Anda di halaman 1dari 54

KURSUS HSR 3033 ASIA TENGGARA ABAD KE 19 PENSYARAH : DR. AHMAD ZAINUDIN BIN HUSIN TAJUK TUGASAN : N0.

7 Perubahan politik di Asia Tenggara adalah antara kesan-kesan penjajahan yang paling ketara di Asia Tenggara. Jelaskan perubahan-perubahan sistem politik yang dialami oleh negaranegara di Asia Tenggara dan setakat manakah ia diterima oleh penduduk-penduduk di negara-negara di rantau berkenaan.

NAMA AHLI KUMPULAN NAMA WAN NORAZILA BINTI WAN ISMAIL SITI UMIAH BINTI ABDULLAH NOOR HIDAYAH BINTI YUSOFF TUAN SHAHERRA BINTI KU MOHAMED NURUL IFFAH BINTI MOHD NASIR NO.MATRIK D20101037589 D20101037727 D20101037667 D20092036902 D20092036890

JABATAN SEJARAH FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

PENGENALAN
Penjajahan sesebuah kuasa besar ke atas kawasan-kawasan yang lebih kecil atau lemah adalah bukan perkara asing, dan telah tercatat dalam sejarah manusia sejak berabad tahun yang lalu. Malah penjajahan masih lagi berlaku terhadap negara-negara yang belum merdeka. Penjajahan yang dilakukan boleh melalui pelbagai betuk dan cara antara penjajahan secara terus atau lansung dan penjajahan secara tersembunyi atau tidak lansung. Biasanya penjajahan yang dilakukan ke atas negara-negara yang lemah adalah disebabkan kepentingan politik, ekonomi, dan sosial penjajah. Negara atau wilayah yang menjadi sasaran golongan penjajah biasanya kaya dengan sumber alam yang mampu memberikan sejuta kepuasan yang dapat membantu dalam menstabilkan kekuasaan penjajah di mata dunia. Menurut kamus Dewan edisi ketiga perubahan bemaksud pertukaran, peralihan, dan hal yang berubah manakala politik bermaksud proses pembentukan atau pembahagian kekuasaan dalam masyarakat melalui proses pembuatan keputusan dalam sesebuah negara. Setelah digabungkan kedua-dua maksud perkataan Perubahan dan Politik, perubahan politik boleh dirumuskan sebagai pertukaran atau peralihan prosese pembentukan kuasa sesuatu kerajaan daripada sesuatu yang lama kepada sesuatu yang baru. Penjajahan berasal daripada perkataan jajah yang bermaksud pergi dari suatu tempat ke tempat yang lain untuk menjelajah, menakluk, dan memerintah sesuatu daerah. Perkataan jajah membawa maksd tawan, rampas, mengeksporasi sesebuah negara untuk kepentingan tertentu. Menurut Ensiklopedia Malaysiana, penjajahan adalah perlakuan untuk mendapatkan wilayah sama ada melalui paksaan atau secara aman. Dengan kata lain, penjajahan ini juga boleh disebut sebagai penaklukan atau imperialisme. Asia Tenggara (Southeast Asia) adalah negara-negara yang terdapat di Asia Tenggara (AT) iaitu disebelah Selatan Dataran negara China dan Timur India yang kebanyakanya beriklim khatulistiwa dan

monsoon tropika. Negara-negara AT pada masa kini melibatkan sepuluh buah iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Vietnam, Kemboja, Laos, dan Burma atau Myammar. Secara keseluruhannya negara-negara ini meliputi kawasan seluas hamper satu setengah juta batu persegi yang terdiri daripada gugusan pulau-pulau Indonesia dan 7000 buah pulau di Filipina dan Borneo. Kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia Tenggara pada abad ke-15 adalah untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Antara kuasa Barat yang paling awal tiba di Asia Tenggara ialah Portugis, British, Belanda, dan Perancis. Setelah berlakunya revolusi perindustrian di Eropah pada abad ke-19 memaksa kuasa-kuasa Eropah untuk mendapatkan tanan jajahan yang baru bagi menampung keperluan industri mereka. Untuk menguasai ekonomi sebuah negara yang bakal dijajah mereka terpaksa mencampuri urusan pentadbiran tempatan melalui muslihat dan tektik keji. Akhirnya disebabkan kebodohan dan ketamakkan pihak pentadbiran tempatan akhirnya dengan sekelip mata kuasa barat menakluki negara tersebut. Setelah berjaya mendapatkan tanah jajahan mereka melaksanakan perubahan politik yang drastik daripada corak pentadbiran tradisionalistik Melayu kepada rasional perundangan Barat.

TANAH MELAYU
Disediakan Oleh Wan Norazila BT Wan Ismail (D20101037589) Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, sistem politik masyarakat Melayu adalah bersifat tradisional. Sistem politik yang diamalkan pada abad ke-19 adalah adaptasi daripada sistem politik Kerajaan Kasultanan Melayu Melaka. Profesor Wang Gung Wu dan O.W.Wolters, menyatakan semua peristiwa dan pengalaman politik yang dilalui oleh Parameswara memberi pendekatan dan visi sejarah yang lebih luas dalam konteks perkembangan sejarah dan politik Melayu. Mereka mendakwa bahawa Parameswara merupakan tokoh politik Melayu yang amat bermakna, malah ketokohan dan kebolehannya tidak ada tolak bandingnya di Nusantara. 1 Sistem pentadbiran berkembang selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaan daripada sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh orang laut sehinggalah menjadi sebuah kerajaan yang maju. Landasan berkerajaan inilah hadir apabila raja yang berdaulat dan berkuasa memerintah secara karismatik dan mendapat kepercayaan yang utuh daripada rakyatnya. Dipersekiranya pula terdapat golongan pembesar yang berwibawa yang membantu untuk menjalankan pentadbiran kerajaan.

Negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British mempunyai institusi pemerintahan yang sistematik. Unit politik Melayu yang terbesar sekali adalah Negeri yang dikuasai oleh Sultan. Sultan yang memerintah adalah betul-betul dari keturunan Raja dan biasanya negeri ditubuhkan di lembangan sungai kerana fungsi sungai dalam perkembangan perhubungan dan perdagangan. Kuasa kerajaan adalah terletak pada raja dan raja memerintah secara mutlak. Raja dibantu oleh golongan pembesar yang terdiri daripada golongan bangsawan yang dipilih
1

Muhammad Yusoff Hashim (1989).Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hlm .138.

daripada kaum kerabat dan keturunannya. Tiap-tiap negeri terdiri daripada beberapa buah daerah dibawah kekuasaan pembesar tempatan. Institusi pembesar memainkan peranan yang penting dalam kerajaan dan masyarakat. Pembesar merupakan orang paling berkuasa di daerah masing-masing dan kekuasaanya melebihi kuasa raja kerana pembesar merupakan sebuah jambatan yang menghubungkan antara raja dengan rakyat. Sejarah Melayu ada menyebut kalimat tentang Menteri Empat atau juga dikenali dengan nama Sistem

Pembesar Empat Lipatan. Tome Pires menyatakan hierarki secara menurun para pembesar iaitu bermula Bemdara (Bendahara) atau Paduca Raja (Paduka Raja), Lasemana (Laksamana), Tumunguo (Temengong), dan Xabandares (syahbandar). 2 Sebagai contoh di negeri Pahang, golongan pembesarnya memainkan peranan yang penting dalam menjalankan semua dasar kerajaan meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan kestabilan kerajaan negeri Pahang. Para pembesar di Pahang dikenali dengan gelaran Orang Besar Berempat seperti Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Indera Segeara Temerloh, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor, dan Orang Kaya Indera Syahbandar3. Peranan utama yang dimainkan oleh para pembesar ini ialah memungut cukai, berkuasa dalam pelaksanaan undang-undang di daerah masing-masing, melaksanakan sistem kerah, memastikan wilayah pegangan berada dalam keadaan aman dan sejahtera dan menjadi lidah rasmi sultan untuk menyampaikan titah kepada rakyat jelata. 4 Tiap-tiap daerah pula terdiri daripada beberapa unit politik yang terkecil yang dipanggil kampung dan diketuai oleh seorang penghulu. Selepas kedatangan British, pembesar tidak lagi bermaharajalela dan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam pentadbiran tempatan. Pengenalan kepada sistem residen pada 18745 telah meruntuhkan dan

Muhammad Yusoff Hashim (1989).Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hlm .149. 3 Ibid.Hlm. 223. 4 Ibid. Hlm .167-196. 5 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya (1982).Sejarah Malaysia.Kuala Lumpur: Macmillan Press Ltd.Hlm .200.

menghancurkan kekuasaan para pembesar melayu dan menyebabkan mereka tidak puas hati sehingga timbulnya semangat untuk bangkit menetang.

Menjelang abad ke-19, British telah bertapak di Semenanjung Tanah Melayu di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Melalui Anglo-Dutch Treaty 1824 atau (Persetiaan Landon), yang ditandatangani pada 17 Mac antara United Kingdom dengan Kemaharajaan Bersatu Belanda di Landon telah membahagikan Kepulauan Melayu kepada dua bahagian iaitu di bawah kekuasaan Belanda dan British.6 Tanah Melayu di bawah kekuasaan British manakala Indonesia di bawah Belanda7. Termeterainya perjanjian ini bermakna secara rasminya British mempunyai hak ke atas Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan terpenting iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah digabungkan oleh British pada 1826 yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (NNS).8 Pusat pentadbirannya terletak di Singapura dan dikawal oleh Gabenor. Tujuan utama penubuhan negeri-negeri selat ialah untuk menjimatkan kos pentadbiran dan menyeragamkan sistem pentadbiran dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang sama dengan Eropah9. Pembentkan Negeri-negeri Selat ini, kekal di bawah penguasaan Inggeris di India sehinggalah tahun 1867 apabila pentadbiranya diserah kepada Pejabat Tanah Jajahan Inggeris. 10 British telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang merangkumi tiga badan utama iaitu, badan eksekutif, legislatif, dan judisiari. Pada tahun 1831, Robert Fullertoon yang merupakan Gabenor NNS menyatakan bahawa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan beliau cuba untuk melaksanakan Sistem Undang-Undang Tanah dan Kehakiman di sana serta memungut sepersepuluh hasil cukai
6

Alfred P.Rubin.(1974).The International Personality Of Malay Peninsula.Kuala Lumpur: University Malaya.Hlm .181. 7 Virginia Matheson Hooker. (2003).A Short History Of Malaysia: Linking East And West.Australia: Allen & Unwin.Hlm. 107. 8 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya .(1982).Sejarah Malaysia.Hlm .141. 9 Graham E. Saunders. (1978).Malaya: Perkembangan Masyarakat Majmuk: Topik-topik Dalam Sejarah Asia,Landon: Longman.hlm 8-16 10 Joginder Singh Jessy.(1978).Sejaraha Tanah Melayu 1400-1959.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hlm .125.

tempatan yang berhak mereka miliki setelah menandatangani perjanjian dengan Dutch East India Company (VOC).11 Hal ini adalah bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan perkara ini ditentang sengit oleh Penghulu tempatan iaitu Dol said. Beliau menganggap bahawa kejadian ini merupakan satu penghinaan kepadanya dan Naning merukan sebuah negeri yang merdeka dan bebas dari pengaruh mana-mana kuasa asing. Beliau telah kehilangan hak untuk memungut cukai yang selama ini merupakan mata pencariannya dan sumber kerajaan yang utama. Selain itu, dengan pengistiharan Naning sebagai salah satu wilayah naungan Melaka meyebabkan beliau telah kehilangan kuasa pentadbir di Naning.12 Sebagai contoh Dol Said telah dihalang daripada menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di Naning oleh pihak British kerana segala kes jenayah yang berlaku sepatutnya di bawah kendalian pihak British. Jadi Dol Said tidak boleh masuk campur. Ketegangan semakin memuncak sehinggalah pada 1831 tercetusnya Perang Naning antara Dol Said denganSyarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). SHTI telah menghantar satu angkatan seramai 150 orang dan dua pucuk meriam. Dol Said telah dibantu oleh Ketua Rembau yang menyuruh menantunya menolong Syed Syaaban dan Berjaya untuk memenangi peperangan tersebut.13 Kekalahan ini amat memalukan SHTI dan demi untuk menebus balik maruah yang tercalar siri kedua Perang Naning bermula pada 1832. Leftenan Kolonel Herbert memimpin angkatan untuk menyerang Naning, bilangan tentera pada kali ini lagi ramai dan akhirnya pada 15 Jun Naning telah tewas kepada British. Signifikannya kekalahan Dol Said adalah disebabkan beliau tidak mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah yang lain kerana British terlebih dahulu membeli maruah mereka melalui perjanjian bersama. 14

11 12

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. (1982).Sejarah Malaysia.Hlm. 142. Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.Hlm. 92. 13 Joginder Singh Jessy. (1978).Sejaraha Tanah Melayu 1400-1959. Hlm .114. 14 Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm .94.

