Anda di halaman 1dari 10

312 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

Struktur Program

Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

Program ini mengkhusus kepada bidang Pengajian Rasuah. Struktur kurikulum dan senarai
kandungan kursus bagi program ini adalah seperti berikut:

Kursus Wajib (21 unit)

Kod Nama Kursus


SKAR6013 Sosiologi Rasuah
SKAR6023 Kriminologi
SKAR6033 Undang-undang dan Jenayah Rasuah
SKAR6043 Kaedah Penyelidikan Lanjutan
SKAR6053 Penyiasatan dan Pengurusan Rasuah
SKAR6063 Integriti, Governan dan Rasuah
SKAR6073 Jenayah Rasuah dan Kawalan Sosial

Kursus Wajib (4 unit)

Kod Nama Kursus


SKAR6084 Projek Penandaarasan

Kursus Elektif (6 unit)

Kod Nama Kursus


SKAR6123 Forensik Penyiasatan (Elektif terarah)
SKAR6103 Rasuah dan Isu Pemangsaan
SKAR6113 Masyarakat, Media dan Pencegahan Rasuah
SKAR6133 Seminar Isu Perundangan dan Penguatkuasaan
SKAR6143 Seminar Perbandingan Tindakan Membanteras Rasuah

Tesis Sarjana (9 unit)


Kod Nama Kursus
SKAR6069 Projek Penyelidikan Sarjana Pengajian Rasuah

Jumlah Keseluruhan : 40
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 313

Sinopsis Kursus/Course Synopsis


SKAR6013 Sosiologi Rasuah (Sociology of Corruption)
Secara umum perbuatan rasuah terdapat dalam hampir semua negara di dunia. Kesan
perbuatan jenayah ini boleh merosakkan ekonomi sesebuah negara, menghambat
pembangunan, menjatuhkan sesebuah kerajaan, dan menghakis kepercayaan terhadap
kerajaan atau juga terhadap seseorang individu atau sesebuah organisasi. Perbuatan ini
juga boleh meningkatkan risiko tempat kerja, rumah, ubat-ubatan dan alam sekitar yang
tidak selamat. Pembuat dasar dan pentadbir juga anggota masyarakat secara umum
bingung cara bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini dengan jayanya. Kursus ini
bertujuan menghuraikan enam tema umum yang lazimnya terdapat dalam wacana
berkaitan rasuah, iaitu definisi konsep rasuah; sebab-sebab berlakunya rasuah; pola rasuah;
jenis rasuah; kesan atau akibat perbuatan rasuah dan kawalan rasuah.

Bacaan Asas
David Kang. 2002. Crony capitalism, corruption and development. New York:
Cambridge University Press.
Haller, D. & Shore, C. (ed.) 2005. Corruption: Anthropological perspectives. London:
Pluto Press.
Heidenheimer, A. & Johnston, M. (ed.) 2002. Political corruption: Concepts and
contexts. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers.
Rose-Ackerman, S. 1999. Corruption and government. New York: Cambridge University
Press.
Syed Hussein Alatas. 1990. Corruption: Its nature, causes and functions. Avebury;
Aldershot.

SKAR6023 Kriminologi (Criminology)


Jenayah adalah salah satu masalah sosial yang perlu dikaji secara ilmiah dan ditangani
sebaik mungkin oleh setiap masyarakat. Disiplin kriminologi cuba meneliti tingkah laku
jenayah sebagai hasil pelbagai struktur dan proses sosial serta saling hubungannya yang
kompleks, lalu menyarankan beberapa bentuk kawalan sosial yang dianggap sesuai bagi
membendung masalah jenayah. Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada satu penilaian
kritis tentang perkembangan sejarah kriminologi; jenis jenayah; pendekatan teoritikal;
dan pendekatan serta isu metodologikal dalam menganalisis pelbagai jenis jenayah termasuk
jenayah kolar putih dan jenayah terancang seperti rasuah dan penipuan. Pelajar diharap
dapat membincang pelbagai kerangka teoritikal klasik dan kontemporari, isu-isu lokal dan
global dalam kriminologi, dan pelbagai penemuan kajian yang dianggap relevan dalam
memahami sesuatu pelanggaran undang-undang dan pelaksanaan kawalan sosial
terhadapnya.
314 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

Bacaan Asas
Muncie, J. & McLaughlin, E. (eds.). 2001. The problem of crime. London: Sage
Publications.
Shelley, J. F. 2002. Criminology: A contemporary handbook. Ed. Ke-3. Belmont, CA:
Wadsworth.
Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah: Sifat, sebab dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Walklate, S. 2003. Understanding criminology: Current theoretical debates. Ed. Ke-
2. Buckingham: Open University Press.
Williams III, F. P. & McShane. 2004. Criminological theory. New Jersey: Pearson
Prentice Hall.

