Anda di halaman 1dari 11

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Pengenalan

Dalam tugasan pertama untuk kursus SGRM 3103 iaitu Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ini saya dikehendaki menulis satu artikel mengenai seorang tokoh sastera Bahasa Melayu yan telah ditetapkan oleh pensyarah En. Phat A/L Awang Deng. Tokoh sastera Bahasa Melayu yang telah dipilih ialah penulis veteran iaitu Ishak Bin Haji Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako. Tugasan ini akan membincangkan mengenai latar belakang beliau, sumbangan beliau kepada dunia sastera Bahasa Melayu, hasil karya beliau dan juga anugerah yang diterima oleh beliau. Pak Sako merupakan seorang penulis sebelum Perang Dunia Kedua yang sangat giat menulis. Beliau menghasilkan karya seperti novel, cerpen, esei dan memoir dan hingga ke akhir hayatnya, beliau menulis rencanauntuk akhbar Utusan Melayu di Kuala Lumpur. Zainuddin Maidin, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu sewaktu berucap pada Malam Mengenang Jasa Pak Sako di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 Oktober 1987 mengatakan Ishak Haji Muhammad, Pak Sako atau Hantu Raya kalau dimahkotakan sebagai raja, beliau akan turun dari takhtanya, kalau menjadi Presiden atau Perdana Menteri, beliau akan menghilangkan diri, tetapi diberikan mesin taip, beliau akan menulis sehingga mati.

No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Latar Belakang Tokoh

Ishak Haji Muhammad menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Tengah, Temerloh dalam tahun 1919 sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Clifford di Kuala Lipis dari tahun 1924 1928. Beliau lulus Sijil Persekolahan Cambridge dalam tahun 1929 di Sekolah Inggeris Raub.

Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu, Kuala Kangsar untuk berlatih menjadi pegawai tadbir Melayu (Malay Administrative Service). Pada tahun 1931, beliau bertugas sebagai pegawai dalam latihan selama setahun di Pejabat Daerah Temerloh sebelum ditukarkan ke Pejabat Daerah Bentong sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah pada tahun berikutnya. Dengan itu beliau dilantik sebagai Majistret Kelas III dan pemungut hasil tanah. Setelah berkhidmat selama tiga bulan di Bentong, beliau telah ditukarkan ke Daerah Kecil Rembau, Negeri Sembilan. Kira-kira setahun setengah kemudian, beliau ditukarkan pula ke Kuala Lumpur sebagai Majistret Kelas III sehinggalah beliau meletakkan jawatan tersebut pada tahun 1935.

No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Selepas bebas daripada jawatan kerajaan, Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai Inggeris di Polis Depot dan kemudian beliau mengembara ke seluruh tanah air selama tiga tahun. Sewaktu menjelajah tanah air inilah beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan. Pada tahun 1937, Ishak mula bertugas dengan Warta Malaya, di Singapura sebagai pengarang dan penterjemahan. Dari situ beliau terus meningkatkan kegiatannya dalam bidang penulisan. Pada tahun inilah beliau menghasilkan novel sulungnya yang berjudul Putera Gunung Tahan yang dicetak oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938.

Ishak Haji Muhammad ialah orang pertama yang bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas penerbitan akhbar tersebut. Beliau berhenti dari Warta Malaya pada 1 April 1939 lalu menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang cita-cita beliau untuk menerbitkan sebuah akhbar kebangsaan. Usahanya ini telah mendapat sokongan dan dukungan yang hangat daripada masyarakat dan pada 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu.

Muhammad Haji Ishak adalah antara penulis sebelum Perang Dunia Kedua. Beliau menghasilkan novel, cerpen, esei, dan memoir. Beliau menghabiskan seluruh usianya sebagai penulis rencana Utusan Melayu di Kuala Lumpur. Ishak Haji Muhammad terkenal dengan nama samarannya seperti Pak Sako, Hantu Raya, Isako San dan Pak Pandir Moden. Beliau merupakan tokoh wartawan negara dan pejuang sastera.

No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Pada tahun 1941, Ishak yang terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda(KMM) telah ditangkap oleh pihak British dan dibebaskan apabila Jepun berjaya menakluk Singapura pada tahun yang sama. Beliau kemudian menjadi Ketua Pengarang Berita Malai di samping turut menyumbangkan rencana dan cerpen dalam Semangat Asia dan Fajar Asia. Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 ketika berusia 82 tahun di rumahnya di Kampung Bukit Raya, Kilometer 16, Jalan Hulu Langat kerana diserang angin ahmar. Sebagai menghargai jasa beliauu dalam mempelopori bidang kewartawanan, politik dan sastera, beliau dianugerahkan Tokoh Kewartawanan Negara pada 24 September 1995.

No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Sumbangan Tokoh

Dalam bidang penulisan kreatif, Ishak menghasilkan tidak kurang daripada 23 buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua. Dua buah novelnya Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat sambutan hangat dan beberapa kali diulang cetak. Kedua-dua novel tersebut mencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan sasterawan.

Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel dan cerpen sebagai saluran untuk membakar semangat orang Melayu dan menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi dan sosial. Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya.