Dengan terlantiknya Sir Endrew Clarke sebagai Gabenor NNS, dasar British terhadap Negeri-negeri Melayu berubah sama sekali terutamanya selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 diantara Sultan Abdullah dengan Sir Andrew Clarke
15

dan

sejak detik itulah mimpi ngeri masyarakat Melayu bermula. Pengenalan kepada Sistem Residen telah mengubah keseluruhan sistem politik tradisional Melayu. Walaupun pada dasarnya sistem politik Melayu masih kekal tetapi fungsinya telahpun berubah. Pada mulanya system residen ini dipercayai oleh raja dan pembesar kerana banyak pelajaran yang yang telah didapati oleh kedua-dua belah pihak. Hasil yang dicapai daripada perlaksanaan sistem ini ialah ia dapat menegakkan undang-undang dan pentadbiran kerajaan juga menjadi semakin cekap dan tersusun.16 Negeri pertama yang menerima residen British adalah Perak iaitu J.WW.Birch telah dilatik. Diikuti dengan perluasan pengaruh dan perlantikan resisen British di Selangor dan Sungai Ujong 1874, Pahang 1888, dan Negeri Sembilan pada 1896. 17 Secara teorinya, setiap Residen mempunyai tugas untuk menasihati raja dalam urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi, dan memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada hakikatnya semua itu hanyalah rekaan semata-mata kerana yang berkuasa dalam menjalankan pentadbiran adalah residen, raja atau sultan hanyalah boneka kerajaan semata-mata yang berkuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adat sahaja. Pada mulanya, perubahan dalam sistem politk selepas kehadiran residen tidak memberikan apa-apa masalah. Tetapi setelah J.W.W Birch mengistiharkan rancanganrancangannya iaitu akan menubuhkan pusat pemungutan cukai di yang akan diletakkan di bawah kawalan pegawai eropah, dan akan menyusun semula cukai-cukai 18 menyebabkan pagawai-pagawai tempatan mula membuka mata dan bangkit untuk melawan perkara

15

Joginder Singh Jessy. (1978).Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Hlm 185 Ibid.hlm 204 17 Wendy Khadijah Moore. (2004).Malaysia: A Pictorial History 1400-2004.Kuala Lumpur: Editions Didier Millet.Hlm. 43. 18 Cukai termasuklah cukai pajak candu, arak, judi, permit balak, cukai perahu, senjata, padi, dan memotong atap.
16

tersebut.19 Hal ini demikian kerana terdapat banyak kelemahan dalam Sistem Residen yang Sultan dan pembesar tidak puas hati. Antara kelemahan ialah Sultan dan pembesar kehilangan kuasa pentadbiran, terpaksa akur kepada arahan residen, tidak terdapat keseragaman pebtadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Setiap residen menjalangkan pentadbiran mengikut acuan mereka dan sesuka hati mereka (ada yang malas, sombong, dan memandai-mandai), tiada pengawasan daripada Gabenor NNS, dan mengeksploitasi sumber di Tanah Melayu. Perkara yang paling terkesan yang menjadi api yang membakar semangat Sultan dan pembesar tempatan apabila J.W.W Birch mencampuri adat resam Melayu dengan menghapuskan Sistem Perhambaan yang dianggap kejam. Keadaan ini menyebabkan beliau telah dibunuh pada 2 November 1875 di Pasir Salak.20

Tentangan yang wujud di Negeri Sembilan bukan disebabkan berlakunya konflik antara nilai-nilai tradisi dengan nilai-nilai baru yang dibawa oleh British. Hal ini demikian kerana pada masa itu British belum lagi bertapak di kawasan Tengku Antah, tetapi British telah menguasai kawasan di Sungai Ujong.21 Tentangan di Negeri Sembilan (NS) berlaku apabila British berniat untuk menguasai NS kerana mempunyai sumber galian biji timah yang banyak. Residen British di Sungai Ujong iaitu, Patrick James Murray telah datang ke Terachi untuk membuat siasatan mengenai dakwaan Datuk Kelana yang mengatakan bahawa Terachi adalah miliknya sedangakan pada hakikatnya Terachi adalah milik Yamtuan Antah. Konflik berlaku apabila Murray telah membawa bersamanya 20 orang tentera, 30 orang polis, 7 juru kur dan dan seorang anggota polis ke Terachi. Keadaan ini mengambarkan bahawa British menganggap bahawa Terachi merupakan wilayah miliknya. Yamtuan Antah cuba meghalang sehingga tercetusnya perang antara keduanya. Dalam perang ini Yamtuan Antah telah kalah dan terpaksa mengakui ketuanan British di Sungai Ujong. Di Pahang kejadian yang hampir
19 20

Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm. 94. Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm. 95. 21 Ibid.Hlm. 96.

sama turut berlaku. Perlantikan JP Roger sebagai residen Pahang banyak mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pemerintah tempatan. Pengenalan kepada peraturan-peraturan yang baru seperti pembentukan beberapa daerah baru yang diletakkan dibawah kuasa hakim dan pemungut hasil. Dengan perlatikan hakim dan pengutip hasil ini menyebabkan peranan, tugas dan kewibawaan pembesar Melayu tergugat. Hal yang paling bertentangan dengan tradisi orang Melayu iaitu, pengharaman pembawaan senjata (keris) menyebabkan mereka kembali bangkit untuk menentang pentadbiran British di Pahang. Penentangan ini di pimpin oleh Datuk Bahaman kerana British telah bertindak menyekat kekuasaannya di Semantan. Datuk Bahaman mendapat sokongan daripada Tok Gajah dan mat Kilau dalam melancarkan misi untuk menentang JP Roger tetapi mereka kalah kerana kekuatan tentera British tidak ada tolok bandingnya. 22 Bagi mengemaskini pentadbiran yang sedia adadan menambahkan kecekapan dalam pentadbiran, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan di bawah Perlembagaan Sistem Residen. Pada 1887, Sir Hugh Low23 telah membentuk mesyuarat ini di negeri Perak pada 1878 bagi menggantikan Majlis Sultan. Anggota Ahli MMN terdiri daripada Sultan sebagai presiden, Residen sebagai Penasihat Sultan, Penolong Residen, pembesar, dan wakil kaum Cina dan wakil Inggeris. Fungsi utama ialah sebagai badan penasihat sultan, menggubal dan meluluskan undang-undang, menyusun pungutan cukai, mengurus dan menetapkan gaji pegawai-pegawai Melayu dan sebagainya. Boleh dikatakan kelemahan yang paling ketara melalui pelaksanaan Sistem Residen dan Penasihat British ialah tiada pembahagian kuasa yang sistematik dalam kalangan pemerintah yang menyebabkan para residen dan penasihat NNMB dan NNMTB telah melampaui batas tugas mereka.

22

Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm. 97-98. 23 Joginder Singh Jessy. (1978).Sejarah Tanah Melayu1400-1959.Hlm .206.

10

Menjelang tahun 1895, pentadbiran berasaskan Sistem Residen di Tanah Melayu dikatakan tidak lagi relevan kerana tidak memenuhi harapan kuasa penjajah dan memerlukan perubahan yang drastik. Cadangan rasmi pertama kepada permasalahan tersebut ialah mengadakan satu bentuk pentadbiran persekutuan Federated Malay States (FMS)/ NegeriNegeri Melayu Bersekutu. 24 Cadangan tersebut datangnya daripada seorang pegawai di Jabatan Jajahan (C.O) iaitu, CP Lucas setelah berbincang dengan F.A Swwettenham. Setelah dilakukan penelitian secara terperinci, satu keputusan telah diambil di mana keputusan tersebut dikatakan sebagai salah satu sistem yang paling baik yang pernah dilaksanakan di Tanah Melayu.
25

Signifikannya sistem pentadbiran yang baru ini ialah ia dapat

menyeragamkan pentadbiran diperingkat pusat dan negeri kerana negeri-negeri yang lebih kuat atau yang kaya akan membantu negeri-negeri yang lemah atau miskin. Sebagai permulaan kepada perlaksanaanya, seorang pegawai British di hantar ke negeri-negeri berkenaan untuk mendapatkan persetujuan daripada raja-raja dan pegawai tempatan. Secara praktikalnya Perjanjian Persekutuan ini mengelakkan daripada mengiktiraf kekuasaan residen di daerah-daerah dan memperkenalkan satu jawatan baru iaitu Residen Janeral yang bertanggungjawab untuk member nasihat dan bukannya memerintah. Residen Janeral yang pertama ialah Swettenham memandangkan beliau merupakan seorang yang berkelayakan dan memahami dengan baik politik masyarakat Melayu.26

24 25

Virginia Matheson Hooker. (2003). .A Short History Of Malaysia: Linking East And West.Hlm. 136. Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm .104. 26 Ibid.Hlm .107.

11

INDONESIA
Disediakan Oleh Noor Hidayah BT Yusoff (D20101037667) Kedatangan kuasa Eropah ke Indonesia terutama Belanda adalah berlatar belakangkan oleh keinginan perdagangan dan pemyebaran agama Kristian serta menjelajah daerah baru. Kekayaan hasil bumi asia tenggara terutamanya Kepulauan Melayu menjadi rebutan kepada kuasa-kuasa Barat khususnya Belanda dan British. Pertembungan kuasa British dan Belanda di Kepulauan Melayu di atasi dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Termeterainya perjanjian ini, maka terbentuknya dua kawasan berpengaruh iaitu Belanda menguasai Indonesia manakala British menguasai Tanah Melayu. Pembahagian wilayah kuasaan ini membolehkan Belanda meluaskan pengaruhnya di Indonesia tanpa ganguan daripada British. 27 Dikatakan Indonesia dijajah oleh Belanda selama kira-kira 200 tahun antara awal abad ke -17 hingga pertengahan abad ke-20.28 Kemasukan pengaruh kuasa Belanda di Indonesia telah mengubah struktur politik tradisional masyarakat Indonesia kepada sistem politik atau pentadbiran yang baru seperti pengenalan sistem pentadbiran berpusat dan Dasar Liberal. Pentadbiran Belanda di Indonesia turut memperkenalkan undang-undang baru seperti mewujudkan sistem mahkamah. Mewujudkan sistem pentadbiran berpusat Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan-kerajaan ini diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau bupati ( di Jawa). Sehingga abad
27

Anthony Ried. (2005). Asal Mula Konflik Acheh: Dari Perebutan Pantai Timur Sumatera hingga Akhir Kerajaan Acheh Abad ke-19. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. Hlm. 17-18. 28 MC. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin.( 2010). A New History of Southeast Asia. New York: Palgrave Macmillan. Hlm.186.

12

ke-19, sistem beraja kekal meletakkan kuasanya sebagai kuasa yang tertinggi. Ia mempunyai peranan penting sama ada secara fizikal atau spiritual. Raja juga berperanan menjaga perpaduan dan dianggap alat yang paling efektif untuk mengawal rakyat. Selain itu, raja juga berperanan dalam mnegukuhkan kerajaan serta memiliki keseluruhan tanah serta hasil kerajaan. Rja dibantu oleh pembesar yang digelar patih dan sejumlah menteri. 29 Setelah menguasai Indonesia, Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua bahagian iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor

General, manakala pentadbiran tempatan diketuai oleh pembesar tempatan.Gabenor General telah melantik tiga orang Pesuruhjaya Jeneral. Manakala empat orang konsul dilantik oleh Gabenor General untuk membantunya dalam urusan pentadbiran yang melibatkan penasihat dan rujukan perundangan kepada kerajaan. Perubahan pentadbiran ini telah mengurangkan kuasa pembesar tempatan terutamanya raja. Selain itu pembesar juga diletakkan di bawah kuasaan seorang Residen dan pentadbiran Belanda turut masuk campur dalam sistem pewarisan tahkta raja di Indonesia. Perubahan dalam sistem pentadbiran yang dilakukan oleh Belanda ke atas Kepulauan Indonesia telah mendapat penerimaan negatif daripada masyarakat tempatan terutamanya golongan pembesar dan juga raja. Contohnya, Sultan Badruddin di Palembang yang memberontak pada 1820 kerana pembesar tempatan diletakkan di bawah sistem residen yang mana telah menyebabkan kuasa pempesar tempatan semakin berkurang.30 Penentangan yang paling ketara yang dilakukan pembesar tempatan terhadap pentadbiran Belanda adalah pemberontakan yang dilakukan oleh Diponegoro atau Pangeran Anta Wiria yang tidak berpuas hati dalam campur tangn pihak Belanda dalam pewarisan takhta raja. Diponegoro adalah putera sulung Sultan Hamengkubuwono III yang memerintah Jogjakarta pada tahun
29

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (2008). Sejarah Nasional Indonesia IV : Kemunculan Penjajah di Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka. Hlm.126. 30 M.C Ricklefs. (2008). A History of Modern Indonesia Since C. 1200 : Fourth Edition. New York: Palgrave Macmillan. Hlm.170.

13

1810 hingga tahun 1814. Rasa tidak puas hati Diponegoro terhadap pentadbiran Belanda wujud apabila selepas kemangkatan ayahandanya, beliau tidak dilantik sebagai sultan sebaliknya pihak Belanda telah melantik adiknya Djarot yang berketurunan gahara. Namun, Raffles ketika itu yang memerintah Jawa dapat mententeramkan keadaan dan berjanji akan memberikan takhta kerajaan kepada Diponegoro setelah Djarot mangkat. Pada tahun 1822 Djarot telah mangkat akibat diracun, ketika itu Jawa telah diperintah oleh Belanda di bawah Gabenor Baron Van der Cappelan. 31 Setelah Djarot mangkat, Diponegoro telah menuntut janji yang telah dibuat oleh Raffles untuk melantik beliau menjadi sultan. Akan tetapi sebaliknya telah berlaku apabila Gabenor Baron Van der Cappelan telah melantik anak Djarot yang berusia dua tahun ketika iti menjadi sultan atau raja. Disebabkan hai ini, Diponegoro berasa sangat marah dengan pentadbiran Belanda keran sudah dua kali beliau telah diturunkan takhta serta keengganan Belanda untuk menunaikan janji yang dibuat Raffless. Pelantikan anak Djarot jelas menunjukkan bahawa Belanda cuba menambil kesempatan dalam pentadbiran kerana segala kuasa yang dilajankan sultan berada dalam penasihatan pentadbiran Belanda. Secara logiknya, kanak-kanak yang berusia dua tahun tidak dapat melaksanakan pemerintahan dengan baik. Maka kesempatan inilah yang akan digunakan Belanda untuk menguasai pemerintahan Jawa secara keseluruhannya. Rasa tidak puas hati Diponegoro terhadap pentadbiran ditunjukkan melalaui hingga 1830.
32

Belanda serta campur tangan Belanda dalam pewarisan takhta pemberontakan yang mencetuskan Perang Jawa pada tahun 1825

Namun, peperangan itu telah dimenangi oleh Belanda yang telah

menyebabkan Belanda mengambil langkah merampas beberapa wilayah di Pulau Jawa bagi

31

M.C Ricklefs. (2008). A History of Modern Indonesia Since C. 1200 : Fourth Edition. New York: Palgrave Macmillan. Hlm.140. 32 Norman G.Owen. (2005). The Emergence of Modern Southeast Asia: A New History. Honolulu, Hawaii: University of Hawaii. Hlm.127.

