Bab 1
ATUK HASSAN mundar-mandir di pekarangan ruang tamu, resah hatinya menunggu Izhar yang belum pun menampakkan batang hidungnya. Datin Rohana pula duduk termangu di atas sofa empuk yang baru dibeli bulan lepas. Dia turut susah hati memikirkan Izhar. Mana pulak budak ni merayau, dah pukul tujuh masih belum nampak bayang. Tadi janji nak sampai pukul lima. Datuk Hassan membebel sendirian. Datin Rohana memandang dengan ekor matanya. Dia pun resah memikirkan anak tunggalnya itu. Kalau diikutkan hati suaminya, mahu sahaja dia menampar muka Izhar. Memang anak yang tak tahu diuntung. Datin Rohana yang faham dengan keadaan Datuk Hassan hanya mengeluh perlahan. Dia turut kecewa dengan Izhar. Tidak disangka anak yang ditatang bagai minyak yang penuh itu tergamak melukakan hati mereka. Sebagai ibu dia tidak lari daripada berasa kecewa.
Aku Untukmu
Bang, bersabarlah... kita bincang elok-elok dengan Har. Jangan terburu-buru membuat telahan. Kita tanya dulu kesahihan perkara ni. Datin Rohana memberikan cadangan. Sebagai ibu dia lebih banyak bertolak ansur dengan sikap Izhar. Perbualan mereka terhenti apabila terdengar deruman enjin kereta memasuki pekarangan halaman banglo dua tingkat itu. Datuk Hassan terus mengambil tempat di sisi isterinya. Dia sudah tidak sabar hendak bertanyakan tentang perkara itu kepada Izhar. Apabila ternampak kelibat Izhar memasuki ruang hadapan rumah, Datuk Hassan terus berdiri seraya memanggil Izhar duduk menyertai mereka. Izhar tanpa banyak bicara terus melabuhkan punggungnya di sofa, betul-betul berhadapan dengan Datuk Hassan dan Datin Rohana. Datuk Hassan pun memulakan bicara. Har, papa betul-betul kecewa dengan Har. Kemarahannya dikawal sebaik mungkin. Kenapa dengan papa ni? Apa yang Har dah buat sampai papa kecewa? soal Izhar yang tak tahu punca ketidakpuasan hati papanya itu. Rasa letihnya masih bersisa, papanya pula menyuarakan rasa tidak puas hati. Har, mama nak tanya. Har ada ke mana-mana tak Ahad minggu lepas? soal Datin Rohana lembut. Dia tidak mahu Datuk Hassan bertengkar dengan Izhar atas perkara yang belum pasti. Biar sahih dahulu berita yang sampai kepada mereka, barulah keputusan boleh dibuat. Ada, Har keluar dengan kawan-kawan. Izhar menjawab ringkas. Kau pergi ke mana? Datuk Hassan menyoal
Tulip Ungu
dengan kasar. Dia mahu Izhar berterus terang dengannya. Perkara tersebut mesti segera diselesaikan sebelum dia sendiri yang mendapat malu. Pa, Har keluar dengan kawan-kawan la, takkan itu pun salah. Izhar membela diri setelah mendengar soalan keras daripada Datuk Hassan. Keluar dengan kawan-kawan memang tak salah. Yang salahnya, kau pergi clubbing, mabuk dengan perempuan keliling pinggang. Papa rasa dah cukup ilmu agama yang papa bekalkan untuk kau tapi sikap kau mengalahkan orang yang tak pernah belajar agama! Suara Datuk Hassan semakin meninggi dan keras. Izhar terdiam mendengar kata-kata Datuk Hassan itu. Tidak disangka pula Datuk Hassan dapat menghidu kegiatan hujung minggunya bersama kawan-kawannya. Cuba kau tengok gambar-gambar ni, semuanya jelas terpampang muka engkau. Datuk Hassan melempar beberapa keping gambar yang dikeluarkan daripada sampul putih yang sedari tadi tergeletak di atas meja. Izhar dengan segera mengambil gambar-gambar tersebut dan ditatap lama. Benar, lelaki dalam gambar tersebut adalah dirinya. Yang dia pelik, bagaimana Datuk Hassan boleh mendapat kesemua gambar tersebut? Izhar berasa sedikit cuak kerana Datuk Hassan telah dapat menghidu hobinya pada hujung minggu. Dia menyangka Datuk Hassan terlalu sibuk hingga tidak sedar akan tindaktanduknya. Pa, memang lelaki dalam gambar tu ialah Har. Har cuma nak lepaskan tension aje. So, sekali-sekala pergi clubbing la. Izhar cuba membela diri, berharap Datuk Hassan tidak akan memanjangkan perkara tersebut.
Aku Untukmu
Mungkin kau ingat apa yang kau buat ni kecil tapi natijahnya besar. Kalau la gambar ni tersebar luas, habis jahanam perniagaan yang aku usahakan selama ini.... Suara Datuk Hassan mula mengendur. Dia tiada pilihan lain melainkan menetapkan satu keputusan muktamad kepada Izhar bagi mengelakkan Izhar melakukan perkara yang tidak disukainya mahupun agama. Papa nak Har kahwin, calonnya papa akan carikan. Papa nak Har hentikan semua kegiatan Har yang tak berfaedah tu dan tumpukan perhatian pada keluarga. Dengan cara ni sahaja Har akan belajar erti tanggungjawab. Papa tak nak Har memalukan papa dengan perangai-perangai macam tu. Datuk Hassan bersuara mengendur, menyatakan hasratnya. Tutur katanya tidak keras tetapi tegas. Datuk Hassan mahu Izhar memikul tanggungjawab. Melalui cara itu Izhar akan lebih matang dan berfikiran jauh. What pa, kahwin?! Are you serious, pa? Takkan disebabkan perkara kecik macam tu sampai Har kena kahwin pulak? Har nak enjoy dulu dengan life Har. Izhar seakanakan tidak percaya dengan kata-kata papanya. Baginya keputusan Datuk Hassan tidak boleh diterima dan tidak masuk akal. Izhar tidak mahu masa mudanya dihabiskan dengan menjaga isteri dan anak. Dia belum puas menikmati zaman bujangnya. Har setuju ataupun tidak, papa telah pun buat keputusan. Kalau Har tak setuju Har boleh keluar dari rumah ni, lupakan semua kemewahan. Papa takkan mengaku yang papa ada anak macam Har. Kata-kata yang keluar daripada bibir Datuk Hassan berbau tegas, dia tidak mahu memanjakan Izhar lagi. Mulai saat itu, dia mahu Izhar berdikari dan belajar bertanggungjawab. Semua kemewahan yang dicurahkan kepada Izhar telah melekakannya.
Tulip Ungu
Ma, papa couldnt be serious kan, ma? Har belum sedia nak kahwin, Har belum puas enjoy lagi. Ma pujuk la papa... Har tak setuju dengan cadangan papa tu. Izhar separuh merayu. Datin Rohana yang sedari tadi menjadi pemerhati telah pun mengalirkan air mata. Datin Rohana menggelenggelengkan kepala kepada Izhar. Kali ini dia tidak lagi mahu menyebelahi Izhar. Dia turut bersetuju dengan keputusan suaminya untuk menjodohkan Izhar. Dia juga tidak mahu anaknya itu terus hanyut dengan dosa-dosa dunia. Dia berharap agar Izhar akan berubah selepas mendirikan rumah tangga. Dia dan Datuk Hassan memang menyedari tentang sikap Izhar yang suka keluar tapi tidak disangka anaknya itu sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Bukti yang diperoleh sangat memilukan hatinya. Sebagai ibu, dia tak sanggup membiarkan Izhar hidup bergelumang dengan dosa. Izhar mengusap-usap rambutnya. Lama dia termenung. Jantungnya berdegup kencang apabila melihat tindakan mamanya. Dia menyangka mamanya akan menyebelahi dan menyelamatkan dia daripada keputusan papanya tetapi dia silap, nampaknya dia tiada pilihan lain kecuali menurut sahaja kata-kata papanya. Izhar menunduk ke lantai, kedua-dua tangannya dirapatkan, jari-jarinya disatukan. Sesungguhnya kepalanya sudah berat memikirkan kata-kata papanya. Dia mengeluh. Tiada kata-kata yang terkeluar daripada mulutnya. Dia buntu, fikirannya bercelaru lalu dia bangun, melangkah lemah ke pintu. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya, berada lebih lama di banglo Datuk Hassan akan menambahkan kekusutan di kepalanya. Dia perlu bersendirian kala ini, dia mahu menenangkan diri. Selang beberapa minit, kereta Audi Q5
Aku Untukmu
IZHAR duduk di birai katil dengan tangan diletakkan di belakang kepala. Sesekali dia mengeluh berat. Kata-kata papanya masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Tambahan pula keputusan dibuat tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Dia berkira-kira siapakah yang menjadi calon pilihan papanya? Kemudian ingatannya terarah kepada Delia. Gadis yang menjadi temannya sejak setahun yang lalu. Delia merupakan satu-satunya perempuan yang berjaya memikat hatinya. Berkulit putih gebu dengan rambut lurus hingga ke paras pinggang. Delia juga seorang model yang memang memiliki ciri-ciri wanita yang meruntun jiwa lelakinya bahkan boleh menggoyah hati mana-mana lelaki yang melihat. Tambahan pula Delia sentiasa mengenakan pakaian yang seksi. Lelaki yang bertuah sahaja dapat bergandingan dengan Delia. Tetapi bila difikir semula, Izhar bukannya takut kehilangan Delia, cuma Delia tidak pernah serius dalam perhubungan mereka berdua. Lagipun dia pun cuma mahukan Delia sebagai teman. Dia sayangkan zaman bujangnya. Segala kebebasannya akan hilang sekiranya dia berkahwin. Tentu dia terpaksa menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. Semua aktiviti sebelum berumah tangga terpaksa dilupakan dan perhatiannya tentu lebih terarah kepada keluarga. Dia tidak dapat membayangkan sekiranya kebebasannya hilang. Izhar bangun dan mencapai tuala. Dia mengambil
Tulip Ungu
keputusan untuk mandi setelah fikirannya buntu memikirkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya. Sejurus keluar dari bilik mandi, dia terasa sedikit segar. Sebelum mengenakan pakaian Izhar mengambil telefon bimbitnya, nombor Delia didailnya. Dia mahu menemui Delia. Deringan dari hujung talian tidak bersambut. Izhar mencuba berkali-kali namun tetap hampa. Izhar merengus kasar. Hatinya terlalu ingin menemui Delia, mahu melupakan masalah yang ditimbulkan oleh papanya. Izhar lekas-lekas mengenakan pakaian, pantas kunci kereta dicapainya. Langkahnya diatur laju menuju ke keretanya di tingkat bawah. Izhar masuk ke dalam perut kereta, enjin dihidupkan dan kakinya menekan pedal minyak. Kereta meluncur laju meninggalkan pekarangan banglonya. Izhar tiba di private clubnya semasa jam menunjukkan pukul sebelas malam. Bunyi bising muzik yang sedang dimainkan langsung tidak mengganggu Izhar. Dia mengambil tempat di kerusi bulat dengan kepala yang terenjut-enjut mengikut iringan muzik. Selang lima minit, seorang bar tender menghampiri tempat Izhar sedang duduk. Mau minum berketurunan Cina itu. apa? soal bar tender yang
Macam biasa. Izhar menjawab ringkas. Lagu Break Your Heart nyanyian Taio Cruz menghangatkan suasana yang membingitkan. Izhar bergoyang-goyang mengikut rentak lagu yang berkumandang. Beberapa orang gadis bermini skirt separas paha datang menghampiri Izhar. Hai, sapa gadis yang rambutnya berwarna keperangan itu.
Aku Untukmu
Hai. Izhar menjawab sepatah. Can we join you? sapa seorang lagi gadis berwajah pan-Asia. Listen to the song, Im only gonna break you heart. Im a heartbreaker. Balas Izhar, badannya masih mengikut rentak lagu. Gadis-gadis tadi berlalu meninggalkan Izhar apabila Izhar tidak mengendahkan mereka. Izhar memesan segelas demi segelas air yang memabukkan sehingga dia khayal dalam separuh sedar. Bar tender yang sedari tadi memerhatikan Izhar terus mengeluarkan handphonenya lantas mendail satu nombor. Kepalanya digeleng-geleng. Apabila panggilannya disambut, dia bersuara dalam bahasa Cina.
IZHAR mabuk sehingga sukar untuk dia berdiri. Semasa cuba untuk bangun dari kerusi, dia terasa seperti ada tangan yang memaut tubuhnya daripada jatuh. Izhar hanya menurut langkah orang yang memautnya dalam keadaan separuh sedar itu. Rayyan hanya menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat keadaan Izhar. Dia kesal dengan sikap Izhar. Tubuh Izhar dipapah bersama Steve, rakan lamanya yang kebetulan sedang minum di restoran sebelum dia mendapat panggilan daripada Vince. Untung Vince masih menyimpan nombor telefonnya. Vince merupakan pelayan bar tempat Izhar selalu kunjungi. Rayyan memang bertegas meminta Vince menyimpan nombor handphonenya sejak Izhar sering
Tulip Ungu
mengunjungi kelab itu dan pulang dalam keadaan mabuk. Setelah meletakkan Izhar di tempat duduk belakang dia mengarahkan Steve yang dibawa semasa menjemput Izhar untuk menghantar kereta Izhar sehingga sampai ke rumah. Keretanya dipandu meninggalkan kelab malam yang membingitkan telinga itu. Rayyan pelik dengan tingkah laku Izhar. Walaupun Izhar lahir dalam keluarga yang pada asalnya beragama Islam boleh terpesong jauh daripada landasan agama yang dianuti. Pada hematnya, Datuk Hassan yang dikenali oleh Rayyan merupakan seorang yang sangat tegas apabila melibatkan hal-hal agama, tapi Izhar sendiri seperti anak yang tidak mendapat bimbingan agama daripada kedua-dua ibu bapanya. Rayyan bertambah pelik memikirkan perkara itu, langsung dibiarkan hal itu tergantung tanpa jawapan yang pasti. Namun, sebagai sahabat dia berasa terpanggil untuk sama-sama membimbing temannya itu ke jalan yang betul walaupun kadangkala nasihatnya kepada Izhar bagai mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Rayyan hanya mampu berdoa supaya Izhar berubah dan bertemu jodoh dengan insan yang boleh membimbing sahabatnya itu ke jalan yang benar.
Aku Untukmu
Bab 2
ATUK HASSAN meminta Pak Musa menghentikan kereta di pinggir jalan bersebelahan dengan Tasik Varsiti. Dari dalam kereta dia dapat melihat seorang gadis yang sedang menunduk membaca sesuatu di tangannya. Datuk Hassan keluar dari kereta dan berjalan menghampiri gadis tersebut. Semakin langkah Datuk Hassan mendekat, semakin dia pasti gadis itu yang ingin ditemuinya. Ardini mengangkat wajahnya apabila menyedari ada orang yang menghampiri tempat dia menunggu. Ardini pasti insan yang dilihatnya ialah Datuk Hassan. Semalam Datuk Hassan telah memaklumkan tentang pertemuan mereka. Ardini memberikan senyuman manis kepada Datuk Hassan yang hampir seusia bapanya. Ardini pasti Datuk Hassan ingin menemuinya untuk membincangkan sesuatu tetapi Ardini tidak dapat menebak perkara tersebut. Namun, Ardini pasti hal tersebut sangat penting kerana jika tidak, tentu Datuk Hassan tidak akan mengganggunya semasa musim peperiksaan di kampus.
10
Tulip Ungu
Assalamualaikum, sapa Datuk Hassan. Waalaikumusalam uncle duduk la, sapa Ardini kembali. Macam mana peperiksaan akhir Dini? Semua okey, kan? Datuk Hassan berbasa-basi sebelum hasrat hatinya disampaikan. Alhamdulillah, setakat ni semua okey, balas Ardini ringkas. Bagus la macam tu, sahut Datuk Hassan. Ada hal apa uncle nak jumpa Dini? Kalau pasal duit... Dini masih ada lagi simpanan yang uncle bagi dulu. Itu pun sudah cukup sampai hujung semester ni, terang Ardini. Wang pemberian Datuk Hassan masih ada lagi dalam simpanannya. Sekurang-kurangnya cukup hingga pengajiannya tamat hujung semester akhir. Ardini berasa dia terlalu banyak menerima belas ihsan daripada Datuk Hassan. Dia nekad selepas tamat pengajian nanti dia akan segera mencari kerja untuk membayar semula wang pemberian Datuk Hassan sepanjang pengajiannya. Uncle datang bukan sebab tu.... Datuk Hassan bersuara mengendur, mula membuka bicara. Sebenarnya ada hal lain uncle ajak Dini jumpa. Ardini hanya menjadi pendengar, menanti kata daripada Datuk Hassan. Uncle nak bercakap tentang perkahwinan Izhar, anak tunggal uncle, terang Datuk Hassan tentang tujuan pertemuan mereka. Ardini tidak dapat menangkap maksud kata-kata Datuk Hassan, dia menunggu Datuk Hassan meneruskan bicara.
11
Aku Untukmu
Uncle nak minta tolong daripada Dini. Datuk Hassan meneruskan kata-katanya. Pertolongan macam mana yang uncle maksudkan? Kalau Dini boleh tolong, insya-Allah Dini akan tolong. Ardini menyatakan kesanggupannya. Mengenangkan jasa Datuk Hassan kepadanya dia sedia untuk menolong Datuk Hassan. Mungkin permintaan uncle ni agak keterlaluan, tapi uncle harap Dini dengar dulu. Uncle tak memaksa tapi besar harapan uncle kalau Dini setuju. Datuk Hassan bersuara perlahan. Ardini yang masih mendengar semakin keliru dengan kata-kata Datuk Hassan. Dia menanti Datuk Hassan meneruskan bicara. Sebenarnya uncle nak minta Dini bernikah dengan Izhar. Datuk Hassan berterus terang dengan maksud kedatangannya. Ardini yang mendengar permintaan Datuk Hassan terpanar seketika, cuba memproses kata-kata yang baru menerjah gegendang telinganya. Jantungnya berdegup kencang mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Datuk Hassan. Masakan Datuk Hassan bergurau dengan hal sepenting itu. Mulutnya terkunci untuk berkata-kata, tidak tahu bagaimana harus memberikan respons kepada Datuk Hassan. Jika tidak difikirkan tentang pengorbanan Datuk Hassan selama ini, pasti cadangan itu akan ditolak mentahmentah. Ardini serba salah memikirkan kata-kata Datuk Hassan. Dia tersepit dengan jasa-jasa Datuk Hassan. Setelah kematian bapanya, Datuk Hassan yang mengambil berat perihal dirinya terutamanya tentang pengajiannya. Sepanjang dia melanjutkan pengajiannya selama empat tahun, semuanya
12
Tulip Ungu
ditanggung oleh Datuk Hassan. Bukan Ardini tidak menolak bantuan Datuk Hassan tetapi lelaki itulah yang berkeras ingin membantunya. Kata Datuk Hassan, jika tidak kerana bapa Ardini, dia mungkin sudah tiada lagi di dunia. Ardini sendiri tidak jelas hubungan Datuk Hassan dengan bapanya. Melihatkan kesunyian bicara Ardini, Datuk Hassan menyambung katanya. Uncle tak paksa, Dini ambiklah masa, fikirkan apa yang uncle beritahu tadi tapi uncle nak Dini tau, cuma Dini aje yang boleh bantu uncle. Ardini hanya mendengar, tidak membalas kata-kata Datuk Hassan. Bila Dini dah ada keputusannya, maklumkan pada uncle. Apa juga keputusan Dini uncle akan terima tapi besar harapan uncle Dini dapat penuhi permintaan uncle ni, luah Datuk Hassan seraya bangun untuk meninggalkan Ardini, memberi ruang kepada Ardini menimbang permintaannya itu. Walaupun sedar permintaannya agak keterlaluan, Datuk Hassan tiada pilihan lain. Ardini merupakan satu-satunya calon yang sesuai untuk merubah Izhar. Dia telah mengenali budi pekerti Ardini sejak bertahun-tahun yang lalu. Ardini menghela nafas berat, besar benar dirasakan permintaan Datuk Hassan itu. Ardini bangun, melangkah lemah meninggalkan pondok di Tasik Varsiti. Kata-kata Datuk Hassan masih berlegar-legar di mindanya, terasa sangat memberati fikirannya, membius segala rasa. Langkahnya diatur perlahan menuju ke Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya. Setibanya di bilik, beg sandangnya diletak di atas meja study. Tudung ditanggalkan dan tubuhnya direbahkan di atas katil. Matanya memandang kosong ke arah siling. Kata-kata Datuk Hassan masih melewati kotak fikirannya.
13
Aku Untukmu
Fikiran Ardini terbawa-bawa kepada imej wajah Izhar, lelaki yang tidak pernah diimpi menjadi suaminya. Dia juga tidak pernah mengenali Izhar, hanya pernah berjumpa sekali semasa kunjungan kali pertamanya ke banglo Datuk Hassan empat tahun dahulu. Wajah Izhar hanya dilihat sekali imbas semasa Izhar pulang dari kerja dan melewati sofa tempat Ardini menunggu Datuk Hassan. Izhar pun tidak menoleh melihatnya. Buntu berfikir, Ardini bingkas bangun untuk menunaikan solat asar. Tuala yang disidai di kerusi meja study diambil. Langkah diatur laju ke bilik air. Sebelum masuk ke bilik mandi Ardini bergerak ke singki untuk mencuci muka. Wajahnya ditilik setelah saki-baki pencuci muka dibersihkan. Matanya dilirik ke bahagian dada yang separuh terdedah, pantas jari-jemarinya meraba-raba garisan sepanjang sepuluh sentimeter. Walaupun lukanya telah lama sembuh namun parutnya masih berbekas. Fikiran Ardini terhenti untuk seketika, lama dia termenung. Lamunannya terhenti apabila terdengar derap kaki dari luar. Dia bergerak masuk ke bilik air dan bersegera mandi untuk melupakan kenangan hitamnya.
