Anda di halaman 1dari 13

Nota HBQE 3203 Tafsir 1.

1 Pengertian tafsir Bahasa :

Orang yang mentakwil memiliki kemampuan keilmuan untuk melakukan takwil.

1.5 Perbezaan Tafsir dan Takwil Al-Tabyin menjelaskan Al-Idah menerangkan Al-Kasyf menyingkap Izhar menampakkan Tafsir bermaksud menjelaskan sesuatu. menerangkan serta Abu Ubaidah berpendapat Tafsir dan Takwil memberi makna yang sama. Al-Maturidi menganggap Tafsir adalah memutuskan dengan apa yang dikehendaki Allah, sedangkan Takwil kembali kepada beberapa andaian. Al-Raghib al-Ashfahany berpendapat Tafsir lebih umum daripada Takwil. Tafsir lebih banyak digunakan pada lafaz sedangkan Takwil digunakan pada makna seperti takwil mimpi. Takwil Kebanyakannya dipakai dalam kitab ilahi. Menurut Abu Talib al-Tsaaliby tafsir adalah menjelaskan asal peletakan dari sebuah lafaz bersifat hakiki atau majazi. Takwil ialah mentafsirkan dengan lebih mendalam tentang sesuatu lafaz. Takwil menerangkan tentang maksud yang sebenarnya dan tafsir menerangkan tentang dalil dari maksud tersebut. Al-Baghawy Takwil adalah mengarahkan ayat pada makna yang paling memungkinkan daripada beberapa makna yang sesuai dengan ayat sebelumnya dan sesudahnya serta tidak bertentangan dengan kitab dan sunnah dengan cara mengeluarkan hikmah yang terkandung didalamnya. Tafsir pula melibatkan perbahasan tentang asbab nuzul, keadaan dan kisah yang melatarbelakang sesuatu ayat.

1.2 pengertian tafsir istilah: 1. Imam az-Zarkasyi ilmu untuk memahami kitabullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hokum hakam dan hikmahhikmahnya. Imam Jalaluddin as-Suyuti Ilmu yang membahas maksud Allah swt sesuai dengan kadar kemampuan manusia yang mencakup segala sesuatu yang berkaitan dengan pemahaman dan penjelasan makna. Syeikh Muhammad Abdul Azim az-Zarqany Ilmu yang membahas perihal Al Quran dari segi penunjukan dalilnya sesuai dengan maksud Allah berdasarkan kadar kemampuan manusia.

2.

3.

Kesimpulannya- Tafsir bermaksud menjelaskan makna ayat AQ, kedudukannya, kisah dan sebab nuzul, susunan ayat Makki dan Madani, muhkam dan mutashabih, nasikh dan mansukh, khusus dan umum, halal,haram dan sebagainya dengan menggunakan ungkapan yang menunjukkan kepadanya secara jelas dan terang mengikut kadar kemampuan manusia. 1.3 Pengertian Takwil Ulama terdahulu (mutaqaddimin) takwil merupakan sinonim dengan tafsir Ulama kotemporari ( mutaakhkhirin) takwil adalah memalingkan serta menentukan beberapa makna yang mungkin terkandung di dalam ayat AQ yang mempunyai pelbagai makna. Takwil dari sudut bahasa : berasal dari kata alAul bererti kembali, iaitu para mufassir mengembalikan ayat kepada maknanya. Takwil dari sudut Istilah : Takwil bererti memalingkan ayat pada satu makna yang terkandung di dalam pengertian ayat yang mungkin mempunyai beberapa pengertian.

Kesimpulannya : Tafsir merupakan makna zahir yang terkandung di dalam ayat. Takwil ialah makna yang tersembunyi yang diistinbatkan daripada ayat AQ melalui proses tafakur dan istinbat. 1.6 Syarat dan Adab pentafsir. 1. 2. Akidah yang benar supaya tidak melakukan penyelewengan terhadap ayat AQ. Bersih daripada hawa nafsu takut akan terdorong membela dan menegakkan kepentingan mazhabnya semata-mata. Mempunyai keahlian dalam bidang hadis kerana hadis nabi merupakan penjelasan dalam menafsirkan ayat AQ. Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang seperti: Ilmu Bahasa Arab - ilmu tasrif (sorof), Isytiqaq, al-Maani, al-Bayan dan alBadi. Ilmu qiraah

3.

1.4 Syarat-syarat Takwil 4. Sesuai dengan makna bahasa Arab, makna syariat atau makna Urf ( makna kebiasaan orang arab) Berdasarkan dalil yang sahih dan rajah. Sesuatu yang memang boleh ditakwilkan.

5. 6. 7. 8. 9.

Mendalami ilmu usuluddin dan ilmu tauhid Berpengalaman dalam usul fiqh Berpenetahuan luas dalam ilmu ulum al-Quran asbabun nuzul, nasikh dan mansukh, ayat makki dan madani. Mengetahui ilmu lain seperti sosiologi, antropologi, zoology, ilmu sejarah, geografi, ekonimi, politik, social daan sebagainya. memulakan tafsir AQ dengan AQ mentafsir aq dengan sunnah merujuk kepada pandangandan ijtihad para sahabat. Merujuk kepada tabiI jika tiada pendapat sahabat. Ilmu mauhibah

2.1.2 Sumber Tafsir bi al=mathur 1. Tafsir AQ dengan AQ Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas. Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh (mujmal) Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum. Pentafsiran melalui ketentuan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak. Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh. Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara perkara yang dilihat secara zahirnya bertentangan antara satu sama lain. Tafsir AQ dengan al-Sunnah. Tafsir AQ dengan pendapat dan Ijtihad sahabat. Tafsir AQ dengan pendapat Tabiin.

1.7 Adab adab pentafsir Niat dan tujuan yang baik Berakhlak mulia Beramal dengan isi kandungan AQ Bersikap tawadhuk dan merendah diri. Tegas dalam menyampaikan kebenaran.

2. 3. 4.

2.2 Tafsir Bi al-Rayi Tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad mencari sesuatu maksud ayat AQ. Terbahagi kepada 2: Tafsir Mahmud tafsir yang baik dan terpuji yang bertepatan dengan syarak, tidak terdapat unsur penyelewengan serta selari dengan bahasa arab dan kaedah syarak. Tafsir Mazmum tafsir yang buruk dan keji yang tidak berdasarkan ilmu sebaliknya mengikut hawa nafsu tanpa merujuk kepada kaedah bahasa atau syariah serta mentafsirkan ayat AQ berasaskan aliran pemikiran (mazhab) yang sesat dan Bidaah. Berkembang pada zaman Bani Abbasiyah Tafsir ini menggalakkan peranan ijtihad berbanding dengan penggunaan Tafsir Bi al-Mathur.

2.0 pembahagian Tafsir Para ulama membahagikan tafsir kepada 3 1. Tafsir Bi al-Mathur dikenali juga Tafsir Bi al-Riwayah dan Tafsir Bi al-Naqli. 2. Tafsir Bi al-Rayi dikenali juga tafsir bi al-Dorayah atau Tafsir Bi alaql. 3. Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi.

