Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN Laras masakan merupakan salah satu daripada laras moden yang terdapat kini tetapi ramai tidak

menyedari hakikat kehadiran laras ini dalam masyarakat pada hari ini. Dari segi sejarahnya, laras ini telah wujud sejak zaman lampau tetapi tidak dikodifikasikan atau ditulis tetapi hanya disampaikan daripada seorang tukang masak kepada orang lain. Hal ini dapat dilihat apabila dalam sesebuahj keluarga, ibu akan menurunkan cara-cara memasak sesuatu jenis masakan kepada anak-anak dan anakanak pula akan menurunkannya dan seterusnya akan mengajarnya pula kepada generasi yang lain. Keadaan ini telah menyebabkan laras masakan ini berkembang dari semasa ke semasa sehingga menjadi lebih luas lagi. Pada zaman dahulu iaitu zaman nenek-moyang, makanan yang disediakan adalah ala-ala kampong dan tidak begitu meluas lagi. Makanan tradisonal yang dimaksudkan termasuklah kuih-muih seperti kuih badak berendam, kuih puteri mandi, manakala lauk-pauk pula ialah ayam percik, ikan bakar air asam dan sebagainya. Keadaan ini seleras dengan penggunaan peralatan yang digunakan yang juga unik dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti periuk, belanga, kuali dan sebagainya. Apam yang uniknya lagi, bahan-bahan masakan dalam makanan tradisional ini menggunakan alam semulajadi seperti daun ketumbar, kelapa dan

sebagainya.Walaupun begitu, kehadiran dan kepelbagaian makanan moden pada hari ini tidak sesekali menjejaskan makanan tradisional ini yang juga merupakan makanan warisan orang Melayu sejak turun-temurun lagi. Walaupun kedua-duanya dilihat amat berbeza dari segi maata kasar, namun terdapat perbezaan dari aspek penggunaan

bahan tertentu seperti menggunakan bahan-bahan berempah, kiub dan sebagainya yang digunakan untuk mempercepatkan proses penyediaaan makanan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian adalah untuk : Mengkaji ciri-ciri laras yang terdapat dalam teks laras masakan. Menganalisis ayat dalaman, iaitu ayat suruhan yang terbentuk akibat proses peleburan yang juga dari ayat tunggal. Mengenalpasti aspek leksikal dan ketenunan yang terdapat dalam teks laras masakan.

BATASAN KAJIAN Dalam kajian kami, kami hanya mengambil 10 jenis lauk-pauk yang ada dalam masakan. Kajian dan analisis kami ini dibataskan dengan analisis berdekatan Ure & Ellis (1977), iaitu analisis dibuat merangkumi ciri-ciri keperihalan yang terdiri daripada situasi persekitaran dan situasi luaran serta analisis dalam aspek ciri-ciri linguistik meliputi aspek kosa kata (leksikal), sintaksis, ketenunan dan aspek keindahan.

DEFINISI DAN KONSEP LARAS Menurut Ab Razak Ab Karim (2008 : 1), laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-hari mereka. Seseorang penutur akan mengubah larasnya bergantung kepada keadaan ataupun situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung. Nik Safiah Karim (1992:111) mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang ditinjau dari segi penggunaan bahasa. Seseorang individu menggunakan satu jenis pertuturan (satu laras) pada ketika dan situasi tertentu dan seseorang itu dapat memilih laras itu daripada satu senarai yang ada pada dirinya. Selain itu, menurut Asmah Haji Omar (1984 : 92) pula laras ditakrifkan sebagai kelainan bahasa yang digunakan mengikut bidang seperti bidang ilmu dan bidang sosial. Beliau menekankan bahawa laras berlainan yang digunakan bukannya pada sistem bahasa tetapi hanya pada kata-kata tertentu yang digunakan dalam laras. Di samping itu, bagi Abdullah Hassan (1989 : 26) laras dikatakan sebagai pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteks. Penyataan beliau adalah seperti : pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa. Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu adalah dianggap pengolahan bahasa yang baik.

