Anda di halaman 1dari 45

Acute pulmonary edema

Definisi pulmonary edema / oedema adalah pengumpulan cecair di dalam alveoli paru-paru. . Patofisiologi pulmonary edema Peningkatan tekanan atrial kiri Peningkatan tekanan darah dalam vena vena pulmonari Peningkatan tekanan hydrostatic di dalam kapilari darah yang mengelilingi alveoli Kebocoran cecair ke dalam alveoli dan interstitial pulmonari . Etiologi pulmonary edema 1. Cardiogenic 1.1 Atherosclerosis 1.2 Hipertensi 1.3 Valvular diseasesCCF 1.4 Myopathy Arrhythmia 1.5 Left sided congestive cardiac failure 2. Non cardiogenic 2.1 Circulatory overload - berlebihan cecair IVD 2.2 Sawan 2.3 Trauma kepala 2.4 Strangulasi 2.5 Cardioversion / defrib - kejutan elektrik 3. Alveolar 3.1 Lung injury - sedutan gas beracun 3.2 Kontusi pulmonari 3.3 Aspirasi 3.4 Torasentesis 3.5 Kerap transfusi darah 3.6 Pulmonary infection yang teruk seperti RDS 4. Lain-lain 4.1 Drug hypersensitivity contoh Penicillin
Edema pulmonari MI

4.2 Sekatan salur pernafasan 4.3 Altitude tinggi contoh mendaki gunung yang tinggi . Manifestasi klinikal acute pulmonary edema 1. Dispnea 1.1 Orthopnea 1.2 Paroxysmal nocturanl dispnea 1.3 Wheezing 2. Gelisah 2.1 Bimbang 2.2 Tangan sejuk 3. Sianosis 4. Nadi - cetek dan cepat 5. Batuk . Jenis-jenis penyiasatan 1. X ray dada 2. Echo 3. Darah 3.1 ABG 3.2 Enzim kardiak . Intervensi perawatan Gangguan pertukaran gas . Kebimbangan . Rawatan 1. Vasodilators 2. Iotropic agents 3. Diuretic 4. Sedatif

Hipertensi
Definisi Hipertensi adalah tekanan darah tinggi yang melebihi purata tekanan darah normal iaitu 120/80. . Epidemiologi Dalam tahun 2006, 42.6 peratus rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas dianggarkan menghidap hipertensi tetapi hanya 26 peratus daripada mereka yang menerima rawatan berupaya mengawal tekanan darah mereka. . Klasifikasi Mengikut sebab Primary / essential hypertension tidak ada penyebab medikal Secondary hypertension akibat dari penyakit lain contoh penyakit buah ginjal

. Mengikut jenis Systolic hypertension peningkatan tekanan sistolik ( kuncupan jantung ) Diastolic hypertension peningkatan tekanan diastolic ( tekanan diastolic adalah apabila ventrikel relaks ) . Mengikut keterukan Mild hypertension systolic 140 - 159, diastolic 90 - 99 Moderate hypertension systolic 160 170 , diastolic 100 109 Severe hypertension 180 / 110 Malignant hypertension - > 200 / 130 . Patofisiologi Faktor risiko seperti sejarah keluarga, umur, pengambilan garam, obesity, minuman keras, merokok, stress Peningkatan rintangan vascular sistemik / systemic vascular resistance Peningkatan afterload kurang bekalan darah ke semua organ termasuk buah ginjal mengaktivasikan beta receptor untuk mengeluarkan rennin rennin menukarkan angiotensinogen ( hepar ) kepada angiotensin I Angiotensin I ditukar oleh angiotensin converting enzyme kepada angiotensin II vasokonstriksi arteri arteri, pernambahan aldosterone, pengembalian sodium dan cecair Peningkatan peripheral resistance Peningkatan tekanan darah Etiologi hipertensi sekunder Diabetes mellitus menyebabkan diabetes neuphropathy, polycystic kidney disease, glomerular disease, hydronephrosis, renovascular hypertension, cushing syndrome ( berlebihan corticosteroid ), aldosteronism, pheochromocytoma ( berlebihan adrenaline dan noradrenaline ), hypo / hyperthyroidism, hyperparathyroidism, coarctation aorta, apnea ( merosakan salur darah oleh kekurangan oksigen ), obesity, preeclampia, OCP Faktor berisiko Tidak boleh diubah Proses penuaan Sejarah keluarga Lelaki Menopause Orang Asia Boleh diubah Diet tinggi dalam kolesterol Kurang bersenam Merokok

Obesiti Stres Minuman keras OCP . Manifestasi klinikal Sakit kepala Epistasis Penglihatan kabur Pening Palpitasi Tinnitus . Penyiasatan X ray dada ECG Echocardiography Urinalisis Fasting blood lipids Urea creatinine BUSE . Pengurusan Bukan farmakologikal Cara hidup sihat contoh senaman 2 hingga 3 kali seminggu, 20 hingga 30 minit sekali Mengubah factor risiko contoh makanan yang sihat . Farmakologikal 1. Diuretic contoh Frusemide 2. Beta adrenergic antagonist contoh Labetelol 3. Alpha adrenergic antagonists contoh Prazosin 4. Calcium channel blocking agents contoh Nifedipine 5. ACE inhibitors contoh Analapril . Intervensi perawatan Diagnosis:Defisit pengetahuan berkaitan dengan proses penyakit / pendidikan kesihatanIntervensi: 1. Kurangkan sodium sebab sodium boleh meresap cecair 2. Terangkan proses penyakit kepada pesakit untuk mendapatkan kerjasama pesakit 3. Lakukan senaman pasif untuk mengekalkan kesihatan badan 4. Beritahu pesakit untuk komplian kepada ubat bagi melegakan simtom simtom penyakit 5. Beritahu tentang perulangan penyakit seperti pening yang menandakan hipertensi Tidak komplians kepada ubat 1. Terangkan tentang kepentingan mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah contoh Nifedipine 2. Endahkan aduan pesakit tentang rawatan yang memberi kesan sampingan supaya rawatan yang lebih sesuai boleh diberikan 3. Rujuk pesakit kepada klinik berhampiran untuk mendapatkan bekalan ubat 4. Ikuti prinsip 7 R apabila ubat diambil 5. Beritahu pesakit untuk mengubahsuaikan cara hidup untuk mendapatkan kesan terbaik daripada ubat contoh makanan sihat

. Komplikasi Stroke Kegagalan jantung Angina MI Kerosakan penglihatan Penyakit buah ginjal

Infarksi miokardial

Definisi infarksi miokardium adalah kematian tisu jantung akibat tersekatnya aliran darah ke otot jantung . Etiologi 1. Coronary heart disease iaitu aterosclerosis dan arteriosclerosis 2. Faktor faktor risiko iaitu: 2.1 Umur disebabkan oleh kebebanan aktiviti ke atas jantung danproses penuaan yang mengakibatkan otot menjadi longgar. 2.2 Jantina di mana kejadian adalah lebih berkecenderungan kepada lelaki disebabkan oleh aktiviti aktiviti berat harian. 2.3 Sejarah keluarga iaitu hiperkolesterolemia dan hiperlipidemia. 2.4 Merokok yang mengurangkan oksigen ke jantung, menambahkan kadar denyutan jantung, menyenangkan proses pembekuan darah dan mencederakan dinding arteri koronari. 2.5 Hipertensi yang melemahkan dinding arteri yang berkecendurungan kepada formasi arteriosclerosis dan ruptur. 2.6 Kekurangan aktiviti fisikal yang melambatkan peredaran darah dan ini menyebahkan keadaan aterosclerosis dan arteriosclerosis. 2.7 Stres menkonstriksikan salur darah. 2.8 Obesiti yang diakibatkan oleh makanan lemak yang mengandungi banyak kolesterol. 2.9 Diabetes mellitus di mana makanan adalah tidak sihat dan mengandungi terlalu banyak gula dan kolesterol. .

