Anda di halaman 1dari 18

1

DAP Dalam Politik Malaysia: SatuTinjauan Dari Manifesto,


Pencapaian Dan Cabaran

Parti Tindakan Demokratik atau lebih sinomin Democratic Action Party (DAP ) telah ditubuhkan
pada 18 Mac 1966 sejurus pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Ia merupakan
serpihan People’s Action Parti ( PAP ) yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew. DAP yang
berorentasikan sosialis telah memperjuangkan ideologi ‘Malaysian-Malaysia’. Walaupun
dipelopori oleh pemimpin-peminpin Cina, DAP telah bergerak atas landasan bukan perkauman
dan berjaya mendapat sokongan daripada para pengundi di bandar-bandar besar terutamanya di
Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

DAP yang dibentuk atas dasar ‘non-communal’ dilihat memperjuangkan konsep negara
Malaysia yang bebas, demokratik dan sosialis berasaskan prinsip kesaksamaan kaum, keadilan
sosial dan ekonomi. Dasar perjuangannya yang melaung-laungkan persamaan hak antara kaum di
Malaysia membolehkan DAP mendapat sokongan padu yang masyarakat bukan Melayu
khususnya kaum Cina. Ini membolehkan DAP bertapak dengan kukuh di dalam arena politik
Malaysia sejak awal penubuhannya.

Menurut DAP, terdapat beberapa prinsip asas yang harus dicapai bagi pembentukan
sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya dalam negara yang berbilang kaum. Prinsip-prinsip
tersebut ialah ( DAP, 1981, hlm. 10):

i. . Sebagai sebuah negara yang majmuk, DAP menentang sebarang

layanan istimewa kepada mana-mana kaum yang memonopoli

kepentingan ekonomi dan politik. Ia dianggap sebagai satu

penindasan kepada kaum lain.


2

ii. DAP turut perjuangkan kebebasan mutlak dalam dan ia mengecam corak
pemerintahan diktator dan ia percaya bahawa setiap individu perlu diberi
kebebasan beragama, menyuarakan pendapat, serta berhimpun.

iii. Demokrasi yang benar-benar demokrasi, iaitu peluang rakyat

melibatkan diri dalam semua peringkat institusi politik.

Pada masa yang sama, emokrasi tidak seharusnya dihadkan

kepada pilihanraya dan pemerintahan golongan majoriti

sahaja. Ia juga harus melibatkan toleransi dan jaminan

kebebasan dan hak-hak kumpulan minoriti.

iv. Dalam sosialisme berdemokratik pula, DAP pertahankan


hak bekerja dan menjaga kebajikan manusia dalam semua
kelas, hak menikmati alam sekitar yang bersih , hak

mendapat pendidikan dan latihan mengikut pilihan sendiri.

Menurut Vasil ( 1980 ) asas perjuangan dan prinsip parti DAP boleh dilihat dengan jelas
dalam ‘ Deklarasi Setapak ’ yang diumumkan pada 29 Julai 1967 ( Vasil, 1980: 160 ) . Ia telah
diluluskan oleh para pewakilan DAP yang hadir pada Jamuan Makan Malam Tahunan yang
Pertama DAP. Secara asasnya, DAP berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang
bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum, serta
kesaksamaan sosial ekonomi berasaskan institusi demokrasi berparlimen ( DAP, 1981: 26 ).
Dalam aspek bahasa, pendidikan dan budaya pula, DAP menerima penggunaan bahasa Melayu
dan mengakui statusnya sebagai bahasa rasmi tetapi turut menekankan kebebasan penggunaan
bahasa lain dalam masyarakat. Ia mendesak agar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris turut diberi
3

peranan dalam pentadbiran, pendidikan dan media massa. Dari segi sosioekonomi dan budaya,
DAP memperjuangkan persamaan hak dan mengkritik pengeksplotasian ke atas tenaga manusia
berdasarkan kaum, ekonomi, sosial, dan kawasan bandar dengan luar bandar.

Satu lagi deklarasi yang dikeluarkan oleh DAP ialah ‘Deklarasi Demokrasi Kebudayaan’
yang dilakukan ketika Jamuan Makan Malam DAP yang kedua pada 1 Jun 1968. Ia memberi
penekanan kepada aspek bahasa, pendidikan dan kebudayaan. Ia menjelaskan bahawa hanya
dengan keinsafan nasional dan kepentingan bersama dari segi kewilayahan, sosial, dan ekonomi
yang mampu menyatupadukan rakyat Malaysia. Kepelbagaian bahasa, budaya dan bangsa perlu
diterima dan merupakan kekuatan negara. Kemuncak deklarasi ini ialah perbahasan kebudayaan
marathon yang berlangsung di Oditorium MARA, Kuala Lumpur pada 24 November 1968.
Perbahasan yang dipengerusikan oleh Presiden PPP, D.R. Senivasagam telah menyaksikan
perbahasan yang hebat antara perwakilan DAP dengan Gerakan dengan status kesusasteraan
negara. Wakil DAP dengan lantang telah menegaskan kesusasteraan negara terdiri daripada
semua hasil karya yang diilhamkan oleh rakyat Malaysia samaada dalam bahasa Melayu, Cina,
Tamil dan Inggeris dan ia tidak terhad kepada karya dalam bahasa Melayu ataupun Indonesia
sahaja.

