Anda di halaman 1dari 17

KRM 3013 : ASAS NOMBOR

TAJUK :

BAHAGIAN A: TUGASAN 2

KUMPULAN : UPSI07 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH : NAMA MOHD NUZAIHAN BIN MIZHAR NO. ID D20102042190 NO. TELEFON 0193756447

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: DR. MOHD UZI BIN DOLLAH : 06 MEI 2012

1.0 Pendahuluan Pengajaran matematik sekolah rendah amat menekankan kepada penguasaan dalam asas nombor. Asas nombor yang sangat diberi penekanan adalah seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, wang, dan peratus. Penekanan terhadap asas nombor bukan sahaja memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid, tetapi jauh lebih penting adalah mewujudkan pengalaman bermakna kepada murid-murid. murid-murid akan membina makna terhadap nombor Melalui pengalaman bermakna dan seterusnya berupaya

mengaplikasikannya dalam situasi yang baru dalam kehidupan mereka. Oleh itu, penguasaan pengetahuan isi kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge atau PCK) amat diutamakan demi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Seseorang guru seharusnya bukan hanya menganggap pengetahuan isi kandungan atau konsep sahajalah penting untuk pembelajaran berkesan, malah sama pentingnya ialah strategi atau kaedah pengajaran yang sesuai. Konsep dan miskonsepsi dalam pengajaran perlu diambil kira di samping pengetahuan isi kandungan pedagogi. 1.1 Pengenalan Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algorithma dan teori-teorei yang kerap digunakan (Short &Spanos 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus, walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan polapola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor& Moore 1991). Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh pelajar maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya pelajar akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus pelajar terhadap perkara yang guru mengajar. Setiap pelajar secara amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar belakang keluarga dan pergaulan. Guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan makan ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk

apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer&Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick 1983).Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Contohnya, guru mengajar pelajar jalan pintas untuk kira darab sesuatu nombor dengan angka 10, maka jawapannya adalah dengan menambahkan sifar pada nombor itu. Seterusnya pelajar akan mengingati ajaran guru, tetapi bagaimana pula sekiranya kalau kira darab angka 10 dengan suatu nombor perpuluhan, adakah caranya sama? Kecekapan guru dalam pengetahuan kandungan pedagogikal adalah sangat penting di samping penggunaan bahasa yang tersusun bagi mengelakkan pelajar daripada membuat andaian atau miskonsepsi terhadap apa yang mereka ajar (Tikunoff 1983). 2.0 Kesukaran dan Miskonsepsi Dalam Pengajaran matematik Dalam mempelajari matematik murid menghadapi pelbagai kesukaran samada memahami atau mengetahui langkah penyelesaian. Tetapi kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid banyak berpunca daripada kecuaian dan miskonsepsi. Kesukaran berpunca daripada kecuaian murid agak mudah dikesan oleh guru tetapi kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi agak mencabar dan lebih sukar diatasi. 2.1 Unit 1 dan Unit 2 : Nombor Bulat 2.1.1 Miskonsepsi Nilai Tempat Murid-murid mempunyai miskonsepsi tentang nilai tempat bagi masalah aritmetik atau digit yang selalu disusun secara menegak dan bermula dari kanan. Secara lazimnya, murid-murid diajar untuk menyusun nilai tempat digit dan tambah seca menegak. Apabila diberikan masalah seperti (100 +23.3), murid-murid yang menghadapi kesukaran ini akan menyusun nombor dengan mengabaikan titik perpuluhan bagi memberi jawapan yang salah. ( jawapan : 33.3) Contoh :

Bagi mengatasi masalah miskonsepsi ini,gunakan garis nombor untuk menunjukkan beza antara integer dan nilai perpuluhan. Contoh: 76, 34, 89, 350 Untuk latihan, minta murid-murid meletakkan titik 76.0, 34.0, 89.0. 340.0 perpuluhan dan sifar selepas nombor bulat. Tindakan ini akan memberi pengukuhan tentang tujuan titik perpuluhan di samping memberi gambaran tentang nilai tempat bagi suatu nombor bulat. Murid perlu sering diingatibahawa, walaupun suatu nombor itu ditulis tanpa titik perpuluhan ( seperti 76) tetapi sebenarnya terdapat titik perpuluhan bagi sebarang nombor bulat iaitu 76.0 Contoh garis nombor : 100 + 23.3 =