Patofisiologi Sekatan / oklusi pada arteri koronari Bekalan darah terputus Iskemia dan nekrosis / infarksi tisu miokardium . Manifestasi klinikal Kesakitan dada akibat dari pendilatan salur koronari dan ransangan saraf oleh adenosine Dispnea disebabkan oleh kurang oksigen Diaforesis akibat aktivasi system saraf simpatetik disebabkan oleh penurunan keluaran kardiak Nausea dan muntah kerana ransangan saraf vagal Demam disebabkan oleh kebebasan pyrogen dari tisu yang rosak contoh pyrogen adalah toksin dari microorganism Oliguria kerana kurang keluaran kardiak yang memberi kesan kepada buah ginjal . Pengurusan bagi klien yang mengalami infarksi miokardial Segera Ubat-ubatan Opiate analgesic contoh IV Morphine Sulphate Vasodilator contoh Nitroglycerine sublingual, Nitroglycerine IV Calcium channel blocker contoh Nifedipine Beta blocking agent contoh Propranolol, Metaprolol Vasopressor contoh Levarteenol, Dopamine, Dobutamine Antiarrhythmic contoh Quinidine, Amiodarone, Verapamil, Digoxin Thrombolytic therapy contoh Urokinase, Streptokinase . Komplikasi Disritmia Renjatan kardiogenik Kegagalan kardiak Embolisma pulmonary Aneurisme Embolisme Dressler Syndrome inflamasi kantung yang mengelilingi pericardium Pericarditis . Pendidikan kesihatan Proses penyakit Rawatan Medikasi Komplikasi Hidup sihat iaitu pemakanan, senaman, hentikan merokok, kurangkan stress, kurangkan berat badan Rawatan susulan

Congestive cardiac failure

Congestive cardiac failure Definisi Congestive cardiac failure adalah bila miokardium tidak dapat mengekalkan pengeluaran darah beroksigen yang mencukupi bagi memenuhi kehendak metabolik badan. . Patofisiologi kegagalan jantung kiri Ruang ventrikel kiri adalah terbesar sekali dalam jantung supaya dapat mengepamkan darah ke seluruh badan Jika ventrikel kiri kehilangan kontraktilitinya, kuasa untuk mengepamkan darah beroksigen ke aorta dan seterusnya ke seluruh badan adalah lemah Kurang darah sampai ke seluruh badan Jika ventrikel tidak dapat relaks selepas kontraksinya, jantung tidak akan diisi dengan darah yang secukupnya Darah dari peparu terpaksa patah balik dan menyebabkan kebocoran plasma ke dalam peparu / edema pulmonary dan lama kelamaan di dalam tisu tisu lain Semakin jantung menjadi lemah, semakin lebih banyak plasma akan berkumpul dan menyebabkan edema . Patofisiologi kegagalan jantung kanan Apabila ventrikel kiri gagal berfungsi normal Darah berpatah balik ke dalam peparu dan jantung kanan Lama kelamaan ini menjejas kuasa kontraktiliti jantung kanan Jika jantung kanan gagal mengepam dengan normal, darah akan berpatah balik ke dalam vena vena badan Kebengkakan di dalam kaki dan pergelangan kaki . Etiologi congestive cardiac failure Miokardium yang terpaksa mengepam dengan lebih kuat untuk membekalkan darah ke jantung sendiri dan seluruh badan akan menjadi lemah dan membenarkan pengumpulan darah dalam ruang ruang jantung. Penyakit-penyakit yang menyebabkan keadaan ini adalah berikut. 1. Coronary arterosclerosis penyempitan salur koronari 2. Artery hypertension penyempitan salur koronari yang meningkatkan tekanan darah 3. Myocardial infarction kematian miokardium untuk berfungsi secara normal 4. Valvular heart diseases penyakit injap jantung yang membenarkan darah berpatah balik 5. Myocarditis, infeksi inflamasi miokardium yang menekan pada salur koronari 6. Arrhythmia gangguan ritma yang menyebabkan gangguan kontraktiliti jantung 7. Thyrotoxic peningkatan kadar metabolisma yang menyebabkan peningkatan kerja jantung

9. Drugs beta blocker untuk hipertensi, steroid iaitu anti inflamasi . Manifestasi klinikal 1. Kegagalan jantung kiri 1.1 Dispnea, orthopnea ( perubahan posisi dari rekumben ke duduk ), paroxysmal nocturnal dyspnea ( edema peparu diseblah malam ) 1.2 pernafasan shortness of breath 1.3 lemah, penat 1.4 palpitasi 1.5 batuk produktif ( edema pulmonary ) 1.6 takikardia 1.7 bilateral rales crackles kedengaran dari stethoscope oleh doktor 1.8 pulsus alternans ( nadi yang lebih kuat di antara nadi yang biasa ) . 2. Kegagalan jantung kanan 2.1 peningkatan JVP ( jugular vein pressure ) 2.2 peningkatan berat badan 2.3 dependant edema pada ekstremiti bawahan 2.4 distensi abdomen 2.5 anoreksia 2.6 gastric distress - asid 2.7 hepatomegali 2.8 kekurangan pengeluaran air kencing . Penyiasatan X ray dada cardiomegali ECG seperti pemesongan negative pada gelombang ST Echocardiogram membantu dalam memberi diagnosis ABG kekurangan PaO2 LFT hepatomegali . Rawatan Diuretic contoh Tab Frusemide 40 mg tds Vasodilator contoh Tab Captopril 50 mg BD Inotropes contoh Tab Digoxin 62.5 microgram OD Electrolytes contoh Mist Potassium Chloride 15 mls tds . Komplikasi CCF Pulmonari edema Jangkitan pulmonari kehadiran cecair dalam alveoli Renjatan kardiogenik kegagalan fungsi jantung Cardiac arrest pesakit mati . Intervensi kejururawatan Diagnosis:

Perubahan keluaran kardiak berkaitan dengan kerosakan miokardium / hipertrofi Intervensi: 1. Elakkan pesakit mengalami bebanan jantung melalui langkah-langkah berikut: 1.1 Letakkan pesakit dalam posisi Fowlers atau semi Fowlers bagi - kurangkan tekanan darah - mudahkan pernafasan - baiki keberkesanan kontraksi jantung 1.2 Pastikan pesakit merehatkan fikiran seperti meluangkan masa untuk berbual dengan beliau sebab stress emosi boleh menyebabkan: - vasokonstriksi - peningkatan tekanan arterial - peningkatan kadar jantung 1.3 Jawab segala soalan pesakit dengan jujur supaya tidak membimbangkan dan menyebabkan agitasi kepada beliau 1.4 Ambil tanda vital seperti tekanan darah untuk mengesan hipotensi yang berlaku dengan tiba tiba disebabkan oleh iskemia miokardium dan penurunan perfusi di organ organ yang penting. Ini dicirikan oleh: - penurunan tekanan sistolik - penurunan tekanan nadi - pulsus alternans 1.5 Perhatikan untuk tanda- tanda gangguan perfusi tisu perferal iaitu: - kesejukan kulit - muka pucat - kuku proksimal yang pucat 1.6 Monitor pesakit untuk prognosis yang bertambah baik seperti: - pernafasan bertambah baik - ortopnea - kekurangan crackles - kekurangan edema periferal . Diagnosis: Perubahan volum cecair: kelebihan berkaitan dengan peningkatan kongesi sistemik Intervensi: Pastikan infusi cecair adalah betul seperti yang diarahkan oleh doctor supaya overloading cecair dapat dielakkan: 1.Monitor untuk pitting edema sebab ini menandakan retensi cecair yang teruk 2. Berikan makanan dan minuman kurang sodium bagi mengelak retensi cecair 3. Ambil berat badan pesakit untuk mengetahui jika masih terdapat retensi cecair badan 4. Monitor carta pengambilan dan pengeluaran pesakit untuk mengetahui jumlah retensi atau pembuangan cecair badan 5. Berikan ubat diuretic seperti yang diarahkan oleh doctor bagi mengkumuhkan cecair berlebihan contoh Frusemide 40 mg tds . Diagnosis:

Pernafasan tidak berkesan berkaitan dengan sekresi berlebihan dalam trek trakeobronkial Intervensi: 1. Berikan oksigen 2 hingga 3 liter seminit bagi memenuhi keperluan oksigen 2. Monitor untuk peningkatan kadar pernafasan yang diakibatkan oleh kongesi paru paru 3. Galakkan pesakit melakukan senaman pernafasan bagi melancarkan aliran darah melalui paru paru 4. Angkat kepala katil setinggi 20 hingga 30 sm untuk mengurangkan kebebanan jantung dan paru paru 5. Galakkan pesakit menurkarkan posisi untuk mengelak pneumonia akibat dari gangguan peredaran darah pulmonari . Diagnosis: Potential perubahan integriti kulit berkaitan dengan edema Intervensi: 1. Monitorkan integriti kulit supaya kudis tekanan tidak terjadi 2. Hadkan pengambilan cecair untuk mengurangkan keadaan edema 3. Galakkan pesakit berambulasi untuk mengalakkan peredaran darah 4. Lakukan rawatan kudis tekanan yang boleh diakibatkan oleh edema belakang 5. Ajar pesakit melakukan senaman untuk mengalakkan perkumuhkan cecair badan 6. Galakkan pesakit menukar posisi badan supaya edema bukan ada pada satu bahagian badan 7. Beri ubat seperti yang diarahkan oleh doctor contoh Frusemide 40 mg tds bagi mengkumuhkan urin . Diagnosis: Defisit pengetahuan berkaitan dengan proses penyakit Intervensi: 1. Kurangkan sodium sebab sodium boleh meresap cecair 2. Terangkan proses penyakit kepada pesakit untuk mendapatkan kerjasama pesakit 3. Lakukan senaman pasif untuk menguatkan otot dan mengalakkan peredaran darah 4. Beritahu pesakit untuk komplian kepada ubat bagi melegakan simtom simtom penyakit 5. Beritahu tentang perulangan penyakit seperti peningkatan berat badan, kebengkakan akibat dari CCF . Diagnosis: Intoleransi aktiviti berkaitan dengan kekurangan keluaran kardiak Intervensi: 1. Lakukan aktiviti-aktiviti secara beransur ansur supaya tidak terlalu meletihkan 2. Pastikan pesakit dapat rehat dan tidur sebelah malam untuk mengembalikan tenaga 3. Monitor tanda vital pesakit semasa melakukan aktiviti bagi mengelak kebebanan jantung 4. Dapatkan makanan yang bertenaga supaya pesakit dapat melakukan aktiviti tanpa masalah besar 5. Nasihat pesakit berehat di antara aktiviti aktiviti untuk mengembalikan tenaga bagi aktiviti seterusnya . Komplikasi CCF 1. Edema pulmonari Jantung yang lemah tidak dapat mengepam dan mengalirkan darah dengan lancar. Plasma akan berkumpul di dalam sak alveoli.

2. Infeksi pulmonari Jantung yang lemah tidak dapat memenuhi badan untuk oksigen dan ini menyebabkan pesakit letih dan tidak dapat batuk secara efektif seperti biasa. Pengumpulan plasma di dalam sak alveoli menjadi media baik untuk pembiakan mikroorganisma. 3. Renjatan kardiogenik Jantung gagal mengepam darah dengan secukupnya dan jika jantung sendiri berkurangan darah, ini akan menyebabkan jantung gagal berfungsi. 4. Cardiac arrest Jantung yang gagal berfungsi akan berhenti dan pesakit akan meninggal dunia.

Sunday, July 12, 2009

Arteriosclerosis Atherosclerosis
Arteriosclerosis Definisi Arteriosclerosis adalah keadaan di mana arteri kehilangan elastisiti dan menjadi keras. Arterio bermaksud arteri. Sclerosis bermaksud keras. . Atherosclerosis Definisi Atherosclerosis adalah keadaan dimana dinding arteri menjadi tebal dan keras akibat dari formasi plak di dalam dinding arteri.

. Etiologi Kecerderaan kepada dinding arteri oleh: Hipertensi LDL tinggi

Nicotine Diabetes Sejarah keluarga . Patofisiologi

Kecerderaan pada dinding arteri Platelet membeku di tempat kecerderaan Inflamasi LDL, triglycerides dan sel darah putih ( plak lemak ) berkumpul di tempat sama Mengeraskan dan menebalkan dinding arteri mengecilkan salur darah Kurang bekalan darah Plak lemak dan beku darah tertanggal dan menyekat arteri koronari atau arteri-arteri yang lain serangan jantung dan kegagalan fungsi organ lain . Simtom Atherosclerosis di arteri jantung angina Atherosclerosis di arteri otak kekebasan atau kelemahan di dalam tangan atau kaki, kesukaran bercakap, slurred speech, otot muka drooping Atherosclerosis di arteri tangan dan kaki kesakitan kaki Atherosclerosis di deep arteri penis erectional dysfunction . Penyiasatan Tekanan darah tinggi Serum kolesterol tinggi Serum gula tinggi Doppler ultrasound keterukan sekatan salur darah ECG yang positif Angiogram / CT scan / MRI mengenalpasti sekatan di dalam salur darah . Komplikasi Penyakit jantung koronari Penyakit arteri carotid Penyakit arteri peripheral Aneurism . Rawatan 1. Medikasi mengurangkan kolesterol 2. Ubat anti-platelet iaitu Aspirin 3. Anticoagulant contoh Warfarin

4. Ubat mengurangkan tekanan darah 5. Ubat merawat diabetes 6. Pembedahan seperti angioplasty untuk membesarkan salur darah, endarterectomy untuk membuang plak, thrombolytic therapy dimana ubat dimasuukkan semasa pembedahan untuk memecahkan plak dan bypass surgery. . Pendidikan kesihatan Menghentikan merokok Senaman Makanan berkhasiat Mengendalikan stress Elak alkohol

Ventricular fibrillation
Definisi Ventricular fibrillation adalah kontraksi otot kardiak yang tidak teratur yang menyebabkan ventrikel bergegar ( dan bukan kontrak ) pada kadar melebihi 300 denyutan seminit yang akan membawa maut jika rawatan segera tidak dijalankan.