Penglibatan DAP dalam politik Malaysia sejak penubuhannya berjaya merancakkan lagi
scenario politik negara. Ia telah muncul sebagai jaguh masyarakat Cina pada era 60an sehingga
70 an. Selepas itu, ia mula mengubah dasar perjuangannya ke arah kemasyarakatan dan
memberi tumpuan kepada isu-isu alam sekitar, hak pekerja, ketelusan serta kecekapan jentera
pentadbiran negara. Perjuangan DAP boleh dibahagikan kepada beberapa tahap yang berbeza
mengikut kronologi masa iaitu era kemunculan serta pengukuhannya pengaruhnya di sekitar
tahun 1966 sehingga 1969. Ia kemudiannya diikuti era kesuramannya di sekitar tahun 70 an
sebelum bangkit semula dalam dua siri pilihan raya iaitu pilihan raya 1986 dan 1990. Namun
begitu, DAP gagal mengekalkan rentak cemerlangnya apabila mengalami kekalahan teruk dalam
pilihan raya 1995dan gagal memcatat keputusan yang memberansangkan pada pilihan raya 1999.
Abad ke-21 pula menyaksikan prestasi DAP yang semakin meningkat dalam 2 siri pilihan raya
iaitu 2004 dan 2008.
4

Kemunculan DAP dalam arena politik negara bermula dalam PIlihan Raya Umum 1969
apabila parti tersebut bertanding dalam 24 daripada 104 kerusi parlimen dan 57 daripada 282
kerusi negeri yang dipertandingkan( DAP, 1981: 26). Dalam manifestonya, DAP memberi
penekanan kepada pengenalan demokratik dalam politik, ekonomi dan sosial dengan tunpuan ke
arah ‘Towards a Malaysian Malaysia’ ( Ting Chew Peh, 1976: 181.). Ia berjaya memenangi 13
kerusi parlimen dan 31 kerusi dewan undangan negeri dengan meraih 11.9% undi iaitu kira-kira
286,606 undi bagi kawasan parlimen. DAP dan PPP telah berjaya menafikan kemenangan
Perikatan di Selangor dan Perak. Namun begitu, kejayan DAP dicemari oleh keganasan apabila
rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur pada 13 Mei dan menyaksikan parlimen digantung.
Tindakan tersebut jelas merencatkan rentak cemerlang DAP apabila Setiausaha Pengelolanya
Lim Kit Siang ditahan di bawah ISA dan turut menyaksikan pergolakkan dalaman parti
sehinggakan Setiausaha Agungnya Goh Hock Guan meletak jawatan.

Penstrukturan semula Parti Perikatan yang membawa kepada penggabungan parti-parti


seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan PAS telah menjadikan DAP sebagai parti
pembangkang dominan dalam politik negara dan ia terus memainkan peranannya sebagai ‘watch
dog’ dalam kerajaan. DAP telah mengkritik dengan lantang dasar-dasar kerajaan yang dianggap
tidak kondusif dan menyekat amalan demokrasi seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, ISA, Akta Rahsia AUKU. Namun begitu, dengan dana serta publisiti yang terhad
DAP gagal menyaingi kekuatan jentera Barisan Nasional yang mengukuhkan cengkamannya ke
atas negara dalam beberapa siri pilihan raya sepanjang era 70an sehingga ke awal 80 an. DAP
yang kemudiannya di sertai oleh PAS muncul sebagai parti pembangkang yang hanya mampu
menguasai beberapa kawasan di kubu kuat masing-masing. DAP dengan sokongan pengundi
Cina sekadar memberi saingan yang bermakna kepada Barisan Nasional di Pulau Pinang, Perak,
Selangor dan Wilayah Persekutuan. PAS pula mempunyai pengaruh yang terbatas di Kelantan
dan negeri-negeri Melayu Utara.
5

Selepas pilihan raya 1982, corak perjuangan DAP mulai mengalami perubahan yang
setara. DAP yang gagal mendapat sokongan daripada kaum lain khususnya Melayu mulai
memperlihatkan corak perjuangan yang menekankan kepada keadilan, hak, dan kepentingan bagi
semua rakyat tanpa mengira kaum. DAP telah mengkritik dasar pemerintahan Barisan Nasional
yang dianggap tidak demokratik, berat sebelah serta berlakunya amalan penyelewengan yang
berleluasa. Ini juga secara langsung mempersoalkan keberkesanan serta kemampuan kerajaan
Barisan Nasional mewujudkan sebuah negara plural yang bebas dan demokrasi.

Tempoh 1982-1990, merupakan satu jangka masa yang benar-benar menguji kecekapan
serta ketahanan kerajaan pimpinan Dr. Seri Mahathir Mohamad. DAP seakan-akan mendapat
satu inspirasi baru dengan mendedahkan beberapa krisis serta skandal yang melibatkan Kerajaan
Pusat, negeri mahupun komponen-komponen BN. Keadaan itu diperburukkan lagi dengan
konflik dalaman UMNO sehingga membawa kepada pengharaman parti tersebut pada tahun
1988. Dalam keadaan yang ternyata genting dalam Barisan Nasional, Operasi Lalang telah
dilancarkan dengan alasan memastikan keselamatan dalam negara. Dalam tangkapan secara
besar-besaran itu, beratus pemimpin dari pelbagai pertubuhan dan parti politik telah ditahan.
Antara pemimpin-pemimpin DAP yang telah ditahan termasuklah Lim Kit Siang, Lim Guan
Eng, Karpal Singh, P. Patoo, Tan Seng Giaw, Ker Kim Hock, V. David, Lau Dak Kee, Wee Choo
Keong, Song Sang Kwee, Sim Tong Hin, Yong Khar Ming, Eng Seng Chai dan Hu Sepang
( DAP, 1993: 374-375). Tindakan kerajaan yang dianggap tidak demokratik dan menafikan hak
bersuara rakyat telah mencetuskan protes daripada pertubuhan-pertubuhan Cina yang turut
terkena tempiasnya apabila empat pengerak utama United Chinese School Committees’
Asociation Malaysia dan United Chinese School Teachers Association of Malaysia ditahan di
bawah ISA. Mereka terdiri daripada Lim Fong Seng, Sim Mow Yu, Tuang Pik King dan Kua
Kia Soong ( Kua, 2005: 163) .
6

