Anda di halaman 1dari 2

Searle (1976) dalam Maslida Yusof (2007) telah mengklasifikasikan lakuan illokusyenari kepada beberapa jenis seperti representataif,

direktif, komisif, ekspresif dan deklaratif. Representatif- ujaran yang digunakan untuk menghuraikan bentuk hubungan (state of affairs). Contohnya, rambut saya berwarna hitam. Kelas ini termasuklah lakuan menyimpulkan, menyatakan, menegas, meminta, bersumpah, mengadu, menyimpulkan, menafikan, mengaku dan sebagainya Direktif-ujaran yang digunakan untuk mencuba dengan darjah yang berbeza membuat si pendengar melakukan sesuatu. Contohnya, Tutup pintu itu. Kelas ini termasuklah lakuan menasihat, meminta, mengesyorkan, mengarah, melarang, mencadang, mendesak dan sebagainya. Komisif ujaran ini merupakan ujaran yang

mempertanggungjawabkan penutur dalam darjah yang berbeza untuk melakukan sesuatu aksi pada masa akan datang. Sebagai contoh, saya akan datang berjumpa awak pada jam 9.00 pagi esok. Kelas ini termasuklah lakuan berjanji, sumpah, akad, jaminan, berikrar dan sebagainya. Ekspresif- merupakan ujaran yang digunakan untuk mengungkapkan keadaan emosi si penutur. Sebagai contoh, saya bersimpati atas pemergian ibu awak. Kelas ini termasuklah lakuan memohon maaf, mengucapkan terima kasih, mengucapkan tahniah, mengucapkan takziah, mengucapkan selamat datang, membuat bantahan dan sebagainya.

Deklaratif- merupakan ujaran yang digunakan untuk mengubah status sesuatu entiti. Sebagai contoh, awak dipecat yang diujarkan oleh seorang majikan kepada pekerjanya. Kelas ini termasuklah lakuan pelantikan, menamakan, meletak jawatan, menyerah (kalah),

mengisytihar dan sebagainya. berbeza membuat si pendengar melakukan sesuatu. Contohnya, Tutup pintu itu. Kelas ini termasuklah lakuan menasihat, meminta, mengesyorkan, mengarah, melarang, mencadang, mendesak, permohonan dan sebagainya. Jika diteliti jenis-jenis lakuan illokusyenari lebih menjurus kepada lakuan bahasa dalam sosiolinguistik. Banyak juga kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang semantik, pragmatik, stilistik dan juga sosiolinguistik berkaitan lakuan bahasa tersebut. Sebagai contoh lakuan bahasa pohon maaf pernah dikaji oleh Marlyna Maros (2007), Jurnal Bahasa 7(2), 65-91. Kajian tentang lakuan permohonan pula boleh disorot dalam kajian Mohammad Fadzeli Jaafar, Marlyna Maros, dan Maslida Yusof (2009), Jurnal Bahasa, 9(1), 57-74. Lakuan tutur (speech act) satu daripada pendekatan dalam analisis wacana lebih mementingkan tindakan atau perbuatan hasil daripada ujaran berdasarkan bentuk bahasa yang digunakan. Siapa pengujar, bila dan di mana ujaran tersebut dikeluarkan dan apa yang diujar, adalah aspek-aspek penting dalam lakuan tutur. Lokusioner ialah kita menyatakan maksud untuk menyampaikan mesej dengan terusterang, contohnya; saya katakan "air dalam gelas ini sejuk". Tidak ada maksud lain selain daripada air di dalam gelas ini sejuk. Tetapi kalau ayat "eh... sejuknya air ni", bukannya mengatakan air itu sejuk tetapi menyampaikan pada masa yang sama maksud yang lain kerana kenapa beri air yang sejuk dan sudah tidak air lain lagi? Dengan suhu sejuk diberi pula air yang sejuk. Perlakuan ini disebut ilokusioner. Perlokusioner ialah intension menunjukkan apa yang hendak diperform. Contohnya dalam majlis perasmian, "dengan lafaz bismillah saya dengan sepenuh hati merasmikan menara Dewan Bahasa dan Pustaka ini", bercakap serentak dengan melakukan benda itu. Ini dikenali sebagai perlokusioner. Direktif-ujaran yang digunakan untuk mencuba dengan darjah yang