Etiologi Hiperkalemia Infarksi miokardial akut Asidosis menyebabkan V.F. . Patofisiologi Iskemia jantung gangguan impuls saraf keluaran kardiak menjadi kurang pesakit akan mati . Bacaan ECG

Disritmia Ketiadaan interval P-R Ketiadaan gelombang P Kompleks QRS yang abnormal Gelombang T kurang jelas Kadar denyutan tidak dapat disukat sebab ketiadaan kompleks QRS . Pengendalian kejururawatan Bantu dalam rawatan kecemasan . Rawatan 1. Sodium bicarbonate bagi merawat keadaan lactic acidosis 2. Lakukan electrical defibrillation 200 hingga 400 watt sesaat 3. Epinephrine Hydrochloride untuk menjadikan defribilasi lebih memuaskan

Ventricular tachycardia
Definisi Ventricular tachycardia adalah takikardia salah satu ventrikel sahaja yang boleh menyebabkan kurang keluaran kardiak, ventricular fibrillation dan kematian pesakit. . Etiologi a. Infarksi miokardial akut b. Kesan sampingan ubat digitalis atau isoproterenol c. Gangguan elektrolit yang menyebabkan disritmia kardiak d. Sindrome Wolff-Parkinson-White di mana ritma yang cepat akan menjadi perlahan e. Lactic acidosis iaitu gula ringkas yang terbentuk dalam sel sel sebagai hasil muktamad metabolisma glukosa semasa ketiadaan oksigen . Patofisiologi Iskemia miokardium parut pada tempat iskemia

impuls dari nodus AV hanya sampai ke parut ini dari parut ini, impuls akan dihantar sekali lagi takikardia . Bacaan ECG Disritmia Interval P-R tidak dapat disukat Kadar di antara 140 hingga 220 seminit Kompleks QRS mengambil lebih dari 0.12 saat Gelombang T: pemesongannya adalah ke bawah . Pengendalian kejururawatan Berikan oksigen Ambil tanda vital . Rawatan iv Lidocaine 1 hingga 4 mg / minit Hentikan ubat Quinidine kerana kesan sampingannya adalah VT Electrical cardioversion bagi mengembalikan ritma yang normal

Asystole
Definisi Asystole adalah keadaan dimana jantung berhenti dan pesakit mati seterusnya jika tidak ada rawatan segera. Keadaan ini digunakan untuk mengesahkan kematian pesakit. . Etiologi Trauma Asidosis

Hipoksia Keracunan Hipotermia Hipotermia Hipoglisemia Ubat dos tinggi Cardiac tamponade Hiper / hipokalemia Tension pneumotoraks Myocardial infarction akibat trombosis Pulmonary embolisma akibat dari trombosis . Pengendalian kejururawatan Membantu doktor dalam bantuan kecemasan . Rawatan . Vasopressin atau epinephrine atau atropine . Tekanan dada dan defribilasi

Premature ventricular contraction


Definisi PVC PVC adalah disritmia jantung pada ventrikel di mana selain daripada denyutan normal daripadanya, juga didapati denyutan ektopik yang awal. . Etiologi Hipokalemia Hipermetabolisma Kekurangan oksigen Infarksi miokardial akut Kesan sampingan ubat Digoxin, Dobutamine, Imipramine ( anti depressant ) dan Aminophylline . Patofisiologi Etiologi Otot jantung mengalami electric irritability ( rangsangan impuls yang mudah dan cepat ) Keluaran impuls yang awal tanpa menunggu keluaran elektrik yang normal dari nodus SA . Bacaan ECG Disritmia

Interval P-R tidak dapat disukat Kompleks ORS mengambil masa lebih dari 0.12 saat Gelombang P tidak jadi disebabkan oleh impuls ektopik Gelombang T: pemesongan ke bawah . Pengendalian kejururawatan Kurangkan stres Lakukan senaman Elak alkohol atau rokok . Rawatan iv Lidocaine Hydrochloride atau Procainamide atau Bretylium Tosylate untuk mengawal denyutan jantung Atropine untuk mencepatkan kadar jantung secara keseluruhan, sambil menghentikan kadar ventrikular

Atrial fibrillation
Definisi AF Atrial fibrillation ialah disritmia jantung disebabkan oleh pengeluaran impuls dari beberapa bahagian atrium. . Etiologi 1. Ubat digitalis 2. Penyakit valvular 3. Infarksi miokardial akut 4. Fibrosis dengan proses penuaan . Patofisiologi Etiologi Atrium menjadi dilat Rangsangan renin aldosterone angiotensin system (RAAS)

Gangguan pada atrium iaitu fibrosis nodus sinoatrial dan kehilangan jisim otot atrial impuls adalah di merata tempat pada dua atrium dan bukan dari nodus SA sahaja atrial fibrillation

Bacaan ECG Disritmia Kadar atrium terlalu cepat Interval P-R: tidak dapat disukat Gelombang P: kehadiran gelombang F yang kecil Pengendalian kejururawatan 1. Berhenti merokok 2. Dapatkan berat badan yang normal 3. Makan makanan yang berkhasiat dan kurangkan LDL 4. Bersenaman 20 minit 3 kali seminggu jenis pasif 5. Elak alkohol dan caffeine Rawatan 1. Digitalis 2. Calcium ion antagonist 3. Electrical cardioversion / defribillation 4. Beta-adrenegic blocking drugs 5. Quinidine - menghentikan ectopic foci

Saturday, January 17, 2009

Sinus bradycardia
Definisi Sinus bradycardia adalah disritmia jantung apabila kadar denyutan jantung adalah kurang dari 60 seminit

. Etiologi 1. Infarksi miokardial 2. Kesan sampingan ubat Digoxin 3. Senaman lasak yang biasa dilakukan dan fungsi jantung menjadi kuat 4. Penuaan - tisu fibrotik terjadi di jantung dan parut di nodus sinoatrial 5. Hipotiroidisma - penurunan aktiviti metabolik di dalam sel sel badan yang mengurangkan keperluan oksigen, nutrien dan suhu badan . Patofisiologi Etiologi ini mengurangkan kadar denyutan jantung . Bacaan ECG Kadar denyutan kurang dari 60 seminit Interval P-R: masa diambil adalah diantara 0.12 hingga0.20 saat atau 0.18 saat Interval QRS: masa diambil adalah 0.06 saat Gelombang T: hadir selepas kompleks QRS dan mempunyai pemesongan positif . Pengendalian kejururawatan: Monitor tanda vital Kurangkan berat badan Monitor kesan sampingan ubat yang menyebabkan sinus bradycardia contoh beta blocker, calcium channel blocker, anti arrhythmic . Rawatan

1. Pacemaker

2. iv Isoproterenol 1 mg / 500 ml DW adalah untuk rangsangan simpatetik

3. iv Atropine 0.5 hingga 1 mg akan menghalang rangsangan vagal ke atas nodus SA dan ini mempercepatkan kadar jantung

Sinus tachycardia
Definisi Sinus tachycardia adalah disritmia jantung apabila kadar denyutan jantung melebihi 100 seminit. . Etiologi 1. Kebimbangan 2. Senaman 3. Demam 4. Renjatan 5. Medikasi 6. Gangguan metabolisma seperti hipertiroidisma 7. Gangguan elektrolit . Patofisiologi Nodus sinoatrial dipengaruhi oleh sistem saraf autonomik Sistem saraf autonomik mengandungi saraf simpatetik dan saraf parasimpatetik dan bukan voluntari Impuls dari saraf simpatetik merangsangkan nodus sinoatrial jantung mengepam dengan cepat . Bacaan ECG Kadar denyutan melebihi 100 seminit Interval P-R: masa diambil adalah diantara 0.12 hingga 0.20 saat atau pada purata 0.16 saat Jarak QRS: masa diambil adalah 0.06 saat Gelombang T: hadir selepas kompleks QRS dan mempunyai pemesongan positif . Pengendalian kejururawatan . Rehat

. Elak sembelit . Hadkan pelawat . Elak aktiviti lasak . Elak caffeine dan alkohol . Kurangkan stres contoh kerja . Jadualkan penjagaan perawatan . Pastikan pesakit komplian dengan ubat . Berikan makanan pada suhu yang selesa . Adakan terapi peralihan seperti baca buku . Elak makan ubat dibeli sendiri contoh phenylephrine . Rawatan 1. Digitalis jika perlu untuk menambahkan keluaran kardiak 2. Rawatan bagi etiologi masalah ini

Friday, January 9, 2009

Angina Pectoris
Definisi angina pectoris Angina pectoris ialah keadaan di mana klien merasa sakit dada yang kuat akibat dari penyakit jantung ischemic iaitu kekurangan pengaliran darah dan oksigen ke myocardium jantung. ( Angina bermaksud tercekik. Pectoris bermaksud dada. ) .

