Anda di halaman 1dari 29

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

JAN / 2012 HBAE3103 KRAF TRADISIONAL

NO. MATRIK NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL

: : : :

790205125499002 790205125499 0198023167 SIVESLEYSIDEKLEY@YMAIL.COM

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM KAMPUS KENINGAU

ISI KANDUNGAN

Tajuk

Muka Surat

1.0Pengenalan 2.0Isi Kandungan : Kraftangan 2.1Tikar Mengkuang 2.2Tembikar 2.3Batik 2.4Keris 3.0Analisi Perbincangan 4.0Maklumat Sokongan 5.0Kesimpulan 6.0Rujukan

1- 6

6-7 7-9 9 - 10 11 13 13 16 16 25 25 26

HBAE3103

1.0 Pengenalan: Definisi dan Konsep Kraf

Menurut Peter Dormer dalam bukunya The Culture of Craft 29, makna kraf dikaitkan dengan aktiviti kreativiti berkemahiran yang berkait dengan proses membuat dekorasi atau membuat sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf, merujuk kepada penciptaan sesuatu objek yang asli melalui kebolehan artis melakukan perubahan terhadap bahan dan sejarah kewujudan kraf dikenal pasti kerana keperluannya dalam kehidupan. Pengertian ini ada kaitannya dengan pendapat Edward Lucie-Smith dalam bukunya The Story of Craft30 yang menyatakan semua proses pembuatan menggunakan tangan samaada untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan semata-mata adalah objek kraf. Dalam buku The Persistent Object, Rose Slivka mendefinisikan kraf sebagai suatu tindakan pengubah suaian bahan menurut kehendak pandai tukang yang dapat mengekalkan realiti kehendak manusia. Alam sebenar kewujudan objek menjadi sebagai seni dan mempunyai fungsinya. Melalui sejarahnya yang panjang, kraf telah menjadi objek yang mempunyai nilai dan kerangka terhadap tujuan manusia membuat dan menggunakannya. Menurut Mary Louise Edwards, kraf menyentuh pemikiran tentang kasih sayang, pekerjaan, komuniti, kecintaan, kemahiran, tradisi, material, masa, objek, reka bentuk, amalan dan juga seni. Ungkapan itu hidup dan menjadi keperluan dalam organisasi, amalan individu dan kehidupan keseluruhannya. Corak kemahiran yang wujud dapat membentuk keputusan terhadap nilai estetik. Ensaiklopedia Britannica, mendefinisikan kraf sebagai penggunaan kemahiran dan imaginasi dalam proses penciptaan objek yang mengandungi nilai estetik, persekitaran atau pengalaman bersama dengan orang lain yang mempunyai kekuatan, kemahiran dan keaslian. ( di dalam Zaihidee MohdBin Arshad.(2009). Kraf Buluh Kampung Jal Kechil:Simbolisme Minda dan Watak dalam Sosiobudaya Melayu .Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah2009. Diakses pada 22.2.2012 melalui laman sesawang http://eprints.usm.my/15833/1/KRAF_BULUH_KAMPUNG_JAL_KECHIL.pdf)

Secara literasinya "Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf". "Keluaran
1

HBAE3103

Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979. Diakses pada 23.2.2012 melalui http://www.kraftangan.gov.my/main Paul J. Smith(19950 menyatakan bahawa Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya Craft Today Poetry of the physical, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu. Menurut William Hunt (1952) dalam bukunya An Introduction to The Malayan Aboriginese mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantau Asia dengan asimilasi budaya pribumi. Menurut Dato Sulaiman Osman (1994) sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi juga turut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya serta bercampur gaul dengan budaya purba mereka Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa maksud perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan, manakala kraftangan pula membawa makna perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan. Senibina merupakan seni par excellence yang berkaitan dengan pengaturan ruang, manakala senibina Islam dibangunkan bertujuan menempatkan manusia dihadapan Tuhan dengan cara memperlihatkan ruang yang dibentuk, diatur, dan disesuaikan dengan pelbagai teknik senibina (Nasr 1987 : 58). Menurut M. A. J. Beg, senibina bukan sahaja dilihat pada bentuk- bentuk bangunan dan tugu- tugu peringatan, malahan ia turut membayangkan tamadun yang dilahirkan (Romzah 1994 : 4).
2

