Anda di halaman 1dari 2

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1

Objektif Kognitif : i. Membezakan antara warna-warna neutral. Objektif Afektif

Unsur Seni : Warna Instrumen B1D1E1

: i. Menyatakan kepentingan warna neutral pada hasil karya seni, objek alam dan objek buatan manusia ii. Mengenalpasti kepentingan warna neutral dari aspek kaitan dengan alam, suasana, perasaan dan tema bersesuaian menggunakan warna neutral.

Nota ringkas
1. Nilai Warna : Merupakan perubahan warna hasil campuran warna-warna gelap dan cerah. Perubahan ini memberikan kesan emosi dan suasana berbeza pada karya bergantung kepada campuran warna tertentu. Nilai warna : ton warna, warna neutral, warna kroma. Warna Neutral : Warna neutral tidak tergolong dalam roda warna. Berguna untuk menurunkan dan mengubah kuasa warna lain. Warna bebas yang tidak dapat dipengaruhi oleh warna lain atau dihasilkan dengan campuran warna lain. Warna neutral : hitam, putih dan kelabu. Warna neutral selalu digunakan bagi menghasilkan warna kroma.
Warna pastel Warna sepia

Warna yang dicampurkan dengan warna putih secara berlebihan akan menghasilkan warna pastel (lembut & pucat). Warna ini sesuai digunakan untuk menggambarkan keadaan lembut dan manis, perasaan suka dan seronok, suasana sunyi dan tenang.

Warna neutral juga dikaitkan dengan warna tanah atau bumi, iaitu warna perang (coklat). Warna coklat turut dikenali sebagai warna sepia. Warna ini sesuai bagi menggambarkan suasana berkaitan kenangan atau peristiwa lampau.

Warna putih ke hitam

Warna pastel

Warna sepia

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1


Objektif Kognitif : i. Membezakan antara warna-warna ton/kroma. Objektif Afektif

Unsur Seni : Warna Instrumen B1D1E1

: i. Menyatakan kepentingan ton warna dan warna kroma pada hasil karya seni, objek alam dan objek buatan manusia. ii. Mengenalpasti kepentingan warna ton dan kroma dari aspek kaitan dengan alam, suasana, perasaan dan tema bersesuaian menggunakan ton warna dan warna kroma.

Nota ringkas
Ton Warna : Kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Hasil campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar yang tertentu. Warna lebih terang bila dicampur warna putih dan menjadi gelap apabila dicampur warna hitam. Digunakan bagi mencipta bayang objek sehingga terhasil ruang dan bentuk. Boleh juga mencipta ruang bagi sesuatu permukaan atau pemandangan dan menimbulkan suasana berbeza mengikut ton. Ton warna gelap mencipta suasana kelam dan suram manakala ton warna terang mencipta suasana ceria dan gembira.
Ton warna Warna monokrom

Ton warna bertambah gelap

+ +

hitam

Ton warna bertambah cerah

putih
Warna kroma

Warna yang terhasil daripada gabungan ton warna ini juga dikenali sebagai warna monokrom (sewarna).

Warna Kroma : Merujuk kepada nilai ukuran kuasa warna. Dihasilkan dengan mencampurkan warna tersebut dengan penggenapnya (bertentangan dalam roda warna) pada nisbah tertentu. . Kuasa warna kroma dibahagikan kepada 3 peringkat : cerah, sederhana, pudar. Digunakan dalam catan untuk menggambarkan kesan yang pudar, dan menimbulkan suasana perasaan rindu, sunyi, sedih, dan nostalgia.

+
Warna bertindak

=
Warna kroma pelbagai nilai