Anda di halaman 1dari 27

TAJUK

KELIM

1.1

Definisi Kelim
Kelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian.

1.2

Kegunaan Kelim
1.2 1 1.2.2 1.2.3 1.2 4 Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan Untuk perhiasan.

1.3

Pemilihan Kelim Pemilihan Kelim yang dibuat bergantung kepada: 1.3.1 Jenis fabrik - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi. 1.3.2 Jenis pakaian - Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh Contohnya pakaian kanan-kanak.Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas. 1.3.3 Gaya dan kedudukan kelim Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang melengkung.

Kelim yang rata hendaklah dijahit pada pakaian dalam dan kelim yang lebih teguh, hendaklah dijahit pada pakaian yang selalu di dobi.

1.4

Peraturan Am untuk menjahit Kelim.

Pilih kelim yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit supaya ia tahan lasak. 1.4.2 Sebaik-baiknya gunakan hanya satu jenis kelim pada seluruh pakaian yang dijahit. 1.4.3 Basi kelim mestilah sama lebar dan cukup di seluruh pakaian semasa memotong fabrik mengikut jenis pakaian dan jenis fabrik yang digunakannya. 1.4.4 Kelim hendaklah dijahit dengan baik dan tepat pada garis pemadan untuk menjaga bentuk dan rupa yang elok. 1.4.4 Tegangan jahitan mesin mestilah betul untuk mengelakkan kelim daripada berkedut. 1.4.5 Kelim hendaklah ditekan dengan baik supaya kelihatan kemas di sebelah luar dan dalam pakaian. 1.4.6 Ia mestilah rata supaya mudah didobi dan kukuh supaya tahan lasak 1.4.8 Lebar kelim mestilah sekata disepanjang pakaian 1.4.9 Gunting (snip) semua kelim yang berbentuk melengkung sebelum ia ditekan buka. 1.4.10 Kemaskan kelim selepas dijahit dan susupkan semua benang.

1.4.1

1.5 Jenis-jenis Kelim


1.5.1 Kelim belah kangkung 1.5.2 Kelim betawi. 1.5.3 Kelim papan mesin. 1.5.4 Kelim papan tangan 1.5.5 Kelim lipat tindih. Kelim yang dijahit pada sebelah Luar (S.L) dan jahitannya boleh dilihat pada sebelah luar (S.L) Kelim yang dijahit pada sebelah dalam (S.D) dan tidak kelihatan pada sebelah luar (S.L)

Kelim betawi

Kelim belah Kangkung

Jenis-Jenis Kelim

Kelim papan mesin Kelim papan tangan

Kelim lipat tindih

1.5.1 Kelim belah kangkung:


3

Kelim ini rata dan tidak tebal. Ia dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah dalam (S.D) pakaian/fabrik. Kelim belah kangkung ini mudah dibuat dan ia sesuai untuk semua jenis pakaian dan fabrik. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika ia tidak boleh nampak di sebelah luar. Lebar siap kelim ini ialah di antara 2 cm hingga 2.5 cm. Kelim belah kangkung ini boleh dikemaskan dengan beberapa cara seperti Jahit lilit ubi, jahit lilit kemas, jahit insang pari, jahit mesin, jahit zig-zag, menggunakan kedua-dua tepi kain, menggunakan kun dan menggunakan gunting pucuk rebung/zig-zag

1.5.1.1 Proses menjahit Kelim belah kangkung Langkah 1 - Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan - Semat dengan peniti dan jelujur - Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan. Peniti

Rajah 1. 1Proses menjahit Kelim belah kangkung

Langkah 2 Cabut benang jelujur Susup benang jahit mesin yang lebih Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin/insang pari). Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan luar kelim. -

Kemaskan tepi kelim

Kelim di tekan buka

Susup benang jahit mesin Jahit mesin

Rajah 1.2 Proses menjahit Kelim belah kangkung

Lebar siap
Buka Kelim dan tekan dengan seterika kbk 1.5 cm2.5 cm

Rajah 1.3 Proses menjahit Kelim belah kangkung

1.5.1.2 Proses mengemas Kelim belah kangkung


6

(a) Jahit Insang pari (b) Jahit mesin (c) Menggunting tepinya dengan bentuk pucuk rebung

(d) Mengg unaka n pita serung /kun Rajah 1.4 Mengemas kelim belah kangkung

- Tujuan mengemaskan tepi kelim belah kangkung ialah untuk mengelakkan tepi fabrik daripada berbulu.

