Anda di halaman 1dari 15

KAJIAN TINDAKAN MENGENAI PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER (PENGGUNAAN PERISIAN POWER POINT INTERAKTIF) MAMPU MENARIK MINAT PELAJAR

TERHADAP MATAPELAJARAN MATEMATIK SEMASA SESI PENGAJARAN DI SK KEPONG BARU, KUALA LUMPUR.

Disediakan oleh, UTHAYA CHANDRIKA RAMIAH (M 20111000094)

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada, Prof.Dr. Marzita binti Puteh, selaku, pensyarah Kursus Contemporary Issues in Mathematics Education (KMP 6063), atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh mengikuti kursus ini. Turut dihargai, pentadbir, guru-guru dan murid-murid, SK Kepong Baru, Kepong Baru, Kuala Lumpur atas kerjasama mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya yang banyak membantu dan berkongsi idea serta ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan. Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek mini ini.

KAJIAN TINDAKAN MENGENAI PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER (PENGGUNAAN PERISIAN POWER POINT INTERAKTIF) MAMPU MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP MATAPELAJARAN MATEMATIK SEMASA SESI PENGAJARAN DI SK KEPONG BARU, KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang matematik melalui penggunaan teknologi (penggunaan perisian power point) semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Responden terdiri daripada pelajar tahun 6 di SK Kepong Baru, Kepong Baru, Kuala Lumpur. Responden merupakan pelajar 6 Cerdas, iaitu, aliran sederhana dan lemah. Keputusan Matematik yang diperoleh oleh mereka semasa Ujian Pengesanan 1 yang diadakan pada bulan Mac yang lalu, adalah , diantara gred D dan E (gagal). Penyelidik akan bertindak sebagai instrumen yang utama di dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara pembolehubah yang penggunaan teknologi dan ransangan positif terhadap minat pelajar.

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pernyataan masalah Tujuan kajian Objektif kajian Persoalan kajian Hipotesis kajian Batasan kajian 5 6 6 6 6 6

2.0

TINJAUAN LITERATUR

3.0

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 Pengenalan Populasi dan sampel Prosedur 8 8 9

4.0

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 4.2 Analisis data Refleksi kajian 11 11

5.0

PERBINCANGAN

12

BIBLIOGRAFI

13

LAMPIRAN 4

14

1.PENGENALAN Bab ini menerangkan mengenai latar belakang penyelidikan berkaitan pencapaian Matematik sekolah rendah di Malaysia. Berdasarkan tajuk kajian penyelidikan ini, pernyataan masalah, kepentingan, objektif, persoalan, hipotesis penyelidikan dan batasan penyelidikan akan diterangkan di dalam bab ini yang mengkhususkan kepada kelemahan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia.

1.1 Latar belakang penyelidikan Guru sebagai pendidik kepada para pelajarnya bertanggungjawab terhadap pencapaian mereka. Di negara maju dan membangun, penggunaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah diterima oleh, pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan. Di Malaysia, penggunaan pengajaran berbantukan komputer, telah digunakan secara meluas dalam kalangan guru sains dan matematik (Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Kajian-kajian yang lepas menunjukkan bahawa PBK memainkan peranan yang besar dalam pengajaran Matematik. Ia juga berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Matematik. 1.2 Pernyataan masalah Matapelajaran Matematik didapati sukar untuk dipelajari serta kurang diminati bagi kebanyakan pelajar. Oleh yang demikian, pelbagai kaedah pembelajaran perlu untuk meningkatkan pengetahuan dan penguasaan pelajar terhadap sesuatu konsep.Kepelbagaian kaedah pengajaran dapat membantu pelajar yang memiliki kebolehan dan potensi yang berbeza. PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer) dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk meningkatkan potensi mereka. Kaedah pembelajaran berbantukan komputer ini dapat membantu guru mengatasi masalah mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza. Menurut Jean Piaget (1950), kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Rashidi (1986), berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang menyenorokkan untuk pelajar. Menurut beliau lagi, guru berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing yang bertanggungjawab memberi garis panduan kepada pelajar untuk menggerakkan dan menghidupkan perbincangan dan penerokaan ilmu. Oleh yang demikian, kaedah ini wajar