Ciri-ciri Laras

Ciri-ciri Keperihalan

Ciri-ciri Linguistik

Situasi Luaran

Situasi Persekitaran

Aspek kosa-kata
Aspek Ayat

Cara penyampaian

Hubungan social dan peribadi

Aspek Ketenunan

Bahan yang diperkatakan

Aspek Keindahan

Fungsi perlakuan social bahasa

Menurut pengkaji, mereka telah menyedari kepentingan peristiwa bahasa sebagai fokus utama dalam kajian sesuatu laras. Mereka mengatakan bahawa setiap penggunaan bahasa memerlukan satu situasi sosial ataupun peristiwa bahasa. Oleh hal yang demikian, mereka menamakannya sebagai ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik yang wujud dalam sesuatu penggunaan bahasa. Ciri-ciri keperihalan ialah ciri-ciri luaran yang terdapat dalam sesuatu peristiwa bahasa dan mereka telah membahagikan itu kepada dua bahagian iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran merupakan latar belakang sosial dan budaya sesebuah masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup masyarakat yang menentukan perlakuan anggota masyarakat. Situasi

persekitaran pula ialah mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa situasi persekitaran terangkum di dalamnya empat aspek penting seperti di bawah: i) ii) iii) iv) cara penyampaian hubungan sosial dan peribadi bahan yang diperkatakan fungsi sosial perlakuan bahasa

Cara penyampaian merujuk pada jenis-jenis bahasa yang digunakan seperti bentuk lisan, tulisan, isyarat ataupun sebagainya, pemeran-pemeran yang terlibat dalam peristiwa bahasa dan juga jangka masa yang diambil bagi penggunaan bahasa itu. contohnya, bahasa tulisan misalnya dapat mewujudkan ratusan variasi seperti laras ucapan, laporan , ilmiah, dan sebagainya. Selain itu, perkara-perkara ini telah

berhubung dengan faktor-faktor seperti siapa yang menulis, kepada siapa tulisan tersebut ditulis ataupun ditujukan dan tulisan tersebut mengenai apa. Di samping itu, latar belakang seseorang penulis juga boleh menyebabkan perbezaan pada cara penghasilaan sesuatu laras tersebut. Perhubungan sosial dan peribadi ialah hubungan yang wujud antara seseorang pemeran dengan pemeran yang terdapat dalam sesuatu peristiwa bahasa yang berlangsung. Dalam situasi ini, terdapat dua aspek yang berkaitan, iaitu melibatkan hubungan peribadi dan juga hubungan tidak rasmi atau bersifat formal. Menerusi hubungan yang bersifat peribadi, akan wujud hubungan mesra antara pemeranpemeran yang terlibat dalam peristiwa itu. Contohnya, peristiwa bahasa yang yang melibatkan perbualan dua orang sahabat, sepasang kekasih ataupun antara ahli-ahli keluarga. Perhubungan yang tidak rasmi tidak akan memperlihatkan kemesraan kerana terdapat jurang sosial antara kedua-dua pemeran yang terlibat dalam peristiwa bahasa. Contohnya hubungan antara penulis akhbar dengan pembaca akhbar, antara majikan dengan pekerja ataupun antara penulis dengan pembaca. Bahan yang diperkatakan merujuk kepada isi yang dibincangkan dalam seseuatu peristiwa bahasa yang berlangsung. Bahan tersebut boleh melibatkan isi-isi yang biasa dalam kehidupan seharian sehinggalah pada bidang-bidang yang lebih khusus sifatnya seperti bidang sains dan teknologi. Pendek kata, isi-isi yang diperkatakan dalam sesebuah peristiwa bahasa merupakan bahan dalam sesuatu laras. setiap bahan mempunyai perbezaan yang berlainan antara satu sama lain dan bergantung pada perkara yang diperkatakan oleh pemeran.

