Anda di halaman 1dari 4

KURSUS :

QSI 3161 FUTSAL

PENULISAN ILMIAH FUTSAL

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD IKHWAN BIN RAMLI (D20111049213) ABDUL HADI BIN AZMI (D20111049237) PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER 2 GROUP A

NAMA PENSYARAH :

ENCIK OMAR BIN MD SALLEH

Penulisan Ilmiah 1.0 Pengenalan Futsal merupakan satu bentuk permainan bola sepak dalam dewan yang terletak di bawah seliaan badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fdration Internationale de Football Association (FIFA). Perkataan Futsal berasal daripada bahasa Portugis futebol de salo, dan bahasa Sepanyol ftbol de saln bermaksud bola sepak dalam dewan. Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. 1.1 Sejarah Futsal Dunia 1.1.1 Futsal dicipta di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Kejohanan antarabangsa pertama pada tahun 1965, Piala Amerika Selatan pertama dimenangi Paraguay . Enam kejohanan Piala Amerika Selatan berikutnya diadakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu bersih oleh Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama pada tahun 1980 dan menang lagi pada kejohanan berikutnya pada tahun 1984. Kejohanan Dunia Futsal pertama diadakan di Sao Paulo, Brazil, pada tahun 1982, juga dijuarai Brazil. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejohanan Dunia ke-2 tahun 1985 di Sepanyol, tetapi akhirnya tewas kepada Paraguay dalam Kejohanan Dunia ke-3 tahun 1988 di Australia.

2.0

Kemahiran Hantaran jauh 2.1 Hantaran jauh merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain futsal. Hantaran jauh merupakan salah satu variasi hantaran di dalam permainan futsal. Kaedah ini memerlukan teknik yang betul ketika membuat hantaran jauh dan teknik kawalan juga perlu disesuaikan ketika menerima bola. Di antara teknik hantaran jauh ialah menghantar bola menggunakan bahagian hujung kaki dan bahagian luar kaki. 2.2 Teknik kemahiran hantaran jauh: 2.2.1 Pemain melakukan hantaran jauh menggunakan hujung kaki atau bahagian luar kaki kepada rakan. 2.2.2 Pemain mengawal bola dengan menggunakan kaki, paha, dada atau kepala. 2.2.3 Pemain saling melakukan hantaran anatara satu sama lain. 2.2.4 Pemain cuba membuat hantaran menggunakan kedua-dua belah kaki(kiri dan kanan).

3.0

Undang-undang dan peraturan permainan 3.1 Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30% 3.2 5 pemain 3.3 Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil flying 3.4 Sepakan ke dalam 3.5 Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama 3.6 Masa dijaga oleh penjaga masa 3.7 20 minit separuh masa dengan 1 time-out untuk setiap pasukan setiap separuh masa 3.8 Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw) 3.9 Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle) 3.10 Peraturan 4 saat untuk mula main 3.11 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan wall 3.12 Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada. 3.13 Hanya sekali tolak balik atau backpass dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan. 3.14 Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.

4.0

Kesimpulan 4.1 Secara tuntasnya, sukan futsal, QS1 3161 merupakan subjek yang sesuai untuk perkembangan fizikal siswa dan siswi. Di samping itu, kami didedahkan dengan pelbagai jenis kemahiran, teknik dan taktik untuk bermain futsal secara bijak. Tertakluk kepada persetujuan persatuan-persatuan berkenaan dan dengan syarat prinsip-prinsip undang-undang ini dipatuhi, undang-undang ini boleh diubahsuai dalam perlaksanaannya bagi perlawanan untuk pemain-pemain 16 tahun, pemain futsal wanita, pemain veteran (lebih dari 35 tahun) dan pemain kurang upaya. Tambahan pula, pelajar juga dapat didedahkan dengan undang-undang permainan futsal yang digunakan dalam peringkat antarabangsa. Selain daripada itu juga, melalui permainan futsal khususnya dapat memberi pendedahan kepada para

pemain mengenai pengurusan pasukan yang baik dan cara untuk mengendalikan sesuatu kejohanan. Melalui penglibatan dalam futsal ini juga, pemain dapat meningkatkan diri dengan teknik dan strategi permainan futsal. Di samping itu juga, para pemain dapat meningkatkan diri mereka dengan teknik dan strategi permainan futsal. Sebagai seorang bakal guru atau jurulatih futsal yang cekap, berwibawa, dan professional seharusnya membawa watak dan pembangunan sahsiah diri yang sesuai dengan profesion perguruan. Hal ini dapat disimpulkan bahawa, melalui penglibatan diri dalam permainan futsal banyak memberi faedah di samping dapat meningkatkan kecergasan dalam diri seseorang pamain futsal teritamanya kepada siswa dan siswi universiti melalui aktiviti yang dijalankan. Akhir kata, saya amat bersyukur kerana dapat menghasilkan buku log ini. Hal ini demikian kerana, penghasilan buku log ini bertujuan untuk melengkapkan kursus ini sebagai sebagai tanggungjawab untuk melunaskan tugasan dan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan sukan futsal ini. Akhir kata majulah sukan untuk negara