Anda di halaman 1dari 8

1.0 PENGENALAN Setiap yang hidup akan mengalami perubahan dan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan.

Perkembangan membawa maksud sebarang perubahan yang bersikap kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur kuantitinya tetapi dapat dilihat melalui perubahan dan sifat kelainan daripada peringkat yang terdahulu. Menurut Atan Long (1978), perkembangan kognitif adalah melibatkan proses penanggapan, pembinaan konsep, pentaakulan, penilaian dan penyelesaian masalah. Manakala menurut Jean Piaget (1952) dalam Shahabuddin Hashim dan sahabat (2003) kanak-kanak mengalami perkembangan yang berbeza mengikut perubahan umur mereka. Oleh itu, proses perkembangan seseorang individu dan peningkatan proses pembelajaran akan membantu para pelajar mencapai tahap kematangan mereka. Melalui perkembangan kognitif ini dapat membantu guru dalam proses penyediaan pengajaran dan pembelajaran. Tugasan berkumpulan ini akan membincangkan mengenai teori perkembangan kognitif oleh Piaget dan cara mengaplikasi teori untuk pengajaran dan pembelajaran.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF Ahli-ahli teori kognitif menerangkan pembelajaran merupakan perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan dalam ingatan seseorang. Mereka mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman iaitu fikiran, ingatan, pengetahuan dan penyelesaian masalah. Pembelajaran bergantung kepada bagaimana: Seseorang memikir dan mengamati sesuatu Maklumat diproses dalam minda Pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi

Teori-teori kognitif melibatkan kajian-kajian proses mental yang digunakan untuk memahami, mengetahui dan membina pengamatan. Proses-proses ini didorong oleh naluri ingin tahu individu. Ini sejajar dengan fitrah manusia yang ingin tahu mengenai persekitaran mereka dan menambah ilmu serta kefahaman mengenainya. Ahli-ahli psikologi dan para penyelidik telah menyelidik tentang tumbesaran dan perkembangan manusia sejak dari abad ke-19 dan mereka masih menemui penemuanpenemuan baru hingga ke hari ini. Di antara teori-teori utama yang mengkaji perkembangan manusia termasuklah dari Jean Piaget, Arnold Gesell, Robert Havighurst, Erik Erikson dan Lawrence Kohlberg.

3.0 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET Jean Piaget, berasal dari Neuchatel, Switzerland dilahirkan pada 9 Ogos 1896. Beliau merupakan anak sulung kepada Arthur Piaget iaitu seorang profesor Sastera Hikayat ( Mediaval Literature ) di universiti manakala ibunya bernama Rebecca Jackson merupakan seorang yang bijak dan bertenaga tetapi neurotik. Pengaruh ibunyalah menyebabkan Piaget mula berminat terhadap bidang psikologi. Ketika berusia 11 tahun, Piaget telah menulis sebuah karangan ilmiah berkenaan seekor albino sparrow. Karangan ini dianggap sebagai permulaan kepada lebih dari 60 buah buku dan ratusan artikel yang dihasilkan beliau. Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada usia 25 tahun. Seterusnya beliau menumpukan perhatinya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Dari kajian dan pemerhatiannya Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat PraOperasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi embentukan konsep, sama dan konkrik atau abstrak.

Peringkat Motor-Deria

Umur 0-2 tahun

Ciri-ciri Boleh meniru dan mengingati benda-benda Mengetahui yang sesuatu objek itu masih wujud walaupun ianya disembunyikan Bersifat egosentrik (tumpuan hanya pada diri sendiri sahaja) Mula menggunakan bahasa secara sedikit demi sedikit Boleh mula berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol Boleh menyelesaikan masalah yang konkrit Boleh memahami pemuliharaan masalahkonsep

Pra-Operasi

2-7 tahun

Operasi Konkrit

7-11 atau 12 tahun

Operasi Formal 11 atau 12 tahun ke atas

Boleh membuat pengkelasan/pengkategorian

Boleh menyelesaikan masalah yang abstrak Menjadi lebih bersaintifik dalam cara pemikiran Merasa bimbang tentang isu-isu sosial di persekitarannya Empat Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

Di dalam Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Manakala Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep yang asas iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkaitan rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.