SKAR6033 Undang-Undang dan Jenayah Rasuah (Law and Corruption)


Kursus ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengenalan kepada sistem perundangan
Malaysia, bahagian kedua pengenalan kepada undang-undang jenayah dan bahagian ketiga
melibatkan kajian rasuah sebagai suatu jenayah. Perbincangan bermula dengan
memperkenalkan sistem perundangan di negara ini bermula dengan sejarah, latarbelakang
dan perkembangan, sumber perundangan, konsep asas perundangan dan sistem keadilan
jenayah. Manakala bahagian kedua pula cuba menjelaskan konsep undang-undang
jenayah, takrif dan pengertian, unsur-unsur jenayah dan kesalahan jenayah di bawah
statut. Seterusnya bahagian ketiga pula terus merujuk kepada rasuah sebagai suatu
jenayah. Akan disentuh juga sejarah rasuah dan amalan yang dikategorikan sebagai suatu
perbuatan rasuah dan seterusnya membincangkan undang-undang bertulis yang berkaitan
dengan jenayah rasuah.

Bacaan Asas
Ahmad Ibrahim, dan Ahilemah Joned. 1985. Sistem undang-undang di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Anita Abdul Rahim. 2002. Kecualian-kecualian khusus dalam undang-undang
jenayah Malaysia. Bangi: Penerbit FUU, UKM.
Bonadeo, A. 1973. Corruption, conflict and power in the works and times of Nicolo
Machiavelli. Los Angeles:. University of Carlifornia Press.
Koh K.L., Clarkson, C.M.V., & Morgan, N.A. 1998. Criminal law in Singapore and
Malaysia: Text, materials & comments (4th Impression) Singapore: MLJ, KL.
Smith, J. C. & Hogan, B. 1999. Criminal law (Ed. 9). London: Butterworth.

SKAR6043 Kaedah Penyelidikan Lanjutan (Advanced Research


Methodology)
Kursus ini bertujuan mendalami kaedah penyelidikan sains sosial sekaligus membantu
penulisan kertas cadangan dan pelaksanaan penyelidikan tesis sarjana. Untuk ini kedua-
dua teknik kuantitatif dan kualitatif akan diperhalusi. Kaedah analisis data seperti kaedah
bivariate, multivariate, dan factor analysis juga akan dibincangkan. Selain itu, kursus
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 315

ini akan menyentuh beberapa isu dan masalah berkaitan penyelidikan seperti membina
research design, etika penyelidikan, dan plagiarisme.

Bacaan Asas
Ader, H.J. & Mellenbergh, G.J. 1999. Research method in the life, behavorial and
social sciences. London: Sage.
Berg, B. L. 2003. Qualitative research methods for the social sciences. Ed. 5., Boston:
Allyn and Beacon.
Creswell, J. W. 2002. Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods
approaches. Edisi 2. London: Sage.
Leedy, P. L. & Ormrod J. 2000. Practical research: Planning and design. New York:
Prentice Hall.
Yin, R. 2002. Application of case study research. London: Sage.

SKAR6053 Penyiasatan dan Pengurusan Rasuah (Investigation and


Management of Corruption)
Rasuah, penyelewengan dan penipuan merupakan risiko yang sangat serius terhadap
sektor awam khususnya dan risiko seperti ini tidak boleh dipandang ringan. Akibatnya
sering melangkaui kerugian kewangan semata-mata, bahkan menyebabkan integriti
sesuatu organisasi terancam dan dengan itu, merupakan cabaran yang mesti ditangani
dengan baik. Justeru, mengurus sesuatu penyiasatan rasuah dengan kaedah terbaik (best
practice) amat diperlukan, memandangkan sebarang siasatan pertuduhan rasuah harus
ditangani secara kompeten. Kursus ini memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah terbaik
(best practices) yang digunapakai dalam siasatan rasuah pada masa kini; etik dan emik
dalam menjalankan penyisatan; peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada;
proses dan tatacara penyiasatan seperti penentuan skop siasatan, tanggungjawab dan
kuasa penyiasatan, pelaksanaan siasatan, pengumpulan bukti dan mengemukakan rumusan
siasatan (kertas siasatan). Matlamat kursus adalah untuk menyediakan pegawai yang
cekap dalam pengendalian penyiasatan mengenai rasuah dan kompeten untuk
menguruskannya dengan baik.