Putera Gunung Tahan lahir daripada semangat kebangsaan dan rasa cemburu kepada pengaruh-pengaruh asing khususnya penjajahan Inggeris. Oleh itu novel ini adalah sebuah novel politik yang bertujuan untuk meniup semangat cinta akan tanah air, semangat ingin hidup maju dan bebas daripada belenggu penjajahan.

Novelnya yang berjudul Anak Mat Lela Gila dianggap sebagai novel yang cukup berjaya sebelum Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan keadaan masyarakat Melayu dengan kisah-kisah hasil pengalaman beliau mengembara ke seluruh negara. Watak-wataknya melontarkan
No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

sindiran terhadap sikap tidak adil penjajah Inggeris dan pembesar-pembesar tanah air terhadap masyarakat Melayu.

Satu perkara yang harus kita beri perhatian dalam karya-karya Ishak adalah tentang citacitanya terhadap masyarakatnya masa itu. Pokok persoalannya tetap tentang rakyat jelata, dan beliau berpendapat bahawa setiap cerita mestilah mempunyai mesej dan bertujuan membimbing rakyat ke arah suatu kehidupan yang aman damai, bekerjasama, makmur, mewah, berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti.

Oleh sebab cintanya terhadap bangsa dan negara terlalu besar, maka tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa hampir keseluruhan karya Ishak bercorak didaktik dan idealistik. Sebagai seorang pejuang nasional dan sasterawan, Ishak mempunyai tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan kesusasteraan tanah air.

Kesusasteraan Melayu moden mulai berkembang selepas Perang Dunia Pertama. Pada dasarnya karya sastera pada zaman itu lebih bercorak protes. Tradisi itu mencapai kemuncaknya menjelang Perang Dunia Kedua. Dalam tahap perkembangan Ishak Haji Muhammad muncul sebagai penulis yang paling berjaya menawan hati para pembaca sehingga beliau menjadi lambang zaman itu. Selain itu, Pak Sako pernah menulis skrip filem berjudul Padi Kunca terbitan Filem Negara Malaysia pada tahun 1955. Filem ini yang juga menggunakan suara latar Pak Sako telah memenangi anugerah Golden Harvest dalam satu pesta filem yang berlangsung di Singapura.

No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Hasil Karya Tokoh

Berikut merupakan contoh hasil karya yang ditulis oleh Pak Sako :

No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Novel

Budak Beca, Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman,1957, 173 hlm.(dua penggal), Penggal I, 98 hlm., Penggal II, 75 hlm. Cemburu Celik, Singapura: Geliga Limited, 1957, 19 hlm. Mencari yang Lari, Singapura : Geliga Limited, 1957, 108 hlm. Pengantin Baru, Singapura: Geliga Limited, 1957, 120 hlm. Pertemuan di Sungai, Singapura: Geliga Limited, 1957, 93 hlm. Putera Gunung Tahan, Singapura: Geliga Limited, 1957(cetakan kedua),113 hlm. (cetakan pertama 1937) Selayang Pandang, Singapura: Geliga Limited, 1957 1959, 209 hlm.(dua penggal), penggal I, hlm. 1-84, Penggal II, hlm. 85-209 Judi Karan, Singapura: Geliga Limited, 1958, 132 hlm. Mata-mata Sukarela, Singapura: Geliga Limited, 1959, 123 hlm. Anak Mat Lela Gila, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad,1966 (cetakan ketiga),131 hlm., (cetakan pertama 1941).

Cerpen

Segar, Singapura: Qalam, 1961, 188 hlm

No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Karangan Bunga dari Selatan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1963, 61 hlm

Rintisan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964, 265 hlm

Senda Gila-gila (antologi bersama), Kuala Lumpur, Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1980, 124 hlm

Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm

Memoir Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura: Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency, 1975, 61 hlm

Umum

Pak Pandir Moden di Simpang-simpang Jalan, Kuala Lumpur: Karya Bistari, 1988, 86 hlm

Pepatah Petitih, Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1989 (jilid 1), 283 hlm

No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Anugerah yang Diterima oleh Tokoh Bagi menghargai sumbangan serta jasanya terhadap kesusasteraan Melayu moden, maka pada 29 Jun 1973, Universiti Malaya menganugerahi beliau Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan. Pada 29 Mei 1976 pula, Ishak dianugerahkan gelaran Pejuang Sastera oleh Perdana Menteri Malaysia berserta hadiah wang tunai RM10 000.00 dan watikah penghargaan. Walau bagaimanapun, Pak Sako telah menolak anugerah Budayawan GAPENA 1987 atas sebab-sebab tertentu.

No Matrik : 210216

SGRM 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Penutup Alhamdulillah selesai juga tugasan yang telah diberi. Dalam melengkapkan tugasan ini banyak hasil karya nukilan Pak Sako yang telah saya baca dan kaji. Kebanyakan hasil nukilan beliau mengandungi semangat nasionalis yang tinggi. Perjuangan beliau dalam penulisan haruslah dipuji dan dijadikan contoh oleh penulis-penulis yang lain. Semoga segala semangat perjuangan Pak Sako yang diterjemahkan dalam hasil karya beliau dapat kita tanam dalam diri kita dan keluarga. Akhir kata marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau dan berdoa semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

No Matrik : 210216

Anda mungkin juga menyukai