Anda di halaman 1dari 5

Creation of agency Muhamad Shahrizal Ahmad Ridzuan 1.

0 Pengenalan Tafsiran yang dibuat berkaitan seksyen 135 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa ejen merupakan seseorang yang diambil bekerja untuk membuat sesuatu tindakan bagi pihak seseorang atau untuk mewakili seseorang dalam urusan-urusan dengan orang ketiga. Seksyen yang sama juga mendifinisikan prinsipal sebagai seorang yang mengupah atau menggajikan orang lain untuk membuat kontrak bagi pihaknya dengan orang ketiga serta

bertanggungjawab terhadap kesemua tindakan dan perbuatan ejen yang diupahnya. 2.0 Pembentukan ejensi Hubungan antara ejen dan prisipal akan terbentuk apabila termeterainya persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak. Hubungan yang mereka boleh terbentuk secara nyata, tersirat, secara pengesahan, secara perlu dan secara persekatan. Walau bagaimanapun, tiada suatu formaliti khusus perlu diikuti dalam pembentukan ejensi. 2.1 Ejensi secara perlantikan nyata Mengikut seksyen 140 Akta Kontrak, seseorang ejen itu dilantik secara nyata apabila kuasa ejen untuk bertindak bagi pihak prinsipalnya diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Hal ini bermaksud principal telah memberikan kuasa kepada ejennya untuk menjalankan atau bertindak bagi pihaknya mengikut persetujuan yang terdapat di dalam surat perlantikan atau secara lisan sewaktu pembentukan kontrak ejensi. Oleh itu. Principal akan bertanggungjawab terhadap segala tindakan ejennya selagi tidak melebihi kuasa yang telah termeterai secara bertulis atau secara lisan. Seorang ejen akan menjalankan kerja bagi prinsipalnya mengikut had-had yang telah dipersetujui bersama prinsipalnya. Jika ejen menjalankan tindakan yang melebihi bidang kuasanya, segala tindakannya itu harus ditanggungnya sendiri. Kita dapat melihat perlantikan ejensi secara nyata melalui Surat Wakil Kuasa ( Power Of Attorney ) atau surat mandate ( letter of mandate ) yang biasa dilihat dalam kontrak yang di buat secara meterai ( under seal ).

2.2 Ejensi secara perlantikan tersirat Ejensi secara perlantikan tersirat dapat dihuraikan kepada tiga bahagian iaitu penghuraiaan melalui seksyen 140 akta kontrak, melalui hubungan suami isteri dan melalui perkongsian perniagaan. 2.2.1 Seksyen 140 Akta Kontrak Berdasarkan seksyen ini, kewujudan ejensi berlaku apabila seseorang melalui katakata atau perbuatannya mengemukakan orang lain sebagai mempunyai kuasa bertindak bagi pihak dirinya. Ini bermadsud seseorang itu dengan niat atau tidak telah menyatakan bahawa seseorang yang lain merupakan ejen kepadanya dan secara automatic dia menjadi ejen yang sah kepada pihak yang membuat kenyataan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kes Summers lawan Solomon. Pihak mahkamah telah memutuskan bahawa sekiranya seseorang melalui perkataan atau perbuatan mengemukakan seseorang yang lain sebagai ejennya, maka dia akan bertanggungan bagi setiap kontrak yang dibuat oleh orang itu. 2.2.2 Ejensi tersirat melalui hubungan suami isteri Apabila suami isteri tinggal bersama, ejensi tersirat telah terbentuk di mana isteri mempunyai kuasa untuk berhutang atas nama suaminya untuk membeli barangan. Secara langsung, suami akan terikat dengan pembayaran balik hutang tersebut. Pihak suami hanya boleh menafikan tanggungjawab tersebut dengan membuktikan : Suami secara nyata melarang isteri berhutang atas namanya, Suami secara nyata melarang penjual menjual barangan kepada isterinya secara hutang, Barangan keperluan telah dibekalkan secukupnya oleh suami, Isteri mendapat elaun yang memadai tanpa perlu berhutang, Isteri membuat pesanan barangan yang tidak munasabah mengikut pendapatan suami ketika itu. Perkara ini dapat dilihat melalui kes Miss Gray lwn Catcard. Dalam kes ini, mahkamah memutuskan bahawa suami tidak bertanggungan atas hutang isteri yang telah membeli