14

melemahkan kekuatan kerajaan tempatan untuk menentang pentadbiran Belanda. Antara wilayah tersebut ialah Banjumas, Bagalen, Madium dan Kediri. Manakala Diponegoro di buang ke Bangkahulu dan meninggal dunia disana.33 Penubuhan sistem mahkamah Seperti Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia sebelum kedatangan kuasa Barat, sistem perundangan terletak pada budi bicara seorang pemerintah iaitu raja atau pembesar. Namun, setelah kedatangan Inggeris dan Belanda sistem mahkamah atau kehakiman telah diwujudkan bagi menggantikan sistem undang-undang tradisional yang bersandarkan kepada adat di Indonesia. Di Indonesia, sistem mahkamah moden telah bermula sejak kedatangan Hindia Belanda. Pada tahun 1798, Dewan Pengadilan juga dikenali sebagai Raad van Justitie ( Council of Justice) telah menjadikan mahkamah di Batavia sebagai Mahkamah Agung untuk segala rayuan terhadap keputusan yang diambil oleh mahkamah-mahkamah di Semarang dan Surabaya. Walau bagaimanapun, Bataafse Republiek atau RepublikBatavia yang dikeluarkan pada tahun 1804 menetapkan bahawa susunan Kehakiman untuk penduduk asal akan tetap mengikut undang-undang serta adat mereka. Namun, piagam tersebut tidak pernah dikuatkuasakan kerana Republik Batavia telah digantikan dengan pemerintahan Hindia Belanda. Keputusan tersebut banyak dipengaruhi oleh tugas yang dijalankan oleh Herman Willem Daendel iaitu Gabenor Jeneral Hindia Belanda yang dilantik pada tahun 1807. Semasa pemerintahan British pada tahun 1812, susunan kehakiman untuk penduduk Eropah diperluas oleh Leftenan Jeneral Stamford Raffles merangkumi penduduk asal yang tinggal di Batavia, Semarang dan Surabaya. Selepas kekalahan Napoleon Bonarparte dalam peperangan di Eropah, hampir kesemua tanah jajahan Hindia Belanda yang diambil Brtish

33

Rosihan Anwar. (2004). Sejarah Kecil "petite histoire" Indonesia. Jakarta : Penerbit Buku Kompas. Hlm.119.

15

dikembalikan semula kepada Belanda dan menetapkan bahawa undang-undang jenayah sivil akan digubal untuk seluruh Jawa dan Madura kecuali Jakarta, Semarang dan Surabaya serta daerah-daerah berjiran yang masih dikekalkan di bawah bidang kuasa Raad van Justitie (Council of Justice). Keadaan ini menyebabkan terdapat perbezaan dalam susunan mahkamah iaitu Mahkamah Hoog Gerecht Shof (Supreme Court) yang bertindak sebagai mahkamah rayuan untuk keputusan-keputusan Mahkamah Raad van Justitie (Council of Justice) di Jakarta manakala Mahkamah Raad van Justitie pula terletak di Jakarta, Semarang dan

Surabaya. Selain itu, keadaan ini menunjukkan ada perbezaan dalam susunan kehakiman bagi bangsa Indonesia yang tinggal di bandar-bandar seperti Jakarta dan sekitarnya dan bangsa Indonesia yang tinggal di desa atau pedalam. 34 Susunan sistem kehakiman bagi bangsa Eropah ialah Mahkamah Hooggerechtshof (Supreme Court ) di Jakarta dan Raad van Juatitie ( Council of Justice) di Jakarta, Semarang dan Surabaya. Kehakiman

Hooggerechtshof(Supreme Court) adalah kehakiman tertinggi dan kedudukannya di Jakarta dengan daerah kekuasaannya meliputi seluruh Indonesia memiliki kekuasaan dalam mengawasi kelancaran sistem kehakiman dan bertindak sebagai kehakiman rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Raad van Justitie (Council of Justice). Pada tahun 1847, sistem kehakiman dimantapkan dengan sebuah Koninklijk Besluit (Dekri Diraja) bertarikh 16 Mei 1847 yang terkandung dalam Stb.1847 No.23 dikenali dengan nama Reglement op de Rechterlijke Organisatie (RO) atau Rules on Court.35 RO yang dikuatkuasakan pada 1 Mei 1848 menetapkan sejumlah lembaga kehakiman untuk menghakimi perkara undang-undang yang terjadi antara sesama orang Eropah dan antara sesame orang Bumiputra. RO ini mendasari sahnya badan kehakiman berikut Districts Gerecht(District Court), Regentschaps Gerecht ( Regency Court), Land Raad ( Land

34 35

Muhammad Ariffin. (1978). Peradilan di Indonesia. Jakarta Pusat : Pradnya Paramita. Hlm. 50. F. Sugeng Istanto. (1992). Perlindungan Penduduk Sipil : Dalam perlawanan Rakyat Semesta dan Hukum Internasional. Yogyakarta : Andi Offset. Hlm. 123-125.

16

Council), Rechtbank van Omgang

( Dealing Tribunal ), Raad van Justitie ( Council of

Justice ), dan Hooggerechtshof ( Supreme Court ).36 Badan-badan kehakiman tersebut hanya akan mengadili orang-orang Bumiputra. Manakal badan yang akan mengadili perkara-perkara untuk orang Eropah ialah Residentie Gerecht (Residence Court ), Raad van Justitie ( Council of Justice ), dan Hoog Gerecht Shof ( Supreme Court ). Terdapat tiga mahkamah kerajaaan untuk orang Indonesia iaitu mahkamah daerah ( kewedanaan) untuk kesalahan ringan, mahkamah daerah untuk perkara yang lebih besar dan Land Raad ( Land Council) untuk semua perkara jenayah dan sivil yang penting antara orang Indonesia dan orang yang diberi status Indonesia. Semua ketua Land Raad adalah orang ahli undang-undang Belanda yang berpendidikan. Ini mencerminkan pemerintahan lansung Belanda di Indonesia. Selain badan-badan kehakiman kerajaan kolonial, masih terdapat kehakiman lain seperti Mahkamah Swapraja yang dikendalikan oleh raja dan sultan serta pembesar. Bagi daerah lain yang tidak diperintah secara langsung oleh Hindia Belanda juga terdapat pelbagai bentuk badan penyelesaian pertikaian seperti Mahkamah Desa. Badan-badan kehakiman untuk Bumiputra ini didominasi dan tidak boleh dipisahkan dari pejabat-pejabat eksekutif. Namun, badan-badan mahkamah untuk orang-orang Eropah yang dinamakan Council of Justice dan Supreme Court berada di bawah pengendalian hakim-hakim yang mempunyai kelulusan undang-undang yang profesional dan hanya Residence Court yang berada di bawah pengendalian Residen. Walaupun susunan tribunal yang ditetapkan RO diubah berkali-kali, namun kepelbagaian badan-badan kehakiman di Hindia Belanda tetap juga berlangsung.

36

Muhammad Ariffin. (1978). Peradilan di Indonesia. Hlm. 56-58.

17

Mewujudkan Dasar Liberal dalam Pentadbiran Dasar Liberal bukannya sistem ekonomi seperti Sistem Kultur, ianya merupakan satu dasar pentadbiran dan pelaksanaannya merupakan langkah kearah menghapuskan Sistem Kultur. Dasar Liberal bertujuan untuk memberikan peluang kepada kapitalis-kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah di Belanda pada tahun 1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur. Sejak pertengahan abad ke19, fahaman liberal telah mula merebak di Eropah termasuk Belanda. Golongan liberal di bawah pimpinan Van Hoeval telah mengecam Sistem Kultur dan menganggapnya sebagai sistem perhambaan dan pemerasan. Oleh itu, mereka mendesak Belanda melaksanakan dasar yang lebih bertanggungjawab yang dapat meninggikan taraf ekonomi dan sosial rakyat Hindia Timur.37 Van Hoeval mahukan kerajaan melaksanakan dasar ekonomi bebas yang membuka peluang kepada kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Golongan liberal menegaskan bahawa pelaksanaan dasar ini akan menguntungkan Belanda dan rakyat Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah Belanda pada tahun 1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur. Antara tokoh golongan liberal ialah Van Hoeval, Van de Putte, Thorbecke dan Douwas Dekken. Dasar Liberal telah menyebabkan perkembangan ekonomi di seluruh Hindia Timur akibat daripada penglibatan modal kerajaan dan kapitalis. Perkembangan ekonomi dalam di bawah Dasar Liberal yang berlaku di seluruh Indonesia telah menyebabkan Belanda mulai mengambil langkah untuk mengelakkan pulau-pulau luar jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat lain. Belanda juga berusaha menghapuskan kegiatankegiatan seperti pelanunan, perang saudara dan kekacauan lain yang boleh mengancam

37

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (2008). Sejarah Nasional Indonesia IV : Kemunculan Penjajah di Indonesia. Hlm. 346-347.

18

kegiatan ekonomi dan kepentingan politik mereka di Indonesia. Akibatnya, Belanda mula campur tangan dalam hal ehwal pulau-pulau luar seperti Bali dan Sumatera Utara. Walau bagaimanapun, setelah masyarakat Indonesia menyedari bahawa Dasar Liberal gagal meningkatkan taraf hidup mereka, mereka mula menentang pelaksanaan Dasar Liberal dalam pentadbiran Belanda di Indonesia. Menurut Goertz, Dasar Liberal dalam pentadbiran Belanda di Indonesia merupakan satu matlamat untuk menganggut hasil Indonesia ke Belanda.38 Akibatnya, Dasar Liberal bukan sahaja ditentang oleh rakyat Indonesia, tetapi juga orang-orang Belanda terutamanya golongan sosialis yang memperjuangkan konsep-konsep Hindia Timur untuk Hindia Timur. Mereka mahukan segala keuntungan di Indonesia dibelanjakan untuk kebajikan rakyat Indonesia. Penentangan terhadap Dasar Liberal bertambah selepas terbitnya risalah A Debt of Honour oleh Ven Deventer. Apabila parti campuran Neo Calvinist dan Katholik yang dapat sokongan sosialis memerintah di Belanda di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Dr. Abraham Kayper dan Menteri Tanah Jajahan, Alexander Idenberg, maka Dasar Liberal dihapuskan dan digantikan dengan Dasar Etika mulai 1901.39

38 39

M.C Ricklefs. ( 2008). A History of Modern Indonesia Since C. 1200 : Fourth Edition.Hlm.150-151. Ryan Ver Berkmoes. (2010). Indonesia: ebook Edition. Lonely Planet. Hlm. 39.

19

FILIPINA
Disediakan Oleh Tuan Shaherra BT Ku Mohamed (D20092036902)

Republik Filipina ialah sebuah gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang 115,600 batu persegi. 40 Dalam abad ke-16 gugusan pulau ini telah mengalami perluasan kuasa politik dan perluasan kebudayaan Eropah di Asia Tenggara. Sepanyol merupakan kuasa pertama yang menjalankan perluasan kuasa di Filipina,hal ini kerana orang Sepanyol datang dari Timur melalui kedua-dua benua Amerika maka pada masa itu Filipina lah yang menjadi pintu masuk ke kawasan ini. Seterusnya jalan tersebut diikuti oleh Amerika untuk menjajah Filipina.41 Di sinilah berlaku perubahan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina pada abad ke-19. Hubungan ini terjadi kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina pada 15665 sehingga 1898, iaitu kira-kira 2333 tahun. Nama Filipina diambil sebagai menghormati anak Maharaja Charles V yang bernama Philips yang bakal mewarisi takhta kerajaan Sepanyol. Proses penjajahan Sepanyol ke atas Filipina bermula sejak abad ke-16 lagi dan pada abad ke-17. Filipina merupakan ssbuah negara Asia Tenggara yang jati diri sosio-budayanya berbeza dari negara-negara keindiaan dan kecinaan di rantau Asia Tenggara. Hanya di Selatan kepulauan Sulu sahaja yang masih mengekalkan sosio-budaya Islam, satu perkembangan yang Filipina berkongsi dengan dunia Nusantara sebelum kedatangan penjajah Sepanyol. Sebelum kedatangan Sepanyol ke Filipina ini, orang-orang di kepulauan ini mempunyai identiti tersendiri berbanding bangsa-bangsa lain di kawasan Asia Tenggara yang
40

Sejarahpembukaan Filipina terjadiapabila Ferdinand Magellan mendarat di Filipina padatahun 1521.Mulamulanyadiamendarat di Pulau Samar dan kemudianyaberlayarkeCebu dan Mactan di mana diaterbunuh. Kemudian pada tahun 1542 Raja Charles V dariSepanyolmenghantarsebuahangkatanpenjelajah di bawah Ruy Lopez de Vilaloboske Filipina untukmendapatkanperdagangan. Angkatannyatidakmendatangkanapa-apahasil, lalu di berinama Filipina sempenanamaanakmaharaja Charles V, Philip. 41 Onofre D. Corfuz. (1965).The Phillippines. New Jersey: Prentice-Hall, IncEnglewood Cliffs. Hlm. 4.