Kakalutan yang berlaku dalam era 80an itu tersebut memberi peluang terbaik kepada
DAP untuk bangkit semula dan ia jelas dipergunakan sepenuhnya. Dalam melihat prestasi
barisan pembangkang pula, ia hanya memperlihatkan sedikit peningkatan terutamanya DAP yang
memenangi 24 kerusi parlimen termasuk 4 di Sabah dan 1 di Sarawak. Ia memperolehi 975,544
undi ( 21.1% ) di seluruh negara dan merupakan pencapaian terbaik parti itu selepas kesuraman
yang berpanjangan akibat daripada rusuhan kaum 1969. Penambahan sebanyak 15 kerusi
parlimen menyaksikan DAP mencatat peningkatan hampir 300 % dan ini telah membolehkan
DAP muncul sebagai parti kedua terbanyak memperolehi undi selepas UMNO yang meraih,
1,474,063 undi. Malah perolehan undi DAP jauh lebih baik berbanding MCA mahupun Gerakan
yang masing-masing hanya mendapat 589,289 dan 149,644 undi sahaja. Pencapaian DAP di
Semananjung turut membanggakan, ia berjaya memperolehi 19 kerusi parlimen peningkatan
sebanyak 10 kerusi berbanding pilihan raya 1982 dengan mendapat 887,544 undi. Ia berjaya
mendapat undi melebihi 100,000 di 4 buah negeri yang ditandinginya iaitu di Perak ( 182,000 ),
Wilayah Persekutuan ( 163,000 ), Pulau Pinang ( 148,000 ) dan Selangor (109,000 ) ( DAP,
1991: 78 ). Pencapaian gemilang DAP di Semananjung Malaysia telah membolehkannya muncul
sebagai wakil utama masyarakat Cina dan ia telah diulas dalam akhbar Shin Min Daily yang
berpendapat “ DAP had become the representative of the Chinese where among the 17
parlimentary seats secured by the MCA, only four were Chinese-majority seats, 10 of them had a
clear Malay-majority, while the remaining three were mixed constituencie ( Sankaran
Ramanathan dan Mohd. Hamdan Adnan, 1988: 54-55 ).

Pilihan Raya Umum 1990 pula menyaksikan dua perkembangan terbaru dalam politik
negara. Pertama kemunculam semula pakatan pembangkang yang mantap bagi mencabar
kekuasaan Barisan Nasional dan memperlihatkan usaha ke arah sistem dua parti. Kedua,
penglibatan ahli-ahli NGO dari pertubuhan Cina ke dalam DAP ( Kua, 2005: 179). Ia diketuai
oleh Lim Fong Seng, Pengerusi Dong Zong yang disertai oleh beberapa aktivis masyarakat Cina
yang disegani seperti Lee Ban Chen, Kua Kia Soong, Chong Joon Kin dan Ngeow Yin Ngee.
Tiga daripada mereka termasuk Kua Kia Soong ( PJ ) Wei Xiang (Kluang ) dan Lee Bna Chen
( Bakri ) telah bertanding atas tiket DAP dalam pilihan raya 1990.
7

Dalam Pilihan Raya 1990 yang diadakan pada 21 Oktober, pakatan pembangkang berjaya
memenangi 53 kerusi parlimen termasuk 4 kerusi yang dimenangi oleh calon Bebas di Sarawak.
DAP mendapat 20 kerusi, PBS 14 kerusi, Semangat 46 pula 8 kerusi dan diikuti PAS yang
menawan 7 kerusi. Pakatan ini telah meraih 47% undi popular bagi kerusi parlimen yang
dipertandingkan di seluruh negara. Ia menampakkan peningkatan sebanyak 24 kerusi berbanding
29 kerusi yang diperolehi oleh pembangkang dalam pilihan raya umum 1986. Di Semenanjung
Malaysia pula, barisan pembangkang memperolehi 33 kerusi parlimen dengan DAP mendapat 18
kerusi, Parti Semangat 46 menawan 8 kerusi dan PAS pula memenangi 7 kerusi.

Pencapaian pakatan pembangkang 1990 bagi peringkat negeri di Semenanjung Malaysia


tidak kurang hebatnya apabila gabungan Angkatan Perpaduan Ummah berjaya menawan
Kelantan. Manakala DAP pula nyaris-nyaris membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang. DAP
muncul sebagai parti pembangkang yang mempunyai perwakilan yang teramai dalam undangan
negeri iaitu 45 orang hanya kekurangan 3 kerusi sahaja untuk menawan Pulau Pinang. Ia berjaya
menempatkan wakilnya di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Perlis, Kelantan
dan Terengganu yang tidak ditandingi oleh parti itu d engan mendapat tambahan 8 kerusi
undangan negeri. PAS yang memenangi 33 kerusi undangan negeri iaitu 24 kerusi di Kelantan, 8
kerusi di Terengganu dan 1 kerusi di Kedah telah mencatatkan penambahan sebanyak 18 kerusi.
Parti Semangat 46 yang bertanding buat kali pertama turut tidak mengecewakan apabila
memperolehi sejumlah 19 kerusi undangan negeri iaitu 14 kerusi di Kelantan, 2 kerusi di
Terengganu, dan masing-masing satu di Pahang, Selangor dan Johor.

