Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Asertif

(Muhamad Hafiz Bin Zainun)

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan generasi masa
depan yang berilmu pengetahuan serta mempunyai akhlak yang mulia dalam
menghadapi cabaran dan rintangan masa hadapan yang semakin lama menghakis
nilai-nilai tersebut dalam diri generasi masa kini. Bagi membantu negara mencapai
Wawasan 2020, guru perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan juga kreativiti dalam
mendidik para murid yang berada dalam situasi yang kritikal serta mengubah tingkah
laku murid-murid agar lebih berdisiplin dan menghormati orang lain.

Salah satu kemahiran yang perlu ada dalam guru yang berkhidmat atas dasar
profesional ialah kemahiran asertif. Aserti bermaksud peneguhan atau ketegasan diri.
Suatu tingkahlaku yang membolehkan seseorang itu bertindak dengan cara yang
selesa dan tidak cemas, menyatakan perasaannya dengan cara yang jujur dan selesa
serta menggunakan haknya tanpa mengenepikan hak orang lain’.
(Berman dan Rickel, 1979). Kemahiran asertif ini merupakan kaedah atau cara yang
digunakan oleh guru untuk mengawal tingkah laku murid agar tidak bersifat keterlaluan
dan biadap serta boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Asertif juga
dapat diertikan sebagai ciri di mana individu dapat memperjuangkan hak sendiri tanpa
menggugat hak orang lain, memperkatakan tentang perasaan, keperluan dan kehendak
tanpa diganggu oleh rasa kerisauan yang keterlaluan dan berinteraksi dengan orang
lain tanpa ditindas atau dipermainkan. Bagi mengukur tahap kemahiran yang telah
dikuasai oleh seseorang guru, ketegasan skala penilaian telah dibentuk untuk
memudahkan para guru melihat dan menilai sendiri kemahiran asertif yang telah
mereka gunakan semasa berada di sekolah. Skala penilaian ini boleh dikelaskan
kepada tiga iaitu asertif, pasif dan agresif.
Dari segi asertif, para guru menekankan tentang hak menghormati diri sendiri
dan juga orang lain di mana murid-murid harus memahami bahawa mereka berada di
dalam satu kumpulan yang terdiri dalam kalangan mereka sendiri dan mereka harus
bersikap lebih terbuka dan menerima seadanya serta tidak mencabuli hak kawan-
kawan mereka dan orang lain. Kita boleh kaji kemahiran asertif ini berdasarkan situasi
yang berikut; “Fahmi telah merudum sejak akhir-akhir ini, melakukan prestasi yang
minimum dan nyaris tidak lulus. Pada akhir kelas hari ini, dia bertanya adakah boleh
untuk menyerahkan projek beberapa hari lewat. Dia tahu bahawa guru telah
memberikan keizinan yang serupa dengan dua pelajar lain yang mengalami kesulitan
untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.” Jadi guru memberikan jawapan
daripada persoalan yang wujud dalam diri Fahmi dengan menggunakan kemahiran
asertif. Dalam hal ini, guru perlu bersikap tegas dan serius kerana prestasi pelajaran
Fahmi yang agak merosot sejak kebelakangan ini. Guru tersebut mesti menegaskan
bahawa Fahmi mesti menghantar projek yang telah diberi pada hari tersebut juga agar
dia tidak menimbulkan sebarang masalah lagi selepas ini. Melalui situasi ini kita boleh
melihat bahawa guru tidak lagi memberikan peluang kepada Fahmi untuk
menangguhkan tugasan yang telah diberikan kepadanya disebabkan daripada prestasi
pelajarannya yang tidak begitu baik. Ini merupakan contoh kepada kemahiran asertif.

Selain daripada itu, dari segi pasif pula guru bersikap seolah-olah mengabaikan
diri sendiri tetapi menghormati hak orang lain. Guru seperti ini menggunakan
pendekatan yang pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tidak
konsisten semasa mengajar dan boleh mengelirukan murid. Tingkahlaku yang pasif
ialah mengelak daripada menyatakan perasaan, kehendak, keperluan dan pendapat.
Kalau ada pun perkataan yang digunakan lebih banyak berbentuk rendah diri dan
memberi ruang kepada orang lain untuk membuat pilihan untuk diri sendiri. Contoh
perkataan ialah: Awak faham ajelah……, maksud saya ….