Bacaan Asas
Campbell, N.C. 1998. Effective policies and procedures: a step-by-step resource for
clear communication. New York: American Management Association.
Criminal Procedure Code (Act 593)
Gabriel, J.C. (eds) 1997. New York City police corruption: Elite perspectives in India.
New Delhi: University of Hyderabad.
Hayes, A. G. and Weierter, S. 2003. Regulatory risks: minimising misconduct risks in
agencies with regulatory functions. Building Capacity Series, no. 2. CMC, Brisbane.
Vinod Pavarala. 1997. Corruption and good governance. New York: United Nations
Development Programme.
316 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

SKAR6063 Integriti, Governan dan Rasuah (Integrity, Governance, and


Corruption)
Integriti dalam kerajaan merujuk kepada tingkat moral dalam perkhidmatan awam, iaitu
kualiti kerajaan dan pentadbirannya. Berkaitan hal ini boleh dikatakan bahawa negara
semakin tercabar dengan peningkatan keprihatinan mengenai moraliti institusi awam dan
swasta termasuk keprihatinan mengenai mereka yang menggunakan organisasi untuk
faedah sendiri dan tuntutan yang birokrasi kenakan terhadap pekerjanya. Bahkan, kos
berlakunya rasuah dan salahtadbir (misgovernment) adalah amat tinggi. Kursus ini
memperkenalkan konsep asas etika dan kaitkannya dengan integriti dan cabaran governan.
Kursus ini bertujuan mempertingkatkan kesedaran mengenai hubungkait antara etika,
integriti, governan dan rasuah. Perhatian akan diberikan juga kepada isu mengenai
kebertanggungjawaban, penyertaan, ketelusan dan etika birokratik. Selain itu pelajar
dijangka memahami hubungkait integriti dan ketelusan dan antara konflik kepentingan
dan langkah-langkah mencegah rasuah.

Bacaan Asas
Adams, G.B. and Balfour, D.L. 2004. Unmasking administrative evil. Thousand Oaks,
CA: Sage.
Peters, B.G. and Savoie D.J. (ed.) 2000. Governance in the twenty-first century:
Revitalizing the public service. Montreal: CCMD.
Peters, B.G. 2001. The politics of bureaucracy (edisi ke5). London: Routledge.
Root, H. 1996. Small countries, big lesson: Governance and the rise of East Asia.
Hong Kong: Oxford University Press for Asian Development Bank.
Rosenson, B.A. 2005. The shadowland of conduct: Ethics and state politics.
Washingotn DC: Georgetown University Press.

SKAR6073 Jenayah Rasuah dan Kawalan Sosial (Corruption and Social


Control)
Sistem dan bentuk kawalan sosial merupakan suatu perkara paling signifikan tetapi
kontroversial dalam usaha menangani masalah jenayah/jenayah rasuah di banyak negara
kini. Kursus ini memberi tumpuan kepada falsafah kawalan sosial; pelbagai pendekatan
teoritikal tentang kawalan sosial; dan sistem serta mekanisme kawalan sosial formal,
separuh formal dan informal bagi jenayah secara umum dan bagi jenayah kolar putih dan
jenayah terancang secara khusus. Pelbagai aspek kawalan sosial akan dibincang dalam
konteks senario semasa sesuatu jenayah/jenayah rasuah, etiologinya, isu kebahayaannya
dari pelbagai segi, dan keberkesanan mekanisme kawalan sosial untuk membendung
jenayah/jenayah rasuah pada peringkat individu, organisasi, undang-undang dan
masyarakat. Perbincangan pelajar akan menjelajahi pelbagai cabaran terkini dalam
melaksanakan kawalan sosial terhadap jenayah/tingkah laku dan pelaku rasuah secara
berkesan dan mapan.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 317

