Anda di halaman 1dari 23

1 | P a g e

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


___________________________________________________
KOD KURSUS /COURSE CODE : HBQE1103
TAJUK KURSUS /COURSE TITLE : ULUM AL-QURAN
SEMESTER /SEMESTER : JANUARI 2012
_____________________________________________________________________

NAMA : MAZRI BIN KALIK
NO MATRIK : 750527055589001
NO I/C : 750527055589
EMAIL : assobah009@yahoo.com
NO TELEFON : 0128302447
PUSAT : KENINGAU, SABAH


TUTOR:
USTAZ MISRI BIN BOHARI



2 | P a g e

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
1.1 Keterangan Ayat 1
1.2 Takrif Muhkam dan Mutasyabihat 3
1.3 Kelahiran Metod/Manhaj Salaf dan Khalaf
berdasarkan Wakaf Ibtida 4
2.0 Keperluan Zaman Terhadap Metod Salafi dan
Perkembangan Metod Khalaf. 5
2.1 Pendahuan 6
2.2 Siapakah Pendokong Manhaj Salaf 9
2.3 Manhaj Salaf Menjadi Ikutan Terbaik Umat Islam 11
3.0 Pengaruh Metod Khalaf dan Faktor Perkembangannya 13

4.0 Contoh Ayat-ayat Mutasyabihat Tafsiran dan Huraian Ulama
Salaf dan Khalaf. 14
4.1 Kesimpulan titik persamaan kedua-dua
Mazhab (Salaf dan Khalaf) 16
4.0 Kesimpulan
17
5.0 Rujukan 18





3 | P a g e

1.0 Pengenalan

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-
Quran.Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat Muhkamat (yang tetap,
tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya): ayat-ayat Muhkamat itu ialah ibu
(atau pokok) isi AlQuran.Dan yang lain ialah ayat-ayat Mutashabihat ( yang samar-
samar, tidak terang maksudnya).Oleh itu(timbullah faham yang berlainan mengikut
kandungan hati masing-masing) adapun orang yang ada di dalam hatinya
kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka akan menurut apa yang samar-samar
dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya ( memutar maksudnya
menurut yang di sukainya.Pada hal tidak ada yang mengetahui takwil-nya (tafsir
maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.Dan orang-orang yang tetap teguh serta
mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama berkata: Kami beriman
kepadanya, semuanya itu datang dari sisi tuhan kamiDan tiadalah yang mengambil
pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikir
1


1.1 Keterangan ayat
Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa Al-Quran mengandungi dua
bahagian yang utama iaitu ayat-ayat Muhkamat dan ayat-ayat Mutashabihat.Allah
menjelaskan bahawa ayat-ayat muhkan itu ayat yang terang dan jelas maksudnya, tidak
ada sesiapapun yang akan keliru dalam memahaminya.Manakala ayat-ayat Al-Quran
yang lain merupakan ayat-ayat mutashabihat.Ayat- ayat Mutasyabihat merupakan ayat
yang samar-samar pengertiannya dan sukar difahami oleh orang awam(kebanyakan),
namun sebahagian ulama yang dalam ilmunya berjaya merungkai takwilan ayat-ayat
mutasyabihat melalui basirah yang tajam bagi mematahkan takwilan yang sesat dan
batil.Namun kebanyakan ulama salaf tidak mentakwil ayat-ayat Mutasyabihat, makna
atau maksudnya diserahkan kembali kepada Allah s.w.t.

1
Ali Imran ayat 7,Tafsir Pimpinan Rahman
4 | P a g e

Selain Allah menjelaskan pembahagian isi kandungan Al-Quran, Allah turut
memberi amaran keras yang diberikan kepada golongan yang mentawil ayat-ayat Allah
(mutasyabihat) mengikut hawa nafsu mereka.Golongan ini akan mentakwil ayat-ayat
mutasyabihat bersesuaian dengan kepentingan kumpulan mereka.Bagi mengekalkan
pengaruh masing-masing mereka sanggup melebarkan pelbagai fitnah sehingga
memecahbelahkan kesatuan masyarakat Islam.Allah memberi peringatan ini kerana akan
muncul golongan yang dimaksudkan itu, mereka bermudah-mudah dalam mentakwil ayat
ayat mutashabihat.seolah-olah ayat-ayat muhkam menjadi ayat ayat mutasyabihat begitu
juga sebaliknya.Golongan ini adalah yang sesat lagi menyesatkan. Kerana itu Allah
berfirman :

Itu pokok-pokok isi Al-Quran. (Ali Imran:7)