2.1 Tafsir Bi al-Mathur Merujuk kepada AQ , Sunnah dan pendapat para sahabat dan Tabiin Berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran AQ dengan AQ atau penafsiran AQ dengan Hadis. Berkembang melalui 2 cara: 1. Secara Lisan ( periwayatan) 2. Secara penulisan atau pembukuan (tadwin)

2.2.1 Imam al-Zarkasyi dalam kitab al-Burhan Fi Ulum alQuran menyatakan 4 perkara sebagai asas sandaran dalam mentafsir ayat AQ: 1. Dinaqalkan kepada Rasulullah saw dengan bersikap waspada kepada hadis dhaif dan maudhu. Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullah saw dan tabiin. Berpegang kepada bahasa arab secara total kerana AQ diturunkan dalam bahasa arab yang fasih. Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan bahasa arab yang disokong oleh asas syariat islam.

2.1.1 Syarat bagi Tafsir Bi al-Mathur 2. Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah. Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir Mampu mengumpul dan menyatukan riwayat yang bercanggah. Mengetahui tentang asbab al-nuzul dan nasikh dan mansukh. Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat. 3.

4.

2.2.2 Bidang ilmu yang wajib dikuaai oleh seorang pentafsir. Tatabahasa arab Balaghah Asbab nuzul al Quran Usul Fiqh Nasikh dan mansukh Ilmu Qiraat Ilmu Muwahhabah

Bahasa Arab bahasa arab dan al-Quran mempunyai kaitan yang rapat kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa arab.. Ijtihad dan pendapat ulama sahabat nabi dan ulama mutabar telah melaksanakan tuntutan berijtihad dalam mentafsirkan ayat al-Quran. Ijtihad hanya diterima apabila tiada sumber alQuran dan hadis. Sumber ilmu tafsir zaman rasulullah adalah baginda sendiri. Menjelaskan segala keraguan yang timbul dikalangan umat Islam.

2.2.3 status dan hokum Tafsir Bi al-Rayi 1. Tidak diharuskan sama sekali walaupun pakar dalam bahasa arab,fiqh,usul fiqh dan sebagainya. Hanya Tafsir Bi al-Mathur sahaja yang diterima. Diharuskan mentafsir sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan ulama.

3.2 Tafsir zaman sahabat. Sahabat merupakan rujukan utama apabila timbul kemusykilan. Sahabat yang paling arif tentang ilmu tafsir adalah khalifah yang 4, Abdullah bin Masud, Ubai bin Kaab dan Abdullah bin Abbas, Abu Musa al-Asyaari, Amru bin al-As, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah san Aisyah.

2.

2.3 Tafsir Isyar /Sufi Menurut ahli Sufi setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin. Menurut al-Zahabi, Tafsir Sufi / Isyari bermaksud mentakwilkan ayat AQ dengan berpandukan kepada kenyataan zahir ayat.

3.2.1 Sumber Tafsir zaman sahabat. Tafsir al-Quran dengan al-Quran. Tafsir al-Quran dengan hadis nabi yang sahih. Tafsir al-Quran dengan ijtihad.

2.3.1 szarat penerimaa Tafsir Sufi / Isyari Tidak bercanggah dengan makna ayat yang zahir. Perlu disokong dengan bukti syarak zang benar. Tidak bertentangan dengan syariat dan akal. Dimulakan dengan pentafsiran makna zahir terlebih dahulu. Pentakwilan yang dibuat tidak terlalu asing. Mufassir tidak boleh mendakwa tafsir Sufi/Isyari sahaja zang tepat.

3.3 Tafsir zaman Tabiin. Mengambil ilmu kitab dan sunnah daripada sahabat. Berguru dengan para sahabat tentangvilmu tafsir dengan menghimpun hadis yang diriwayatkan rasulullah. Ilmu tafsir diriwayatkan secara lisan dan dihafal sahaja.

2.4 Gharib Tafsir adalah tafsiran yang sesat, batil dan menyeleweng. 3.0 Perkembangan Ilmu Tafsir 1. 2. zaman Rasulullah metode rasulullah adalah terus dan secara langsung rasulullah mentafsirkan AQ kepada para sahabat menjelaskan sesuatu yang mujmal (yang tidak disebut secara terperinci seperti solat dan kadar zakat. Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Mengkhususkan yang umum. Mentaqyidkan yang mutlak.

3.3.1 ulama tafsir zaman tabiin. 1. Berguru dari Ibn Masud Alqamah Al-Aswad bin Yazid al-Nakhai Ubaidah bin Amru al-Salmani Amru bin Syarhabil. Berguru dari Ibn Abbas Mujahid Said bin Jabir Ikrimah Maula Ibn Abbas Thawus Atha bin Abi Rabah

2.

3.1 Sumber ilmu tafsir. Al-Quran- ayat al-Quran menjelakan antara satu sama lain. As-Sunnah al-Nabawiyah kebanyakan hadis nabi menjelaskan secara terperinci ayat yang umum.

3.3.2 Sumber Tafsiran Tafsir al-Quran dengan al-Quran Tafsir al-Quran dengan hadis Tafsir al-Quran dengan kata-kata sahabat.

3.3.3 Tokoh pengumpul hadis berkaitan ilmu tafsir.

Sufian bin Uyainah Waki bin al-Jarrah

3.4 Zaman Pembukuan/Tadwin 1. Tokoh yang membukukan Ilmu Tafsir mengikut susunan al-Quran. Ibn Hibban Al-Hakim Ibn Majah Ibn Jarir al-Tabari

3.4.1 perkembangan tafsir zaman Mutakhirin Zaman Abbasiah muncul golongan yang memperkenalkan tafsir bi al-Rayi di samping tafsir bi al-Mathur Buku tafsir yang menjelaskan lafaz al-Quran dan penjelassan terhadap makna perkataannya iaitu Mufradat al-Quran oleh al-Raghib al-Asfahani dan Gharib al-Quran oleh al-Sajastani. Kitab tafsir yang membicarakan istilah-istilah sains dalam ayat al-Quran. Mengaitkan al-Quran dan ilmu alam seperti tafsir tantawi iaitu Jauhariyy al-Muasir. Penulisan tentang ilmu tafsir yang memfokuskan perbincangannya mengenai perkara yang berkaitan dengan ilmu bahasa arab.

3.5 Perkembangan Tafsir zaman moden. Tokoh tafsir zaman moden adalah; 1) Mohd Rashid Rida - berasal dari Tarablus, Syam. - mengarang kitab tafsir al-Manar. -pemangkin pergerakan pemikiran zaman moden. -menyentuh permasalahan umat dari sudut pandangan al-Quran dan cara mengatasinya. 2) Syed Qutub -mengarang kitab tafsir Fi Zilal alQuran. -tafsir yang bersandarkan unsur naqliyyah atau riwayat yang mathur. -tidak memasukkan perbahasan mengenai ilmu bahasa dan tatabahasa, ilmu kalam, ilmu fiqh, cerita israiliyyat dan penemuan sains . 3) Al-Sheikh Mutawalli Syarawi. -menggunakan pendekatan ilmu moden dalam tafsiran AQ. -buku karangannya Tafsir Syarawi. -menggunakan pendekatan akal,logik dan perbandingan supaya memudahkan pemahaman ayat.