Bacaan Asas
Garland, D. 2001. The culture of control: Crime and social order in contemporary
society. Oxford: Oxford University Press.
Marsh, I., Cochrane, J. & Melville, G. 2004. Criminal justice: An introduction to
philosophies, theories and practice. London: Routledge.
S. Hadi Abdullah & K. S. Sieh (eds.). 2005. Tunku Abdul Aziz.Fighting corruption:
My mission. Kuala Lumpur: Konrad-Adenauer Foundation.
Syed Hussein Alatas. 1999. Corruption and the destiny of Asia. Petaling Jaya: Prentice
Hall (M) Sdn. Bhd. and Simon & Schuster (Asia) Pte. Ltd.
White, R. D. & Perrone, S. 1997. Crime and social control. New York: Oxford University
Press.

SKAR6084 Projek Penanda Arasan (Benchmarking Project)


Lawatan sambil belajar dibuat ke sebuah negara yang dikenalpasti mempunyai tahap
Corruption Perception Index (CPI) yang rendah. Negara akan dipilih daripada sepuluh
buah negara yang berada di tangga teratas CPI. Berdasarkan CPI 2005 negara-negara
tersebut ialah Iceland, Finland, New Zealand, Denmark, Singapura, Sweden, Switzerland,
Norway, Australia dan Austria. Lawatan dilakukan bertujuan memahami, mendapatkan
idea, mempelajari daripada negara-negara yang mempunyai imej yang bersih berkaitan
rasuah dan kedudukan integriti yang tinggi. Lawatan juga bertujuan mengkaji dan menilai
amalan terbaik (best practices) dan berguna yang terdapat di negara berkenaan dan
yang mungkin boleh digunapakai di negara sendiri. Selain itu ialah untuk membina jaringan
hubungan yang bermakna lagi berfaedah untuk tujuan kerjasama masa mendatang.
Beberapa buah organisasi dan agensi yang relevan akan dikunjungi semasa lawatan itu.
Setelah kembali daripada melakukan lawatan sambil belajar ini pelajar dijangka
menghasilkan laporan sepanjang 10,000 patah perkataan.

SKAR6069 Projek Penyelidikan Sarjana Pengajian Rasuah (Graduate Thesis


on Corruption Studies)
Kursus ini memerlukan para pelajar menyediakan dan melaksanakan satu projek
penyelidikan yang berkaitan dengan isu-isu rasuah dalam pelbagai disiplin seperti
pengurusan, sejarah, sosiologi, media, politik dan keselamatan semasa. Para pelajar perlu
menyediakan cadangan penyelidikan terlebih dahulu dan diluluskan oleh jawatankuasa
pengajian yang dilantik oleh pihak Fakulti bagi meneliti kertas cadangan tersebut sebelum
dibenarkan untuk melaksanakan projek yang dicadangkan. Kepanjangan tesis sarjana
yang dihasikan kelak seharusnya tidak melebihi 30,000 patah perkataan.

Bacaan Asas
Mauch, J. E. & Park. N. 2003. Guide to the successful thesis and dissertation: A
handbook for students and Faculty. (Ed. 5). New York: M. Dekker.
Panduan menulis tesis Gaya UKM. Jld. 7. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah UKM.
318 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

SKAR6103 Rasuah dan Isu Pemangsaan (Corruption and Victimisation


Issues)
Rasuah merupakan satu ancaman serius terhadap kestabilan sosiopolitik, integriti dan
kesejahteraan sesebuah negara serta anggota masyarakat. Rasuah bersifat tingkah laku
(behavioral) dan juga sistemik memangsakan sesetengah individu, kumpulan, institusi
sosial dan juga masyarakat itu sendiri. Kursus ini menumpukan perhatian kepada impak
negatif rasuah; sebab terjadinya pemangsaan; ukuran pemangsaan; teori pemangsaan;
serta mekanisme pemerkasaan mangsa-mangsa jenayah rasuah. Perbincangan dalam
kursus ini cuba melihat perkaitan antara jenayah rasuah, isu-isu mangsa serta pemangsaan,
dan peranan sistem keadilan jenayah, badan bukan kerajaan (civil societies), peraturan
institutional, kumpulan advokasi dan sebagainya dalam mengawal atau membanteras
jenayah rasuah. Dengan itu, maka pemahaman tentang rasuah dan juga perancangan,
penggubalan serta pelaksanaan pelbagai strategi kawalan terhadap rasuah perlu
berorientasikan mangsa rasuah.

