Anda di halaman 1dari 15

1

KESAN KEFAHAMAN INTEGRITI TERHADAP KUALITI KERJA ANGGOTA

POLIS : SATU KAJIAN DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN TERENGGANU

Oleh

Agku Bolkhizan A Ahmad Thani

Abstrak

Tujuan kajian tinjauan ini ialah untuk mengenal pasti: 1) Tahap kefahaman dan

penghayatan integriti, 2) Keberkesanan amalan integriti, dan 3) Unit yang

bertanggungjawab memberi kefahaman integriti terhadap anggota polis. Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temubual ke atas 5 orang anggota polis

berpangkat rendah dan 5 orang anggota polis berpangkat tinggi yang diambil secara

rawak bagi mendapatkan kesahan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti

pemberi maklumat memahami dan menghayati maksud integriti yang sebenar. Keputusan

kajian juga menunjukkan terdapat unit yang telah ditubuhkan bagi memberi kefahaman

integriti. Hasil kajian memberi implikasi kepada usaha pemantapan integriti dikalangan

anggota polis IPK terengganu khasnya dan PDRM amnya.

1
2

LATAR BELAKANG

Integriti merupakan satu konsep yang kompleks ( Widang dan Fridlund, 2003 ). Integriti

berasal daripada perkataan latin: ‘integer’ yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan

kesatuan yang teguh ( Widang dan Fridlund, 2003 ). Pellegrino ( 1990 ), merujuk integriti

sebagai tahap atau keadaan keseimbangan di antara ruang pribadi ( privacy ), autonomi

dan nilai individu. Roberts ( 1994 ), pula memberikan takrifan yang lebih mudah iaitu

kesatuan di antara komitmen sepenuhnya kepada nilai yang dipegang dalam setiap

ucapan dan tindakan seseorang. Takrifan Roberts ( 1994 ) selari dengan Musschenga (

2001 ) yang menakrifkan integriti sebagi konsistensi dan koherensi dalaman keyakinan

seseorang dengan penyataan dan tindakannya ( Musschenga 2001 ).

Pendefinisian terhadap istilah integriti boleh diklasifikasikan kepada empat perspektif

iaitu ketekalan nilai peribadi, komitmen terhadap nilai peribadi, komitmen terhadap nilai

komuniti dan komitmen terhadap nilai-nilai murni (Stanford Encyclopedia of Philosophy,

2004).

Integriti secara keseluruhannya pula ditakrifkan sebagai pengetahuan, kesedaran,

penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai

komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan

untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi (Jamiah Manap et. al., 2005).

2
3

Rajah 1 : Model Integriti

Rajah 1 menunjukkan model integriti yang merangkumi empat komponen penting iaitu

ilmu, motif atau niat yang betul, penghayatan nilai-nilai murni dan komitmen terhadap

nilai tersebut ( Jamiah et.al., 2005 ). Ilmu merupakan teras utama integriti. Ilmu dalam

konteks ini adalah pegetahuan dan kefahaman tentang falsafah, nilai, kepentingan dan

tujuan integriti dengan jelas dan mendalam. Ilmu ini kemudiannya akan memberikan

kesedaran untuk menghayati nilai integriti bagi mencapai kecemerlangan diri dan

organisasi. Motivasi yang kuat dan matlamat yang teguh ini kemudiannya akan

mendorong individu untuk menghayati nilai-nilai integriti secara mendalam dan

menjadikan ianya sebagai nilai yang sebati dengan dirinya. Apabila nilai tersebut telah

sebati dengan jiwa individu, individu akan berusaha untuk memberikan komitmen

sepenuhnya terhadap nilai yang dipegang dalam setiap tutur kata dan tindakannya. Oleh

itu, individu dikatakan mempunyai integriti yang tinggi apabila tindakannya selaras

dengan nilai-nilai murni yang dipegangnya.

3
4

Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan anggota polis. Kajian terdahulu

mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu

(Widang & Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Ones

et. Al., 2003). Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones

et. Al., 2003 dan Mikulay & George, 2001) dan bebas daripada tingkah laku kaunter

produktif (Mikulay & George, 2001). Antara tingkah laku kaunter produktif tersebut

adalah mencuri, vandalisme, memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng

kerja (Mikulay & George, 2001). Sebaliknya, kelemahan integriti akan menyumbang

kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan (Hardingham,

2004). Sehubungan itu, Mikulay dan George, 2001 mencadangkan pengambilan individu

berintegriti tinggi untuk meminimumkan kadar kaunter produktif di tempat kerja

(Mikulay & George, 2001).