20

lain. Hal ini kerana mereka tidak menerima sebarang bentuk agama sama ada agama Hindu atau Buddha, sebaliknya mereka berpegang teguh kepada kepercayaan animisme. Sejarah kedatangan Sepanyol di Filipina berdasarkan Persetiaan Saragossa yangtangani di antara Sepanyol dengan Portugal pada tahun 1529 iaitu menjadikan garisan tujuh belas darjah ke timur Pulau Maluku sebagai sempadan kawasan-kawasan pengaruh Sepanyol dengan Portugis. Penaklukan Filipina oleh Sepanyol dicapai tanpa pertumpahan darah. Salah satu sebabanya ialah Philip II tidak mahu ada pertumpahan darah berlaku dalam penaklukan Mexicoi dan Peru diulangi di Filipina. Sebab yang lain pula ialah kecuali dalam kalangan orang Moro di Mindano tidak terdapat kuasa politik sebenar-benarnya. Satu badan politik yang ada hanyalah yang dipanggil barangay, tetapi ini adalah satu kumpulan keluarga yang terkecil sahaja. Oleh itu tentangan yang terdapat hanya berlaku pada satu tempat sahaja42. Ada tiga tujuan yang mendorong Sepanyol bagi menjajah Filipina iaitu pertama untuk memperoleh bahagian dalam perdagangan rempah-rempahan dengan menyaingi Portugis, kedua untuk memperolehi pangkalan bagi kegitan keagamaan di negeri China dan Jepun serta yang ketiga ialah untuk mengkristiankan orang-orang Filipina. Namun agenda yang ketiga sahaja yang terlaksana. Ini kerana agenda pertama iaitu untuk menguasai perdagangan rempah sudah dimonopoli oleh Belanda di kepulauan rempah. Manaakla agenda yang kedua gagal kerana Jepun dan China sudah mmepunyai pegangan agama yang kuat. Tujuan utama penjajahan Sepanyol di Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian. Dapat disahkan oleh surat wasiat terakhir Ratu Isabella (1474-1504). Kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina menyebabkan berlakunnya perubahan dari aspek sosial-politik masyarakat Filipina. Hal ini kerana Sepamyoltelah
42

D.G.E. Hall. (1981).Sejarah Asia Tenggara. Selangor : DewanBahasadan Pustaka.Hlm. 296-297.

21

melaksanakan pelbagai dasar pemerintahannya di Filipina. Terdapat perbandingan sebelum dan selepas penjajahan sepanyol terutamanya dari aspek politik dan sosial. Kesan-kesan Politik di Filipina a) Pengasingan Kuasa Gereja dan Kerajaan Pusat Kesan yang terhasil daripada pemerintahan Sepanyol ialah pengasingan kuasa gereja dengan pentadbiran negara. Selepas berlakunya Revelusi Prostetant, kita dapat lihat bahawa pengaruh golongan agama makin berkurang. Di Filipina, golongan paderi semakin dibenci oleh rakyat ekoran tindakan kejam mereka terhadap rakyat Filipina seperti memeras ugut, merampas tanah rakyat dan memaksa rakyat melakukan tugas-tugas agama43. Ketidakpuasan terhadap golongan agama juga telah menjadi salah satu sebab kepada munculnya gerakan kebangsaan dalam menentang pemerintahan Sepanyol. Sikap paderi sepanyol yang gemar mengamalkan rasuah dan penindasan telah menaikkan lagi kemarahan rakyat Filipina. Kebangkitan semakin bertambah apabila terdapatnya penyatuan kuasa gereja dengan unit pentadbiran politik di Filipina. Gereja sebagai badan agama menduduki unit tertinggi dan menjadi badan undang-undang kerajaan. Golongan ini juga telah menjadi sistem kerajaan sehinggakan membawa fungsi yang penting sama ada dalam ekonomi dan politik. Tugas politik golongan ini adalah menjadi ahli dalam kerajaan provincial. 44Situasi ini menunjukkan golongan agama telah mendominasi pentadbiran di Filipina. b) Perubahan Sistem Pentadbiran Tradisional Kehilangan kebebasan kepada Sepanyol telah menyebabkan rakyat Filipina terjejas dari segi politik. Konsep dan pengalaman yang telah dibawa oleh Sepanyol telah menyebabkan Filipina terkena tempiasnya terutama dalam pentadbiran. Pembahagian kuasa

43 44

Gilbert Khoo.( 1971).Sejarah Asia Tenggara SejakTahun 1500.Kuala Lumpur: FajarBakti.Hlm.198. Teodoro A. Agoncillodan Oscar M. Alfonso. (1967).History Of The Filipino People. Philippine: Malaya Books Quezon City.Hlm. 111.

22

pentadbiran telah dibawa oleh Sepanyol seperti kuasa kerajaan pusat dimana untuk menghasilkan satu pentadbiran ayng efektif. Sepanyol perlu meletakkan semua jajahannya ke dalam satu pentadbiran yang sama. 45 Pengenalan kepada jawatan-jawatan seperti gabenor yang berperanan sebagai juru cakap Raja Sepanyol telah mengubah kuasa golongan atau pemerintahan tradisional sebelum ini. Jika dulu datu berperanan sebagai kuasa utama dalam pentadbiran, selepas kedatangan Sepanyol. Tugas datu tertakluk kepada pentadbir Sepanyol dan menjadi penghubung antara rakyat Filipina dengan kerajaan. Perlantikan datu-datu juga telah berubah iaitu jika dulu datu dilantik secara warisan. Selepas kedatangan Sepanyol jawatan ini terbuka kepada orang-orang yang berkebolehan. Kita juga dapat lihat daripada kesan penjajahan Sepanyol, satu asimilasi telah berlaku iaitu percampuran pentadbiran sebelum kedatangan Sepanyol dan selepas kedatangan Sepanyol melalui jawatan dan kedudukan datu di samping taraf politik golongan barangay yang mendapat tempat dalam struktur politik tempatan.
46

Selepas itu, pengaruh Selangor

dapat dilihat melalui panggilan-panggilan dan jawatan-jawatan yang berada dalam struktur politik di Filipina seperti pueblo, cabeza,gobernadorcillo dan laim-lain. Sejak dari awal, usaha Sepanyol untuk menjajah Filipina menemui kesukaran kerana mereka harus menyatukan pulau-pulau yang pelbagai di Filipina ke dalam satu unit pentadbiran kerajaan supaya undang-undang pemerintahan Sepanyol dapat dikuatkuasakan. Tetapi, hanya menjelang abad ke-19, penyatuan ini lebih praktikal untuk diusahakan walaupun kuasanya tidaklah berjaya di beberapa kawasan seperti yang dikuasai oleh orang Islam Moro dan orang Filipina yang gagal ditakluk Sepanyol. Manakala orang Filipina yang berjasa dikristiankan Sepanyol amat kurang dibandingkan dengan orang kristian asal dari Filipina. Filipina telah bejaya disatukan ke dalam satu unit pentadbiran pusat yang sama dan
45

Gregorio F. Zaide.(1957). Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish Time Manila: Phillipina Education Company. Hlm.78. 46 Teodoro A. Agoncillodan Oscar M. Alfonso. (1967).History Of The Filipino People.Hlm. 86-87.

23

teratur. Kesedaran tentang pentingnya pemerintahan telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Filipina. Akan tetapi, dengan tertubuhnya pemerintahan berpusat ini, sebenarnya telah mengekalkan keamanan di kebanyakan tempat di Filipina walaupun kerajaan pusat kadangkala tidak berlaku adil terutama melibatkan orang Kristian dan Orang Islam. Sistem Barangay Sebelum Sepanyol menguasai politik Filipina, iaitu pada permulaan abad ke-16, Filipina baru sahaja mencapai peringkat unit kampung iaitu barangay. 47 Sebenarnya bukannya satu masyarakat politik tetapi satu kumpulan keluarga. Barangay merupakan sebuah institusi politik kekeluargaan yang besar dan unit ini telah dijaga sepanjang masa pemerintahan Sepanyol, dari tahun 1565 sehinggalah ke akhir abad-19. Masyarakat barangay ini terbahagi kepada empat iaitu golongan datu, golongan maharlica (sejenis kaum bangsawan), golongan ini dikecualikan membayar cukai. Mereka ini berkhidmat kepada datu semasa peperangan. Golongan yang seterusnya ialah timagua, mereka ini ialah golongan orang-orang yang bebas dan berhak memiliki harta. Mereka berkhidmat kepada datu dari segi tenaga dan membayar cukai separuh daripada ladang mereka. Golongan yang terakhir adalah aliping saguiguilir, mereka ini berkhidmat kepaad tuan-tuannya seperti mengerjakan ladangladang, mengurus rumah tangga, mengayum sampan tuan-tuan mereka. Mereka menerima upah dalam bentuk hadiah dan ada di antara mereka diterima sebagai anggota keluarga tuan mereka. Golongan ini boleh dijual beli.

47

Barangayialahkapal-kapallayar yang dibawaoleh orang Melayu Filipina apabilamereka datang keFilipina.Masyarakatitudisebutsebagaibarangaykeranamengikutnamakapal yang membawapenghijrahan masuk golongan asli dari Malaysia dan Indonesia. Kapal-kapal yang dikenali sebagai barangay ini membawa masuk satu kumpulan keluarga yang besar iaitu terdiri daripada saudara mara di kedua-dua belah pihak sama ada ibu bapa si isteri,anak saudara,adik ipar si suami dan sebagainya. Rujuk buku Onofre D. Corpus. (1965).The Philippines. Hlm. 26-27.

24

Seterusnya ada juga hamba berhutang dan tawanan perang 48 . Selepas penjajahan Sepanyol sistem hamba ini dilupuskan akibat kemasukan agama Kristian.49 Ramai golongan hamba memeluk agama Kristian. Setiap masyarakat ini saling memerlukan antara satu sama lain dan penting dalam stuktur politik pada masa tersebut. Contohnya , golongan maharlica menjadi penasihat kepada datu jika diminta. Setiap barangay dikuasai oleh orang yang paling terkenal dalam sebuah kampung, biasanya dipanggil sebagai datu atau penghulu/kapten kapal ataupun raha. Walaupun datu bukanlah satu jawatan yang lebih kepaad politik akan tetapi ia penting kerana dalam struktur sosial peranan datu yang terlibat dalam peperangan. Datu berkewajiban melindungi orang-orang kampungnya dan menyelesaikan masalah di dalam kawasan beliau. Dalam abad ke-16, jawatan datu terbuka kepada orang yang berkebolahan dan tidak lagi berdasarkan keturunan. Setiap ahli daalm unit ini mesti mematuhi cara dan adat barangay dan mereka bersatu di bawah datu masing-masing. Mereka ini tinggal dan menetap dalam sesebuah kampung yang biasanya terdiri daripada 150 orang sahaja kecuali bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti di Manila dan Cebu mungkin mmepunyai seramai 2000 orang penduduk. Barangay-barangay ini merupakan unit-unit politik dan masyarakat yang bersendirian dengan berdasarkan hubungan darah. Setiap barangay ini bebas menjalankan hubungan dengan barangay-barangay lain untuk membentuk persahabatan dan Bandar. Akan tetapi tiada susunan politik di antara barangay-barangay itu. Maknanya, tiada struktur yang jelas tentang pemerintahan pada masa ini. Kebanyakan barangay cenderung untuk bermusuhan kerana tiada ikatan antara barangay
48

Jose S, Arcilla. S. J. (1971).An Introduction To Philipine History. Manila : Anteneo Publications Loyala Height.Hlm.14. 49 Golongan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama mereka yang lebih baik berbanding hamba, di sini mereka memiliki harta, hidup dalam rumah sendiri dan boleh berkahwin dengan keluarga majikannya dan mereka ini tidak boleh dijual beli. Golonganhamba yang keduatidakmempunyai harta, merekainibekerja di rumahtuannya dan bolehdijualbeli.Ibid. Hlm. 52.

25

dengan

barangay

yang

lainnya.

Kedudukan

barangay-barangay

yang

bertaburan

menyukarkan hubungan politik berlaku selain daripada halangan-halangan alam seperti kedudukan pulau-pulau yang berjauhan antara satu sama lain menyebabkan pertempatan mereka terpisah-pisah dan bukannya menyatukan unit tersebut. Perkara ini menjelaskan bahawa tiada sebarang ikatan antara barangay-barangay ini. Bahkan semasa Sepanyol sampai pun, mereka berpendapat agak sukar memelihara hubungan di kawasan di luar Manila dan Pulau Luzon. 50 Yang ada hanyalah pertukaran-pertukaran kemasyarakatan dan persetujuan bersama tentang memberi pertolongan dalam perkelahian-perkelahian menentang orang luar. Terdapat beberapa pertubuhan atau konfederasi di antara barangay-barangay yang membuktikan bahawa sebelum kedatangan Magellan, masyarakat Filipina sudahpun mempunyai cara untuk menyatukan diri dan kaum mereka ke dalam satu komuniti yang bersatu padu dan bersifat politik yang lebih besar daripada unit barangay itu sendiri. Ini merupakan satu langkah untuk membina satu bangsa Filipina yang bersatu dan mempunyai struktur politik yang sistematik. Pertubuhan barangay diketuai oleh seorang datu yang paling berpengaruh dikalangan datu-datu lain manakala yang selebihnya menjadi lesser datu dan menjadi pembantu kepada pemerintah, menjadi anak buah kepada datu yang berpengaruh dan berkuasa monarki di kalangan barangay-barangay. Kerajaan Berpusat Di bawah pentadbiran Sepanyol, telah berlaku beberapa perubahan dari segi pentadbiran Filipina. Sepanyol telah memperkenalkan cabecera yang kamudiannya disebut sebagai poblacion (bandar) dan wilayah (alcadia ataupun corregimiento atau commandanicia, jika gabenor wilayah-wilayah tersebut seorang pegawai tentera). Jawatan ini juga merupakan

50

Gilbert Khoo. (1971).Sejarah Asia Tenggara SejakTahun 1500.Hlm. 179.