dijalankan bagi meninjau keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. 1.3 Tujuan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian power point interaktif) dalam menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Matematik dalam kalangan pelajar dan peranan guru sebagai pembimbing dalam mengukuhkan ilmu. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti sama ada : Penggunaan perisian power point interaktif (PBK) boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar pada tahap yang tinggi terhadap pelajaran Matematik. 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab ialah ; i. Adakah pengajaran penggunaan perisian power point interaktif (PBK) dapat memupuk minat dan motivasi pelajar yang tinggi dalam pembelajaran Matematik. 1.6 Hipotesis Kajian Dalam kajian ini hipotesis yang ingin dikajikan adalah: Tidak terdapat perbezaan minat murid yang signifikan di antara pelajar yang didedahkan dengan pembelajaran berbantukan komputer dan pelajar yang diajar dengan kaedah tradisional selepas eksperimen. 1.7 Batasan Kajian 1.7.1 Kekurangan sokongan teknikal dianggap sebagai penghalang kepada guru di dalam penggunaan ICT dalam pengajaran. Guru juga cuba mengelakkan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran kerana kebimbangan berlaku kerosakan teknikal yang tidak boleh diperbetulkan dan menjadikan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak berjaya. 1.7.2 Kekurangan masa turut menjadi penghalang di sekolah. Keputusan mengesahkan penemuan Fabry & Higgs (1997), dan Preston et al. (2000) yang mendapati kekurangan masa untuk meneroka ICT dan menyediakan sumber ICT untuk pengajaran sebagai halangan dalam penggunaan ICT di sekolah. Guru kadang-kadang tidak dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara efektif 6

menggunakan teknologi kerana mereka tidak mempunyai masa yang diperlukan untuk menyediakan sumber ICT untuk pengajaran. 1.7.3 Di samping itu, guru beranggapan mempunyai pengetahuan yang terhad untuk menggunakan sepenuhnya ICT, atau untuk mengintegrasikan ICT sepenuhnya dalam pengajaran.

2.0 TINJAUAN LITERATUR.

2.1 PENGENALAN Bab ini akan meninjau tentang hasil kajian yang berkaitan dengan keberkesanan pembelajaran terhadap minat pelajar untuk mempelajari Matematik berbantukan komputer dalam pengajaran. Aspek yang dibincangkan ialah penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer dan kesannya terhadap minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Matematik. 2.2 Kajian Literatur Di dalam kajian tindakan, guru bertindak sebagai penyelidik. Meskipun banyak dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari pihak universiti, terdapat teori yang tidak sepadan sepenuhnya memandangkan terdapat perbezaan sampel. Oleh itu, guru yang menjalankan penyelidikan dapat memberi dapatan yang diperolehi dari kajian mereka untuk memperkayakan maklumat mengenai hal yang sama tetapi dari responden yang berbeza kawasan kajiannya. Hasil kajian yang berkaitan minat pembelajaran berbantukan komputer akan dibincangkan dalam bab ini.

2.3 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah amatlah digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat pelajar ialah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu. 7

Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut : Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan insipirasi dan meningkatkan minat.

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Banyak kajian lepas yang menunjukkan bahawa terdapat kesan positif dalam penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada mengesan keberkesanan penggunaan perisian yang dibina berdasarkan perisian Power Point dapat membantu meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Kaedah penyelidikan kualitatif iaitu kajian tindakan dipilih untuk memastikan kebenaran kaedah ini. Kajian tindakan membantu guru memahami amalan serta menambah baik amalan, malah membantu menyesuaikan amalan dengan perubahan yang berlaku di luar serta mengubah apa yang berlaku di luar bagi menambah baik amalan (Noraini Idris, 2010). 3.2 Populasi dan sampel Sampel adalah terdiri dari pelajar tahun 6 di SK Kepong Baru, Kepong Baru, Kuala Lumpur. Responden merupakan 33 orang calon UPSR 2012 dan keputusan Matematik yang diperoleh oleh mereka semasa Ujian Pengesanan 1 (diadakan pada bulan Mac) ialah di antara gred D dan E. 3.3 Instrumen Penyelidikan Penyelidik akan bertindak sebagai instrumen yang utama di dalam kajian ini. Justeru itu, penyelidik akan menjalankan pemerhatian sepanjang kajian dijalankan. Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan penyelidikan ini, penyelidik memilih untuk menjalankan kaedah triangulasi dan pemerhatian guru. Antara instrumen lain yang digunakan adalah: 3.3.1 Borang Soal Selidik Soal selidik dijalankan ke atas pelajar kumpulan eksperimen sahaja selepas tamat penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer menggunakan perisian Power Point selama dua minggu. Soal selidik ini bertujuan meninjau minat pelajar terhadap penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer menggunakan 8

perisian Power Point yang telah mereka lalui. Item soal selidik kajian mengandungi 29 item (Lampiran 1) yang dikemukakan berdasarkan skala Likert.

