Anda di halaman 1dari 18

PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN

kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08

ULASAN JURNAL 2

1. TAJUK

Adakah Tanggapan Ketidakadilan Menambah atau Mengurangkan Perlakuan

Kerja Yang Tidak Produktif Antara Perseorangan Berkaitan Iri Hati?

Pengarang Jurnal ini ialah Yochi Cohen-Charash Baruch College and Graduate Center,

City University Jennifer S. Mueller, University of Pennsylvania. Journal of Applied

Psychology by the American Psychological Association, 2007, Vol. 92, No. 3, 666–680.

Jurnal ini mengupas bagaimana envi (iri hati) menambah atau mengurang

perlakuan kerja yang tidak produktif antara orang perseorangan.

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 1


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08

2. PENGENALAN

Kedua-dua penulis mengkaji bagaimana tindakan bersaling (interaksi) di antara

tanggapan ketidakadilan dan iri hati berepisod meramalkan perlakuan kerja tidak

produktif antara perseorangan ke arah orang yang diiri. Di dalam dua kajian

menggunakan golongan dankaedah yang berbeza untuk membangkitkan rasa iri hati,

ramalan-ramalan telah dibandingkan berdasarkan pertukaran social dan model-model

ciri keadilan.

Kajian-kajian semasa memenuhi ruang ini dengan meneliti hipotesis-hipotesis yang

bersaing untuk lebih memahami bagaimana interaksi di antara iri hati dan ketidakadilan

meramalkan perlakuan kerja yang tidak produktif. Secara khusus, di dalam Kajian 1,

pengkaji mengkaji samada ketidakadilan menambah atau mengurangkan

perlakuan kerja yang tidak produktif antara perseorangan berkaitan iri hati.

Dalam Kajian 2, kami memperhalusi penyelidikan kami dengan meneliti peranan

yang dimain oleh sifat harga diri di dalam perhubungan di kalangan tanggapan

ketidakadilan, dan perlakuan kerja tidak produktif.

Keputusan yang diperolehi menyokong model pertukaran sosial tentang keadilan, yang

mana ditunjukkan bahawa tahap iri hati dan tanggapan ketidakadilan yang lebih tinggi

menyebabkan tahap lebih tinggi dalam perlakuan kerja yang tidak produktif (Kajian 1),

terutamanya di kalangan individu-individu yang mempunyai rasa harga diri yang tinggi

(Kajian 2).

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 2


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
3. KONSEP-KONSEP UTAMA

3.1 Iri hati

Iri hati berepisod adalah perasaan negatif yang dirasa “apabila seseorang

kekurangan kualiti lebih tinggi, pencapaian, atau pemilikan orang yang lain, samada

diinginkannya atau berharap orang lain itu tidak mempunyai perkara-perkara tadi

(Parrott & Smith, 1993, mukasurat 906).

Matlamat orang yang iri hati ini ialah untuk mengurangkan tahap rasa iri

hatinyadengan mengurangkan jurang di antara yang iri hati dan yang diiri (Heider,

1958). Secara perlakuan, ini bermakna menyamakan kedudukan orang yang iri hati

dengan yang diiri. Menurut Heider, satu cara untuk menyamakan kedudukan ini

ialah dengan melukakan atau merosakkan orang yang satu lagi.

Tentunya, kebanyakan kajian telah menunjukkan bahawa reaksi perlakuan terhadap

iri hati ini melibatkan melukakan atau merosakkan orang lain (Cohen Charash 2005)

yang mana mengakibatkan pengaruh negatif ke atas prestasi kerja, ponteng kerja

dan kepuasan ahli kumpulan kerja.

3.2 Keadilan,

Kebanyakannya, teori dan kajian telah membincangkan and meneliti pelbagai jenis

keadilan, seperti

3.2.1 Keadilan teragih (contoh, hasil yang ditanggap adil yang diterima individu

daripada kerajaan)

3.2.2 Keadilan tatacara (contoh, prosedur yang ditanggap adil yang digunakan

kerajaan untuk menghasilkan sesuatu), dan

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 3


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
3.2.3 Keadilan interaksi(contoh, layanan antara perseorangan yang ditanggap adil

yang diterima daripada kerajaan).

Walaubagaimanapun mengikut gagasan monistic, agihan, tatacara dan keadilan

antara perseorangan semuanya merupakan hasil yang bukannya tak terangkum atau

eksklusifdan berlaku serentak. Contohnya, menerima layanan yang kurang baik

berbanding dengan orang lain mencabuli keadilan tatacara peraturan pemalar

(Leventhal, 1980), keadilan agihan peraturan kesamaan, dan prinsip-prinsip keadilan

interaksi (Bies & Moag, 1986).