. Faktor-faktor mempradisposkan angina pectoris Kurang bekalan oksigen ke myocardium melalui coronary artery a. Faktor salur darah i. Atherosclerosis Atherosclerosis ialah keadaan di mana salur artery jantung menjadi keras akibat dari akumulasi sel darah putih, cholesterol dan triglycerides pada dinding arteri. Lama-kelamaan keadaan ini akan menyekat artery tersebut.

ii. Kekejangan arteri dan penyempitan salur darah koronari akibat dari akumulasi tersebut ii. Coronary arteritis Inflamasi pada salur darah coronary akibat infeksi dan penyakit autoimun.

b. Faktor sirkulasi i. Hipotensi Tekanan darah menurun dan pengaliran darah ke myocardium menurun juga. ii. Kecacatan kongenital - aortic stenosis Jika injap aorta tidak berfungsi secara normal, pengaliran darah ke seluruh badan termasuk jantung sendiri adalah kekurangan.

c. Faktor darah i. Anemia dan hipoksemia Anemia ialah keadaan dimana darah, khususnya hemoglobin ialah berkurangan. Hemoglobin ialah bahagian di dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen. Dalam keadaan ini, jantung mengalami kekurangan bekalan darah dan oksigen. ii. Polycythemia Polycythemia adalah keadaan hemoconcentration dimana terdapatnya peningkat sel-sel darah dan ini akan menyekat pengaliran darah di dalam salur-salur darah. . Bebanan ke atas jantung akibat pertambahan keluaran jantung a. Faktor fisiologi seperti senaman, emosi, selepas sarapan berat yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Lebih banyak darah perlu dipam ke seluruh badan. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat dan cepat. Untuk memenuhi keperluan badan, bekalan darah ke jantung sendiri akan berkurangan. b. Faktor patologik seperti anemia dan hyperthyroidism. Hyperthyroidism ialah pembesaran kelenjari thyroid. Fungsi thyroid ialah untuk mengawal kadar metabolisma badan. Jika thyroid menjadi besar, kadar metabolisma meningkat. . Peningkatan keperluan oksigen

i. Kerosakan myocardium Jika terdapat kerosakan pada sebahagian myocardium, salur-salur arteri yang lain mungkin juga mengalami keadaan yang sempit juga.

ii. Myocardial hypertrophy Myocardium menjadi lemah dan kuasa kontraktilitinya menurun. Jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.

iii. Aortic stenosis dan hypertension

Tekanan darah yang meningkat memaksa jantung bekerja lebih kuat dan cepat. iv. Tekanan emosi
.

Patofisiologi Akibat faktor-faktor berikut: - vascular vasospasm atau plak arterioslerotik - kardiak artimia, stenosis valvular - hematologi anemia, hipoksi - gangguan sistemik- hypertension arteri koronari tidak dapat membekalkan darah beroksigen yang mencukupi myocardium yang menjadi semakin iskemik akan menyebabkan penurunan pH darah, kekurangan potassium, akumulasi asid keadaan ini dikenali sebagai hypoxic metabolites iaitu adenosine apabila saraf pada salur koronari dirangsang oleh adenosine, pesakit akan merasa angina dipercayai bahawa adenosine menyebabkan pendilatan salur koronari lebih dari apa yang di mampu . Manifestasi klinikal 1. Sakit dada - bermula dari belakang sternum kiri, naik ke leher, tekak dan tangan kiri - ketat dada, burning, arching atau choking - bermual selepas aktiviti / stress - reda dengan rehat, nitroglycerine - kurang daripada 5 minit - tanda Levine iaitu klien meletakkan genggaman tangan di tempat kesakitan 2. Diaphoresis . Penyelidikan yang dijalankan bagi klien dengan angina pectoris A. Enzim jantung 1. Serum creatinine phosphokinase / CPK lebih dari 3.9 micromillimeter creatine per ml per hour at 37 degrees celcius bagi lelaki dewasa 2. Serum Aspartate Aminotransferase / AST ( serum glutamic oxaloacetic transaminase / SGOT ) lebih dari 35 units per liter ( U/L ) 3. Serum Lactic dehydrogenase lebih dari 190 U/L B. Darah

1. ESR lebih dari 10 mm 2. WBC lebih dari 10,000 uL 3. ABG - PaO2 kurang dari 80 mmHg C. Radiologi 1. CXR kardiomegali dan kegagalan ventrikel kiri 2. Coronary arteriography menunjukkan lesi arteri koronari 3. Echocardiography keabnormalan dinding ventrikel kiri D. ECG perubahan pada ST elevation / depression . Rawatan perubatan i. Vasodilator Betul nama pesakit. Betul ubat: Nitroglycerin Betul dos: 1 tablet Betul kekerapan: 3 kali sahaja, julat 5 minit Betul cara: SL Betul tandatangan. . Betul nama pesakit. Betul ubat: Nitroglycerin Betul dos: Tidak melebihi 500 mcg / ml Betul kekerapan: infusi berterusan Betul cara: IV infusi menggunakan pam siring Betul tandatangan. . ii. Calcium channel blockers Betul nama pesakit. Betul ubat: Nifedipine Betul dos: 10 mg Betul kekerapan: TDS Betul cara: oral tablet Betul tandatangan. . iii. Beta blocking agents Betul nama pesakit. Betul ubat: Propranolol / Inderal Betul dos: 80 mg Betul kekerapan: TDS Betul cara: oral tablet Betul tandatangan. . iv. Agen antiplatelet Betul nama pesakit. Betul ubat: Tablet Acetylsalicylic acid / ASA ( Aspirin )