- Kelim Belah Kangkung yang melengkung hendaklah di gunting supaya kelim rata dan bahagian yang digunting
dikemaskan dengan jahit insang pari untuk mengelakkan tepinya berbulu.

1.5.1.3

Kebaikan dan kelemahan Kelim belah kangkung Bil 1


Sifatnya Kelim yang paling Ia rata mudah dijahit dan mudah di dobi. Ia terdiri daripada sebaris jahitan pada sebelah dalam pakaian Lebar siap Kelim belah kangkung 2 cm hingga 2.5 cm Kebaikan Kelemahan Kelim mestilah ditekan setiap kali selepas didobi

2 3

Jahitannya tidak Tidak begitu kukuh kerana mempunyai sebaris jahitan sahaja. kelihatan di sebelah luar pakain Kelim belah kangkung Kelim belah kangkung tidak sesuai untuk kain yang jarang kerana tidak tebal oleh itu ia kelim boleh dilihat pada sebelah luar pakaian. sesuai untuk kain yang tebal

1.5.2 Kelim betawi. Kelim betawi ialah kelim yang tidak nampak nyata dan ia juga dikenali sebagai kelim dalam kelim. Kelim ini terdiri daripada dua baris mata jahitan. Lebarnya kelim betawi yang telah siap ialah 6 mm atau kurang daripada 6 mm bagi fabrik yang nipis dan halus. Kelim betawi ini bergelembung. Ia sesuai bagi kebanyakan kain terutama kain yang berbulu. Kelim betawi ini teguh dan dikemaskan sendiri kerana tepi-tepi kelepet yang tidak berjahit itu adalah terkandung di dalamnya.

1.5.2.1

Proses menjahit kelim betawi

Langkah 1 Temukan S.D fabrik itu bersama-sama dengan garis pemadannya supaya sepadan. Semat dan jelujur 6 mm atas garis pemadan. Cabut peniti

Jelujur

Garisan pemadan

peniti
6 mm

Rajah 1.5 Proses menjahit kelim betawi Langkah 2 Jahit mesin sejauh 6 mm daripada garisan pemadan Gunting basi kelim sehingga lebarnya 3 mm Jahitan mesin kira-kira 4 mm dari garisan pemadan pada basi jahitan. Gunting basi jahitan hingga tinggal 3 mm dari jahitan mesin.

Gunting basi kelim Jahit mesin 3 mm 6 mm

Rajah 1.6 Proses menjahit kelim betawi

10

Langkah 3 Terbalikkan kelim ke SD. Temukan S.L fabrik, semat dan jelujur. Cabut peniti dan jahit mesin di garisan pemadan.

6mm/kurang Garisan Pemadan Jahit mesin

S.D. fabrik
Proses menjahit Rajah 1.7 Kelim betawi

11

Langkah 4
Susup benang jahitan mesin Tekan kelim ke bahagian belakang pakaian. Susup benang jahitan mesin SD Tekan kelim ke bahagian belakang Bahagian belakang Bahagian hadapan benang Jahit mesin

S.L

Rajah 1.8 Proses menjahit kelim betawi

12

1.5.2.2

Kebaikan dan kelemahan kelim betawi


Bil 1 Sifatnya Terdiri daripada dua baris mata jahitan dan dikenali kelim dalam kelim Lebar siap kelim betawi 6 mm atau kurang bagi fabrik yang halus Sesuai bagi kebanyakan fabrik terutamanya bagi fabrik yang berbulu Kebaikan Kelemahan

Teguh, Mudah didobi Kelim ini agak tebal dan tidak sesuai bagi fabrik yang tebal dan tahan lasak Ia terkemas sendiri dengan Kelim terdiri daripada beberapa lipatan dan oleh itu mangambil masa yang lama untuk mengeringkannya

2 3

Jahitannya tidak Sukar untuk diubah atau dipinda kerana basi kelim sangat kelihatan pada sebelah kecil luar pakaian.