Fungsi sosial perlakuan bahasa pula merupakan dua perkara yang penting dan digabungkan dalam satu frasa seperti di atas. Frasa fungsi sosial yang pertama dan perlakuan bahasa merupakan perkara yang kedua. Kedua-dua frasa ini mempunyai hubungan yang erat dan saling berkaitan antara satu sama lain. Fungsi sosial merujuk kepada bentuk-bentuk majlis ataupun upacara yang berupa amalan anggota sesbuah masyarakat dan diiktiraf oleh mereka sebagai penting dan menjadi amalan budaya hidup masyarakat berkenaan. contohnya, dalam masyarakat Melayu, majlis

perkahwinan merupakan salah satu daripada fungsi sosial dan anggota masyarakat mengiktirafnya sebagai majlis yang penting. Dalam fungsi sosial tersebut akan terdapat lakuan bahasa yang menjadi inti utama majlis tersebut, iaitu majlis akad nikah pengantin lelaki. Selain itu, menerusi majlis tersebut juga akan wujud lakuan bahasa yang berupa kata-kata yang perlu dilafazkan oleh pihak yang terlibat dalam pernikahan yang dilakukan. Dalam majlis pernikahan, imam ataupun jurunikah akan menggunakan kata-kata yang sesuai atau dikenali sebagai akad dan pengantin lelaki pula akan menjawabnya sebagai tanda penerimaan. Kata-kata yang dituturkan oleh jurunikah dan pengantin lelaki inilah yang dikatakan sebagai lakuan bahasa. Lakuan bahasa ini hanya berlaku dalam majlis akad nikah sahaja dan tidak boleh dibuat secara sembarangan. Oleh hal yang demikian, lakuan bahasa hanya akan wujud apabilanya adanya peristiwa bahasa yang berlangsung. Setiap lakuan bahasa yang lahir daripada peritiwa bahasa tidak sama dan bergantung pada jenis peristiwa bahasa yang berlaku.

Aspek kedua yang diperkatakan oleh Ure & Ellis tentang laras ialah mengenai ciri-ciri linguistik dalam sesebuah laras bahasa. Menurut mereka, tiga aspek yang perlu diutarakan dalam ciri ini ialah: i) ii) iii) Aspek kosa kata Aspek ayat Aspek ketenunan

Menerusi aspek kosa kata, perkara utama yang diberi tumpuan ialah mengenai penggunaan kata dalam sesuatu laras, sama ada yang diperkatakan itu banyak menggunakan istilah khusus atau istilah umum ataupun tidak ada penggunaan istilah langsung. Sekiranya sesuatu laras itu banyak menggunakan istilah, akan wujud istilaistilah yang berlainan berdasarkan bidang yang diperkatakan oleh laras tersebut. Selain itu, terdapat juga sesetengah laras yang menggunakan kata-kata pinjaman asing atau sebagainya. Rumusnya, dalam aspek kosa kata segala aspek yang berkaitan dengan kata akan dibincangkan untuk membuktikan bahawa sesuatu laras itu menggunakan kata-kata tertentu yang berbeza daripada laras yang lain. Dalam aspek ayat pula menekankan kepada jenis ayat dan juga binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras. Sesetengah laras menggunakan banyak ayat majmuk dan kurang ayat tunggal. Manakala sesetengah laras yang lain pula mengalami proses pengguguran dan penyongsangan ayat. Oleh itu, dalam aspek ini segala perkara yang berkaitan dengan jenis dan binaan ayat akan dibincangkan sebagai cirri yang agak penting dalam sesuatu laras.

Aspek ketenunan merupakan keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks dan berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh pemeran dalam sesuatu laras. Terdapat juga sesetengah laras mempunyai kesatuan isi yang utuh manakala laras yang lain pila kurang utuh dari segi jalinan idea yang disampaikan