukarkan bot untuk bergerak. Kejadian air surut ini juga telah menampakkan sebahagian daripada bahan mendapan di muara sungai berkenaan.

Gambarajah : Arus sungai yang mula surut

2.5

Biogeomorfologi sekitar tapak kajian

Gambarajah : Hidupan di kawasan kajian.

Kawasan kajian juga telah menjadi habitat kepada flora dan fauna. Disepanjang laluan kami ke Pulau Ketam, pokok paya bakau merupakan tumbuhan yang dominan terdapat di kawasan ini. Manakala di Pulau Indah pula, masih lagi terdapat pokok bakau sebagai hutan yang dominan dan terdapat juga tumbuhan lain seperti pokok Gelam dan sebagainya. Manakala hutan paya bakau ini juga menjadi habitat kepada haiwan lair seperti memerang.
5

BAB 3 Perbincangan 3.1 Faktor-Faktor Pemendapan sungai 3.1.1 Isi padu air berkurangan Antara faktor pemendapan sungai ialah isi padu air yang semakin berkurangan. Hal ini kerana apabila tibanya musim kemarau ia akan menyebabkan isi padu air sungai akan berkurang. Apabila isi padu air sungai berkurang, ia akan menyebabkan partikalpartikal yang diangkut sebelumnya akan termendap ke dalam dasar sungai. Apabila proses ini berlaku secara berterusan, maka ia akan membentuk bentuk muka bumi yang baru.

3.1.2 Halaju air Faktor yang seterusnya ialah halaju air. Halaju air memainkan peranan penting dalam proses pemendapan sungai ini. Hal ini demikian kerana, beban yang dibawa oleh sesuatu sungai berbeza-beza dari segi jumlah, kuantiti beban, saiz serpihan dan sebagainya (Arthur, N. S.,2007). Apabila halaju air tinggi, maka bahan-bahan yang diangkut tidak mudah termendap berbanding ketika halaju air rendah.

3.1.3 Halangan Faktor yang seterusnya ialah halangan yang terdapat disekeliling. Apabila halangan di kawasan sekitar terlalu banyak, ia akan memudahkan bahan-bahan yang diangkut termendap di dasar sungai. Hal ini disebabkan oleh bahan-bahan yang diangkut itu tidak dapat mengalir akibat halangan tersebut. Contoh halangan seperti pokok paya bakau, pulau-pulau di sekeliling dan sebagainya.

3.1.4 Jenis batuan Selain itu, jenis batuan juga menjadi penyebab berlakunya pemendapan. Hal ini demikian kerana kuantiti, saiz dan jumlah bahan yang diangkut adalah berbeza-beza. Sebagai contoh ialah batu tongkol mempunyai saiz yang besar berbanding dengan batu kelikir dan pasir. Ini menunjukkan semakin besar batuan makin cepat proses pemendapan berlaku. Selain itu, ia juga boleh dikaitkan dengan proses luluhawa dimana batuan yang lebih besar mengambil masa yang lama untuk proses peleraian berbanding dengan batuan yang lebih kecil. Ini akan memberi kesan kepada pemendapan sungai.

BAB 4 4.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, kajian lapangan selama 1 hari ini telah mendedahkan para pelajar dengan pelbagai ilmu yang berfaedah terutamanya dalam aspek geomorfologi. Para pelajar juga dapat mempelajari proses berlakunya pemendapan dengan lebih terperinci. Melalui kajian lapangan ini juga, para pelajar dapat mengenal pasti biogeomorfologi di kawasan Pulau Ketam dan Pulau Indah. Di samping itu, kajian ini juga mendedahkan para pelajar kepada proses-proses pemendapan di kawasan tersebut. Perkara ini dapat menambah pengetahuan para pelajar secara nyata dan tidak hanya merujuk pada buku sahaja. Aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara sesama pelajar dengan pelajar dan dengan pensyarah, malahan dapat memberikan input yang berharga terutamanya kepada pelajar kursus HGF 3033 Prinsip-Prinsip Geomorfologi.

Anda mungkin juga menyukai