Kesilapan yang mungkin berlaku semasa menjahit kelim betawi - Tepi kelim berbulu atau benang fabrik kelihatan pada sebelah luar - Tepi kelim beralur pada sebelah dalam - Fabrik tertarik atau berkedut pada bahagian belakang kelim

13

1.5.3

Kelim papan Mesin


Kelim papan mesin ialah kelim yang dijahit dua kali. Ia kukuh kerana dijahit dengan dua garisan jahit mesin. Kelim papan mesin boleh disudahkan atau dikemaskan di kedua-dua belah iaitu sebelah dalam atau sebelah luar Jika ia dibuat di sebelah luar fabrik, akan terdapat dua barisan jahitan mesin di sebelah luar, tetapi kalau dibuat di sebelah dalam fabrik, akan terdapat satu barisan jahitan mesin sahaja di sebelah luar. Kelim papan mesin mudah didobi dan sesuai dijahit pada skirt, blaus, kemeja, jeans, seluar, seluar pendek dan pijama.

1.5.3.1

Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 1
Temukan S.D kedua-dua bahagian sebelah dalam fabrik semat dan jelujur Cabut peniti dan jahit mesin mesin di garis pemadan. Cabut benang jelujur dan susup benang jahit mesin yang lebih

peniti

Jelujur SL SD

14

Rajah 1. 9 Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 2
-

Buka dan tekan kelim supaya rata. Gunting basi kelim bahagian belakang hingga tinggal kira-kira 5mm 6 mm. Gunting basi kelim bahagian hadapan hingga tinggal kira-kira 10 mm 2 mm/1.2 cm

gunting

10 12 mm 5- 6 mm

Bahagian belakang Bahagian hadapan

SL

Rajah 1. 10 Proses menjahit Kelim papan mesin

15

Langkah 3 Lipatkan basi kelim bahagian hadapan membalut basi kelim bahagian belakang. Semat dan jelujur jika perlu. Jahit mesin ditepi lipatan kelim supaya selari dengan baris jahitan mesin yang pertama.

Benang jahit mesin


lebar lipatan 6mm/ kurang bergantung kepada jenis fabrik

Bahagian belakang
Lipat basi kelim SL hadapan membalut basi kelim belakang kurang bergantung kepada jenis fabrik

Rajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan mesin

16

1.5.3.2 Bil 1

Kebaikan dan kelemahan kelim papan mesin


Sifatnya Mempunyai dua baris jahitan Kebaikan Kelemahan Kukuh dan tahan lasak Ia agak tebal dan kerana dibuat dengan lambat kering dua baris jahitan Rata,mudah didobi dan kemas kerana semua tepi fabrik terkemas di dalam Tidak sesuai bagi fabrik yang jarang kerana basi kelim boleh dilihat di sebelah luar fabrik.

Boleh dijahit pada sebelah luar dan sebelah dalam pakaian. - Jika dijahit di S.L fabrik akan terdapat dua baris jahitan di S.L. - Jika dibuat di SD fabrik akan terdapat satu baris jahitan di S.L.

Lebar kelim yang telah siap ialah Kemas kerana semua Susah diubah sebab 6 mm. tepi fabrik terkemas di basi kelim sangat dalam sempit

17

1.5.4 Kelim papan tangan


Kelim papan tangan lebih halus buatannya daripada kelim papan mesin. Ia digunakan untuk kain yang nipis dan lembut seperti kain sutera. Biasanya kelim papan tangan ini digunakan pada pakaian bayi dan baju kurung johor. 1.5.4.1 Proses menjahit kelim papan tangan Langkah-langkah menjahit Kelim papan tangan - Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik berhadapan, semat, jelujur kasar dan jahit mesin di atas garisan pemadan. cabut jahitan jelujur kasar. - Gunting basi kelim pada bahagian belakang sehingga 6 mm ( ) dan bahagian hadapan sehingga 1.2cm. - Lipat, semat dan jelujur basi kelim hadapan ke atas bahagian belakang. - Tekan kelim ke arah belakang baju - Jahit sembat tepi yang berlipat ke bahagian belakang pakaian. - Cabut jelujur kasar dan tekan kelim yang telah siap dengan kemas.