ARDINI duduk sendirian di gazebo kolej. Telefon bimbit di tangan digenggam erat, terasa tangannya basah dengan peluh. Fikiran Ardini masih berbelah bahagi. Usai bersolat maghrib tadi Ardini nekad untuk memaklumkan keputusannya kepada Datuk Hassan. Dia tidak mahu berfikir lagi, dia telah membulat tekad. Pantas telefon bimbitnya diangkat dan nombor Datuk Hassan ditekan. Dia menunggu panggilan disambut. Walaupun begitu, Ardini tetap berdebar-debar,
14
Tulip Ungu
bimbang akan lembut hati sekiranya Datuk Hassan merayu. Ardini berdoa dalam hati semoga dia kuat menyampaikan keputusannya kepada Datuk Hassan. Helo, assalamualaikum. menyambut panggilan Ardini. Datuk Hassan
Waalaikumusalam. Ardini menjawab lambatlambat. Mendengarkan suara Datuk Hassan, terasa apa yang ingin disampaikan berterbangan menghilang . Macam mana keputusan Dini? Datuk Hassan bertindak mengaju soalan setelah Ardini masih mendiamkan diri. Uncle Dini mintak maaf. Dini tak dapat tunaikan permintaan uncle terang Ardini ringkas. Suasana menjadi sunyi seketika. Emmm honestly uncle kecewa dengan keputusan Dini, luah Datuk Hassan menyatakan isi hatinya. Maafkan Dini. Ardini rasa bersalah kerana mengecewakan Datuk Hassan. Tak boleh ke Dini pertimbangkan? Ambil masa dua tiga hari fikirkan hasrat uncle, anggaplah Dini membalas jasa uncle. Kata-kata Datuk Hassan separuh mendesak. Mengikat Ardini dengan jasa-jasa yang pernah ditabur. Walaupun bukan niatnya memaksa Ardini namun dia kecewa sekiranya Ardini menolak permintaannya. Mendengar kata-kata Datuk Hassan, Ardini serba salah. Dia dirantai dengan jasa-jasa Datuk Hassan. Kata-kata Datuk Hassan mengikatnya. Lama Ardini mendiamkan diri. Tidak tahu kata putus yang harus diambil kala itu. Insya-Allah Dini akan ambik masa fikirkan tapi
15
Aku Untukmu
Dini perlu jumpa uncle sekeluarga termasuk Izhar. Ada perkara yang Dini nak uncle sekeluarga tahu. Dalam lemah Ardini menyatakan keputusannya. Dia nekad untuk memberitahu kebenaran tentang dirinya kepada keluarga Datuk Hassan. Dia tidak mahu menangguk di air keruh. Sebelum Datuk Hassan menetapkan apa-apa keputusan, dia akan berterus terang. Baiklah, pagi esok uncle hantar Pak Musa datang ambik Dini di kolej. Datuk Hassan bersuara gembira. Terima kasih uncle, assamualaikum. Ucap Ardini sebelum menamatkan perbualan. Waalaikumusalam. Talian dimatikan oleh Datuk Hassan. Ardini melangkah lemah ke bilik. Tiba di bilik dilihatnya Kak Murni sedang membaca majalah, Hilda pula sibuk menelaah untuk kertas peperiksaan akan datang. Ardini hanya dikerling, tiada perbualan tercetus di antara mereka. Masing-masing menumpukan perhatian kepada aktiviti sendiri. Ardini juga tidak berminat menceritakan perkara yang baru terjadi kepadanya. Tidak mahu membebani mereka.
16
Tulip Ungu
Bab 3
ONDA ACCORD milik Datuk Hassan meluncur laju meninggalkan pekarangan Universiti Malaya. Pak Musa telah datang ke kolej untuk membawa Ardini ke kediaman Datuk Hassan. Dalam hati, Ardini memuji sikap kesederhanaan yang dimiliki oleh Datuk Hassan. Walaupun memiliki kekayaan, namun Datuk Hassan tetap dengan cara hidup sederhana. Tidak ramai seperti Datuk Hassan, kaya namun memiliki hati yang baik dan bersederhana. Memang seorang calon mentua yang baik, namun Ardini merasakan dirinya bukanlah calon terbaik untuk menjadi menantu Datuk Hassan. Sepanjang perjalanan, Ardini hanya mendiamkan diri. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Pak Musa yang sedang menumpukan perhatian terhadap pemanduannya. Dalam fikiran, Ardini cuba menyusun ayat-ayat yang sesuai untuk diberitahu kepada Datuk Hassan sekeluarga. Ardini tidak kisah sekiranya dia perlu membuka pekung di dada. Biarlah rahsia yang selama ini dipendam sendirian dibuka kepada keluarga Datuk Hassan. Ardini tidak mahu Datuk
17
Aku Untukmu
Hassan tertipu dengan keadaan dirinya. Biar Datuk Hassan sendiri membuat keputusan apabila dia menyampaikan kebenaran tentang dirinya. Disebabkan jalan raya yang lengang pada awal pagi, kurang satu jam Ardini telah tiba di pekarangan banglo dua tingkat milik Datuk Hassan. Hati Ardini berdebar-debar tatkala melangkah menghampiri pintu masuk banglo. Tambahan pula, Ardini hanya kenal rapat dengan Datuk Hassan. Dia tidak pernah berjumpa dengan Datin Rohana. Kali pertama Ardini berkunjung ke banglo Datuk Hassan dulu, Datin Rohana tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat persatuan. Hati Ardini bertambah berdebar mengenangkan perkara itu. Ditambah pula, dia akan bertentang mata dengan Izhar, orang penting dalam perbincangan mereka. Dengan perasaan yang masih berperang, Ardini melangkah perlahan ke pintu masuk. Kehadiran Ardini disambut mesra oleh pembantu rumah Datuk Hassan, Mak Tom. Mak Tom menghulurkan tangan, salam tanda perkenalan. Ardini menyambut seraya mencium tangan Mak Tom. Walaupun Mak Tom hanya merupakan orang gaji kepada keluarga Datuk Hassan, Ardini tetap menghormati Mak Tom yang lebih tua. Itu merupakan didikan ayah dan ibunya sejak dia kecil lagi. Sila masuk Cik Ardini, pelawa Mak Tom mesra. Dia sedia maklum dengan kehadiran Ardini. Ardini hanya mengangguk tanpa suara, dia mengukir senyuman manis kepada Mak Tom. Ruang tamu dilihat kosong, masih tiada kelibat penghuni banglo. Sila duduk Cik Ardini, sekejap lagi family Datuk turun, terang Mak Tom yang menyedari riak muka Ardini. Terima kasih. Ardini menjawab ringkas.
18
Tulip Ungu
Selang sepuluh minit, kelihatan Datuk Hassan menuruni anak tangga bersama-sama Datin Rohana. Dini, dah lama sampai? sapa Datuk Hassan. Baru lagi, jawab Ardini ringkas seraya bangun menghulurkan tangan menyalami tangan Datin Rohana. Tangan Datin Rohana dikucup lembut. Datin Rohana mengambil tempat di sisi suaminya. Sejurus itu, Mak Tom datang dengan menatang dulang berisi air dan cempedak goreng. Air dihidangkan di atas meja kaca di tengah-tengah barisan sofa. Mak Tom, tolong panggilkan Izhar. Tetamu dah sampai, arah Datuk Hassan usai Mak Tom meletak minuman. Baik Datuk. Mak Tom mengangguk dan segera naik ke tingkat atas untuk mendapatkan Izhar. Tidak lama kemudian Mak Tom turun diikuti oleh Izhar selang beberapa tapak di belakang. Wajah Izhar keruh. Dia mengambil tempat di bahagian tepi sofa Datuk Hassan dan Datin Rohana. Berhadapan dengan Ardini, namun wajahnya ditunduk ke lantai. Tidak mahu bertentang mata dengan Datuk Hassan, Datin Rohana mahupun Ardini. Mak Tom meneruskan tugasnya menuang air yang tertangguh oleh arahan Datuk Hassan tadi. So, Dini dah pertimbangkan permintaan uncle? Datuk Hassan memulakan bicara sambil matanya memerhatikan Mak Tom menuang air teh ke dalam cawan. Usai menuang teh, Mak Tom kembali ke dapur semula. Dia tidak mahu mencampuri urusan keluarga Datuk Hassan, lebih-lebih lagi urusan yang bersifat peribadi.
19
Aku Untukmu
Datin Rohana hanya menjadi pendengar, menunggu suaminya membuka perbualan. Dia pun baru berjumpa Ardini untuk kali pertama, namun nalurinya kuat mengatakan Ardini adalah calon yang terbaik untuk Izhar. Datin Rohana mengalih pandangan kepada Izhar yang hanya membatukan diri memandang lantai, tidak bersuara walaupun sepatah perkataan. Ardini yang sedari tadi berdiam diri, membuka bicara bagi menjawab pertanyaan Datuk Hassan. Sebenarnya ada hal penting Dini datang berjumpa uncle sekeluarga, luah Ardini. Dia nekad memberitahu keluarga Datuk Hassan. Dini tak dapat nak penuhi permintaan uncle, bukan Dini tak sudi tapi ada perkara tentang Dini yang uncle tak tahu... dan Dini rasa penting untuk uncle sekeluarga tahu sebelum mengambil sebarang keputusan tentang perkahwinan ni. Dini tak nak uncle buat keputusan tergesagesa. Kahwin adalah perkara yang serius, luah Ardini. Datuk Hassan dan Datin Rohana hanya mendengar, tidak menyampuk, bimbang mengganggu bicara Ardini sementara Izhar masih membatukan diri. Sebenarnya Dini bukanlah seperti yang uncle dan keluarga sangkakan. Dini tak dapat terima perkahwinan ni sebab Dini dah tak suci. Dini pernah jadi mangsa kekejaman lelaki. Perkara yang berlaku lama dulu, yang dipaksa ke atas Dini. Ardini bersuara sebak. Wajahnya tunduk ke lantai, terasa ada air mata bergenang. Walaupun pahit, kebenaran itu harus diberitahu kepada Datuk Hassan. Dia tidak mahu menipu keluarga Datuk Hassan biarpun terpaksa membuka aib sendiri. Izhar dan Datin Rohana terperanjat bukan kepalang
20
Tulip Ungu
dengan pengakuan Ardini, sedangkan Datuk Hassan masih beriak tenang. Izhar yang sedari tadi menunduk, membuntangkan mata, tidak mempercayai kata-kata yang diluah oleh Ardini. Dalam tangis yang ditahan Ardini menyambung bicara. Dini bukan calon sesuai untuk Izhar. Dini tahu harapan uncle supaya Dini terima permintaan uncle tapi Dini tak berdaya. Dini tak mahu menangguk di air yang keruh dan mengambil kesempatan di atas kebaikan uncle. Kalau macam tu, kita percepatkan majlis kahwin, tak payah bertunang, terus nikah. Datuk Hassan memberikan kata putus. Anggaplah Dini membalas jasa-jasa uncle dengan perkahwinan ni, sambung Datuk Hassan lagi. Semua yang mendengar bicara Datuk Hassan terlopong, tidak percaya dengan kata-kata Datuk Hassan. Yang lebih terperanjat adalah Izhar dan Ardini. Mendengar kata-kata Datuk Hassan, Izhar bingkas bangun, terasa sebal hatinya. Tiada guna dia berlawan kata dengan Datuk Hassan. Kakinya melangkah meninggalkan Datuk Hassan dan seisi rumah. Berlama di situ akan membuatkan dia hilang pertimbangan. Datuk Hassan dan Datin Rohana hanya membiarkan. Mereka sudah faham dengan perangai Izhar. Biar bagaimana degilnya Izhar, dia pasti akan menurut kehendak mereka. Ardini tidak menyangka Datuk Hassan akan mengeluarkan kata-kata tadi. Dia hanya menunduk. Tidak tahu apa yang harus dilakukan kepada keluarga Datuk Hassan sementara Datin Rohana tidak membantah, hanya menurut kata-kata suaminya.
21
Aku Untukmu
Uncle percaya arwah Nasir telah mendidik Dini dengan sempurna. Uncle kagum dengan kejujuran Dini. Walaupun sedar Dini terpaksa membuka aib sendiri, Dini tetap lakukan. Dan kerana itu uncle percaya Dini jujur. Walhal Dini punya pilihan untuk rahsiakan perkara itu daripada pengetahuan kami. Kalau Dini nak ambik kesempatan pun, kami sekeluarga takkan tahu tapi Dini jujur dengan kami. Sikap Dini tu dah cukup bagi uncle menilai peribadi Dini. Dalam ikatan perkahwinan, selain keikhlasan, kejujuran adalah yang paling penting. Uncle percaya hanya Dini calon yang paling sesuai untuk Izhar. Datuk Hassan menerangkan panjang lebar. Datin Rohana yang hanya mendengar menganggukangguk kepala, menyetujui setiap bait kata suaminya. Datuk Hassan memang bijak dalam membuat keputusan. Datin Rohana amat meyakini setiap keputusan yang diambil oleh suaminya. Ardini serba salah mendengarkan kata-kata Datuk Hassan. Dia berasa tersepit, tambahan pula melihatkan tindak-tanduk Izhar yang seolah-olah menentang rancangan Datuk Hassan itu. Macam mana dengan Izhar, dapat ke dia terima Dini? soal Ardini. Dia ragu-ragu dengan penerimaan Izhar terhadap dirinya. Izhar anak uncle, uncle tahu apa yang dia perlukan. Sebagai bapa, uncle nak yang terbaik untuk Izhar dan Dini adalah pilihan yang paling baik. Uncle percaya Dini akan dapat membentuk Izhar. Kelembutan Dini pasti akan mengubah Izhar. Suatu hari nanti Izhar akan berterima kasih kepada uncle. Datuk Hassan meyakinkan Ardini. Besar harapannya Izhar akan berubah setelah mendirikan rumah tangga.
22
Tulip Ungu
Ardini hanya menunduk, dia sudah tidak boleh menolak permintaan Datuk Hassan. Datuk Hassan telah menguncinya dengan kata-kata tadi. Sekiranya pengorbanannya sebagai galang ganti jasa-jasa Datuk Hassan, dia sanggup menerima permintaan tersebut. Datin Rohana memandang Ardini dengan pandangan berkaca-kaca, penuh harapan agar Ardini tidak menolak hajat suaminya. Kata-kata suaminya memang benar, hanya Ardini calon terbaik untuk Izhar. Dia tidak kisah dengan cerita silam Ardini malah jatuh simpati kerana perkara yang berlaku. Bagaimana dengan Datin, apa pendapat Datin? Perkahwinan ni perlukan restu seorang ibu. Ardini ingin mendapatkan kepastian daripada Datin Rohana. Sekiranya Datin Rohana juga tiada halangan maka dia akan turut bersetuju. Tiada alasan untuk Ardini membantah sekiranya Datin Rohana turut mengharapkan persetujuannya. Auntie percaya Dini akan bawa perubahan dalam hidup Izhar. Auntie restui perkahwinan ini sepenuh hati dan auntie harap Dini tak menolak permintaan kami ni, luah Datin Rohana. Kalau macam tu kata uncle dan auntie, Dini tak mampu menolak lagi. Dini akan terima permintaan uncle dan Dini akan cuba lakukan yang terbaik untuk menunaikan hajat keluarga uncle membantu Izhar. Ardini bersuara lemah, menyatakan persetujuan walaupun dia sendiri tidak pasti perubahan apa yang dimaksudkan oleh Datuk Hassan dan Datin Rohana. Terima kasih Dini. Serentak Datuk Hassan dan Datin Rohana mengucapkan penghargaan ke atas kesanggupan Ardini berkorban.
23
Aku Untukmu
Tapi Dini kena maklumkan pada Mak Cik Nora dan Pak Cik Darus dulu. Ardini menyatakan keinginannya untuk memaklumkan perkara tersebut kepada ibu dan bapa tirinya walaupun hubungan mereka dingin. Tiga tahun selepas kematian ibu Ardini, bapanya telah mengahwini Mak Cik Nora. Namun apabila bapa Ardini meninggal dunia, Mak Cik Nora telah berkahwin dengan Pak Cik Darus. Rumah peninggalan arwah bapa Ardini dijadikan tempat tinggal mereka, sebab itu Ardini jarang pulang ke kampung. Dia berasa janggal berada bersama mereka. Pasal tu Dini jangan bimbang, uncle akan uruskan. Lagipun uncle kenal Mak Cik Nora semasa bapa Dini masih ada. Datuk Hassan menyatakan kesanggupan memberitahu keluarga tiri Ardini. Datuk Hassan sendiri maklum dengan kekeruhan hubungan Ardini dengan ibu tirinya. Malah dia sendiri masih ingat bagaimana ayah Ardini, Mohd Nasir boleh mengambil Nora sebagai isteri setelah kematian ibu Ardini. Jika diikutkan hati, Mohd Nasir memang tidak mahu beristeri lain kerana di hatinya hanya ada ibu Ardini. Namun arwah isterinya telah berpesan supaya dia berkahwin lain setelah ketiadaannya kerana dia mahu Ardini mendapat kasih sayang seorang ibu. Perkahwinan yang diatur bersama Nora oleh seorang kenalan rapat Mohd Nasir diterima dengan separuh hati. Sungguh dia tidak mampu mencintai wanita lain selain arwah isterinya namun apabila memikirkan amanat isterinya, Mohd Nasir hanya menurut. Harapannya, Nora dapat memberi kasih sayang seorang ibu kepada Ardini tapi semuanya hampa. Nora tidak mampu menjadi ibu yang baik kepada Ardini. Sebagai teman rapat kepada arwah Mohd Nasir, Datuk Hassan amat memahami gelodak jiwa Mohd Nasir.
24
Tulip Ungu
Segala preparation untuk majlis kahwin nanti, uncle akan uruskan. Dini hanya perlu fokus pada exam aje, jangan banyak-banyak fikir. Habis exam, uncle akan mulakan persiapan. Datuk Hassan menyambung, menjelaskan perancangan tentang majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan. Mendengarkan kata-kata terakhir Datuk Hassan, Ardini bangun menyalami Datin Rohana. Datuk Hassan memanggil Pak Musa dan mengarahkan lelaki itu menghantar semula Ardini ke kolej. Ardini melangkah membuntuti Pak Musa dengan perasaan yang masih berbaur.
IZHAR memecut laju keretanya meninggalkan banglo Datuk Hassan. Perasaannya sebal berbaur marah dengan keputusan Datuk Hassan. Handphone dikeluarkan, jarinya pantas menekan pad kekunci. Dia harus menghubungi seseorang. Helo sayang. Kedengaran suara manja di hujung talian. Dell, you free tak? I nak jumpa you kejap. Izhar bersuara lemah. I ada show ni. Kenapa dengan you sayang? Kalau you nak ajak I keluar hari ni, memang tak boleh. I ada show sampai malam ni. You tahu kan kerja I sibuk. Cepat-cepat Delia menerangkan. Dia yang sedang sibuk dengan persembahan fesyen tidak mahu Izhar mengganggunya ketika itu. Tapi I ada hal penting nak bincang dengan you,
25
Aku Untukmu
tentang masa depan kita. Izhar cuba untuk menceritakan perancangan Datuk Hassan. Kalau you nak cakap pasal hari tu, keputusan I masih sama. You tahu, kan I masih belum bersedia. I nak develope career dulu sebelum fikir pasal kahwin. I really have to go now, dia orang dah panggil nama I. Ill talk to you later, okay. Love you, bye.... Delia mematikan talian sebelum Izhar sempat menceritakan hal sebenar. Izhar menghempas handphone ke tempat duduk penumpang. Kecewa dengan Delia. Dia berharap Delia memberikan perhatian kepadanya tapi Delia mementingkan kerjaya melebihi dirinya. Tiba-tiba Izhar teringatkan sesuatu, pantas tangannya meraih semula telefon bimbitnya. Nombor Rayyan didailnya. Hi, whats up? Rayyan bersuara di hujung talian. I need to see you tonight. Izhar menjawab ringkas. Where? What time? soal Rayyan. CRS, Mid Valley at eight oclock, balas Izhar. Sure. So, see you tonight. Rayyan menyatakan persetujuan. Okay, see you tonight. Izhar mematikan talian. Keretanya dipandu laju menuju banglonya yang terletak di kawasan perumahan mewah Alam Damai.
DINI ke mana tadi? soal Kak Murni. Biasanya pada hujung minggu begitu mereka akan menghabiskan masa bersama. Awal-awal pagi lagi Ardini telah
26
Tulip Ungu
keluar. Mereka yang kebiasaannya tidur semula selepas solat subuh pada hari minggu tidak dimaklumkan oleh Ardini. Selain Kak Murni, Hilda juga merupakan teman sebilik Ardini. Dini ke rumah Datuk Hassan, ada hal sikit. Ardini memberitahu ringkas. Tidak mahu menjelaskan isi perbincangan di rumah Datuk Hassan tadi. Hilda yang baru usai bersolat zohor memandang pelik ke arah Ardini. Sebelum ini hanya Datuk Hassan sahaja yang sering mengunjungi Ardini di kolej. Sepanjang dia mengenali Ardini, belum pernah lagi Ardini pergi ke rumah Datuk Hassan. Walaupun berasa pelik, Hilda berat mulut untuk bertanya. Biar Ardini sendiri yang menceritakan. Datuk Hassan yang selalu datang jumpa Dini tu ke? Yang support pengajian Dini tu? soal Kak Murni untuk mendapatkan kepastian. Siapa lagi kalau bukan sugar daddy tu, seloroh Hilda, dia tersenyum mengusik. Hesy Ida ni, bukan sugar daddy Dini la. Datuk ada hal jumpa Dini, terang Ardini. Hal apa? Mesti penting, kalau tak takkan bincang kat rumah Datuk, tukas Kak Murni. Mulai curiga dengan bicara Ardini. Tah la kak, pening kepala Dini fikir hal ni. Ardini meluahkan rasa. Cerita la pada kami, mana la tau kami boleh tolong. Hilda bersuara. Yelah, kita dah lama kenal, ada masalah Dini ceritalah... akak dan Ida sentiasa ada untuk bantu Dini. Kak Murni menyetujui kata-kata Hilda.
27
Aku Untukmu
Datuk Hassan mintak Dini kahwin.... Ardini bersuara lemah. Dengan dia?! soal Hilda terperanjat. Bukan dengan Datuk, dengan anak dia... terang Ardini ringkas. Betul ke? Hilda dan Kak Murni bersuara serentak. Itu yang Dini pening sekarang, luah Ardini lagi. Dini terima? soal Kak Murni. Datuk banyak berjasa pada Dini. Dini serba salah nak tolak, terang Ardini lagi. Kalau dah selalu sangat makan budi, akhirnya tergadai body seloroh Hilda sambil tersengih. Ida ni ke situ pulak. Dini tengah pening ni, nak main-main lagi. Ardini bersuara serius. Ala terima aje la, anak Datuk. Kalau Ida tu memang langkah kanan, balas Hilda sambil menyisir rambutnya yang separas pinggang itu. Betul tu Dini. Kalau Datuk dah berkenan buat menantu, terima aje la. Cerah masa depan, balas Kak Murni. Kalaulah semudah tu nak buat keputusan tak la Dini pening kepala, sambung Ardini. Apa pun keputusan Dini kami berdua sokong, kan Ida? Kak Murni bersuara mengendur sambil matanya dikerling kepada Hilda. Betul kak, Ida pun tumpang gembira. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu? Tambah Hilda sambil tersenyum. Terima kasih akak, Ida sebab sentiasa ada untuk Dini. Ardini bersuara sebak.
28
Tulip Ungu
Mereka berpelukan. Kak Murni dan Hilda telah lama mengenali Ardini. Sejak kali pertama menjejakkan kaki di Universiti mereka telah menjadi teman rapat kerana diletakkan di dalam satu bilik yang sama. Ardini juga sering menghabiskan musim raya bersama keluarga mereka. Kak Murni dan Hilda juga tahu tentang hubungan dingin Ardini dan keluarga tirinya. Disebabkan itu, Kak Murni dan Hilda sering melayan Ardini seperti saudara sendiri.
IZHAR mempercepatkan langkah setelah digamit oleh Rayyan dari dalam restoran. Dia menarik kerusi di hadapan Rayyan lalu duduk. So apa hal nak jumpa I? Rayyan bertanya tidak sabar. Order dulu, lepas makan baru cerita. Izhar memanggil seorang pelayan dan menyatakan pesanannya. Hmmm... ni mesti penting, kan? soal Rayyan. Mengisi kekosongan ruang di antara mereka. Yes. Izhar menjawab sepatah, belum mahu membuka cerita. Selang beberapa minit, seorang pelayan remaja menghampiri mereka dan menghantar pesanan. Selesai makan, Izhar memulakan bicara. I have a big problem, luah Izhar. Problem? What kind of problem? I tengok berselera aje you makan, tak macam orang ada masalah pun, seloroh Rayyan.
