Anda di halaman 1dari 13

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ______________________________________________ HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN : FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK DAN LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NAMA : NORULAINI BT MOHAMED YUNUS KAD PENGENALAN : 800306-08-6122 NO. TELEFON : 019-5979489 EMAIL : norulainiaini@yahoo.com PENSYARAH : DR.CHIN PHOI CHING PUSAT PENGAJIAN: SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE PULAU PINANG

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1.0

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi .kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka tugasan Psikologi Pendidikan ini dapat disiapkan hingga ke noktah terakhir.

Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr.Chin Phoi Ching selaku pensyarah bagi kursus Psikologi Pendidikan (HBEF2103) yang telah banyak membimbing, mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Terima kasih juga diucapkan kepada E-Tutors,CheMah Yusof yang banyak memberi dorongan,bantuan bagaimana untuk menjawab soalan dan sokongan. Tidak lupa buat rakanrakan seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1.1
Bil

ISI KANDUNGAN
Perkara Muka surat

1.0

Penghargaan

1.1

Isi Kandungan

2.0

Pengenalan

4-5

3.0

Metadologi Kajian

5-6

4.0

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian akademik

7-9

5.0

Langkah-langkah Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Melibatkan Pencapaian Akademik Berbeza

10-12

6.0

Rumusan

12

7.0

Rujukan

13

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

2.0

PENGENALAN

Semenjak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami suatu perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan. Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji untuk mempertingkatkan lagi mutu akademik manakala kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaanya dalam menghadapi cabaran alaf baru yang wujud dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Pendidikan menjadi unsur utama dalam membentuk peribadi seseorang individu di samping merefleksikan tingkah laku moral seseorang. Kementerian Pendidikan telah berusaha untuk memantapkan satu falsafah pendidikan yang meliputi semua tahap iaitu rendah, menengah dan tinggi. Oleh itu, pencapaian akademik yang cemerlang merupakan sasaran utama setiap pelajar dan juga pihak sekolah serta institusi pendidikan. Pada umumnya, ia dijadikan kayu pengukur kepada kejayaan diri seseorang individu. Selain pengukuran dari segi keputusan dalam peperiksaan iaitu PNGK, pencapaian akedemik juga dapar diukur dari segi proses penguasaan dan pemahaman terhadap yang dipelajari, peningkatan konsep kendiri dan kemampuan untuk berinteraksi serta berkomunikasi secara berkesan. Pencapaian akademik ialah kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajar menerima dan menguasai pelajaran yang dipelajari di sekolah ataupun mana-mana institusi. Dengan kata lain, pencapaian juga dapat ditakrifkan sebagai kejayaan yang diperolehi oleh para pelajar dalam peperiksaan yang diadakan di sekolah atau peringkat universiti sama ada cemerlang atau sebaliknya. Mengikut Lembaga Peperiksaan Malaysia, prestasi akademik dalam peperiksaan akan dibuat analisis mengikut piawaian sekolah iaitu kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah. Pemilihan pelajar mengikut kepelbagaian kumpulan pencapaian adalah berdasarkan keputusan gred yang telah diperoleh dalam peperiksaan tersebut. Kumpulan pelajar cemerlang dipilih berdasarkan bilangan gred A dalam pencapaian peperiksaan. Kumpulan sederhana pula dipilih melalui bilangan gred C dan B manakala kumpulan lemah pula dipilih berdasarkan bilangan gred D. Pencapaian akademik mahupun peperiksaan yang diperolehi berbeza adalah disebabkan oleh

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

faktor-faktor perkembangan dan perbezaan individu yang pelbagai dari segi kognitif, umur, gaya pembelajaran, persekitaran dan kemampuan seseorang individu.

3.0

METODOLOGI KAJIAN

Item kajian yang dibuat adalah mengkaji dua orang murid sekolah rendah yang berpencapaian akademik baik dan berpencapaian akademik lemah. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah pemilihan sample, temubual, pengumpulan data, analisis dokumen dan pemerhatian.

3.1

Sample kajian Responden yang dipilih ialah 2 orang murid dari tahun 3 yang mempunyai pencapaian

akademik yang berbeza. Murid A menunjukkan pencapaian akademik yang baik kerana seorang murid yang aktif dalam dan luar bilik darjah. Mempunyai gaya kognitif yang baik dan tret personaliti endomorf dan mesomorf. Manakala murid B pula ialah seorang murid yang introvert, mempunyai latar sosio-ekonomi rendah dan mempunyai pencapaian akademik yang lemah.

