Anda di halaman 1dari 3

www.alraufi.blogspot.

com


* *



Inilah Kitab Yang Bernama
Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang
Yang Melengkapi Akan Masalah-Masalah Mutiara dan Berharga * Karangan Al-'Alim *
Iaitu Tuan Syeikh Daud ibn 'Abdullah Al-Fatoni
Semoga Allah mengampuni Baginya Amin
Kemudian Amin

www.alraufi.blogspot.com


MUNYATUL MUSOLLI
(Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang)

01 MUQADDIMAH

5
Ku mulai risalah ini dengan Nama Allah yang Amat Murah lagi Amat Mengasihani akan
hambaNya yang Mukmin di dalam negeri akhirat.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Tuhan yang menjadikan sembahyang, yakni
sembahyang lima waktu ini, jalan segala orang yang muttaqin (orang yang takut kepada Allah
dengan mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya).


Dan Tuhan yang menjadikan di dalam sembahyang itu sejuk mata hati Penghulu segala
mursalin (Rasul-rasul), yakni dijadikan sejuk mata hati Nabi j dengan musyahadah (melihat
dengan mata hati) akan (kebesaran) Tuhannya di dalam sembahyangnya, dan menjadikan
sembahyang itu satu rukun daripada rukun agama (Islam).


Dan menjadikan padanya (sembahyang) dapat lazat manis khidmat sembahyang yang
menempati syurga yang disegerakan di dalam dunia bagi segala hambaNya yang muhibbin (yang
mengasihiNya), dan tempat galian segala rahsia daripada bagi tajalli Allah bagi orang yang
asyiqin, yakni rindu mereka itu akan mahbubnya (kekasihnya iaitu Allah).


Dan rahmat Allah dan salamNya atas penghulu kita, Nabi Muhammad j, pesuruh Tuhan
sekalian alam dan yang memberi syafaat ia akan segala orang yang berdosa pada hari kiamat.
2

www.alraufi.blogspot.com
MUNYATUL MUSOLLI
ASY-SYEIKH DAUD IBN ABDULLAH AL-FATONI t



Dan atas segala keluarganya, dan segala sahabatnya, dan segala ikutannya daripada anak
buahnya yang suci mereka itu, akan rahmat dan salamNya yang berkekalan keduanya hingga hari
kiamat.



Dan adapun kemudian dari itu, maka ketahui oleh kamu, hai segala orang yang Muslimin!
Telah memberi faham akan kami dan akan kamu Allah I dan mengilhamkan kami dan kamu
cerdik dan lindungkan daripada kejahatan diri kita.


Bahawasanya, sembahyang lima waktu itu tiang agama dan yang terlebih besar kejadian
rukun Islam yang lima perkara, kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah.



Dan tempatnya daripada agama seperti tempat kepala daripada tubuh. Maka seperti
bahawasanya, tiada hidup bagi orang yang tiada kepala baginya. Maka demikianlah, tiada agama
bagi orang yang tiada sembahyang baginya. Demikian telah datang pada beberapa hadits Nabi j.


) :
(
Maka menjadikan kami Allah I dan akan kamu daripada orang yang memeliharakan atas
sembahyang yang lima waktu dan orang yang muqim (mendirikan dan memelihara) bagi
sembahyang, yakni mendirikan dan memelihara akan dia. Lagi orang yang khusyu padanya,
yakni tetap hatinya dan anggotanya di dalam sembahyang. Lagi yang mengekalkan atas
sembahyang, yakni tiap-tiap sudah sembahyang mencita ia hendak mengerjakan sembahyang
yang keduanya. Demikianlah selama-lama.

Anda mungkin juga menyukai