Anda di halaman 1dari 20

INI ADALAH CONTOH SAHAJA

PENTERNAKAN KAMBING PEDAGING


SECARA SISTEM INTENSIF (FIDLOT)
DAN
SEPARA INTENSIF

DI

JENDERAM, SELANGOR

ARAH PADU ENTERPRISE


+NO. PENDAFTARAN 000975876-X
Tingkat 2, 3374, jalan 18/31,Taman Seri Serdang
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel/Fax : 603 89619713
e-mail ssufiann@agribazaar.com.my
PENGENALAN 3

LATAR BELAKANG KAWASAN


4

OBJEKTIF SYARIKAT
4

OBJEKTIF KERTAS KERJA


4

PLAN PEMASARAN
5

PENGURUSAN SYARIKAT
7

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT


8
HARTA SYARIKAT 9
Harta Tetap
Harta Semasa

MODAL AWAL PROJEK YANG DIJALANKAN


11

KONSEP PENTERNAKAN
14

SISTEM PENTERNAKAN
14

ANGGARAN PERBELANJAAN / MODAL UNTUK


MEMBESARKAN PROJEK TERNAKAN KAMBING
17

INFRASTRUKTUR
18

2
DAYA MAJU PROJEK
18

KESIMPULAN 19

LAMPIRAN/RUJUKAN

3
PENGENALAN

Keperluan daging kambing negara.

Amnya permintaan terhadap komoditi ini terus meningkat dari tahuan


ke setahun, sepertimana yang ditunjukkan oleh data berikut.

Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

Tahun 2002 2003 2005 2010


Pengeluaran 1.21 1.30 1.50 2.18
Permintaan 15.10 15.60 16.80 21.30
KSD(%) 8.01 8.33 8.93 10.23

Jabatan berpendapat, perlunya ada satu system pengeluaran yang


produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan punca
tempatan dalam masa yang terdekat. Bermakna asas baka kambing
yang sedia ada perlu digembeling ke dalam usaha pembangunan ini
dan bagi mengurangkan pengantungan bekalan baka daripada luar
negara, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan impot
barangan makanan.

4
LATAR BELAKANG SYARIKAT

Arah Padu Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 1992. Syarikat ini
banyak menumpukan aktiviti pembinaan / ubahsuai bangunan secara
kecil-kecilan dan pengangkutan.

Syarikat mempunyai kontrak untuk menghantar suratkhabar dengan


The New Straits Times Press (M) Bhd yang bermula daripada tahun
2001 hinggalah sekarang ini.

Walaupun bidang penternakan ini baru bagi syarikat ini, namun


kemahiran untuk menjalankan penternakan ini datangnya daripada
salah seorang rakan kongsi syarikat yang mempunyai pengalaman
selama hampir 15 tahun dalam bidang penternakan.

Penternakan kambing telah bermula pada bulan November 2004


dengan permulaan sebanyak 10 ekor. Sehingga pada tarikh ini jumlah
kambing yang dipelihara telah ditambah menjadi 20 ekor kesemuanya.

Oleh dengan itu, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk


menceburkan diri dalam bidang penternakan ini adalah satu tindakan
yang boleh mendatangkan keuntungan kepada pihak selain daripada
memenuhi permintaan terhadap daging kambing.

OBJEKTIF SYARIKAT

Selama ini syarikat menumpukan kepada pekhidmatan pengangkutan


dan juga pembinaan / ubahsuai, walaubagaimanapun pihak syarikat
telah membuat satu pelaburan dalam bidang penternakan dengan
membela kambing bagi.

Sehubungan dengan itu pihak syarikat telah melaburkan sejumlah


modal dan telah membina kandang kambing di Balakong, Sg Besi.
Pada masa sekarang terdapat lebih kurang 20 ekor kambing yang
dipelihara.

Pada masa akan datang syarikat bercadang akan meluaskan dan


mengembangkan lagi bidang penternakan kambing ini dengan cara
menyewa tanah bagi membina kemudahan kandang yang lebih besar.

5
OBJEKTIF KERTAS KERJA

Tujuan utama kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapat pinjaman
modal tambahan bagi memperbesarkan lagi perniagaan ini. Modal
akan digunakan untuk menambahkan bilangan kambing yang diternak,
membeli mesin perincih makanan (rumput gajah) dan bagi membeli
makanan tambahan untuk kambing) pallet PKC/PKE).

PELAN PEMASARAN

Pihak syarikat akan menjual sendiri ternakan. Kriteria yang digunakan


bagi menentukan masa jualan ialah berat hidup. Kambing boleh mula
dijual apabila mencapai berat badan antara 30 - 35 kg.