Nama sebenar Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib bin Hasyim. Amat memahami ilmu fiqh dan ulama besar dalam ilmu tafsir. Dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah dalam keluarga Bani Hasyim. Rsulullah sentiasa berdoa agar Ibn Abbas menjadi orang yang soleh serta berilmu. Telah meriwayatkan 1660 buah hadis berusia 13 tahun. Sempat bersama kahlifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Uthman bin Affan. Zaman Khalifah Ali bin Abu Talib dilantik menjadi gabenor Basrah. Mempunyai ilmu yang luas sehingga digelar Bahr bermaksud lautan. Pandangan orang ramai terhadap Abbas -Umar al-Khattab suka berbincang dan bertanyakan pendapatnya mengenai isu-isu yang besar. Umar memanggilnya dengan gelaran budak dewasa. -Saad bin Abi Waqas menyifatkannya sebagai orang yang paling faham, paling berilmusangat bersopan santun. -Tawus menyatakan berguru dengan Ibn Abbas sudah mencukupi. -Masruq menyatakan Ibn Abbas secantik-cantik manusia, orang yang paling fasih bila bercakap dan orang yang paling baik menyampaikan maksud. -Ibn Umar menyatakan ibn Abbas orang yang paling mengetahui apa yang diturunkan kepada nabi Muhammad. -Mujahid menyatakan apabila Ibn Abbas mentafsirkan al-Quran terlihat cahaya diwajahnya. -Ata bin Abi Rabah menyatakan majlis Ibn Abbas adalah majlis yang paling mulia, paling banyak ilmunya, amat memahami al-Quran, amat alim tentang fiqh dan seorang penyair. Ibn Abbas memiliki ingatan yang kuat, kecerdikan dan kebijaksanaan yang mantap,hujahnya bernas dan perbualannya diterima oleh orang yang mendengar. Seorang yang kuat beribadat dan sentiasa bertaubat kepada Allah. Melakukan qiamulail dan puasa sunat. Sentiasa mengalirkan airmata apabila solat dan membaca al-Quran.

4.1.2 ibn Masud Abdullah Ibn Masud ibn Ghafil Ibn Habhb Ibn Syams. Ibunya Ummu Abd binti Abdur bin s.a.wa dari golongan Huzail. Ibn masud adalah golongan awal menerima Islam dan sahabat yang agung. Menyertai nabi berhijrah ke Madinah

4.1 Tokoh Tafsir Zaman Sahabat. 4.1.1 Ibn Abbas

Kuat beribadat dan qari yang mahir , berilmu, mahir dalam ilmu fiqh dan menyertai perang badar. Sering baca quran dan menerima al-Quran dari rasulullah sebanyak 70 surah. Menyertai kedua-dua hijrah dan bersolat bersama rasulullah ketika peristiwa pertukaran kiblat dari masjid Aqsa ke masjid haram. Bertanggungjawab menjaga rahsia nabi dan mulamula membaca al-Quran secara terang-terangan di Mekah. Keistimewaan Ibn Masud ialah dijanjikan timbangan pahala yang lebih berat daripada bukit Uhud di akhirat kelak. Sebelum memeluk Islam, beliau mengembala kambing pembesar Quraisy bernama Uqbah bin Abu Maidh. Bersifat jujur dan dipercayai. Beliau seorang yang kurus, rendah dan sentiasa berpakaian elok dan berwangi-wangian. Dilantik sebagai gabenor Kufah dan diamanah menjaga harta baitul mal pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab. Seorang yang berakhlak mulia, merendah diri dan mempunyai keilmuan yang banyak. Meninggal dunia pada tahun 32Hijrah dan dikebumikan di Baqi pada waktu malam.

Mehthod kajian yang digunakan adalah disusun mengikut susunan surah al-Quran.

4.2.2 al-tabari Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Khatir bin Ghalib. Dikenali sebagai Imam al-Tabari. Mencari keilmuan selepas tahun 240 Hijrah Mendalami ilmu fiqh daripada imam al-Shafie. Karangan al-Tabari seperti: -tafsir al-Tabari -Tarikh al-Umam wa al-Muluk -Kitab adab al-Nafsi al-Jayyidah wa al-Akhlak alNafisah -Akhlak ulama al-Amsar fi Ahkam Syaraie alIslam -Adab al-Qudhah -Al-Fasl bain al-Qiraat -Adab al-Nufus

4.3 Tokoh Tafsir zaman moden. 4.3.1 Ibn Kathir Ismail Ibn Amru Ibn Kathir al-Dimasyqi. Hidup dalam kurun ke 8 hijrah dalam pemerintahan kerajaan Mamalik Berlakunya perang Tartar dikebanyakan negara Islam, perebutan kuasa antara pemerintah Islam dalam kerajaan Mamalik. Telah hilang penglihatan kerana sibuk mengarang buku pada waktu malam iaitu buku berjudul Jami al-Masanid Meninggal dunia di Damsyik pada khamis 26 syaaban 77 Hijrah. Dikebumikan di al-Sufiah berdekatan makam gurunya Ibn Taimiyyah. Method tafsir Ibn Kathir -bergantung kepada tafsir al-mathur -menjelaskan dalam tafsirnya riwayat yang berbentuk israiliyyat dan memberi pendapatnya. -memindahkan pendapat ulama dalam masalah hukum dan diikuti hujah dan dalil.

4.1.3 Ibn Zubair Abdullahbin al-Zubair bin al-Awwam bin Khuwailid al-Asadly al-Qurasyiy. Dilahirkan pada tahun 2 Hijrah di Madinah. Anak pertama dilahirkan di Madinah kalangan Muhajirin. Ibunya Asma binti Abu Bakar al-Siddiq. Sahabat nabi dikalangan kanak-kanak. Meriwayatkan 33 buah hadis. Orang yang telah meriwayatkan hadis daripadanya adalah Saidina Abu Bakar, saidatina Aishah r.a , ibunya dll. Anak dan cucunya meriwayatkan hadis daripadanya termasuk sekumpulan tabiin.

4.3.2 Syed Muhammad Ridha. Muhammad Rashid bin Ali Ridha Lahir pada 27 Jamadil Awwal 1282H bersamaan 23 /9/1865M. Meninggal dunia 23 jamadil Awwal 1354M bersamaan 22/8/1935 di kampung al-Qalamun Ayahnya seorang guru dan Imam di al-Qalamun. Menghafal AQ semasa kecil dan mempelajari asas bacaan dan penulisan dan ilmu hisab. Berpindah ke Tarablus masuk sekolah alRashidiyyah al-Ibtidaiyyah. Menyambung di sekolah kebangsaan islam di Tarablus menekankan bahasa arab dan ilmuilmunya, syariah, mantik, matematik, dan falsafah semulajadi.

4.2 Tokoh Tafsir Zaman Tabiin dan Atba Tabiin. 4.2.1 Mujahid Abu al-Hajaj Mujahid bin Jabar al-Makki alMakhzumi. Lahir pada 21Hijrah bersamaan 624 masihi. Dikenali dalam buku rujukan dan sumber ilmu berkaitan dengan nama Mujahid. Seorang Imam, alim dalam fiqh dan bijak dalam pentafsiran dan pembacaan Aq dan hadis. Guru beliau adalah Ibn Abbas (al-Quran dan Hadis). Mempunyai buku dalam ilmu tafsir Al-Shafie dan al-Bukhari mengambil kitab mujahid sebagai rujukan.