26

jawatan yang dipilih selama setahun.51 Organisasi pembandaran merupakan satu perubahan yang radikal dan tegas yang telah dijalankan oleh Sepanyol daripada petempatan berselerak sebelum kedatangan Sepanyol.52 Sepanyol berharap untuk menubuhkan bandar-bandar yang mempunyai sisrem pentadbiran keagamaan sebagai tambahan kepada sistem pentadbiran awam. Oleh itu, tiap bandar dibinakan sebuah gereja yang terletak di tengah-tengah bandar di samping bangunan seperti dewan bandaran (casa tribunal). Golongan cabeza yang tinggal di bandar tadi telah membentuk golongan Principalia di mana taraf mereka dipandang rendah oleh masyarakat penjajah. Akan tetapi, mereka tetap dipandang mulia oleh sesama bumiputera seperti dahulu. Walaupun begitu, tidak dinafikan terdapat daripada mereka yang cenderung untuk mengamalkan rasuah dan ada yang ditipu oleh golongan paderi Sepanyol, dibayar upah yang murah dan sebagainya. Dari segi politik, Principalia menjadi alat yang mengurangkan ketegangan politik dan orang tengah dalam hal kebudayaan. Secara amnya, Sepanyol tidak mengambil berat tentang kebajikan sosiopolitik masyarakat melainkan kepada sumber hasil semata-mata. Perkara ini dapat dilihat apabila mereka ditempatkan dalam sesuatu kawasan, ia memudahkan golongan paderi memungut cukai terhadap masyarakat Filipina, mereka juga memaksa penduduk membayar cukai, sekiranya tidak dibayar mereka dijadikan buruh paksa iaitu mengerjakan tanah-tanah yang diberikan. Kerajaan Bandar Selepas pueblo, terdapat pula cuidad (bandar raya). Akan tetapi, selepas abad ke-19, hanya Manila sahaja yang mencapai taraf bandar raya ataupun caidad. Unit pentadbiran yang paling penting ialah alcadia mayors ataupun provincial (wilayah). Pada tahun 1700, Filipina terbahagi kepada 12 alcaldia ataupun provincial. Pentadbiran di Sepanyol akan memberi

51 52

Gilbert Khoo. (1971). Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur: FajarBakti.Hlm. 190. Sepanyolmenganggapiapentingbagimenjaminkeperluan orang Filipina dalamsatupetempatan yang sistematikdandiletakkan di DEBAJO DE LAS CAMPANAS yang bermakna di bawahnaungangereja, RujukbukuOnofre D. Corpus. (1965).The Philippines.Hlm. 32-33.

27

arahan kepada Gabenor jeneral untuk disampaikan kepada alcadia mayors berkenaan undangundang di kawasan provincial masing-masing.53 Pihak yang berkuasa tinggi daripada alcadia mayors ialah alsalde mayor (ketua datuk bandar). Selain itu, terdapat juga adelantado (gabenor dan kapten-jeneral). Jawatan ini merupakan jawatan tertinggi sekali di kalangan pegawai-pegawai lain. Tugasnya meliputi semua yang berkenaan dengan tanah jajahan. Antara bidang kuasa pentadbiran adelantado ialah meliputi audencia iaitu mahkamah agung yang berkuasa mutlak, residencia iaitu mahkamah penyelidik mengenai tingkahlaku gabenor yang akan berhenti dan juga gereja yang berkuasa besar sama ada di Filipina dan Sepanyol. Audencia merupakan penasihat kepada gabenor yang merupakan pelaksana kepada undang-undang Sepanyol serta memerhatikan tingkahlaku gabenor dan memastikannya mentadbir secara adil dan saksama.54 Selain itu juga, pada abad ke-19, apabila Sepanyol sendiri merasai kesan-kesan perubahan kerajaan, di mana tempoh masa untuk menjawat jawatan gabenor-jeneral telah dipendekkan iaitu purata dari 2 tahun dan 10 bulan kepada 116 pegawai Sepanyol dari 1565 hingga 1898. Keadaan ini menyebabkan kemerosotan dalam pentadbiran. Ini dapat dibuktikan apabila ramai gabenor-jeneral yang baik tidak mempunyai cukup masa untuk menyiapkan projek dan rancangan mereka dan disebabkan masa yang singkat itu juga, ramai daripada mereka mengambil peluang untuk menambahkan kekayaan mereka. Contohnya, ketua kapal geliong yang mengambil keuntungan dari permit perkapalan yang diuruskannya. Pemerintahan berpusat sendiri telah mendapat tentangan rakyat Filipina, lebih-lebih lagi kerana kurangnya penglibatan orang-orang Filipina dalam kerajaan tersebut. Mereka hanya diberikan jawatan-jawatan rendah dalam kerajaan. Hal ini disebabkan kerana mereka dianggap sebagai immature wards iaitu seseorang yang tidak matang dimana segala

53 54

Gilbert Khoo. (1971). Sejarah Asia Tenggara.Hlm. 191. Jose S. Aralla. S. J. (1971).An Introduction To Philippine History.Hlm. 24-25.

28

kebajikan diuruskan oleh Sepanyol dan sebab seterusnya kerana terpaksa kerana sebelum ini mereka dinafikan hak kerana ketidaksamaan moral dan agama. Bantahan ini sememangnya benar pada permulaan pemerintahan Sepanyol dan semakin berkurangan pada abad ke-19. Selain itu juga, pihak Sepanyol telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Filipina. Jawatan-jawatan rendah dalam bidang pentadbiran turut disandang oleh ketua-ketua orang Filipina. Ketua-ketua ini menjadi golongan bangsawan tempatan dan mereka menjadi golongan yang penting dalam menyalurkan tuntutan-tuntutan para pegawai Sepanyol dan paderi-paderi kepada masyarakat Filipina. Mereka berfungsi sebagai jurucakap bagi masyarakat Filipina. Maka golongan ini berfungsi sebagai ketua tempatan dalam sistem pemerintahan di Filipina. Penawaran terhadap peluang pekerjaan berlaku kerana adanya pendidikan yang diberikan oleh Sepanyol. Akan tetapi, telah berlaku juga manipulasi terhadap golongan paderi tempatan oleh paderi Sepanyol. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam konteks sosiobudaya masyarakat yang membawa fahaman agama yang sama.

29

VIETNAM
Disediakan Oleh Nurul Iffah BT Mohd Nasir (D20092036890) Kolonialisme merujuk kepada penguasaan politik secara rasmi oleh sesebuah kuasa besar ke atas sesuatu wilayah lain yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial.55 Kolonialisme berkait rapat dengan dasar imperialisme yang dijalankan oleh kuasa penjajah dengan tujuan meluaskan kuasa, pengaruh serta mendapatkan kekayaan hasil bumi kawasan yang dijajah. Di Vietnam, pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh Perancis sehingga mengubah hampir keseluruhan sistem politik dan struktur sosioekonomi. Antaranya ialah penghapusan sistem feudal, pengenalan ekonomi komersial dan perubahan pendidikan ala barat yang mementingkan bahasa Perancis dan agama Kristian. Perubahan tersebut telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Vietnam demi mengembalikan kedaulatan negara tersebut. Dasar kolonialisme yang dilaksanakan oleh Perancis sebenarnya memberi impak positif dan negatif kepada negara Vietnam. Walau bagaimanapun, kesan positif dan negatif kolonialisme ini telah bergerak seiring dalam mencetuskan semangat nasionalisme.

Koloniaslisme Perancis ke atas Vietnam bermula pada 1885 telah mengubah sistem beraja kerajaan tersebut setelah dua abad ia diamalkan. 56 Sebelum kehadiran Perancis, kekuasaan maharaja Vietnam meliputi hampir keseluruhan aspek politik, sosial dan ekonomi. Agama Buddha turut meletakkan maharaja Vietnam sebagai suci. Unsur agama ini telah memperkuatkan lagi kuasa pemerintahannya. Namun begitu, selepas penjajahan Perancis ke

55

Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad. (1990). Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 180. 56 Peter N. Stearns (2006). Gender in World History. London: Routledge Tylor & Francis Group. Hlm. 1.

30

atas Vietnam, sistem feudal yang diamalkan sebelum itu dihapuskan secara berperingkatperingkat.

Di Asia Tenggara sekitar abad ke-19, raja dianggap sebagai penaung kehidupan rakyat.57 Segala urusan kehidupan golongan bawahan bergantung kepada pemerintah. Demi menjaga sensitiviti dan kesetiaan rakyat kepada raja, pihak kolonial cuba mengekalkan sistem ini dalam memastikan hubungan pemerintah feudal dan pihak penjajah berada dalam keadaan baik. Pengekalan hubungan baik tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan penentangan dan ancaman dalam kalangan masyarakat tempatan. Justeru, kolonial Perancis turut menggunakan pendekatan ini dalam memastikan masyarakat Vietnam tidak bangkit menentang kolonial.

Dalam jangka masa pendek, sistem beraja di Vietnam mengalami perubahan yang agak ketara. Kesan peringkat awal, raja sebagai boneka dalam hierarki pemerintahan. Kolonialisme Perancis menyebabkan maharaja Vietnam hanya berkuasa pada agama dan adat istiadat tempatan sahaja. Manakala kekuasaan ekonomi dan sosial terletak pada bahu pegawai-pegawai Perancis dan tempatan yang dilantik kolonial. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kesan kolonialisme Barat telah mengubah sistem kemaharajaan Vietnam.

Kejatuhan Dinasti Nguyen dan kekalahan rejim Thuyet dalam mengusir kekuasaan Perancis di Vietnam telah mengubah sistem monarki Vietnam. Hal ini terbukti apabila Raja Dhong Khan dilantik sebagai maharaja yang baru oleh Perancis.58 Dhong Khan merupakan ketua negara tetapi yang menjalankan segala urusan pentadbiran wilayah-wilayah penting Vietnam adalah wakil-wakil Perancis. Sejak 1887, Indochina diuruskan oleh seorang Gabenor General yang berpusat di Hanoi.59 Di bawah Gabenor General, lima orang pegawai tertinggi dilantik sebagai pentadbir wilayah-wilayah Indochina. Hal ini menunjukkan bahawa
57

David P.Chandler & David Joel Steinberg (1987). In Search of Southeast Asia. A Modern: History. Amerika Syarikat: University of Hawaii Press. Hlm. 79-80. 58 Ruhanas Harun. (1980). Nasionalisme Vietnam 1900-1945. Jebat Bil 10. Hlm. 215. 59 Neil L.Jamieson (1995). Understanding Vietnam. London: University of California. Hlm. 64.

31

kedatangan kolonial Perancis menghakis kekuasaan maharaja yang dahulunya berkuasa mutlak.

Kelemahkan kekuasaan maharaja disebabkan oleh kolonialisme Perancis, wujud gerakan awal nasionalisme untuk mengembalikan sistem monarki. Gerakan ini diketuai Phan Boi Chau dalam mewujudkan sentimen anti-Perancis dalam kalangan masyarakat Vietnam.60 Bagi memastikan kekuasaan maharaja Vietnam dipulihkan, beliau menubuhkan Persatuan Pemulihan (Duy Tan Hoi) di bawah kepimpinan Putera Cuong De ketika itu.61 Beliau juga menggalakkan golongan muda Vietnam melarikan diri ke luar negara iaitu Jepun dengan menganggotai persatuan tersebut. Pergerakan secara sulit ini tidak dapat dikesan dengan mudah oleh pihak Perancis kerana ibu pejabatnya berada di Jepun. Tujuan sebenar persatuan ini ditubuhkan ialah untuk melahirkan golongan yang mentaati raja, mencintai negara Vietnam dan bersemangat untuk berubah dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial.

Kolonialisme Perancis turut memberi kesan terhadap pentadbiran tradisional Vietnam yang dahulunya dikuasai oleh golongan mandarin. Hal ini dilihat apabila sistem tradisional ini digantikan dengan sistem residen. Perubahan sistem tersebut menyebabkan pihak Perancis membahagikan Vietnam kepada tiga bahagian iaitu Cochin China, Annam dan Tonkin. 62 Pembahagian tersebut memberi kelebihan kepada Perancis dalam mengawal hal pentadbiran dan ekonomi setiap bahagian. Setiap bahagian akan diwakili oleh seorang residen. Sekaligus, ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan pengurusan. Berdasarkan kepada pembahagian tersebut, Annam dan Tonkin diletakkan di bawah sistem residen dengan menjadikan Gabenor Jeneral yang berpusat di Hanoi sebagai kuasa tertinggi di Vietnam.

60 61

Neil L.Jamieson (1995). Understanding Vietnam. London: University of California. Hlm.57-58. Ibid. Hlm. 57. 62 M.C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes , Maitrii Aung-Thwin (2010). A New History of Southeast Asia.. Hlm. 184.