Bacaan Asas
De Speville, B. 1997. Hong Kong: Police initiatives against corruption. Paris: OECD
Development Center.
Karmen, A. 2001. Crime victims. 4th. Edition. Belmont, CA: Wadsworth Publishing.
Moody-Stuart, G. 1997. Grand corruption: How business bribes damage developing
countries. Oxford: WorldView Publications.
Moriarty, L. 2003. Controversies in victimology. Cincinatti: Anderson Publishing.
Rose-Ackerman, S. 1999. Corruption and government: Causes, consequences and
reform. Cambridge: Cambridge University Press.

SKAR6113 Masyarakat, Media dan Pencegahan Rasuah (Society, Media


and Corruption Prevention)
Dalam masyarakat yang terbuka, pluralistik, demokratik, dan maju dari segi teknologinya,
media merupakan satu senjata yang berkesan untuk mendedah dan mencegah perbuatan
rasuah disebabkan kes-kes rasuah yang biasanya dimuatkan sebagai berita. Kursus ini
memberi fokus kepada hubungan antara media dan masyarakat dalam usaha mencegah
atau juga menggalakkan perlakuan rasuah. Melalui teori dan metodologi penganalisisan,
pelajar akan didedahkan kepada kedinamikan pembentukan dan pemprosesan maklumat
media dalam mendidik dan mencorakkan sikap anggota masyarakat berkaitan rasuah.
Perbincangan juga akan tertumpu kepada struktur masyarakat, fungsi media dalam
masyarakat dan strategi bagaimana hubungan boleh dijalin dengan media dan pihak awam
untuk membina persefahaman, pembentukan pendapat awam dan penjanaan kerjasama
dalam pengurusan isu rasuah.

Bacaan Asas
Bhargava, V. and Bolongaita, E. (ed). 2003. Challenging corruption in Asia: Case
studies and the framework for action. New York: World Bank.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 319

Boyd-Barrett, O. and Braham, P. (ed.) 1990. Media, knowledge and power. London
& New York: Routledge in association with the Open University.
Jewkes, Y. 2004. Media and crime. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Kawamoto, K. 2003. Media and society in the digital age. Boston: Allyn & Bacon.
Wilcox, D.L., Ault, P.H. & Agee, W.K. 1995. Public relations strategies and tactics.
New York: Harper Collins.

SKAR6123: Forensik Penyiasatan (Forensics of Investigation)


Kursus ini bertujuan memperkenalkan kaedah forensik dalam penyiasatan jenayah
khususnya yang berkaitan dengan rasuah. Oleh itu, ia bukan sahaja bersifat konsep dan
teoritikal tetapi lebih kepada disiplin khusus yang mementingkan praktis. Kandungan kursus
menggabungkan tiga jenis penyiasatan forensik, iaitu forensik perakaunan, forensik
kejuruteraan dan forensik komputer. Ketiga-tiga jenis penyiasatan forensik ini amat penting
bagi memperolehi maklumat dan mengumpul bukti daripada pasca insiden dengan protokol
yang betul dan sah. Oleh itu, pelajar akan didedahkan dengan teknik, peralatan dan protokol
penting dalam pengendalian penyiasatan khususnya yang berkaitan rasuah. Dengan
memahami dan mengetahui tentang ketiga-tiga jenis disiplin forensik ini maka dapatlah
membantu dalam menjayakan siasatan, menyediakan hasil bahan bukti untuk dikemukakan
ke mahkamah untuk tujuan pemeriksaan.