4.3.3 Syed Qutub. Ibrahim al-Syazili. Lahir pada 9/101906 di kampung di wilayah Assyut,Mesir.

Mendapat didikan awal di rumah dari kedua ibubapa yang kuat beribadat. Umur 6 tahunbersekolah rendah di kampungnya. Umur 7 tahun mula menghafal AQ dan 10 tahun berjaya menghafal AQ. Umur 15 tahun berhujrah ke Kaherah memasuki Sekolah Perguruan Sultan Abdul Aziz dan bertugas mengajar di sekolah rendah tamat latihan. 1928, umurnya 22 tahun menyambung pelajaran di Sekolah Persediaan memasuki Darul Ulum, Universiti Kaherah. 1930 berjaya masuk universiiti Kaherah belajar bahasa arab dan ulum syariah. Setelah tamat, bertugas sebagai nazir di kementerian pendidikan mesir. Merancang perubahan dalam kementerian tanpa mengira risiko. Berminat dalam politik dan penulisan sehingga pandangannya tidak disenangi menteri pelajaran Mesir. Dihantar berkursus di Amerika . Era 1940-an bermula erakesedaran dalam islam. Bergerak secara peribadi dalam menegakkan islam. Beliau mula menulis rencana dan dibukukan berjudul At-Taswir Fanni Fiil Quran 1939. Ianya mengupas tentang keindahan kesenian dalam ayat-ayat AQ. 1945 menulis buku bertajuk Masyahidul Qiamah Fiil Quran 1948 menghasilkan buku kemasyarakatan bertajuk Al-Adalah Al-Ijtimaiyyah Fil Islam 1951 mula terlibat dengan Jamaah ikhwan Islam sehingga meninggal 1966 Hasil karyanya -Hadha al-Din -Al-Mustaqbal li hadha al-Islamiyy -maalim fi al-tariq Tafsir fi zilal al-Quran Menekan konsep tauhid dari sudut Uluhiyyah 1952 revolusi penggulingan pemerintahan beraja oleh Gerakan Dubbat al-Ahrar pimpinan kolonel Jamal Naser dengan kerjasama Ikhwan Muslim. Ditawarkan jawatan Menteri Pelajaran Mesir.dan meminta jaminan Naser dan Anwar Sadat agar oemerintahan berlandaskan Islam tetapi ditolak. 13/1/1954 Ikhwan Muslim diharamkan dan pemimpin-pemimpinya ditangkap dan dihukum bunuh. Ditangkap dan dipenjara 15 tahun dengan kerja berat. 1964 dibebaskan permintaan Abdul Salam Arif Presiden Iraq. 1965 ditangkap semula atas tuduhan rampasan kuasa bersama seluruh anggota keluarga. Sebelum hukuman gantung dijalankan Naser meminta beliau meminta maaf agar dibebaskan namun beliau menolak. 26/8/1966 digantung sampai mati

4.3.4 Hamka Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Lahir 1908M di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat Meninggal di Jakarta 24/7/1981 Seorang sasterawan, ulama dan aktivis politik Indonesia.

Ayahnya Syeikh Abdul karim bin Amrullah dikenali Hj rasul pelopor Gerakan Islah (Tajdid) Pendidikan rendah di Sekolah dasar Maninjau hingga kelas 2. Umur 10 tahun, ayahnya membina madrasah Sumatera tawalib. Mempelajari agama dan mendalami bahasa arab Pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid oleh ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sultan Mansur dll. Sebagai guru agama 1927 di Pekebunan Tebing Tinggi Medan dan Padang Panjang 1929. Dilantik sebagai pensyarah di universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah padang Panjang 1957-1958. Menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan profesor Universiti Mustopo, Jakarta. 1951-191960 Pegawai Tinggi Agama tapi letak jawatan apabila Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai tinggi atau menyertai politik majlis syura muslimin Indonesia. Mahir dalam bidang falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik islam atau barat. Mempunyai kemahiran bahasa arab yang tinggi dan menjadi pemido yang baik. Aktif dalam gerakan islam melalui Muahammadiyah 1928 mengetuai Muhammadiyah di Padang Panjang. 1929 mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan selepas 2 tahun menjadi konsul Muhammadiayah di Makasar 1953 penasihat pimpinan pusat Muhammadiyah 26/7/1977 dilantik menjadi ketua umum majlis ulama Indonesia dan letak jawatan 1981 apabila pandangannya tidak dihiraukan. 1925 bergiat dalam politik dalam parti Sarekat Islam. 1945 menentang usaha penjajah Belanda kembali ke Indonesia 1947 menjadi ketua Barisan pertahanan Nasional Indonesia. 1955 anggota Kontituente Masyumi (majlis syura muslimin Indonesia) menjadi pemidato utama dalam pilihanraya. 1960 masyumi diharamkan 1964 -1966 dipenjarakan oleh Sukarno dituduh pro-malaysia. Semasa dipenjara menulis tafsir al-Azhar. Dibebaskan menjadi anggota Badan Musyawarah kebajikan Nasional Indonesia, anggota perjalanan haji Indonesia dan Anggota Lembaga kebudayaan nasional, Indonesia. Seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. 1920an menjadi wartawan akhbar seperti pelita andalas, seruan islam, bintang Islam dan seruan muhammadiyah 1928 editor majalah kemajuan masyarakat 1932 editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makassar. Pernah menjadi editor majalah pedoman masyrakat, panji masyarakat dan gema islam. Karya terbesarnya adalah tafsir al-Azhar. Menerima anugerah dari universiti al-Azhar 1958 Meninggal dunia pada 24/7/1981

5.1 Kitab tafsir bi al-Mathur

5.1.1 Tafsir Ibn Abbas Tafsir yang dikaitkan dengan Ibn Abbas sebahagian besar kandungannya. Telah dicetak berulangkali di Mesir dengan nama Tanwir al-Qanus min tafsir Ibn abbas. Dikumpulkan oleh Abu tahir Muhammad bin yakub al-Fairuz Abadi al-Syafei iaitu pengarang al-Qamus al-Muhit. Keistimewaan nya merujuk puisi arab sebagai rujukan memahami lafaz AQ Mahir dalam ilmu bahasa arab danmendalami himpunan puisi arab.

Mengarang banyak buku antaranya tafsir mafatih Gharib Dikarang dalam 8 jilid yang besar Menjelaskan kesesuaian ayat AQ dengan surahnya. Dikaitkan dengan ilmu hisab, falsafah dan ilmu lain yang memerlukan pemikiran logik dan perselisihan mazhab fiqh. Merupakan ensiklopedia dalamilmu kalam, astronomi dan ilmu tabii.

5.2.2 Tafsir al-Zamakhsyari Alim dan bijaksana dalam ilmu nahu, bahasa arab, sastera dan tafsir. Berfahaman mutazilah dan bermazhab Hanafi. Tafsir karangannya al-Kasysyaf menyokong pegangan dan kepercayaan dalam akidah mazhabnya. Membawa isyarat yang jauh untuk mentafsirkan makna ayat bagi memenangkan mutazilah dan menolak lawannya. Menyerlahkan lagi keindahan AQ dan keajaiban retoriknya. Menguasai ilmu balaghah, al-bayan, sastera arab, ilmu nahu dan tasrif.

5.1.2 Tafsir al-Tabari Ibn Jarir al-Tabari ulama ulung dalam bidang tafsir dan banyak ilmu lain. Buku yang terkenal dalam bidang sejarah Tarikh al-Umam wa al-Muluk dan dalam ilmu tafsir Jamiu al-bayan fi tafsir alQuran. Menjadi rujukan utama ulama tafsir yang menekankan tafsir bi al-Mathur. Tafsir yang tinggi nilainya dan paling agung dalam bidang tafsir. Mengandungi pendapat yang pelbagai di kalangan ulama tafsir, ditarjihkan pendapat tersebut dengan dalil yang kuat. Ibn Jarir membuat kesimpulan daripa da pendapat ulama yang diutarakan. Mengambil berat akan cara bacaan. Bergantung kepada penggunaan bahasa yang diriwayatkan secara lisan, puisi arab lama, mazhab nahu dan merujuk bahasa arab yang mashyur. Menyelesaikan masalah hukum fiqh, mengupas persoalan aqidah dengan mendalam dan menolak pendapat mazhab ahli al-kalam dan menegakkan pendapat ahli sunnah wa jamaah.