Namun begitu dalam konteks iri hati, orang berkenaan akan melihat layanan

kurang baik ini sebagai kekurangan. Hingga ke tahap di mana orang ini melihat

layanan baik sebagai penting untuk konsep dirinya, dan sampai ke tahap orang yang

dibandingkan adalah cukup sama taraf dengannya, orang itu mungkin merasa iri

hati disebabkan layanan yang diterima tidak sama.

3.3 Perlakuan kerja tidak produktif.

Perlakuan kerja tidak produktif juga adalah perlakuan yang merosakkan, dapat

membantu seseorang yang merasa iri hati itu mencapai tiga matlamat.

3.3.1 Melukakan orang yang diiri dapat mengurangkan kekecewaan orang yang

iri hatidengan perasaan megah (Fox & Spector, 1999; Kulik & Brown, 1979;

Smith, 1991; Spector, 1975, 1978) dan, oleh itu, bertindak sebagai teknik

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 4


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
pengawal-aturan kesan (Baumeister, Smart & Boden, 1996; Bushman,

Baumeister &Phillips, 2001).

3.3.2 Melukakan orang yang diiri dapat mengurangkan kelebihan yang boleh

mencetus iri yang dipunyai oleh orang yang diiri tadi, dengan itu membantu

untuk menyamakan keadaan orang yang merasa iri dan orang yang diiri

(Heider, 1958; Silver & Sabini, 1978a).

3.3.3 Permusuhan memberi kuasa dan dapat mengganti perasaan kekurangan

dalam diri(Barth, 1988), melibatkan diri dalam perlakuan yang merosakkan

mungkin boleh melindungi rasa harga diri yang tercalar. Tentunya, kajian

telah menunjukkan bahawa perlakuan merosakkan ini menyebabkan

peningkatan rasa harga diri orang yang iri hati (Fein & Spencer, 1997).

Tindakbalas negatif kepada ketidakadilan termasuk perlakuan seperti tindakan

balas (contoh, Blader, Chang & Tyler, 2001; Skarlicki & Folger, 1997), balas

dendam (contoh, Bies & Tripp, 2001), sabotaj (contoh, Ambrose, Seabright &

Schminke, 2002), kecurian (J. Greenberg, 1993), tindakan kelangsangan (contoh,

Folger & Skarlicki, 1998), dan perlakuan kerja tidak produktif (contoh, Fox,

Spector & Miles, 2001; Lim, 2002).

3.4 Harga diri:

Harga diri merujuk bagaimana kita menilai diri kita sendiri samada secara positif

atau negatif. Berdasarkan jurnal ini, Smith et al. (1994) mendapati bahawa

tanggapan ketidakadilan menyebabkan perasaan permusuhan di dalam hati orang

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 5


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
yang iri hati dan bahawa tanggapan rendah diri atau kekurangan menyebabkan

perasaan tertekan dan murung yang lebih besar dalam hati orang yang iri hati.

Diperkuatkan lagi dengan tanggapan ketidakadilan membentuk pengalaman

tambahan yang negatif, pencetus rendah diri, dan merosakkan konsep diri, kerana

ianya menandakan seseorang itu sebagai ahli organisasi yang tidak dihargai (Lind &

Tyler, 1988), dengan itu meningkatkan perlakuan merosakkan seseorang untuk

mengurangkan ancaman ke atas dirinya.

Individu dengan harga diri yang tinggi menghargai keadilan dan bertindak

terhadapnya lebih daripada individu yang rendah rasa harga diri mereka.

Khususnya, adalah didapati bahawa individu dengan harga diri yang tinggi, tetapi

tidak dengan individu yang rendah harga diri mereka, merasa kepercayaan,

motivasi, kepuasan, dan identiti organisasi yang lebih apabila mereka berpeluang

untuk didengari (contoh, Keadilan Tatacara Yang Tinggi, Brockner et al., 1998)

4. KERANGKA TEORITIKAL

4.1 Teori Seimbang:

Menurut teori seimbang (Heider, 1958), model pengekalan penilaian diri (Tesser,

Millar & Moore, 1988), dan teori penilaian (contoh, Lazarus & Cohen-Charash,

2001), iri hati berlaku apabila ‘benda’ yang tidak dipunyai itu berada dalam

kawasan kekuasaan yang merupakan teras kepada konsep diri seseorang itu

danorang yang iri hati ini membuat tanggapan bahawa orang yang diiri adalah sama

dengan beliau. Oleh itu, iri hati dirasai kerana adanya perbandingan sosial yang

negatif, apabila si A perasan bahawa orang yang sama tahap dengannya, si B,

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 6


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
mempunyai sesuatu dari segi kebendaan atau peribadiyang si A mahukan tetapi tidak

ada padanya, dan benda atau keadaan yang dimahukan ini adalah utama kepada

konsep diri si A (contoh, Salovey & Rodin, 1984, 1991).