29
Aku Untukmu
Papa I dia paksa I kahwin, terang Izhar ringkas. What, kahwin?! Dengan siapa? Delia ke? Rayyan menyoal tidak sabar. Kalau dengan Delia tak la big trouble. Ni... pilihan papa, I pun tak kenal, luah Izhar. Zaman sekarang pun ada lagi yang kena kahwin paksa, seloroh Rayyan antara dengar dan tidak. Apa you cakap? I tak dengar la. Izhar bersuara sinis, tidak suka Rayyan melihat kata-katanya sebagai bahan lawak. Takde... I cakap bagus la dapat kahwin. Dah siap calon lagi, full package. Rayyan berseloroh, bibirnya meleret senyum mengusik. Yang big problemnya, perempuan tu bekas orang, terang Izhar mengenai status calon isterinya. Bekas orang?! You biar betul, janda orang ke? Rayyan bersuara ingin tahu. Bukan janda orang, dia kata pernah jadi mangsa rogol. Aku pun tak tahu nak percaya ke tak. Perempuan sekarang bukan boleh percaya, cakap aje kena paksa, entahentah paksa rela. Izhar menyuarakan rasa tidak puas hati. You terima ke? soal Rayyan lagi. No choice, you know my father, kan? Kata-kata dia macam arahan, wajib kena ikut. Kalau aku ingkar, Ill loose my privilege as his son. Izhar bersuara lemah. Camne dengan Delia, dah bagitau dia? Rayyan teringatkan steady girlfriend Izhar. Nak bagitau macam mana? I call memanjang dia sibuk, buat sakit hati aje. Izhar meluahkan rasa kecewa.
30
Tulip Ungu
Bukan you tak tahu, komitmen dia pada kerja melebihi segala-galanya, jenis macam Dell takkan nak terikat, terang Rayyan. Tah la, I pun dah give up. Izhar putus asa. Buntu mencari penyelesaian kepada masalahnya. Mungkin salah you jugak, suka sangat pergi clubbing, itu aje la cara papa you nak ikat you. Rayyan berseloroh. I jumpa you sebab nak release tension bukan nak tambah lagi. Izhar meninggikan nada suara. Tidak suka Rayyan berseloroh tak kena tempat. Okey, I gurau aje. Well you terima aje la, mungkin dah qadak dan qadar you. Dah tertulis di lohmahfuz jodoh you dengan dia. Rayyan bersuara mengendur, cuba menenangkan hati Izhar. Banyak la you punya lohmahfuz! Tak kena batang hidung you, boleh la cakap. Izhar hilang sabar dengan katakata Rayyan. Whatever your decision is, Ill support you. Luah Rayyan serius, dia tidak berniat menyakiti hati Izhar. Dia hanya mahu menasihati. Sekiranya sudah tersurat Izhar akan berkahwin dengan calon pilihan Datuk Hassan, tiada apa yang boleh menghalang suratan takdir. Rayyan sangat meyakini perkara itu. Buat masa ni I berserah aje la. Tak ada apa yang boleh I buat pun. Melawan pun tak guna, papa kalau dah buat keputusan bukan ada orang yang berani bangkang. Izhar bersuara mengendur. Pasrah dengan kata-kata papanya. Memang Datuk Hassan seorang yang tegas semasa membuat keputusan. Di pejabat pun, Datuk Hassan disegani. Ketegasannya membuatkan semua pekerja amat
31
Aku Untukmu
menghormati Datuk Hassan. Setiap tutur kata dan arahan daripada Datuk Hassan akan dipatuhi. Kredibiliti Datuk Hassan memang tidak boleh dipertikaikan. Izhar dan Rayyan sendiri mengakuinya. Lima tahun bekerja bersama Datuk Hassan menyebabkan mereka amat mengenali cara kerja Datuk Hassan. Keputusan yang diambil memang muktamad dan arahan yang diberi memang tidak boleh dibangkang sama sekali.
32
Tulip Ungu
Bab 4
ATUK HASSAN tiba di Kampung Gelang Patah pada pukul sebelas pagi. Perjalanan yang memakan masa selama tiga jam secara berterusan itu terasa sangat memenatkan. Pak Musa ada menawarkan khidmat untuk memandu kereta ke kampung itu namun ditolak oleh Datuk Hassan atas alasan ianya urusan peribadi. Demi menyampaikan hajatnya, Datuk Hassan kuatkan semangat untuk menapak ke kampung yang telah lama tidak dijejak. Kali terakhir dia ke kampung itu pada hari dia menerima berita kematian Mohd Nasir, ayah Ardini. Disebabkan hubungan rapat merekalah yang membawa kepada rentetan keberadaannya di situ pada hari ini. Bezanya dulu dia datang bersendirian tetapi kini dia datang bertemankan Datin Rohana dan Izhar. Pemikiran Datuk Hassan mengimbas kembali kejadian beberapa tahun dulu semasa teman karibnya dijemput Ilahi. Datuk Hassan dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku oleh Pak Sabri yang merupakan ketua kampung Gelang Patah yang kebetulan tinggal bersebelahan dengan rumah Mohd Nasir. Pak Sabri memang mengenali Datuk
33
Aku Untukmu
Hassan kerana Datuk Hassan sering berkunjung ke situ semasa Mohd Nasir masih ada. Kadangkala mereka menghabiskan masa minum petang bersama-sama. Mengenangkan keakraban Datuk Hassan dengan arwah Mohd Nasir, Pak Sabri tidak lupa untuk memaklumkan berita kematian itu kepada Datuk Hassan. Datuk Hassan yang ketika itu sedang menunggu penerbangan untuk ke Dubai atas tujuan perniagaannya cepat-cepat meninggalkan lapangan terbang. Berita yang diterima lebih penting berbanding urusannya. Dalam kelamkabut membuat keputusan itu, dia terlupa memaklumkan perkara itu kepada Datin Rohana. Dia sanggup menyewa teksi dengan kadar yang tinggi demi berjumpa sahabatnya buat kali terakhir. Hatinya pilu kala itu, tidak pernah dia menjangka Mohd Nasir akan terlebih dahulu meninggalkan mereka. Betul kata orang, ajal dan maut di tangan Tuhan, Mohd Nasir yang dilihatnya sihat, tiba-tiba meninggal dunia kerana serangan jantung. Datuk Hassan juga masih ingat wajah suram Ardini yang tidak dapat menerima berita kematian ayahnya secara tiba-tiba itu. Segalanya masih jelas dalam mindanya. Ayah ayah bangun la, kenapa ayah tidur sini? Kenapa semua orang tengok ayah? Ayah suruhlah dia orang balik. Ardini bersuara dalam tangisan yang tersedan-sedan. Dia cuba menggoncang tubuh kaku ayahnya walaupun dihalang oleh beberapa orang wanita tua. Ayahnya tetap kaku. Ayah cakaplah dengan Dini, ayah kata nak tengok Dini masuk universiti. Dini dah siapkan pun semua dokumen yang dia orang nak dengan Milla tadi. Kan pagi tadi Dini dah bagitau ayah nak jumpa Milla, buat persiapan samasama dengan Milla. Kenapa ayah tidur tak bangun-bangun
34
Tulip Ungu
lagi, ayah bangunlah tengok semua borang yang Dini dah siap isi ni. Ardini mengeluarkan beberapa borang daripada sampul coklat bersaiz A4 di tangannya lalu ditayang ke muka ayahnya, tubuh tua itu masih kaku. Beberapa orang wanita yang memandang hanya mampu menggeleng kepala dengan linangan air mata. Pilu melihat keadaan Ardini yang seperti orang sasau itu. Kenapa ayah sanggup tinggalkan Dini? Dini cuma ada ayah dalam dunia ni. Kalau ayah pergi, siapa nak jaga Dini? Ayah bangunlah jangan tinggalkan Dini. Ardini merintih dalam sendu tangisnya. Hatinya sebak. Terasa kesedihannya terlalu perit dan tidak tertanggung. Ayah yang selama ini menjaga dan mengasihinya telah pergi buat selama-lamanya. Air mata dihambur semahu-mahunya. Melihat ayahnya yang masih lagi kaku, Ardini menangis tanpa henti sehingga dia kepenatan. Akhirnya tubuh lemah Ardini terkulai. Segalanya menjadi hitam, Ardini sudah tidak sedarkan diri. Beberapa orang wanita meluru menyambut tubuh Ardini dan memapahnya ke dalam bilik. Nora hanya membiarkan Ardini berkeadaan begitu, dia hanya membatukan diri. Membiarkan orang lain yang menguruskan Ardini. Sejak awal berkahwin dengan arwah Mohd Nasir pun dia sudah meletakkan jarak dengan anak tirinya itu. Kebencian yang pada awalnya hanya sebesar biji sawi merebak bagaikan barah. Disebabkan rasa benci itulah dia bertindak mengabaikan Ardini. Tidak mahu mengambil berat perihal anak tirinya. Hanya membiarkan Ardini menguruskan kehidupannya sendiri. Orang kampung sendiri sedia maklum dengan kekeruhan hubungan mereka berdua. Walaupun tidak bersetuju dengan cara Nora melayan Ardini, mereka hanya mendiamkan diri, tidak mahu masuk campur
35
Aku Untukmu
dan dikatakan menjaga tepi kain orang lain. Rasa tidak puas hati hanya terluah sesama mereka. Semenjak peristiwa itu, Datuk Hassan nekad untuk membiayai pengajian Ardini. Biarlah budi Mohd Nasir kepadanya dibalas dengan cara itu. Tugas yang tidak mampu diteruskan oleh Mohd Nasir akan disambungnya. Lamunan Datuk Hassan terhenti apabila terdengar suara Nora, ibu tiri Ardini. Eh Datuk, ada hal apa datang ke sini? Belum pun sempat Datuk Hassan memberi salam Nora telah pun menyoal. Kepalanya tersembul dari tingkap kayu rumah, suaranya dilembutkan. Dia hairan melihat Datuk Hassan bersama wajah-wajah yang tidak dikenalinya datang menjenguknya setelah sekian lama. Namun hatinya lekas menebak, tentu ia berkaitan dengan Ardini kerana dia sedia maklum, selama pengajian Ardini di universiti, Datuk Hassan yang telah membiayai kos pembelajaran anak tirinya itu. Datuk Hassan pernah memaklumkan kepadanya tentang perkara tersebut semasa Datuk Hassan ingin bertolak pulang ke Kuala Lumpur semasa hari kematian Mohd Nasir. Ada hal sikit nak bincang, terang Datuk Hassan ringkas. Kalau macam tu, naiklah dulu. Kita bincang kat atas. Nora bersuara lembut, sangkanya tentu Datuk Hassan berhajat besar. Datuk Hassan naik, diikuti dengan Datin Rohana dan Izhar. Datuk duduklah dulu, pelawa Nora, matanya dilirik kepada wajah-wajah yang tidak dikenali. Perkenalkan ini isteri saya Rohana dan ini anak
36
Tulip Ungu
saya Izhar, terang Datuk Hassan ringkas sambil tangannya diarah pada Datin Rohana dan Izhar. Datin Rohana bangun seraya menyalami tangan Nora. Nora hanya mempamerkan senyuman gembira. Namun dalam hatinya tidak dapat mengagak tujuan kedatangan keluarga Datuk Hassan. Datuk dengan Datin duduklah dulu, saya buatkan air kejap. Nora berlalu ke dapur. Izhar sedari tadi hanya membatukan diri, tidak berminat untuk masuk campur. Andai Datuk Hassan tidak memaksanya untuk turut serta tentu dia tidak berada di situ. Arahan papanya tidak mampu dibantah. Sekiranya membantah tentu segala keistimewaannya ditarik balik. Dia hanya mampu menurut dalam terpaksa. Sepuluh minit kemudian, Nora datang dengan membawa dulang berisi air teh O panas bersama biskut kering yang dihidang di atas piring. Maaflah cuma ada biskut aje... lagipun Datuk datang mengejut, tak bagitau dulu. Kalau bagitau, boleh la sediakan kuih atau masak lebih sikit. Nora tersenyum, masih meneruskan lakonan. Takpelah, tak payahlah susah-susah, sahut Datin Rohana lembut. Ada hajat apa Datuk ke mari? Nora bersuara ingin tahu. Dia menuang air ke dalam cawan dan mempelawa para tetamunya minum. Kami nak maklumkan pasal Ardini, terang Datuk Hassan ringkas. Datin Rohana hanya menanti suaminya membuka bicara.
37
Aku Untukmu
Sementara Izhar hanya mendiamkan diri. Kenapa dengan Ardini? Dia pun dah lama tak balik ke sini, sejak masuk U dulu, balas Nora, dia memancing Datuk Hassan membuka cerita. Belum sempat Datuk Hassan memulakan bicara, Darus lelaki yang dikahwini oleh Nora setahun selepas kematian Mohd Nasir baru sahaja pulang ke rumah. Sebaik sahaja naik ke rumah dia hairan dengan kehadiran tetamu yang tidak dikenali. Persoalan tentang kereta mewah yang dilihatnya tersadai di halaman rumah terjawab kini. Datuk Hassan yang menyedari kepulangan lelaki itu bangun lalu menyalami tangan Darus. Izhar masih membatukan diri. Darus menyambut huluran tangan Datuk Hassan ala kadar, dia hanya beriak dingin. Tidak berminat hendak beramah mesra dengan tetamu asing itu. Dia terus berlalu meninggalkan ruang tamu, membiarkan Nora melayani tetamu sendirian. Kami cuma nak bagitau yang Ardini akan bernikah, terang Datuk Hassan. Nikah?! Dengan siapa? Kenapa dia tak bagitau pun? Cepat-cepat Nora bertanya. Terkejut dengan berita yang baru diterima. Saya nak jodohkan dia dengan anak saya, Izhar. Ardini pun dah setuju. Kami datang ni pun cuma nak maklumkan tentang perkara ni. Datuk Hassan menyambung. Mana boleh dia tak tanya persetujuan saya dulu. Dia muda lagi nak buat keputusan sepenting ni! Nora meninggikan suara.
38
Tulip Ungu
Ardini sudah dua puluh empat tahun, dia dah cukup matang untuk tentukan masa depan sendiri dan buat keputusan. Saya harap Puan Nora tak membantah keputusan ni. Suara Datin Rohana lembut, tidak mahu keadaan menjadi tegang. Mereka datang dengan niat yang baik. Kalau macam tu kata Datin, saya akan bersetuju tapi dengan satu syarat. Matanya dilirik ke arah Datin Rohana. Nora mengatur rancangan jahat untuk kepentingan sendiri. Apa syaratnya? Kalau kami boleh tunaikan, insyaAllah... luah Datuk Hassan. Tidak mahu hal itu dipanjangpanjangkan. Datuk pun tahu yang selama ibu Dini meninggal, saya la yang bertanggungjawab menjaga Dini. Segala keperluan Dini, saya yang uruskan. Disebabkan Datuk nak Dini jadi menantu Datuk, saya harap Datuk boleh la membayar balik semua penat lelah saya ni dalam bentuk wang ringgit. Nora bersuara lembut, bibirnya mengukir senyum sinis. Datuk Hassan dan Datin Rohana menunjukkan riak terperanjat. Mereka tidak menyangka Nora akan meminta wang sebagai ganti untuk Ardini menjadi menantu mereka. Izhar hanya membatukan diri. Fikirannya melayang entah ke mana. Setiap butir bicara dalam perbincangan itu didengarnya bagai angin lalu, langsung tidak masuk ke dalam kotak mindanya. Minda dan perasaannya bagaikan dibius daripada segala rasa. Kalau macam tu, kami ikut aje. Berapa yang Puan Nora nak? soal Datuk Hassan. Dia ingin bersegera menyelesaikan urusan di antara mereka. Malas lama-lama melayani perempuan berhati keji seperti Nora.
39
Aku Untukmu
Biasanya orang sekarang terima hantaran RM20,000. Jadi saya nak duit RM20,000 untuk hantaran Ardini tu diserahkan kepada saya, sebagai membalas jasa saya membela dia sejak ibu dia meninggal. Saya rasa permintaan saya tak keterlaluan jika dibandingkan dengan jasa-jasa saya selama ini. Nora menyatakan kemahuannya sambil tersenyum sinis. Kalau itu yang Puan Nora nak, saya akan bagi dan saya nak Puan Nora tahu semua persediaan majlis akan saya uruskan. Puan Nora tak perlu campur tangan dan Puan Nora anggaplah segala hutang Ardini pada Puan Nora selesai dengan wang RM20,000 tu. Kalau Puan Nora masih mengganggu hidup Ardini selepas ni, saya takkan teragakagak untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Puan Nora. Datuk Hassan menyatakan pendiriannya. Datuk jangan risau, lepas ni saya akan anggap semuanya selesai. Saya takkan ganggu hidup Ardini, saya pun nak dia gembira aje. Nora bersuara. Dia tersenyum gembira dengan kenyataan Datuk Hassan. Datuk Hassan segera turun, Datin Rohana dan Izhar ditinggalkan sebentar. Laju langkah Datuk Hassan meluru ke kereta, pintu keretanya dibuka, dia membuka dashboard lalu buku cek dikeluarkan. Dengan beralaskan kusyen di tempat duduk penumpang, dia menulis sejumlah wang yang dikehendaki oleh Nora. Pantas tangannya mengoyak sekeping cek lalu dibawa ke atas rumah. Setibanya di atas, dia menghulurkan cek tersebut kepada Nora. Nora melirik senyum gembira. Matanya tertancap pada sekeping cek. Hatinya berbunga riang menerima sejumlah wang daripada Datuk Hassan. Datuk Hassan memberi isyarat kepada Datin
40
Tulip Ungu
Rohana dan Izhar untuk bersegera meninggalkan rumah itu. Urusannya dengan Nora telah pun selesai, tidak perlu lagi dia berlama-lama di situ. Saya rasa urusan kita dah selesai, kami nak mintak diri dulu. Kata Datuk Hassan ringkas. Baiklah, terima kasih di atas pemberian Datuk ni. Mata Nora masih melekat pada cek pemberian Datuk Hassan. Pemergian Datuk Hassan hanya dihantar dengan ekor mata.
41
Aku Untukmu
Bab 5
RDINI baru selesai menduduki kertas peperiksaan terakhir. Dia yakin semua soalan dapat dijawab dengan baik. Sebelum pulang ke kolej, Ardini singgah di kafeteria fakulti pendidikan untuk makan tengah hari. Dalam perjalanan ke kafeteria, Ardini terserempak dengan Kak Murni dan juga Hilda yang kebetulan ingin menuju ke kafeteria. Mereka berjalan beriringan. Tiba di kafeteria, mereka mengambil makanan mengikut pilihan masing-masing dan duduk di kawasan yang agak lengang di situ. Ardini yang baru habis peperiksaan lega kerana dapat mengharungi peperiksaan semester akhir. Namun dalam berasa lega kerana tamat pengajian, Ardini turut memikirkan tentang majlis perkahwinannya. Habis peperiksaan bermakna tidak lama lagi dia akan diijabkabulkan dengan Izhar. Hatinya berdebar untuk melalui saat-saat itu. Walaupun Datuk Hassan yakin dengan perkahwinan itu, Ardini masih ragu-ragu dengan penerimaan Izhar. Ardini mengelamun memikirkan hal tersebut.
42
Tulip Ungu
Jauhnya termenung, tegur Hilda seraya menyuap nasi ke mulutnya. Risau pasal exam ke? soal Kak Murni, air di dalam gelas diteguk dua kali. Dini fikir pasal majlis kahwin tu, terang Ardini. Dia tidak berselindung dengan Kak Murni dan Hilda. Nasinya hanya dikuis-kuis dengan sudu. Hai, dah tak sabar ke? seloroh Hilda, meneruskan suapan nasi ke mulutnya. Ida ni, ke situ pulak. Datuk kata lepas habis periksa dia akan mula buat persiapan. Ardini menerangkan situasi sebenar. Elok la, Dini tak payah banyak-banyak fikir, sambung Kak Murni dengan mulut yang penuh. Dini bukan risau pasal tu, Dini risau sebab tak kenal rapat dengan anak Datuk Hassan. Dini takut dia tak dapat terima Dini, luah Ardini. Tangannya masih menguisnguis nasi di pinggan. Kan dia tak bantah perkahwinan ni, tentu dia boleh terima Dini. Hilda menyambung. Dia menyedut air oren sejuk dari gelas. Yelah... tapi Dini tetap risau, luah Ardini lagi, dia mengeluh berat. Tak semestinya kenal rapat akan bahagia. Ada orang bercinta bertahun-tahun tapi bahagia tak sampai setahun. Tengok orang dulu-dulu, mana ada bercinta. Kahwin atas pilihan ibu bapa tapi bahagia sampai ke akhir hayat. Kata orang, bercinta selepas kahwin kekal bahagia. Kak Murni menerang panjang lebar, mahu menenangkan resah Ardini. Bicara Kak Murni lebih matang kerana perbezaan umur
43
Aku Untukmu
antara mereka. Kak Murni lebih tua dua tahun berbanding Hilda dan Ardini. Dini harap macam tu la. Ardini menghela nafas, nasi di pinggan dikuis-kuis lagi. Berharap kata-kata Kak Murni sebagai doa. Ida doakan Dini akan kekal bahagia sampai bilabila, kata Hilda sambil memandang Ardini. Hilda memang pandai menceriakan keadaan. Kak Murni memandang Ardini. mengangguk setuju, matanya
Terima kasih Ida, Kak Murni. Dini pun doakan macam tu insya-Allah. Ardini tersenyum. Tangannya meneruskan menyuap nasi ke mulut. Mendengarkan katakata mereka mengembalikan seleranya yang mati. Dia bersyukur memiliki teman sebaik Kak Murni dan Hilda. Dini dah habis paper, kan? soal Kak Murni mengubah topik perbincangan. Ermmm... dah tadi. Akak dengan Ida bila habis? Giliran Ardini menyoal. Ida petang ni habis. Ida menjawab bagi pihaknya. Akak ada lagi satu paper next week, pagi Isnin, jawab Kak Murni ringkas. Ingat nak ajak akak dengan Ida keluar esok atau lusa. Tapi akak belum merdeka lagi, tangguh minggu depanlah, luah Ardini. Nak pergi mana? soal Kak Murni. Tengok wayang ke... kata Ardini. Sudah lama mereka tidak menghabiskan masa bersama-sama. Okey jugak idea tu, kita tengok cerita hantu.