5.2.3 Tafsir al-Hayyan Abu Hayyan al-Andalusi al-Gharnati alim dalam ilmu bahasa. Berpengetahuan luas dalam ilmu tafsir dan hadis. Karya yang terkenal adalah tafsir al-bahr alMuhit. Dikarang dalam 8 jilid yang besar dan dicetak berulangkali. Berfokuskan irab dan masalah tatabahasa dihurai panjang lebar hingga dianggap sebagai buku nahu. Memasukan banyak pendapat al-Zamakhsyari dan Ibn Atiyyah. Kadangkala menolak pendapat al-Zamakhsyari walaupun mempunyai kemahiran tinggi dalam menaikan keajaiban AQ.

5.1.3 Tafsir Ibn Kathir Imad al-Din Abu al-Fida Ismail bin Amru bin Kathir. Berguru dengan Ibn taimiyah. Berilmu dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah. Mengarang kitab sejarah al-Bidayah wa alNihayah dan tafsir yang masyhur tafsir al-Quran al-Azim, kedua penting selepas tafsir al-Jabari. Mentafsir ayat AQ dengan hadis nabi, sahabat dan tabiin. Sentiasa mengingatkan bahaya kisah israiliyat. Tafsir yang mudah difahami guna lafaz yang ringkas dan makna yang menyeluruh. Tidak mengabaikan cara qiraat, asbab an-nuzul dihuraikan secara terperinci.

5.3 Kitab tafsir Moden 5.3.1 Tafsir fi Zilal al-Quran Dikarang oleh Syed Qutub dibahagi kepada 30 juzuk. Menggunakan kaedah tafsir bi al-Mathur. Menghimpunkan aspek retorik sastera dan kemasyarakatan. Susunan topik tertentu dalam surah secara menyeluruh menyentuh perbincangan tentang tujuan secara umum dan khusus serta mengaitkan satu tajuk dengan tajuk yang lain untuk memperlihatkan kesinambungan AQ Dianggap pengarang yang unik kerana menampilkan perbincangan tafsir ayat-ayat AQ. Tafsir yang bersandarkan kepada unsur naqliyyah atau riwayat yang mathur. Tidak membincangkan tentang ilmu bahasa dan tatabahasa, ilmu kalam, ilmu fiqh dan cerita israiliyyat serta penemuan sains yang asasnya boleh berubah-ubah. Kitab istimewa kerana mempunyai gaya bahasa yang mudah difahami.

5.2 Kitab Tafsir bi al-Rayi 5.2.1 Tafsir al-Razi Fakhruddin al-Razi ulama terkenal dalam bidang ilmu naqliyyah al-qurandan hadis seprti tafsir fiqh dll) dan ilmu aqliyyah (logik, falak,sains, kimia dll)

Diklasifikasikan sebagai tafsir al-Adabi al-ijtimai yang memerhatikan keindahan uslub,kemukjizatan AQ, kehalusan ungkapan serta aspek sosial, pemikiran kotemporari dan aliran moden. Dikenali juga tafsir haraki kerana methodologi yang digunakan terhadap juz terakhir. Pertama diterbitkan dlam tulisan jawi adalah juz Amma dalam 4 jilid pada tahun 1953.

5.3.2 Tafsir al-Manar Sumber daripada perkuliahan Muhammad Abduh yang disampaikan di Universiti al-Azhar. Disusun oleh Muhammad Rashid Ridha setelah beliau wafat tahun 1905 dengan judul Tafsir alQuran al-Hakim Popular dengan sebutan Tafsir al- Manar Pertama kali diterbitkan pada 22 syawal 1315H kerana keinginan Rashid Ridha menerbitkan suratkhabar yang mengolah masalah sosialbudaya dan agama. Mendapat sambutan hangat bukan hanya di Mesir malah negara arab lain sampai eropah dan Indonesia. Terdiri daripada 12 juzuk pertama AQ diambil dari pemikiran Muhammad Abduh dan selebihnya dilakukan oleh Rashid Ridha mengikut method Muahmmad Abduh. Abduh Cenderung menggabungkan antara riwayat yang sahih dan nalar rasional menjelaskan hikmah syariat sunnatullah serta eksitensi AQ sebagai petunjuk. Rashid Ridha bergantung riwayat daripada Rasulullah dan nukilan pemikir para mufasir lain. Menjelaskan ayat AQ dengan cara yang menakjubkan dan mengesankan mengungkap makna ayat dengan mudah, serta mengilustrasikan banyak masalah sosial dan menuntaskannya dengan perspektif AQ. Banyak membincangkan sastera budaya dan kemasyarakatan. Penjelasan AQ ketelitian redaksi, disusun dengan indah, ditekankan tujuan AQ diturunkan serta mengaitkan dengan hukum hakam .

Sumber penting memahami AQ kerana Rasullulah pentafsir pertama terhadap AQ. Proses penafsiran AQ yang menggunakan kumpulan riwayat hadis daripada nabi dan para sahabat. Para ulama tiada persepakatan tentang batasan tafsir riwayah. Mempunyai kekurangan antaranya: -mencampur adukan yang sahih dan tidak sahih seperti maklumat yang disandarkan kepada para sahabat dan tabiin. -terdapat kisah israiliyyat yang penuh khurafat. -sebahagian pengikut mazhab mengaku pandapat mufassir tertentu. Sebahagian orang zindiq mengaku kepercayaannya melalui sahabat dan tabiin. Merupakan sumber ke 2. Berkembang pesat pada abad ke 3H Teks AQ ditafsirkan dalam corak kepentingan dan ideologi mazhab masing-masing. Berpegang kepada akal, ijtihad dan qias. Para ulama berbeza pendapat, ada yang menolak keras method ini dan ada yang menerima dengan syarat yang dikemukakan. Gabungan kedua-dua method ini dengan menggunakan AQ dan Hadis serta pendapat para sahabat serta melibatkan ilmu falsafah, ijtihad, qias dan seumpamanya. Menggabungkan aspek nas atau dalil yang sahih dan hasil pemikiran yang jelas yang menggabungkan antara warisan turath dan semasa.

b)

Dirayah

6.1.2 Tafsir AQ dengan AQ dan AQ dengan As-sunnah. a) Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran AQ diturunkan dalam pelbagai gaya bahasa yang indah. Kepelbagaian retorika menjadikan AQ penuh dengan Ijaz. AQ diturunkan dengan ringkas tapi padat maknanya, secara itnab (ayat panjang), ijmal, terperinci, mutlak, taqyid, umum dan khusus. Ayat-ayat AQ berkaitan antara satu sama lain,maka ia mentafsir kepada satu ayat yang lain. Method ini ialah pentafsiran AQ dengan AQ sama ada menggunakaan ayat yang berturutan atau berada di tempat lain. Penafsiran yang tepat dan wajib diyakini kerana Allah lebih mengetahui kehendak sesuatu ayat yang diturunkan.