Betul dos: 80 mg Betul kekerapan: OD Betul cara: oral Betul tandatangan. . Diagnosis kejururawatan Gangguan dalam keselesaan: sakit berkaitan dengan iskemia miokardium A. Perawatan kejururawatan 1. Lakukan penjagaan perawatan secara lemah-lembut, betul dan tepat buat kali pertama seperti memasang infusi IV bagi menjamin keselesaan pesakit. 2. Letakkan pesakit di sudut sunyi supaya beliau dapat rehat untuk mengurangkan kesakitannya 3. Berikan sokongan emosi contoh mengukuhkan informasi tentang pesakit supaya beliau tidak rasa bimbang sebab kebimbangan boleh menyebabkan kesakitan 4. Rancangkan jadual penjagaan pesakit supaya tidak merangsangkan kesakitannya. 5. Arahkan pesakit memberitahu jururawat / doctor jika kesakitan menjadi lebih kuat supaya rawatan lain boleh diberikan. 6. Lakukan pemonitoran ke atas keadaan pesakit apabila Nitroglycerin IV diberikan untuk mengetahui jika tahap kesakitan ada berkurangan B. Ubat-ubatan 7. Berikan oksigen 2 L hingga 8 L seperti yang diarahkan oleh doctor bagi mengurangkan iskemia myocardium dan mengurangkan kesakitan. 8. Beri ubat Nitroglycerin bagi mendilatkan arteri koronari 9. Berikan narkotik seperti Morphine 5 mg setiap 4 jam atas arahan doctor bagi mengurangkan kesakitan. 10. Berikan ubat-ubat lain seperti Aspiran 80 mg OD bagi menghancurkan trombus pada salur koronari dan mengalakkan pengaliran darah ke miokardium . Perubahan isipadu kardiak berkaitan dengan gangguan fungsi jantung A. Perawatan kejururawatan 1. Monitor tanda vital pesakit setiap 4 jam atau lebih kerap untuk mengetahui jika beliau mengalami kekurangan isipadu kardiak yang akan dimanifestasikan dengan keputusan berikut. Kurang dari tekanan darah 120/80. Kadar nadi lebih dari 84 per minit. Kadar pernafasan lebih dari 24 per minit. 2. Nilaikan keadaan pesakit dari segi kulit warna pucat dan sejuk sebab ini menandakan bahawa sirkulasi darah beliau adalah terjejas. 3. Monitor arterial blood gas dan jika PaO2 adalah kurang dari 80mmHg, ini perlu dilaporkan kepada doctor. 4. Catit carta pengambilan dan pengeluaran. Jika pengambilan adalah lebih dari pengeluaran, ini menandakan retensi cecair badan berkaitan dengan fungsi jantung yang lemah. ( Pengeluaran urin kurang dari 30 ml se jam ). 5. Nasihat pesakit berehat untuk mengurangkan keperluan untuk tenaga. B. Ubat-ubatan 6. Beri oksigen 2 hingga 3 liter atau lebih atas arahan doctor bagi memenuhi keperluan jantung untuk oksigen. 7. Beri ubatan mengikut arahan doctor iaitu Nitroglycerin 1 tablet SL untuk mendilatkan arteri

koronari. . Takut, anxiety dan bimbang berkaitan dengan penyakitnya dan kematian A. Perawatan kejururawatan 1. Terangkan tentang peralatan yang digunakan, prosedur dan penilaian perawatan yang kerap kali dijalankan untuk mendapat kerjasama pesakit. 2. Bincangkan dengan pesakit dan ahli keluarga pengendalian penjagaan perawatan dan rawatan yang akan dijalankan seperti pemberian infusi Nitroglycerin yang berterusan supaya tidak merasa takut. 3. Perhatikan untuk tahap kebimbangan secara fisikal seperti peningkatan kadar nadi dan tanya pesakit jika beliau mempunyai sebarang kemusykilan. 4. Lakukan urutan belakang pesakit untuk mengalakkan relaksasi 5. Benarkan ahli keluarga menemani beliau supaya beliau tidak rasa terlalu takut 6. Galakkan pesakit mengamalkan kepercayaan beliau untuk mendapat ketenangan jiwa 7. Lakukan segala perawatan kejururawatan dengan betul dan yakin untuk mendapatkan kepercayaan pesakit B. Ubat-ubatan 8. Berikan sedative seperti Diazepam 5 mg stat atas arahan doctor untuk menenangkan fikiran pesakit . Defisit pengetahuan pesakit tentang penyakit, jagaan diri / pendidikan kesihatan A. Perawatan kejururawatan 1. Ambil makanan kurang lemak dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan mendapan lemak dalam salur koronari 2. Lakukan senaman yang selamat seperti berjalan 20 minit 3 kali seminggu untuk melancarkan pengaliran darah 3. Lakukan kerja mengikut kemampuan klien sendiri untuk mengelak meletihkan sendiri yang akan menyebabkan kesakitan lagi 4. Kurangkan stres seperti mengamalkan fikiran yang terbuka supaya tidak selalu marah 5. Berhenti tabiat buruk seperti merokok yang boleh menyebabkan penyempitan salur koronari 6. Datang untuk rawatan susulan untuk mengetahui prognosis keadaan B. Ubat-ubatan 7. Komplian dengan ubat-ubatan seperti Nitroglycerin SL 1 tablet jika ada sakit jantung sahaja untuk mendilatkan salur koronari 8. Ikut nasihat doctor contoh jika perlukan pembedahan untuk memperbaiki keadaan . Komplikasi angina pectoris 1. Penyempitan arteri koronari lama kelamaan akan menjadi tersekat. 2. Kekurangan bekalan darah lama kelamaan akan menyebabkan kematian myocardium yang dikenali sebagai acute myocardial infarction. ( AMI ) 3. AMI menyebabkan renjatan dan kegagalan fungsi jantung 4. Aritmia berlaku akibat dari kekurangan bekalan darah dan ini menyebabkan kelemahan dan gangguan kontraksi jantung.

5. Apabila peredaran darah di antara jantung dan paru-paru menjadi kurang baik, plasma akan berkumpul di dalam paru-paru dan menyebabkan edema pulmonary 6. Gangguan peredaran darah di dalam paru-paru akan menyebabkan pengumpulan sel sel darah dan ini dikenali sebagai embolisma pulmonary. . Pendidikan kesihatan 1. Berhenti merokok 2. Makan makanan yang sihat contoh kurangkan lemak, tambahkan buah buahan dan sayur sayuran 3. Lakukan senaman pasif 20 minit sehari, 3 kali seminggu 4. Kurangkan berat badan 5. Komplian dengan rawatan 6. Teruskan rawatan bagi diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi jika ada 7. Rehat sebelum angina menyerang 8. Elakkan makanan yang terlalu banyak 9. Lakukan relaksasi untuk mengurangkan stress

Sunday, January 4, 2009

Pengurusan perawatan penyakit jantung kongenital


1. Perubahan keluaran kardiak i. Rancangkan penjagaan perawatan untuk memberi tempoh rehat yang tidak terganggu contoh mandi kerap, tukar baju kerap dan selalu mendukung kanak-kanak. ii. Elak kanak-kanak dari selalu menangis: - menyusu jika lapar - selesaikan bayi iii. Terangkan kepentingan rehat kepada kanak-kanak jika belaiu dapat faham iv. Berikan terapi peralihan yang tidak mengguna banyak tenaga seperti mainan pasif v. Elak meletakkan pesakit di dalam keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk vi. Elak dari keadaan sembelit vii. Berikan ubat seperti berikut: - Digoxin ( Lanoxin ) untuk menguatkan kontraksi jantung dan mengurangkan kadar denyutan jantung - Diuretik iaitu Frusemide untuk merangsangkan pesakit berkencing supaya tekanan darah akan menurun . 2. Anxiety / takut i. Terangkan masalah jantung kepada ibubapa dan kanak-kanak jika beliau faham - bincangkan keadaan jantung dalam bahasa yang boleh difahami - jawab setiap soalan secara jujur - jelaskan jika terdapat kemusykilan tentang penyakit ii. Terangkan setiap prosedur yang akan di lakukan - biarkan kanak-kanak dan ibubapanya meluahkan perasaan ketakutannya

