Anda di halaman 1dari 3

punca kepupusan flora dan fauna 1.

Pembalakan haram Salah satu punca Pembalak-pembalak haram giat membuat aktiviti pembalakan secara meluas di kawasan yang tidak sepatutunya Pokok-pokok balak tumbang menghempap tumbuhan-tumbuhan kecil yang berada di bawahnya. Keadaan ini boleh menyebabkan tumbuhan renek ini mengalami kepupusan Tiada lagi habitat yang tinggal untuk flora dsan fauna

2. Pembakaran hutan Tidak terkawal boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna Apabila kebakaran hutan terjadi, fauna akan kehilangan tempat tinggal dan flora akan turut terbakar sama Kebanyakan pihak di Negara membangun lebih gemar mengambil jalan mudah dan singkat seperti mangamalkan konsep tebas dan bakar. Pembakaran yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan api merebak dan meningkatkan peratus kepupusan floradan fauna

3. Pembukaan tanah baru / pembangunan Manusia memerlukan tempat tinggal untuk memenuhi keperluan hidup. Disebabkan perkara itu, banyak kawasan baru perlu diterokai untuk membina penempatan baru. Oleh sebab itu, kawasan hutan belantara telah dijadikan kawasan perumahan oleh para pemaju. Terdapat juga kawasan-kawasan hutan telah diterokai untuk dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian.Habitat flora dan fauna digantikan dengan besi konkrit , menara dan sebagainya lalu secara tidak langsung telah memusnahkan flora dan fauna ini.

4. Pemburu haram

Haiwan sering dibunuh untuk kepentingan pemburu-pemburu haram untuk mendapatkan keuntungan sendiri. Permintaan yang tinggi dalam bidang perubatan menyebabkan pelbagai spesis haiwan telah diburu. Antara haiwan yang menjadi buruan ialah i. Gajah untuk gadingnya ii. Badak sumbu untuk tanduknya iii. Telur penyu untuk tenaga batin iv. Harimau untuk tujuan perubatan

5. Aktiviti perikanan Merupakan salah satu punca rezeki bagi nelayan-nelayan di persisiran pantai Tangkapan menggunakan jala, pancing,bubu, dan apa juga cara tradisional tidak menjejaskan habitat atau bilangan hidupan akuatik di sungai atau dilaut. Menjadi ancaman ialah tangkapan yang melibatkan bot-bot besar, menggunakan kemudahan teknologi moden Apabila pukat tunda dilabuh dan dinaikkan, ia turut mengaut segala hidupan di dasar laut seperti terumbu karang, tapak sulaiman, ikan-ikan kecil dan sebagainya. Terumbu karang merupakan tempat tinggal bagi sesetengah ikan. Apabila terumbu karang itusendiri telah dikaut, tiada lagi habitat iakan.

6. Peningkatan suhu dunia

Semakin hari, dunia semakin panas. Cuaca semakin tidak menentu dan keadaan ini berlaku adalah kerana kesan dari rumah hijau. Peningkatan suhu dunia telah membukikan bahawa lapisan ozon semakin nipis. Tidak semua flora dan fauna mampu bertahan dengan suhu panas membahang. Kawasan yang dahulunya sejuk mungkin akan berakhir seperti kawasan gurun yang panas. Apabila hutan itu sendiri mengalami kepanasan global, haiwan-haiwan akan turut merasai keperitannya.

7. Pencemaran

Faktor ini menyebabkan banyak hidupan akuatik kian pupus. Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegilaan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di Negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan beruang panda ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.