Yaitu pokok dari Isi Al-Quran yang dijadikan rujukan ketika menemui ayat-ayat
mutasyabih.Apa yang jelas ayat-ayat Muhkam merupakan hujah-hujah Allah yang
membuktikan kebesarannya pada perkara-perkara tertentu sebagai dalil yang nyata dan
terang bukan jalan yang sukar untuk difahami.Manakala Allah menguji hamba-hambanya
dengan ayat-ayat Mutasyabihat ini, sebagaimana ia menguji mereka dengan masalah
halal dan haram.Pada garis besarnya ayat-ayat mutasyabihat tidak boleh dibelokkan
kepada pengertian yang batil dan tidak boleh diselewengkan dari perkara-perkara yang
hak.
2

1.2 Pengertian Muhkam dan Mutasyabih

Pentakrifan Muhkam dan Mutasyabih membawa maksud yang berbeza beza di kalangan
Ulama.Perkara ini adalah khilafiah dikalangan mereka ketika menentukan ayat yang
mana dikatakan muhkam dan mutasyabihat diantaranya ialah :


2
Muhammad ibnu Ishak ibnu Yasar.Tafsir ibnu Kathir h.257.

O}-
Oq
U4-^
- .......
5 | P a g e

a) Ali ibnu Tholhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a ayat-ayat muhkam itu ialah ayat-
ayat yang menasakh , iaitu yang menerangkan halal dan haram, batasan-batasan dan
hokum-hukum Allah, serta semua perkara yang berpengaruh dan di amalkan.
Ibnu Abbas membawakan contoh bagi menjelaskan lagi pendapatnya:


Katakanlah, Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kalian oleh Tuhan
kalian, iaitu janganlah mempersekutukan sesuatu dengan Dia.
3


b) Abu Fakhitah berdebat dalam menjelaskan pengertian ayat ini, iaitu firman Allah:


Itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihat
4

Menurut Abu Fakhitah apa yang di maksudkan dengan ayat-ayat mutasyabihat
ialah pembukaan setiap surah (yang dimulai dengan rangkaian huruf-huruf hijaiah)

c) Muqatil Ibnu Hayyan ayat-ayat Mutashabihat ialah huruf-huruf hijaiyah yang ada
pada setiap permulaan surah


Daripada pandangan dan pendapat ulama yang ramai dapat disimpulkan bahawa ayat
muhkam dan mutasyabih tu ialah:

3
Al-Anam ayat 151.Tafsir Ibnu Kathir h.255
4
Ali Imran ayat 7
~ W-OE> N^>
4` 4OEO :4O
:^1U4 W
W-O7)O; gO)
6*^OE- W
O}- Oq
U4-^-
NOE=q4
eE_)l4=4N
` W
6 | P a g e

1) Muhkam ialah ayat-ayat Allah yang jelas dan terang dan tdak mungkin ia di
nasakhkan.Mutasyabihat pula ialah ayat-ayat yang mengandungi kesamaran tanpa
diketahui samada menggunakan akal ataupun naqli.Isa tersimpan sebagai rahsia Allah
seperti azab kubur, sifat-sifat Allah, huruf-huruf muqataah di awal surah dan lain-
lain.
2) Muhkam ialah ayat-ayat yang jelas, apa yang diketahui maksudnya secara zahir atau
jalan takwil.Manakala mutasyabih ialah ayat-ayat yang mengandungi rahsia ilmu
Allah s.w.t seperti hari kiamat, dosa dan pahala, keluarnya dajjal, huruf-huruf di awal
surah dan sebagainya.


1.3 Kelahiran Metod/Mazhab Salaf dan Khalaf dari Sudut Waqaf dan Ibtida

Setelah kewafatan baginda s.a.w Islam terus berkembang pesat sehingga kemerata
dunia, kesannya muncul pelbagai permasalahan baru yang tidak dibincangkan pada
zaman sebelumnya.Ulama mula mengkaji Al-Quran dan As-Sunnah sehingga tercetusnya
pelbagai ijtihad yang masih segar sehingga sekarang.Begitu juga terdapat khilaf dalam
memahamkan ayat 7 surah Ali Imran ini sehingga lahirnya Manhaj Salaf dan Khalaf
berkaitan dengan pentakwilan ayat-ayat Mutasyabihat.Perbezaan pendapat ini lahir
kerana ulama berselisih pendapat dalam menentukan waqaf dan ibtida pada ayat ini.
Wakaf ialah memberhentikan suara pada satu ayat atau pertengahan ayat untuk
mengambil nafas baru bagi meneruskan bacaan.Manakala Ibtida ialah menyambung
bacaan semula sesudah berhenti bacaan untuk mengambil nafas baru (Mahadi Hj Dahlan
al Hafiz 1996.129-130).