4.0 APLIKASI PRINSIP-PRINSIP PIAGET DALAM BILIK DARJAH Di antara cara-cara utama guru-guru dapat mengaplikasikan teori Piaget dalam bilik darjah ialah: a) Susun Atur Kurikulum

Isi pelajaran mesti disusun oleh guru secara berperingkat iaitu dari urutan mudah ke sukar dan dari konkrit ke abstrak. Sukatan mata pelajaran sekolah rendah di Malaysia masa kini diatur dari peringkat pra sekolah hingga tahun enam berdasarkan peringkatperingkat dalam Teori Piaget. Contohnya, mata pelajaran matematik, murid-murid belajar operasi matematik daripada nombor satu digit kepada dua digit dan seterusnya kepada tiga digit. Topik-topik dalam mata pelajaran juga disusun dari tajuk konkrit ke abstrak contoh waktu dan jam, jarak dan jisim yang diajar dalan tahun dua. Selepas belajar konsepkonsep matematik asas, baharu murid-murid diperkenalkan pula kepada konsep penyelesaian masalah.

b) Bahan Sokongan Dan Alat Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran


3

Kanak-kanak di kelas permulaan seperti tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan bantu mengajar yang terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan dimanipulasikan oleh guru. Kesannya adalah untuk menarik perhatian pelajar mengikuti subjek matapelajaran tersebut. Terdapat pelbagai jenis alat bantu mengajar yang diperlukan oleh guru untuk mengajar kanak-kanak seiring dengan perkembangan kognitif mereka. Bahan-bahan maujud amat berkesan bagi meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah. Contohnya permainan seperti aktiviti berbentuk projektif, imaginatife yang menggunakan alat permainan yang berwarna-warni.

c) Contoh-contoh Konkrit

Murid-murid peringkat sekolah rendah masih belum bersedia menyelesaikan masalahmasalah secara abstrak atau pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, guru-guru perlu mengamalkan beberapa contoh dan perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid-murid terhadap mata pelajaran tersebut.

d) Isi Pelajaran

Isi pelajaran yang disediakan oleh guru-guru perlulah selaras dengan peringkat kognitif murid-murid. Setiap isi tajuk perlu disusun dan dipertingkatkan mengikut aras kesukarannya. Guru-guru juga perlu menyampaikan tajuk pengajaran yang berada dekat dengan pengalaman dan pengetahuan lepas murid-murid. Dan seterusnya mengaplikasikannya kepada murid-murid tersebut dengan menyediakan peluang untuk mereka merasainya.

e) Mata Pelajaran Yang Pelbagai

Murid-murid mesti didedahkan kepada rangsangan-ransangan kreatif seperti seni visual dan tayangan video kerana ia dapat mensimulasikan perkembangan kognitif kanakkanak. Aktiviti dirancang dan dirangkaikan dengan perkembangan kognitif mereka. Sebagai contoh, muzik dan tarian.
4

f) Suasana Sosial

Murid-murid mendapat pengetahuan dan mengembangkan skema kognitif suasana sosial yang riang dan harmonis. Guru-guru harus memastikan suasana bilik darjah sesuai dan sentiasa kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Guru-guru perlu menggalak suasana persekitaran bilik darjah agar menjadi hidup dengan menukar tema bilik darjah setiap minggu. Sama ada dari idea guru-guru atau murid-murid sendiri.

5.0 APLIKASI CARA MENYEDIAKAN SANDWISH DALAM BILIK DARJAH BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET Kaedah mengajar perlulah sesuai dengan aras perkembangan kognitif seseorang pelajar, oleh itu teori perkembangan kognitif Piaget boleh diaplikasikan untuk membantu guru menyediakan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang guru ingin membuat sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai cara membuat sandwish kepada pelajarnya. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti tahap perkembangan kognitif pelajarnya terlebih dahulu semasa menyediakan rancangan pengajaran. Berikut adalah empat tahap perkembangan teori kognitif Piaget yang boleh digunakan oleh guru semasa menyediakan rancangan pengajarannya.

1. Tahap deria motor (0 hingga 2 tahun) Pada tahap ini instruksi yang boleh digunakan oleh guru adalah dengan menunjukkan gambar bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sandwish. Guru boleh menggunakan teknik imbasan kad (flash card) yang memaparkan gambar-gambar bahan yang digunakan untuk membuat sandwish seperti roti, timun, tomato dan telur kepada kanak-kanak. Melalui kaedah ini, kanak-kanak dapat melihat visual yang diberikan dan mereka akan mengigati gambar-gambar tersebut. Kaedah instruksi ini digunakan adalah kerana pada peringkat deria motor kanak-kanak hanya boleh meniru dan mengingati benda-benda. Mereka boleh mengetahui yang sesuatu objek itu masih wujud walaupun ianya disembunyikan. Kanak-kanak akan memperoleh konsep kekalan objek sewaktu berumur 4 hingga 6 bulan iaitu percaya bahawa sesuatu objek atau
5

manusia tetap ada atau wujud cuma ia tidak kelihatan (Shahabuddin & sahabat, 2003). Mereka akan menggunakan deria motor untuk meneroka persekitaran mereka. Kanak-kanak ini juga bersifat egosentrik iaitu tumpuan hanya pada diri sendiri sahaja.

