Anda di halaman 1dari 11

PRAKTIKAL 2 TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN

Tujuan

Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

Teori :

Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian ekosistem.

Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat 1

tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.

Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalan pengelasan prasaintifik.

Pengkelompokan tidak didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu yang sama di sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka kemumgkinan besar ia mempunyai ciri ciri yang sama dengan individu dalam spesies itu. Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.

TUGASAN Seorang ahli sains telah tiba di bulan dan semasa tempoh lima minit yang diperuntukkan untuknya, beliau telah mengumpul beberapa haiwan dari permukaan bulan. Haiwan tersebut telah dibawa balik ke bumi dan akan menjadi sebahagian

daripada kandungan buku Biodiversiti Bulan. Anda diberi tugas membahagikan haiwan bulan kepada kumpulan (spesis) yang berbeza.

Kumpulan dibahagikan kepada lima. Satu set haiwan dikelaskan mengikut spesis masing-masing berdasarkan ciri-cirinya dan dicatat bilangannya.

Andaikan mereka semua telah dewasa dan tidak ada perbezaan jantina. Maklumat mengenai habitat dan kelakuannya tidak diperolehi, dan haiwan tersebut dikelaskan mengikut ciri-ciri yang boleh dilihat (morfologi).

Adakah terdapat 29 spesis ataupun ada kumpulan individu yang dikelaskan bersama-sama di dalam sesuatu spesis?

Prosedur : 1. Spesis yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada lima kumpulan. Satu kumpulan haiwan dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesis. 2. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesis adalah pada tahap matang dan tiada perbezaan dapat dilihat diantara spesis jantan dan betina.

Keputusan :

Kump. Spesis

Ciri-ciri Umum

Moonmorf

Memiliki abdomen yang besar.

1,16,17,24,27

Mempunyai kepala, mata, tangan dan ekor.

2,3,4,5,12,18,22,23 B Memiliki abdomen badan yang bercorak.

Mempunyai kepala, mata, tangan, kuku, abdomen, jari dan kaki.

6,9,10,11,21 C Memiliki tangan yang bercorak.

Mempunyai kepala, mata, abdomen, tangan dan ekor.

19,20,26,29 D Memiliki abdomen yang panjang.

Mempunyai kepala, sesungut dan tangan.

7,8,13,14,15,25,28 E Mempunyai kepala yang berbentuk.

Mempunyai kepala, abdomen, tangan dan ekor.

HAIWAN BULAN (MOONMORF) A Mata bercantum 1,15 Mata tidak bercantum 17,24,27 3,12 Kaki berkuku Tajam Tumpul 2,4 22 B Kaki tidak berkuku Itik Katak 5,18,22 Y 6,11,21 C Bentuk ekor V 9,10

HAIWAN BULAN (MOONMORF) D Sesungut dan ekor Bercantum dan berekor panjang Terpisah dan berekor pendek 19,26,29 20 7 25 U Pendek Panjang 8,13,14 15 28 Pendek Panjang E Bentuk kepala

Perbincangan

1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain? Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corak pada bahagian tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kesemua haiwan tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesis A, Spesis B, Spesis C, Spesis D dan Spesis E.

2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut? Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampir sama. Untuk spesis A, haiwan tersebut memiliki bahagian abdomen yang besar, bagi spesis B, mereka memiliki perut yang bercorak, spesis C mempunyai

tangan yang bercorak, spesis D pula memiliki abdomen yang panjang dan spesis E mempunyai bentuk kepala yang berbentuk.

3. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu yang sangat rendah? Jika menerima variasi individu yang sangat tinggi, untuk satu spesis hanya akan mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya, manakala jika menerima variasi yang sangat rendah pula satu spesis akan mempunyai bilangan haiwan yang terlalu banyak.

4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru? Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut.

5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu? Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk

bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jika terdapat keperluan dan peluang yang wujud, variasi membolehkan sesetengah individu

mengeksplotasi sumber yang ada di habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental. Variasi berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal.

6. Mengapakah spesis Moonmorf ini dipanggil morfospesis? Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang merujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesis Moonmorf dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan

berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Morfospesis merupakan kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu dalam megelaskan sesuatu spesis. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.

10

7. Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal. Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana maklumat yang diperolehi amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam. Spesis ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat seperti sifat fizikal.

11

Anda mungkin juga menyukai