7 | P a g e

2.0 KEPERLUAN ZAMAN TERHADAP MAZHAB SALAF DAN MAZHAB
KHALAF


2.1 Pendahuluan

Perbincangan ini berkaitan dengan ijtihad Ulama pada ayat 7 surah ali-Imran.
Ulama Salaf mempunyai jalan tersendiri di mana sebahagian besar daripada mereka
tidak mentakwil ayat-ayat mutasyabihat.Mereka tetap berpegang dengan tidak mentakwil
ayat-ayat Mutasyabihat.segala makna dan maksud ayat-ayat tersebut di serahkan
pentakwilannya kepada Allah s.w.t.Manakala Ulama Khalaf, mereka begitu cenderung
mentakwil ayat-ayat mutasyabihat kerana berdepan dengan pengaruh falsafah ketuhanan,
dan kebudayaan Parsi lama yang meresap ke dalam pemikiran umat Islam sehingga
menimbulkan kecelaruan akidah umat Islam.Ulama Khalaf tidak sekali- kali mengangkat
martabat akal melebihi nusus-nusus agama.Pendekatan yang dikemukakan ini bertujuan
memberi kefahaman yang benar dan sahih untuk panduan umat Islam agar tidak
terpesong dengan pentakwilan yang batil dan songsang.

2.2 Siapakah Pendokong Manhaj Salaf
Menurut kamus bahasa Bahasa Arab manhaj bererti kaedah atau jalan yang
jelas manakala salaf bermaksud dahulu.
5
Dari segi etimologi ia membawa maksud
kaedah generasi awal.Generasi awal ini lebih dikenali dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah
yang terdiri daripada para sahabt Nabi, Tabiien dan Tabi Tabiien.Istilah Salaf hanya di
masyarakatkan kemudian daripada zaman ini (tiga kurun yang pertama selepas wafat
Nabi Muhammad s.a.w).Seorang tokoh Islam yang terkemuka Sheikh Islam Ibnu
Taimiyyah (728H) telah menggunakan istilah ini di dalam penulisannya bagi merujuk
kepada generasi awal Islam.
Di antara Ulama yang mahsyur di kalangan ahli-ahli salaf itu ialah :

5
Kamus Bahasa Arab-Bahasa Melayu (2005) Fajar Bakti
8 | P a g e

a) Abad Pertama Hijrah
i) Khulafa Ar-Rasyidin
ii) Ibnu Abbas
iii) Ibnu Masud
b) Abad Kedua Hijrah
i) Sufian bin Uyainah (198H)
ii) Waki Al-Jarrah (197H)
iii) Muqatil bin sulaiman (150H)
c) Abad Ketiga Hijrah
i) Imam Abu Hanifah an-Numan (pengasas mazhab Hanafi)
ii) Imam Malik Rahimahullah (pengasas mazhab Maliki)
iii) Muhammad Idris as-Syafie (pengasas mazhab Syafie)
iv) Imam Muhammad bin Hambal( pengasas mazhab Hambali)
v) Imam Abu Hassan Asrariy (pengasas mazhab akidah Al Asyairah
(323H)
vi) Imam Abu mansor al-Maturidi (333H)

2.3 Manhaj Salaf Menjadi Ikutan Terbaik Umat Islam

Persoalan yang paling pokok dalam Islam ialah aqidah yang berlandaskan
al-Quran dan As-Sunnah.Para sahabat radiallahuanhum , ketika adanya Rasulullah
s.a.w di sisi mereka , segala masalah dapat diselesaikan terutamanya yang
berkaitan dengan akidah.Setelah wafatnya Rasulullah dan berakhirnya zaman
salafus-soleh (tiga kurun yang pertama) timbul pelbagai masalah yang
memerlukan kepada jalan ijtihad.
Ulama-ulama Salaf telah bekerja keras dalam usaha memberi kefahaman
yang bersih dan tulin kepada masyarakat Islam.Pelbagai cabang ilmu
diperkenalkan termasuklah ilmu Nahu, ilmu Ulum Al-Quran, Ilmu Usul Fekah,
ilmu tafsir dan banyak lagi.
9 | P a g e

Dalam membincangkan masalah akidah , ulama Salaf menjadikan Al-
Quran As-Sunnah sebagai panduan utama.Mereka menolak pendekatan falsafah,
penggunaan logik akal (mentakwil ayat-ayat mutasyabihat), perbincangan akal
dalam masalah akidah dan sebagainya.
Kewibawaan Ulama Salaf di akui sepanjang zaman:
a) Mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah
Imam al-Baghdadi (429H) mendifinasikan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan
menyatakan :
Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu
golongan ahl al-ray (Abu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahl al-hadith:
bukan mereka yang memperman-mainkan hadith; dan ulama fekah mereka,
penghafal Al-Quran mereka, perawi hadith dari mereka, dan mutakallimun ahli
hadith dikalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan pencipta, keesaan
sifat-sifatnya, keadilannya, hikmahnya, dana nama-namanya pada bab kenabian
dan kepimpinan, hokum hudud dan pada perkara usuluddin
6