2.1.2 Miskonsepsi Kira Tolak Kanak-kanak yang berumur 7 ke 8 tahun sering mengalami miskonsepsi smaller-from-large. Kanak-kanak dilihat menolak digit kecil dalam setiap lajur daripada digit yang lebih besar tanpa mengmbil kira kedudukan digit tersebut. Miskonsepsi ini timbul daripada kefahaman yang salah tentang operasi kira tolak iaituoperasi tolak hanya boleh berlaku dengan nombor besar ditolak dengan nombor yang lebih kecil. Contohnya :

Bagi mengatasi masalah ini, pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah menggunakan bahan konkrit untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Apabila guru menggunakan nombor murid tidak mengenalpasti berapa bilangan yang ada. Kemungkinan murid mengenali nombor tetapi tidak pasti berapa banyak objek yang ada. Tetapi dengan adanya objek yang digunakan untuk menunjuk cara murid akan mudah memahami dan menyelesaikan masalah penolakan nombor. Mula-mula guru memberi contoh penolakan nombor yang besar ditolak nombor yang kecil kemudian barulah memberi contoh penolakan nombor yang kecil kepada nombor yang besar. Seterusnya berikan penjelasan menggunakan contoh yang dikemukakan antaranya ialah jumlah objek yang sedikit tidak dapat ditolak kerana bilangannya tidak mencukupi.

Contoh 1

Nombor yang besar tolak nombor yang kecil


9 - 5

Contoh 2

Nombor yang besar tolak nombor yang kecil


302 -1 8 7

Seterusnya guru perlulah memberikan penekanan kepada enam kemahiran asas iaiti mengelas dan membanding, memadan satu dengan satu, membilang, merekodkan dengan perkataan dan simbol, menyusun nombor mengikut tertib dan memahami konsep nilai tempat.

Di peringkat awal proses pembelajaran kanak-kanak perlu diberi penekanan tentang kefahaman secara bermakna dan rasional tentang konsep-konsep asas matematik . Kemahiran mengelas dan membanding merupakan konsep asas pranombor yang harus ditrekankan di peringkat awal pengajaran matematik. Pada peringkat murid diberikan benda maujud yang digunakan untuk membilang dan membanding secara intuitif dan mengenal pasti kumpulan yang banyak atau sedikit. Untuk menyelesaikan masalah penolakan nombor murid telah memahami bahawa objek yang sedikit tidak boleh digunakan untuk menolak benda yang banyak. Di samping itu juga murid perlu diperkenalkan dengan kaedah pengumpulan semula untuk menyelesaikan masalah penolakan ini. Penerangan yang jelas daripada guru membolehkan murid memahami cara penyelesaian yang mudah. 2.2 Unit 3 dan Unit 4 : Nombor Percahan Nombor pecahan telah digunakan oleh manusia semenjak sebelum masehi lagi. Antaranya Babylon purba telah menggunakan matematik semenjak 2000 B.C lagi. Ptolemy juga antara yang termasyhur dan terawal dalam mengetengahkan nombor pecahan ini iaitu kira-kira 125A.D. Pecahan (Bahasa Inggeris: fraction dari Bahasa Latin fractus, "dipecahkan") ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.Pecahan terawal adalah salingan integer-integer yang menggunakan simbol mewakili satu perdua, satu pertiga, satu perempat, dan seterusnya. Dalam perkembangan seterusnya, pecahan "kasar" atau pecahan biasa telah dibangunkan dan ia masih digunakan sehingga hari ini. Pecahan ini terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan. Sebagai contoh dalam pecahan 3/4, pengangka, 3, menunjukkan 3 bahagian sama, sementara penyebut, 4, menunjukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan.Kemudian, pecahan perpuluhan pula diperkenalkan, yang kini hanya dikenali sebagai "perpuluhan". Penyebutnya adalah nombor asas sepuluh yang dikuasakan dengan nombor yang ditentukan oleh bilangan digit di kanan titik perpuluhan. Jadi nombor perpuluhan 0.75 mempunyai pengangka 75 dan penyebut 10 kuasa 2 (kerana terdapat 2 digit di kanan titik perpuluhan). Jadi penyebutnya ialah 100. Jenis pecahan ketiga yang sering digunakan ialah "peratusan", yang menggunakan penyebut 100 sahaja. Jadi, 75 peratus bermaksud 75/100. Dalam matematik, set untuk semua pecahan (kasar) dipanggil set nombor nisbah dan diwakili simbol Q.Penggunaan lain pecahan