44
Tulip Ungu
Sekarang ni banyak cerita hantu best-best kat wayang, sambung Hilda. Tak nak la Ida ni. Dini, kan tak suka tengok cerita hantu. Kita tengok cerita lain la. Ardini menyambung. Tak suka ke takut? Macam la tak tahu, Dini ni penakut stage four. Dah kritikal sangat, sampai pergi bilik air malam-malam pun kena teman. Hilda menyakat. Mana ada! Ardini mencebik. Walaupun tahu Hilda sekadar berseloroh namun dia tetap tidak suka disakat. Melihatkan telatah kedua-duanya, Kak Murni menggeleng-gelengkan kepala. Memang dia faham dengan sikap Hilda yang suka menyakat Ardini. Weekend, next week kita pergi la. Kak Murni memberi cadangan. Tidak mahu perbalahan kecil di antara Hilda dan Ardini berlanjutan. Ye ke? Bestnya... dah lama kita tak keluar sama, kan? kata Ardini, dia mengukir senyum gembira. Yelah, tak lama lagi orang tu dah nak jadi bini orang, sambung Hilda. Sebelah matanya dikenyit ke arah Ardini. Suapan nasi diteruskan. Pantas Ardini memukul lengan Hilda sampai Hilda terjerit kecil. Padan muka. Ardini meleret senyuman. Sungguh dia gembira dengan Kak Murni dan Hilda. Semenjak kali pertama Ardini menjejakkan kaki di Universiti Malaya, Kak Murni dan Hilda yang menjadi teman rapatnya. Kebetulan mereka telah ditempatkan di dalam satu bilik yang sama. Segala permasalahan Ardini akan diluahkan kepada keduaduanya. Selalunya Kak Murni akan bertindak sebagai penasihat kepada mereka manakala Hilda pula akan membuat
45
Aku Untukmu
lawak untuk menceriakan hati mereka berdua. Perkenalan selama empat tahun di universiti menjadikan mereka akrab seperti adik-beradik. Ardini juga pernah menceritakan tentang kekeruhan hubungannya dengan keluarga tirinya semenjak ayahnya meninggal dunia. Tambahan pula ibu tirinya telah berkahwin lain. Ardini berasa janggal berada bersama keluarga Mak Cik Nora. Disebabkan itu, setiap kali cuti semester Ardini akan menghabiskan masa bersama-sama keluarga Hilda ataupun Kak Murni. Selain menghabiskan cuti semester bersama, Kak Murni dan Hilda juga selalu mengajak Ardini untuk sama-sama meraikan Hari Raya bersama keluarga mereka. Ardini yang merupakan anak tunggal tidak menolak. Dia lebih rela menghabiskan musim raya bersamasama keluarga teman rapatnya daripada beraya dengan Mak Cik Nora yang ternyata tidak pernah menyayanginya. Mak Cik Nora tidak pernah melayannya dengan baik. Hanya herdikan dan tengkingan yang menjadi halwa telinga semenjak ayahnya berkahwin dengan Mak Cik Nora. Namun begitu, Ardini tidak pernah mengadu kepada ayahnya. Dia tak mahu ayahnya runsing memikirkan nasib dirinya. Biarlah dia menanggung segala keperitan asalkan ayahnya tidak susah hati. Sejak berkawan dengan Kak Murni dan Hilda, Ardini berasakan segala kekosongan jiwanya kini terisi. Dia sudah mampu tergelak dengan lawak ceria Hilda manakala Kak Murni pula akan sentiasa menaikkan semangatnya apabila Ardini dilanda masalah. Sungguh Ardini berasa bertuah memiliki keduanya sebagai sahabat. Dia bersyukur Allah mengurniakan sahabat yang memahami dirinya. Walaupun sangat akrab dengan kedua-duanya,
46
Tulip Ungu
belum sampai masanya untuk Ardini menceritakan kisah hitam dalam diari hidupnya. Biarlah dia menyimpan segala kenangan pahit yang mengaibkan itu sendiri. Keluarga Datuk Hassan tahu mengenai perkara itu pun kerana dia terpaksa menceritakan kepada mereka. Jika tidak pasti rahsia itu akan disimpan sehingga mati. Hatta ayahnya sendiri pun tidak pernah tahu tentang perkara itu. Ardini telah menyimpan rahsia itu sebaik mungkin. Dia tidak mahu ayahnya patah hati dengan nasib yang menimpa dirinya. Dia sanggup menanggungnya sendirian daripada melihat senyuman ayahnya hilang daripada bibir. Jom balik. Suara Hilda mematikan lamunan Ardini. Eh dah bayar ke makanan tadi? sahut Ardini. Tu la, kuat sangat berangan, sampai orang dah bayarkan pun tak sedar, kata Hilda. Ida tolong bayar ke? tanya Ardini dengan keningnya dijongket. Kak Murni. Ida menjuih bibir ke arah Kak Murni. Ardini cepat-cepat bangun, menyaingi langkah Hilda di belakang Kak Murni. Mereka bersama-sama berjalan pulang menuju kolej.
USAI menunaikan solat isyak, Ardini duduk di meja studynya. Dia mengambil sikat dari dalam laci meja. Rambutnya yang melewati paras bahu disisir lembut. Rambutnya yang ikal dengan hujung yang bergulung-gulung senang untuk diuruskan. Kak Murni dan Hilda sering memuji-muji rambut
47
Aku Untukmu
Ardini. Kata mereka rambut Ardini lebat dan cantik. Ardini hanya tersenyum mendengar pujian mereka. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Malah, ramai orang kampung yang mengatakan, wajah Ardini mirip ibunya. Walaupun telah lama berpisah, masih terpahat wajah bersih ibunya di minda. Ardini memang rindukan belaian kasih seorang ibu, namun begitu dia pasrah dengan ketentuan Ilahi. Rezeki, jodoh dan maut telah pun ditetapkan sejak azali. Sebab itu jugalah dia tidak berkeras menolak semasa Datuk Hassan memintanya mengahwini Izhar. Sekiranya itu telah menjadi ketentuan kepada dirinya, dia akan pasrah dengan jodoh itu sama seperti dia pasrah dengan pemergian ayah dan ibunya yang sangat dikasihi. Selesai menyisir rambut, Ardini mencapai handphonenya di hujung meja, lantas nombor Datuk Hassan didail. Dia ingin memaklumkan tentang peperiksaannya yang telah tamat. Bimbang jika Datuk Hassan terus tertanya-tanya tentang perkara itu. Setelah menunggu disambut dari hujung talian. beberapa saat, panggilan
Assalamualaikum. Ardini mula memberi salam membuka bicara. Waalaikumusalam, jawab Datuk Hassan lembut. Dia memang sedang menantikan panggilan daripada Ardini. Uncle sekeluarga apa khabar? soal Ardini berbasabasi. Alhamdulillah sihat-sihat semuanya. Periksa macam mana? Datuk Hassan bertanya, dia sudah dapat menebak tujuan Ardini menelefonnya. Semua okey, paper last pun dah habis petang tadi.
48
Tulip Ungu
Ardini menyampaikan tujuan panggilannya. Memang Datuk Hassan pernah berpesan supaya dia dimaklumkan sekiranya peperiksaan Ardini tamat. Kalau macam tu alhamdulillah. So, dah boleh ke uncle mula buat persiapan? soal Datuk Hassan, meminta pendapat Ardini. Terpulanglah pada uncle, Dini ikut aje, kata Ardini ringkas. Dia hanya menurut perancangan Datuk Hassan. Kalau macam tu, apa kata hujung minggu ni Dini keluar dengan Izhar, cari baju untuk majlis tu nanti. Datuk Hassan memberikan saranan. Kalau berdua aje Dini tak berapa selesa la uncle. Kalau Auntie Rohana join boleh tak? Ardini menyatakan pendapatnya. Memang dia tidak selesa keluar berdua-duaan dengan lelaki. Walaupun Izhar bakal menjadi suaminya, dia masih rasa ada jurang pemisah di antara mereka terutamanya apabila mengenangkan dia dan Izhar tidak kenal rapat. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran Datin Rohana dia akan ada teman berborak. Takde masalah, hari tu pun auntie yang beria-ia nak ajak Dini pergi cuba baju kat butik kawan dia kat Alamanda, sambung Datuk Hassan. Datin Rohana memang ada mencadangkan supaya Ardini dibawa ke butik teman yang sama-sama menyertai persatuannya. Tapi cadangan itu hanya dibiarkan sepi kerana Ardini masih menumpukan perhatian pada kertas peperiksaannya yang terakhir. Kalau macam tu, tak la pening kepala Dini fikir nak cari baju kat mana, kata Ardini, bersyukur dengan cadangan Datuk Hassan. Lusa Dini free tak? Nanti uncle suruh Izhar bawak
49
Aku Untukmu
auntie ambik Dini terus dari kolej ke Alamanda. Datuk Hassan memberi saranan, merujuk kepada hari Ahad, hujung minggu. Dini free. Ardini menyatakan persetujuan dengan cadangan Datuk Hassan. Memang dia hanya menurut sahaja perancangan yang disarankan oleh Datuk Hassan. Kalau macam tu nanti uncle suruh Izhar call Dini, senang nak berjanji nak pergi pukul berapa. Pasal persiapanpersiapan lain tu, Dini tak payah risau, biar uncle yang uruskan semua. Sambung Datuk Hassan. Baiklah. Ardini bersetuju dengan cadangan Datuk Hassan. Dia hanya perlu menunggu panggilan daripada Izhar untuk menetapkan pukul berapa untuk mereka pergi menyewa baju perkahwinan. Ardini berlapang dada kerana urusannya dipermudahkan. Namun begitu, dia tetap berasa risau kerana buat pertama kali dia akan keluar bersama-sama Izhar. Mujur juga Datin Rohana akan ikut sama mencari baju. Jika tidak tentu Ardini terasa janggal terpaksa berdua-duaan mencari baju dengan Izhar.
ARDINI baru sahaja selesai mandi. Rambutnya yang baru disyampu, dikeringkan dengan tuala. Kelibat Hilda dan Kak Murni sudah tidak kelihatan. Semasa keluar dari bilik mandi tadi, Kak Murni ada memaklumkan yang dia akan keluar untuk ke study group untuk last paper. Hilda pula katanya ada perjumpaan group untuk membincangkan aktiviti berkelah di Sungai Congkak minggu hadapan. Seperti selalu, pagi Sabtu setiap minggu Ardini akan lepak di bilik sahaja. Kalau bosan dia akan turun mengambil angin di gazebo sambil melihatlihat kereta yang lalu-lalang. Waktu petang pula dia akan
50
Tulip Ungu
mengajak Kak Murni dan Hilda berjoging di keliling Tasik Varsiti sambil menikmati pemandangan tasik buatan itu. Waktu malamnya akan dihabiskan dengan membaca novel, itu pun novel-novel yang dipinjam daripada Hilda. Usai mengeringkan rambut, Ardini duduk di meja studynya. Dia mencapai majalah Mingguan Wanita yang baru dibeli oleh Kak Murni. Belum pun dia menyelak ke halaman pertama, terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya. Ardini melihat di skrin, nombor yang tidak dikenali muncul. Lambat-lambat Ardini menekan punat hijau untuk menjawab. Helo. Suara Ardini antara dengar dengan tidak. Siapa ni? soal suara dari hujung talian, dingin. Ardini diam sebentar. Tidak faham kenapa orang yang membuat panggilan ke telefonnya menanyakan tentang identiti dirinya. Sepatutnya dia yang seharusnya bertanya tentang identiti pemanggil yang tidak dikenali itu. Untuk berterus terang tentang dirinya, Ardini bimbang ada yang sengaja mahu mempermainkannya. Ni siapa ni? Soalan tadi diulang. Errr saya Peah Binti Rodi. Ardini mereka-reka nama. Berharap pemanggil tersebut segera mematikan talian. Tuttt.... Talian dimatikan dari hujung sana. Ardini pelik dengan pemanggil tadi. Sudahlah dia yang call orang, alih-alih orang pulak disoal siasat, desis hati Ardini. Tiba-tiba Ardini teringatkan Izhar. Entah-entah Izhar yang call tadi. Ardini terasa kesal kerana tidak menanyakan identiti pemanggil sebelum talian dimatikan tadi.
51
Aku Untukmu
IZHAR mengeluarkan kertas kecil yang diberi oleh papanya malam tadi. Nombor telefon yang ditulis tangan di atas kertas tadi dilihat untuk kali kedua. Izhar pasti dia telah mendail nombor yang betul seperti yang diberikan oleh papanya itu. Ai, nombor papa bagi ni dah betul, tapi Peah mana pulak yang jawab call tadi? Takkan papa salah bagi nombor kut. Izhar menggumam sendirian. Pelik! Nombor telefon Ardini yang diberi oleh papanya milik orang lain. Izhar cuba mendail sekali lagi. Sejurus talian bersambut, Izhar terus bersuara. Helo, boleh tahu siapa pemilik nombor telefon ni? Izhar membacakan nombor telefon Ardini satu per satu. Suaranya sedikit sinis. Ardini yang dapat menebak panggilan itu daripada Izhar terus menjawab pertanyaan pemanggil dari hujung talian. Saya Nur Ardini Mohd Nasir, awak nak bercakap dengan siapa? soal Ardini. Dia tidak mahu berbohong lagi, bimbang jika pemanggil tersebut ialah Izhar. Kalau cakap betul-betul kan senang? I, Izhar. Papa suruh I bincang dengan you pasal nak cari baju pengantin, beritahu Izhar dengan ringkas. Oh maaf la, ingatkan orang salah nombor, terang Ardini tentang situasi janggal yang berlaku tadi. So, Ahad ni you free, kan? soal Izhar acuh tak acuh. Jika tidak kerana dipaksa oleh papanya tentu dia tidak ingin mengikut perancangan itu. Saya free. Ardini menjawab ringkas. Dalam pukul sembilan setengah pagi I datang. Apa-apa hal tunggu mesej daripada I, terang Izhar ringkas.
52
Tulip Ungu
Belum sempat Ardini memberikan respons, talian dimatikan. Ardini pelik dengan sikap Izhar. Ardini kemudian kembali membelek-belek Mingguan Wanita yang ditinggalkan tadi tetapi hatinya tidak tenteram memikirkan cara Izhar melayannya dalam telefon tadi, namun cepat-cepat dia membuang prasangka buruk. Insya-Allah semuanya okey. Desis hatinya. Nombor Izhar disimpan dalam senarai contact handphonenya. Matanya kembali tertancap pada helaian demi helaian majalah sehingga akhirnya dia terleka. Setelah hampir sejam membaca setiap helaian majalah, Ardini terdengar bunyi orang sedang membuka kunci di pintu bilik. Ardini pasti Hilda yang pulang kerana Kak Murni pasti akan mengambil masa yang lama jika dia sedang study. Ardini faham benar dengan sikap Kak Murni bila bersama teman-teman study groupnya. Kata Kak Murni kalau nak study biar study betul-betul, kalau sekadar hangathangat tahi ayam baik tak payah study. Hai, buat apa tu? soal Hilda sebaik menapak masuk. Tak buat apa pun, tengok-tengok majalah aje, jawab Ardini ringkas. Bakal suami tak ajak keluar ke? Hilda mula menyakat. Ida ni selalu sakat Dini la. Ardini mencebik. Dia tidak suka soal kahwinnya dibangkitkan. Dia pun masih belajar untuk menerima perkahwinan yang tidak dirancang itu. Eh, bila pula Ida sakat? Ida cakap betul apa, manalah tau bakal pengantin baru nak dating pulak. Hilda membuka dan menyangkutkan tudung.
53
Aku Untukmu
Mana ada dating, setakat cadang nak keluar uruskan hal baju kahwin ada la. Ardini faham dengan sikap Hilda. Lagi dia mengelak untuk menjawab, lagi giat Hilda menyakat. Lebih baik dia memberitahu perkara sebenar kepada Hilda. Iye ke? Dating la jugak tu.... Bila nak pergi? Petang ni ke? soal Hilda. Tak, pagi esok. Ardini menjawab ringkas. Nak pergi makan? Hilda mematikan perbualan tentang perkahwinan Ardini. Boleh jugak, nak turun sekarang ke? Ardini kembali menyoal. Jomlah, dah dekat pukul satu ni. Saran Hilda. Ardini menyalin pakaian, tudung disarungkan ke kepalanya. Hilda kembali menyarungkan tudungnya. Setelah membetulkan kedudukan awning tudung, mereka berdua keluar dari bilik. Langkah diatur menuju ke dewan makan kolej di tingkat bawah.
54
Tulip Ungu
Bab 6
RDINI melihat jam di telefon bimbit, memang dia jenis yang tidak suka memakai jam sejak dulu lagi. Bila ingin tahu tentang waktu, dia akan melihatnya di skrin telefon bimbit sahaja. Jam menunjukkan pukul sembilan pagi. Dia masih mengenakan T-shirt dengan seluar track. Dia menunggu mesej daripada Izhar sebelum bersiap-siap, namun Izhar belum lagi memaklumkan apa-apa keputusan seperti yang telah dijanjikan. Lamunan Ardini terhenti apabila terdengar bunyi mesej masuk. Ardini melihat skrin, mesej daripada Izhar dibuka dan dibaca. Turun skrg. I dah ada kat bawah. Ardini terkejut membaca mesej daripada Izhar. Izhar berjanji akan menghantar mesej sebelum keluar menjemputnya.
55
Aku Untukmu
Tunggu skjp, saya bersiap. Ardini membalas ringkas mesej daripada Izhar. Dia cepat-cepat mengenakan pakaian. Dia memilih baju kurung berwarna putih dengan bunga pink. Tudung pink dipadankan dengan bunga baju. Langkah diatur laju meninggalkan bilik. Tidak mahu Izhar dan Datin Rohana tertunggu-tunggu. Sampai di bawah, mata Ardini meliar mencari kelibat Izhar. Namun dia tidak pasti hendak cari di mana. Izhar pun tidak memaklumkan di mana dia menunggu. Ardini mengeluarkan telefon bimbitnya, nombor Izhar didail. Emmm. Terdengar suara Izhar di hujung talian. Awak tunggu kat mana? soal Ardini termengahmengah kerana berjalan laju. Bawah pokok, parking bus, Audi Q5 putih, jawab Izhar. Talian dimatikan. Ardini mencebik. Belum pun sempat dia membalas kata-kata Izhar, lelaki itu telah mematikan talian. Ardini menjengah, memerhatikan tempat meletak bas di bahagian kiri kolej. Dia ternampak kereta berwarna putih ada diparkir di situ, namun jenis kereta itu, Ardini tidak pasti. Dia pun bukan tahu sangat jenis-jenis kereta. Ardini mengatur langkah laju, itu sahaja kereta berwarna putih yang ada di situ. Dia pasti kereta tersebut milik Izhar. Sampai di kereta, Ardini mengetuk cermin tingkap yang sedikit gelap. Enjin kereta masih hidup. Dia ingin memastikan itu kereta Izhar. Sejurus cermin tingkap diturunkan, Ardini melihat kelibat Izhar. Lelaki itu langsung tidak berpaling ke arahnya, hanya memandang ke hadapan,
56
Tulip Ungu
walaupun dengan berkaca mata hitam namun Ardini tahu reaksi wajah Izhar. Ardini tidak ternampak susuk tubuh Datin Rohana, dia berasa pelik kerana berdasarkan perbualannya dengan Datuk Hassan, lelaki itu ada memaklumkan tentang kehadiran Datin Rohana bersama. Namun untuk bertanya Izhar, Ardini berat mulut kerana reaksi wajah Izhar yang dingin. Pertanyaan hanya dipendam sendiri. Ardini terus bergerak ke pintu belakang, dia berasa segan untuk duduk bersebelahan dengan Izhar. Lantas jemarinya membuka pintu, sejurus dia ingin masuk ke dalam perut kereta, Izhar bersuara. Cik Peah, belum apa-apa lagi dah nak jadi mem besar ke? Izhar menyoal sinis. Ardini terasa hati dengan kata-kata Izhar, dia tidak jadi melabuhkan punggung. Pintu kereta ditutup semula. Dia bergerak ke pintu hadapan, membuka pintu lalu melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang bersebelahan dengan Izhar. Dia terasa sedikit janggal berdua dengan Izhar di dalam kereta. Suasana menjadi sunyi. Izhar yang sedari tadi memandang hadapan terus menukar gear, pedal minyak ditekan. Kereta berlalu meninggalkan pekarangan Kolej Kediaman Pertama dan meluncur laju menuju ke Putrajaya. Ardini berasa janggal dengan situasi itu, dia tak tahu bagaimana untuk bereaksi semasa bersama Izhar. Jika Datin Rohana turut menemani tentu suasana tidak sekekok itu. Ardini hanya memandang jalan di hadapan, kadangkadang dia menunduk memandang lutut. Tiada perbualan di antara mereka. Dalam Ardini melayani perasaan sendiri, telefon
57
Aku Untukmu
bimbit dari beg sandangnya berbunyi. Tergesa-gesa dia mencari telefon. Sebaik sahaja telefon bimbitnya dicapai, butang hijau ditekan, tidak sempat melihat nombor pemanggil terlebih dahulu. Helo, panggilan. assalamualaikum. Ardini menjawab
Waalaikumusalam Dini... ni Auntie Rohana. Ada Izhar bagitau apa-apa tak? soal Datin Rohana dari hujung talian. Bagitau apa? Takde pulak. Ardini menjawab soalan Datin Rohana, matanya melirik ke arah Izhar. Namun Izhar hanya beriak biasa. Masih meneruskan pemanduan tanpa sebarang perasaan. Bertuah betul budak ni, auntie suruh dia bagitau Dini, auntie tak dapat join. Tiba-tiba aje kena pergi melawat rumah ibu tunggal kat Pantai Dalam. Maaf la Dini ye, terang Datin Rohana. Oh macam tu... takpe la auntie. Dini faham, jawab Ardini lembut. Auntie dah bagitau Izhar lokasi butik kat mana. Nanti Dini ikut Izhar aje la ye. Lagipun auntie dah bagitau kawan auntie yang Izhar akan datang bersama Dini. Dia kata dia akan tunggu. Dini janganlah risau, kawan auntie janji akan uruskan semuanya. Datin Rohana menerang panjang lebar. Dia tidak mahu Dini janggal dengan ketiadaannya bersama. Terima kasih auntie, sambung Ardini. Okeylah, auntie dah lewat ni. Nanti kita jumpa lagi. Datin Rohana mematikan talian sejurus mengucapkan salam.
58
Tulip Ungu
Ardini menyimpan semula handphonenya ke dalam beg sandang. Selepas bercakap dengan Datin Rohana dia hanya mendiamkan diri. Izhar pun tidak mengeluarkan sepatah kata. Masing-masing diam, melayani perasaan sendiri. Izhar masih marah dengan mamanya kerana dia tidak dimaklumkan awal-awal bahawa Datin Rohana tidak dapat turut serta. Jika dia tahu lebih awal, tentu akan ditunda rancangan pada hari tersebut. Dia tiada hati untuk keluar berdua bersama Ardini. Apabila dimaklumkan mamanya tidak dapat turut serta, dia ingin membatalkan sahaja rancangan itu tapi dibantah oleh papanya atas alasan kesuntukan masa. Dia tiada pilihan lain melainkan menurut sahaja. Izhar memusing stereng kereta lalu membelok masuk ke stesen minyak berhampiran. Sebaik sahaja kereta diberhentikan di tepi pam minyak, Izhar membuka cermin mata hitam jenis Ray Ban. Cermin kereta di sebelah Ardini diturunkan. Sejurus memberitahu penjaga pam tentang jumlah isian, Izhar mengusap-usap bahagian hadapan rambutnya. Ardini yang pelik dengan tingkah laku Izhar memandang lama ke arah Izhar. Buat seketika dia terleka melihat wajah Izhar. Kulit Izhar berwarna putih langsat, dengan hidung mancung, keningnya terbentuk kemas, pipinya bersih dengan kesan baru bercukur. Bibirnya merah. Wajahnya putih bersih, kacak, lebih mirip kepada Datin Rohana berbanding Datuk Hassan yang berkulit gelap. Tau la I handsome, tak payahlah tengok sampai nak terkeluar biji mata. Izhar bersuara sinis dengan mata yang masih memandang ke hadapan. Perasan dengan pandangan mata Ardini. Kedua-dua tangannya dialih kembali ke stereng kereta.
59
Aku Untukmu
Ardini tersentak, darah menyerbu naik ke muka, wajahnya merona merah. Terasa malu apabila Izhar menyedari dia merenung wajah lelaki itu. Pandangannya dialih semula ke hadapan. Izhar hanya beriak biasa. Sejurus membayar jumlah isian minyak, Izhar menekan pedal lalu meninggalkan stesen minyak. Kurang satu jam, mereka tiba di Alamanda, Putrajaya. Izhar terus keluar dari kereta sejurus memarkir kereta di sudut paling hujung Alamanda. Ardini lekas-lekas menyaingi langkah Izhar yang laju. Dia hanya membuntuti Izhar, sementelah perasaan malu tentang peristiwa tadi masih menebal di lubuk hatinya. Izhar terus berjalan laju, tidak mengendahkan Ardini di belakang. Sejurus menaiki eskalator ke tingkat dua, langkahnya diatur laju menuju ke butik yang disarankan oleh mamanya. Tiba di butik, dilihatnya ada seorang wanita seusia mamanya sedang sibuk membersihkan habuk-habuk pada plastik yang membaluti koleksi-koleksi baju yang tersusun rapi. Izhar melangkah masuk ke dalam butik. Ardini termengah-mengah menuruti langkah laju Izhar itu. Dia hanya mengikut langkah Izhar tanpa mengeluarkan suara. Melihat kehadiran Izhar dan Ardini, pemilik butik tersebut menghampiri mereka berdua. Boleh saya bantu? sapa pemilik butik dengan lembut. Boleh jumpa dengan Datin Mas Ayu? Izhar menyoal kembali. Saya Datin Mas Ayu, sahut pemilik butik ringkas.