b) Akidah mereka bersih daripada sebarang keraguan.Mereka dikurniakan Allah
kejernihan hati tanpa meragui perkara-perkara berkaitan ketuhanan, kenabian
dan juga soal hakikat keimanan
Berkata Imam sl-Subki Rahimahulla (771H)
Dan mereka iaitu Hanafiyyah, Syafiiyyah. Malikiah dan tokoh tokoh Hanabilah
pada aqidah adalah bersatu di atas satu pandangan Ahli sunnah Wal Jamaah
beriman dengan Allah Taala atas jalan Sheikh Ahli Sunnah Wal Jamaah Abu
Hassan Al-Asariysecara umumnya aqidah al-asariy aialah aqidah yang
terkandung dalam aqidah Abu Jaafar al Thohawi yang diterima oleh ulama-
ulama mazhab dan redho sebagai aqidah
7


6
Al-Baghdadi,Abd Al-Qohir bin Tahir bin Muhammad(2005).Al-Farq baina al-firaq.Dar al-khutub al-ilmiahh19
7
Al-Shubki,Abu Nasr Abd Wahab bn Ali bin Abd al Khafi(t.t).Thobaqat al-Shafiiyahal-Kubra.Kaherah:Dar ihya al-
kutub al-arabiyyah, j3, h365-369.
10 | P a g e

c) Keahlian mereka di dalam bidang masing-masing diiktiraf ulamaulama
sezaman dengannya.Mereka mempunyai talian (sanad) yang tidak putus
antara satu sama lain.
Daya ingatan yang kuat
Kecerdasan dan kepintaran yang amat luar biasa (hafal al-Quran dari
kanak-kanak lagi)
Ketajaman pemikiran dan telitinya (ihtiath) di dalam mengambil ilmu
(disiplin ilmu yang tinggi)
Penguasaan bahasa yang begitu baik, mahir dalam sastera Arab,
ungkapan-ungkapan dan sebagainya.

Ulama-ulama salaf sangat teliti dalam memutuskan sesuatu perkara.Kedudukan
mereka yang paling hampir dengan zaman Rasulullah s.a w menjadikan pegangan mereka
juga adalah yang terbaik.
Dari Imran b.Hussain r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :


Maksudnya : Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang
mengikuti zaman mereka dan kemudian mengikut zaman mereka.Imran berkata : Saya
tidak ingat samada (Nabi Muhammad s.a.w) menyebut 2 atau 3 kurun selepasnya.
8

Hadith riwayat Ahmad
Keimanan ahli Salaf yang sangat tinggi terhadap kenabian Muhammad s.a.w dan
kesempurnaanya menyampaikan wahyu ilahi terutamanya yang berkaitan akidah.Mereka
juga berkeyakinan bahawa akal tidak boleh digunakan bagi sesuatu yang diluar
kemampuan kita.Contohnya menggunakan akal untuk menentukan masalah akidah dan

8
Musnad Imam Ahmad,j4.h440-426


11 | P a g e

perkara ghaib.Pebuatan demikan didorong sikap tamak dan zalim manusi dalam
menggunakan sesuatu bukan pada tempatnya
9


2.4 Menolak Pentakwilan yang Batil dan Sonsang

Allah s.w.t telah memberi amaran yang keras kepada golongan yang akan muncul
dengan menimbulkan pelbagai fitnah yang merobek kesatuan umat Islam .Firman
Allah :




Oleh itu(timbullah faham yang berlainan mengikut kandungan hati masing-
masing) adapun orang yang ada di dalam hatinya kecenderungan ke arah
kesesatan, maka mereka akan menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran
untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya ( memutar maksudnya menurut
yang di sukainya
10

Manusia terlalu ghairah untuk mencari keuntungan yang mendatangkan kebangggaan,
kesetiaan pengikut yang ramai, nama dan kebesaran, pengaruh, harta benda dan sebagainya.Di
atas desakan nafsu inilah mereka mentakwil ayat-ayat mutasyabihat mengikut hawa nafsu
mereka.Fitnah ini tersebar luas sehingga merosakkan akidah umat Islam.Kesannya, muncul
firqah-firqah tertentu yang mendakwa fahaman mereka adalah yang terbaik di antaranya ialah
mahsyur ialah fahaman Muktazilah, fahaman Jabariah, fahaman Mujassimah, fahaman Qadariah,
golongan Jahmiyyah dan banyak lagi.Akidah dijadikan permainan falsafah yang tidak
berkesudahan, pengaruh akal melebihi nusus-nusus agama yang menyebabkan kesesatan dalam
mentakwil ayat ayat mutasyabihat.

