Anda di halaman 1dari 2

Projek PEMBANGUNAN KURIKULUM

Dari RPP - Penilaian: 3. Projek (Project): 20% C4, P5, A3

1 Projek ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai miggu ke 6 hingga minggu ke 10. 2 Namun demikian saya mencadangkan task ini diagihkan kepada pelajar pada minggu 1, bagi membolehkan mereka mempunyai cukup waktu untuk mengumpul pelbagai input penting yang diperlukan untuk task ini. 3 Saya mencadangkan supaya task ini memberi lebih tumpuan kepada OBE memandangkan keperluan semasa. CBT/DACUM boleh diajar sebagai bahan perbincangan dalam sesi pertemuan lazim. Dalam bukunya rujukan utama kursus ini, Curriculum Foundations, Principles, and Issues C Allan, C. O. dan Francis, P. H membahaskan tentang keperluan mempelajari kurikulum melalui pendekatan berbeza-beza. Satu dari pendekatan tersebut dikenali sebagai Pendekatan Akademik (Academic Approach). Pendekatan ini cenderung untuk menganalisis dan mensintesis kedudukan, tren dan konsep sesuatu kurikulum. Pendekatan akademik meluaskan fokus kurikulum melampaui mata pelajaran dan pedagogi. Pendekatan Akademik merangkumi topik asas (sejarah, falsafah, sosial dan politik) sehingga memberi overview kurikulum secara lebih meluas.

Saya menggunakan premis ini untuk Projek pelajar sebagai pendedahan kepada mereka, falsafah dan makanisma pembangunan kurikulum berasaskan OBE. 5 Task Kepada Pelajar a. Task ini dijalankan secara berkumpulan. b. Setiap kumpulan mengenalpasti satu program di peringkat sekolah menengah. Rogram MPAV Aliran perdagangan Tingkatan 4 & 5 Program Aliran Ekonomi Tingkatan 6 Program menengah rendah dan sebagainya.

c. Menggunakan tamplate yang disediakan, pelajar perlu mengenalpasti pelbagai attribute melalui perbincangan akademik sesama mereka, yang memenuhi pelbagai parameter OBE. Apa yang mereka sebenarnya lakukan ialah melakukan proses songsang, melihat kurikulum sedia ada dan membedahnya untuk melihat sama ada komponen OBE terdapat dalam kurikulum tersebut atau sebaliknya. Antara lain pelajar perlu mengenalpasti: Matrik Subjek dan Hasil Pembelajaran Menghasilkan Graf_Kursus_PLO Matrik Subjek dan Tahap Taksonomi Menghasilkan Graf Taksonomi dan Pengiraan Jam Belajar Pelajar (SLT) d. Berdasarkan hasil c, sediakan kertas cadangan pembangunan kurikulum berdasarkan OBE. Tarikh: Makluman kepada pelajar: Serahan laporan dan pembentangan: Minggu 1 Minggu 6-10

Anda mungkin juga menyukai