3.4 Prosedur Pengumpulan Data Analisis data dillakukan dengan menentukan skor bagi soal selidik yang telah dijalankan. Skor-skor yang diperolehi dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu, baik, sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam jadual dibawah:

Jadual 1 : Skor Minat SKOR 3.4 5.0 1.8 3.3 1.0 1.7 TAHAP MINAT Tinggi Sederhana Rendah

Pemerhatian awal akan dijalankan oleh penyelidik sendiri berdasarkan respon pelajar di dalam bilik darjah dan tugasan yang ditugaskan ke atas mereka. Aktiviti pengajaran selepas itu akan dijalankan dengan guru mula memberi motivasi dan senyuman sebelum memulakan pengajaran. Komputer digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi melihat respon (minat) pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut. Pelajar yang berjaya memberi respon yang dikehendaki akan diberikan pujian dan yang gagal memberikan jawapan yang betul akan diberi galakan untuk mencuba di masa akan datang. Pelajar akan diberikan tugasan dan penyelidik akan membuat pemerhatian atas hasil tugasan mereka.

3.5 Kepentingan Penyelidikan Kajian ini diharapkan dapat memperlihatkan keberkesanan dalam pembelajaran berbantukan komputer bagi proses pengajaran dan pembelajaran dengan menarik minat pelajar dalam menguasai kemahiran dan konsep Matematik. Pembinaan perisian interaktif ini diharap dapat membantu pelajar yang cerdas (sebagai aktiviti pengayaan), dan pelajar yang sederhana serta lambat (sebagai pengukuhan dan pemulihan).

Kajian ini juga penting kepada guru Matematik, pelajar dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.Kajian ini membolehkan guru mengenalpasti dan menggunakan kaedah yang lebih sesuai dalam pengajaran. Tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran Matematik bahawa Matematik itu mudah dan menyeronokkan untuk dipelajari juga diharap dapat berubah melalui kajian ini.

HASIL KAJIAN 4.1 PENDAHULUAN Dalam bab ini pengkaji membentangkan hasil kajian yang telah diperoleh daripada penganalisisan data menerusi soal selidik yang telah dijalankan menggunakan peratusan dan kekerapan.

4.2 ANALISIS BAGI MINAT Analisis data dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian power point interaktif) dalam meningkatkan minat pelajar terhadap matematik bagi kumpulan eksperimen sebelum dan selepas kajian.

Jadual 2 : Minat pelajar terhadap Matematik sebelum kaedah PBK (Kumpulan Eksperimen) Minat Kurang Sederhana Tinggi Jumlah Kekerapan 3 14 16 33 Peratusan 9.1 42.4 48.5 100.0

Berdasarikan jadual diatas, didapati minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik bagi kumpulan sampel sebelum penggunaan pembelajaran berbantukan komputer (penggunaa perisian power point interaktif) adalah 16 orang sangat minat, 14 orang pelajar mempunyai minat sederhana dan 3 orang pelajar kurang berminat.

10

Jadual 3 : Minat pelajar terhadap Matematik selepas kaedah PBK (Kumpulan Eksperimen) Minat Kurang Sederhana Tinggi Jumlah Kekerapan 0 9 24 33 Peratusan 0.0 27.3 72.7 100.0

Jadual 3 diatas, menunjukkan minat pelajar terhadap Matematik selepas pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian power point interaktif). Didapati bilangan pelajar yang kurang berminat menyusut kepada 0, manakala respon terhadap minat yang sederhana dan tinggi masing masing mencatatkan 27.3% dan 72.7%. Berdasarkan perbandingan antara jadual 2 dan jadual 3, didapati terdapat perubahan peningkatan minat pelajar terhadap Matematik selepas pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian power point interaktif). Jadual 3 menunjukkan dengan jelas minat yang sangat tinggi dalam kalangan pelajar terhadap Matematik selepas kajian dijalankan. Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian power point interaktif) dapat meningkatkan minat pelajar secara positif terhadap Matematik.