9
Abd Syukor 1883,h7-10:Ibnu Khaldun (460H)
10
Ali Imran ayat 7.Tafsir Pimpinan Rahman
4g~-.- O) )_)OU~
[uuCEe 4pON):441 4`
4O4l4=> +OuLg` 47.4g--
gO4Lu-g^- 47.4g--4
g)-Cj>
12 | P a g e




Fahaman
Muktazilah

Antara pelopor yang mahsyur ialah Abu Ali Muhammad Ibn Abdul
Wahhab al-Jubaie.Fahaman ini menyatakan bahawa Al-Quran adalah
makhluk, Allah tidak boleh dilihat dengan pandangan mata di hari
akhirat dan manusia mencipta perbuatannya sendiri.

Golongan
Jahmiyyah

Pengasasnya iala Jaham bn Sofwan yang berasal dar
khurasan.Mazhabnya dikenali dengan Jabariah yang berpendapat tidak
ada ikhtiar bagi makhluk.Beliau mati terbunuh dalam pertempuran
dengan tentera Khalfah Bani Umayyah pada tahun 131H.Antara lain
mereka berpendapat bahawa Allah tidak berkata-kata, tidak
mendengar, tidak melihat, mereka berpendapat semua sifat itu perlu di
sandarkan kepad tubuh badan atau pencaindera sedangkan Allah tidak
begitu.Golongan ini sesat kerana menolak sebarang sifat Allah yang
disamakan dengan sifat makhluk sedangkan sifat Allah itu berdiri
dengan sendiri tanpa disandarkan kepada pancaindera makluk.

Golongan
Mujassimah

Golongan ini sesat kerana mengambil zahir ayat sehingga
menyamakan sifat-sifat Allah dengan makhluk.Contohnya ayat
mutasyabihat yang menyebut tangan Allah, wajah Allah, Allah
berkata-kata dan sebagainya.Golongan ini mentakwil ayat-ayat ini
dengan mengambi zahir bahawa tangan Allah itu sama dengan tangan
manusia, wajah Allah tu sama dengan wajah manusia, Allah berkata-
kata seperti manusia berkata-kata.Golongan ini juga dipanggil
golongan Musyabbihah dan mereka adalah sesat dan terpesong dari
akidah Islam.

Jadual 2.5: Golongan yang keluar daripada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

13 | P a g e

Timbulnya permasalahan ini di sebabkan sebahagian lafaz-lafaz daripada
Al-Quran dan As-Sunnah di takwil secara zahir sehingga menyerupakan Allah (Khaliq)
dengan makhluk.Pendapat ini di tolak oleh jumhur Ulama ,menurut Pro.Dr.Ali Jumah :


Manakala golongan Haq ( Ahlus-Sunnah Wal Jamaah- Salaf) melihat bahawa
lafaz-lafaz ini tidak perlu kita bahaskan maknanya kerana terdiri daripada al-
mutasyabih (ayat mutashabihat)
Prinsip-prinsip ahli-ahli Salaf dalam mentafsir ayat-ayat Mutasyabihat :
i) Takwil yang hanya diketahui oleh orang yang dalam ilmunya (beriman dengan
ayat-ayat mutasyabihat)
ii) Mentanzihkan Allah daripada sebarang kesamaan dan penyerupaan benda yang
baharu.
iii) Mentafwidh atau menyerahkan hakikat sebenar ayat-ayat mutasyabihat kepada
Allah tanpa sebarang takwil.Pendekatan inilah yang diambil oleh sebahagian
besar ulama-ulama Salaf.

2.5 Kesatuan Akidah Umat Islam

Isu kesatuan Umat Islam bukanlah perkara baru, ia telah diperkatakan sejak di
zaman khulafa Ar-Rasyidin lagi.Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w kesatuan umat mula
tergugat mereka berselisih pendapat dalam banyak perkara sehingga berlakunya
perpecahan yang berterusan sehinggalah ke hari ini.Persoalannya, umat Islam semakin
ramai dan isu perselisihan pendapat semakin bertambah, adakah kemungkinan bagi umat
Islam bersatu seperti mana di Zaman Rasulullah?