Integriti mempengaruhi kejayaan emosi, kejayaan kerjaya dan kewangan, kejayaan kerja,

kejayaan perhubungan dan kejayaan fizikal staf (Mehrabian, 2000). Kejayaan emosi

merupakan pengaruh untuk menjadi gembira, puas hati atau tenang dan sebaliknya risau,

cemas, kecewa, marah atau tidak berpuas hati (Mehrabian, 2000). Kejayaan kerjaya dan

kewangan didefinisikan dalam konteks kejayaan kerja dan keupayaan mengawal

kebiasaan perbelanjan dan simpanan yang mencukupi untuk masa depan dan kerjaya

seseorang (Mehrabian, 2000). Kejayaan kerja didefinisikan dalam aspek produktiviti

tinggi, keseronokan bekerja, dedikasi terhadap tugas dan optimis terhadap kerjaya

seseorang berbanding kebiasaan kerja yang teruk dan tidak dapat dipercayai, hubungan

yang buruk dengan rakan sekerja dan penyelia, kecenderungan melakukan aktiviti yang

4
5

dilarang di tempat kerja dan sikap menganggap kerja sebagai satu paksaan (Mehrabian,

2000). Kejayaan dalam perhubungan didefinisikan dalam konteks kepuasan umum,

keharmonian dan hubungan yang menggembirakan dengan rakan, rakan sekerja, saudara

mara dan pasangan berbanding hubungan yang dipenuhi dengan konflik, pertentangan,

kekecewaan, perpisahan dan kesengsaraan. Kejayaan fizikal didefinisikan dalam aspek

kebiasaan berorientasikan kesihatan (seperti senaman berterusan, diet yang sihat dan

rehat yang mencukupi) dan penjagaan kesihatan yang minima berlawanan dengan

pengabaian kesihatan dengan kekurangan nutrisi, penyalahgunaan arak, tembakau dan

penagihan dadah serta kekerapan pergantungan terhadap penjagaan kesihatan akibat

penyakit kesilapan sendiri (Mehrabian, 2000).

Individu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri mereka. Menurut

Aristotle, individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang betul kerana

mengetahui tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya (Wakin,

1996). Oleh itu, Aristotle berpendapat adalah sangat penting untuk membentuk nilai

moral yang baik melalui kebiasaan dan latihan (Wakin, 1996). Individu juga perlu

mempunyai keberanian untuk menentukan sempadan untuk mempertahankan diri

daripada perkara yang merosakkan dirinya sediri dan nilai yang dipegang (Widäng &

Fridlund, 2003). Koonce (1998), pula menyarankan agar individu menyerlahkan

kreativiti, tidak terlalu serius sehingga kehilangan sense of humor, melakukan perkara

yang betul, tidak bersifat taksub kepada pribadi tertentu dan mendengar pendapat orang

lain (Koonce, 1998) untuk menjana integriti diri mereka.

5
6

Komuniti dan organisasi mempengaruhi pembangunan integriti. Komuniti mempengaruhi

integriti professional kerana komuniti profesion tersebut terlibat dalam setiap tahap

pembangunan profesional (Wakin, 1996). Komuniti menentukan kelayakan dan standard

kecekapan ahli (Wakin, 1996). Integriti boleh dikekalkan dengan mewujudkan

persekitaran kerja yang selamat dan hukuman yang berterusan (Mikulay & George,

2001). Pembangunan integriti juga memerlukan perubahan dalam budaya organisasi dan

pendidikan dengan menumpukan kepada pembentukan moral komuniti (Hardingham,

2004). Pendapat ini selaras dengan Musschenga (2001), yang menekankan kepada

pendidikan sebagai pendekatan utama pembangunan integriti untuk memahami falsafah

dan kepentingannya serta menjadikannya sebagai sebahagian daripada identiti diri.

M. Kamal Hasan (2004), mengemukakan penyelesaian kepada kemelut integriti dalam

konteks pribadi.dan konteks organisasi atau jabatan. Menurutnya, dalam konteks

peribadi, individu perlu mengawal hawa nafsu, menyucikan hati, bertaqwa kepada Allah

serta memantapkan aqidah dan akhlak tepuji. Organisasi pula perlu mematuhi kod etika

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan

mewujudkan mekanisme penyeliaan yang efektif. Beliau kemudiannya menyimpulkan,

secara dasarnya integriti terbentuk daripada kekuatan rohani dan kesucian aqidah tauhid

(M. Kamal Hasan, 2004).