4.2 Teori Perbandingan Sosial dan penilaian kendiri:

Teori ini diutarakan oleh Leon Festingere (1954), menumpukan perhatian kepada

penilaian kendiri yang merupakan keperluan asas manusia. Apabila dunia

fizikal tidak boleh bertindak sebagai standard yang dapat menilai perasaan,

kemahira, kepercayaan, maka akan beralih kepada orang lain dalam realiti sosial.

Tambahan lagi, perbandingan sosial yang negatif ini boleh mengkhusus

berbanding dengan lingkupan luas, yang mana orang yang iri hati tidak perlu merasa

rendah diri terhadap perbandingan lain dalam semua kawasan kekuasaan.

Sebaliknya, rasa iri hati boleh berlaku.

4.3 Teori Pertukaran Sosial:

Pertukaran sosial membentuk pandangan yang luas tentang perhubungan dan

perlakuan, Teori ini menganggap bahawa perhubungan secara amnya dicirikan

oleh pertukaran sumber-sumber nyata. Andaian yang menyatakan bahawa

perhubungan di antara dua entiti adalah dicirikan oleh pertukaran sumber-sumber

yang saling berbalasan menerangkan tanggapan keadilan seperti dalam keadaan yang

adil, pekerja atau organisasi menyumbang sumber kepada organisasi atau kepada

pekerja, dan organisasi atau pekerja membalas dengan memberi ganjaran kepada

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 7


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
pekerja atau organisasisejajar dengan sumbangan mereka (Homans, 1961; Leventhal,

1976).

Oleh yang demikian, norma-norma balas membalas menentukan yang sekiranya

pekerja menerima sumber yang sedikit daripada organisasi berbanding dengan

apa yang sewajarnya mereka terima berdasarkan prestasi mereka, tanggapan

ketidakadilan berlaku, dengan itu menyebabkan pekerja melibatkan diri dengan

perlakuan-perlakuan yang boleh mengembalikan keadilan bagi mereka (contoh,

merosakkan organisasi; Cropanzano & Mitchell, 2005). Apabila individu-individu

mengalami walau satu kerugian secara relatif dengan perbandingan dengan yang

lain (contoh, Schoeck, 1969), selagi kerugian atau kekurangan ini berada dalam

kawasan kekuasaan yang penting kepada rasa diri orang tersebut.

Manakala di dalam konteks situasi yang tidak adil, pertukaran sosial selalunya

terjadi di antara pekerja dan organisasi dan atau penyelia, apabila keadaan yang tidak

adil terjadi ditambah lagi perasaan iri hati, terdapat satu pihak tambahan kepada

pertukaran perhubungan ini iaitu orang yang diiri.

5. KAEDAH

5.1 Kajian 1:

5.1 Peserta:

Para peserta dalam kajian ini terdiri daripada 188 individu bekerja yang menjalani

kursus di sebuah universiti besar di bahagian timur. Mereka menyertai kajian ini

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 8


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
untuk mendapatkan mata kredit kursus. Secara kasar separuh daripada para

peserta adalah lelaki (50.5%), dan purata umur mereka ialah 21 tahun. Manakala

20% daripada para peserta bekerja sepenuh masa, 78% bekerja sambilan dan

sementara, dan 2% tidak bekerja. Peserta menerima kredit kursusdengan

mengambil bahagian di dalam kajian ini dan telah dilayan menurut peraturan etika

APA. Khususnya, para peserta telah membaca borang pemberitahuan kebenaran

Mereka tidak perlu menulis nama dan bersetuju untuk disoalsiasat setelah habis

kajian.

Peransang-peransang Iri Hati:

Untuk mencungkil iri hati berepisod, kami memberi para peserta arahan berikut:

“ Pilih seorang di dalam organisasi anda yang selalu bekerja dengan anda dan

anda selalu bandingkan diadengan diri anda. Orang ini hendaklah seorang yang

anda tanggap sebagai lebih berjaya daripada anda dalam memperolehi sesuatu

yang anda usahakan dan sangat penting kepada nilai diri anda.”