Jahit Sembat

Raj

ah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan tangan

Kelim papan tangan biasanya dijahit pada baju kurung johor . Kelim yang dibuat pada baju tersebut lebih kecil dari kelim

18

papan tangan biasa. Lebar kelim biasanya berukuran kurang dari 3mm. 1.5.4.2 Kebaikan dan kelemahan kelim papan tangan

Bil 1

Sifatnya Kebaikan Sama seperti kelim papan Rata kemas mesin tetapi ia dijahit pada mudah didobi sebelah dalam fabrik dengan jahitan tangan Kelim papan tangan sempit, Ia terkemas sendiri rata dan kemas tetapi tidak sekukuh kelim papan mesin

Kelemahan dan Kelim ini tidak sesuai untuk kain yang tebal

Mengambil masa yang lama untuk menjahit dan jahitan sembat kelihatan disebalah luar pakaian.

19

1.5.5

Kelim lipat tindih


Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit bahagian dalam dan luar pakaian. Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain. Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik. Selalunya kelim lipat tindih digunakan untuk melekat atau mencantumkan bahagian atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben dan ropol-ropol. Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak, pijama, blaus dan baju ibu mengandung.

3.5.5.1 Proses menjahit Kelim lipat tindih Langkah 1 Sediakan bahagian atas pakaian.
Tandakan Garisan tengah hadapan(GTH) mendatang. Jahit jelujur di garisan pemadan. dengan jahitan jelujur pada bahagian atas pakaian atau bahu

Bahu mendatang Garisan Tengah Hadapan (GTH) S.D

20

Rajah 1.12 Proses menjahit Kelim lipat tindih

Langkah 2 Sediakan bahagian bawah pakaian atau skirt


-

Tandakan garisan pemadan Kedutkan 3 mm ke atas garisan pemadan dan 3 mm ke bawah g. pemadan.

GP

----------------------------------------

kedut

-------------------------------------

Sebelah luar

Garisan tengah

Rajah 1.13 Proses menjahit kelim lipat tindih

21

Langkah 3 Melekatkan bahagian atas pada bahagian bawah pakaian


- Letak bahu mendatang di atas bahagian bawah Temukan garisan tengan atas dengan garisan tengah bawah Temukan garisan pemadan bahu mendatang dengan garisan pemadan bahagian bawah pakaian Jelujur dan jahit mesin dan cabut benang jelujur.

Bahu mendatang

S.L
Jelujur dan Jahit mesin

Garisan tengah

Bahagian Bawah Sebelah luar

Garisan tengah

Rajah 1 14 Proses menjahit kelim lipat tindih

22

Langkah 4 Mengemas Kelim lipat tindih Cara 1 Gunting basi kelim hingga tinggal 6 mm dan kemaskan dengan jahitan insang pari.

Sebelah dalam

Jahit insang pari

6 mm Bahu mendatang Sebelah dalam

Rajah 1. 15 Proses menjahit Kelim lipat tindih

_____________________________________

23

Cara 2 Gunting basi kelim dari bahagian bawah pakaian hingga tinggal kurang dari 6 mm Gunting basi kelim bahu mendatang hingga tinggal 1.5 mm 1.9 mm Bahagian rata membalut bahagian yang berkedut atau buat balutan sendiri. Jelujur dan jahit sembat pada tiap-tiap mata jahitan mesin. Tanggalkan benang jelujur. sebelah dalam Bahu mendatang
6.mm