Keyakinan bahawa daging kambing sentiasa mendapat pasaran adalah


tinggi memandangkan permintaan terhadap daging kambing tempatan
yang segar sentiasa ada dan bekalan di pasaran pula adalah tidak
mencukupi.

Selain daripada itu konsep pemasaran seperti berikut juga akan


dijalankan bagi menjual hasil daging kambing.

Pendekatan yang diambil adalah seperti:

a. Jualan sendiri:

menjual kambing hidup kepada sesiapa yang


dirasakan sedia menawarkan harga yang baik dan
menguntungkan.

b. Melalui Jabatan:

Pegawai Penyelaras Projek (TAC) boleh membantu


untuk menjual ternakan kepada pembeli yang lebih
besar seperti FAMA atau Syarikat
Pembeli/Penyembelihan kambing yang besar dengan
mengambil kira kos pengangkutan.

c. Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani:

Penjualan dilakukan melalui timbangan berat hidup.


Harga kambing yang dipelihara secara fidlot adalah
lebih tinggi daripada kambing biasa, kerana mutu
dagingnya lebih baik.

6
Contoh pengiraan jualan kambing secara terus :

Harga belian : RM300

Berat awal kambing : 20kg (a)

Berat akhir kambing : 35kg (b)

Kadar kenaikan berat :b–a = 20kg

Harga pasaran : RM16.00 – RM21.00 / kg

Purata harga : RM18.00

Jumlah jualan : RM18.00 x 35 = RM630.00

Kos bagi 6 bulan/ekor = RM100.80

Untung kasar = RM630.00 – RM100.80 = RM529.20/ekor

Untung bersih = RM529.20 – RM300* = RM229.20/ekor

Nota : * anggaran harga belian awal kambing pedaging

7
PENGURUSAN SYARIKAT

Pengurus Besar - Pentadbiran dan Kewangan

Mohd Sufian bin Kasim

Dilahirkan di Negeri Sembilan, berumur 38 tahun. Berkelulusan Ijazah


Sarjana Muda (kepj.) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran dan Kewangan syarikat.
Pengalaman beliau dalam bahagian pentadbiran dan kewangan banyak
membantu dalam pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu beliau
juga mempunyai pengalaman selama lebih kurang 8 tahun menternak
lembu milik keluarga.

Pengurus Projek Ternakan

Aziz bin Ri

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur, berumur 40 tahun. Beliau adalah


pengasas syarikat Arah Padu Enterprise. Mempunyai pengalaman
dalam bidang perniagaan kejuruteraan, pengangkutan. Selain daripada
itu beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pertanian
dan juga penternakan. Telah mengikuti kursus penternakan lembu
kelolaan Jabatan Haiwan di Pusat Latihan Vaterinar, Cermin Kiri,
Trengganu.

Pengurus Pemasaran

Mejar (B) Sarmidi bin Marjudin

Beliau adalah seorang bekas pegawai tentera yang telah berkhidmat


selama lebih 22 tahun. Lulusan Maktab Turus Angkatan Tentera dan
mempunyai Diploma dalam Pengajian Strategik dan Keselamatan.
Mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mejayakan projek ini. Bidang
pemasaran adalah salah satu daripada kemahiran beliau.

Beliau juga adalah salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Dewan


Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Hubungan baik dengan
ahli-ahli dewan membolehkan beliau memasarkan produk syarikat
dengan lebih luas lagi.

8
Disiplin yang ada pada beliau adalah begitu tinggi dan selalu
mengendalikan kerja secara teratur dan professional.

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT ARAH PADU


ENTERPRISE

PENGURUS
BESAR

PENTADBIRAN PENGURUS PENGURUS


& TERNAKAN PEMASARAN
KEWANGAN

9
HARTA SYARIKAT

Pada masa sekarang syarikat mempunyai dua buah lori (3 tan dan 1
tan) dan sebuah van yang dimiliki sepenuhnya, kandang kambing dan
kambing induk dan baka.

HARTA TETAP

Perkara Nilai (RM)

Lori 35,000.00

Lori 15,000.00

Kandang kambing 6,000.00

Kambing 22,800.00

-----------------------------------------------------------

Jumlah 78,800.00

===================================

10
HARTA SEMASA

ORANG BERHUTANG

The New Straits Times Press RM19,900.00

DEPOSIT

Baki di bank setiap bulan untuk kegunaan = RM2,434.00 tiap bulan.