ialah untuk menunjukkan nisbah dan pembahagian. Jadi, pecahan 3/4 juga digunakan untuk menunjukkan nisbah 3:4 (tiga kepada empat) dan pembahagian 3 4 (tiga dibahagikan dengan empat). Pecahan biasa atau kasar biasanya ditulis dalam satu pasangan nombor, nombor di atas dikenali sebagai pengangka sementara yang di bawah dikenali sebagai penyebut. Lazimnya, satu garisan memisahkan keduanya. Jika garisan ini mencondong, ia digelar solidus atau slash, contoh 34. Jika garisannya melintang, ia digelar vinculum atau secara tidak rasmi, "palang pecahan", seperti : . Tanda solidus boleh diabaikan dari gaya mencondong (cth. 34), yang mengurangkan ruang tetapi masih memberi makna dalam konteksnya, ia banyak digunakan dalam isyarat lalu lintas di beberapa negara. Dalam paparan komputer dan tipografi, beberapa pecahan dinyatakan dalam satu angka. Antaranya:

(satu perempat)

(satu perdua)

(tiga perempat)

(satu pertiga)

(dua pertiga)

(satu perlapan)

(tiga perlapan)

(lima perlapan)

(tujuh perlapan)

2.2.1

Miskonsepsi Pengangka dan Penyebut Dianggap sebagai Nombor Bulat Secara Berasingan

2.2.2

Miskonsepsi Penyebut Bagi Kira Tambah dan Kira Darab Nombor Pecahan

Kesilapan Mengumpul Untuk penolakan pecahan, kesilapan berlaku pada semua jenis kemahiran yang perlu mengumpul semula. Jumlah bilangan kesilapan adalah 21.9% daripada sejumlah 402 kesilapan yang telah dikenalpasti. Kesilapan ini didapati semakin berkurangan apabila tahap keupayaan murid-murid semakin bertambah. Dapatan ini selaras dengan kajian Cox (1975) yang juga mendapati bahawa kesilapan paling kerap berlaku dalam penolakan pecahan yang melibatkan digit kecil berbanding dengan digit besar. Misalnya :

Ward (1979) melaporkan bahawa kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh muridnya adalah kerana murid kurang memahami konsep nilai tempat. Beliau mengesani masalah ini dengan menggunakan item-item yang berhubung kait secara langsung untuk menguji idea-idea nilai tempat.

Kesilapan Fakta Asas Kesilapan melibatkan mengumpul semula dan beberapa fakta asas. Engelhardt (1977) juga mendapati bahwa kebanyakan kesilapan jenis ini berlaku pada nombor yang berdigit besar dan bukannya disebabkan oleh kegagalan kanak-kanak mengingati nombor fakta. Misalnya : dan

Algoritma Defektif Kesilapan murid adalah melibatkan pengaplikasian algoritma yang salah. Akan tetapi tiada kesilapan jenis ini yang dilakukan oleh murid dari kumpulan kurtil tinggi. Untuk jenis kesilapan ini, biasanya murid-murid menggunakan operasi yang betul pada permulaannya tetapi kemudiannya, menyeleweng dan berkecenderungan kepada operasi yang lain. Misalnya:

Operasi yang Salah Kesalahan biasa ini bukan disebabkan oleh pengingatan fakta asas yang silap tetapi menyalahgunakan operasi. Misalnya :

Kesalahan pelajar dalam kes ini mungkin disebabkan salah interpretasi atau salah faham tentang pengajaran guru. Kesilapan Identiti

Kesalahan kanak-kanak dalam kes ini disebabkan oleh kekeliruan dalam pengiraan nombor yang sama dengan 1. Murid-murid berkenaan mungkin berpendapat bahawa penolakan nombor pecahan dan penambahan nombor pecahan akan menghasilkan nombor yang sama. Misalnya

Kesilapan Sifar Kanak-kanak menghadapi masalah tentang konsep sifar. Misalnya:

Sekali lagi, kanak-kanak mungkin melakukan kesilapan ini disebabkan kurang memahami konsep sifar dalam operasi penolakan pecahan.

