Anda di halaman 1dari 1

APA YANG TELAH DICAPAI SEPANJANG PRAKTIKUM Selepas menjalani praktikum ini, saya dapat mengaplikasikan pelbagai strategi

dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap murid. Selaian daripada itu, saya juga dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang timbul contohnya murid tiada minat untuk belajar, masalah disiplin pelajar semasa di dalam kelas dan sebagainya dengan bantuan pensyarah dan guru-guru pembimbing. Saya dapat merasakan selepas menjalani praktikum ini, saya dapat meningkatkan jati diri dan mengamalkan nilai profesion keguruan. Saya dapat memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui penyediaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam setiap tugas yang saya laksanakan sepanjang tempoh praktikum. Selain itu saya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan mewujudkan aktiviti dalam permainan ataupun seni dalam pendidikan yang bersesuaian dengan naluri dan kehendak kanakkanak yang gemar kepada hiburan dan permainan. Ini kerana berdasarkan perbincangan saya dengan beberapa orang guru di sekolah dan guru serta pensyarah pembimbing saya, dengan mempelbagaikan aktiviti ia dapat membantu murid dari sudut KBKK yang bersesuaian dengan naluri mereka. Bagi saya untuk menjadi seorang guru yang terbaik adalah guru yang sentiasa memikirkan apakah cara dan teknik untuk mengatasi ataupun memahami murid yang agak lemah.

Anda mungkin juga menyukai