11
MODAL AWAL BAGI PROJEK YANG DIJALANKAN

Pihak syarikat telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan


modal untuk memulakan projek ternakan kambing ini. Modal yang
dikeluarkan adalah untuk membina kandang kambing, membeli baka
kacukan dan tempatan (induk dan baka).

Sehingga sekarang ini syarikat mempunyai sejumlah 24 ekor kambing


yang dipelihara.

Perkara Nilai (RM)

Kandang kambing 6,000.00

Belian kambing 10,000.00

-------------------------------------------------------

Jumlah 16,000.00

======================================

12
UNTUNG RUGI

BULANAN

Perkara Debit/bulan
Kredit/bulan

Servis pengangkutan akhbar NSTP 9,950.00

Percetakan Keselamatan Negara 500.00

Minyak / tol 1,720.00

Gaji pekerja 2,200.00

Telefon 150.00

Servis kenderaan 200.00

Bil bulanan :

i. Kereta 480.00

ii. Rumah 750.00

iii. Southern Bank 1,016.00

iv. Kad kredit 1,500.00

----------------------------------------------------------------------------------

Jumlah 10,450.00

8,016.00

----------------------------------------------------------------------------------

Jumlah bersih 2,434.00

=======================================
==============

13
TAHUNAN

Cukai jalan/ Insuran (setahun)

Lori Mitsubishi 1,527.00

Lori Hicom 1,118.00

Van Toyota 359.00

Kereta 394.30

------------------------------------------------------

Jumlah 3,398.30

14
KONSEP PENTERNAKAN

Tujuan

Tujuan utama pihak syarikat memelihara kambing adalah untuk


mendapatkan baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk
dan dijual untuk pengeluaran daging.

Penggemukan (Fattening)

Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan


hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-
kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.

SISTEM PENTERNAKAN

Pada masa ini pihak syarikat telah mengamalkan sistem penternakan


secara berkurung (intensif) dan separuh berkurung (semi-intensif).

Sistem Berkurung (intensif)

Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing


tidak dilepaskan meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa
kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat.
Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-
penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu
kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi
kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung,
kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang
hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing
senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

15
Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)

Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan


kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu
malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada
perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga
memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang
lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing
untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya.
Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-
kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

Sistem Intensif

Projek yang dijalankan adalah berbentuk intensif dan ala fidlot.


Ternakan sepanjang masa berada di dalam kandang masing-masing.
Bermakna satu-satu projek komersil hanya memerlukan kawasan
seluas 2 ekar.

Penyimpanan rekod

Sepertimana peternakan kambing yang lain, setiap ekor ternakan


diperlukan memakai tag telinga yang bernombor. Rekod-rekod
pengurusan yang lain juga perlu ada dan dikemaskini seperti biasa.
Rekod yang lengkap dan senantiasa kemaskini akan memudahkan
pegawai yang akan memberikan perkhidmatan LTJ ke projek, usaha ini
sudah pasti dapat memperbaiki prestasi dan kecekapan pengurusan
dan akhirnya keuntungan bidangusaha.

Pemakanan

Pemakanan adalah merupakan perkara terpenting dan menjadi


pendorong utama kepada system pengeluaran kambing. Baka kacukan
yang baik tidak akan mampu memberikan kadar pertumbesaran yang
tinggi jika kualiti dan kuantiti makanan tidak diperbaiki.

Makanan Kaprima Feeds (701 ) yang dirumus khas oleh sebuah


syarikat tempatan dengan menggunakan kepakaran luar negara
mempunyai ciri ransum makanan yang berkualiti tinggi, dengan kadar
nutrien yang boleh dihazamkan ( total digestable nutrients, TDN)
sebanyak 79%(purata) dan kandungan nutrien seperti berikut;

16
Nutrien Kandungan (%)

Bahan Kering 90.4


Protein kasar 18.5
Lemak kasar 3.3
Gentian kasar 8.1
Abu ( Jumlah ) 5.4
Kalsium 0.05
Phosphorus 0.43
T.Metabolaizable Energy (mJ/kg) 12.12

Seekor ternakan dewasa memakan kira-kira 400 ke 500gm sehari,


dengan demikian menjadikan kos makanan seekor sebanyak 30 sen
sehari. Ternakan amat digalakkan supaya diberikan juga serat yang
diberikan dalam bentuk pelepah sawit, mahu pun daripada silage
jagung. Ini bagi memastikan fungsi rumen tidak terjejas.