PERBINCANGAN Berdasarkan hasil kajian daripada analisa soal selidik, didapati bahawa persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian power point interaktif) adalah positif, dimana, kaedah ini dapat membantu meningkatkan pemahaman dan menguasai konsep Matematik dengan lebih berkesan. Di samping itu, kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang kreatif serta menyeronokkan dan dapat menarik pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran Matematik.

11

RUJUKAN 1. Noraini Idris (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan . McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. 2. Janice CH Sim & Lau Bee Theng. Teachers perceptions of the use of ICT as an instructional Tool in Mathematics and Science.Swinburne University of Technology, Sarawak, Campus, Malaysia. 3. Aszoura Binti Muhamed Salleh. Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (penggunaan perisian power point interaktif) terhadap peningkatan penguasaan konsep Sains dalam Tajuk Sel untuk Sains Tingakatan Satu.Fakulti Sains dan Pendidikan Asas, Universiti Terbuka Malaysia.

12

LAMPIRAN 1

Borang Kaji Selidik Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Matematik Di SK Kepong Baru Salam sejahtera, i. Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang minat pelajar terhadap matapelajaran matematik di sekolah menengah. ii. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu penyelidik untuk mendapat data kajian. iii. Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN. iv. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda berdasarkan skala 1, 2, 3, 4, atau 5.


Bahagian II : Kajian Yang Dibuat Kepada Responden.

Skor nilai Amat Tidak Bersetuju (ATS) Tidak Setuju (TS) Setuju (S) Sangat Setuju (SS) Amat Sangat Bersetuju (ASS)

Skor 1 2 3 4 5

A. Berkaitan minat terhadap matematik. 1 1 Saya menyukai mataspelajaran matematik sejak di pra sekolah r lagi. Saya dapat meningkatkan motivasi diri apabila belajar matematik. Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar matematik setaip 13 2 3 4 5

2 3

hari. 4 Saya rasa seronok apabila dapat menjawab soalan matematik dengan betul. Bagi saya matematik sangat mudah sekiranya memahami konsep. Saya dapat mendisplinkan diri saya apabila mempelajari matematik. Matematik membantu saya kerana tidak perlu menghafal fakta. Matematik membantu saya cara berfikir untuk menyelesaikan masalah. Saya di peluang untuk meneroka ilmu baru matematik di dalam kelas. Saya rasa seronok apabila memasuki kelas matematik

6 7 8

9 10

A. Berkaitan minat terhadap latihan matematik. 1 11 12 13 Saya suka membuat latihan matematik kerana dapat 2 3 4 5

meningkatkan kemahiran saya. Saya suka membuat latihan matematik di waktu lapang. Ibubapa saya mendorong / mebimbing saya dalam membuat latihan matematik. Saya buat latihan matematik yang kerap dapat meningkatkan markah saya dalam peperiksaan. Saya suka membuat latiahan matematik bersama rakan-rakan. Saya suka membaut latihan matematik disebabkan pengaruh rakan-rakan. Setiap kali saya membuat latihan matematik saya rasa puas hati apabila menyelesaikan tugas saya. Saya akan cuba dapatkan latihan matematik melalui blog dan website.

14 15 16

17

18

14

19 20

Melalui latihan matematik, saya dapat meneroka ilmu baru. Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam matematik memalui latihan yang saya selesaikan.

B. Berkaitan minat terhadap guru matematik. 1 21 22 23 Saya rasa seronok bila guru menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer semasa menagajar. Penampilan guru dapat menarik minat saya dalam matematik. Saya rasa seronok dengan pengajaran guru dalam kelas mengunakan ICT.(Komputer) Saya rasa seronok belajar matematik kerana guru saya 2 3 4 5

24

mengajar secara kreatif. Guru mengambil berat apabila saya mengahadapi masalah dalam menyelesaikan masalah matematik. Saya di layani dengan baik semasa guru mengajar di dalam kelas.. Guru memberi latihan sesuai dengan kebolehan saya. Guru pandai memberi semangat kepada saya matematik. Guru matematik saya selalu memberi pujian setiap kali dapat menjawab soalan dengan betul. untuk belajar

25

26 27 28

29

15

Anda mungkin juga menyukai