60
Tulip Ungu
Saya Izhar anak Datin Rohana, mama suruh datang sini jumpa dengan auntie, terang Izhar. Oh Encik Izhar rupanya, sila la duduk. Ini mesti Ardini, kan? Matanya dilirik kepada Ardini sambil mempelawa kedua-duanya duduk di sofa. Ardini hanya mengangguk, menghulurkan salam tanda perkenalan dengan Datin Mas Ayu. Auntie ada banyak koleksi yang cantik, tengoktengok la yang mana berkenan, terang Datin Mas Ayu. Ardini mengukir senyum manis, senang dengan kemesraan yang dipamerkan oleh teman Datin Rohana itu. Izhar tidak beriak. Sebagai lelaki dia memang tidak pandai dalam bab-bab memilih pakaian. Apa kata auntie bagi saranan? Ardini bersuara setelah dilihatnya Izhar hanya mendiamkan diri. Kalau macam tu, mari ikut auntie. Kat belakang ada koleksi-koleksi lain, design terbaharu, terang Datin Mas Ayu. Langkahnya diatur ke bahagian belakang butik. Ardini dan Izhar hanya menurut. Izhar tidak berhajat untuk berlama-lama di situ, selesai memilih pakaian dia akan terus keluar. Dia pun tidak berapa kisah tentang pakaian untuk majlis itu nanti, cuma Datin Rohana yang beria-ia meminta dia datang ke situ. Camne dengan yang ni? Datin Mas Ayu menunjukkan sepasang persalinan berwarna krim daripada jenis kain satin buatan Itali. Emmm cantik. Ardini bersuara ringkas. Dia memang suka dengan warna krim lembut. Tambahan pula baju tersebut dihiaskan dengan manik jahitan tangan yang mempunyai corak awan larat pada bahagian badan baju.
61
Aku Untukmu
Datin Mas Ayu pantas menurunkan persalinan tersebut. Plastik balutan dibuka dan baju tersebut diserahkan kepada Ardini. Ardini menyambut dan meneliti baju di tangan. Dia memang berkenan dengan pilihan Datin Mas Ayu, namun begitu dia juga perlu bertanyakan pendapat Izhar sebelum membuat pemilihan. Tengoklah dulu, kalau berkenan boleh terus fitting baju. Auntie nak ke tandas sekejap, sambung Datin Mas Ayu. Selepas Datin Mas Ayu berlalu ke bilik air, Ardini menghampiri Izhar. Niatnya hendak bertanyakan pendapat Izhar. Apa pendapat awak dengan baju ni? Ardini menayangkan persalinan di tangannya. Walaupun malu dan takut-takut, Ardini memberanikan diri bertanya Izhar. Apa-apa aje la, ambik aje yang mana you suka. I banyak kerja lain lagi. Izhar menjawab acuh tak acuh, tidak memalingkan wajah. Pandangannya dilempar ke luar butik. Ardini terdiam mendengarkan jawapan Izhar. Sungguh Ardini terasa hati dengan kata-kata Izhar. Kalau Izhar tidak suka kepadanya kenapa mesti menerima perkahwinan itu? Sebagai anak kepada Datuk Hassan, Izhar berhak membantah. Dia tidak faham dengan Izhar. Untuk menarik diri ketika saat akhir, Ardini sudah tidak berdaya. Tidak sampai hati menghampakan harapan Datuk Hassan dan Datin Rohana yang bersungguh-sungguh. Ardini sudah terlajak kata menyetujui permintaan Datuk Hassan, kini dia terpaksa menelan pahit keputusan yang telah diambil. Ardini berdoa dalam hati semoga Izhar akan dapat menerimanya. Persalinan di tangan terus dibawa kepada Datin Mas Ayu sejurus ternampak wanita itu menghampirinya.
62
Tulip Ungu
Camne, berkenan dengan yang itu? soal Datin Mas Ayu, matanya menyoroti persalinan di tangan Ardini itu. Cantik, Dini berkenan. Ardini mengangguk, memberikan jawapan ringkas. Yang ini design auntie sendiri. Datin Mas Ayu menerang ringkas. Tangannya segera menyambut persalinan tersebut daripada tangan Ardini. Tak sangka auntie berbakat dalam bidang fesyen. Ardini memuji, kagum dengan kebolehan Datin Mas Ayu menghasilkan rekaan yang cantik di matanya. Memang dah tersenarai sebagai salah satu hobi auntie. Datin Mas Ayu meleret senyum, masih merendah diri walaupun hatinya berbunga apabila dipuji. Kalau dah berkenan, boleh la terus fitting baju. Bila majlis kahwin? Senang auntie nak prepare. Datin Mas Ayu menyoal sejurus memberikan saranan. Majlis belum tahu tarikhnya, semua Datuk Hassan yang uruskan. Mungkin dalam masa terdekat Datuk akan bagitau. Ardini menjawab persoalan Datin Mas Ayu. Emmm... orang macam Datuk Hassan, buat keputusan last minute pun takde masalah. Nak apa petik jari aje, semua siap, terang Datin Mas Ayu. Dia sudah faham dengan keluarga Datuk Hassan. Kenalan Datuk Hassan memang ramai sebab itu segala urusan Datuk Hassan sentiasa mudah. Ardini hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Datin Mas Ayu. Ah... panggil la Izhar, boleh terus fitting baju. Ambik ukuran awal-awal, boleh auntie prepare dulu. Takut tiba-tiba pulak Datuk nak buat majlis, susah auntie nanti,
63
Aku Untukmu
luah Datin Mas Ayu. Bimbang Datuk Hassan membuat keputusan yang tidak dijangka. Baiklah. Ardini menjawab sepatah, langkah diatur ke tempat Izhar berdiri tadi. Namun, bayangan Izhar tidak kelihatan. Matanya liar meneliti ke segenap penjuru. Matanya tertancap pada batang tubuh Izhar sedang leka meneliti majalah Motor Trader di kedai majalah bersebelahan butik. Ardini mempercepatkan langkah menghampiri Izhar. Terasa berat mulut ingin berkomunikasi dengan Izhar namun digagahkan juga. Datin minta terus fitting baju, ucap Ardini. Wajahnya menunduk, tidak berani menatap mata Izhar sejak kejadian di dalam kereta tadi. Izhar tidak beriak, hanya mendiamkan diri. Fokus masih kepada majalah di tangan. Ardini hanya berdiri di belakang Izhar. Menyedari Ardini masih tidak berganjak, Izhar terus ke kaunter, membuat bayaran dan berjalan melewati Ardini ke dalam butik Datin Mas Ayu. Wajahnya sedikit pun tidak berpaling ke arah Ardini. Ardini lekas-lekas menyaingi langkah Izhar. Sejurus melangkah masuk ke butik dilihatnya Izhar telah pun berlalu dengan baju Melayu di tangan, melangkah masuk ke fitting room. Ardini mengikut jejak langkah Izhar, persalinan kurung moden di tangan Datin Mas Ayu diambil. Datin Mas Ayu melemparkan senyum. Ardini terus menuju ke fitting room, selang dua bilik dari fitting room Izhar. Kurung moden diacu di badan, kemudian dicuba. Ardini memusing-musing tubuh persis model menggayakan baju. Sempurna, desisnya dalam hati. Baju rekaan Datin Mas Ayu nampak cantik di tubuhnya. Buat
64
Tulip Ungu
seketika Ardini termenung, terasa bersalah kepada Izhar. Ardini dapat merasakan Izhar tidak merelakan perkahwinan di antara mereka. Dia kesal kerana terpaksa menerima permintaan Datuk Hassan, sedar dirinya tidak layak untuk Izhar. Keluhan berat dilepaskan, kalaulah ada jalan keluar yang lain, pasti dia tidak akan memilih jalan itu. Hati Ardini serba salah, lidah yang terlajak kata tidak mungkin dapat diundur kembali. Dia hanya boleh berdoa semoga Izhar dapat menerima dirinya seadanya. Usai fitting baju, Ardini melangkah keluar dari fitting room. Dilihatnya Izhar telah pun duduk menunggu di sofa bahagian depan butik. Ardini cepat-cepat menghampiri Datin Mas Ayu. Auntie, saiz ni dah sesuai untuk Dini. Baguslah, auntie ikut ukuran yang ini aje. Macam berjanji pulak dengan Izhar, saiz dia pun sesuai jugak, sambung Datin Mas Ayu, tersenyum mempamerkan barisan gigi yang tersusun rata. Not too big, not too small, justtt nice, sambut seorang pekerja Datin Mas Ayu yang baru sampai. Sengaja dipanjangkan perkataan just. Senyumannya dileret, matanya dikenyit kepada Ardini. Ardini menghulur tangan, menyalami gadis itu sebagai tanda perkenalan. Memang Ardini terdidik dengan cara itu. Gadis tadi berlalu ke bahagian belakang butik. Sebagai pekerja di situ, dia memang ramah dengan semua pelanggan. Pesan Datin Mas Ayu, kalau nak pikat pelanggan mestilah pandai melayan. Ardini mengerling Izhar, mata Izhar mencerlung memandang ke arahnya, satu signal supaya Ardini bersegera menyelesaikan urusan. Ardini yang faham dengan pandangan
65
Aku Untukmu
mata Izhar, cepat-cepat meminta izin daripada Datin Mas Ayu. Dia menyalami Datin Mas Ayu lalu beredar ke arah Izhar. Dah siap nanti auntie bagitau Datin Rohana. Suara Datin Mas Ayu separuh melaung. Melihat kelibat Ardini yang menghampirinya Izhar bangun, langkah diatur menuju ke tingkat bawah. Tiada komunikasi di antara mereka. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Ardini hanya membuntuti Izhar. Melihatkan Izhar yang dingin padanya, mulut Ardini terkunci untuk mengeluarkan bicara. Dia berasa janggal berkeadaan begitu. Tiba di hadapan MPH Bookstore, Izhar berhenti. Tubuhnya dipusing ke belakang. Hampir-hampir Ardini terlanggar tubuhnya kerana tindakan Izhar yang berhenti secara tiba-tiba itu. Ardini kini berdiri betul-betul di hadapan Izhar. Dia hanya menunduk apabila menyedari Izhar merenung ke arahnya. I nak masuk dalam kejap, tunggu sini. Izhar memberi arahan ringkas namun cukup difahami oleh Ardini. Ardini hanya melihat Izhar melangkah masuk ke kedai buku itu dengan ekor mata. Sejurus kelibat Izhar menghilang, dia meninjau ruang kosong pada barisan bangku yang disediakan di hadapan kedai buku tersebut. Apabila terlihat satu ruang yang tidak berpenghuni, Ardini menghampiri dan melabuhkan punggungnya di situ. Ardini hanya memerhatikan orang yang lalu-lalang. Dilihatnya terdapat ramai jenis orang. Ada juga warganegara asing yang datang membeli-belah di situ. Ardini terasa amat kerdil dalam himpunan manusia yang rata-ratanya merupakan golongan kaya. Ada juga mata yang mengerling
66
Tulip Ungu
ke arahnya. Dia perasan sejak mula melangkah masuk ke mall itu tadi, mungkin kerana pakaian yang dikenakan agak berbeza dengan kebanyakan pengunjung di situ. Dia terasa malu sendiri. Mungkin juga Izhar malu berjalan beriringan dengannya tadi. Ardini menunduk, terasa rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki. Ardini menarik nafasnya dalamdalam, membiarkan segala rasa itu pergi. Penat menunggu, Ardini mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandang. Dilihat jam di skrin telefon, telah sejam lebih Izhar berada di dalam kedai buku, dia sudah jenuh menunggu di luar. Posisi kakinya telah ditukar banyak kali untuk mencari keselesaan. Penat menunggu Ardini bangun, kemudian duduk semula. Untuk meninjau-ninjau barang di kedai dia malu. Bimbang melakukan perkara bodoh kerana baru pertama kali dia ke situ. Dalam leka Ardini melayan perasaan, dia terlihat kelibat Izhar keluar dari kedai buku tersebut. Ardini bingkas bangun, memusing badan mengarah ke Izhar namun Izhar terus berjalan laju melewati Ardini. Izhar mengatur langkah laju menuju ke kereta. Ardini cepat-cepat menyaingi langkah Izhar. Dia berasa sebal dengan tindakan Izhar yang membiarkan dia menunggu lama. Apabila keluar, Izhar pula tidak mengeluarkan sepatah kata, meminta maaf kepada dirinya kerana menunggu lama pun tidak, seolah-olah dia tidak wujud di situ. Sampai di kereta Izhar terus membuka kunci. Izhar masuk ke dalam perut kereta lantas enjin dihidupkan. Ardini yang bimbang ditinggalkan cepat-cepat menaiki kereta. Melihatkan tingkah laku Izhar tadi membuatkan dia terfikir tidak mustahil sekiranya Izhar akan memecut kereta dan meninggalkannya terkulat-kulat di situ. Ardini terasa dirinya dipermain-mainkan oleh Izhar kala itu.
67
Aku Untukmu
Di dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Ardini melayani perasaannya sendiri manakala Izhar lebih banyak menumpukan perhatian pada pemanduan. Kaki Ardini terasa lenguh kerana lama menunggu Izhar. Dalam dia melayani perasaan sendiri, dia terlelap. Entah berapa lama dia sendiri tidak pasti. Yang pasti suara kasar Izhar telah mengejutkannya daripada lena. Cik Peah, dah sampai! Kalau nak tidur pergi naik atas. Izhar bersuara sinis. Matanya tidak dialihkan, masih memandang ke hadapan dengan kaca mata hitam. Kedua-dua tangan melekap di stereng kereta. Ardini membuka mata, posisi badan yang menyendeng di tepi Izhar cepat-cepat dialihkan. Seat belt dibuka, pintu kereta ditolak dari dalam dan dia cepat-cepat turun. Sejurus dia melangkah kaki meninggalkan kereta Izhar, kereta itu dipecut laju meninggalkan pekarangan kolej.
IZHAR memecut laju keretanya menuju ke banglonya. Sejurus tiba, keretanya diparkir di ruang meletak kereta. Keluar sahaja dari kereta, langkahnya diatur laju menuju ke dalam rumah. Kunci kereta di tangan dilempar ke atas meja kaca di tengah-tengah barisan sofa. Berdenting bunyinya apabila kunci itu jatuh di atas meja dan berlaga dengan permukaan meja. Dia mendengus kasar. Wajahnya diraup berkali-kali. Masih terngiang-ngiang perbualan dengan papanya sewaktu balik daripada menghantar Ardini tadi. Papa dah tetapkan tarikh majlis kahwin. Tiga minggu dari sekarang, terang Datuk Hassan ringkas. Cepatnya pa, tak boleh tangguh lewat sikit ke?
68
Tulip Ungu
Izhar bersuara sedikit tinggi, terperanjat dengan keputusan tergesa-gesa Datuk Hassan. Tiga minggu dah cukup untuk buat semua persiapan. Datuk Hassan bersuara tegas. Tidak mahu Izhar membantah keputusannya. Izhar mengeluh berat. Datuk Hassan langsung tidak memberinya peluang untuk memberikan pendapat. Dia cuma berharap majlis itu dilewatkan sedikit supaya memberinya peluang untuk berterus terang kepada Delia tentang rancangan papanya. Izhar masih ingat kali pertama dia terserempak dengan papanya di pusat membeli-belah Sogo, saat itu dia berjalan beriringan dengan Delia dengan jari-jemari mereka yang bertaut antara satu sama lain. Papanya hanya memberikan jelingan tidak puas hati, namun dia bersyukur papanya tidak bertindak di luar kawalan saat itu. Namun apabila tiba di rumah, papanya telah lama menunggunya di sofa. Dia pelik kerana papanya sanggup ke rumahnya hanya untuk meminta dia memutuskan hubungan dengan Delia. Memang sedari awal lagi papanya tidak pernah merestui perhubungan mereka berdua. Namun Izhar yakin dia dapat memujuk mamanya menerima Delia. Sebab itulah dia memujuk Delia untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Namun begitu Izhar kecewa kerana Delia tidak pernah melihat hubungan mereka dengan serius. Izhar terduduk di sofa. Lamunannya terhenti. Dia memikirkan perancangan papanya. Rambutnya dilurut-lurut ke belakang, terasa kepalanya sesak memikirkan majlis perkahwinan yang dia sendiri tidak restui. Yang pastinya dia marah kepada Ardini kerana menerima rancangan papanya. Dia berasa puas hati kerana melayan Ardini acuh tak acuh tadi. Hatinya puas dapat mempermainkan gadis itu. Entah
69
Aku Untukmu
kenapa dia marah tatkala melihat wajah Ardini. Terasa Ardini berkomplot dengan Datuk Hassan untuk mengenakan dirinya. Puas memikirkan masalahnya, Izhar bingkas bangun. Langkah diatur menuju ke biliknya di tingkat atas. Dia mengambil tuala untuk mandi. Memang sudah menjadi kebiasaannya, setiap kali dilanda masalah, dia akan mandi. Baginya mandi itu satu terapi yang dapat menghilangkan sekejap rasa gundahnya. Sejurus masuk ke bilik mandi, Izhar membuka pili shower, air mencurah-curah jatuh menyimbah tubuhnya. Saat itu dia rasa sedikit lega. Hilang sebentar masalah yang membelenggu hatinya tadi. Namun begitu, Izhar tahu masalahnya kali ini tidak mungkin ada jalan penyelesaian lagi. Dia tiada pilihan lain melainkan menurut sahaja kata-kata Datuk Hassan.
70
Tulip Ungu
Bab 7
AJLIS resepsi baru sahaja selesai. Jam menunjukkan waktu sudah hampir ke pukul tiga petang. Majlis akad nikah telah pun dijalankan malam semalam, sehari sebelum majlis bersanding. Atas kehendak Izhar majlis dijalankan secara sederhana sahaja. Hanya persandingan biasa, tiada sesi bergambar dengan persalinan yang pelbagai. Izhar memberi alasan, perkaraperkara sampingan sebegitu akan dibuat di studio sahaja. Datuk Hassan dan Datin Rohana tidak membantah. Mereka cuma mahu menjalankan majlis mengikut syariat Islam, mendahulukan yang wajib sahaja dan tidak perlulah berlebihlebihan. Jemputan juga hanya terdiri daripada saudara-mara dan kenalan rapat Datuk Hassan dan Datin Rohana. Sepanjang majlis berlangsung Izhar hanya mendiamkan diri. Senyuman yang diberikan juga hambar. Terasa dadanya sesak dengan bebanan perasaan yang tidak mampu diluah. Jika tidak kerana keputusan Datuk Hassan, tentu dia masih bebas mencorak hidup sendiri. Berada lama di banglo papanya, menambahkan serabut di kepalanya.
71
Aku Untukmu
Melihat orang lain yang tersenyum gembira dengan majlis resepsinya, sedangkan hatinya sakit kerana terpaksa menerima semua itu tanpa rela. Izhar tidak betah lagi berlama di situ, dia ingin keluar daripada suasana yang baginya hanya penuh dengan kebencian. Dia ingin segera pulang ke banglonya untuk mencari ketenangan daripada kemeriahan perkahwinan yang tidak sedikit pun dia rasai. Dia hanya mahu lari jauh daripada semua itu. Ada di antara saudara-maranya yang masih berada di banglo papanya. Sebahagiannya telah pun beransur pulang ke kediaman masing-masing kerana ada urusan. Izhar yang baru selesai menukar persalinan turun dari tingkat atas. Dia menghampiri Datin Rohana yang sedang berbual-bual mesra dengan adiknya Datin Rokiah. Turut menyertai mereka adalah anak Datin Rokiah, Arsyad dan Alissa manakala Datuk Ismail, suaminya sedang sibuk memasukkan beg-beg ke dalam bonet kereta di halaman rumah. Izhar melangkah perlahan menuju ke arah sofa, menghampiri Datin Rohana. Dia ingin memaklumkan kepada Datin Rohana tentang niatnya untuk pulang ke rumah sendiri. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Arsyad. Perbualan Datin Rohana yang sedari tadi rancak terganggu dengan kehadiran Izhar. Semua mata mengarah kepada Izhar. Kenapa cepat sangat bergambar? soal Datin Rohana. salin baju, dah siap
Dah, jawab Izhar singkat. Tidak berminat melanjutkan topik yang diperkatakan oleh Datin Rohana. Ardini mana? soal Datin Rokiah apabila kelibat Ardini tidak kelihatan.
72
Tulip Ungu
Dalam bilik lagi. Masih jawapan ringkas. Dia malas memikirkan tentang Ardini. Perkara itu hanya akan menambah serabut di kepalanya. Kenapa tak ajak Kak Dini turun? Lissa nak berborak-borak kejap. Lepas ni dah nak balik, tak sempat nak berkenalan. Giliran Alissa menyoal, wajahnya dicemik merajuk. Ramai lagi yang sibuk bergambar dengan Kak Dini, kenapa Lissa tak join sekali? Terdengar suara Datuk Hassan yang baru turun dari arah tangga. Iye ke? Kenapa tak bagitau awal-awal ada sesi bergambar? Alissa melompat bangun dari sofa, dia berlarilari anak naik ke tingkat atas. Tidak mahu terlepas sesi bergambar bersama pengantin baru. Jangan lama sangat, kejap lagi dah nak bertolak. Datin Rokiah separuh melaung, mengingatkan Alissa yang menghilang ke tangga. Izhar memulakan bicara selepas memberi laluan kepada Datuk Hassan mengambil tempat di sisi Datin Rohana. Ma, pa... Har ingat nak terus balik lepas maghrib nanti. Matanya memandang Datin Rohana dan Datuk Hassan. Kenapa awal sangat nak balik? Kan majlis baru aje selesai... tetamu pun masih belum habis balik, takkan pengantin dah nak lari, ujar Datin Rohana. Terkejut dengan keputusan tiba-tiba Izhar. Sedang saudara-mara masih ada lagi yang belum pulang. Tentu tidak sopan dengan tindakan Izhar yang seakan-akan tidak menghormati tetamu. Datuk Hassan masih mendiamkan diri. Dia mahu mendengar dahulu pendapat Izhar sebelum dia sendiri memberikan pendapatnya.
73
Aku Untukmu
Banyak kerja la ma, nak siapkan paper project sebelum minggu depan, dalih Izhar, sekadar mencipta alasan supaya tidak nampak jelas di mata orang ramai di hadapannya. Kan papa bagi cuti seminggu, kerja tu boleh hold dulu. Datuk Hassan menyampuk. Tangannya membelekbelek surat khabar yang tidak sempat dibaca kerana sibuk menguruskan tetamu kenduri tadi. Har tak suka tangguh-tangguh kerja pa. Izhar membela diri, berharap Datuk Hassan tidak menghalang niatnya. Biarlah mak long... biasa la orang baru kahwin, tak sabar nak berdua-duaan la tu. Arsyad mengusik. Senyuman nakal dileret. Matanya dijeling ke arah Izhar. Izhar masih tidak beriak. Dia tidak kuasa melayan pendapat orang luar yang tak tahu-menahu tentang hitam putih isi hatinya. Yelah kak long, orang baru kahwin tentu nak privasi. Lagipun siapa tak kenal Muhammad Izhar Datuk Hassan, memang workaholic, sambung Datin Rokiah. Sengaja ditekankan perkataan workaholic. Memang dia cukup kenal dengan anak buahnya itu. Izhar memang komited dengan kerja. Kerja-kerjanya diutamakan berbanding perkara lain. Kalau Har prefer macam tu terpulanglah, papa tak menghalang. Datuk Hassan menyambung, dia tidak mahu mengongkong keputusan Izhar. Dia lebih memberi peluang kepada Izhar untuk belajar mengurus sendiri rumah tangganya kalau itu yang Izhar benar-benar mahukan. Dini macam mana, Har dah bincang dengan dia? Giliran Datin Rohana menyoal.