Di Malaysia, tidak terdapat satu kajian yang khusus mengenai integriti anggota polis.

Namun pengkaji berpendapat perlu dilakukan kajian sebegini bagi memantapkan lagi

6
7

integriti anggota polis di IPK Terengganu khususnya dan seluruh warga PDRM pada

amnya.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti: 1) Tahap kefahaman dan penghayatan

integriti, 2) Keberkesanan amalan integriti, dan 3) Unit yang bertanggungjawab memberi

kefahaman integriti terhadap anggota polis.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian tinjaun ini merupakan kajian eksperimental yang menggunakan data-data

kualitatif. Data-data dipungut melalui kaedah temubual.

Pemberi Maklumat Kajian

Pemberi maklumat kajian ini terdiri daripada 10 orang anggota polis IPK Terengganu

yang diambil secara rawak dari pelbagai unit dan pangkat.

Instrumentasi Kajian

Instrumen kajian ini menggunakan kaedah temubual yang berbentuk semi-struktur.

Soalan temubual ini terdiri daripada 3 bahagian bagi mengukur pemboleh ubah yang

dikaji.

7
8

Bahagian A mengandungi 3 item bagi mengukur pertama, kefahaman integriti dan konsep

’integirti amalan kita’, kedua, penglibatan diri dalam aktiviti pembentukan integriti, dan

ketiga, hubungan antara keluarga dan rakan sekerja.

Bahagian B pula mengandungi 4 item utama bagi mendapatkan kebolehpercayaan dan

signifikannya dengan item-item bahagian A. Item pertama mengukur nilai dan etika yang

diamalkan ketika bertugas, kedua, punca kejatuhan integriti, ketiga, kesan kejatuhan

integriti dan keempat, anugerah dalam organisasi.

Bahagian C mengandungi 1 item sahaja bagi pengumpulan data mengenai maklumat unit

yang bertanggungjawab mengendalikan aktiviti integriti.

Prosedur Kajian

Pemberi maklumat menjawab soalan-soalan berdasarkan instrumen yang dibina dalam

bilik tetamu secara bersemuka dengan pengkaji. Jawapan direkod melalui rakaman video

bagi mendapatkan reaksi sebenar pemberi maklumat. Masa untuk menjawab soalan-

soalan yang dikemukan tidak terhad.

Analisis Data

Disebabkan kajian ini merupakan kajian eksperimental, data bagi kajian ini dianalisis

melalui jawapan-jawapan pemberi maklumat dihuraikan berdasar kepada definasi dan

ciri-ciri yang terdapat dalam integriti.

8
9

HASIL KAJIAN

1) Tahap Kefahaman Dan Penghayatan Integriti

Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada pemberi maklumat memahami maksud

sebenar integriti dan telah menghayatinya dengan mengamalkan setiap nilai dan etika

yang terkandung dalam integriti. Ini adalah disebabkan penglibatan mereka dalam aktiviti

keagamaan dan bengkel pemantapan integriti yang telah dianjurkan oleh pihak IPK

khususnya dan PDRM amnya. Walau bagaimana pun hanya terdapat sekumpulan kecil

yang masih tidak memahami dan menghayati konsep ’integriti amalan kita’ iaitu dari unit

trafik kerana selalu didorong dengan pemberian yang tidak sepatutnya diterima ketika

menjalankan tugas.

2) Keberkesanan Amalan Integriti

Aktiviti-aktiviti dan bengkel-bengkel pemantapan integriti pada masa kini giat dijalankan

di IPK Terengganu dan daripada maklumat yang diterima, setiap unit akan diberikan sesi

kaunseling dan kewajipan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut walaupun

aktiviti tersebut dianjurkan oleh pihak IPK Terengganu sendiri mahupun dari jabatan lain

seperti JAKIM. Hasil kajian juga mendapati peratus pengambilan rasuah dan tindakan

tatatertib telah berkurangan berdasarkan statistik yang diterima (Buletin PDRM, 2008).