14 | P a g e

Firman Allah di dalam surah Al-Anbiya ayat 92 :
Ep) jOE- 7+E`q
LOE`q LEEgO4 4^4
:4O ]+l;N ^_g
Sesungguhnya ugama Islam Inilah ugama kamu, ugama Yang satu asas
pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka Sembahlah kamu akan daku.
11

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa kesatuan umat Islam harus bermula
daripada perkara yang paling asas iaitu tauhid.Inilah dakwah yang pertama sekali yang
dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dan rasul-rasul yang terdahulu.
Ijtihad UlamaSalaf dalam perkara-perkara akidah adalah yang terbaik
sekali.Seharusnya ia menjadi pegangan umat Islam di abad ini bagi mengelakkan
perpecahan yang lebih besar.Adalah tidak adil bagi Ulama Mutaakhirin yang cuba
mempertikaikan ke ahlian Ulama Salaf dan Khalaf dalam perkara-perkara
Tauhid.Apatah lagi dengan mengemukakan pandangan sendiri dengan menolak ijtihad
mereka.
Ramai dikalangan ulama kini mengambil pendekatan Sheikhul Islam Ibnu
Taimiyyah dan Muhammad bin Abd Wahab .Ulama Salaf telah menutup pintu Ijtihad
bagi mengekalkan kesatuan ummah manakala Ibnu Taimiyyah membuka semula pintu
ijtihad ini di atas keperluan yang mendesak.Pendapat ini terus subur dikalangan ulama
yang cenderung kepada pendapat Ibnu Taimiyyah tanpa disiplin ilmu yang benar
(pengajian bersanad).Akhirnya terdapat ulama yang mempertikaikan mazhab as-Syairah
dengan membuat pelbagai tuduhan sedangkan itulah mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah
yang pegang oleh imam Mazhab yang empat
12
.Inilah di antara hikmah terbesar kenapa
pintu ijtihad ditutup oleh Ulama-ulama Salaf bagi mengelakkan ijtihad yang
sembarangan oleh orang-orang tidak berkelayakan.Makna menutup pintu Ijtihad itu,
kepada yang bukan berkelayakan sahaja, Nabi pernah menyatakan akan lahir ulama

11
Al-Anbiya ayat 97
12
Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali.
15 | P a g e

mujtahid pada setiap kurun untuk membersihkan agama ini.Begitu dengan pendapat Ibnu
Taimiyyah, pintu ijtihad di buka hanya kepada yang layak bukan di buka seluas-luasnya.
3.0 Pengaruh Metod Khalaf dan Faktor yang Mempengaruhi Perkembangannya

Apabila Islam berkembang luas lahirlah pelbagai pemikiran-pemikiran baru yang
meresap masuk ke dalam pemikiran umat Islam.Umat Islam terdedah dengan pelbagai
budaya asing dan cara pemikiran, ancaman yang paling ketara ialah pengaruh falsafah
pemikiran ketuhanan Yunani, kebudayaan lama Parsi, tasawwuf falsafah, kepercayaan
batiniah dan sebagainya.
Ahli-ahli falsafah dengan beraninya mentakwil ayat-ayat mutasyabihat mengikut
hawa nafsu mereka sehingga muncul fahaman-fahaman Batiniah.Imam Al-Ghazali
menentang golongan ini melalui kitabnya Fadhiah Al-Batiniah (tembelang Batiniah) dan
Al-Munkid Al-Dalal.Usaha gigih Imam Al-Ghazali ini berjaya melumpuhkan golongan
ini.Beliau juga mengarang kitab mengkritik tokoh-tokoh Islam yang terpengaruh dengan
ilmu falsafah (Maqasid Al-Falasifah dan Tahafut Al-Falasifah.
Ulama khalaf mencari pendekatan baru menghadapi golongan ini.Antara
pendekatan tersebut ialah :
i) Beriman dengan ayat-ayat Mutasyabihat
ii) Mentahzinkan Allah daripada sebarang persamaan dan penyerupaan
dengan makluk.
iii) Mentakwil ayat mutasyabihat dengan pengertian yang sesuai dengan Allah
dan mudah difahami akal manusia.
Pendekatan yang dikemukakan oleh Khalaf bertjuan menjamin kefahaman
umat Islam agar tetap mantap dan subur disamping dapat menghadapi
penyelewengan yang timbul dalam masyarakat Islam.
13




13
Abd Syukor dan Samsul Bahri 1997.h 8-12
16 | P a g e

4.0 Cara Rasulullah Mentakwil Ayat-ayat Mutashabihat

Dari Aishah r.a yang menceritakan bahawa Rasulullah membaca ayat berikut :


Dialah yang menurunkan al-Kitab (Al-Quran) kepada kamu.Di antara kandungannya ada
ayatayat Muhkamat, itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mustaysbihat.
14

.sampai dengan firmannya:


Orang-orang yang berfikir..(Ali )Imran ayat 7
Lalu beliau s.a.w bersabda maksudnya:
Apabila kalian melihat orang-orang yang berbantah-bantahan
mengenainya(Mutasyabihat), maka merekalah orang-orang yang dimaksudkan
oleh Allah s.w.t.Kerana itu hati-hatilah kalian terhadap mereka itu
15
.
5.0 Ayat-ayat Mutasyabihat Tafsiran dan Huraian Ulama Salaf

a) Contoh Pentafsiran Ayat Mutasyabihat Ulama Salaf


1. Kata Imam Malik Rahimahullah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-
Zahabi dalam Siyar Alam al-Nubal
16