74
Tulip Ungu
Belum lagi, nanti Har bagitau dia. Izhar menerang ringkas. Sejak peristiwa dia membawa Ardini menempah persalinan kahwin, dia belum pernah berbicara dengan Ardini walaupun Ardini telah berada di banglo papanya sehari sebelum akad nikah lagi. Sepanjang majlis juga mereka berdua hanya mendiamkan diri. Bergambar pun ala kadar, sekadar memenuhi permintaan saudara-mara. Apabila sepupu-sepupunya mengambil alih tempatnya untuk bergambar bersama Ardini, dia mengambil keputusan untuk menukar baju dan turun ke tingkat bawah. Wajah Ardini juga hanya dilihat sekali imbas, tidak berminat untuk merenung lama kerana dia berharap Delia yang menjadi pendampingnya di hari bahagia itu dan bukannya Ardini.
ARDINI berasa penat kerana terpaksa melayani keletah sepupusepupu Izhar yang memintanya untuk sama-sama bergambar. Dia sedar Izhar menghilangkan diri selepas tempatnya diambil alih oleh sepupu-sepupunya tadi. Izhar pun seperti tidak menunjukkan minat untuk bergambar lama dengannya. Walaupun terasa sedih, namun disimpan kemas rasa itu dalam hati. Senyuman manis dilemparkan kepada setiap yang menegurnya. Setiap yang ingin mengambil gambar bersamanya dilayani sebaik mungkin. Ada juga di antara mereka yang memuji-muji. Ardini hanya mampu memberikan senyuman. Tidak mahu perasaan riak menguasai diri. Dalam hatinya dia tetap bersyukur dengan anugerah Ilahi. Selesai sesi bergambar, semua yang berada di bilik
75
Aku Untukmu
itu beredar, masing-masing berpuas hati dengan gambar yang diambil. Ada antaranya yang tersenyum-senyum sambil melihat semula gambar-gambar yang telah diambil. Ardini hanya mengiringi pemergian mereka dengan ekor mata. Ardini yang keletihan terus berlalu ke bilik air, dia ingin cepat-cepat mandi. Solat zohor yang terlewat akan disegerakan. Ardini mengambil tuala dan beberapa helai pakaian masuk ke bilik air. Usai mandi, Ardini cepat-cepat menunaikan solat. Teringat kata-kata ibunya bahawa orang yang melewatkan sembahyang juga akan diseksa dalam neraka. Untuk seketika dia berasa takut. Berdoa supaya jangan dipesongkan hatinya daripada sentiasa mengingati Allah. Selesai menunaikan solat, Ardini berkira-kira untuk turun ke tingkat bawah. Kelibat Izhar masih tidak kelihatan di situ, dia pula berasa janggal berada bersendirian di dalam bilik sedangkan ahliahli keluarga yang lain berada di bawah. Pakaian-pakaiannya yang dibawa dari kolej masih tersimpan kemas di dalam beg di satu sudut bilik. Hanya beberapa helai pakaian yang nak digunakan sahaja dikeluarkan. Yang lain dibiarkan tersimpan di dalam beg, menunggu sehingga Izhar memberikan keputusan sebelum dia memunggah semua barangnya. Baru Ardini berkira-kira hendak turun ke ruang tamu, pintu bilik dikuak dari luar. Dari sebalik pintu terpacul tubuh Izhar. Ardini tidak jadi keluar, dia duduk semula di birai katil memandang terus ke arah Izhar. Izhar yang tidak berpaling ke arah Ardini hanya memberikan arahan. Kemas baju, lepas maghrib terus balik rumah I. Melihatkan tingkah Izhar yang dingin membuatkan
76
Tulip Ungu
Ardini hanya memdiamkan diri. Mungkin Izhar masih belum boleh menerima perkahwinan yang baru berlangsung. Bila difikirkan semula, Ardini berasa kesal kerana bersetuju dengan permintaan Datuk Hassan. Tidak tahu kenapa dia terlalu berlembut hati apabila Datuk Hassan meminta. Mungkin juga kerana dia terlalu banyak terhutang budi dengan Datuk Hassan. Keresahan hati hanya dipendam sendiri. Terasa dirinya berseorangan menghadapi semuanya. Pantas dia berdoa dalam hati, semoga segalanya berakhir dengan baik, semoga Izhar dapat menerimanya sebagai isteri.
KERETA Izhar meluncur laju meninggalkan pekarangan banglo Datuk Hassan. Izhar dan Ardini hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Ardini membuang pandang ke luar tingkap sedang Izhar menumpukan perhatian dengan pemanduan. Suasana terasa janggal di antara mereka. Sejak dari awal pertemuan sebelum majlis, tiada perkara yang dibualkan di antara mereka. Kedinginan Izhar mengunci mulut Ardini untuk memulakan bicara. Setibanya di banglo Izhar, Ardini segera keluar dari kereta Izhar. Beg-beg dikeluarkan dari bonet kereta. Dia hanya mengikut langkah Izhar dari belakang. Beg-beg dibawa masuk ke bahagian ruang tamu. Ardini hanya mendiamkan diri, menanti arahan daripada Izhar. Izhar terus menyangkut kunci kereta di penjuru pintu. Langkahnya diatur laju menuju ke tangga. Beg yang terisi beberapa helai pakaiannya ditinggal di ruang tamu. Sebelum berlalu, Izhar sempat berpesan kepada Ardini.
77
Aku Untukmu
Nanti bawak beg naik atas. Arahan ringkas diberi kepada Ardini. Ardini duduk sebentar di sofa, memberikan dirinya masa. Dia duduk termenung, kedinginan Izhar membuatkan dia terfikir kesudahan episod hidup yang baru sahaja dibina. Nafas dihela berat. Walau apa pun dia perlu meneruskannya, untuk berpatah balik dengan keputusan yang diambil adalah mustahil sama sekali. Ardini bingkas bangun, beg-beg diheret menuju ke tangga, terus dibawa ke tingkat atas. Dengan susah payah dia membawa naik kesemua beg. Sejurus tiba di hadapan pintu bilik, Ardini menguak pintu bilik perlahan-lahan. Beg-beg yang dibawa diletak di satu sudut bilik. Dilihatnya bilik itu luas dengan katil bersaiz king. Di sudut kiri bilik terdapat set sofa berbentuk L, betul-betul berhadapan dengan TV flat screen bersaiz 50 inci. Di sisi kiri TV pula ditempatkan satu rak kayu yang menempatkan himpunan pelbagai jenis VCD. Ardini melangkah ke sofa, punggungnya dilabuhkan di atas sofa. Sungguh dia tidak tahu untuk buat apa. Selang beberapa minit, terdengar pintu dari arah bilik air dikuak dari dalam. Ardini hanya menunggu di sofa, tidak dipalingkan wajahnya ke arah itu. Masih terasa janggal duduk berduaan di banglo Izhar. Setelah melihat Ardini yang diam di sofa, Izhar datang menghampiri tempat Ardini sedang duduk. Timbul idea nakal untuk mengenakan Ardini saat itu. Dia akan pastikan Ardini tidak senang duduk kerana bersetuju dengan cadangan papanya. Langkahnya diatur, menghampiri tempat duduk Ardini. Sengaja dia membiarkan tubuhnya terdedah dengan hanya bertuala daripada pinggang ke paras lutut. Dia akan mula melancarkan permainan terhadap Ardini. Senyuman nakal terukir di bibirnya.
78
Tulip Ungu
Ardini terkejut melihat Izhar yang tiba-tiba berdiri di hadapannya. Ardini bingkas bangun, mengundur sedikit, mencipta jarak di antara mereka. Matanya cepat dilarikan, menunduk memandang lantai, melihat Izhar hanya bertuala separas lutut. Tubuh Izhar yang separuh terdedah sebahagiannya masih dibasahi air. Haruman mandian kuat menusuk ke hidung Ardini. Apa yang you buat dalam bilik I? Izhar menyoal. Matanya tepat memandang Ardini, sengaja mengundang gemuruh di jiwa Ardini. Mulut Ardini terkunci rapat, tidak tahu memberi jawapan kepada soalan Izhar. Untuk pengetahuan you, I belum bersedia nak hidup dengan you. Perkahwinan ni dipaksakan ke atas I dan buat masa ni I belum ada hati nak duduk sebilik dengan you, sambung Izhar sinis, berterus terang dengan perasaannya yang disimpan sejak di rumah papanya siang tadi. Tapi kita kan dah... Belum sempat Ardini menghabiskan ayat, Izhar meningkah. I memang tak boleh nak terima you. Sekarang you boleh angkat beg, tukar bilik lain. You can choose any room except my room. Izhar memberi kata putus. Ardini bangun, bergerak ke arah sudut yang diletakkan beg tadi. Dia masih belum berpuas hati dengan kata-kata Izhar. Tapi Belum sempat Ardini menghabiskan ayat, Izhar menapak menghampiri Ardini. Melihat Izhar yang semakin hampir, Ardini terpaku, tubuhnya diundur sedikit ke belakang hingga bersatu dengan dinding. Ardini menyumpah dalam hati, terasa menyesal meningkah kata-kata Izhar tadi. Tapi apa?! Kedua-dua tangannya dilekapkan ke
79
Aku Untukmu
dinding seraya mengunci pergerakan Ardini, keningnya diangkat. Matanya tepat memandang Ardini menyebabkan Ardini tertunduk. Hati Ardini kecut dengan tingkah Izhar. Unless you want me to rape you tonight. I have no problem with that. Afterall I like to do it the rough way. You? Izhar mengangkat kening tatkala mata Ardini terbeliak memandang ke arahnya. Ardini yang kecut perut dengan kata-kata Izhar terus menolak kasar tubuh Izhar. Izhar terundur sedikit ke belakang. Lantas Ardini menarik beg pakaian, pintu bilik Izhar ditarik dengan tergesa-gesa. Sebaik sahaja keluar dari bilik itu, Ardini lari masuk ke bilik bersebelahan dengan bilik Izhar. Pintu bilik dikunci rapat, tombol pintu ditekan dengan tangan yang menggigil. Terasa degupan jantungnya berdegup laju dan tidak sekata. Ardini terus menghidupkan lampu, tubuhnya disandarkan di pintu bilik. Dia menghela nafas lega. Sikit lagi dia hampir menjadi mangsa Izhar. Izhar mengukir senyuman puas. Langkahnya diatur menuju ke almari baju. Masih terbayang riak muka Ardini yang cuak dengan kata-katanya. Dalam hati dia tersenyum puas. Padan muka! Kena rogol konon, aku rogol betulbetul baru tahu. Getus Izhar dalam hati. Ardini mengeluarkan baju-bajunya dari dalam beg, debaran di hati masih terasa lagi. Semua isi beg disusun rapi di dalam almari. Walaupun tidak dihuni, bilik itu kelihatan kemas dan teratur. Bilik itu lengkap dengan perabot dan
80
Tulip Ungu
tersusun kemas. Terdapat satu bilik air di hujung sebelah kiri bilik. Dia tergesa-gesa memilih bilik itu tadi apabila digertak oleh Izhar. Tanpa berfikir panjang, bilik itu menjadi pilihannya. Belum pun siap mengemas pakaiannya ke dalam almari, terdengar Izhar bersuara dari luar pintu. Sepuluh minit lagi, turun bawah. Lambat I... rogol. Izhar memberi arahan berbaur ugutan. Dia meleret senyum sengaja mahu mempermainkan Ardini. Rasa marah masih bersisa dalam hatinya. Jantung Ardini yang baru sekata rentaknya tadi kembali berdebar. Ardini menyarungkan semula tudung di kepala. Beg yang kosong disorongkan ke bawah katil, beg yang masih berisi pakaian ditolak merapati almari bagi memudahkan dia menyambung semula tugasnya kemudian. Baju-bajunya hanya sebahagian yang dibawa, selebihnya masih ditinggal di kolej. Sebelum ke rumah Datuk Hassan dia telah berpesan kepada Hilda dan Kak Murni untuk tolong membawa keluar barang-barangnya dari bilik setelah habis semester. Bila ada kelapangan dia akan pergi mengambil sendiri barang-barangnya daripada mereka berdua. Ardini melangkah lemah ke tangga, perasaan cuak masih berbaki lagi. Dia perlahan-lahan menuruni anak-anak tangga. Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah dilihatnya Izhar sedang leka menonton siaran HBO. Menyedari kehadiran Ardini, Izhar mematikan TV. Dia mahu menyampaikan beberapa perkara kepada Ardini terlanjur Ardini menjadi isterinya. Duduk. Sepatah Izhar bersuara. Ardini hanya menurut, dia mengambil tempat setentang dengan Izhar.
81
Aku Untukmu
Ada perkara yang I nak bagitau sepanjang you duduk di sini. Izhar memulakan bicara. Ardini hanya mendiamkan diri, mendengar sahaja bait-bait kata yang terluah daripada bibir Izhar. Matanya dilarikan ke bawah, tidak mahu menentang mata tajam Izhar. Sungguh dia berasa takut bertentang mata dengan lelaki itu. Terlanjur you dah jadi wife I, ada beberapa benda yang I nak you tahu dan yang I nak you buat. Izhar memberitahu. Dia duduk menyilang kaki dengan tubuhnya disandarkan pada sofa. Izhar memandang ke arah Ardini walaupun jelas di matanya Ardini melarikan wajah dan masih takut-takut. Dia tidak peduli, yang penting mesejnya sampai. Dia mula menyatakan syaratnya. Pertama, kalau dulu baju I hantar dobi, since you dah ada... you akan ambik alih tugas membasuh dan menggosok baju-baju I. Baju-baju kotor I akan letak dalam bakul tepi bilik. Setiap pagi you ambik dan basuh. Kalau dah siap lipat dan iron gantung aje kat depan bilik I. Kedua, kalau dulu I breakfast and dinner kat luar. Starting from tomorrow, youll cook for me. Make sure you wake up before seven oclock sebab I akan sarapan tepat jam tujuh pagi. For this week, masaklah apa pun tapi pastikan bukan makanan berlemak dan berminyak, I tak suka. Weekend next week kita akan balik ke rumah parents I. I nak you belajar memasak daripada mama I. Belajar apa yang I suka dan tak suka makan. Ketiga, setiap bulan atas arahan papa, I akan bagi you gaji sebanyak RM2,000. Suka hati you macam mana you nak belanja duit tu. Keempat, my room is a restricted area. So, jangan pandai-pandai masuk unless I give you permission to do so atau ada emergency case sahaja. Lastly, semua tugas maid I yang dulu, you akan buat. Do I make myself clear? Izhar menerang panjang lebar.
82
Tulip Ungu
Ardini yang sedari tadi hanya mendengar mengangguk tanda faham. Sepatah perkataan pun tidak keluar daripada bibirnya. Dia faham dengan arahan Izhar dan dia akan sedaya upaya memenuhi kemahuan Izhar. Buat masa ini, itu sahaja yang boleh dilakukannya. Bersetuju dengan setiap kata-kata Izhar. One more thing... for your information, papa bayar ibu tiri you RM20,000 untuk you jadi isteri I. So, jangan siasiakan duit yang papa I keluar tu. Izhar bersuara sinis. Dia ingin Ardini tahu tentang itu, biar Ardini sedar akan statusnya di situ. Mendengarkan kata-kata Izhar, Ardini bangkit dari sofa. Sebak hatinya mendengar pengakuan Izhar. Benarkah Datuk Hassan membelinya untuk dijadikan isteri Izhar? Dia tidak mahu berlama di situ, terasa sayu hati dengan kata-kata yang terluah daripada mulut Izhar. Ardini berjalan cepatcepat. Dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu, maka dia akan menyambung semula tugas-tugasnya yang tertangguh tadi. Kebetulan dia masih belum menunaikan solat isyak. Dia bergegas menuju ke anak tangga. Belum pun melangkah jauh, terdengar Izhar bersuara. Kalau nak tidur, jangan lupa kunci pintu... I ni jenis yang berjalan dalam tidur. Izhar meleret senyum puas. Gembira dapat mengenakan Ardini. Ardini mempercepatkan langkah menuju ke anak tangga. Langkahnya diatur laju menuju ke bilik. Sejurus masuk, tombol pintu terus ditekan. Dia cuak dengan ugutan Izhar. Sebelum apa-apa terjadi, dia mengambil langkah berjaga-jaga. Ardini menyambung tugasan mengemas pakaian. Usai mengosongkan beg, dia ke bilik air untuk mengambil wuduk kemudiannya bersembahyang.
83
Aku Untukmu
Selesai melakukan semua perkara, Ardini merebahkan tubuhnya ke katil. Terasa sakit-sakit badan kerana tidak berehat sejak majlis pagi tadi. Ardini membiarkan lampu bilik terpasang terang. Memang itu tabiatnya sejak azali. Dia tidak betah tidur dalam kegelapan. Salah satu daripada kelemahan yang dimiliki, takut akan gelap. Ardini jarang tidur bersendirian. Di kolej tidurnya ditemani oleh Kak Murni dan Hilda. Semasa di kampung, walaupun tidur bersendirian dia tidak takut kerana biliknya berkembar dengan bilik ayahnya. Dinding yang menghubungkan di antara kedua bilik juga hanya separuh, tidak sampai bumbung. Lampu bilik juga dikongsi bersama, hanya diterangi lampu kalimantang. Ardini leka melayani perasaannya sehingga dia terlena. Izhar pula naik ke bilik tatkala jam menginjak ke pukul dua pagi. Dia melayani siaran TV sehingga terleka dengan waktu. Tiba di hadapan bilik Ardini, dilihatnya bilik itu terang dengan cahaya lampu. Dia dapat menangkap kelemahan Ardini yang satu itu. Penakut. Izhar berdesis dalam hati. Perasaan ingin tahu Izhar terhadap ugutannya tadi membuatkan dia memulas tombol pintu perlahan-lahan. Pintu terkunci dari dalam, bibirnya segera mengukir senyum. Tahu takut dengan aku. Senyumnya disimpan, nyata gertakannya memberi kesan kepada Ardini.
TELAH lima hari berlalu sejak Ardini menjejakkan kaki di banglo Izhar. Masih tiada komunikasi di antara mereka. Masing-masing membawa haluan sendiri. Izhar lebih
84
Tulip Ungu
banyak menghabiskan masa di bilik bacaan manakala Ardini meneruskan rutin harian seperti yang diarahkan oleh Izhar. Seperti biasa Ardini menyiapkan makan malam untuk Izhar. Makanan yang siap dimasak akan terus dihidang di meja makan sementara menunggu Izhar turun. Ardini hanya akan makan selepas Izhar makan untuk memudahkan dia mengemas ruang dapur. Ardini kagum dengan ruang dapur Izhar yang luas. Dia yang berasal dari kampung takjub dengan hiasan dalaman rumah Izhar yang lengkap serba-serbi, lantas dia mengaitkan kekaguman itu dengan Datuk Hassan. Datuk Hassan merupakan seorang yang berpengaruh dalam dunia perniagaan. Dengan kedudukan itulah, tempiasnya dapat dirasai oleh Izhar. Segala kemewahan Datuk Hassan tertumpah kepada Izhar selaku anak tunggal. Jika dibandingkan dengan dirinya bagai langit dengan bumi jarak antara mereka. Dalam Ardini leka mengamati ruang dalam dapur, dia dikejutkan dengan kehadiran Izhar. Ardini baru berkira-kira untuk menapak ke ruang tamu, namun Izhar menyapa dari meja makan. Duduk dulu, ada benda I nak cakap sikit, kata Izhar. Ardini hanya menurut. Salah satu kerusi paling hujung ditarik, mengelak daripada bertentang mata dengan Izhar. Dia berkira-kira untuk duduk tetapi lekas disapa oleh Izhar dengan sinis. Duduk depan I. I cuma nak makan, takde niat lain. Ardini menolak semula kerusi, lambat-lambat dia mengambil tempat di depan Izhar. Makan sekali. Izhar mengarah, menyenduk lauk-pauk ke pinggannya. tangannya
85
Aku Untukmu
Takpelah, saya makan kemudian. Ardini bersuara lambat-lambat, antara dengar dengan tidak. Ambik pinggan, makan dengan I. Kali ini Izhar bersuara lebih tegas. Tidak suka Ardini meningkah katakatanya. Ardini bingkas bangun menuju ke dapur, mendapatkan pinggan lain. Bila lelaki itu bersuara tegas, dia mula kecut perut. Segala arahan diturut tanpa banyak bicara. Setibanya di meja, terus disenduk nasi dan lauk. Makanan yang disuap terasa tersekat di kerongkong. Terasa janggal makan berdua dengan Izhar. Petang esok balik rumah parents I. Kata-kata Izhar lebih kepada makluman kepada Ardini. Pukul menyoal. Lepas solat Jumaat. Izhar menjawab ringkas. Dia meneruskan suapan, tetap berselera seperti biasa. Untuk seketika tiada bicara di antara mereka, hanya sunyi sepi. Apa yang you harap daripada perkahwinan ni? Izhar memecah kesunyian di antara mereka. Ardini tidak menjawab, lama ditenung nasi di atas pinggan. Tidak menyangka Izhar akan bertanyakan soalan seumpama itu. Dia hanya mendiamkan diri, tiada jawapan untuk soalan Izhar. Yang pasti dia cuma mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan itu. I tak harapkan apa-apa, I terima pun sebab papa paksa I. Satu hari nanti I akan akhiri juga semua ni. Izhar bersuara selepas Ardini sunyi tanpa jawapan. berapa? Ardini memberanikan diri
86
Tulip Ungu
Ardini terpanar dengan kata-kata Izhar. Nasi yang ditelan terasa lekat di kerongkong. Namun, perasaan sayu di hatinya tidak dizahirkan pada riak muka. Dia hanya menunduk memandang nasi walhal dalam hatinya terasa sedih dengan kata-kata Izhar. Belum pun seminggu melayari alam rumah tangga, Izhar telah pun memutuskan pengakhiran hubungan mereka. I tak nak you harapkan apa-apa daripada perkahwinan ni. You bukan pilihan I dan I tak mungkin dapat terima you. Izhar meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Ardini hanya menjadi pendengar yang setia walaupun setiap bait kata Izhar sangat mengguris hatinya. Terasa dirinya seperti bola yang ditendang ke sana dan ke mari. Mudah benar Izhar meluahkan kata-kata seolah-olah dia tiada hati dan perasaan. Terasa dadanya sebak namun air mata ditahan daripada mengalir. Masih jauh perjalanan hidupnya dan dia harus kuat. Dia tidak akan tersungkur sebelum berjuang. Izhar bangun setelah selesai makan. Langkahnya diatur menuju ke ruang tamu. Apa yang terbuku di hati telah disampaikan kepada Ardini. Ardini dirangkul perasaan sayu sendiri. Dia kini jelas dengan perasaan sebenar Izhar terhadap dirinya dan mulai saat itu dia akan mengikut rentak Izhar. Tiada guna dia meraih cinta pada yang tidak sudi memberi. Kata-kata Izhar begitu meruntun jiwanya. Dia hanya mampu bertahan sehingga Izhar menetapkan garisan penamat mereka. Lama bermenung di meja makan, Ardini bingkas bangun. Dia meneruskan rutin seperti biasa dalam kegalauan perasaan yang berbaur. Lama-lama dia rasa terpujuk sendiri. Bukan sekali dia diduga, sudah berkali-kali dan setiap kali itu
87
Aku Untukmu
dia tetap tabah. Allah hanya menguji pada setiap yang dikasihi, Ardini memujuk diri sendiri.