Kegagalan Perikatan Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih
pucuk kepimpinan negara membawa kepada lunturnya kerjasama di kalangan parti
pembangkang. Di mana kerjasama yang wujud di kalangan parti-parti pembangkang dalam
pilihan raya 1995 amat terhad dan tidak seakrab tahun 1990. Bibit kehancuran pakatan
pembangkang bermula apabila DAP bertindak meninggalkan pakatan Gagasan Rakyat lantaran
daripada tindakan PAS memperkenalkan Hukum Hudud di Kelantan( Edmund Terence Gomez,
1996: 5 ). Pada masa yang sama, AMIPF pula telah memohon untuk menyertai Barisan Nasional
8

manakala PBS pula telah mencuba nasibnya di Semenanjung dengan bertanding di sembilan
kerusi iaitu tujuh di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Johor dan Kedah. Masalah juga
tercetus di dalam Angkatan Perpaduan Ummah di mana segelintir pemimpin Semangat 46
berpendapat, wakil-wakil mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan bebas kerana
terpaksa mengikut jari telunjuk PAS. Fenomena ini membawa kepada wujudnya
ketidaksefahaman antara Semangat 46 dan PAS dalam soal membuat keputusan dan perundingan
menjalankan pentadbiran di Kelantan ( Utusan Malaysia, 26 Mac, 1994 ).

Pilihan raya umum 1995 telah dilangsungkan pada 25 April 1995 dan ia telah
menyaksikan perubahan dalam pemikiran rakyat dan langkah kerajaan dalam memperkenalkan
program liberalisasi ternyata berkesan dalam menawan hati para pengundi. Isu-isu agama,
pendidikan, bahasa dan budaya dianggap sebagai isu lapuk dan gagal menarik perhatian
sebilangan besar pengundi. Rakyat Malaysia dilihat semakin matang pemikirannya dan telah
bertindak dengan rasional apabila menjadikan aspek pembangunan dan kestabilan sebagai
kriteria utama dalam memilih pucuk kepimpinan negara.

Dalam Pilihan Raya Umum 1995, penguasaan Barisan Nasional meningkat semula
dengan menguasai 65.15% atau 3,894,877 undi di peringkat parlimen manakala di peringkat
undangan negeri pula, Barisan Nasional cemerlang dengan 3,206,610 undi atau 66.98% undi.
Barisan Nasional ternyata mencapai kejayaan yang terbaik dalam sejarah parti itu dengan
memenangi 162 daripada 192 kerusi parlimen dan 338 kerusi undangan negeri yang
dipertandingkan. Manakala prestasi parti pembangkang ternyata merosot akibat daripada
perubahan sikap pengundi dan berlakunya peralihan undi dari pembangkang ke Barisan
Nasional. Parti-parti pembangkang di Semenanjung Malaysia kehilangan 12 daripada kerusi
parlimen yang dimenanginya dalam pilihan raya 1990 dengan hanya mendapat 21 kerusi kali ini.

DAP hanya dapat mengekalkan 8 kerusi parlimen dengan kehilangan 10 daripada 18


kerusinya di Semenanjung Malaysia. Ia hanya berjaya mengekalkan kerusi parlimen Kepong,
9

Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras di Wilayah Persekutuan. Manakala di Pulau Pinang, ia
memenangi kerusi Bagan, Tanjong dan Jeluntong. DAP yang menaruh harapan untuk menafikan
majoriti 2/3 BN terpaksa menelan ubat yang cukup pahit apabila tiga tonggak utamanya
tersungkur dalam pilihan raya kali ini. Dr. Chen Man Hin tumpas di parlimen Rasah dan kerusi
undangan negeri Temiang, Negeri Sembilan. Ekoran daripada kekalahan ini, Dr. Chen telah
bernekad untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP. Lim Kit Siang juga menghampiri
penghujung karier politiknya apabila tewas mengejut di Parlimen Bukit Bendera dan Undangan
Negeri Kebun Bunga. Karpal Singh, Naib Pengerusi DAP turut mengalami nasib yang sama di
kerusi tradisinya di Jelutong dan kerusi Undangan Negeri Kampung Keramat.

Keputusan yang di luar jangkaan itu memberi satu tampran hebat kepada DAP dan
kekecewaannya diluahkan oleh Lim Kit Siang dalam kenyataan akhbarnya, ‘We accept the
decision of the people and as I promised there will not be a Tanjong 4 since Tanjong 3 had
failed. This is the end of politics for me as for Penang is concerned’ ( NST. 26 April, 1995 ).
Kegagalan DAP turut dirasai di Perak apabila ia gagal buat kali pertama dalam sejarah, parti
tersebut gagal memenangi sebarang kerusi parlimen. DAP hanya mampu menguasai kerusi
undangan negeri Sitiawan dan berputih mata apabila Barisan Nasional memenangi kesemua 6
kerusi parlimen dan 14 kerusi undangan negeri yang diperuntukkan di daerah Kinta. Dalam
mengulas kekalahan itu, ia dikatakan para penyokong DAP telah bertindak memulau parti
tersebut yang bekerjasama dengan PAS. Ia jelas dalam laman web rasmi DAP Perak:

‘ Many DAP supporters warned that the DAP is taking too great a political risk in co-
operating with PAS in the coming general elections. There even traditional DAP voters,
who had consistently given their votes to that party in every general election in the past,
who had said that they would not vote the Rocket this time because of DAP’s co-
operation with PAS, although they will not vote for Barisan either.