5.3.3 Tafsir Hamka Ditulis tokoh islam Indonesia Hamka merupakan karya agungnya. Disusun ketika aktif memberi kuliah subuh di Masjid al-Azhar 1958 dan menulisnya ketika dalam penjara 1960an. Dipenjara kerana dituduh menyokong Malaysia dalam persengketaan Malaysia Indonesia. Tafsir yang baik sekali dan sama manhaj dengan Syed Qutub Ditafsir bebas dari unsur israiliyyat dan banyak menggunakan method tafsir bi riwayat (alMathur).

6.1 Method Ideal mentafsir AQ 6.1.1 menggabungkan antara Riwayah dan Dirayah. a) Riwayah Dikenali dengan atau al-Manqul sebutan al-Mathur c)

b) Tafsir Al-Quran dengan As Sunnah Mentafsirkan sesuatu ayat AQ dengan menggunakan hadis nabi sebagai penjelasan atau perincian sesuatu yang umum. Menggunakan tafsir sahabat dan tabiin.

Sekiranya ayat AQ atau tiada hadis yang menerangkannya maka ulama tafsir akan merujuk kata-kata sahabat. Sahabat lebih memahami AQ kerana mereka pernah bersama nabi dan menyaksikan sendiri persekitaran yang menyebabkan AQ diturunkan. Memahami dengan kefahaman yang sempurna kerana rasulullah sendiri yang menjelaskannya. Jika tiada rujukan dari kata-kata sahabat barulah dirujuk kata tabiin. Kemutlakan Bahasa dan Memerhati

2.

6.2.1 Mengambil Konteks Kalimah.

Mengambil kemutlakan istilah, kekhususan, kata akar yang sesuai dengan konteks zaman diturunkan AQ. Perkataan ,uslub (gaya bahasa) berubah dan berkembang sesuai dengan perubahan zaman. Memahami AQ tidak dapat hanya mengambil sebahagian ayat sahaja.

6.2.2 Memerhati Asbab al-Nuzul. Wajib bagi yang ingin mengetahui ilmu AQ. Bertujuan untuk mengetahui sebab ayat diturunkan, pelaku yang dituju, redaksional ayat dll. Mengabaikan Asbab nuzul akan menimbulkan kesamaran dan kesulitan, nas yang tampak umum dan terjadi perselisihan pendapat. Jika asbab nuzul bercanggah dengan AQ maka ulama berpendapat ia tidak dapat dijadikan pegangan dalil. Menjadikan AQ sebagai rujukan utama dalam pemahaman dan tidak mentafsirkan AQ mengikut kehendak diri sendiri atau mazhabnya.

6.3.1 Terjemahan AQ Usaha untuk menyampaikan maklumat daripada bahasa asal kepada bahasa lain dengan erti dan maksud yang sama serta memelihara aspek makna dari sudut bahasa yang digunakan. Terdapat 2 jenis terjemahan iaitu

Membuka ruang kepada musuh islam melakukan terjemahan secara palsu mengikut hawa nafsu. Terjemahan Maknawiyyah / tafsiriyyah Menjelaskan makna yang hendak disampaikan oleh bahasa asal dengan menggunakan bahasa lain tanpa terikat dengan susunan dan tertib struktur ayat dalam bahasa asal. Melakuka tafsiran terlebih dahulu kemudian diterjemah ke bahasa asing. Pandangan ulama terhadap terjemahan ini adalah: Al-Zamakhsyari berpendapat rasulullah diutus dalam bahasa kaumnya dan tiada masalah pemahaman, dan nabi diutus pelbagai kaum dan bangsa maka terjemahan harfiyyah dan maknawiyyah adalah cara memahaminya. Muhammad Rasyid Ridha berpendapat terjemahan secara tafsiriyyah adalah umpama tafsir AQ. Tidak haram hukum syara Wahbah al-Zuhaili berpendapat syarak tidak menghalang terjemahan makna AQ atau mentafsirkannya. Terjemahan tidak boleh sama sekali disamakan dengan AQ. Umumnya ulama sependapat mengharuskan penterjemahan AQ secara Maknawiyyah. Syarat-syarat penterjemahan Penterjemah mengetahui selok belok kedua-dua bahasa (arab dan terjemahan) Penterjemahan hendaklah merangkumi semua makna yang dimaksudkan dalam AQ dengan penuh teliti dan amanah.

IV.

6.4 Hukum membaca AQ dalam bahasa lain dalam solat. Jumhur ulama tidak harus bagi yang mampu dan membatalkan solat Mazhab Hanafi mengharuskan bagi yang tidak mampu (hukum sama dengan orang buta huruf) Imam Nawawi berpendapat terjemahan bukan AQ kerana AQ adalah mukjizat Ijaz. Abu Hanifah pada awalnya mengharuskan bacaan terjemahan sama ada mampu atu tidak tetapi menarik balik pandangannya dan hanya yang tidak mapu sahaja diharuskan.

1. Terjemahan Harfiyyah. Terjemahan dalam bahasa lain dengan mengekalkan setiap kedudukan perkataan asalnya sama ada dari segi nazm, uslub dan susunan ayat. Diterjemah mengikut aturan dan susunan perkataan dalam bahasa asalnya. Ulama bersepakat hukum menterjemahkan AQ ke bahasa lain secara huruf atau perkataan adalah tidak boleh kerana: I. Sama seperti ciptaan baru bagi AQ II. Nabi tidak pernah menterjemahkan AQ walaupun satu ayat semasa berdakwah. III. Membuka ruang kepada manusia meninggalkan AQ yang asalnya dalam bahasa arab.

7.1.1 Israiliyyat Perkataan jama bahasa arab dinisbahkan kepada Bani Israil. Israil pada asalnya nama nabi Yaakub yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Israiliyyat dalam tafsir bermaksud berita atau cerita yang diambil daripada pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya dari golongan yahudi dan sedikit golongan nasrani.

Ahli Tafsir mendifinisikan israiliyyat adalah pengaruh budaya yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama islam melalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat AQ. Para ulama tafsir dan hadis menggunakan istilah israiliyyat terhadap perkara yang lebih luas seperti kisah lama yang diada-adakan yang dimasukan dalam tafsir. Sesetengah ulama berpendapat israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan di sampaikan ke dalam tafsir bertujuan merosakan kesucian islam. Menurut al-Zahabi Israiliyyat ada 2 pengertian: Kisah atau cerita yang dimasukan ke dalam tafsir yang asal periwayatannya kembali kepada sumbernya iaitu yahudi dan Nasrani. Cerita yang sengaja dimasukan oleh musuh islam ke dalam tafsir yang tidak dijumpai dasarnya dalam mana-mana sumber muktabar.

7.1.2 Cara penyerapan Israiliyyat Bermula dengan kemasukan thaqafah(peradaban) bani Israil ke dalam thaqafah arab zaman jahiliyah. Membawa ilmu dan pengetahuan kitab agama mereka . Islam mula tersebar dan kalangan yahudi memeluk islam lalu mereka menjadi tempat rujukan sahabat tentang kisah yang sama dalam AQ dan taurat. Keilmuan tentang taurat dan injil dimanfaatkan untuk pemerincian dalam tafsir AQ, hadis dan fakta sejarah. Para sahabat tidak menerima bulat-bulat apa yang didengar dan menapisnya dengan akal yang wara. Menerima apa yang diterima kal dan syara dan menolak yang bercanggah dengan keduanya. Dan berdiam diri apabila perkara yang tidak jelas sahihnya.

