Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERLAKSANAAN KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

1.0 PENGENALAN : 1.1 Tajuk Kursus Dalaman : Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Tahun 1 1.2 Intipati Kursus : 1.2.1 Elemen Merentas Kurikulum - Keusahawanan -Teknologi Maklumat & Komunikasi - Inovasi & Kretiviti 1.2.2 Transformasi dari KBSR kepada KSSR 1.2.3 Konsep Kurikulum Modular -Kemahiran Mendengar -Kemahiran Bertutur -Kemahiran Membaca -Kemahiran Menulis -Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa 1.3 Penceramah : Puan Noricha bte Siman (Guru Bahasa Malaysia Tahun 1) 2.0 PELAKSANAAN KURSUS DALAMAN: 2.1 Tarikh : 17. 03. 2011 (Khamis) 2.2 Masa : 2.00 5.00 petang 2.3 Tempat : Makmal Komputer SK SERI ANOM 3.0 RASIONAL : Penganjuran kursus dalaman ini adalah penting bagi mencapai matlamat berikut : 3.1 Pendedahan kepada guru SK SERI ANOM mengenai transformasi KBSR kepada KSSR. 3.2 Pemantapan kemahiran guru dalam menggunakan konsep kurikulum Modular. 3.4 Pengaplikasian pengajaran Bahasa Malaysia dengan mengunakan Elemen Merentas Kurikulum iaitu teknologi maklumat, kreativiti dan keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.5 Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan didik hibur dan apresiasi bahasa. 3.3 Menjadi penambahbaik dan menambah kemahiran bagi guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1. 4.0 OBJEKTIF : 4.1 Memberi pendedahan kepada guru- guru Bahasa Melaysia tentang cara dan kaedah Pengajaran yang berkesan, Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis serta didik hibur. 4.2 Memberi peluang kepada guru-guru Bahasa Malaysia tahap I menambah kemahiran dan Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dalam mengajar matematik. 5.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru SK SERI ANOM 6.0 PENUTUP Kursus dalaman yang diberikan ini bertujuan memberi peluang kepada guru-guru dalam memperluaskan lagi tahap kemahiran dan mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran Bahasa Malaysia tahun 1. Intipati Utama kursus dalaman ini juga mendedahkan kursus adalah sangat berguna dalam memantapkan kemahiran konsep didik hibur dan juga kemahiran lain seperti kemahiran mendengar, menulis, membaca dan bertutur dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga boleh mengaplikasikan kemahiran yang ada dalam penggunaanTeknologi maklumat dan komunikasi. Diharapkan kursus dalaman ini akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan tahap profesionalisme guru di masa akan datang dalam usaha mewujudkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : . ( NORHAN BIN SABAR) Setiausaha LDP SK Seri Anom DISEMAK OLEH :

Anda mungkin juga menyukai