Kegagalan DAP turut dikaitkan dengan sabotaj MCA dan GERAKAN yang bertindak membakar
sentimen pengundi Cina dengan ancaman perisitiwa 13 Mei dan juga hukum hudud. Media
10

massa diperalatan untuk menyebarkan propanganda kerajaan sebaliknya pembangkang tidak


diberi peluang yang wajar bagi mempertahankan diri mereka.

Kegagalan kerjasama pembangkang dalam Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan


Ummah tidak melemahkan semangat parti-parti pembangkang untuk terus mencari formula bagi
menyaingi Barisan Nasional. Krisis kepimpinan dalam Barisan Nasional yang berakhir dengan
penyingkiran Dato Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan pertembungan antara Barisan
Nasional dengan Barisan Alternatif. Parti KeADILan Nasional yang ditubuhkan telah
mengepalai barisan pembangkang dalam usaha mencabar Barisan Nasional bagi mewujudkan
sebuah kerajaan yang lebih adil, demokrasi dan progresif dalam Pilihan Raya 1999. Sekali lagi
parti-parti pembangkang telah berjaya bekerjasama di bawah satu pakatan dan seterusnya
memberi saingan yang sengit kepada Barisan Nasional. Ia mengulangi Pilihan Raya Umum 1990
yang menyaksikan barisan pembangkang mencatat keputusan yang agak memberangsangkan.
Walaupun gagal mengambil alih kerajaan,, barisan pembangkang telah bertindak sebagai
kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Di mana dalam pilihan raya kali ini, BA telah menawan 42 kerusi parlimen dan 113
kerusi undangan negeri berbanding hanya 30 kerusi parlimen dan 56 kerusi undangan negeri
pada pilihan raya 1995. PAS muncul sebagai parti pembangkang yang terkuat dengan
memenangi 28 kerusi parlimen dan 98 kerusi negeri dengan menawan Terengganu di samping
mengekalkan kekuasaannya di Kelantan. Manakala di negeri Kedah dan Pahang pula, PAS turut
berjaya meletakkan asas yang kukuh apabila ia menawan 18 kerusi undangan negeri di negeri-
negeri berkenaan. DAP menyusuri dengan mendapat 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi undangan
negeri dengan meneruskan sisa-sisa perjuangannnya di Melaka dan Perak yang menempatkan 8
daripada 11 kerusi undangannya. KeADILan pula memperolehi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi
negeri.
11

Pilihan raya 1999 jelas meninggalkan impak yang amat mendalam kepada DAP. Ia
seolah-olah menjadi detik penamat kepada kesinambungan parti itu. Walaupun DAP mampu
menebus kekalahan teruk pada 1982 dengan mencapai prestasi yang cemerlang pada 1986 dan
1990 tetapi fenomena itu tidak berulang dalam pilihan raya 1999. DAP seolah-olah telah
kehilangan ‘daya penariknya’ dan hanya mampu memenangi 10 kerusi parlimen dengan
mencatat pertambahan satu kerusi berbanding pilihan raya 1995. Situasi yang hampir sama
berlaku di peringkat undangan negeri apabila DAP hanya berupaya untuk memenangi 11 kerusi.
Senario ini telah membuktikan Teori Pendulum atau Ayunan tidak lagi sesuai digunakan untuk
menilai arah sokongan dan pengundian masyarakat Cina yang pada kebiasaannya memberikan
undi mereka kepada BN dan pembangkang selang setiap lima tahun.

DAP yang menaruh harapan untuk menafikan majoriti 2/3 BN terpaksa menelan ubat
yang cukup pahit apabila tiga tonggak utamanya tersungkur dalam pilihan raya kali ini. Dr. Chen
Man Hin tumpas di Parlimen Rasah dan kerusi Undangan Negeri Temiang, Negeri Sembilan.
Ekoran daripada kekalahan ini, Dr. Chen telah bernekad untuk melepaskan jawatan sebagai
Pengerusi DAP. Lim Kit Siang juga menghampiri penghujung karier politiknya apabila tewas
mengejut di Parlimen Bukit Bendera dan Undangan Negeri Kebun Bunga. Karpal Singh, Naib
Pengerusi DAP turut mengalami nasib yang sama di kerusi tradisinya di Jelutong dan kerusi
Undangan Negeri Kampung Keramat. Dalam melakukan ‘post-mortem’ ke atas prestasi yang
buruk di Kinta, para pemimpin tertinggi DAP, Dr. Chen Man Hin dan Lim Kit Siang berpendapat
bahawa kerjasama dengan PAS yang mengakibatkan parti itu ditolak pengundi Cina. Perjuangan
PAS yang ingin menubuhkan sebuah negara Islam ternyata telah menimbulkan kerisauan di
kalangan pengundi Cina. Menurut Lok Swee Chin, situasi bertambah buruk apabila MCA telah
memanipulasikan isu ini dengan memburuk-burukkan DAP dengan dakwaan bahawa parti itu
telah mengorbankan prinsip serta pendiriannya tentang kewujudan Malaysia yang sekular. Di
samping itu, Lim Kit Siang dituduh sebagai agen Nik Aziz dalam usaha mewujudkan sebuah
negara Islam di Malaysia. Kegagalan DAP dalam memperjelaskan isu ini sehingga ke akar umbi
telah mendatangkan padah kepada parti itu.
12

Walaupun telah berundur daripada BA, DAP dilihat cuba untuk membuat satu pakatan
baru dengan parti keADILan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-11. Beberapa siri
rundingan telah diadakan di antara kedua-dua pihak namun ia gagal mencapai kata putus. DAP
dan keADILan dikatakan bersaing di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor
apabila Parti keADILan mengumumkan hasratnya untuk bertanding kira-kira 60% kerusi di
ketiga-tiga negeri itu. DAP ternyata kurang senang dengan kenyataan parti keADILan itu yang
dilihat seolah-olah membelakangkannya. Kemampuan untuk muncul dengan satu pakatan yang
bernafas baru semakin tipis apabila PAS bertindak mengumumkan ciri-ciri negara Islam parti itu
menerusi dokumen ‘ Negara Islam’pada 12 November 2003. Tindakan PAS mendapat reaksi
negatif KeADILan yang menyifatkan pengumuman dokumen itu tidak kena masanya dan boleh
memecah belahkan pakatan pembangkang. Ini kerana istilah negara Islam itu dikatakan akan
terus menimbulkan salah faham dan ketakutan yang tidak perlu di kalangan sesetengah pihak,
terutamanya bukan Islam.