32

Walau bagaimanapun, Perancis masih mengekalkan raja dan golongan mandarindi Tonkin dan Annam berasaskan sistem dualisme. Melalui sistem ini, raja dan golonganmandarin akan melaksanakan segala urusan pentadbiran berdasarkan nasihat residen. Impaknya, kuasa raja dan golongan mandarin dihapuskan secara berperingkatperingkat. Hal ini terbukti apabila kuasa pentadbiran wakil raja di Tonkin iaitu Kuai Luoc (Wizurai) dan Majlis Co-mat Vien di Annam telah diambil alih oleh kuasa residen.63 Hal ini menyebabkan, segala keputusan yang dibuat oleh raja dan golongan mandarin perlu mendapat keizinan daripada residen.

Pengenalan sistem residen ini berjaya mengurangkan kuasa sistem tradisional. Buktinya, wujud perpecahan dalam kalangan golongan mandarin kepada dua. Dua golongan ini adalah mereka yang menyokong kepada Perancis dan anti-Perancis.

Golongan mandarin yang menentang kolonial Perancis telah mewujudkan gerakan antiPerancis sekaligus membina semangat nasionalisme di Vietnam. Namun begitu, semangat nasionalisme pada ketika itu lebih bersifat kedaerahan yang memberi manfaat kepada golongan pemerintah dan bukannya membabitkan soal kemerdekaan. Sebagai contoh, Parti Perlembagaan yang ditubuhkan oleh Bui Quang Chieu pada tahun 1917. 64 Ia lebih bertujuan mengembalikan kekuasaan politik dan ekonomi golongan elit dan pertengahan di Cochin China. Begitu juga dengan parti Viet Nam Quoc Dang Dang(VNQDD) yang ditubuhkan pada 1927 oleh Nguyen Thai Hoc yang berpusat di Hanoi.65 Hal ini menyebabkan, parti-parti ini mengalami kegagalan dalam mewujudkan semangat nasionalisme Vietnam dalam kalangan masyarakat.

63

Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 80. 64 Ibid. Hlm.144. 65 Ibid. Hlm. 145.

33

Semangat antiPerancis secara menyeluruh telah dipelopori oleh Ho Chi Minh yang merupakan golongan mandarin kelas rendah. 66 Ketika perang dunia pertama pada tahun 1914-1918, Ho Chi Minh telah telah terdedah dengan political education 67ketika berada di Perancis. Kesan pendedahan tersebut, pemikiran beliau telah dipengaruhi oleh aliran Lenin 68 dan bergiat aktif dalam arena politik di sana. Ho Chi Minh cuba mewujudkan semangat nasionalisme dengan menubuhkan Parti Thanh Nien di Canton pada tahun 1925.69 Namun, parti ini gagal kerana mendapat tekanan daripada negara China. Kegagalan parti ini sebenarnya telah mempercepatkan penubuhan Parti Komunis Indochina pada 1930.70 Parti Komunis Indochina cuba menarik seberapa ramai golongan buruh dan petani bagi menyokong penentangan mereka melawan Perancis. Walau bagaimanapun, parti ini terhenti sementara pada tahun 1936 disebabkan oleh penyusunan semula gerakan tersebut oleh Tran Van Giau.

Kegagalan parti-parti bersifat

kedaerahan dan mengikut kelas masyarakat

menyebabkan ideologi antarabangsa dikenali sebagai komunisme berkembang. Fahaman ini bukanlah dibawa oleh Perancis tetapi ia menular dalam kalangan penduduk berikutan kesedaran masyarakat yang ingin bersatu dari semua kelas penduduk. Pengaruh komunis yang berkembang di Eropah mempengaruhi pemikiran penduduk Vietnam yang dibawa ke sana semasa Perang Dunia Pertama oleh Perancis.71 Kesedaran penduduk terutamanya yang berpendidikan mengembangkan ideologi ini lalu meresap dengan pantas ke dalam golongan

66

Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.149. 67 Jonathan Leaf. (2009). The Politically Incorrect Guide to The Sixties. Washington: Regnery Publishing. Inc. Hlm. 176. 68 David. L.Anderson. (1946). The Colombia History of The Vietnam War. United States: Colombia University Press. Hlm. 18. 69 Phillipe Divillers (1988). Sejarah Indo-cina Moden: Perkembangan Sosiopolitik Sehingga Abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 245. 70 Ruhanas Harun (1980). Nasionalisme Vietnam 1900-1945. Jebat. Bil 10. Hlm. 222. 71 Ibid. Hlm. 219.

34

massa. Persamaan kelas dan pembebasan dari kuasa asing menjadi agenda perjuangan komunis menjadikan ideologi ini mudah diterima.

Nguyen Au Quoc atau Ho Chi Minh berperanan menyebarkan pengaruh komunis melalui penulisan di dalam akhbar seperti LHumaniti, La Vie Ouvriere dan Le Paria dan penubuhan Parti Pemuda Revolusioner atau Thanh Nien. 72 Beliau berperanan besar dalam mengembangkan pengaruh ini sehingga berjaya menyatukan penduduk Vietnam menentang Perancis berbanding gerakan penyatuan oleh nasionalis bukan komunis yang terdiri daripada golongan atasan dan pertengahan seperti Parti Constitionaliste (Parti Perlembagaan) dan VNQDD atau (Parti Nasionalis Vietnam). 73 Usaha menubuhkan Parti Komunis Indochina pada 1930 merupakan usaha ke arah menamatkan rejim kolonial Perancis dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis.

Berdasarkan kekuatan prinsip kesamarataan yang diperjuangkan, pendukung aliran komunis tetap dengan prinsip mereka walaupun terpaksa mengharungi kesengsaraan menentang kuasa Barat. Beberapa siri penentangan dan peperangan demi memperjuangkan prinsip komunis dan pembebasan dari kuasa kolonial. Antaranya ialah Perang Indochina I (1949-1953) dan Perang Vietnam II (1960-1975). 74 Pengaruh komunis yang masuk ini merupakan kesan besar kepada Vietnam setelah Perancis menguasai negara tersebut. Fahaman ini diambil sebagai ideologi negara Vietnam dan kekal hingga ke hari ini. Kuasa penjajah menyuntik kesedaran orang Vietnam untuk bersatu dan ideologi komunis ini menjadi medium penyatuan berikutan prinsipnya yang mementingkan kebajikan rakyat.

Berdasarkan rentetan peristiwa dan pengamatan, dapat dinyatakan bahawa ideologi komunis dibawa ke Vietnam sebagai agen penyatuan semua golongan. Ia secara terus
72 73

Ruhanas Harun (1980). Nasionalisme Vietnam 1900-1945. Jebat. Bil 10. Hlm. 219. Van Dao Hoang. Terjemahan Khue Huynh. (2008). A Contemporary History of A National Struggle: 19271954. Pennsylvania: Rosdog Book. Hlm. 7-8. 74 Geoge Donelson Moss (1998). Vietnam an American Ordeal New Jersey: Prentice Hall.

35

menerus membina kekuatan orang Vietnam dalam membebaskan negara mereka dari penjajah. Dalam tempoh jangka panjang, melalui ketegaran fahaman ini, ia berjaya menyaingi pengaruh lain di Vietnam Selatan hingga terbentuk Rebublik Vietnam Sosialis (SRV) pada Julai 1976 di samping mengusir kuasa kolonial Perancis dan kuasa Barat lain dari bumi Vietnam.75 Ia lahir kesan kolonialisme dan bertindak sebagai agen pengusir kuasa kolonial melalui kebijaksanaan pemimpin dan semangat menentang dari rakyat.

75

Clive J. Christie. (1996). A Modern History of Southeast Asia London. Tauris Academic Studies I.B. Tauris Publishers . Hlm. 22-23.

36

THAILAND
Disediakan Oleh Siti Umiah BT Abdullah (D20101037727)

Negara Thailand merupakan antara negara yang diidamkan olehkuasa barat bagi meluaskan kuasa empayar mereka secara meluas di Asia Tenggara. Walaupun ada sesetengah sejarawan berpendapat bahawa Siam tidak dipernah dijajah oleh kuasa barat, namun begitu Siam sebenarnya menghadapi penjajahan kuasa barat secara tidak langsung.76Hal ini kerana tindakan bijak pemerintah Siam yang mengambil langkah berbaik-baik dengan kuasa Barat mengelakkan kuasa British campur tangan dalam politik secara langsung.Antara kuasa barat yang pernah ingin meluaskan kuasa imperialisme mereka ke negara Thailand adalah Amerika Syarikat, Perancis dan juga British.

Raja-raja Chakri sebelum pemerintahan Raja Mongkut telah lama mengambil tindakan berjaga-jaga dengan kuasa barat kerana tidak mahu politik negaramereka dicemari oleh kuasa barat yang sedang sibuk menjalankan dasar imperialisme ke Asia Tenggara.Perwakilan Inggeris bernama John Crawfurd pernah mengunjungi Bangkok pada tahun 1822 untuk membuat perjanjian dengan kerajaan Siam.77 Cubaan kuasa baratini gagal untuk melakukan rundingan dengan Raja Rama III bagi membincangkan semula perjanjian baru perniagaan dan persahabatan.
78

Pada masa yang sama juga kuasa barat iaitu pihak

British menginginkanRaja Rama III membantu mereka dalam peperangan dengan Burma.79

76

Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 291. 77 Mayuri Ngaosivat, Pheuiphanh Ngaosyvathn. (1998).Paths to Conflagration: Fifty Years of Diplomacy and Warfare in Laos, Thailand, and Vietnam, 1778-1828 .United States: Cornell Southeast Asia Program Publication.Hlm.112. 78 Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Malaysia: Jabatan Sejarah UKM Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Malaysia. Hlm.173. 79 D. G. E. Hall. (1981). A History of South East Asia. New York: Palgrave Macmillan. Hlm. 490.

37

Pemerintah yang menggantikan Raja Rama III mula melihat cubaan kuasa barat itu sebagai satu ancaman kepada kedaulatan negara Thailand dan mula mengambil langkah bijak dalam menangani kuasa barat.Raja Mongkut yang telah mengantikan Raja Rama III memerintah dari tahun 1851 sehingga 1868.80Raja Mongkut mula melihat kuasa barat sebagai satu ancaman politik yang sangat besar, lebih-lebih lagi setelah melihat banyak negara di Asia Tenggara dijajah oleh kuasa barat terutamanya oleh British. 81 Raja Mongkut mula mengambil langkah bijak iaitu berbaik-baik dan bertolak ansur dengan pihak kuasa barat yang berminat dengan Siamterutamanya British.Sehubungan itu, Raja Mongkut terpaksa menandatangani satu perjanjian dengan kuasa barat bagi mengelakkan kuasa-kuasa barat melangkah lebih jauh lagi dalam sistem politik di Siam.

Jika dikaji dengan secara mendalam, perubahan yang berlaku dalam sistem politik negara Thailandhanya berlaku setelah Raja Mongkut menandatangani satu perjanjian dengan kuasa barat iaitu British pada tahun 1855. 82 Antara perkara utama yang dicatat dalam perjanjian tersebut adalah perkara berkaitan cukai import-eksport dan hak wilayah asingan yang akan diberikan kepada British. 83 Perjanjian tersebut dinamakan sebagai Perjanjian Bowring dan termenterainya perjanjian ini menandakan dasar isolasi yang diamalkan oleh kerajaan Siam berakhir dan ini juga membuktikan kuasa barat telah dapat menempatkan diri mereka di negara Thailand. 84 Raja Mongkut juga telahmemecahkan tradisi pemerintah sebelum ini yang mengamalkan dasar isolasi.

80 81

Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm. 173. Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.. Hlm. 291. 82 Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok.. Hlm. 176. 83 Keat Gin Ooi. (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1. United States of America: ABC-CLIO, Inc. Hlm. 249. 84 James C. Ingram. (1955). Economic Change in Thailand, 1850-1970. California: Stanford University Press. Hlm.1.

38

Walaupun perjanjian tersebut merugikan Siam, Raja Mongkut berpendapat ia adalah lebih baik daripada pihak British menjajah kerajaannya secara langsung seperti yang berlaku kepadanegara jirannya.
85

Raja Mongkut mengambil langkah bijak dengan melakukan

perubahan dalam aspek pemerintahan Siam melalui pemodenan berdasarkan negara barat kerana beliau mengganggap kesulitan yang dihadapi dari segi politik dan diplomatik berlaku disebabkan aspek pemerintahan tradisional yang dipraktikkan oleh Siam setelah sekian lama. Apa yang dapat dinyatakan di sini, perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Siam dengan kuasa barat iaitu British dianggap permulaan kepada perubahan sistem politik di Siam melalui pemodenan yang dilakukan oleh Raja Mongkut dan pemerintah Siam yang seterusnya bagi mengekalkan kemerdekaan Siam.86

Raja Mongkut telah meminjam ramai pakar dari negara barat bagi mengajar pegawaipegawainya berkaitan dengan pentadbiran negeri yang moden.Namun begitu, Raja Mongkut masih lagi mengekalkan institusi monarkisemasa pemerintahannya, cuma beliau tidak melakukan pemodenan sepenuhnya kerana tujuan utama beliau adalah untuk memberi gambaran kepada kuasa barat bahawa Siam juga mampu melakukan pemodenan dalam beberapa perkara yang dianggap mundur oleh mereka. 87Melalui tanggapan tersebut beliau berharap pihak kuasa barat tidak akan mencampuri urusan politik di negara Thailand. Walau bagaimanapun terdapat sesetengah sistem yang tidak cekap masih dikekalkan, contohnya sistem Jatusadom yang masih wujud untuk mengendalikan sosiopolitik Siam. 88 Walaupun pembaharuan yang dilakukan oleh beliau tidak menyeluruh, beliau telah dilihat menjadi perintis utama kepada perubahan sistem pemerintahan di Thailand.

85

Keat Gin Ooi. (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1.. Hlm. 249. 86 Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm. 173. 87 Ibid.Hlm.176. 88 Ibid.Hlm. 296.