- rujukkan kepada doktor jika perlu untuk mendapat penjelasan yang selanjut iii. Sediakan kanak-kanak dan ahli keluarga untuk pembedahan dengan mengukuhkan penerangan yang sudah diberi oleh doktor iv. Rujukkan kanak-kanak kepada pekerja sosial untuk mendapat bantuan jika beliau perlu untuk masa lama. . 3. Defisit pengetahuan i. Nasihat ibubapa tentang berikut: - melengkapi imunisasi anak mereka - makanan dan rehat yang mencukupi - mengelak dan mengawal jangkitan - pemeriksaan perubahan dan pengigian yang mengikut jadual. Pastikan antibiotik diberikan sebagai profilaksis untuk mengelak endokarditis infektif - pemeriksaan jantung mengikut jadual ii. Ajarkan ibubapa tentang kerosakan jantung dan rawatannya seperti berikut - manifestasi klinikal chronic heart failure - tanda episod hipoksia berkaitan dengan penyakit - kehendak untuk mengelak dehidrasi yang menambahkan komplikasi trombosis - mengambil langkah-langkah kecemasan bagi edema pulmonary dan cardiac arrest - peralatan khas di rumah seperti bekalan oksigen iii. Galakkan ibubapa menemani anak mereka - elak terlalu memanjakannya - elak mengetepikannya - elak dari menunjukkan ketakutan di hadapan kanak-kanak - bantu keluarga mengawal kemarahan, perasaan salah dan kebimbangan - tegaskan tentang rawatan susulan - faham bahawa tumbesaran kanak-kanak adalah mengikut keadaan sekarang

Persistent ductus arteriosus


Definisi persistent / patent ductus arteriosus Persistent ductus arteriosus ialah pembukaan tetap di antara arteri pulmonari dan aorta yang menyebabkan left to right shunt / aliran darah dari kiri ke kanan.

Patofisiologi Semasa bayi di dalam kandung ibu Ductus arteriosus adalah saluran bagi pengaliran darah dari arteri pulmonari ke aorta dan dengan itu, darah akan memirau ( bypass ) paru-paru Penghasilan endogenous PGE ( prostaglandin E ) merelakskan otot licin ducktus arteriosus supaya ia sentiasa terbuka selepas bayi dilahirkan bila bayi berjaya bernafas sendiri, darah mula mengalir ke paru-paru otot licin di dalam salur ductus arteriosus mengecut dan salur ini akan tutup dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan selepas beberapa minggu, perubahan degeneratif akan menyebabkan ductus arteriosus menjadi tisu perantara fibrous yang dikenali sebagai ligamentum arteriosum dalam keadaan PDA Tekanan darah tinggi yang beroksigen akan mengalir dari aorta ke arteri pulmonari melalui PDA darah yang mengalir balik membebankan jantung dan paru-paru yang akan gagal untuk memenuhi kehendak tisu periferal

. Manifestasi klinikal PDA 1. Dispnea 2. Keletihan 3. Kesukaran menyusu / makan 4. Kerap mengidapi jangkitan pernafasan 5. Tumbesaran terbantut 6. Kurang toleransi senaman . Rawatan 1. Nama ubat: Indomethiacin bertindak ke atas duktus arteriosus untuk menutupnya Dos: 0.6 mg ( kanak-kanak ) 25 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: TDS . 2. Pembedahan dilakukan untuk bayi kurang dari 2 tahun dan duktus arteriosus akan diikatkan

Komplikasi 1. Chronic heart failure 2. Infective endocarditis

Tetralogy of Fallot

Definisi TOF TOF ialah cyanotic heart defect ( kerosakan jantung sianotik ) yang merangkumi pulmonary stenosis ( right ventricular outflow obstruction ) , right ventricular hypertrophy, overriding of aorta ( dextraposition of the aorta / aorta shifted to right ), ventricular septal defect ( opening between ventricles )

Patofisiologi TOF Stenosis pulmonari menyebabkan gangguan pengaliran darah dari ventrikel kanan ke paru-paru Lama-kelamaan, ventrikel kanan menjadi hipertrofi akibat dari peningkatan tekanan darah di dalam ventrikel Darah akan mengalir dari ventrikel kanan ke ventrikel kiri melalui VSD dan seterusnya ke aorta Darah kurang oksigen akan bercampur dengan darah beroksigen dan mengalir ke seluruh badan melalui aorta . Manifestasi klinikal TOF 1. Kurang oksigen Sianosis Pucat Dispnea Takipnea Hipoksia Pink tetralogy jika stenosis pulmonari tidak begitu sempit Clubbing jejari tangan dan kaki Iritabiliti

2. Postur badan Lebih suka bertinggung ( squat ) 3. Peningkatan hematokrit akan menyebabkan polisitemia Iskemia serebral Flasiditi Hilang kesedaran Perkembangan terencat . Rawatan 1. Blalock-Taussig shunt anastomosis ( sambungan ) diantara arteri subklavian dan arteri pulmonary kanan untuk menjadikan duktus arteriosus artificial 2. Waterston shunt anastomosis antara aspek lateral posterior aorta dan arteri pulmonary kanan 3. Patch closure dan sekatan aliran ventrikel kanan dibesarkan

Komplikasi TOF 1. Chronic heart failure bagi yang baru lahir 2. Endokarditis infektif 3. CVA ( cerebral vascular accident ) disebabkan oleh trombosis akibat pernambahan viskositi darah atau hipoksia yang teruk 4. Abses otak

Stenosis pulmonari
Definisi stenosis pulmonari Stenosis pulmonari ialah penyempitan sebahagian arteri pulmonik yang menyekat pengaliran darah.

Patofisiologi pulmonari stenosis

Akibat dari penyempitan sebahagian arteri pulmonari, darah gagal mengalir dengan sempurna dari ventrikel kanan ke paru-paru Tekanan ventrikular kanan terpaksa meningkat untuk mengekalkan keluaran kardiak normal Lama-kelamaan, hipertrofi ventrikular kanan akan terjadi komplikasi hipertrofi ventrikular kanan ini menyebabkan kegagalan jantung kanan . Manifestasi klinikal pulmonary stenosis Dispnea Sianosis Kesakitan prekordial ( kesakitan di belakang pertengahan sternum ) Tidak berdaya melakukan banyak aktiviti . Rawatan: Valvulotomi pembedahan bagi membaiki injap arteri pulmonary

Komplikasi 1. Anoksia 2. Bacterial endocarditis 3. Kematian berlaku tiba-tiba

Atrial septal defect


Definisi ASD Atrial septal defect ialah pembukaan abnormal di septum antara atrium kiri dan atrium kanan.

Patofisiologi

ASD membenarkan pengaliran darah di antara dua kamar atrium Melalui ASD, darah dari atrium kiri mengalir ke atrium kanan dan menambahkan tekanan di dalam atrium kanan reversal of shunt berlaku apabila darah mengalir dari atrium kanan ke atrium kiri Terdapat campuran di antara darah beroksigen dan darah kurang oksigen Darah campuran ini mengalir ke ventrikel kanan Pernambahan tekanan darah dan rintangan pulmonari menyebabkan right ventricle hypertrophy ( CCF ) jika terlalu banyak darah dialirkan ke paru-paru, oedema pulmonari akan terjadi Manifestasi klinikal ASD Dispnea Letih Congestive cardiac failure Edema pulmonari Pembesaran terbantut Kerap mengidapi penyakit pernafasan . Rawatan: 1. Pembedahan menggunakan surgical closure menggunakan suture atau patch dan juga pemindahan jantung mungkin boleh dijalanakan