HBAE3103

Seyyed Hossein Nasr telah berpendapat bahawa, keutuhan senibina Islam bukan sahaja berhubungkait dengan kesatuan aspek kosmologi dan apa yang ada di sebalik alam dengan Kesatuan Prinsip Ketuhanan itu sendiri, malahan ia juga berhubungkait dengan kesatuan hidup individu dengan masyarakat yang diatur oleh hukum Ilahi ataupun al-Syariah (Nasr 1987 : 73). Menurut beliau lagi, prinsip- prinsip senibina Islam tidak ditemui dalam sumber- sumber penulisan pada zaman awal Islam bukan bermaksud ia tidak wujud, tetapi ia tidak perlu dijelaskan secara terperinci seperti hari ini. 1.1 Perkembangan senibina berunsur Islam di Malaysia Perkembangan senibina Islam di Tanah Melayu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Senibina Islam ini muncul selaras dengan perkembangan Islam di Tanah Melayu pada kurun ke-12M. Senibina berunsur Islam ini dibangunkan oleh kelompok pendatang yang berperanan menyebarkan dakwah di Tanah Melayu. Binaan yang dibangunkan oleh golongan tersebut mempamerkan kebudayaan tempat asal mereka. Antara negeri terawal yang menerima pengaruh senibina Islam adalah Kedah pada abad ke-10M, Terengganu abad ke-13M, Sabah abad ke-14M, Negeri Sembilan abad ke-14M, Kelantan abad ke17M, dan Melaka abad ke-17M. Antara binaan yang dianggap mempunyai ciri senibina Islam adalah seperti masjid dan ciri yang terdapat padanya, istana, batu nisan, batu bersurat, dan bangunan atau kota pentadbiran. Fokus perbincangan kerta kerja ini adalah pada binaan masjid dan istana bermula pada abad ke-17M sehingga awal abad ke-20M serta senibina moden di Malaysia. 1.2 Sejarah ringkas kedatangan Islam ke Tanah Melayu Kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah bermula dengan pelayaran mubaligh Islam dari Semenanjung Tanah Arab, benua China dan India serta Sumatera yang menjadikan Tanah Melayu sebagai kawasan persinggahan. Selain dari menjalankan urusan perdagangan, para pendakwah ini menjadikan kawasan persinggahan mereka sebagai tempat menyebarkan agama Islam. Hasil peninggalan mereka memberi kesan kepada masyarakat Tanah Melayu serta memberikan gambaran yang sempurna tentang sejarah Islam di Malaysia. Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada kesultanan Melayu Melaka yang didirikan menjelang tahun 1400M. Pada zaman kegemilangan, kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung
3