39

Selain itu, kesan daripada perjanjian dengan British melalui Perjanjian Bowring 1855 juga memberi laluan kepada kuasa barat lain untuk menandatangani perjanjian dengan

kerajaan Siam seperti Amerika Syarikat dan Perancis tahun 1856, Portugal tahun 1859, Belanda tahun 1860 dan Rusiatahun 1862 dalam meluaskan kuasa mereka di negara Thailand setelah selama inikerajaan Siam tegasdengan sikap tutup pintu mereka kepada kuasa asing. 89 Ini bermakna pihak kerajaan Siam terpaksa menukar polisi pemerintahan negara mereka yang selama ini mengamalkan dasar isolasi kepada dasar buka pintu kepada kuasa barat. Walaupun kerajaan Siam terpaksa menukar polisi pemerintahan mereka kepada dasar buka pintu secara terpaksa, pada masa yang sama tindakan negara Thailand ini dapat menjaga kedaulatan negara Thailand dan menjadikan Siam satu-satunya negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa barat secara langsung.

Perubahan sistem politik sepenuhnya dapat dilihat semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn.90Pemerintahan beliau selama 37 tahun iaitu dari tahun 1873-1910 merupakan era keemasan negara Thailand kerana pemodenan yang dilakukan oleh beliau adalah secara menyeluruh termasuklah ekonomi, politik dan sosial.91Ramai sejarawan barat seperti Stain Berg, Wilson dan Tate mengatakan bahawa Raja Chulalongkorn merupakan pemerintah yang betanggungjawab melaksanakan pembaharuan dalam erti kata yang sebenarnya dalam kerajaan Siam.Namun begitu, aspek perubahan utama yang ingin dibincangkan disini ialah aspek perubahan politik yang telah beliau lakukan setelah menyedari kuasa barat berlumbalumba untuk meluaskan dasar imperialisme mereka di Asia Tenggara.

89 90

Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm. 177. Clark D. Neher. (1979). Modern Thai Politics: From Village to Nation. Cambridge: Transaction Publishers. Hlm. 61. 91 Ibid.Hlm. 8.

40

Perubahan sistem politik yang dilaksanakan olen Raja Chulalongkorn adalah berasaskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh ayahandanya iaitu Raja Mongkut dengan tujuan mengelakkan campur tangan kuasa barat dalam sistem politik mereka bagi

mengekalkan kemerdekaan negara Thailand.92 Raja Chulalongkorn juga mengamalkan dasar buka pintu kepada kuasa barat dan telah menandatangani beberapa siri penjanjian dengan kuasa barat lain seperti dengan Jerman tahun 1872 dan Amerika Syarikat tahun 1893.Beliau telah mengambil sikap bertolak ansur dengan kuasa-kuasa barat bagi mengelakkan wujudnya masalah hubungan politik kerajaan Siam dengan kuasa-kuasa barat tersebut.Ini dapat dilihat melalui tindakan beliau menyerahkan sebahagian wilayah kekuasaannya kepada British iaitu Negeri-negeri Melayu Utara di Tanah Melayu pada tahun 1909.

Pemerintahan tradisional kerajaan Siam sebenarnya dibahagikan kepada tiga iaitu pusat atau negeri, wilayah atau daerah dan juga kampung. Diperingkat pusat ia dikuasai oleh raja yang berkuasa dan dibantu oleh para pembesar.93Raja Chulalongkorn cuba melakukan perubahan dengan mengurangkan jumlah bilangan pembesarnya iaitu Khunnang. Pembesar di peringkat daerah atau wilayah yang dikenali sebagai Khunnang ini sangat berkuasa selepas raja. 94 Oleh itu, Raja Mongkut cuba melakukan perubahan ini untuk mengehadkan kuasa Khunnang, namun tidak berjaya kerana mendapat tentangan daripada sebilangan pembesarpembesarnya. 95 Disebabkan cubaan pertamanyatidak berjaya dalam mengurangkan kuasa Khunnang, beliau akhirnya telah berjaya menubuhkan dua badan pentadbiran kerajaan iaitu Majils Privi dan Majilis Kebangsaan untuk menasihatinya dalam pentadbiran pada tahun

92

Clark D. Neher. (1979). Modern Thai Politics: From Village to Nation. Cambridge: Transaction Publishers. Hlm. 9. 93 Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm.114. 94 Ibid. Hlm: 118. 95 Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm.296.

41

1874.96Majlis ini Privy juga dikenali sebagai Majlis Penasihat Tertinggi Negeri dan Majlis Kebangsaan pula dikenali sebagai Majlis Penasihat Rendah Negeri.

Di samping itu, Raja Chulalongkorn juga pernah menghantar anaknya iaitu Putera Devawongse untuk mengkaji sistem kabinet di Britain pada tahun 1887 untuk disesuaikan dengan dengan sistem pentadbiran di Thailand. 97 Sehubungan itu, pada 1 April 1892,Raja Chulalongkorn telah berjaya menggantikan struktur pentadbiran lama dan digantikan dengan struktur pentadbiran moden dengan mewujudkan 12 kementerian baru dalam pentadbiran beliau.Antara kementerian-kementerian tersebut adalah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian

Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Keadilan. 98 Tindakan mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketuai oleh Putera Damrong secara tidak langsung telah dapat menamatkan kuasa autonomi Khunnang sejak turun-temurun dan mengukuhkan kuasa Raja Chulalongkorn sendiri.99Raja Chulalongkorn telah melantik dirinya sebagai Perdana Menteri dan ahli kabinet pula terdiri daripada ahli keluarganya sendiri.Bagi memudahkan pentadbiran, beliau juga telah membahagikan wilayah kepada kawasan atau monthon yang diketuai oleh Pesuruhjaya Residen

monthon. 100 Pemerintahan Thailand seterusnya diganti dengan Raja Vajivarudh pada 1910 dimana beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan perlembagaan di Thailand oleh Raja Chulalongkorn untuk memodenkan pentadbiran namun begitu usahanya telah gagal.101

96 97

Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm.296. Ibid. Hlm.297. 98 Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm.297. 99 Clark D. Neher. (1979). Modern Thai Politics: From Village to Nation. Hlm. 9. 100 Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm.297. 101 Ibid. Hlm. 297.

42

Walaupun Thailand tidak dijajah oleh kuasa asing secara langsung seperti yang berlaku dengan negara jirannyaia sebenarnya telah dijajah dari segi pengaruh politik barat. Hal ini kerana cubaan demi cubaan yang dilakukan oleh orang barat untuk melibatkan diri dalam sistem politik negara Thailand ternyata telah memaksa pemerintah Thailand memodenkan pentadbiran mereka agar kuasa asing tidak melihat negara mereka sebagai negara yang mundur. 102 Sehubungan itu, pemerintah Thailand mula menukar pendirian mereka selama ini yang mengamalkan dasar isolasi dengan membuka pintukepada kuasa barat agar dapar menjaga kedaulatan negara.Ternyata keputusan yang dibuat oleh pemerintah telah mendatangkan kesan positifkepada Siam apabila telah berjaya memodenkan pentabiran negara dan memberi sumbangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial di Thailand.

Perjanjian Bowring pada tahun 1855 yang telah memberi banyak kesan kepada pemerintahan Thailand.
103

Mongkut terpaksa bertolak ansur dengan kuasa barat dan

mengamalkan dasar buka pintu.Dasar buka pintu yang diambil oleh Mongkut ternyata dapat diterima oleh masyarakat setempat kerana mereka sedar perlunya perubahan dalam pemerintahan agar kuasa barat tidak melakukan penjajahan ke atas negara mereka.Begitu juga dengan pemodenan yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn juga berjaya kerana telah mengambil contoh pentadbiran dari barat untuk memodenkan pentadbirannya.Perubahan beliau dengan memodenkan pentadbiran negara telah memberi sumbangan dalam bidang ekonomi dan juga sosial. Kejayaan melakukan pemodenan tersebut menunjukkan ia sememangnya mendapat penerimaan baik daripada penduduk Thailand itu sendiri.

102

Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm. 296. 103 Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm. 174.

43

BURMA
Negara Burma juga turut menjadi salah satu negara yang dijajah oleh kuasa barat.Seperti juga dengan negara Thailand, Burma juga turut dasar tutup pintu kepada kuasa barat.Perang British-Burma merupakan titik tolak kepada perluasan kuasa barat di Burma yang berlaku pada tahun 1824 sehingga 1826.104Hal ini kerana dalam peperangan tersebut Burma telah mengalami kegagalan dan terpaksa menyerahkan beberapa wilayahnya kepada pihak British.Peperangan ini berakhir apabila satu perjanjian telah ditandatangani oleh Burma dan kuasa barat yang dinamakan Perjanjian Yandabo pada tahun 1826. 105 Perang antara Burma dan British berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang sangat membimbangkan British sebagai kuasa barat yang utama di Asia Tenggara ketika itu seperti penawanan kawasan Arakan milik British oleh Burma, perluasan kuasa Perancis di Burma, masalah hubungan politik British dengan Burma dan juga masalah imperialisme Burma keatas negara India. Perjanjian Yandabo ini menunjukkan bahawa kerajaan Burma yang selama ini berkeras mengamalkan dasar isolasi terpaksa mengamalkan pintu terbuka kepada kuasa barat walaupun dengan paksaan.Hal ini secara tidak langsung menunjukkan kerajaan Burma terpaksa menukar dasar polisi negara mereka yang selama ini mengamalkan dasar isolasi.Peluang ini digunakan oleh pihak British dengan sebaiknya agar mereka dapat meluaskan dasar imperialisme mereka.106Perjanjian yang dilakukan ternyata memberi banyak kelebihan kepada kuasa barat terutamanya perkara yang berkaitan dengan perdagangan

104

M. C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin.(2010). A New History Of Southeast Asia. Hlm.168. 105 Raj Kumar Somorjit Sana. (2010). The Chronology of Meetei Monarchs (From 1666 CE to 1850 CE).India: Waikhom Ananda Meetei. Hlm. 286. 106 M. C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin.(2010). A New History Of Southeast Asia. Hlm. 169.

44

kerana Burma selama ini British sememangnya menginginkan Burma yang kaya dengan sumber ekonomi. Perang Inggeris-Burma I berlaku disebabkan keengganan kerajaan Burma untuk mengadakan hubungan persamaan taraf dengan British dan kesannya pihak British telah dapat menakluki beberapa bandar penting sehinggalah Perjanjian Yandabo 1826 ditandatangani.107Perjanjian Yandabo yang ditandatangani oleh Burma dengan pihak British ternyata tidak dapat menyekat kuasa British dalam mengukuhkan kuasa Imperialisme mereka di Asia Tenggara seperti yang mereka lakukan terhadap India dan juga Tanah Melayu.Pihak British sekali lagi melakukan serangan melalui peperangan seterusnya yang dinamakan Perang Inggeris-Burma II pada tahun 1852 disebabkan raja Burma tidak mahu mengikut syarat-syarat Perjanjian Yandabo dan kekalahan Burma dalam perang yang kedua ini telah memberi peluang kepada British mengambil alihRangoon, Bassein dan Martaban.108 Burma sekali lagi diserang oleh British pada tahun 1855 melalui peperangan yang dinamakan sebagai Perang Inggeris-Burma III. Dalam perang ini ia telah meninggalkan kesan yang mendalam buat Burma kerana terpaksa menyerahkan wilayah Burma di bahagian Hilir dan wilayah Burma di bahagian Hulu juga turut diberikan kepada British.109Hal ini secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada British untuk mengawal politik Burma dan seterusnya menamatkan pemerintahan Dinasti Konbaung. 110 Ketiga-tiga peperangan yang berlaku tersebut, menunjukkan bahawa rakyat Burma sememangnya tidak dapat menerima kuasa asing yang bertapak di negara mereka.Mereka menentang pihak British sehabishabisan kerana mereka tidak mahu pihak British menguasai sistem politik negara mereka.

107

M. C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin.(2010). A New History Of Southeast Asia. Hlm.169. 108 Ibid.Hlm.170. 109 Ibid. Hlm.172. 110 Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm. 298.

45

Masalah hubungan diplomatik antara British dan Burma sebenarnya menjadi semakin teruk kerana layanan kurang baik yang diterima oleh British terutamanya terpaksa menyembah raja Burma.Rasa tidak puas hati British ini membawa kepada perang InggerisBurma 1824.Pada tahun 1853 sehinggalah tahun 1878, kerajaan Burma telah diperintah oleh Raja Mindon Min. Hubungan yang tegang ini masihterus berlangsung walaupun Raja Mindon Min sudah menaiki tahta kerajaan Burma pada tahun 1853. Raja Mindon Min merupakan seorang yang tidak menyukai peperangan, sehubungan itu, bagi mengelakkan Burma

daripadaterus berperang dengan British, Raja Mindon Min cuba mengamalkan sikap berbaikbaik dengan kuasa asing dan pada masa yang sama juga dapat mengekalkan kedaulatan Burma.111 Seperti juga dengan Thailand, Raja Mindon Min juga cuba mempertahankan kedaulatan negaranya daripada dijajah oleh kuasa barat seperti yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn dengan mengadakan hubungan baik dengan kuasa barat melalui perjanjianperjanjian yang tertentu. 112 Raja Mindon Min berhasrat mendapatkan kembali Burma hilir yang diambil oleh British. Sehubungan itu, Raja Mindon Min telah menandatangani satu perjanjian pada tahun 1862 dan pada tahun 1867 dengan pihak British. Dalam perjanjian tersebut, pihak British telah dibenarkan menempatkan seorang residen di Mandalay serta diberikan hak keistimewaan kepada British di Burma Hulu.113Peletakan residen British ini secara tidak langsung menandakan pihak British telah berjaya mencerobohi sistem pentadbiran Burma pada masa itu. Raja Mindon Min juga mengambil orang dari Perancis dan Itali yang terdiri daripada golongan mubaligh, jurutera untuk membantunya dalam pentadbiran.Walau bagaimanapun,
111

Nicholas Tarling. (1992). The Cambridge History of Southeast Asia: The nineteenth and twentieth centuries.Australia: Cambridge University Press. Hlm.38. 112 M. C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin. (2010). A New History Of Southeast Asia. Hlm. 170. 113 Ibid. Hlm. 170.