Pilihan Raya Umum 2004 telah menyaksikan kejayaan cemerlang Barisan Nasional. Ia
berjaya memenangi 198 daripada 219 kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara
dan meraih 63.7% undi popular. Barisan Nasional turut berjaya menguasai semula Terengganu
apabila ia memenangi 28 daripada 32 kerusi undangan negeri yang dipertandingkan. Gelombang
Barisan Nasional turut dirasai di Kelantan apabila ia berjaya menembusi kubu tradisi PAS dan
menafikan majoriti 2/3 kerajaan PAS di Kelantan. Barisan pembangkang pula hanya
memperolehi 20 kerusi parlimen dengan mendapat 33.7% undi popular iaitu PAS mendapat
15.1% undi, DAP mendapat 10% undi dan Parti KeADILan pula mendapat 9% undi. Barisan
Alternatif ternyata hilang punca dalam pilihan raya kali ini dan hanya mendapat 8 kerusi
parlimen berbanding 42 dalam Pilihan Raya Umum 1999. DAP yang bertanding secara
bersendirian berjaya mencatatkan sedikit kebangkitan dengan mendapat 12 kerusi parlimen dan
menguasai semula kerusi Ketua Parti Pembangkang.

Kejayaan menambah bilangan kerusi dalam pilihan raya 2004 telah dijadikan titik
13

penolak bagi kebangkitan semula DAP dalam arena politik negara. Walaupun ia hanya
mampu mencapai sedikit peningkatan sahaja iaitu pertambahan 2 kerusi parlimen dan 4
kerusi undangan negeri tetapi ia member nafas baru kepada parti tersebut untuk terus
memperjuangkan nasib penduduk Malaysia atas konsep tidak komunal. Konflik di antara
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dan kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan
terutamanya harga petroleum telah digunakan sepenuhnya oleh DAP dalam Pilihan Raya
Sarawak ke-9 yang telah diadakan pada Mei 2006. DAP berjaya memenangi 6 kerusi dengan
penambahan sebanyak 5 kerusi berbanding pilihan raya yang lalu. Ia ternyata berjaya
mendapat sokongan para pengundi Cina di bandar-bandar besar seperti Kuching, Bintulu dan
Sibu. Di Kuching, DAP memenangi kerusi Kota Sentosa, Pending dan Batu Lintang.
Manakala di Bintulu ia mempertahankan kerusi Kidurong di samping memenangi kerusi
Bukit Assek di Sibu dan Meradong di Bintangor ( The Rocket, August 2006) . Kemenangan
DAP di Sarawak telah menampakkan sokongan masyarakat Cina di Bumi Kenyalang
terhadapnya dan merupakan tamparan hebat kepada Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP)
yang kehilangan 8 daripada 19 kerusi yang ditandingniya.

Kejayaan pembangkang yang memenangi 9 kerusi undangan negeri di Sarawak dilihat


sebagai satu mesej rakyat Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan. Ia menunjukkan perasaan
kurang senang rakyat terhadap beberapa isu yang gagal diselesaikan setelah sekian lama.
Persoalan tentang tanah adat, royaliti minyak, pembangunan serta kemudahan infrastruktur
yang telah mendorong kepada peralihan undi terutamanya pengundi Cina dan sedikit
sebanyak mendorong kepada kekalahan Barisan Nasional di bandar-bandar besar di Kuching,
Sibu dan Bintulu.

Pilihan Raya ke-12 yang telah dilangsungkan pada 8 Mac 2008 dan ia menyaksikan
pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara. Barisan Nasional dicabar hebat oleh
14

pakatan pembangkang yang diterajui oleh bekas timbalan menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Kelemahan jentera pentadbiran kerajaan serta kegagalan Barisan Nasional
mengotakan janji-janji pilihan rayanya menjadi kritikan parti pembangkang yang menuntut
rakyat untuk membuat perubahan dengan menyokong parti pembangkang dalam usaha
mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih dinamik dan progresif. Parti pembangkang
yakin mampu menyaingi Barisan Nasional berdasarkan sokongan semasa dan isu-isu yang
diutarakan. Pada masa yang sama, angin perubahan begitu dirasai dan kehadiran pengundi
muda terutamanya di bandar-bandar besar begitu ghairah untuk melihat perubahan dalam
landskap politik negara yang telah dicengkam oleh Barisan Nasional sejak begitu lama.