Pembahagian dari sudut kesahihannya atau pun tidak. I. Sahih seperti apa yang telah datang menceritakan tentang sifat nabi seperti yang dinyatakan dalam AQ. II. Tidak sahih seperti kepercayaan khurafat mengenai wujudnya gunung QAF yang meliputi langit dan bumi sebagaimana yang didakwa. Pembahagian dari sudut bertepatan dengan agama atau bercanggah. i. Sesuatu yang terdapat di dalam taurat bersamaan dengan apa yang ada dalam syara ii. Sesuatu yang bercanggah dengan syariat iii. Sesuatu yang didiamkan oleh syara tiada sokongan atau pun bantahan. Pembahagian dari sudut tajuk atau isi kandungan. i. Berkaitan dengan akidah ii. Berkaitan dengan hukum iii. Berkaitan dengan kisah, cerita dan pengajaran. Kesimpulannya: Kita tidak boleh menyatakan secara pasti kesahihan sesuatu pun melainkan kebenarannya dapat dibuktikan melalui AQ dan hadis. Sesuatu yang sahih daripada sumber AQ dan sunnah bukan israiliyyat. Riwayat israiliyyat yang bercanggah dengan islam tidak boleh disebarkan kecuali memberi peringatan daripada mempercayainya. Israiliyyat yang daif tidak boeh dianggap sebagai ilmu dan kewujudannya dalam kisah serta di dalam tafsir dikira tafsir yang batil.

7.2.2 Hukum meriwayatkan Israiliyyat Haram meriwayatkan israiliyyat secara mutlak terutama yang bercanggah dengan AQ dan sunnah. Harus meriwayatkan daripada israiliyyat sebagaimana yang terdapat dalam kitab tafsir dan kitab sejarah yang bertepatan dengan nas AQ dan sunnah. Hujah larangan periwayatan Israiliyyat Penyelewengan Yahudi dengan meminda perkataan dalam kitab Taurat merupakan perbuatan yang tidak amanah dan bermoral. Yahudi berusaha mewujudkan fitnah dalam agama dikalangan orang islam. Yahudi menyembunyikan kebenaran serta memesongkan fakta ke arah kebatilan. Yahudi sengaja meninggalkan kebenaran dan menuruti kebatilan dan riwayat israiliyyat benyak mengandungi kemungkaran. Larangan AQ daripada bertanya kepada ahli kitab tentang kisah yang lampau. AQ melarang daripada memperkatakan sesuatu tanpa ilmu dan israiliyyat dianggap tanpa ilmu kerana golongan mereka mengikut sesuatu secara membuta tuli tanpa ilmu.

7.1.3 Bahaya israiliyyat Merupakan cerita dongeng dan khurafat yang boleh merosakan kesucian islam. Boleh menyelewengkan akida orang islam. Merugikan dan melekakan umat islam dengan perihal cerita yang sia-sia dan tiada kepentingan kepada islam. Boleh menyebabkan kekeliruan dan menganggu kemurnian ajaran islam. Kesan dari israiliyyat Terdapat unsur penafian terhadap sifat maksum para anbia dan mursalin. Menghilangkan kepercayaan umat islam terhadap sebahagian salaf daripada kalangan sahabat dan tabiin. Memalingkan manusia daripada tujuan asal penurunan AQ dan melalaikan mereka daripada meneliti dan memahami maksud ayat AQ. Mencemarkan ajaran islam serta memberi gambaran islam adalah agama khurafat.

7.2.1 Pembahagian Israiliyyat Menurut Dr Muhammad Husayn al-Zahabi, Israiliyyat dibahagi kepada 3 kategori

AQ mengajar kita agar lebih berhatihati untuk menerima sesuatu berita dan perkhabaran , tidak boleh menerima riwayat daripada golongan fasik dan kufur kecuali setelah diteliti dan diperiksa terlebih dahulu kebenarannya. Rasulullah pernah menegaskan kepada saidina Umar apabila beliau membawa pulang kitab taurat sabda baginda andainya Musa hidup di zamanku maka dia juga wajib mentaatiku (AQ). Riwayat Ahmad.

Mengandungi perkara yang bercanggah dengan AQ dan sunnah. Menceritakan sesuatu yang pelik gharib. Merujuk kepada ulama yang membincangkan tentang israiliyyat.

8.0 Tafsir ayat ayat Akidah 8.1 ayat 1-5 surah al-Baqarah Allah menyenaraikan 4 sifat orang yang bertaqwa yang mengambil manfaat daripada petunjuk Aq: i. Orang yang beriman dengan perkara ghaib yang diceritakan dalam AQ. ii. Golongan yang mendirikan solat dengan sempurna iii. Mereka yang membelanjakan harta di jalan Allah. iv. Golongan yang membenarkan apa sahaja yang diturunkan kepada rasulullah dan rasul terdahulu dan tanpa keraguan tentang akhirat. Pengajaran ayat i. Asal takwa adalah mencegah melakukan perkara yang dilarang seperti syirik, dosa besar, dosa kecil. ii. Takwa merupakan semulia-mulia perkara . iii. Definisi takwa disimpulkan sebagai Menjauhkan diri daripada sebarang dosa samada kecil atau besar. Berhati-hati dalam setiap perkataan dan tindakan Tidak memandang remeh kepada perkara-perkara yang kecil. iv. lima sifat orang yang bertaqwa Beriman dengan perkara ghaib Mendirikan solat Membelanjakan harta di jalan Allah Beriman dengan wahyu yang diturunkan Beriman dengan hari akhirat.

7.2.3 Perawi Israiliyyat 1. Abdullah bin Salam Abu Yusuf Abdullah bin Salam bin al-harith al-Israiliy al-Ansori. Memeluk islam setelah rasulullah tiba di Madinah. Meninggal dunia di Madinah pada tahun 43 H Meriwayatkan hadis rasulullah.

2. Kaab al-Ahbar Abu Ishak, Kaab al-Humayri Berasal dari Yahudi Yaman. Merupakan pendeta Yahudi yang terkenal menghafal dan menguasai kitab taurat. Terpaut dengan islam apabila terdengar salah seorang sahabat nabi membaca AQ. Memeluk islam berdasarkan ilmu dan beriman berdasarkan makrifat. Berjaya menghafal AQ. Wahab bin Munabbih Abu Abdullah Wahab bin Munabih Salah seorang ulama Tabiin Lahir pada 34H zaman peemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Meninggal dunia pada 110H. Meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah, Abu Said al-khudri, Ibn Abbas< Ibn Umar, Ibn Amru alAs, Jabir, Anas dll. Berpengetahuan luas dan banyak membaca kitab lama yang mengandungi kisah dan cerita berkaitan dengan permulaan alam dsbnya. Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraji Abu Khalid atau Abu Walid, Abdul malik bin abdul Aziz bin Juraji Berketurunan nasrani Rom Terkenal sebagai ulama Mekah. Dilahirkan di Mekah tetapi merantau di banyak negara mencari ilmu seperti di basrah, baghdad dan Yaman.

3. 4.