14
Ali Imran ayat 7.Tafsir Pimpinan Rahman
15
Musnad Imam Ahmad
16
Al-Zahabi, Muhammad bin Ahmad (1994).Siyar alam al-nubala.Beirut:Muassasah al-risalah,j8,h105
4O- -Og~-.- 44O^
El^OU4N =U4-^-
+OuLg` e4C-47
7eE^4O`
W-O7q
U4:^-
17 | P a g e


:
Bermaksud: Berkata Imam Malik pada hadith-hadith sifat: lalukannya
sebagaimana ia datang tanpa tafsir.
Ketika Imam Malik Rahimahullah ditanyakan maknanya Istiwa Allah
(bersemayam) di atas Arasy ? beliau lama tertunduk sehingga keluar
keringatnya.Setelah itu Imam Malik mengangkat kepala, lalu beliau berkata:
Persemayaman itu bukan sesuatu yang tdak diketahui.Juga, kaifiat (caranya)
bukanlah hal yang dimengertikan.Sedangkan mengimaninya WAJIB, tetapi
menanyakan hal tersebut adalah bidah
17


2.`Takwil Ibn Abbas (r.a) terhadap ayat 47, Surah al-Dzariyat sebagaimana
diriwayatkan oleh Imam al-Tabari (wafat:310H) dalam tafsirnya:
18


. :
, , , : , :
: ) (
: )(
Bermaksud: Berkata kepada kami Ali, berkata: berkata kepada kami Abu Saleh, berkata:
berkata kepadaku Muawiah, dari Ali, dari Ibn Abbas, katanya: ( (
berkata; dengan kekuasaan
Daripada Mujahid katanya : dengan kekuasaan
2. Takwil al-Imam al-Bukhari mengenai makna al-dhahak Imam al-Baihaqi (wafat 456)
menukilkan riwayatnya mengenai takwilan Imam al-Bukhari:
19


17
Ibn Hajar, Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Hajar al-Asyqalani (t.t).Fath al-Bari, Beirut:Dar ihya al-turath al-
arabi.j7, h915.

18
Al-Tabari, Abu Jaafar Muhammad Bin Jarir (2005).Tafsir al-Tabari,Beirut: Dar al-kutub al-ilmiah, j11,h472
18 | P a g e


Bermaksud: Makna al-dhahak ialah rahmat.
b) Pentakwilan Ayat-ayat Mutasyabihat di kalangan Ulama Khalaf

1. Berkata al-Hafiz al-Iraq Rahimahullah (806h) ketika berkata mengenai wajah
20






Berulang-ulang menyebut wajhullah di dalam al-Kitab dan As-Sunnah.Pada
orang ramai mengenainya terdapat dua mazhab yang mahsyur:
Pertama:Lalukannya sebagaimana datang tanpa kaif, maka kami beriman
dengannya,menyerahkan manusia kepada pemberitahunya, beserta jazam(tanpa
ragu) bahawasanya Allah , dan sesungguhnya sifat allah tidak
menyerupai sfat-sifat makhluk.
Kedua : Mentakwil dengan apa yang layak bagi zatnya yang mulia, dan
dikehendaki dengan wajhun itu ialah al-Maujud
2.




19
Al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Hussain bin Ali(t.t).Kitab al-Asma wal sifat:Kaherah al-Maktabah al-
azhariyyah li al-turath,h433.
20
Al-Airaqi, Abu Fadlh Abd Rahman Al-Husaain (2000).Tarh al-tathrib fi sharh al-taqrib.Beirut : Dar al-kutub al-
Ilmiah; j3,h103.
_Ol4C4 +O;_4 El)4O
O UO_^-
g-4O^e"-4 ^g_
Dan akan kekallah zat Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan
Kemuliaan:


_ e^O^4 El^OU4N LO*:O4E`
/j_g)` E7E4+-g4 _O>4N
/j_^O4N ^@_
Dan aku telah tanamkan dari kemurahanku, perasaan kasih sayang orang
terhadapmu dan supaya Engkau di bela dan dipelihara dengan pengawasanku

19 | P a g e

Kalimah Aini makna asalnya mataku tetapi di takwil kepada
Pengawasanku
3.