Arahan-arahan ini adalah berasaskan kepada penulisan tentang pencungkilan rasa iri

hati (contoh, Heider, 1958; Salovey, 1991). Para peserta tidak tahu yang kajian ini

berkenaan iri hati, kerana perkataan iri hati tidak diperkatakan dalam bahagian kajian

ini.

5.1.2 Pengukuran:

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 9


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
i. Iri hati berepisod.

Iri hati telah diukur menggunakan skala 9-item (Cohen-Charash, 2005;

Cronbach’s) dalam sampel ini. Para peserta ditanya untuk meletakkan kadar atau

mengkelaskan setiap item atau butir yang mana dapat menerangkan setepat

mungkin bagaimana perasaan mereka terhadap orang yang dibandingkan. Butir-

butir tersebut seperti berikut: “Saya kekurangan sebahagian barang yang dimiliki

X,” “Saya merasa marah dan kecewa,” “Saya merasa iri hati,”

ii. Perlakuan kerja tidak produktif (merosakkan) antara perseorangan.

Para peserta mengkadarkan pada tahap mana mereka melibatkan diri dengan

perlakuan sedemikian dengan skala 12-item (Cohen-Charash, 2005) diambil dari

Skala Perlakuan Kerja Tidak Produktif oleh Fox dan Spector (1999). Pengkaji

gunakan bahagian pengukuran ini yang secara jelas memeriksa dua jenis

perlakuan kerja tidak produktif iaitu lencongan politik dan sifat

kelangsanganperibadi berkaitan dengan situasi iri hati. Butir-butir tersebut seperti

berikut: “masuk campur/ganggu dengan prestasi X,” “ cuba mensabotaj reputasi

X,” “menyembunyikan dari X maklumat berkenaan kerja,” dan lain-lain.

iii. Tanggapan Ketidakadilan.

Tanggapan ketidakadilan telah dikaji menggunakan Smith et al.’s (1994) Skala

Kepercayaan Ketidakadilan Objektif. Tiga item atau butir pada skala tersebut

ialah (a) “Hakim yang objektif yang tahu fakta-faktanya akan bersetuju bahawa X

tidak berhak untuk berjaya di tempat kerja,” (b) Sesiapa pun akan bersetuju

bahawa kelebihan pada X telah dicapai secara tidak adil,” dan (c) X telah

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 10


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
mencapai kelebihan ke atas saya melalui tatacara atau tindakan yang tidak

dinafikan sebagai tidak adil.”

iv. Kebaikan sosial.

Oleh kerana secara semula jadinya iri hati dan perlakuan merosakkan adalah

merendahkan martabat diri, kebaikan sosial disukat sebagai pembolehubah

kawalan. Skala 13-item benar-palsu (Reynolds, 1982) terdiri daripada kenyataan-

kenyataan yang samada benar atau palsu bagi responden contoh item sampel:

“Saya sanggup mengaku bila saya membuat silap”. Markah skala berjulat dari 13

hingga 26, dengan markah 13 bererti tiada kebaikan sosial.

v. Pembawaan/kecenderungan iri hati.

Pembawaan irihati diguna sebagai satu lagi pembolehubah kawalan dan disukat

dengan Skala Pembawaan Iri hati 8-item (Smith, Parrott, Diener, Hoyle & Kim,

1999) Contoh item sampel: “Saya berasa iri hati setiap hari”).

5.2 Kajian 2

Kajian 2 melihat interaksi antara harga diri, irihati, dan ketidakadilan yang mana

perhubungan di antara irihati dan perlakuan merosakkan adalah positif apabila

harga diri adalah tinggi dan tanggapan ketidakadilan adalah rendah tetapi tidak

apabila harga diri adalah tinggi dan tanggapan ketidakadilan juga tinggi

menjadi hipotesisi dalam Kajian 2.

5.2.1 Peserta

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 11


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
Para peserta kajian adalah 72 individu daripada pelbagai industri,

organisasi, tahap-tahap organisasi dan jawatan, profesyen, dan kawasan

geografi di United States seperti industri kewangan, perkilangan, runcit,

kesihatan, perundangan, kerajaan, dan perundingan, industri

telekomunikasi, software, dan hartanah.