2. Tahap pra-operasi (2 hingga 7 tahun) Pada peringkat ini, instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan mereka bahan-bahan sebenar bagi membuat sandwish kepada mereka. Guru boleh membawa bahan seperti roti, timun, tomato dan telur ke dalam kelas bagi memberikan kanak-kanak mengenali bahan tersebut dengan lebih dekat. Mereka boleh memegang, mengenali bentuk dan merasa bahan-bahan tersebut serta mengingatinya. Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat mengetahui bahawa untuk menyediakan sandwish memerlukan bahan seperti yang mereka lihat. Instruksi ini boleh digunakan olah guru kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba memahami konsep. Mereka mula menggunakan bahasa secara sedikit demi sedikit dan berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol. Pelajar juga sudah boleh membayangkan sesuatu seperti menganggap pisang adalah telefon (Shahabuddin & sahabat, 2003).

3. Tahap operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) Peringkat ketiga ini instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan tayangan video atau mengadakan demonstrasi penyediaan sandwish kepada pelajarnya. Guru kemudiannya boleh meminta pelajar menyediakan sendiri sandwish bersama-sama rakan mereka berdasarkan tayangan yang mereka saksikan. Walaubagaimanapun, pada tahap ini guru perlu membantu menyediakan bahan-bahan dan masih perlu membimbing pelajarnya melakukan proses penyediaan sandwish. Instruksi ini dipilih kerana pada tahap ini kanak-kanak sudah memulakan alam persekolahan. Mereka sudah mempelajari banyak konsep-konsep penting melalui pembelajaran di sekolah. Pelajar boleh menyelesaikan masalah-masalah yang konkrit dan memahami konsep pemuliharaan. Mereka juga tidak lagi bersifat egosentrik tetapi sudah mula bersifat prososial seperti sedia berkongsi buku dengan kawan dan membantu kawan yang dalam kesusahan (Shahabuddin & sahabat, 2003).

4. Tahap operasi formal (12 tahun ke atas) Pada tahap ini, instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah guru boleh mengadakan pertandingan membuat sandwish dalam kalangan pelajar dengan memberikan pelajar ruang mempamerkan kreativiti mereka mencipta resepi sandwish mereka sendiri. Guru boleh meminta pelajar membawa dan menyediakan bahan-bahan membuat sandwish mereka sendiri.
6

Pelajar juga sudah boleh membuat sendiri sandwish tanpa bantuan dari guru mereka. Guru hanya perlu memantau sesi penyediaan sandwish dan memberikan nasihat kepada pelajar. Instruksi ini dipilih kerana pada tahap ini kanak-kanak telah memasuki alam remaja. Mereka sudah boleh menyelesaikan masalah sendiri dan bertanggungjawab ke atas perlakuan mereka. Dari segi pemikiran mereka boleh menyelesaikan masalah yang abstrak. Mereka lesaikan masalahmenydengan mengaplikasikan andaian-andaian atau hipotesis, konsep dan teori (Shahabuddin & sahabat, 2003).

6.0 KESIMPULAN
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami oleh setiap individu dan bersifat kualitatif tetapi mengalami perubahan seiring dengan peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan yang tertentu. Aspek baka dan persekitaran juga memainkan peranan dalam mempengaruhi perkembangan individu. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai perkembangan yang optimum. Perkembangan adalah satu bahagian yang saling berhubung antara satu sama lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara perkembangan jasmani dan perkembangan kognitif manusia. Corak perkembangan adalah berbeza-beza di mana semua kanak-kanak akan mengalami persamaan pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Berdasarkan teori-teori perkembangan kognitif ini, kami berpendapat bahawa teori ini boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Ini kerana, setiap individu dilahirkan dengan tahap perkembangan yang berbeza-beza. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah sesuai dengan tahap perkembangan kognitif seseorang pelajar supaya ilmu yang disampaikan dapat diserap oleh para pelajar.

RUJUKAN

Dr Ragbir Kaur Jaginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Mahayani Razali & Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Jaslaile Suzana Jaafar (2000). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman web: http://www.taskaummi.tripod.com/lamanweb.htm

Anda mungkin juga menyukai