3.2

Temubual Menjalankan temubual mengenai latar belakang keluarga kedua-dua murid. Murid A

adalah seorang pelajar lelaki tahun 4 Bestari. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik, beragama Islam, berbangsa Melayu dan berasal dari Butterworth. Abang sulungnya masih bersekolah dan adiknya masih kecil lagi. Ibu dan bapanya bekerja sebagai penolong penguasa kastam. Sementara murid B pula adalah seorang pelajar lelaki tahun 4 Bestari, beragama Islam dan berbangsa Melayu. Mempunyai seramai sembilan orang adik beradik dan merupakan anak kelima. Seramai enam orang adik beradik yang lain masih bersekolah. Bapanya bekerja sebagai RELA dan ibunya bekerja pengawal keselamatan.

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

3.3

Pengumpulan data

Hasil temubual oleh guru kelas kedua-dua murid ini didapati Murid A mempunyai personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan penglibatan yang aktif dalam aktiviti sekolah. Manakala Murid B pula mempunyai personaliti introvert dimana beliau seorang yang pendiam, pemalu, kurang menyenangi bersama rakan lain, kurang yakin dan kurang bergiat aktif dalam aktiviti sekolah.

3.4

Analisis dokumen

Berikut adalah keputusan peperiksaan UPTP 1 ; Murid A Mata pelajaran Bahasa Melayu 1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam Markah 65 72 63 80 78 91 Murid B Mata pelajaran Bahasa Melayu 1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam Markah 60 65 45 40 58 32

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

4.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

Dapatan kajian menunjukkan perbezaan pencapaian akademik antara Murid A dan murid B adalah dipengaruhi oleh faktor eksogen iaitu faktor yang datang daripada luar diri individu. Aspek keluarga adalah merupakan faktor eksogen memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ibu bapa mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka. Menurut Baumrind ( 1995 ) cara asuhan yang efektif ialah otoritatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletak batasan yang perlu diikuti. Ini kerana cara otoritatif dapat membentuk anak yang berdikari, berkendiri asertif, mudah berkawan, suka bekerjasama, tinggi harga diri dan orientasi pencapaian. Ini dapat dilihat daripada kajian ke atas Murid A, di mana gaya hidup yang berbeza daripada Murid B. Murid A mempunyai sosioekonomi yang baik di mana beliau mempunyai keluarga yang berpendidikan tinggi, bilangan adik beradik yang sedikit dan segala keperluan dan kemudahan dapat diperolehi dengan cepat. Ini dibuktikan lagi kenyataan yang diberikan oleh beliau iaitu ibu bapanya menggalakkan anak belajar di rumah dengan membeli komputer untuk mencari bahan serta membuat kerja sekolah. Pendedahan maklumat melalui ICT ini secara tidak langsung memberikan perkembangan ilmu dan kognitif yang sangat baik yang dapat diaplikasikan dalam pembelajarannya. Berbeza pula dengan Murid B, kehidupan keluarganya kurang memuaskan,di mana mempunyai adik beradik yang ramai. Segala kemudahan dan keperluan tidak semestinya dapat dipenuhi kerana bergantung juga kepada tahap kewangan ibu bapanya yang rendah. Beliau juga hanya dapat belajar dengan sendiri dengan menggunakan bantuan persekolahan yang diperolehi seperti rujukan buku teks dan kelas bimbingan PDCA di sekolah sahaja. Kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa juga memberi pengaruh kepada pencapaian pembelajaran yang lemah kepada Murid B. Faktor rakan sebaya juga banyak mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pencapaian akademik. Ia bergantung sepenuhnya kepada sejauhmanakah kebijaksanaan kita memilih rakan pergaulan dan bagaimana mewujudkan keharmonian dalam kumpulan. Melalui faktor rakan sebaya, daripada dua murid di atas, dapat dilihat perbezaan kedua-duanya di mana Murid A