Mereka telah diambil melalui wakil penyelidik dalam organisasi-organisasi

merekaatau dalam kelas-kelas MBA. Majoriti kecil peserta adalah wanita,

dan purata umur adalah 36 tahun. Manakala peserta adalah pekerja penuh

masa, bekerja sambilan, bekerja sementara/kerja bermusim, bekerja

sendiri, dan tidak bekerja.

Keputusan menunjukkan tiada perbezaan di antara yang bekerja dan yang

tidak bekerja mengenai irihati, ketidakadilan, atau perlakuan merosakkan.

Peserta layak mengambil bahagian dalam loteri untuk mendapat hadiah

berjumlah $100 sebagai pampasan penyertaan mereka dalam kajian ini. Para

peserta melengkapkan kaji selidik ini pada masa dan tempat yang mereka pilih

dan menghantar soal-selidik itu di dalam sampul surat berstem beralamat yang

telah ditetapkan dan membaca kenyataan pemberitahuan kebenaran.

Oleh kerana peserta tidak menghabiskan soal-selidik di dalam makmaladalah

mustahil untuk menyoal balas mereka sejurus selepas tamat kajian. Namun

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 12


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
demikian, peserta telah digalakkan untuk menghubungi Yochi Cohen-Charash

untuk maklumat lanjut mengenai kajian tersebut dan hasil keputusannya.

5.2.2 Pengukuran;

Irihati berepisod, melukakan orang lain, tanggapan ketidakadilan,

kebaikan sosial, dan kecenderungan irihati telah diukur dengan

pengukuran yang digunakan dalam Kajian 1. Alpha Cronbach untuk

semua ukuran tertera dalam Jadual 4. Harga diri global diukur dengan Skala

Harga Diri Rosenberg (1965), yang terdiri daripda ukuran 10 item, sebagai

contoh, perasaan nilai kesamaan secara relatif dengan orang lain dan

mempunyai banyak kualiti yang baik. Para peserta mengkelaskan setiap item

menggunakan skala 4-point berjulat dari 1 (sangat tidak setuju) hingga 4

(sangat bersetuju).

6. PERBINCANGAN

Untuk meneliti dua hipotesis pengkaji yang bersaing iaitu, tahap tanggapan ketidakadilan

yang tinggi mempertingkatkan lagi tahap mana individu yang iri hati terlibat dalam

perlakuan merosakkan terhadap orang yang diiri (Hipotesis 1) dan bahawa tahap

tanggapan ketidakadilan yang rendah mempertingkatkan tahap mana individu yang iri

hati terlibat dalam perlakuan merosakkan terhadap orang yang diiri (Hipotesis 2)

Pengkaji mengumpul pembolehubah-pembolehubah membentuk interaksi di antara iri

hati dan tanggapan ketidakadilan untuk meminimakan ‘multicollinearity’ di kalangan

interaksi-interaksi dan komponen individu mereka (Aiken & West, 1991).

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 13


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08

Hasil keputusan untuk Kajian 1 memberi sokongan kepada model pertukaran keadilan,

menunjukkan apabila tanggapan ketidakadilan adalah sederhana atau tinggi tahap

irihati yang tinggi dikaitkan dengan tahap perlakuan merosakkan yang lebih tinggi

terhadap orang yang diiri. Walaupun model ciri keadilan akan memberi maksud

bahawa pengalaman irihati boleh memberi ancaman yang lebih besar kepada rasa harga

diri dalam situasi adil dan, dengan itu, mengakibatkan tahap perlakuan merosakkan

yang lebih tinggi dalam situasi adil berbanding dengan situasi tidak adil, tetapi data

pengkaji tidak menyokong ramalan ini.

Pandangan pertukaran sosial adalah lebih baik daripada model ciri keadilan dalam

konteks reaksi terhadap irihati, kami mahu meneliti model-model itu mengggunakan

perantara tambahan hubungan antara irihati, ketidakadilan dan perlakuan merosakkan;

sifat harga diri.

Bagi kajian 2 hasil keputusan sekarang mengulangi penemuan kami dalam Kajian 1,

menunjukkan sokongan kepada model pertukaran keadilan dalam organisasi dan

menunjukkan bahawa orang yang irihati akan cenderung untuk terlibat dalam

perlakuan kerja tidak produktif atau perlakuan merosakkan antara perseorangan

terhadap orang lain apabila mereka merasai tahap irihati yang tinggi dalam situasi

tidak adil.

