Anda di halaman 1dari 2

Penyediaan Contoh Bahan Bantu Aktiviti Pengayaan i.

Permainan bahasa dan rekreasi Permainan dan rekreasi boleh mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan. Aktiviti ini banyak mencungkil kreativiti dan kepantasan murid-murid berfikir.walau bagaimanapun kawalan guru amat penting sebab sifat semula jadi kanak-kanakyang suka bermain. Guru perlu peka untuk memastikan sambil murid-murid bermain atau berekreasi perlu ada pembelajaran bahasa di dalamnya. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:

Dam Catur Bingo Sahiba Domino Teka-teki Jigsaw puzzle Teka silang kata Mencari benda tersembunyi Meneka perkataan berdasarkan aksi Mencari jalan keluar berdasarkan lakaran gambar, pelan, peta dan sebagainya.

ii.

Bacaan tambahan Bacaan tambahan bolehlah disamakan dengan bacaan ekstensif ( bacaan luas). Tujuannya supaya murid-murid dapat menambahkan ilmu

pengetahuan, memantapkan kemahiran tatabahasa, ejaan, peristilahan, laras bahasa dan gaya bahasa. Murid-murid perlu digalakkan membuat rujukan dan dengan ini boleh memupuk minat membaca. Dalam program pengayaan ini bacaan luas yang dibuat oleh murid-murid perlu diikuti dengan tugasan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:

Kad bacaan Membaca buku cerita mengikut tema Pertandingan bercerita berdasarkan cerita yang dibaca. Membaca majalah kanak-kanak dan melaporkan bahan yang dibaca. Membuat kamus kecil menyenaraikan perkataan antonim dan sinonim. Memberi membuat catatan atau respons terhadap bahan yang dibaca.

iii.

Kerja projek Kerja projek boleh dilaksanakan secara individu , kumpulan atau kelas. Murid-murid merancang bersama-sama dengan guru untuk

melaksanakan tugasan sama ada dalam bentuk kajian, lawatan, pameran dan sebagainya. Antara contoh kerja projek seperti dalam senarai yang berikut:

Membuat sudut bacaan di dalam kelas. Membuat pameran sempena minggu bahasa. Membuat buku skrap tentang cerita-cerita yang di dengar atau dibaca Membuat lawatan ke tempat bersejarah dan membuat laporan lawatan. Mengadakan pementasan drama pendek untuk menguji kemahiran lisan. Melawat sekitar kawasan sekolah dan mencari jenis tumbuhan dan serangga untuk mengaitkan dengan simpulan bahasa yang telah dipelajari.