ARDINI memasukkan beberapa helai pakaian dan telekung ke dalam beg sandangnya. Izhar tidak memaklumkan berapa lama mereka akan berada di rumah Datuk Hassan jadi Ardini hanya bersedia. Selesai menguruskan semuanya Ardini menjengah dari balkoni bilik, dilihatnya Izhar telah pun bersedia menunggu dengan enjin kereta yang telah dihidupkan. Ardini cepat-cepat melangkah turun. Di dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Izhar memasang radio kereta, cuba menghilangkan kejanggalan suasana. Siaran Red.fm menjadi pilihan Izhar. Kedengaran celoteh DJnya dalam Bahasa Inggeris. Tidak lama kemudian lagu Truly Madly Deeply nyanyian Savage Garden dimainkan. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Setibanya di rumah Datuk Hassan, mereka disambut oleh Datin Rohana. Kelibat Datuk Hassan tidak kelihatan. Ardini menyalami tangan Datin Rohana seraya mencium tangan ibu mentuanya itu. Dia tidak janggal kerana Datin Rohana mesra dengannya sejak awal perkenalan lagi. Masuk la. Duduk dulu, sekejap lagi Mak Tom bawa air. Datin Rohana membuka bicara. Ardini hanya mengangguk tanda faham dengan kata-kata Datin Rohana. Papa mana mama? Ardini berbasa-basi. Terasa janggal memanggil Datin Rohana dengan panggilan mama. Sejak majlis kahwin, dia belum sempat bermesra dengan Datin Rohana dan Datuk Hassan.
88
Tulip Ungu
Ardini melabuhkan punggung di sofa apabila Datin Rohana terlebih dulu duduk sementara Izhar menghilangkan diri di luar banglo. Mungkin tidak berminat untuk menyertai perbualan mereka. Papa dah ke pejabat lepas solat Jumaat tadi. Datin Rohana menjawab persoalan Ardini. Sejak kahwin, baru hari ni dapat berbual mesra. Datin Rohana menyambung. Betul tu. Ardini mengiakan kata-kata Datin Rohana, bibirnya meleret senyum. Apa mimpi Izhar bawak Dini hari ni? Setahu mama dia tu payah nak buat benda-benda macam ni. Sejak balik dari UK dia memang suka berdikari, dah tak nak duduk sebumbung dengan mama. Kalau mama suruh baru dia datang jenguk mama, itu pun kena call banyak kali. Katanya nak belajar hidup sendiri, terang Datin Rohana serba sedikit tentang tingkah laku Izhar. Izhar mintak Dini belajar masak daripada mama. Ardini memberitahu ringkas tujuan kedatangan mereka. Patutlah kalau takde udang di sebalik batu, takkan dia senang-senang nak datang, seloroh Datin Rohana. Ardini hanya tersenyum sebaris mendengar katakata Datin Rohana. Sebenarnya mama rindu nak bising-bising sikit di rumah ni, tak sangka pulak jodoh Izhar dah sampai. Dini selalu-selalu la datang sini, tak la mama sunyi sangat. Mudahmudahan cepat dapat anak, boleh la mama main dengan cucu pulak. Sambung Datin Rohana. Dia tersenyum manis, membayangkan dirinya melayani keletah cucunya nanti. Ardini hanya meleret senyum. Kata-kata Datin
89
Aku Untukmu
Rohana mengundang kegalauan hatinya. Mana mungkin impian Datin Rohana akan jadi kenyataan dengan kekeruhan hubungan dia dan Izhar. Namun kegundahannya tidak dizahirkan, sekadar bermain di hatinya sendiri. Dalam mereka asyik berbual mesra, Izhar mendatangi dari ruang halaman rumah. Bergerak menuju ke anak-anak tangga. Dia tidak berhajat menyertai perbualan bersama Datin Rohana dan Ardini. Melihat kelibat Izhar melintasi ruang tempat mereka duduk, Datin Rohana bersuara. Har tidur sini ke? Walaupun Datin Rohana tahu Izhar tidak mungkin akan bermalam di banglonya, namun dia tetap bertanya. Memang Izhar jarang menghabiskan masa malamnya bersama dia dan Datuk Hassan. Alasan yang selalu diberikan ialah dia perlu menyiapkan kerja pejabat yang tidak pernah habis. Banyak kerja la ma. Izhar menjawab ringkas. Mama belum puas sembang dengan Dini. Lagipun kalau nak belajar memasak, mana cukup dua tiga jam. Datin Rohana meluah rasa hati seraya mengemukakan pendapat. Dini tidur sini, pagi Ahad Har datang ambik. Izhar memberitahu perancangannya walaupun keputusan itu dibuat tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Ardini. Elok la macam tu. Datin Rohana memandang Ardini, bibirnya meleret senyum. Seronok apabila dia ada teman hujung minggu itu. Datin Rohana menyambung perbualan bersama Ardini. Sekali-sekala terdengar mereka ketawa mesra. Datin Rohana gembira apabila Ardini berkunjung ke rumahnya. Terasa kesunyiannya terubat. Sememangnya dia amat merindui kehadiran seorang anak perempuan tetapi sejak
90
Tulip Ungu
didiagnosis dengan ketumbuhan di rahim, harapan untuk memiliki anak perempuan musnah. Rahimnya terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawanya.
DATIN ROHANA menyisir rambutnya di cermin meja solek sementara Datuk Hassan sedang leka membelek majalah perniagaan di tangan. Bang, Ana rasa Dini tu memang anak yang baik. Datin Rohana melirik ke arah Datuk Hassan melalui cermin di meja solek. Emmm... sebab tu abang pilih dia. Datuk Hassan bersuara sambil menanggalkan cermin mata, majalah diletak di atas meja di sisi katil. Tak salah abang pilih dia.... Datin Rohana bangkit menghampiri katil lalu merebahkan tubuh di sebelah Datuk Hassan. Abang kenal keturunan dia. Datuk Hassan berkata sambil merenung jauh siling rumah. Perlakuannya ditiru oleh Datin Rohana. Abang tak pernah cerita tentang ayah Dini. Datin Rohana cuba mencungkil cerita yang tidak pernah diberitahu kepadanya mengenai arwah Mohd Nasir. Datin Rohana pun tidak pernah meminta diceritakan kisah di antara suaminya dan Mohd Nasir. Cuma selepas mengenali Ardini, dia berminat untuk mengetahui cerita di sebalik perhubungan suaminya dan arwah ayah Ardini. Abang terhutang nyawa pada arwah Nasir. Datuk Hassan menjawab ringkas. Dia termenung jauh, mengenang kembali kejadian yang telah berlaku bertahun-tahun dulu.
91
Aku Untukmu
Datin Rohana hanya menjadi pendengar, tidak berniat untuk mengganggu bicara suaminya. Arwah Nasir pernah selamatkan abang daripada menjadi mangsa korban samun. Masa tu abang baru selesai keluarkan duit di bank, duit yang abang nak gunakan untuk mula buka perniagaan dulu. Tak sangka dalam perjalanan balik dari bank, ada sekumpulan lelaki bermotosikal yang datang serang abang. Masa tu teruk abang kena pukul, sampai tak mampu berdiri. Masa tu la, arwah Nasir datang selamatkan abang. Dia pukul semua penyamun dengan kayu sampai semuanya lari. Dia yang bawa abang ke klinik, tunggu sampai doktor check abang. Nasib baik Nasir datang tepat pada masanya. Kalau tidak, tentu abang pun dah takde lagi. Sejak tu hubungan abang dengan arwah Nasir akrab. Jasa-jasa dia tak mampu abang nak balas. Walaupun selepas dia takde ni, abang masih terasa berhutang dengan dia. Datuk Hassan menerang panjang lebar. Ada sebak dalam tutur bicaranya. Memang Dini pilihan terbaik untuk Izhar. Datin Rohana menyahut. Melalui cerita suaminya, dia mengaitkan kebaikan arwah Nasir dengan Ardini. Insya-Allah. Datuk Hassan menyambut sepatah kata-kata isterinya. Dalam hati dia berdoa.
92
Tulip Ungu
Bab 8
ELAH seminggu Ardini berada di rumah Izhar. Hari ini Izhar akan memulakan tugasan di pejabat, Ardini bangun awal-awal lagi. Usai mandi dan bersolat dia terus turun ke bawah, menyediakan sarapan pagi untuk Izhar. Sejurus tiba di dapur, Ardini membuka peti sejuk. Empat biji telur dikeluarkan. Dua biji direbus, dua biji lagi digoreng hancur tanpa minyak. Ardini mengeluarkan roti Gardenia dan disapu mentega kacang serta jem strawberi. Air Milo dibancuh separuh teko. Dia masih sibuk di dapur semasa Izhar turun ke meja makan. Melihat Izhar telah bersedia di meja makan, Ardini bergegas menghidang makanan dan menyediakan air. Air apa? Izhar menghidang di atas meja. bertanya sejurus Ardini
Milo. Ardini menjawab sepatah. I tak nak, buat Nescafe. Izhar mencapai roti yang disapu mentega kacang dan menyuap ke mulut. Ardini bersegera ke dapur, membancuh secawan
93
Aku Untukmu
Nescafe O untuk Izhar. Setelah siap, air tersebut diletak di hadapan Izhar. I cakap nak Nescafe O ke? Izhar menyoal Ardini, kening sebelah dijongket tatkala memandang Ardini. Awak tak cakap apa-apa. Ardini bersuara serba salah. Memang Izhar tidak berpesan apa-apa semasa menyuruh dia membuat air tadi. Lain kali tanya dulu. Izhar bersuara sinis. Sengaja dia mahu menyakiti hati Ardini. Saya tak tahu pulak... balas Ardini dalam nada mengendur. Pergi buat yang lain, Nescafe susu. Belum sempat Ardini bersuara, Izhar telah mengarah. Ardini melangkah semula ke dapur, menyediakan air yang diminta sejurus dia membawa air yang dipesan ke hadapan Izhar. Izhar meneguk perlahan, tiba-tiba Kau nak bunuh aku ke?! Nyaring suara Izhar melantun ke segenap pelosok banglonya. Air di dalam mulut disembur. Ardini panik, tidak tahu apa yang perlu dibuat ketika itu. Dia tergesa-gesa ke dapur untuk mengambil tuala. Sampai di meja makan dia terus mengelap kemeja Izhar yang kotor terkena air Nescafe. Baru menyapu dua tiga kali, tuala di tangannya dirampas kasar oleh Izhar. Ardini hanya membiarkan. Dia berdiri tegak di hadapan Izhar, hanya menunduk ke lantai. Yang tercegat kat situ buat apa? suara Izhar meninggi. Memang semua yang terjadi sebahagian daripada perancangan jahatnya.
94
Tulip Ungu
Ardini masih berdiri tegak, menunggu arahan Izhar. Kecut perutnya bila Izhar meninggikan suara. Pergi buat yang lain. Izhar mengarah lagi. Ardini berlari-lari anak ke dapur, menyediakan secawan lagi air yang sama. Kali ini dirasa terlebih dahulu walaupun dia sendiri tidak tahu kesilapan yang telah dilakukan pada air tadi. Dia bimbang perkara tadi berulang. Kemudian, ditatang cawan ke ruang makan namun setibanya di situ, kelibat Izhar sudah tidak kelihatan. Yang kedengaran hanya deruman kereta meninggalkan pekarangan rumah. Ardini pelik dengan tingkah laku Izhar. Selama seminggu yang lalu, Izhar tidak pula berperangai begitu. Segala apa yang disediakan tidak pernah dikomen. Tetapi hari ini sikapnya jauh berbeza. Ardini menggeleng, hanya membiarkan persoalan itu berlalu. Dia meneruskan tugastugasnya. Izhar tersenyum gembira, hatinya puas apabila melihat Ardini kelam-kabut. Peristiwa di ruang makan diulang tayang, bibirnya menguntum senyum lebar. Memang dia sengaja merencana peristiwa tadi. Sengaja mahu mengenakan Ardini. Sepanjang pemanduan dia hanya meleret senyum puas. Tiba di pejabat, senyuman masih tidak lekang daripada bibirnya. Dia masuk ke bilik lalu duduk menyandar di kerusi. Pandangan dibuang ke siling pejabat, bibirnya masih mengukir senyum. Rayyan yang menyedari kehadiran Izhar meluru ke pintu bilik. Pintu bilik Izhar dikuak dari luar. Dia yang perasan akan perubahan riak Izhar mula menegur. Ceria nampak? Aura pengantin baru ke? Rayyan berseloroh, matanya dilirik ke arah Izhar.
95
Aku Untukmu
Emmm. Izhar menjawab sepatah, memang dia ceria tapi bukan kerana baru berkahwin tetapi baru dapat mengenakan Ardini tadi. Senyum di bibir lekas-lekas dibuang. Matanya terarah kepada Rayyan. Apa yang gembira sangat? Kata kena paksa kahwin, tapi senyum makin lebar, giat Rayyan, dia masuk seraya duduk di hadapan Izhar. I bukannya gembira sebab tu, I gembira sebab dapat sakat perempuan tu. Izhar membalas, tidak mahu Rayyan salah sangka dengan senyumannya. Jangan selalu-selalu sakat, takut lama-lama terus melekat, terpikat, seloroh Rayyan. Ketawanya pecah. Takde maknanya I nak terpikat. Bukan taste I la bekas orang ni. Tak nak I jadi pak sanggup, jilat ludah orang. Izhar bersuara sinis. Hilang moodnya mendengar seloroh Rayyan yang tak bertempat itu. You jangan cakap macam tu, kita kan hanya mampu merancang, yang menentukan di atas sana. Nada Rayyan sedikit mengendur. Jari ditujah ke atas. Cuba memberi nasihat kepada Izhar. Pandai la nasihat I, yang you tak datang majlis I kenapa? soal Izhar, mengubah topik perbincangan. Memang kelibat Rayyan tidak kelihatan pada hari kahwinnya. Kan ke I outstation seminggu, you dah lupa ke? Papa kesayangan you yang suruh. Its either you or me. Takkan nak suruh you pulak, tak jadilah majlis, pengantin lelaki takde. Rayyan bersuara, nadanya dileretkan sengaja mahu menyakat Izhar. Bila nak perkenalkan wife you? Rayyan bersuara lagi bila Izhar membisu.
96
Tulip Ungu
Lain kali la, sekarang I tengah sibuk dengan paper project yang tak siap-siap lagi ni. Ada tiga lagi pending, terang Izhar ringkas, malas bila isu kahwinnya dipanjangkan. Sibuk dengan paper project atau sibuk dengan wife? giat Rayyan lagi. You, kalau nak sakat-sakat I, baik keluar sebelum ada yang kena makan kasut. Izhar mengugut, bengkak hati disakat-sakat begitu. Okeylah I keluar, tak nak ganggu orang tengah berdarah manis. Rayyan mengangkat kedua-dua tangan seraya bangun meninggalkan Izhar dalam ketawa. Merah muka Izhar menahan marah. Sempat dia membaling pen di tangan ke arah Rayyan namun Rayyan cepat mengelak dan terus meninggalkan bilik Izhar.
97
Aku Untukmu
Bab 9
EBULAN berada di banglo Izhar membuatkan Ardini bosan. Dia tidak pernah keluar dari banglo itu. Hatinya meronta-meronta untuk keluar. Hubungan dengan Izhar masih seperti awal pertemuan mereka. Jarang ada komunikasi, kalau ada pun hanya berkisar perkara yang penting-penting sahaja. Kadang-kadang arahan Izhar hanya dibalas dengan anggukan sahaja. Sejak peristiwa malam perkahwinannya, dia jarang meningkah arahan Izhar. Marah Izhar seperti tiada surutnya. Izhar juga sering mengelak daripada bertembung dengan Ardini. Kadang-kadang Ardini tidak tahu apa yang terbuku di hati Izhar. Sedangkan dia juga perlu tahu tentang status hubungan mereka. Kadangkala Ardini berasa sedih dengan layanan Izhar namun air matanya berjaya dikawal sebaik mungkin. Dia sudah lama berhenti menangis. Diajarkan hatinya untuk tabah dan sabar dengan ujian dan dugaan. Air matanya kering saat kehormatannya diragut dulu. Air matanya juga kering apabila ibu tirinya melayannya dengan
98
Tulip Ungu
buruk dan air matanya terus kering saat dia menangisi pemergian ayah yang sangat dikasihi menghadap Ilahi. Jika dibandingkan dengan layanan Izhar terhadapnya, luka itu hanya sekelumit, tidak berbekas di hati. Perasaannya sudah dibius saat keperitan menguliti dirinya. Dia mengajar dirinya untuk kuat dan tabah dengan ujian. Tangisannya hanya dalam doa yang dititipkan. Dia akan reda dengan ketentuan untuknya. Dia tahu segala perancangan Allah merupakan yang terbaik untuk dirinya. Namun sampai bila dia akan bertahan, Ardini sendiri tidak pasti. Dia hanya mampu berdoa.
ARDINI baru usai bersolat isyak. Dia duduk termangu di birai katil, merenung jauh... memikirkan hala tuju perkahwinannya bersama Izhar. Dia tidak pasti sampai bila harus berkeadaan begitu, digantung tidak bertali oleh Izhar. Lamunan Ardini terhenti apabila dia terdengar bunyi mesej yang masuk ke telefon bimbitnya. Ardini bangkit daripada duduk, melangkah lemah ke meja solek bagi mendapatkan handphone. Dia membuka inbox, ada pesanan ringkas daripada Kak Murni. Dini, sorry lmbt SMS. Brg2 Dini akak dah bwk blk ke rmh sewa baru akak. Bila2 Dini ada masa, dtgla ambk. Tp bln ni akak sibuk - tgh apply keja. Mgkn bln dpn ke. Nnti akak bgtahu smula. Akak bgtahu almt skali.
99
Aku Untukmu
Mesej daripada Kak Murni dibaca sekilas. Untuk seketika Ardini tersenyum, dia berasa bertuah kerana memiliki kawan seperti Kak Murni. Kak Murni sering melayan dia dengan baik. Pelbagai bantuan dihulur tatkala Ardini memerlukan. Ardini mengimbas kenangan meraikan hari raya bersama keluarga Kak Murni. Keluarga Kak Murni juga baik, sering melayani dia dengan istimewa setiap kali dia berkunjung terutamanya pada cuti semester. Dia dilayan bagai keluarga sendiri. Keluarga Hilda juga begitu. Ardini sempat meluangkan cuti raya bersama keluarga Hilda tahun lepas. Dia siap dihadiahkan persalinan yang sedondon dengan keluarga Hilda. Ardini meleret senyum. Kenangan bersama keluarga Kak Murni dan Hilda benar-benar menggamit memorinya. Dia terharu menerima layanan baik daripada mereka. Kadang-kadang ada cemburu bertamu di hati tatkala melihat kawan-kawannya mempunyai keluarga yang bahagia. Ardini memegang kejap handphonenya, mesej daripada Kak Murni dibalas. Thanks kak, Dini hrgai prtolongan akak. Bla free akak SMS la, Dini akn pegi ambk brg2. syg akak.
SETELAH selesai mendraf kertas kerja untuk diserahkan kepada Datuk Hassan, Izhar berkira-kira untuk keluar makan tengah hari. Dia bangun, melangkah keluar dari bilik. Langkahnya diatur menuju ke bilik Rayyan. Dia berhajat mengajak Rayyan untuk makan sekali. Tiba di depan pintu
100
Tulip Ungu
bilik Rayyan, Izhar mengetuk dua tiga kali. Sebaik sahaja mendengar Rayyan menyahut, pintu dibuka dari luar. Rayyan menggamit Izhar, menzahirkan arahan untuk Izhar terus masuk. Jom lunch, usul Izhar. Memang dia biasa mengajak Rayyan keluar menemaninya makan. Give me ten minutes, nak clear desk dulu. Rayyan menyusun fail-fail di atas meja. Okey, I tunggu kat basement, naik kereta I. Izhar berlalu setelah meninggalkan pesanan kepada Rayyan. Rayyan bergegas turun setelah mengemas mejanya. Dia turun ke tingkat paling bawah. Dia melajukan langkah apabila terlihat kereta Izhar yang telah dihidupkan enjin. Rayyan mengambil tempat di tempat duduk penumpang di sebelah Izhar. Selang beberapa minit, kereta meluncur laju meninggalkan Wisma DH Holdings. Nak lunch kat mana? Rayyan memecahkan kesunyian di antara mereka. Tempat biasa. Izhar menjawab Pemanduan diteruskan ke destinasi tujuan. ringkas.
Tiba di restoran Chicken Rice Shop, Mid Valley, kedua-dua mereka mengambil tempat. Rayyan memanggil seorang pelayan dan menyatakan pesanan. Tak bosan ke hari-hari makan sini? Rayyan membuka bicara. Macam tak tahu... favourite I, kan? Izhar memberi jawapan mudah. Tapi kan sejak you kahwin, dah jarang keluar makan dengan I. Rayyan menggiat, sengaja memancing amarah Izhar. Matanya dikerling ke arah Izhar.
101
Aku Untukmu
Bini duduk rumah buat apa? Memasak la, jimat duit, tukas Izhar dalam nada yang sinis. Marah bila hal Ardini dibangkit oleh Rayyan. Orang ada bini bertuah la. I ni jugak yang Lone Ranger. Rayyan tambah menggiat, buat tidak faham dengan kata-kata Izhar. Izhar hanya mendiamkan diri. Malas melayani katakata Rayyan. Semakin dilayan, makin berlarutan. Selang lima belas minit berlalu, pelayan menghampiri mereka dan meletakkan pesanan makanan. Mereka meneruskan makan tanpa bicara. Hanya sesekali terdengar Rayyan menggiat, Izhar hanya membiarkan. Dia tidak kuasa melayani kata-kata Rayyan yang semakin menjadi-jadi. Usai menjamah makan tengah hari, Izhar membuka semula bicara yang terhenti. Nak ikut I? soal Izhar ringkas. Mana? soal Rayyan, membalas soalan Izhar. Kedai DVD. Izhar menjawab ringkas. Buat apa? Rayyan bersoal pelik. Tidak pernah Izhar mengajaknya ke kedai DVD sebelum ini. Makan! Izhar menjawab dengan jawapan loyar buruk. Sebal dengan soalan Rayyan yang tidak masuk akal. Cakap betul-betul la. Rayyan bernada serius. Memang dia masih keliru dengan tujuan Izhar. Beli DVD la, soalan macam tu pun nak tanya ke? Izhar memulang paku buah keras. Ai sejak bila minat tengok DVD ni? soal Rayyan pelik.