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

mempunyai personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, mudah mesra dan bersikap terbuka. Beliau mempunyai ramai kawan kerana disenangi oleh rakan-rakannya dan sekaligus menjadikannya sebagai contoh terbaik di sekolah terutama dalam bidang pembelajaran. Sikap ingin tahu menggalakkan beliau banyak menyoal kepada guru dalam kelas. Oleh kerana penglibatannya yang aktif dalam kelas sekali gus memberikan pencapaian akademik yang baik. Berbeza dengan Murid B, di mana beliau seorang yang pendiam dan malu menyebabkan perhubungan dengan rakan-rakannya agak terhad. Ini memberikan implikasi terhadap pembelajarannya di mana kurang idea dan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran. Gaya pembelajaran merupakan faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik murid. Pembelajaran ialah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal. Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku yang agak tetap dan ia juga berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu untuk menjadi pengalaman. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar adalah tidak sama antara satu dengan yang lain. Perbezaan gaya belajar yang diamalkan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Ini dapat dilihat daripada kajian terhadap Murid A yang suka belajar secara berkumpulan kerana dapat berbincang, bekerjasama dan memberikan sumbangsaran idea terhadap sesuatu tugasan atau aktiviti yang dijalankan. Dengan ini segala maklumat atau idea-idea baru dapat diserap dalam pemikiran kognitif dengan kekal. Situasi ini amat disokong oleh model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn ( 1978 ) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar.Sementara gaya belajar bagi Murid B pula ialah lebih menggunakan pendekatan perseorangan di mana beliau suka belajar diri sendiri dan tidak berharap arang lain berdamping dan ganggunya semasa belajar. Belajar dengan sendiri boleh memberi implikasi yang negatif terhadap prestasi pembelajaran yang rendah dan tidak mencapai kemajuan yang cemerlang peperiksaan. Secara kesimpulannya, murid-murid perlu didedahkan

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

dengan pengetahuan gaya pembelajaran supaya dapat mewujudkan keseimbangan pembelajaran bagi membantu mereka mendapatkan pencapaian akademik yang baik. Faktor kecerdasan seseorang individu berpotensi tinggi menyumbang kepada kecemerlangan pelajar. Seperti yang dinyatakan oleh Azizi Yahya, Yusuf Boon dan Amir Hamzah ( 2005 ), iaitu secara umumnya, pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaitkan dengan kecerdasan pelajar yang tinggi. Pencapaian yang baik juga bergantung kepada keberkesanaan kepada keupayaan kecerdasan seperti verbal linguistik, logik matematik, ruang visual, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalist. Setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza, berbeza sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik, menghafal, mengingat dan

menggambarkan. Kenyataan di atas adalah disokong oleh ahli psikologi Gardner yang mentafsirkan kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja. Ini dapat kenal pasti sembilan jenis kecerdasan individu. Persoalan di atas dapat dilihat kepada Murid A yang lebih cenderung kepada kecerdasan logik matematik. Keputusan ujian matematik yang cemerlang menunjukkan beliau mempunyai keupayaan menganalisis nombor dan pengiraan yang melibatkan penyelesaian masalah. Tambahan pula dengan minat terhadap mata pelajaran matematik mendorong beliau untuk mencapai matlamat hidup untuk mendapatkan gred A dalam metematik. Jika dilihat perbezaan kecerdasan Murid B pula ialah menunjukkan tahap pencapaian lemah dalam semua mata pelajaran. Tahap kecerdasan kognitif murid ini adalah pada aras rendah kerana keupayaan untuk berfikir dan menaakul hanya melibatkan perkara konkrit sahaja. Ini bermakna Murid B kurang mahir menyelesaikan masalah atau bentuk soalan yang sukar. Kecetekan idea atau maklumat menyebabkan beliau tidak dapat mengeluarkan idea semasa ujian atau peperiksaan yang dijalankan.

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

5.0

LANGKAH-LANGKAH

DALAM

PROSES

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN YANG MELIBATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK BERBEZA.

Sebagai seorang guru adalah penting, untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian akademik ke tahap yang lebih baik lagi. Langkah pertama yang perlu guru mengambil perhatian ialah menjalankan program atau aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas dan pemulihan untuk murid yang lambat. Untuk murid cerdas, guru perlu memberi latihan yang banyak dan soalan yang mencabar supaya murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir, menaakul dan membuat rumusan terhadap topik yang dibincangkan. Begitu juga dengan kumpulan murid lemah, aktiviti pemulihan diberi setiap orang murid dengan menggunakan pendekatan pengajaran secara individu. Guru boleh menyediakan latihan berbentuk teka silang kata, kuiz bergambar serta membuat model secara berulang-ulang supaya dapat mengingati dengan mudah. Ini dinamakan sebagai hukum latihan yang dinyatakan dalam pembelajaran Thorndike.Dengan ini murid bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan yang boleh memberi kepuasan kepadanya. Hal ini disokong sepenuhnya oleh Teori pelaziman Operan Thorndike yang mengatakan pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu iaitu hukum pembelajaran. Aspek peneguhan atau ganjaran amat penting kepada seseorang murid sebagai dorongan untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam akademik mahupun dalam peperiksaan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin ( 1991 ), pengukuhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu,

mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Menurut ahli psikologi B.F.Skinner dalam teori pelaziman operan, peneguhan dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu

10

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam situasi perbezaan murid dalam aspek pencapaian akademik, murid yang baik akan lebih komited terhadap kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru. Hasil kerja murid yang baik ini boleh dijadikan contoh kepada murid-murid yang lain di mana dapat mempengaruhi murid lain untuk mengikuti jejak langkahnya. Di samping itu dapat memberikan penghargaan berbentuk kata-kata pujian ataupun hadiah di atas setiap kejayaan dan kemampuannya menghasilkan sesuatu kerja yang bermutu tinggi. Begitu juga dengan murid lemah, pujian seharusnya diberi untuk menunjukkan bahawa dirinya dihargai oleh guru kerana mempunyai bakat atau potensi yang dapat ditingkatkan dengan jayanya. Pembelajaran koperatif ialah salah satu langkah yang diambil oleh guru untuk meningkatkan pencapaian akademik murid yang berbeza. Pembelajaran koperatif dapat didefinisikan sebagai pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana biasanya terdapat murid cerdas dan murid lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran, murid cerdas dikehendaki membantu murid yang lemah. Murid cerdas akan berusaha membantu murid yang lambat bersungguh-sunguh, kerana markah yang diperolehi setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Kenyataan ini telah dinyatakan dalam teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget. Pembelajaran secara koperatif ini amat sesuai dijalankan dalam matematik kerana memberikan murid bersama-sama rakan kumpulan berkongsi idea dan mencari cara baru untuk menyelesaikan masalah matematik. Faktor mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran sangat penting kepada guru untuk memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan manghasilkan pencapaian yang optimum. Guru seharusnya bijak merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid dan memberikan murid peluang untuk mengcungkil bakat yang sedia ada. Permasalahan ini diperkukuhkan lagi dengan teori pembelajaran Gagne yang menekankan lapan peringkat pembelajaran yang menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah ( peringkat asas ) kepada yang rumit. Bagi murid yang cerdas dan berpotensi mendapat pencapaian akademik yang baik, teknik yang sesuai digunakan oleh guru

11

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

ialah mengadakan aktiviti perbincangan di dalam kumpulan dengan bertukar pendapat serta ideaidea yang bernas. Dengan ini masalah pembelajaran dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat, seterusnya pembelajaran tidak membosankan.

5.0

RUMUSAN

Hasil kajian yang telah dijalankan terhadap kedua-dua murid yang mempunyai percapaian akademik yang berbeza, didapati faktor persekitaran memainkan peranan penting mencorakkan gaya pembelajaran. Mengenali gaya pembelajaran yang dimiliki membolehkan seseorang murid lebih memahami kekuatan dan kelemahan diri seterusnya berusaha mengejar dan mengecapi kejayaan itu bagi mendapatkan pencapaian akademik yang cemerlang. Untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik yang optimum, peranan guru adalah penting merancang strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut perbezaan individu.

( 2507 patah perkataan )

12

HBEF2103: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

RUJUKAN

1. Shahabudin Hashim, Mahani Razali, & Ramlah Jantan (2003 ), Psikologi Pendidikan, Selangor: PTS Publication.

2. Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh ( PhD ) (2012 ), Panduan Ilmu pendidikan untuk DPLI Psikologi, Selangor:KUMPULAN BUDIMAN SDN.BHD.

3. Ee Ah Meng ( 2000 ), Psikologi Pendidikan 1 Psikologi Perkembangan ( Semester 1 ),Selangor:FAJAR BAKTI SDN.BHD. 4. http://amaljaya.com/guru/psikologi/G.PERBEZAANIND.pdf 5. http://www.fp.utm.mylePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HANISAHAP040413D2008TT P.pdf

13