46

Raja Mindon Min telah enggan untuk menandatangani perjanjian perdagangan dengan pihak British dan ini membuatkan hubungan diplomatik Burma dengan kuasa barat bertambah tegang.Isu ini bertambah buruk apabila isu kasut berkaitan dengan adat orang Burma mula timbul pada 1875. 114 Raja Mindon Min bertindak memutuskan hubungan diplomatik negaranya dengan pihak British.Pemerintahan Raja Mindon Min seterusnya diganti dengan RajaThibaw yang sememangnya kuat anti asing dan sering memberikan tekanan kepada kuasa asing semasa pemerintahannya menambahkan lagi ketegangan kedua-dua negara tersebut.115 Hal ini telah menyebabkan pihak British sekali lagi menyerang Burma yang dinamakan Perang Inggeris-Burma III pada tahun 1885 hingga 1886 sehingga Burma telah jatuh kepada kuasa barat sepenuhya. 116 Ternyata tiga siri peperangan yang berlaku antara Burma dan British yang bermula dari tahun 1824 sehingga 1886 meninggalkan kesan yang mendalam kepada Burma. Burma yang mulanya mengamalkan pemerintahan beraja mula berubah setelah kedatangan kuasa asing iaitu British di Burmakerana pada abad ke-19 pihak British telah menghapuskan institusi pentadbiran raja di Burma.117Ini dapat dilihat menerusi pembuangan Raja Thibaw ke luar negeri oleh pihak British bagi mengelakkan raja ini daripada terus berkuasa di Burma dan sikap Raja Thibaw yang bersifat anti penjajah makin mengeruhkan hubungannya dengan pihak British. Perubahan politik yang amat ketara dapat dilihat apabila institusi beraja di Burma dihapuskan dan begitu juga dengan sistem pembesar yang diamalkan secara turun temurun selama ini Di Burma.118Jika sebelum ini sistem pembesar memainkan peranan yang sangat

114 115

Erik Goldstein. (2005). Wars and Peace Treaties: 1816 to 1991. Taylor & Francais e-Library.Hlm: 89. M. C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin. (2010). A New History Of Southeast Asia.Hlm. 172. 116 Ibid. Hlm.173. 117 Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm. 298. 118 Ibid. Hlm. 298.

47

besar dalam membantu raja menjalankan pentadbiran di Burma. Pentadbiran raja Burma sebelum ini akan dibantu oleh pembesar yang dibahagikan kepada tiga iaitu pembesar diperingkat pusat, wilayah dan juga kampung.Ketiga-tiga pembesar ini memainkan peranan penting dalam membantu raja dalam pentadbiran.Namun begitu, keadaan mula

berubahsetelah British mengambil alih sepenuhnya negara Burma setelah peperangan Inggeris-Burma III berakhir pada tahun 1886.119 Jika di Thailand, Raja Chulalongkorn sendiri melakukan pembaharuan dalam sistem pemerintahannya, berbeza dengan Burma pula kerana mereka telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak British, sehubungan itu, struktur pentadbiran tradisional Burma telah dihapuskan sepenuhnya oleh British.Pihak British mula melakukan perubahan sepenuhnya dalam sistem politik Burma bermula pada tahun 1887 sehinggalah tahun 1942 yang bertujuan untuk memenuhi kepentingan mereka sendiri.120British melakukan perubahan pentadbiran di Burma dengan meletakkan diri mereka sebagai yang paling berkuasa dan tidak lagi memberikannya kepada kuasa inidividu lain yang boleh memberikan ancaman kepada kekuasaan mereka di Burma.
121

Penguasaan pemerintahan oleh British selepas Perang Inggeris-Burma III

menandakan berakhirnya Dinasti Konbaung dan secara tidak langsung insitusi raja di Burma terhapus. Begitu juga dengan sistem pembesar di Burma kerana sistem pembesar pasti wujud dalam institusi perajaan sesebuah pentadbiran negara. Pada tahun 1887 Suruhanjaya Sir Charles Crosthwaite berpendapat bahawa sistem politik Burma mempunyai banyak kelemahan dania menyukarkan pihak British dalam

119 120

D. G. E. Hall (1981). A History of South East Asia. Hlm.770. M. C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin. (2010). A New HistoryOf Southeast Asia. Hlm. 172. 121 Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Hlm. 299.

48

melaksanakan pemerintahan. 122 Peranan raja sebagai penaung agama Buddha masyarakat Burmadianggap menyukarkan British untuk menjalankan pentadbiran

kolonial. 123 Sehubungan itu, British berpendapat perubahan besar perlu dilakukan dalam sistem pemerintahan Burma supaya pemerintahan kolonial yang ingin mereka lakukandapat mengawal Burma dengan sepenuhnya.Raja Burma yang asalnya menjadi penaung agama mula dihapuskan oleh British.Pembaharuan dalam beberapa sistem pentadbiran juga dilaksanakan bermula daripada peringkat bawah dengan memperkenalkan beberapa akta baru dan juga mewujudkan beberapa badan kementeriaan. Pihak British telah memperkenalkan jawatan ketua kampung yang akan diselia dibawah pegawai daerah dengan mengenalkan Akta kampung Ulu Burma pada 1887 dan AktaPerkampungan Burma 1889.124Jawatan ketua kampung yang diperkenalkan dalam akta tersebut memberi peluang kepada British untuk mengawal Burma bermula darikampung.Pada tahun 1897 pula, British telah melakukan perubahan dalam sistem pemerintahan pusat dengan melantik Leftenan Gabenor sebagai ketua eksekutif. 125 Sebelum ini, Leftenan Gabenor hanyalah Ketua Pesuruhjaya yang kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi ketua eksekutif di peringkat pusat.Leftenan Gabenor pula telah dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahliyang dipilih yang diletakkan dibawah kuasa Majlis Perundangan.126 Perubahan demi perubahan yang dilaksanakan oleh British secara tidak langsung telah menghapuskan pentadbiran tradisional Burma dan digantikan dengan pentadbiran kolonial oleh pihak British.Penjajahan yang dilakukan oleh barat pada mulanya dengan jelas mendapat tentangan yang jelas daripada masyarakat Burma itu sendiri, terutamanya semasa dinasti Raja
122

M. C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin. (2010). A New History Of Southeast Asia. Hlm. 173. 123 Ibid. Hlm.173. 124 M. C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin. (2010). A New History Of Southeast Asia. Hlm. 173. 125 Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.Hlm.299. 126 Ibid: Hlm. 299.

49

Konbaung.127Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas melalui beberapa siri peperangan yang berlaku dengan pihak British dari tahun 1824-1886.Masyarakat Burma terpaksa menerima perubahan-perubahan yang dilakukan oleh pihak British.Perubahan ini bahkan meliputi sosial dan juga ekonomi masyarakat di Burma.

PENUTUP
Abad ke-18 merupakan persaingan kuasa-kuasa barat dalam meluaskan kuasa imperialisma mereka ke kawasan Asia. Asia tenggara juga tidak terkecuali mengalami penjajahan kuasa imperialisma ini. Kedatangan kuasa-kuasa barat seperti British, Belanda, Perancis, dan Sepanyol ke Asia Tenggara telah jelas membawa banyak perubahan kepada sistem politik Asia Tenggara. Terdapat beberapa negara di Asia Tenggara mengalami perubahan yang amat ketara dalam sistem politik mereka seperti penghapusan sistem pentadbiran tradisional iaitu institusi raja dan juga pembesar selepas dijajah oleh kuasa barat. Kuasa barat telah menggantikan pentadbiran tradisional dengan pemerintahan berpandukan negara barat contohnya dengan pengenalan sistem residen dan pengenalan undang-undang barat dalam pentadbiran tempatan. Penjajahan kuasa asing ini mendapat tentangan yang hebat oleh masyarakat tempatan seperti penentangan masyarakat setempat contohnya di Tanah Melayu dan juga beberapa siri peperangan dengan kuasa barat contohnya di Burma danjuga di Indonesia seperti Perang Jawa 1825-1830. Penentangan ini berlaku kerana kebanyakannya kuasa asing ingin menghapuskan sistem politik tradisional yang sekian lama mereka amalkan. Walaubagaimanapun, terdapatjuganegara di Asia Tenggara yang Thailand.

tidakmengalamipenjajahandalamsistempolitiksecaralangsungiaitunegara

Penjajahan politik tidak secara langsung yang dimaksudkan disini ialah kuasa asing tidak
127

Ibid: Hlm. 298.

50

campur tangan dalam sistem politik. Tindakan bijak pemerintah Thailand menjalinkan hubungan baik dengan kuasa asing dan melakukan pemodenan dalam pemerintahan mengelakkan kuasa asing campur tangan secara langsung dengan mengamalkan dasar bukapintu.Kesanpenjajahanpolitikkuasabaratinidapatdilihatsampaihariinidaniameninggalkank esan yang sangatmendalamkepadamasyarakat Asia Tenggara.

BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Alfred P.Rubin (1974).The International Personality Of Malay Peninsula.Kuala Lumpur: University Malaya Anthony Ried. (2005). Asal Mula Konflik Acheh: Dari Perebutan Pantai Timur Sumatera hingga Akhir Kerajaan Acheh Abad ke-19. Jakarta : Yayasan Obor Indonesia. Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya (1982).Sejarah Malaysia.Kuala Lumpur: Macmillan Press Ltd. Clark D. Neher. (1979).Modern Thai Politics: From Village to Nation. Transaction Publishers. D. G. E. Hall. (1981). A History of South East Asia. New York: Palgrave Macmillan. D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Malaysia: Jabatan Sejarah UKM Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Malaysia. Erik Goldstein. (2005). Wars and Peace Treaties: 1816 to 1991. Taylor & Francais eLibrary.
51

Cambridge:

F. Sugeng Istanto. (1992). Perlindungan Penduduk Sipil : Dalam perlawanan Rakyat Semesta dan Hukum Internasional. Yogyakarta : Andi Offset. Gilbert Khoo. (1971). Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur: FajarBakti. Gilbert Khoo.( 1971). Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Graham E. Saunders (1978).Malaya: Perkembangan Masyarakat Majmuk: Topik-topik Dalam Sejarah Asia,Landon: Longman. Gregorio F. Zaide.(1957). Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since PreSpanish TimeManila: Phillipina Education Company. James C. Ingram. (1955). Economic Change in Thailand, 1850-1970. California: Stanford University Press. Joginder Singh Jessy (1978).Sejarah Tanah Melayu 1400-1959.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Jose S, Arcilla. S. J. (1971). An Introduction To Philipine History. Manila : Anteneo Publications Loyala Height. Keat Gin Ooi. (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1. United States of America: ABC-CLIO, Inc. M.C Ricklefs. ( 2008). A History of Modern Indonesia Since C. 1200 : Fourth Edition. New York : Palgrave Macmillan. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (2008). Sejarah Nasional Indonesia IV : Kemunculan Penjajah di Indonesia. Jakarta : Balai Pustaka. Muhammad Ariffin. (1978). Peradilan di Indonesia. Jakarta Pusat : Pradnya Paramita.

52

Muhammad Yusoff Hashim (1989).Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah

Malaysia.Kuala Lumpur: Dewana Bahasa Dan Pustaka Muhammad Yusoff Hashim (1992).Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 18001930.Petaling Jaya: Tempo Publishing

Neil L. Jamieson. (1995). Understanding Vietnam. London: University of California.

Nicholas Tarling. (1992). The Cambridge History of Southeast Asia: The nineteenthand twentieth centuries. Australia: Cambridge University Press. Norman G.Owen. (2005). The Emergence of Modern Southeast Asia: A New History. Honolulu, Hawaii : University of Hawaii. Onofre D. Corfuz. (1965). The Phillippines. New Jersey: Prentice-Hall, IncEnglewood Cliffs.

Oscar Chapuis. (1995). A History of Vietnam: From Hong Bang to Tu Duc. United State:Greenwood Press.

Persatuan Sejarah Malaysia (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia

Peter N. Stearns. (2006). Gender in World History. London: Routledge Tylor & Francis Group.

Phillippe Devillers. (1988). Sejarah Indo-China Moden: Perkembangan Sosiopolitik Sehingga Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

53

Rohani Hj. Abdul Ghani. (1994). Pencapaian Malaysia dan Vietnam Selatan dalam Menentang Ancaman Komunis, 1948-1975: Satu Perbandingan.

Rosihan Anwar. (2004). Sejarah Kecil "petite histoire" Indonesia. Jakarta : Penerbit Buku Kompas.

Ruhanas Harun. (1980). Nasionalisme Vietnam 1900-1945. Jebat. Bil 10.

Ryan Ver Berkmoes. (2010). Indonesia: ebook Edition. Lonely Planet. Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso. (1967). History Of The Filipino People . Philippine: Malaya Books Quezon City.

Van Dao Hoang. Terjemahan Khue Huynh. (2008). A Contemporary History of A National Struggle: 1927-1954. Pennsylvania: Rosdog Book

Virginia Matheson Hooker (2003).A Short History Of Malaysia: Linking East And West.Australia: Allen & Unwin Wendy Khadijah Moore (2004).Malaysia: A Pictorial History 1400-2004.Kuala Lumpur: Editions Didier Millet

54