Ini menunjukkan hasil usaha pihak IPK Terengganu telah berjaya meningkatkan integriti

dalam jiwa setiap anggotanya.

9
10

3) Unit Yang Bertanggungjawab Memberi Kefahaman Integriti Terhadap Anggota

Polis.

Menurut hasil maklumat yang diterima, pihak PDRM telah menubuhkan satu unit khas

bagi menangani masalah integriti dikalangan warga PDRM iaitu bahagian Agama dan

Kaunseling (BAKA) dengan kerjasama JAKIM. Sejak penubuhannya pada Julai 2007

telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi memantapkan integriti setiap warga PDRM.

Contohnya pertandingan tilawah Al-Quran, mewujudkan sistem pengurusan aduan,

perlaksanaan konsep bina ihsan dan sebagainya.

PERBINCANGAN

Integriti secara umumnya merujuk kepada kesatuan di antara nilai dan tingkah laku.

Pellegrino (1990), Roberts (1994) dan Musschenga (2001) melihat integriti sebagai

keselarasan nilai dalaman dengan tindakan seseorang. Masalah timbul apabila terdapat

perbezaan nilai yang dipegang oleh individu dan masyarakat di sekitarnya. Perbezaan

nilai ini kemudiannya menimbulkan konflik yang akan menggugat kesejahteraan individu

dan masyarakat. Situasi ini menjadi bertambah parah apabila pertembungan di antara

nilai-nilai timur dan barat dalam era globalisasi dan glokalisasi berlaku tanpa kekuatan

personaliti dan jati diri.

Hasil kajian menunjukkan bahawa penubuhan BAKA telah memainkan peranannya

dengan membuat pelbagai aktiviti bagi meningkatkan integriti setiap anggota PDRM.

10
11

Walau bagaimana pun kematangan akhlak berlaku secara bertahap (Muhammad Al-

Ghazali, 1985). Cara terbaik bagi meningkatkan integriti ialah amal soleh. Amal soleh

adalah proses penyucian jiwa sebagai persiapan untuk mencapai kesempurnaan kendiri

(Muhammad Al-Ghazali, 1985). Ibadah memantapkan iman dan seterusnya memelihara

fitrah manusia dengan menundukkan hawa nafsu agar terdorong kepada akhlak yang

mulia. Kesempurnaan ibadah tercapai apabila berjaya mencetuskan akhlak yang mulia

(Muhammad Al-Ghazali, 1985). Tujuan ibadah adalah untuk membentuk ketaqwaan diri

kepada Allah (Surah Tho Ha: 132). Oleh itu, ibadah yang tidak membuahkan akhlak tidak

mempunyai nilai taqwa (Muhammad Al-Ghazali, 1985).

Pendidikan berterusan juga adalah mekanisme paling teguh di dalam pembentukan

akhlak kerana setiap manusia memiliki potensi untuk cenderung ke arah fujur atau taqwa

untuk diperkembangkan. Institusi pendidikan melalui konsep tazkiyatun nafs (penyucian

jiwa) perlu bergabung dengan institusi lain untuk menggilap aspek positif iaitu taqwa dan

menyingkirkan aspek negatif iaitu fujur. Proses tazkiah terangkum di bawah taklif Ilahi

yang terbahagi kepada dua dimensi iaitu taklif berbentuk suruhan dan amal soleh serta

taklif dalam bentuk larangan dan tegahan bagi tujuh pancaindera manusia.

Menurut Yusuf Al Qardawi (1985), orang yang beragama pada umumnya dan orang yang

mempercayai aqidah islam khususnya tidak merasa terpaksa atau didorong oleh

kekuasaan pemerintahan atau paksaan dari luar ketika melakukan sesuatu pekerjaan

dunia. Mereka bekerja kerana kehendak jiwanya dan dorongan dari hatinya iaitu

11
12

mempercayai Allah dan risalahnya dengan mengingatkan diri akan tanggungjawab yang

diberikan dan kewajipan dari Tuhan agar memakmurkan bumi dan menguasai alam.

Dapatan kajian ini menunjuk kefahaman dan penghayatan integriti memberi kesan

kepada pembentukan kualiti kerja anggota polis. Dapatan ini menyokong definasi sebenar

integriti iaitu “pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-

nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai

tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan

organisasi” (Jamiah Manap et. al., 2005).