8.2 Ayat 138 141 Surah al-Baqarah Pengajaran ayat I. Ajaran islam fitrah bersih daripada perkara syirik dan khurafat II. Roh kepada agama adalah tauhid dan asasnya adalah ikhlas. III. Segala hujah yang dikemukan golongan Yahudi dan nasrani adalah batil dan sesat dan penipuan serta pembohongan yang nyata. IV. Setiap manusia akan menghadapi hari pembalassan dan segala amalan manusia akan dihitung. V. Syarat amalan diterima Allah: Benar Bertepatan dengan syarak Ikhlas

7.2.5 Kaedah mengenali Israiliyyat Terdapat kenyataan jelas daripada perawi menggunakan sumber israiliyyat. Sanadnya biasa bersifat terhenti mauquf kepada sahabat, bukan marfu kepada nabi. Persoalan yang dibincang mengenai asal usul kejadian alam serta rahsianya dan kisah lampau. Perincian kepada kesmaran perkara yang tidak dijelaskan dalam AQ. Memperlihatkan keterlampauan ketara.

8.3 Ayat 11 19 surah al-Anaam Pengajaran ayat I. Sejarah adalah bukti nyata dan jelas dan merupakan pengajaran yang amat berguna. II. Berlaku kerosakan dimuka bumi pada masa kini menandakan amaran Allah atas kemungkaran yang berlaku. III. Menekankan persoalan tauhid dan akidah terutama berkaitan dengan kebangkitan hari akhirat. IV. Allah memberi rahmat yang banyak kepada umat nabi Muhammad . V. Allah mencela golongan yang tidak menggunakan akal dan ilmu untuk mencari kebenaran dan iman yang sahih serta beristiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah. VI. Setiap manusia hendaklah takut dan gerun dengan azab dn siksaan yang dijanjikan Allah kepada mereka yang degil dan ingkar. VII. Allah membekalkan nabi mukjizat sebagai bukti sokongan kenabian Rasulullah. Mukjizat agung adalah AQ.

Berfikir akibat selepas perceraian Memberikan peluang untuk kembali hidup sebagai suami isteri VI. Berfikir tentang masa depan anak-anak. Tempoh edah I. Bercerai sebelum bersetubuh tiada edah II. Talak bagi wanita yang masuh didatangi haidh 3kali suci haidh III. Wanita yang tidak mempunyai haidh seperti kanak-kanak dan wanita putus haidh 3bulan IV. Wanita hamil sehingga melahirkan anak. V. Suami meninggal - 4 bulan 10 hari. Maksud quru dalam ayat. I. Sudt bahasa suci dan haidh. Fuqaha berbeza pendapat tentang eda. II. Mazhab Maliki dan Syafei bermaksud suci daraipada haidh. III. Abu Hanifah dan Imam Ahmad bermaksud haidh.

IV. V.

9.3 Ayat 11 12 surah al-Nisa Kandungan ayat I. Hak yang berkaitan dengan zakat harta. II. Perbelanjaan bagi mengurus jenazah. III. Hutang piutang yang bersangkutaan dengan tanggungan si mati. IV. Wasiat yang tidak lebih daripada satu pertiga daripada keseluruhan hartanya tetapi bukan kepada ahli waris. V. Baki harta dijadikan faraid dan dibahagikan kepada waris berhak. Ahli waris yang layak menerima harta pusaka. Waris daripada pihak lelaki. I. Anak lelaki II. Cucu lelaki dari anak lelaki III. Bapa datuk saudara lelaki seibu sebapa. IV. Saudara lelaki sebapa V. Saudara lelaki seibu VI. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa. VII. Bapa saudara seibu sebapa VIII. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa IX. Sepupu dari bapa saudara sebapa X. Suami XI. Hamba sahaya. Jika kesemua waris lelaki wujud maka 3 orang sahaja yang layak iaitu bapa, anak lelaki dan suami. Waris perempuan I. Anak perempuan II. Cucu perempuan dari anak lelaki III. Ibu IV. Nenek sebelah ibu V. Nenek swbwlah bapa VI. Saudara perempuan seibu sebapa VII. Saudara perempuan seibu VIII. Saudara perempuan sebapa IX. Isteri X. Perempuan bagi hamba sahaya. Jika kesemua ahli wujud hanya 5 yang layak I. Anak perempuan II. Cucu perempuan dari anak lelaki III. Ibu IV. Saudara perempuan seibu sebapa V. Isteri

9.0 Tafsir ayat Akam 9.1 Ayat 221 surah al-Baqarah Pengajaran ayat I. Islam tidak membenarkan perkahwinan antara muslim dan wanita kafir musyrik kerana perbezaan akidah antara mereka terlalu jauh. II. Islam melarang wanita muslim berkahwin lelaki bukan islam kerana islam tidak mebuka jalan bagi orang kafir berkuasa terhadap orang islam. III. Wanita ahli kitab (yahudi atau nasrani) syara mengharuskan lelaki muslim mengahwininya. IV. Wanita musyrik tidak beriman langsung dengan Allah dn wanita ahli kitab ada sedikit persamaan dengan orang islam. V. Sebahagian ulama berpendapat wanita musyrik merangkumi semua mereka yang ingkar kepada allah. VI. Walaupun perkahwinan lelaki muslim dengan wanita ahli kitab dibolehkan namun dikhuatiri lelaki muslim mengabaikan tanggungjawab akidah terhadap anak-anak mereka. VII. Mazhab Maliki dan Hanafi memfatwakan.kalaupun sah, tapi terlalu makruh berkahwin dengan wanita yahudi dan kristian.

9.2 Ayat 228 Surah al-Baqarah Pengajaran ayat Wajib edah bagi wanita yangbercerai adalah disebabkan I. Untuk memastikan rahim benar-benar bersih II. Memelihara kehormatan wanita III. Memlihara nikmat hidup berumahtangga

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan wujud, maka keutamaan akan diberikan kepada 5 ahli waris iaitu: I. Bapa II. Ibu III. Anak lelaki IV. Anak permpuan V. Suami / isteri

v. vi.

Keghairahan kepada dunia boleh melalaikan kita mengingati Allah. Kemungkaran dalam masyarakat perlu ditegah.

10.0 Tafsir ayat akhlak 10.1 ayat 1 -11 surah al-Mukminun Pengajaran ayat I. Kejayaan hakiki adalah kejayaan dunia dan akhirat II. Untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat hendaklah beriman kepada Allah. III. Orang yang khusyuk dalam solat adalah kejayaan yang sebenarnya. IV. Orang yang beriman kepada Allah menjauhkan diri daripada perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah. V. Orang yang suka bersedekah mendapat keberkatan dalam hidup VI. Orang yang berjaya adalah orang yang dapat mengawal nafsu sahwat.

10.2 Ayat 11-19 surah Luqman Pengajaran ayat. i. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah Allah. ii. Bersabar menahan gejolak hati dan gelora nafsu dalam melaksanakan tuntutan Allah. iii. Menyengutukan Allah adalah perbuatan yang zalim dan merugikan diri sendiri. iv. Hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. v. Mengutamakan perintah Allah daripada perkara lain. vi. Sentiasa menyedari dan insaf bahawa segala perbuatan baik atau jahat diperhatikan Allah. vii. Kebahagiaan yang sebenar akan tercapai di dunia sekiranya tunduk dan patuh akan perintah Allah. viii. Sentiasa berakhlak mulia semasa berurusan dengan orang lain. ix. 3 ilmu yang perlu dititikberatkan orang islam adalah akidah, syariat dan akhlak.

10.3 Ayat 24 25 surah al-Anfal Pengajaran ayat i. Orang yang beriman wajib menyahut seruan Allah dan rasul. ii. Sentiasa reda dan menerima dengan hati yang terbuka segala arahan dan suruhan Allah. iii. Orang yang beriman sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk. iv. Banyak musibah akan menimpa sekiranya lalai menegakan hukum Allah.

Anda mungkin juga menyukai