2. Rawatan perubatan bagi congestive heart failure 2.1 Nama ubat: Frusemide / Lasix mengkumuhkan cecair dalam bentuk urin, mengurangkan tekanan

darah ventrikel dan mempunyai kesan vasodilator Cara: Oral Dos: 1.5 mg / milligram ( kanak-kanak ) 40 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: TDS . 2.2 Positive inotropic agents untuk mengurangkan kadar denyutan jantung dan menguatkan kontraksi jantung iaitu: Positive inotropic agent Nama ubat: Digoxin ( dari kumpulan digitalis ) Cara: oral Dos: 30 mcg / microgram ( kanak-kanak ) 150 mcg ( orang dewasa ) Kekerapan: OD . Nama ubat: Dopamine Cara: oral Dos: 6 mcg ( kanak-kanak) 1000 mcg ( orang dewasa ) Kekerapan: OD . Nama ubat: Dobutamine Cara: intravena Dos: 6 mcg ( kanak-kanak) 125 mcg ( orang dewasa ) Kekerpan: OD . 2.3 Vasodilator untuk mendilat salur peripheral iaitu vena, venul dan arteriol iaitu: Nitrates: Nama ubat: Nitroglycerin Cara: sublingual ( bawa lidah ) intravena Dos: 1 tablet ( bawah lidah ) 0.5 mcg / minit ( kanak-kanak )

5 mcg / minit ( orang dewasa ) Kekerapan: Maximum 3 kali sahaja ( jarak 5 minute ) ( bawah lidah ) . Nama ubat: Isosorbide dinitrate Cara: oral Dos: 5mg ( orang dewasa sahaja ) Kekerapan: TDS . Nama ubat: Hydralazine Cara: oral Dos: 2.25 mg ( kanak-kanak ) 40 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: OD . Nama ubat: Prazosin Cara: oral Dos: 0.03 mg ( kanak-kanak ) 0.5 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: TDS . 2.4 Angiostensin-converting enzyme inhibitor untuk menghentikan tindakan angiotensin II, mengurangkan tekanan ventrikel, mengurangkan kadar jantung dan mengurangkan workload jantung serta menambahkan output kardiak Nama ubat: Captopril Cara: oral Dos: 0.45 mg ( kanak-kanak ) 25 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: TDS . Nama ubat: Enalapril Cara: oral Dos: 0.3 mg ( kanak-kanak )

5 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: OD . Komplikasi 1. Infective endocarditis akibat pemasukan mikrob dari paru-paru dan prosedure invasif 2. Kegagalan fungsi jantung ( cardiac failure ) disebabkan oleh kebebanan jantung 3. Hipertensi pulmonari diakibatkan oleh peningkatan tekanan di ventrikel kanan dan atrium kiri 4. Penyakit arteri koronari ( coronary artery disease ) terjadi akibat penurunan pengaliran darah ke jantung 5. Fibrilasi atrial ( atrial fibrillation ) disebabkan oleh keabnormalan struktur atrium 6. Prolaps injap mitral ( mitral valve prolapse ) berlaku bila terdapat kelemahan septum 7. Selepas pembedahan untuk membetulkan septum, komplikasi lain mungkin berlaku seperti disritma kardiak, heart block, mitral insufficiency

Penyakit jantung kongenital


Ventricular septal defect / VSD Ventricular septal defect ( defek septal ventrikular ) ialah suatu lubang pada septum diantara sebelah kiri dan sebelah kanan ventrikel jantung.

Patofisiologi Pernambahan tekanan di dalam ventrikel kiri mengalakkan pengaliran darah beroksigen ke ventrikel kanan. Ia dikenali sebagai a left to right shunt

Darah beroksigen ini bercampur dengan darah kurang oksigen di dalam ventrikel kanan dan juga atrium kanan Oleh demikian, tekanan di dalam ventrikel kanan dan arteri pulmonari menjadi lebih tinggi Akibat daripada penambahan tekanan ini, darah akan dipamkan ke paru-paru Jika rintangan arteri pulmonari adalah kuat, sebahagian daripada darah ini akan mengalir balik ke ventrikel kiri melalui septum berlubang ini dan menyebabkan keadaan dikenali sebagai kompleks Eisenmenger's . Manifestasi klinikal 1. Kurang oksigen Pucat Lemah Keletihan 2. Kesukaran menyusu Kurus Pembesaran terbantut Kerap mengidapi jangkitan pernafasan 3. Takipnea 4. Diaforesis . Pengurusan klien dengan penyakit jantung congenital Rawatan medikal: Diuretic untuk mengkumuhkan cecair dalam bentuk urin, mengurangkan tekanan darah ventrikel dan mempunyai kesan vasodilator iaitu: Nama ubat: Frusemide / Lasix Cara: Oral

Dos:1.5 mg / milligram ( kanak-kanak ) 40 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: TDS . Positive inotropic agent untuk mengurangkan kadar denyutan jantung dan menguatkan kontraksi jantungi. ii. Nama ubat: Digoxin ( dari kumpulan digitalis ) Cara: oral Dos:30 mcg / microgram ( kanak-kanak )150 mcg ( orang dewasa ) Kekerapan: OD . ii. Nama ubat: Dopamine Cara: oral Dos:6 mcg ( kanak-kanak)1000 mcg ( orang dewasa ) Kekerapan: OD . iii. Nama ubat: Dobutamine Cara: intravena Dos:6 mcg ( kanak-kanak)125 mcg ( orang dewasa ) Kekerpan: OD . iv. Nama ubat: Amrinone Cara: intravena Dos:10 microgram / kg ( kanak-kanak ) 750 mcg / kg ( orang dewasa ) Kekerapan: OD . v. Nama ubat: Milrinone Cara: oral Dos:0.25 mcg / kg ( kanak-kanak ) 50 mcg/kg ( orang dewasa )

Kekerapan: OD . Vasodilator untuk mendilat salur peripheral iaitu vena, venul dan arteriol. Nitrates: i. Nama ubat: Nitroglycerin Cara: sublingual ( bawa lidah ) intravena Dos:1 tablet ( bawah lidah ) 0.5 mcg / minit ( kanak-kanak ) 5 mcg / minit ( orang dewasa )Kekerapan: Maximum 3 kali sahaja ( jarak 5 minute ) ( bawah lidah ) . ii. Nama ubat: Isosorbide dinitrate Cara: oral Dos:5 mg ( orang dewasa sahaja ) Kekerapan: TDS . iii. Nama ubat: Hydralazine Cara: oral Dos: 2.25 mg ( kanak-kanak ) 40 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: OD . iv. Nama ubat: Prazosin Cara: oral Dos: 0.03 mg ( kanak-kanak ) 0.5 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: TDS . Angiotensin-converting enzyme inhibitor ( ACE inhibitor ) untuk menghentikan tindakan angiotensin II, mengurangkan tekanan ventrikel, mengurangkan kadar jantung dan mengurangkan workload jantung serta menambahkan output kardiak. Nama ubat: Captopril Cara: oral

Dos:0.45 mg ( kanak-kanak ) 25 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: TDS . ii. Nama ubat: Enalapril Cara: oral Dos: 0.3 mg ( kanak-kanak ) 5 mg ( orang dewasa ) Kekerapan: OD . Pembedahan 1. Pulmonary artery banding iaitu menggunakan satu pita untuk mengetatkan arteri pulmonary bagi mengawal pengaliran darah ke paru-paru. 2. Surgical patch closure untuk menutupi lubang. . Komplikasi 1. Infective endocarditis Penyakit ini terjadi bila terdapat jangkitan dari keadaan seperti cardiac catheterization. Inflamasi berlaku di bahagian endokardium. Salur darah yang kecil akan pecah dan pendarahan akan dihentikan oleh kehadiran fibrin dan platelet. Fibrin dan platelet juga memerangkap mikrob-mikrob yang ada. Pada masa yang sama, bahan-bahan ini akan merosakkan injap jantung. 2. Congestive heart failure 3. Chronic heart failure