PEMBIAKBAKAAN

Satu keunikan system ini ialah penggunaan baka katjang ( baka


kambing tempatan ) sebagai baka asas di permulaan program. Dengan
itu lebih ramai serta memudahkan penternak kambing sedia ada
terlibat. Bermakna kos projek dan masa diperlukan untuk memulakan
sesuatu projek dapat dikurangkan. Oleh kerana itu kami percaya
system ini mampu mempercepatkan pertumbuhan industri peternakan
kambing tempatan.

Baka kambing tempatan dipilih oleh kerana beberapa ciri serta


kekuatan yang terdapat pada baka ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri
ini menyumbang kepada penambahbaikan baka kacukan yang
dihasilkan, diantaranya termasuklah:-

1. Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing.


2. Kadar kelahiran yang baik,
3. Pertumbuhan daging dibahagian paha yang lebih baik daripada
lain-lain baka.

Pembiakbakaan merupakan kacukan 3 baka. Baka kambing yang terlibat


ialah Katjang, Jumnapari dan Anglonubian. Anak kambing yang unggul akan
dilahirkan hasil kacukan 3 baka tersebut yang disertakan dengan pemilihan
sifat/cirri tertentu di setiap peringkat kacukan.

17
ANGGARAN PERBELANJAAN / MODAL YANG
DIPERLUKAN UNTUK MEMBESARKAN PROJEK
TERNAKAN KAMBING

Kos untuk memperbesarkan lagi projek penternakan kambing


adalah seperti Jadual 1 di bawah :

Ladang Kambing
Kos Pembangunan Jadual 1
Bil.
Unit Kos/Unit Jum Kos
1. PEMBANGUNAN TANAH

a) Pembaikan Pastura /
Fodder 4 ekar 700 2,800

2. PEMBAIKAN BANGUNAN
LADANG
a) Pejabat /Setor /Rumah
KT 1 10,000 10,000
b) Kandang / Kemudahan 1 55,000 55,000
d) Pemagaran 1 10,000 10,000

3. LETRIK & UTILITI 2,500 2,500

4. PERALATAN LADANG 1 4,500 4,500


JUMLAH KECIL 84,800

5. PEMBELIAN KAMBING
Baka Pejantan 3 1,000 3,000
Baka Induk Betina 120 500 60,000
JUMLAH KECIL 63,000
JUMLAH KOS PROJEK 147,800

18
INFRASTRUKTUR

Kandang kambing tidak banyak berbedza dengan perumahan kambing


lain. Perumahan yang dibuat ini adalah berasaskan kayu serta
beratapkan zing atau asbestos. Tinggi lantai daripada tanah adalah
kira-kira 6 kaki. Setiap ekor ibu diberikan keluasan 9 kaki persegi.

Konsep kandang yang akan dibina adalah seperti yang sedia ada
sekarang ini Cuma dari lebih besar segi saiz . Kandang yang baru ini
akan dapat menampung sebanyak 120 hingga 200 ekor kambing pada
satu-satu masa. (Rujuk gambar)

DAYA MAJU PROJEK

Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula


projek ke tahap komersil (120 ekor ibu) kos terlibat dianggarkan
sebanyak RM 100,000.

Kekuatan projek ini ialah ianya berdaya maju dan komersil,


berpandukan andaian-andaian parameter teknikal yang dinyatakan.
Saiz minima projek ialah 120 ekor ibu. Modal untuk membangunkan
projek yang 100% baru ialah sekitaran RM 200,000.00. Kadar pulangan
dalaman(IRR) ialah 14% dengan titik pulangan modal diperolehi pada
tahun yang ke 6.

Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula


projek ke tahap komersil (120 ekor ibu) kos terlibat dianggarkan
sebanyak RM 100,000. Bagi projek transformasi ini Kadar Pulangan
Dalaman(IRR) ialah sebanyak 14% dan titik pulangan modal pada
tahun ke 5 juga (Lampiran).

Model pengiraan daya maju projek ini mengambil kira purata


pendapatan sebulan bagi pengusaha ialah RM3,000.00 sungguhpun
pada tahun pertama kami meletakkan pendapatan pada kadar
RM2,500.00/sebulan.

19
KESIMPULAN

Oleh dengan itu syarikat Arah Padu enterprise ingin menambahkan lagi
jumlah bilangan kambing dan membesarkan kandang bagi tujuan
mencapai tahap komersil yang lebih mendatangkan keuntungan.

Oleh yang demikian, dengan pembangunan komoditi ini, kami


berharap dapat mempercepatkan dan akhirnya meningkatkan
pengeluaran daging kambing tempatan, dan dalam kes ini daging
kambing bermutu tinggi dan akhirnya mampu mengurangkan impot
komoditi ini.

20

Anda mungkin juga menyukai