102
Tulip Ungu
Sejak kahwin. Izhar menjawab ringkas, bibirnya meleret senyum. Pecah ketawa Rayyan. Izhar bangun menuju ke kaunter, dia membayar harga makanan. Rayyan pelik. Belum pernah dia lihat Izhar begitu. Nak cari DVD apa? soal Rayyan. Dia melangkah cepat-cepat menyaingi langkah Izhar. Ghost stories or horror movies. Izhar menyimpan senyum. Dalam hatinya merancang sesuatu. Sejak kahwin ni, I tengok you dah banyak berubah. Kalau dulu serius, dingin. Sekarang dah boleh senyumsenyum sendiri, minat pun benda-benda pelik. Rayyan bersuara mengusik temannya. Izhar memberhentikan langkah, tubuhnya dipusing menghadap Rayyan. You kalau nak merepek-repek, pergi tunggu dalam kereta. Okeylah, I senyap. Rayyan mengunci mulut apabila menyedari riak muka Izhar yang seperti hilang sabar dengan kata-katanya tadi. Tiba di kedai DVD, Izhar membelek-belek beberapa keping DVD cerita seram. Rayyan hanya membuntuti Izhar dari belakang. Dia mendiamkan diri, tidak berani menyampuk setelah ditempelak oleh Izhar tadi. Izhar memegang beberapa keping DVD, bibirnya kembali meleret senyum. You nak beli semua tu ke? Rayyan menyoal pelik, matanya dikerling ke arah tangan Izhar yang memegang kejap beberapa kepingan DVD.
103
Aku Untukmu
Ya, rancangan jangka panjang. Izhar menjawab ringkas. Dalam hatinya dia tersenyum riang sementara Rayyan hanya mengangkat kening dan menjongket bahu. Izhar terus membayar harga DVD di kaunter. Langkahnya diatur laju menuju kereta. Rayyan berlari anak, menyaingi langkah laju Izhar. Izhar mengerling tujuh keping DVD di tangan, senyumannya melebar. Apabila mereka masuk ke perut kereta, enjin dihidupkan. Kereta Izhar meluncur laju meninggalkan Mid Valley. Perancangan rapi telah disusun dalam kepalanya. Senyuman di bibir masih terukir kemas. Game On. Getus hati Izhar. Rayyan yang memandang pelik tingkah laku Izhar hanya mampu menggeleng-geleng kepala.
IZHAR sengaja pulang lewat hari itu. Turun sahaja dari kereta, langkahnya laju menuju ke arah fius utama banglo dua tingkat itu. Terselit rancangan nakal untuk mengenakan Ardini dalam kepalanya. Senyumannya dileret untuk entah keberapa kali. Dia pasti Ardini masih sibuk di dapur kala itu. Izhar berdiri betul-betul di hadapan fius utama. Kotak fius dibuka perlahan-lahan. Beberapa fius dipilih dan jarinya pantas menolak fius ke mode off. Bila selesai dia kembali ke kereta, mengambil briefcase dan melangkah ke pintu utama banglo. Senyum di bibir masih belum mampu dibuang. Idea jahat berlegar-legar di kepalanya. Ardini mengerling jam di ruang tamu. Jarum jam
104
Tulip Ungu
telah menginjak ke nombor lapan. Kelibat Izhar masih belum kelihatan. Dia tidak pasti kenapa Izhar pulang lewat hari itu. Tadi dia terdengar bunyi kereta tetapi Izhar masih belum masuk ke rumah. Ardini mula menghidang makanan di meja. Sedang dia menyusun lauk-lauk di meja makan, tiba-tiba dia terperanjat apabila lampu di tangga dan tingkat dua banglo itu terpadam. Dia menuju ke arah tangga, ruang di tingkat atas dijengah, yang ternampak hanya gelap. Ardini berpaling untuk kembali ke meja makan. Sejurus memusing badannya, Ardini terperanjat bila Izhar tiba-tiba berdiri di belakangnya. Jantungnya berdegup kencang. Kenapa? Izhar buat-buat tanya. Senyumnya disimpan. Lampu tingkat atas tiba-tiba padam. Ardini menjawab ringkas. Dadanya diurut lembut, terperanjat dengan kemunculan Izhar secara tiba-tiba itu. Fius terbakar la tu. Esok I suruh technician datang tengok. Izhar menjawab ringkas. Dalam hatinya menguntum senyum melihat wajah cuak Ardini. Ardini bergerak ke tepi apabila Izhar mengatur langkah ke anak-anak tangga menuju ke tingkat atas sementara Izhar mengukir senyuman lebar di belakang Ardini. Selang lima belas minit Izhar turun semula ke tingkat bawah. Di tangannya tersisip kemas satu plastik hitam kecil. Langkah diatur laju menuju ke ruang tamu, terus ke meja panjang di bawah televisyen berskrin rata. Dia meletakkan plastik tadi lalu menghilang ke meja makan. Dalam kepala dia menyusun rancangan untuk mengenakan Ardini malam itu. Usai makan malam, Izhar terus menuju ke sofa
105
Aku Untukmu
ruang tamu. Dia menghidupkan TV. Dijengah Ardini yang masih sibuk mengemas di dapur. Izhar meleret senyum, rancangan nakalnya terlayar di kepala. Izhar pantas memasukkan DVD ke dalam pemain DVD. Butang play ditekan. Dia duduk semula ke sofa, menanti kelibat Ardini melintasi ruang tamu. Memang sudah menjadi kebiasaan Ardini apabila selesai mengemas meja makan, dia akan naik semula ke bilik. Menyedari kelibat Ardini melintasi ruang tamu menuju ke tangga, Izhar cepat-cepat menegur. Tak takut gelap ke? Izhar memprovokasi. Cuba menarik perhatian Ardini. Ardini tidak jadi melangkah. Dikerling ruang atas yang suram dan gelap, hatinya tiba-tiba kecut. Perasaan berani hilang sekelip mata. Duduk la dulu, tengok movie dengan I. Izhar memancing perhatian Ardini. Ardini berpatah balik ke arah sofa, dia mengambil tempat di bahagian kanan sofa. Izhar buat muka selamba. Ardini memandang ke arah TV, kali pertama dia menonton TV bersama-sama Izhar. Dalam hatinya runsing memikirkan tingkat atas yang bergelap. Satu kelemahannya ialah dia takut gelap. Buntu fikirannya memikirkan lokasi tidurnya malam itu. Lamunan Ardini terganggu apabila muzik tema awal cerita kuat bergema. Ardini yang ragu-ragu dengan introduksi cerita yang bakal ditonton membuka mulut. Cerita apa ni?
106
Tulip Ungu
Walaupun kepastian.
berat
mulut,
dia
bertanya
untuk
Ghost story. Izhar menjawab ringkas, matanya tidak berganjak dari kaca TV, senyumnya disimpan. Ardini mengeluh nafas berat. Telahannya benar. Dia paling tak suka menonton cerita hantu. Untuk meninggalkan ruang tamu, dia tidak berani ke tingkat atas sendirian. Dia tiada pilihan lain melainkan turut sama menonton bersama Izhar. Ardini menoleh ke kiri dan kanan, mencari kusyen empat segi yang diletak di sisi kiri dan kanan sofa untuk digunakan sebagai pelindung mata namun satu pun tidak kelihatan. Ardini pelik, seingatnya pagi tadi semasa mengemas, dia ada menyusun kusyen-kusyen tersebut. Sesekali Ardini bangun menjengah di bawah sofa namun tidak juga dia terjumpa. Izhar tersenyum sebaris, dalam hatinya melonjak gembira. Rancangannya menjadi. Ardini yang hilang idea terus menutup muka dengan menggunakan tangannya. Hatinya kecut apabila mendengar kesan bunyi yang menyeramkan. Sekali-sekala dia menutup muka dengan hujung tudung. Nafasnya seakan sesak. Kaca TV hanya diintai melalui celahan jari. Bila muncul wajah hantu cepat-cepat dia menutup kembali matanya. Terasa nafas yang ditarik tersekat-sekat. Izhar yang sedari tadi berpura-pura fokus pada TV sebenarnya menahan gelak daripada terhambur. Dia suka melihat Ardini takut. Dia memang sengaja mahu Ardini kecut perut. Kadangkala dia pun keliru dengan perubahan hobinya itu. Kalau dulu, dia lebih suka menumpukan perhatian pada kerja. Masa yang terluang akan dihabiskan dengan berhibur
107
Aku Untukmu
atau membelek kereta. Tapi kali ini minatnya berubah. Dia lebih suka menghabiskan masa dengan mengenakan Ardini. Melalui cara itu, dia rasa puas. Ardini menarik nafas dalam-dalam apabila cerita habis. Dia menurunkan tangan yang sedari tadi melekap kuat di muka. Terasa tangannya basah dengan peluh. Belum pun hilang kecut perutnya dia mula resah memikirkan untuk ke tingkat atas, solat isyaknya masih tertangguh. Ardini menghela nafas berat. Lama dia termenung, ternyata hatinya dirangkul rasa takut yang tidak berkesudahan. Sebaik sahaja melihat Izhar bangun dan menuju ke arah tangga, Ardini cepat-cepat bertanya. Terasa ringan mulutnya untuk berkomunikasi dengan Izhar. Dia tiada pilihan, hanya Izhar teman yang ada di situ. Kerana rasa takut yang teramat sangat dia bersuara. Awak nak naik atas ke? Ardini memandang Izhar penuh pengharapan. Emmm.... Izhar melangkah ke tangga. menjawab sepatah seraya
Saya nak ikut. Ardini menyambung. Dia bingkas bangun lalu membuntuti Izhar dari belakang. Izhar tidak menoleh, dia berjalan lurus walhal hatinya tersenyum riang. Mulutnya dikawal sebaiknya supaya ketawanya tidak terhambur keluar. Ardini cepat-cepat masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja Izhar menghilang dalam gelap di biliknya. Ardini mencapai telekung, satu bantal dan selimut. Dia tergesa-gesa, bimbang Izhar meninggalkannya di belakang. Sebaik sahaja mendapatkan barang-barang tersebut, Ardini lekas-lekas keluar. Dilihatnya Izhar telah pun melangkah ke anak tangga untuk turun. Ardini berlari-lari anak membuntuti Izhar.
108
Tulip Ungu
Izhar turut membawa kelengkapan tidur, untuk memastikan lakonannya benar-benar berjaya. Melihat sahaja Izhar turut membawa bantal, selimut dan toto, Ardini menegur. Awak tidur bawah jugak? Emmm. Izhar memberi jawapan ringkas. Tak tidur atas ke? soal Ardini lagi. Tergerak mulutnya untuk bertanya. Kan gelap, panas. Izhar menjawab ringkas. Senyumnya disimpan. Tiba di ruang tamu, Ardini terus menapak ke bilik bersebelahan dapur. Nak tidur dalam bilik tu ke? Giliran Izhar pula bertanya, wajahnya dikerutkan. Ye. Ardini menjawab sepatah. Matanya dilirik ke arah Izhar. Soalan Izhar kedengaran pelik. Bukan apa, dulu I pernah dengar baby nangis dalam tu, usik Izhar. Peralatan tidurnya diletak di tengahtengah sofa. Meja sofa dialih ke tepi sudut. Habis tu saya nak tidur mana? Ardini mati akal. Mana-mana asalkan bukan dengan I. Kalau berani tidur la dalam bilik tu. Izhar menjawab sambil matanya diarah pada bilik yang dimaksudkan oleh Ardini tadi. Sengaja menakut-nakutkan Ardini. Setelah mendengar kata-kata Izhar, Ardini mematikan langkah. Dia kembali semula ke ruang tamu. Barang-barangnya dilambak di atas permaidani. Dia bersegera menuju ke singki, mengambil wuduk dalam ketakutan dan cepat-cepat kembali ke ruang tamu untuk menunaikan solat isyak. Izhar telah pun merebahkan tubuh ke atas toto.
109
Aku Untukmu
Usai bersolat, Ardini mengambil selimut dan dibentang di atas permaidani di sudut kanan ruang tamu. Jarak yang memisahkannya dan Izhar hanya enam meter. Rasa takut masih membelenggu jiwa. Ardini tidur hanya beralaskan permaidani. Ardini meletakkan kepala di atas bantal. Tudung di kepalanya masih terlekat kemas. Dia masih belum biasa menanggalkan tudung bila bersama Izhar. Semasa Ardini cuba mencari posisi tidur yang selesa Izhar bersuara. Tak takut ke I berjalan dalam tidur? Izhar mengukir senyum. Ardini memejam rapat matanya, sebahagian selimut ditarik hingga menutupi seluruh badan. Dia hanya bertawakal. Soalan Izhar dibiarkan sepi.
IZHAR terjaga seawal jam lima pagi. Dia bingkas bangun apabila terasa badannya sakit-sakit. Izhar terus menuju ke tingkat atas. Barang-barang yang dibawa turun malam tadi ditinggalkan. Sewaktu melintasi tempat Ardini tidur, Izhar melihat Ardini masih lagi lena walaupun dalam kesejukan. Buat seketika Izhar merenung wajah lembut Ardini. Dia berasa kasihan melihat Ardini berkeadaan begitu. Namun apabila teringat akan tindakan Ardini menerima permintaan Datuk Hassan untuk berkahwin dengannya, Izhar membuang jauh perasaannya itu. Izhar meneruskan langkah menuju ke bilik. Apabila pintu bilik dikuak, dia terus merebahkan tubuh di atas katil. Badannya diurut-urut lembut. Hampir setengah jam dia berkeadaan begitu.
110
Tulip Ungu
Setelah meregang-regangkan tubuhnya, Izhar bangun menuju ke bilik air. Usai mandi dan bersiap-siap untuk ke pejabat, Izhar turun semula ke tingkat bawah. Izhar membiarkan Ardini tidur. Dia berlalu ke halaman rumah, masuk ke dalam kereta dan meninggalkan banglonya. Setibanya di pejabat, Izhar terus menuju ke arah lif. Dia sedang menunggu pintu lif terbuka apabila dia ditegur oleh Rayyan. Kenapa ni? soal Rayyan apabila terlihat Izhar mengurut-urut pinggangnya. Sakit badan. Izhar menjawab ringkas. Malas menceritakan hal sebenar kerana dia tahu Rayyan akan giat menyakatnya lagi. Kenapa pulak? soal Rayyan lagi. Pelik kerana sepanjang perkenalan mereka, Izhar tidak pernah merungut sakit badan. Tak boleh tidur malam tadi, jawab Izhar, malas melayani soalan Rayyan yang semakin melarat-larat. You buat apa sampai tak boleh tidur? giat Rayyan. Dia meleret senyum nakal. Yang you ni tanya soalan pelik-pelik kenapa? Izhar meninggikan nada suara. Tidak mahu terus mendengar soalan pelik Rayyan. Mana la tahu, you dah ada apa-apa dengan wife you. Rayyan bersuara lagi. Dia sekadar berseloroh dengan Izhar. Dalam mimpi aje la. Izhar menjawab kasar. Dia berlalu meninggalkan Rayyan apabila pintu lif terbuka. Malas melayani kerenah Rayyan. Walaupun dia sendiri pelik dengan perubahan yang dialaminya itu, dia tidak
111
Aku Untukmu
pula mengakui kebenaran soalan-soalan Rayyan kepadanya. Memang dia telah banyak berubah sejak berkahwin dengan Ardini.
112
Tulip Ungu
Bab 10
ZHAR hendak keluar ke halaman rumah untuk membasuh kereta. Selalunya pada cuti hari Sabtu begitu dia akan menghantar kereta ke car wash untuk dicuci tetapi pada hari itu dia mengambil keputusan untuk membasuh sendiri kereta. Malam tadi dia sempat berpesan kepada Ardini supaya mengubah kedudukan pasu di halaman rumahnya. Semasa Izhar bangun pagi tadi, kelibat Ardini sudah tidak kelihatan di dapur. Selesai bersarapan pagi dia terus keluar, dilihatnya Ardini telah pun berada di halaman banglo sedang mengangkat pasu-pasu kecil di bahagian sebelah kiri halaman dan dibawa ke bahagian sebelah kanan. Terdapat beberapa pasu yang telah disusun kemas di belakang meja kayu. Izhar terus menuju ke keretanya. Dia masuk ke dalam kereta dan memasang radio sebelum mula membasuh kereta. Melalui cermin tingkap, matanya dilirik ke arah Ardini. Izhar memerhatikan penampilan Ardini. Untuk seketika Izhar tersenyum sinis melihat Ardini.
113
Aku Untukmu
Walaupun telah lama berada di situ Ardini masih mengenakan tudung kepala. Izhar pelik bagaimana Ardini boleh tahan berkeadaan begitu sepanjang masa. Pilihan baju Ardini juga pelik. Ardini sering mengenakan baju kurung longgar yang menutupi seluruh tubuh walhal antara mereka sudah tiada batasan aurat. Izhar menggeleng-geleng kepala. Dia keluar dari kereta untuk mula membasuh kereta. Ardini mengesat peluh di dahi. Telah hampir sejam dia mengangkat pasu-pasu dan dialihkan kedudukan. Ada juga yang digembur-gembur semula tanah yang telah padat di dalam pasu. Ardini menoleh ke hujung halaman, terdapat satu lagi pasu yang belum dialihkan. Ardini bergerak menuju ke hujung halaman. Pasu yang paling besar diangkat. Walaupun berat Ardini menggagahkan diri mengangkat sendiri pasu tersebut. Ardini mengangkat pasu itu perlahan-lahan, kadangkala dia berhenti mengumpul semula tenaga. Jarak yang membezakan hanya beberapa meter sahaja tetapi dengan pasu yang berat, terasa jauh tempat yang hendak dituju. Ardini mengangkat semula pasu, dia mengambil jalan pintas melalui batu-batu kecil yang bertaburan di bahagian tepi halaman. Belum pun sampai separuh jalan, Ardini gagal mengimbangi badan. Dia jatuh terduduk, pasu di tangan jatuh ke hadapan, pecah berdenting apabila berlaga dengan kumpulan batu-batu kecil. Ardini cuba bangun dengan menongkat kedua-dua tangan di kiri kanan badan tapi dia terasa pedih di telapak tangan kirinya. Ardini membawa tangan kiri ke depan, dilihatnya ada darah meleleh daripada telapak tangan. Serentak dengan bunyi kaca jatuh, Izhar berlari ke arah Ardini. Dilihatnya Ardini sudah jatuh terduduk. Dia menapak ke hadapan, melihat keadaan Ardini. Tangan Ardini yang berdarah dipegangnya.
114
Tulip Ungu
Ardini yang masih tergamam merenung lama luka di tangannya. Darah yang mengalir bertambah banyak. Pandangan mata Ardini mulai kabur dan gelap. Ardini jatuh terjelepok di atas tanah. Izhar terperanjat bila Ardini tiba-tiba jatuh pitam. Lantas dia terus mencempung tubuh Ardini dan dibawa ke ruang tamu rumah. Tubuh Ardini direbahkan ke sofa. Tudung kepala Ardini dicabut. Izhar bergegas mendapatkan safety kit. Tangan Ardini yang luka, dilap darahnya dengan kain, disapu dengan ubat luka dan seterusnya dibalut. Selang lima belas minit berlalu, Ardini terjaga. Dia masih keliru. Ardini bangun lalu duduk melunjur. Tangan kirinya terasa pedih. Dilihatnya Izhar sedang duduk di sofa bahagian kiri, menonton TV. Ardini mengangkat tangan kiri yang berbungkus, ditenung lama tangan itu sehingga Izhar bersuara. Sikit aje, jauh daripada mati. Izhar bersuara sinis. Matanya masih fokus pada kaca TV. Ardini hanya mendiamkan diri. Apabila terasa rambutnya seperti dibuai-buai angin dari pintu utama rumah, tangan kanan dibawa ke kepala. Tudung saya mana? Ardini bertanya cemas. Kepalanya dipusing-pusing memeriksa tempat dia duduk. Bukan aurat pun. Izhar menjawab. Fokusnya masih pada TV. Kenapa mengendur. bukak...? Ardini bersuara sedikit
Takde nafsu pun tengok you. Izhar bersuara tanpa memalingkan wajah. Ardini duduk menunduk.
115
Aku Untukmu
Tak percaya tengok cermin. Izhar menyambung. Ardini terdiam. Kata-kata Izhar mengguris hatinya. Ardini bangun, menjengah ke cermin di satu sudut ruang tamu. Rambutnya kusut-masai, getah yang diguna untuk mengikat rambut juga sudah hampir jatuh. Ardini cepatcepat mengikat semula rambutnya. Dia rasa malu sendiri. Rambut hadapan dilurut-lurut. Ardini menyarung semula tudung seraya berjalan laju meninggalkan Izhar ke biliknya. Izhar ketawa sendiri, kelakar melihat Ardini yang kelam-kabut. Muka macam nenek kebayan, siapa ada nafsu. Desis Izhar sendiri dalam hati. Usai membersihkan diri Ardini duduk di birai katil. Kejadian tadi terlayar semula di mindanya. Walaupun nampak dingin dan keras hati, Izhar sebenarnya seorang yang prihatin. Ardini tersenyum sendiri. Sejak dari awal pertemuan dengan Izhar, hati Ardini terasa berdebar-debar bila bersama lelaki itu. Dia pun tidak tahu kenapa tetapi setiap kali mata mereka bertaut Ardini kalah. Dia tidak berani merenung mata Izhar. Senyum Ardini melebar.
116
No. ISBN:- 978-967-0448-05-3 Jumlah muka surat:- 504 Harga Runcit:- S/M: RM20, S/S: RM23 Harga Ahli:- S/M: RM16, S/S: RM19 Sinopsis:Sebagai membalas jasa-jasa Datuk Hassan yang telah membiayai pengajiannya selama empat tahun di universiti, Ardini mengambil keputusan untuk menerima permintaan Datuk Hassan untuk mengahwini anak lelakinya, Izhar walaupun menyedari dirinya ternoda akibat kekejaman lelaki. Namun perkahwinan tanpa kerelaan Izhar itu menyebabkan Izhar membenci Ardini dan melakukan pelbagai perkara selepas berkahwin untuk menyakiti hati Ardini. Bagi Datuk Hassan pula, kejujuran Ardini mengakui status dirinya membuktikan gadis itu memiliki sekeping hati yang tulus. Lantaran itu juga dia tidak teragak-agak untuk
menjodohkan Izhar dengan Ardini. Datin Rohana yang tidak pernah ragu dengan keputusan suaminya, sedia menerima Ardini seadanya. Namun bagi Izhar, semuanya berbeza. Menerima Ardini bukanlah suatu pilihan tetapi lebih kepada paksaan. Kerana bimbang keistimewaan yang dimiliki selama ini ditarik oleh Datuk Hassan, dalam terpaksa dia menerima Ardini. Sepanjang perkahwinannya dengan Ardini, Izhar tidak putus-putus merencana agenda bagi membalas rasa sakit hatinya terhadap gadis itu. Namun dalam Izhar merangka pelbagai cara supaya Ardini mengundur diri dari rumah tangga mereka, Izhar mulai jatuh hati pada gadis itu. Semakin dia membenci, semakin rasa sayangnya bertaut. Tatkala cinta mereka mulai bertaut, Airil muncul semula ke dalam kehidupan Ardini manakala Maya pula tidak jemu-jemu meraih cinta Izhar. Kemunculan Airil menyebabkan Izhar kembali berburuk sangka kepada Ardini sehingga gadis itu melarikan diri dan membuatkan Izhar sakit merindu. Malah Mak Cik Nora yang tidak pernah senang melihat Ardini bahagia telah mencanang cerita palsu. Kemunculan semula Airil juga bakal mendedahkan siapakah dalang di sebalik kejadian hitam yang menimpa Ardini. Siapakah Airil? Dan siapakah dalang di sebalik kejadian hitam yang menimpa Ardini sepuluh tahun yang lalu? Tegarkah Izhar melihat Ardini terus-terusan dihimpit derita sedangkan hatinya sudah bertaut sayang yang tidak bertepi kepada gadis itu? Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku, keegoanmu umpama angin yang
meniup pergi segala rasa cintamu. Andai aku tercipta untukmu, izinkanlah cinta ini bertamu, andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan AKU UNTUKMU di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedaikedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196