Dalam Pilihan raya kali ini, DAP telah bertanding di kesemua negeri kecuali Kelantan
dan Terangganu. Ia mempertaruhkan 46 calon di peringkat parlimen manakala di peringkat
negeri, ia meletakkan 102 calon. Parti tersebut berazam untuk menafikan majoriti 2/3 kerusi
di parlimen Barisan Nasional dalam usaha dan mengekang parti tersebut terus berkuasa.
DAP telah memberi tumpuan pada Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan
Negeri Sembilan. Dari segi pemilihan calon pula, ia telah membariskan satu senarai
gabungan calon baru dan lama yang ternyata Berjaya memikat para pengundi Cina.
Penyertaan beberapa tokoh masyarakat dari pelbagai bidang seperti Dr P. Ramasamy, Tony
Pua, Jeff Ooi dan Teo Nie Ching jelas berjaya memberi satu imej baru kepada parti tersebut
di samping mengekalkan pemimpin-pemimpin veterannya seperti Karpal Singh, Lim Kit
Siang, Lim Guan Eng, Fong Po Kuan, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Tan Seng Giaw, dan Tan
Kok Wai. Satu lagi perkembangan menarik dalam pilihan raya kali ini ialah kemunculan
ramai calon-calon India dan ia begitu ketara di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. Di
Pulau Pinang, ia diketuai oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bertanding di Bukit
Gelugor manakala anaknya Jagdeep Singh Deo pula bertanding di DUN Datuk Keramat, Dr
P. Ramasamy yang bertanding buat kali pertama telah bertanding di kerusi Parlimen Batu
Kawan dan DUN Perai, A. Tanasekran bertanding di DUN Bagan Dalam dan Sanisvara
Nethaji Rajaji telah bertanding di DUN Seri Delima. Di Perak, senarai calon India, diketuai
oleh penyandang kerusi Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran, M. Manogaran di Parlimen
Teluk Intan, Sivasubramaniam di DUN Buntong, Keshvinder Singh di DUN Malim Nawar
15

dan Sivanesan a/l Achalingam di DUN Sungkai. Di Negeri Sembilan pula, DAP
mempertaruhkan Johnson Fernandez di Parlimen Seremban, Gunasekaren Palasamy di DUN
Senawang, Veerapan di DUN Repah dan Arumugam a/l Kauppah di DUN Rahang.

Dalam usaha untuk menafikan majoriti kerusi BN di parlimen dan merampas seberapa
banyak kerusi DUN di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri
Sembilan, DAP telah menyusun strategi dengan membawa masuk ramai calon-calon baru
dari luar ke negeri-negeri berikut. Di Pulau Pinang misalnya, Dr P. Ramasamy, Jeff Ooi telah
dipertaruhkan disamping Lim Guan Eng. Manakala di Selangor, kepimpinan negeri diterajui
oleh calon dominannya Teng Chang Kim di DUN Sungai Pinang dan diperkuatkan lagi
dengan kehadiran ‘iron lady’ DAP Teresa Kok di DUN Kinrara . Mereka disertai oleh
beberapa muka baru yang berpotensi seperti Tony Pua di Parlimen PJ Utara, Teo Nie Ching
di Parlimen Serdang, Gobind Singh Deo di Parlimen Puchong, EaYong Wah di DUN Seri
Kembangan dan Yap Lum Chin di DUN Balakong. Di Perak pula, Kehadiran Lim Kit Siang,
Kulasegaran dan Fong Po Kuan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ipoh Timur, Ipoh
Barat dan Batu Gajah telah menunjukkan kesungguhan DAP menjadikan Perak sebagai kubu
kuatnya di samping Pulau Pinang.

Dalam manifestonya, DAP menegaskan bahawa ‘Malaysia Boleh Lebih Baik Lagi’. Ia
menyeru para pengundi untuk berubah dan tidak lagi terpedaya dengan helah serta janji
manis Barisan Nasional. Lantaran itu DAP berpendapat sudah tiba masanya bagi rakyat
Malaysia untuk berubah demi demokrasi, kualiti hidup yang lebih baik dan masa hadapan
yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang ( Manifesto DAP 2008 ). Dalam
manifestonya, DAP memberi penekanan kepada lapan perkara utama dalam usahanya
membawa perubahan drastik dalam negara. DAP membidas kelemahan pentadbiran Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bukan sekadar gagal memenuhi janji pilihan rayanya
malah dikatakan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Kadar jenayah dan gejala
rasuah negara semakin meruncing dan ia meletakkan rakyat jelata dalam keadaan yang
tertekan. Pada masa yang sama, kenaikan harga barangan serta krisis kekurangan bekalan
penting seperti gula, gandum, minyak masak serta susu menyusahkan rakyat jelata
16

memandangkan kadar inflasi semakin tinggi. Oleh yang demikian, rakyat digesa menolak
perwakilan Barisan Nasional yang tidak mejalankan kewajipan mereka dengan sempurna.

Parti tersebut berjanji akan memperbaiki keselamatan dalam negeri dengan


mempertingkatkan lagi kecekapan anggota polis serta menubuhkan Suruhanjaya Bebas
Aduan dan salahlaku Polis. Ia turut akan berusaha dalam perbaiki mutu kehidupan rakyat
Malaysai dengan menyediakan kemudahan asas yang lebih baik di samping membasmi
kemiskinan tegar. Dalam memastikan negara terus berdaya saing, DAP memberi penekanan
kepada dasar Ekonomi ‘Utamakan Malaysian’ apabila wujudkan peluang pekerjaan yang
saksama dan mengurangkan jurang pendapatan serta berusaha untuk membawa masuk
pelabur luar ke Malaysia. Dalam usaha untuk menyediakan pendidikan yang lebih bermutu,
DAP berikrar untuk mempelawa tokoh akademik terkemuka dari luar untuk menstruktur
semula IPT negara di samping menawarkan insentif yang lumayan kepada pakar pensyarah.
Dalam isu alam sekitar, usaha ke arah perlindungan hutan dan penghutanan semula diberi
perhatian. Tahap pengagngkutan awam akan dipertingkatkan agar ia lebih efisen.
Kesaksamaan gender dan memperkasakan belai turut terkandung dalam agenda parti tersebut
di mana peluang yang secukupnya akan diberikan kepada belia untuk mencapai potensi
penuh diri mereka. Manakala segala diskriminasi terhadap wanita akan dihapuskan. DAP
bertekad untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih dan telus sekiranya ia berkuasa
nanti. Segala akta yang menindas seperti IAS, OSA, AUKU dan PPPA akan dihapuskan.