Bacaan Asas
Albrecht, W. S. 2003. Fraud examination. Mason, OH: Thomson South-Western
Prosise, C. et al. 2003. Incident response and computer forensics. (2nd Edition). Osborne:
McGraw Hill.
Russ, J. C. 2001. Forensic uses of digital imaging. Boca Raton: CRC Press
Sammes, A.J. & Jenkinson, B. 2004. Forensic computing: A practitioner’s guide
(Practitioner Series). UK: Springer.
Silverstone, H. 2004. Forensic accounting and fraud investigation for non-experts.
Hoboken, NJ: Wiley

SKAR6133: Seminar Isu Perundangan dan Penguatkuasaan (Seminar on


Legal and Enforcement Issues)
Memandangkan kursus ini dibuat dalam bentuk seminar, ini bermakna seminar ini akan
melibatkan kajian dan perbincangan kes-kes terpilih berkaitan dengan rasuah sebagaimana
yang telah diputuskan di mahkamah. Tumpuan perbincangan akan melibatkan isu-isu
seperti pemakaian dan tafsiran statut-statut yang berkaitan dengan rasuah (seperti Akta
Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan Ordinan Dharurat (Kuasa-Kuasa Perlu)
Ordinan No.22, 1970), pertuduhan yang dikenakan, keterangan dan pembuktian kesalahan
serta sabitan dan hukuman. Kursus ini juga turut melibatkan perbincangan mengenai
sistem keadilan jenayah secara umum seperti struktur dan bidang kuasa mahkamah,
prosedur jenayah, penguatkuasaan, pelaksanaan serta keberkesanan undang-undang rasuah
di negara ini.
320 / Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008

Bacaan Asas
Augustine, P.S. 1994. Evidence: Practice & procedure. Petaling Jaya: Pelanduk
Publication.
Hamid Ibrahim. 1994. Criminal procedure. Petaling Jaya: Malayan Law Journal.
Hamid & Maimoonah Hamid. 1993. Law of evidence. Kuala Lumpur: Central Law
Book Corporation Sdn.Bhd.
Mimi Kamariah Majid. 1999. Criminal procedure in Malaysia (Ed. 3) Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Mohan, S. 1992. Law of evidence in Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book
Services.

SKAR66143 Seminar Perbandingan Tindakan Membanteras Rasuah


(Seminar on Comparative Approaches to Corruption Prevention)
Kursus ini bertujuan meneliti, membanding dan membincang pelbagai pendekatan
membanteras rasuah yang telah diambil oleh organisasi, sektor dan negara yang berbeza.
Berkaitan ini penuntut akan meneliti pelbagai masalah dan isu berkaitan dengan usaha
menghalang dan membanteras rasuah. Isu seperti transferability of institutions;
relativisme dan budaya, ekonomi dan kemapanan akan juga diberi perhatian. Usaha-
usaha membanteras rasuah yang berjaya akan juga dibincang melalui kajian kes dan
pertukaran maklumat dan pengalaman antara pelajar.

Bacaan Asas
Klitgaard, R. 1988. Controlling corruption. Berkeley and Los Angeles: University of
California Press.
Levi, M. and Nelken, D. (ed.) 1996. The corruption of politics and the politics of
corruption. Oxford: Blackwell.
Rose-Ackerman, S. 1999. Corruption and government: Causes, consequences and
reform. New York: Cambridge University Press.
Spector, B.I. (ed.) 2005. Fighting corruption in developing countries. Bloomfield,
CT: Kumarian Press.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 321

Senarai Kursus
Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)

Taraf Takrifan Kursus Unit Jumlah


Kursus Unit

Kursus SKAR6013 Sosiologi Rasuah 3


Wajib SKAR6023 Kriminologi 3
SKAR6033 Undang-undang dan Jenayah Rasuah 3
SKAR6043 Kaedah Penyelidikan Lanjutan 3 21
SKAR6053 Penyiasatan dan Pengurusan Rasuah 3
SKAR6063 Integriti, Governan dan Rasuah 3
SKAR6073 Jenayah Rasuah dan Kawalan Rasuah 3

SKAR6084 Projek Penandaarasan 4 4

Kursus SKAR6123 Forensik Penyiasatan (Elektif terarah) 3


Elektif* SKAR6103 Rasuah dan Isu Pemangsaan 3
SKAR6113 Masyarakat, Media dan Pencegahan 3
Rasuah 6
SKAR6133 Seminar Isu Perundangan dan 3
Penguatkuasaan
SKAR6143 Seminar Perbandingan Tindakan 3
Membanteras Rasuah

Tesis SKAR6069 Projek Penyelidikan Sarjana Pengajian 9 9


Sarjana Rasuah

JUMLAH UNIT 40

Nota:
* Pilih dua (2) sahaja kursus-kursus pilihan.