HBAE3103

dan pantai timur Sumatera. Walau bagaimanapun, penemuan sejarah telah mencatatkan bahawa agama Islam terlebih dahulu sampai ke negeri Kedah iaitu pada abad ke-10M, Kelantan pada abad ke-12M, manakala Terengganu pada abad ke-13M. Abdul Rahman (1981) menjelaskan bahawa catatan Ibnu Khordazbeh dalam bukunya Al-Masalik wa al-Mamalik 224H/846M, agama Islam telah sampai di Kedah pada abad ke-10M berdasarkan penemuan makam (kubur orang Islam) di Tanjung Inggeris. Sebaliknya Salsilah Negeri Kedah mencatatkan agama Islam tiba di Kedah pada tahun 531H manakala Islam telah menjadi agama anutan penduduk Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1303M berdasarkan catatan pada batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang. . Asad (1962) menyatakan bahawa kemunculan agama Islam di Kelantan dibuktikan dengan penemuan wang dinar yang dijumpai tertanam di kawasan Kota Kubang Labu. Tercatat padanya perkataan al-Jalus Kelantan 577 dalam bahasa Arab. Manakala di bahagian sebelahnya lagi tertulis perkataan al-Mutawakkil. Angka 577 dalam bahasa Arab itu dipercayai adalah bermaksud tahun 577H bersamaan 1181M . Zalinatun (1997) pula menjelaskan bahawa penduduk Negeri Sembilan pula menerima Islam pada abad ke-14M. Hal ini terbukti dengan penemuan kubur seorang Islam bertarikh 850H/1467M . Kerajaan Johor dan Perak pula diasaskan setelah penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511M. Dalam abad ke-17M, Pahang telah menjadi sebahagian daripada Johor dan hanya muncul kembali sebagai kesultanan yang merdeka pada tahun 1881M . Negeri Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan Brunei yang mencapai kejayaan pada abad ke-16M setelah kejatuhan Melaka. Menurut dokumen Selasilah tulisan jawi dalam bahasa Idaan, Lahad Datu telah menerima kedatangan Islam dari pedagang Arab, Parsi, dan India pada tahun1408M. Manakala sebuah surau tertua ditemui Midai, Sabah pada tahun yang sama

1.3 Kesan peninggalan sejarah dalam aspek senibina Islam

HBAE3103

1.3.1 Masjid Menurut Abdul Rahman (1981) Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa aqidah, ia juga telah mengembangkan konsep Islam iaitu ad- Din sebagai cara hidup. Di antara cara hidup yang terpenting yang berhubung rapat dengan ad-Din ialah masjid Senibina masjid termasuk di dalam senibina bangunan yang penting di Malaysia. Selain menjadi lambang keagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam. Perkataan Masjid berasal dari bahasa Arab. Secara harfiah ia bererti tempat sujud, iaitu posisi ketiga dalam solat (namaz), ketika dahi orang yang solat menyentuh tanah dalam kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T Menurut Nasr (1987) terdapat seni tertentu didakwa berasal dari Masjid, contohnya seni kaligrafi khat Kufi, dan tilawah al- Quran (seni suara), Secara jelasnya, masjid memainkan peranan penting dalam pengciptaan atau penghasilan seni Islam yang baru . Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah masjid ialah kubah, menara, bumbung, pintu besar, tiang-tiang utama, mimbar masjid, mihrab, hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir dan seni khat. Senibina masjid yang terawal adalah mempunyai ciri senibina rumah Melayu tradisional. Dari semasa ke semasa, binaan yang didirikan diperbaharui, diubah suai, dan disisipkan dengan unsurunsur kesenian daripada pelbagai bangsa di dunia, terutamanya dari negara Islam yang lain. Gabungan dan percantuman unsur-unsur seni bina Islam dari negara Turki, Arab, Maghribi, Parsi, India, dan China telah membentuk dasar seni bina bagi sebahagian daripada masjid di Malaysia. Hampir semua bentuk masjid yang terawal mempunyai tiang. Lantai masjid biasanya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid ketika banjir contohnya Masjid Kampung Laut, Kelantan. Bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat, tinggi, dan curam untuk memudahkan penyaliran air apabila hujan lebat, supaya air tidak bertakung dan bahan kayu tidak cepat reput, contohnya Masjid Kampung Keling, Melaka.