2.3 Unit 5 dan Unit 6 : Nombor Perpuluhan Secara umum, pengetahuan dan kemahiran nombor bulat menjadi asas penting sebelum meneruskan kepada pengajaran nombor perpuluhan. Pengajaran nombor bulat dan nombor pecahan merupakan prasyarat sebelum pengajaran nombor perpuluhan dilaksanakan. kerana nombor perpuluhan mempunyai pertalian yang erat dengan nombor bulat dan nombor pecahan. Contohnya nombor 2.35? Sebenarnya nombor 2.35 ini boleh dicerakinkan kepada dua bahagian nombor yang utama iaitu nombor bulat dan nombor perpuluhan, ahagian nombor bulat ialah 2 manakala bahagian nombor perpuluhan ialah 0.35. Bagaimanapun pengajaran melibatkan nombor perpuluhan ini agak mengelirukan dan perlu dilaksanakan secara berhati-hati. Kecuaian yang dilakukan oleh murid-murid dapat dikesan dan diatasi dengan cara menyemak semula penyelesaian aygn telah dilakukan. Kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid adalah berpunca daripada kefahaman yang salah tentang sesuatu konsep matematik atau miskonsepsi. Kesukaran ini sukar dikesan oleh

murid-murid sendiri. Oleh itu guru memainkan peranan penting untuk mengesan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dan mencari jalan mengatasinya. 2.3.1 Kesukaran dan Miskonsepsi Mengaplikasikan Nombor Perpuluhan Sebagaimana Nombor Bulat Terdapat banyak miskonsepsi dalam kalangan murid dalam tajuk nombor perpuluhan ini adalah berpunca daripada perbezaan peraturan dalam mengaplikasikan berbanding dengan nombor bulat, sebagaimana berikut: i. Terdapat kekeliruan di mana sifat-sifat (properties) nombor bulat yang diaplikasikan kepada nombor perpuluhan atau tidak boleh diaplikasikan. Pelajar dilihat membuat generalisasi peraturan bagi nombor bulat diguna pakai untuk nombor perpuluhan dan misuse peraturan nombor bulat bila membuat penyelesaian bagi nombor perpuluhan. Contohnya: pelajar mengalami kesukaran untuk mengenal magnitude bagi nombor perpuluhan jika terdapat nombor digit di sebelah kanan titik perpuluhan dan menganggapkan nombor perpuluhan sebagai nombor bulat, seperti 32.45, dianggap sebagai 3245, iaitu titik perpuluhan dianggap tidak bermakna dalam memberi nilai sesuatu nombor. ii. Pelajar membuat anggapan bahawa lebih banak digit di sebelah kanan titik perpuluhan maka lebih besar nombor tersebut. Sebaliknya, lebih sedikit bilangan digit di sebelah kanan sesuatu nombor maka lebih kecillah nopmbor tersebut. Contohnya berlaku miskonsepsi apabila menganggap nombor 23.45 adalah lebih besar daripada 54.3. iii. Terdapat juga pelajar beranggapan sebaliknya iaitu lebih banyaknombor di sebelah kanan titik perpuluhan, lebih kecil nombor tersebut (Resnick &Neshaer,1983). number features, contohnya 12.34234 adalah dianggap lebih kecil daripada 12.34. iv. Terdapat pelajar yang mengalami kesukaran dengan sifar(zero). Pelajar sedar dengan menambah sifar di kanan digit bagi \nombor bulat akan menambah nombor dengan faktor 10, sebaliknya menambah sifar di sebelah kiri bagi nombor asal tidak menambah nilai nombor tersebut. Ini menunjukkan pelajar membuat overgeneralization of decimal features instead of wholenombor perpuluhan

2.3.2 2.4 Unit 7 dan Unit 8 : Wang Wang merupakan asas dalam kehidupan manusia. Boleh dikatakan setiap orang atau murid berpengalaman dalam soal kewangan serta mengetahui peranan wang dalam kehidupan seharian manusia, walaupun mereka masih kecil. Sebagai seorang guru, pengajaran tentang wang ini harus dilihat daripada dua aspek yang berbeza iaitu : 1. Operasi matematik melibatkan wang. Dalam aspek ini murid bukan sahaja perlu menguasai operasi matematik asas yang biasa digunakan seperti +, -, x dan tetapi juga operasi dan konsep wang seperti nilai sesuatu unit wang dan penggunaan wang 2. Kemahiran penyelesaian masalah melibatkan wang.

