Anda di halaman 1dari 2

Pilih SATU soalan sahaja. 1. Hasilkan sehelai kertas pembalut hadiah dengan motif geometri.

Corak anda hendaklah memenuhi keseluruhan kertas lukisan. Anda dibenarkan menggunakan empat warna sahaja.

2. Lukis dan warnakan susunan beberapa jenis buah-buahan tempatan beraneka warna dan saiz di dalam sebuah bakul yang cetek. Letakkan beberapa biji buahbuahan tersebut di luar bakul untuk mengimbang dan mempergayakan susunan.

3. Hasilkan satu catan suasana di pergunungan yang menunjukkan konsep ruang dalam. Gunakan kaedah penggunaan kekaburan dan kecerahan warna, penggunaan warna sejuk dan warna panas atau kaedah perspektif warna.

4. Di dasar laut , ikan beraneka jenis sedang berenang-renang di celah rumpai laut. Gambarkan suasana ini.

5. Dihalaman sebuah rumah terdapat beberapa buah pasu yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga bungaan. Pelbagai saiz batu kelihatan tersusun di sekeliling pasu tersebut. Lukiskan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, jalinan dan ton.

6. Gubah pemandangan ketika waktu makan di rumah bersama keluarga.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

__________________ (Octovyana Nasid) Guru M/P PSV Tingkatan 1 SMK Elopura 2

__________________ (Norkisah Muhammad) Panitia PSV SMK Elopura 2

__________________ (Pn. Zalini Ibrahim) Ketua Bidang Kemanusiaan SMK Elopura 2