Anda di halaman 1dari 2

*Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Kami wakil ting.

2 ingin mempersembahkan sebuah sketsa yang bertajuk Perginya Seorang Guru Sejati

Dalam kelas 2T terdapat sebuah kumpulan budak nakal yang terdiri drpd Lina, Yaya, Ira dan Iya. Walaupun mereka nakal, Cikgu Ekin, guru matapelajaran Matematik mereka tetap sabar. Dalam diam-diam Cikgu Ekin menghidap leukemia. Mereka selalu nampak Cikgu Ekin mengelap hidungnya, tapi mereka buat stupid je. Tak patut kan? Pada suatu hari, mereka sedang bersembang. Cikgu Ekin suruh mereka diam dan buka buku, cikgu hendak mengajar. Mereka menghalau cikgu keluar dari kelas. Nak tahu mereka cakap apa? (dipersilakan belah) Cikgu Ekin kecewa dan berkata, Baiklah kalau itu yang kamu mahukan. Sebelum itu, cikgu nak minta maaf kepada kamu semua sekiranya ada terkasar bahasa dengan kamu dan terimalah salam terakhir dari cikgu ini. Cikgu Ekin keluar dari kelas sambil menangis. Atin, pelajar yang ternampak kejadian itu, menasihati mereka. Dia berkata Ish. Apalah kamu semua ini. Tak baik tau buat cikgu Ekin macam itu. Kesian cikgu. Korang ini memang kurang ajar! Lina, Yaya, ira dan Iya naik darah! Mereka pun bergaduh dengan Atin. Sedang Cikgu Ekin berjalan-jalan dengan kawan baiknya, Cikgu Mila, tiba-tiba pandangan Cikgu EKin kabur, lalu, Kedebup! Cikgu Ekin rebah di pangkuan Cikgu Mila. Cikgu Mila yang terkejut memeriksa nadi Cikgu EKin. Innalillahhiwainnailahirojiun. Nadi cikgu ekin telah terhenti. Air mata Cikgu Mila serta-merta bercucuran. Sedang mereka berkumpul, tiba-tiba Atin datang memberitahu bahawa Cikgu Ekin telah kembali ke Rahmatullah. Mereka tidak percaya kata-kata Atin kerana mereka menganggap bahawa kata-katanya hanya gurauan semata-mata. Namun, raut wajah mereka berubah apabila melihat wajah Atin yang pucat. Mereka terus pergi ke rumah Cikgu Ekin untuk mendapatkan kepastian sama ada kata-kata Atin itu benar atau tidak. Mereka bertanya kepada Cikgu Mila, Cikgu, mana Cikgu Ekin? Cikgu Mila tunduk sambil menunjukkan ke arah sekujur tubuh yang diselimuti kain batik sambil berkata, Itulah jenazah Allahyarhamah Cikgu Ekin. Mereka terkejut. Mereka terus menerpa dan merayu cikgu.. bangunlah cikgu. janganlah mainmain. Kami minta maaf, Cikgu. Cikgu Mila menenangkan mereka berempat dengan berkata Sudahlah, tak baik buat jenazah Cikgu Ekin macam itu.

Rupa-rupanya itulah salam terakhir daripada Cikgu Ekin kepada mereka. Lena yang berasa sangat sedih akan pemergian Cikgu Ekin berkata CIkgu, janganlah pergi! Saya nak ikut cikgu! Tanpa disedari, Lena telah cuba mengelar pergelangan tangannya menggunakan gunting yang terdapat dalam tangannya. Iya, Ira dan Yaya yang ternampak tindakan Lena yang cuba memcederakan dirinya itu, cepat-cepat menghalang Lena. Lena meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. Kawan-kawannya menenangkannya. Mereka berempat terduduk lalu menangisi pemergian Cikgu EKin. (Lena menjerit CIKGU!)

Jadilah.. apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat Kesimpulannya, para pelajar yang rasa diri mereka itu, telah menyinggung hati dan perasaan guru-guru, cepat-cepatlah insaf dan minta maaf. Kalau tak, Lu Pikir Lah Sendiri. Saya.dan saya, mengucapkan Selamat Hari Guru. Sekian, Terima Kasih.