Sebelah dalam

Bahagian Bawah

Jelujur dan sembat pada tiap- tiap mata jahitan mesin

Rajah 1. 16 Proses mengemas Kelim lipat tindih

24

1.5.5.2 Bil 1

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KELIM LIPAT TINDIH


Sifatnya Kebaikan Kelemahan

Selalunya Kelim lipat Kukuh kerana dijahit Kelim ini tidak sesuai pada fabrik yang tebal kerana terdiri daripada tindih ini digunakan untuk menerusi tiga lapisan satu bahagian yang bergelembung dan kelim ini dijahit melalui tiga mencantum satu bahagian fabrik lapisan fabrik pakaian yang rata pada bahagian pakaian yang bergelembung. Ia juga dikenali sebagai kelim tampal Kelim ini rata mudah didobi dan Tidak sesuai pada fabrik yang jarang kerana basi kelimnya kelihatan di sebelah luar pakaian

Jahitannya dibuat pada Sangat sesuai untuk sebelah luar pakaian mencantum bahagian yang melengkung, cekung atau pada bentuk yang susah dijahit dengan kelimkelim yang lain

25

BIBLIOGRAFI
1. ASRA SHAMSUDIN, BETTY LIM , FOZIAH BUANG(1999). EKONOMI RUMAHTANGGA FOKUS JINGGA SPM . PELANGI KUALA LUMPUR. 2. AZMAWATI BINTI ABDUL AZIZ, ZAITUN ZAKIAN BINTI MOHD. NOOR DAN LAMAH BINTI ABDUL GHANI (2002). PENGURUSAN PAKAIAN TINGKATAN 4: BAHAN SUMBER PENGAJARAN KUALA LUMPUR: EDU SYSTEM BHD 3. COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK READERS Digest 1979 4. G.N.LOW, S.SAMSIAH,HG. CHEAH W.NG, A.ZAINAL DAN G.S. TAN. PANDUAN DINAMIK PILIHAN EKONOMI RUMAHTANGGA(1990) DELTA PETALING JAYA MALAYSIA. 5. LINDA HETZER, SUSAN C. HOE, THERESE L.HOEHLEN,GAYLAVISALLI (1979), COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK. READER S DIGEST.UNITED STSTES AMERICA

6. NG SAU YAN DAN YONG FONG CHOON,(1988) SAINS RUMANTANGGA. DELTA PETALING JAYA KUALA LUMPUR.
7. NOOR HABABIAH HASSAN BT OTHMAN, FAUDZIAH BINTI MD DIN DAN ZAHRAH BINTI ESA, (2002). PENGAJIAN PAKAIAN TINGKATAN. KUALA LUMPUR; EDUSYSTEM SDN. BHD 8. MARIAM ABU BAKAR (2004) PANDUAN MEMBUAT PAKAIAn, PANDUAN LENGKAP LANGKAH DEMI LANGKAH TEKNIK MENJAHIT . KUALA LUMPUR: 9. MELITA M NEAL(1961) NEEDLEWORK FOR SCHOOL. BLACKIE & SON LIMITED. GLASGOW

26

10. PUAN R.ARULANANTHAN DAN NORAZIAH BTE MOHD NOH (1975),SAINS RUMAHTANGGA PRAKTIK PRESTON TIMES SDN.BHD. KUALA LUMPUR. 11. ROBAAYAH HJ ABD. WAHAB, SUSAN MANIKAM, (1978). PANDUAN SAINS RUMAHTANGGA 12. SARIMAH BINTI ABD. RAZAK, ZAHARAH BINTI ESA(2003). BLUE-T COMMUNICATION SDN. BHD. SELANGOR. 13. WONG SIEW FOONF, FATIMAH JAILANI,VICKNESWARY A/P SITHAMPARAPPILA(2002). EKONOMI RUMAHTANGGA TINGKATAN 4. ZETI ENTERPRISE BATU PAHAT JOHOR. 14. ZAITUN ZAKIAH BINTI MOHD NOOR, NORZAINI BINTI ABDUL GHANI DAN NAWAWI BIN MOHD JAN.(2006) KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MEMBUAT PAKAIAN TINGKATAN 4 DAN 5. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

27