Mazhab Khalaf mentakwilkan maknanya istiwa dengan pengertian selayaknya
bagi Allah maka makna istiwa di sisi mereka ialah memerintah dan memiliki arasy
5.1 Kesimpulan Titik Persamaan kedua-dua Mazhab (Salaf dan Khalaf)

Mazhab al-Salaf : Segala sifat Allah diithbatkan dengan makna yang selayaknya bagi
Allah.Maka kita beriman dengan mengikut kehendak Allah dan mentafwidkan maknanya
kepada pengatanya yang benar dan maksum.
Mazhab al-Khalaf :Mentakwil segala sifat Allah mengikut apa yang selayaknya bagi
Allah .
Kedua-dua mazhab ini bersepakat mensucikan Allah dari sifat makhluk.Mereka bertauhid
tanpa tasbih atau tajsim.Tidak berlebihan mentakwil dan menetapkan makna zahir,
kerana ia boleh membawa kepada tajsim.Mereka mengikrarkan segala sifat padanya
hanya rahsia Allah dengan mensucikannya daripada tasybil dan tatil.Kedua-dua mazhab
ini adalah pendokong kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, khilaf yang berlaku hanya secara
lafzi sahaja.



}EuOO- O>4N
+OE^- O4O4-c-
^)
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.


20 | P a g e

6.0 Kesimpulan.

Menurut Ibnu Qudamah al-Maqdisi :
21

Setiap apa yang dari al-Quran atau apa-apa yang sah dari Mustofa alaihssalam
mengenai sifat-sifat Ar-Rahman, wajb beriman dengannya, dan patuh tunduk dan
terima.Hendaklah meninggalkan menolak atau mentakwilnya: mentasybih dan mendatangkan
contoh.Apa-apa yang musykil, wajib menetapkan lafaz dan meninggalkan member makna
padanya, dan kita kembalkan kepada pengatanya dan kami menjadikan pengakuan di atas
pembawanya sebagai mengikut jalan orang-orang yang rasikhin fi al-ilmi:Kami beriman
dengannya bagi apa yang datang dari tuhan kami.
Kedua-dua Metod/Manhaj (salaf dan khalaf) ini saling melengkapi .Jalan yang dibawa
adalah jalan yang selamat dan jauh daripada kesesatan.Menafikan keilmuan mereka seperti
seperti mana yang dibuat oleh sebahagian ulama mutaakhirin dengan mereka menolak mazhab
akidah al-Asyairah mencetuskan perbalahan yang tidak berkesudahan.Segala permasalahan
tauhid telah disepakati oleh ulama terdahulu.Adalah jalan yang paling selamat dengan mengikut
jalan Ulama Salaf dengan tidak menafikan pendapat Ulama Khalaf, mereka bersepakat
mensucikan segala sifat Allah daripada persamaan dengan makhluk dan hakikat pentakwilan
ayat mutasyabihat adalah untuk kemaslahatan umat Islam dan ia dibenar oleh sebahagian ulama
Salaf yang mentakwil beberapa ayat Allah seperti mana yang di lakukan oleh Ulama
Khalaf.Kedua-dua manhaj ini telah banyak membawa kemaslahatan umat Islam.Oleh itu
wajarlah jalan mereka menjadi ikutan umat akhir zaman.Semoga Allah memberikan hidayahnya
dan menjauhkan kita daripada akidah yang terpesong.





21
Ibnu Qudamah al-Maqdisi, Lumah alitiqad al-hadi la sabil al-rashad h5-8.Kitab al-Bayan
21 | P a g e

RUJUKAN

Abdul Qadeer Al-Mandeely(1994). Syeikh Muhammad Abd. Wahhab dan dakwahnya dalam
tokoh-tokoh Mujaddid Islam. Kajang: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor
dan Wilayah Persekutuan(BPPI)
Abdul Hadi Awang(1992).Beriman Kepada Allah.GG Edar,Jalan Pahang.Kuala Lumpur
Ahmad Kamarudin Ibrahim, Ismail Mat Ludin, Khairil Anuar Ahmad(2011)HBQE1103 Ulum
Al-Quran, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.
Ali Jumah (2005). Al-Bayan lima yashghul al-Azhan. Kaherah:al-Maqatam li al-nasyr wa al-
Tauzi, h 140.
Al-Buti, Muhammad Said Ramadhan(1996).Al-Salafiyyah; Marhalah Zamaniyyah Mubarakah
La Mazhaba Islam. Beirut: Dar al- fikr.
Ibn Hajar, Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Hajar al- Asqalani(t.t). Fath al-Bari, Beirut: Dar
ihya al-turath al-arabi.
Ibn Qudamah al- Maqdisi, Lumah alitiqad al-hadi ila sabil al-rasyad, h5-8. Di petik dari kitab
al-Bayan oleh Syeikh Ali Jumaah.
Muhammad Fuad Kamaluddn Al-Maliki(2005).Aqidah Ahli sunnah Wal Jamaah, Sofa
Production.Selangor




22 | P a g e























23 | P a g e