2.4.1 Kesukaran dan Miskonsepsi Mengenal bentuk wang Kesukaran murid dalam tajuk ini berlaku dalam dua bentuk iaitu pertama kesukaran murid dalam mempelajari pengajaran tentang wang berkait secara langsung dengaan pengetahuan tentang nombor yang lain seperti nombor bulat, perpuluhan dan peratus. Ini disebabkan perwakilan wang adalah ditulis dalam nombor perpuluhan dan peratus, sudah tentu dia juga menghadapi masalah dalam kiraan tentang wang. Oleh itu miskonsepsi yang berlaku dalam pembelajaran tentang wang amat berkait dengan miskonsepsi yang berlaku dalam operasioperasi matematik tajuk nombor bulat dan perpuluhan. Contoh :

10 sen / RM0.10 RM1.00

50 sen / RM0.50

RM5.00

Kedua adalah berkait dengan nilai wang miskonsepsi tentang nilai wang. Contohnya : i.

itu sendiri.

Kesukaran ini berpunca daripada

Berkaitan dengan bahan yang digunakan untuk membuat wang. Bagi murid-murid pra sekolah atau murid darjah 1 mungkin menghadapi masalah untuk menentukan nilai wang syiling dan wang kertas. Dalam hal ini terdapat murid yang menganggap wang 50 sen lebih bernilai daripada wang RM 1.00.

ii.

Banyak atau sedikit kepingan atau helaian wang juga boleh mempengaruhi murid dalam menentukan nilai wang. Dalam hal ini terdapat murid-murid terutama di peringkat awal persekolahan yang menganggap 2 helai duit RM1.00 adalah lebih berharga daripada 1 helai RM5.00.

Untuk mengatasi miskonsepsi ini, guru hendaklah mengadakan aktiviti yang melibatkan murid dengan wang. Murid diberi wang contoh seakan-akan wang sebenar. Murid diminta meneliti wang berikut dengan mencatat butiran wang seperti warna, berat, nombor yang ditulis dan ukiran di belakang syiling. guru.Contoh jadual : Catatan pada permukaan Jenis duit syiling 5 sen 10 sen 20 sen 50 sen 1.00 Saiz duit syiling Depan duit syiling Belakang Murid dibimbing untuk mengisi jadual yang disediakan oleh

Catatan pada permukaan Jenis duit syiling 1 ringgit 5 ringgit 10 ringgit 50 ringgit 100 ringgit Saiz duit syiling Depan duit syiling Belakang

2.4.2

Kesukaran dan Miskonsepsi Menenentukan Nilai Wang

Dalam urusan jual beli juga sering menimbulkan miskonsepsi dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Contoh ketika menentukan barangan yang lebih murah selepas diskaun. Misalnya ketika menentukan : Barangan yang harga RM5.00 ditawarkan pembelian 1 percuma 1 Barangan yang berharga RM5.00 ditawarkan diskaun 50%.Ini menimbulkan kekeliruan dan kesukaran murid-murid kerana menganggap beli 1 percuma 1 adalah lebih murah. Bagi mengatasi kesukaran dan miskonsepsi murid dalam menentukan nilai wang guru hendaklah memberi kefahaman kepada murid tentang nilai wang melalui aktiviti kelas. Contohnya : Murid diminta menekap atau melukis permukaan wang. Seterusnya mewarnakan dan menampal lukisan tersebut pada jadual mengikut wang syiling masing-masing. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan. Setelah membuat pembentangan , murid diminta membuat refleksi berdasarkan pengalaman masing-masing tentang nilai mata wang . Contohnya nilai wang yang lebih besar boleh membeli barangan yang lebih mahal atau lebih banyak. Akhir sekal,guru akan membuat rumusan tentang nilai wang yang ditentukan melalui nombor yang tertera pada permukaannya. Disamping itu juga guru perlu menerapkan nilainilai murni agar murid sayangkan wang dan tidak boros semasa berbelanjaserta terapkan hasil pendapatan yang halal perlu ditekankan dalam usaha untuk mendapatkan wang.