pakaian yang berharga 215 pound sterling. Suami berjaya membuktikan dia telah member elaun sebanyak 960 pound sterling setahun kepada isterinya. 2.2.3 Ejensi tersirat daripada perkongsian perniagaan Dapat disimpulkan bahawa rakan kongsi dalam suatu prkongsian merupakan ejen kepada sesebuah firma yang dimiliki. Hal ini dapat dijelaskan dalam peruntukan seksyen 7 akta perkongsian 1961 yang menyatakan setiap pekongsi adalah wakil bagi firma dan pekongsi-pekongsi yang lain bagi maksud perniagaan perkongsiaan itu. Dalam kes Merchantile Credit Co. Lwn Garrod, dapat didimpulkan bahawa seorang daripada rakan kongsi perniagaan penyewaan garaj dan pembaikan kereta telah menjual sebuah kereta yang bukan miliknya kepada sebuah syarikat kewangan tanpa pengetahuan rakannya dengan harga 700 pound sterling. Setelah menyedari mereka ditipu, syarikat kewangan tersebut telah mengambil tindakan mahkamah terhadap rakannya yang tidak terlibat dalam urusan jual beli kereta terbabit kerana rakannya telah melarikan diri. Mahkamah memutuskan bahawa rakannya yang tidak terlibat dalam proses jual beli bertanggungan untuk membayar balik wang kepada syarikat kewangan tersebut. 2.3 Ejensi secara pengesahan ( Ratifikasi ) Apabila seorang ejen menjalankan tindakan yang berada di luar bidang kuasanya, principal berhak untuk mengesahkan atau tidak tindakan ejen terbabit. Tindakan principal mengesahkan tindakan ejen terbabit dikenali sebagai ratifikasi. Mengikut seksyen 149, jika tindakan-tindakan dibuat oleh seseorang bagi pihak seseorang yang lain tanpa pengetahuannya atau kuasanya, ia boleh memilih untuk meratifikasikan atau tidak mengakui tindakan-tindakan itu. Jika ia meratifikasikan tindakantindakan itu, kesannya ialah seolah-olah tindakan-tindakan itu dilakukan dengan izinnya. Antara kesan ratifikasi ini ialah perbuatan pada asalnya tidak sah menjadi sah, keseluruhan urusah telah menjadi sah dan ratifikasi berkuatkuasa pada tarikh ejen membuat kontrak dan bukan pada tarikh principal membuat ratifikasi. Hal ini dapat dibuktikan melalui kes Bolton Partners lwn Lambert. P membuat tawaran untuk pembelian tanah kepada X yang merupakan ejen kepada S. X telah menerima tawaran tersebut walaupun dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Setelah itu P menarik balik tawaran tersebut tetapi beberapa ketika selepas itu S telah meratifikasikan tindakan X. Oleh itu, kontrak telah menjadi sah

pada tarikh mula-mula X dan P memasuki kontrak dan P tidak boleh menarik kembali tawarannya. Syarat-syarat Ratifikasi Tindakan ejen mestilah melampaui batas tugasnya, Pada masa kontrak dibuat, ejen mestilah ejen kepada principalnya dan bukan orang lain, Ejen mesti mempunya principal yang berkeupayaaan berkontrak semasa ratifikasi dibuat, Principal mempunyai maklumat tentang fakta-fakta penting, Principal mesti mengesahkan keseluruhan tindakan ejen, Ratifikasi tidak mendatangkan mudarat kepada pihak ketiga, Ratifikasi mesti boleh dibuat dalam masa yang munasabah. 2.4 ejensi secara perlu Seksyen 142 memperuntukan seseorang ejen mempunyai kuasa dalam kecemasan untuk melakukan apa sahaja perbuatan demi melindungi prinsipalnya daripada kerugian seperti yang akan dilakukan oleh seseorang yang berhemat biasa bagi dirinya dalam keadaankeadaan yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa ejensi secara perlu wujud apabila seseorang yang diamanahkan dengan barangan orang lain terpaksa melakukan sesuatu demi memelihara atau melindungi barangan itu walaupun dia tidak memunya kuasa untuk tujuan itu. Perkara ini dapat dijelaskan lagi melalui kes Great Northern Railway Co. Lwn Swaffield. Dalam kes ini, seekor kuda telah dihantar ke satu tempat dan apabila tiba di tempat terbabit, tiada orang yang dating mengambilnya. Pihak syarikat keretaapi telah mengambil tindakan dengan menghantar kuda tersebut ke sebuah kandang kuda untuk bermalam. Setelah itu, pihak syarikat keretaapi telah menuntut bayaran atas tindakannya itu tetapi defendan enggan membayar. Mahkamah memutuskan bahawa syarikat keretaai patut dibayar kerana ia telah bertindak sebagai ejen perlu kepada defenden. Syarat sebelum ejensi perlu boleh wujud Mustahil bagi ejen menghubungi principal bagi mendapatkan arahan seterusnya, Wujud keadaan benar-benar menimbulkan keterpaksaan,

Ejen perlu bertindak secara suci hati sewaktu menjalankan tindakan yang dirasakan perlu. 2.5 ejensi secara persekatan Secara amnya, principal tidak akan terikat dengan tindakan ejen yang melakukan perkara yang berada di luar bidang kuasanya. Namun, jika principal melalui kata-kata atau kelakuannya membuatkan pihak ketiga mempercayai bahawa ejn itu adalah ejennya yang sebenar dan pihak ketiga mempercayainya sehingga merugikan pihak ketiga tersebut, maka principal tadi dihalang atau disekat daripada menafikan tentang kewujudan kuasa ejen tersebut. Sebagai contoh, A memberitahu B dihadapan X bahawa dia merupakan ejen kepada X dan X hanya berdiam diri tanpa menafikannya. X kemudiannya disekat daripada menafikan bahawa A adalah ejennya dan jika B menjual barang kepada A setelah mempercayai bahawa A merupakan ejen kepada X, B boleh menuntut bayaran daripada X.

Anda mungkin juga menyukai