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Hasil kajian ini menunjukkan perlunya model Pemantapan Integriti anggota polis

dipertingkatkan lagi dari masa ke masa. Pengukuhan nilai integriti ini akhirnya akan

melahirkan anggota polis yang berintegriti tinggi di dalam organisasi. Integriti yang

tinggi di kalangan anggota polis ini kemudiannya akan membolehkan mereka mencapai

kecemerlangan diri dengan mempunyai kualiti yang tinggi samada dalam aspek fizikal,

psikososial mahupun intelek. Anggota polis yang berkualiti tinggi ini seterusnya menjadi

pemangkin kepada pencapaian cemerlang misi dan visi PDRM.

Pengukuhan integriti adalah proses yang berterusan kerana nilai individu boleh berubah

mengikut masa dan situasi. Justeru, anggota polis sendiri perlu mengambil inisiatif untuk

mengukuhkan integriti mereka manakala PDRM perlu melakukan pemantauan,

12
13

menyediakan persekitaran yang membina untuk memupuk nilai integriti dan mewujudkan

mekanisme penyeliaan yang berkesan dari masa ke masa.

Pemantapan nilai integriti memerlukan masa yang lama dan komitmen yang padu,

sehubungan itu PDRM digalakkan mengambil tindakan proaktif dengan pemilihan

anggota polis berintegriti tinggi ke dalam organisasi seperti mahasiswa dari pengajian

islam atau dari sekolah yang mendalami ilmu agama kerana jiwa mereka telah dididik

dan diasah sejak mula lagi agar mempunyai nilai-nilai integriti yang tinggi ketika berada

di alam pekerjaan. Tindakan proaktif ini membolehkan risiko kepincangan tingkah laku

dan pentadbiran dapat dikurangkan kerana anggota polis yang tidak mempunyai integriti

berkecenderungan mempengaruhi anggota lain untuk melakukan kesilapan yang sama

samaada secara langsung atau tidak langsung.

13
14

RUJUKAN

Muhammad Al Ghazali: 1985, Akhlak Seorang Muslim, semarang, Indonesia ;

wicaksana.

Dr. Yusuf Al Qardawi: 1985, Iman Dan Kehidupan, Kuala Lumpur ; Dewan Pustaka

Fajar.

Jamiah Manap et. al. (2005), Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras

Pembangunan Staf Berkualiti, Jurnal Integriti, Jul 2005.

Hardingham, L. B., (2004). Integrity and Moral Residue: Nurses as Participants in a

Moral Community, Nursing Philosophy, Jul 2004, Vol. 5 Issue 2, p127, 8p

Koonce, R., (1998). Practice Your Own Successful Habits, Training & Development,

Mar98, Vol. 52 Issue 3, p19, 1p, 1bw;

Mikulay, S. N. and George, F. L., (2001). Counterproductive Workplace Behaviors,

Genetic, Social & General Psychology Monographs, 87567547, Aug2001,

Vol. 127, Issue 3

M. Kamal Hassan, (2004). Kepincangan Nilai dalam Masyarakat Global, Kolokium

Pengukuhan Integriti, Institut Kefahaman Islam Malaysia pada Jun 2004.

14
15

Mehrabian, A. (2000). Beyond IQ: Broad-Based Measurement of Individual Success

Potential or ‘Emotional Intelligence’, Genetic, Social & General Psychology

Monographs, May2000, Vol. 126 Issue 2, p133, 107p

Musschenga, A. W., (2001). Education for Moral Integrity, The Journal of The

Philosophy of Education, Vol. 35, No. 2, 2001

Ones, D. S., Viswesvaran, C. dan Schmidt, F. L., (2003). Personality and Absenteeism: A

Meta-Analysis of Integrity Tests European, Journal of Personality,

Mar/Apr2003 Supplement 1, Vol. 17 Issue 2, pS19, 1p, 4 charts

Roberts, A. B., (1994). Core values in a Quality Air Force, Airpower Journal,

Summer94, Vol. 8, Issue 2.

Widang, I., and Fridlund, B., (2003). Self-respect, Dignity and Confidence: Conceptions

of Integrity Among Male Patients, Journal of Advanced Nursing, Apr2003,

Vol. 42 Issue 1, p47, 10p, DOI: 10.1046/j.1365-2648.2003.02578.

Wakin, M. W., (1996). Professional Integrity, Airpower Journal, 08970823,

Summer96, Vol. 10, Issue 2

15

Anda mungkin juga menyukai