Contoh jadual Mengenali Nilai Wang. Jenis Mata Wang 5 sen 10 sen 20 sen 50 sen 1 ringgit 5 ringgit 2.5 Unit 9 dan Unit 10 Pengajaran Peratus Perkataan peratus sememangnya tidak asing kepada kebanyakan kira. Perkataan peratus ini banyak digunakan di pasar raya terutama ketika jualan musim perayaan. Ianya menggunakan simbol % bagi menunjukkan pengurangan harga daripada harga asal sesuatu barang. Sebenarnya simbp; % adalah perwakilan bagi perkataan peratus. Perkataan peratus adalah berasal daripada perkataan latin iaitu per centum yang bermaksud perseratus. Peratus ialah nisbah bagi sesuatu kuantiti yang dibandingkan dengan nombor seratus atau 1 / 100. Peratus juga boleh diwakilkan dalam bentuk pecahan dengan penyebutnya ialah 100. 2.5.1 Kesukaran dan Miskonsepsi Peratus Tekapan/Lukisan Wang-Muka 1 Tekapan/Lukisan Wang-Muka 2 Simbol (contoh RM1 dan RM5) Perkataan

Pengajaran peratus merupakan aplikasi kepada pembelajaran yang dilaksanakan terdahulu, iaitu nombor bulat, pecahan dan perpuluhan. Bagaimanapun pembelajaran tentang peratus sering menimbulkan kesukaran di kalangan murid-murid terutama untuk memahami konsep peratus, menggambarkan maksud perbandingan dua kuantiti. Contohnya :

Jika harga beg tangan

ini adalah RM100.00. Sekiranya beg tangan ini deijual dengan

keuntungan 30% Berapakah harga barunya? Dalam masalah ini murid dapat gambaran bahawa 30% daripada RM100.00 bermaksud jumlah keuntungan RM30.00. Oleh itu harga jualan barangan tersebut ialah RM100.00 + RM30.00 iaitu RM130.00 Murid mengalamai kesukaran untuk menyatakan pecahan sebagai peratus. Contohnya : daripada murid kelad 4B adalah lelaki. Berapa peratus pelajar lelaki? Satu penyelesaian yang mungkin ialah x 100% iaitu 25%. Penyelesaian ini adalah berdasarkan kepada 1 bahagian daripada keseluruhan pelajar lelaki dan perempau, iaitu 100%. Bagaimanapun terdapat murid yang mencari peratus berdasarkan nisbah antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Mereka keliru dalam mencari peratus sama ada daripada keseluruhan pelajar atau kumpulan pelajar yang satu lagi, iaitu pelajar perempuan. Masalah seterusnya yang dihadapi dan dlilakukan oleh pelajar ialah berkaitan menggunakan konsep nilai keseluruhan (whole) untuk mendapatkan jawapan. Contohnya : Apakah 50% daripada 100? Jawapan murid 100/50 =2 membuat komputasi peratus. Untuk mengatasi masalah kesilapan dan miskonsepsi berkaitan peratus, murid perlu diberi penekanan berkaitan konsep peratus. Elakkan murid menghafal formula semata-mata tanpa memahaminya. Pembelajaran secara bermakna dengan mengambil kira pengalaman pelajar sendiri amat digalakkan. Contohnya melibatkan murid dengan aktiviti jual beli dengan mengaitkan pengalaman sedia ada dan kehidupan persekitaran murid. Guru perlu bertanyakan berkatain masalah yang dihadapi. Dedahkan murid dengan soalan yang berkaitan kehidupan seharian mereka. Contohnya : Seorang peniaga mengatakan 20% daripada buah manggisnya dalam sebuah kotak rosak? Kirakan bilangan buah manggis dalam sebuah kotak berkenaan yang mengandungi 100 biji? Semasa di tahun 5, Rosman menerima wang saku sebanyak RM2.00 sehari daripada bapanya. Setelah memasuki Tahun 6, Ahmad mendapat kenaikan jumlah wang saku daripada sebanyak 20% Berapakah wang saku yang diterima oleh Ahmad semasaa di Tahun 6 sekarang? ATAU 100/50 x 100 2 Murid selalunya menghadapi ,asalah mengenal pasti asas yang betul (correct base) dalam

Soalan sebeignin memerlukan

pemahaman murid-murid tentang konsep peratua. Terdapat empat kemahiran yang boleh

Perbincangan berkumpulan dan ksimpulan daripada pelajar sendiri tentang konsep peratus amat bermakna kepada mereka,. memperkayakan kefahaman murid terhadao konsep peratus ialah : Gambaran peratus berdasarkan objek sebenar. Gambaran peratus dalam bentuk gambarajah. Konsep peratus serta hubungannya dengan pecahan dan perpuluhan. Algoritma atau prosedur mencari peratus menggunakan rumus.