Dengan meneliti harga diri sebagai perantara tambahan kepada perhubungan antara

irihati, ketidakadilan dan perlakuan merosakkan, pengkaji meluaskan penemuan dalam

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 14


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
Kajian 1 yang menunjukkan bahawa harga diri yang tinggi memudaratkan interaksi

negatif antara tahap tinggi ketidakadilan dan irihati.

Khususnya, individu dengan harga diri yang tinggi lebih cenderung untuk melukakan

orang yang diiri dalam situasi tidak adil. Tambahan lagi, pengkaji tidak menemui

sokongan untuk model ciri, yang menyatakan individu dengan harga diri tinggi yang

merasa irihati akan melukakan orang lain dalam situasi adil sebab situasi-situasi ini

memberi ancaman yang lebih kepada harga diri dan meransang motivasi yang lebih untuk

menyamakan keadaan atau taraf antara individu itu dan orang yang diiri.

Walaupun harga diri pengkaji masukkannya sebagai perantara tambahan sebagai

komponen utama, pengkaji tetap tidak menemui sokongan kepada model ciri, dengan itu

mengulangi keputusan yang didapati dalam Kajian 1.

Penyelidikan ini adalah yang pertama menunjukkan bagaimana irihati berepisod,

ketidakadilan dan harga diri berinteraksi untuk meramalkan perlakuan kerja tidak

produktif antara perseorangan.

Penemuan-penemuan ini menyokong pandangan pertukaran sosial tentang keadilan

dalam organisasi, yang sangat sesuai dalam konteks sekarang ini kerana

pertukaran sosial menerangkan kedua-dua reaksi kepada ketidakadilan dan reaksi

kepada irihati.

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 15


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
Menurut model pertukaran sosial, satu sebab utama untuk melibatkan diri dalam

perlakuan tidak produktif ialah untuk mengembalikan keadilan(contoh, Cropanzano &

Mitchell, 2005; Homans, 1961; Leventhal, 1976). Bermakna, apabila pekerja membuat

tanggapan bahawa mereka telah dilayan secara tidak adil, mereka mungkin

bertindakbalas dengan merosak atau memburukkan organisasi dan penyelia mereka

dalam pelbagai cara.

7. KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, hasil keputusan ini pengkaji mencadangkan bahawa organisasi

sepatutnya menumpukan mengurangkan tahap ketidakadilan dan irihati sekaligus

sebagai satu cara untuk mengurangkan perlakuan kerja tidak produktif antara

perseorangan.

Oleh yang demikian, organisasi perlu mempertimbangkan amalan-amalan

pencegahan dan pemulihan apabila merekabentuk hasil-hasil ganjaran, contoh

ganjaran, pengikhtirafan, pampas andi kalangan individu dengan harga diri tinggi. Satu

amalan sedemikian, menurut kajian-kajian ini dapat mengekalkan kepatuhan yang ketat

ke atas semua peraturan adil termasuklah pengagihan, tatacara, antara perseorangan, dan

maklumat untuk memastikan yang pekerja-pekerja dilayan secara adil meskipun mereka

mungkin menghadapi perbandingan sosial yang tidak digemari.

Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua irihati dan ketidakadilan

adalah kuasa pemusnah dalam organisasi, gabungan kedua-duanya tidak merbahaya

untuk fungsi hubungan yang sihat pekerja dalam organisasi. Tambahan lagi, satu

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 16


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08
mekanisma yang mana irihati dan ketidakadilan mungkin bergabung untuk memberi hasil

keputusan baik atau buruk akan mengancamkeegoan mereka akibat tahap irihati dan

ketidakadilan yang tinggi.

Penyelidikan masa hadapan seharusnya mengkaji peranan yang mungkin dimainkan oleh

domain ketidakadilan dan ciri-ciri irihati kerana ia berkait dengan perlakuan kerja tidak

produktif. Dalam masa yang sama, kajian-kajian kami memberikan langkah pertama

untuk memetakan cara-cara dalam mana irihati dan ketidakadilan bergabung

untuk mempengaruhi perlakuan antara perseorangan di dalam organisasi.

……………………………………

RUJUKAN

1. Yochi Cohen- Charash, Jennifer S. Mueller, (2007). Journal of Applied Psychology.

American Psychological Association, Vol. 92, No. 3, 666–680.

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 17


PSIKOLOGI SOSIAL GUNAAN
kasihanda@kasihabadi
SYS 5313
hak cipta terpelihara’08

Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri,
menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan
rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini
segala kekuasan Allah. -Imam Syafi'

SO. Sem 3 Okt’ 08. Msc uum. Sintok.| 18