Pada masa yang sama, ia turut akan menghormati demokrasi dan kebebasan asasi
manusia. Pilihan raya tempatan akan diadakan semula dan fungsi serta keberkesanan
Suruhanjaya Pilihan Raya akan dikaji semula. Ia turut berazam untuk menghormati
kebebasan beragama dan mengekalkan identiti kepelbagaian budaya di Malaysia.

Pilihan raya 2008 mencatatkan keputusan yang terbaik bagi DAP dalam sepanjang
penglibatannya dalam arena politik negara. jIa berjaya memenangi 28 kerusi parlimen
dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 16 kerusi berbanding pilihan raya 1999.
17

Kejayaan tersebut semakin bermakna bagi parti tersebut apabila beberapa calonnya berjaya
menewaskan pemimpin utama Barisan Nasional ia termasuklah kejayaan Dr P. Ramasamay
menewaskan Tan Sri Koh Tsu Koon di Parlimen Batu Kawan, Nga Kor Ming menewaskan
Datuk M Kayveas di Parlimen Taiping, Teo Nie Ching menewaeskan Hoh Hee Lee di
Parlimen Serdang dan Tony Pua menewaskan Datin Paduka Chew Mei Fun di Parlimen Pj
Utara. Di peringkat negeri pula, kejayaan DAP dilihat lebih menyerlah, ia berjaya
memenangi 73 kerusi DUN dan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kerusi di setiap
negeri yang ditandinginya. Di samping itu, DAP juga berjaya membentuk kerajaan negeri di
Pulau Pinang serta mempunyai ahli DUN yang teramai di Perak. Manakala di Selangor pula,
DAP memenangi 13 kerusi DUN dan berganding bahu dengan parti Keadilan dan PAS bagi
membentuk kerajaan negeri. Di Negeri Sembilan dan Melaka pula, pengaruh DAP semakin
ketara, ia berjaya memenangi 10 kerusi DUN di Negeri Sembilan dan 5 di Melaka.
Pencapaian DAP di negeri-negeri lain turut mencatatkan peningkatan yang
memberansangkan. Ia memenangi 4 kerusi DUN di Johor, 2 di Pahang dan masing-masing 1
di Kedah dan Sabah.

Dalam mengulas kejayaan DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP beranggapan
kejayaan DAP bersama parti-parti pembangkang yang lain menafikan 2/3 kerusi parlimen
Barisan Nasional sebagai kejayaan rakyat dan juga penanda ke ‘Malaysian First’( Rocket,
April/May 2008 ). Kejayaan DAP menguasai Pulau Pinang serta mempunyai perwakilan
yang ramai di Perak dan Selangor dilihat sebagai platform terbaik bagi parti tersebut
merealisasikan wawasan Malaysian-Malaysia. Ia jelas menunjukkan keghairahan rakyat
untuk melihat perubahan dalam negara. Mereka menuntut sebuah negar yang lebih
demokrasi, terbuka, telus serta adil. Lantaran itu, politik perkauman yang diamalkan oleh
Barisan Nasional sejak 50 tahun yang lalu tidak lagi relevan dengan perkembangan negara.

Kesimpulannya, kemerdekaan negara pada 1957 memulakan satu lembaran baru dalam
sejarah negara. Namun begitu, kita mesih mewarisi sisa-sisa penjajahan Barat dan kewujudan
masyarakat majmuk yang berbilang etnik, bahasa, agama dan budaya pelbagai membawa
kepada satu scenario politik yang tidak hegemoni dalam negara. Tuntutan serta aspirasi kaum
18

yang berbeza dijelma dalam pertubuhan-pertubuhan politik yang berlandaskan perkauman


dan ia mengakibatkan masalah polarisasi kaum semakin serius dan kemunculan Parti
Tindakan Demokratik yang lebih sinonim dengan panggilan DAP membuka ruang ke arah
penyelesaian permasalahan tersebut. Ia yang diwujudkan sebagai sebuah parti sosialis yang
berlandaskan perjuangan tidak komunal serta bermotifkan kesaksamaan politik, ekonomi dan
sosial ternyata mendapat sokongan daripada masyarakat bandar yang rata-ratanya pengundi
bukan Melayu. Walaupun begitu, perjuangan DAP dalam politik Malaysia penuh dengan
liku-liku beranjau dan kemampuannya untuk terus bertahan sebagai parti pembangkang
selama 42 tahun pernubuhannya bukan sesuatu yamg mudah. Pada dasarnya perjuangan DAP
boleh dibahagikan kepada beberapa kerangka masa yang berbeza iaitu era kemunculan dari
tahun 1966 sehingga 1969, zaman kegelapan 1970 sehingga 1985, zaman kebangkitan 1986-
1990, kesuraman yang berterusan 1991-1998 serta tempoh peralihan 1999-2004. Ia mencapai
zaman keemasannya pada 2006-2008 namun persoalan yang timbul di sini ialah mampukah
DAP meneruskan rentak kecemerlangannya dalam era globalisasi ini yang menuntut satu
corak perjuangan yang lebih terbuka dan agresif.