HBAE3103

Masjid Kampung Laut, Kelantan. Abdul Rahman (1981) menyatakan bahawa Masjid Melayu lama biasanya diperbuat daripada kayu dan bumbungnya berbentuk atap tumpang atau 'meru'. Bumbung tumpang adalah dibina bertingkat- tingkat, besar di bahagian bawah, dan meruncing ke bahagian atas. Bilangan 'meru' biasanya ganjil (3 atau 5) kerana mengikut kepercayaan orang-orang Melayu, angka ganjil (ghasal) dianggap angka yang suci. Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya supaya keadaan di dalam masjid nyaman dan selesa. Dinding, jendela, dan jejala untuk menepati fungsinya mempunyai nilai-nilai estetika . 2.0 Isi Kandungan 2.1 Kraf Melayu : Tikar Mengkuang Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas penggunaannya. Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk lazimnya dibentangkan tikar terlebih dahulu. Selain berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan untuk alas tidur, ada juga tikar yang dikhaskan penggunaannya iaitu Tikar sembahyang lazimnya tikar untuk kegunaan ini mengikut ukuran biasa bagi kegunaan seseorang mengerjakan ibadat sembahyang itu. Tikar parudan meurpakan tikar kecil yang digunakan sebagai tempat menadah isi kelapa yang diparut. Bagi Tikar alas nikah adalah tikar yang dibuat khas sebagai tempat duduk pengantin lelaki semasa upacara akad nikah. Satu lagi fungsi tikar mengkuang adalah Tikar jemuran iaitu sejenis tikar yang digunakan khas untuk menjemur padi.

HBAE3103

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman Dua jenis warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan . Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan corak

2.2Tembikar

Seni tembikar wujud di Tanah Melayu sejak beribu tahun dahulu. Buktinya terdapat penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tambun, Perak; dan Gua Niah, Sarawak.Dilihat dari aspek perkembangan kebudayaan benda di dunia, bahan tanah liat telah lama menjadi media penghasilan keperluan hidup dan juga penyataan ekspresif kepada masyarakat. Penghasilan seni tembikar yang mengaplikasikan media tanah liat sebagai media bahantara merupakan salah satu seni yang tertua di dunia selepas penggunaan media batu. Penggunaan bahan tanah liat dalam kebudayaan benda masyarakat Malaysia telah mula dikesan sejak dari zaman Neolitik lagi. Tembikar merupakan satu unsur penting dalam memahami dan mengetahui perkembangan sejarah kebudayaan masyarakat kerana ianya melambangkan keupayaan manusia masa prasejarah menembusi satu kaedah pembuatan dan pengeluaran atau teknologi bagi kesejahteraan masyarakat tersebut. Adi Taha turut membuat andaian tentang perkembangan kebudayaan dalam masyarakat yang dikaitkan dengan objek tembikar dengan mencatatkan: Tembikar telah dijadikan kriteria penting

HBAE3103

dalam menentukan perubahan corak hidup masyarakat prasejarah dan dijadikan petanda masyarakat tersebut telah memasuki kebudayaan Neolitik yang dipercayai bermulanya aktiviti pertanian. Bentuk gaya dan Motif Gaya geometri Bentuk motif ini menggunakan teknik guris, tekat dan kelar. Bentuk dan unsur yang sering digunakan ialah unsure geometri asli dan unsur alam. Bentuk dan unsur geometri asli ialah susunan garis panjang, melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang. Unsur titik memainkan perananpenting sehingga dapat dibuat bentukbentuk yang geometri asli. Bentuk dan unsur alam digunakan dengan mengambil idea alam daripa daalam. Bentuk motif yang dibuat ialah garis, titik, bersilang atau pangkah. Susunan unsur ini akan menjelmakan beberapa motif tumbuhan, binatangdan unsur-unsur alam. Contohnya Bunga lawang yang dibentuk daripada lima garis yang berhubungmenjadikan bentuk potong wajik. Selalunya, menghiasi bahagian badantembikar Gaya organik Berunsurkan alam semulajadi. Bentuk motif ini mempunyai kesamaandengan ukiran kayu terutamanya motif awan larat. Motif ini merupakan motif yang umum dalam seni ukiran kayu

2. Jenis-jenis tembikar Geluk bekas air, Buyung bekas air, Jambangan bekas bunga, Labu bekas air, Bekas baramembakar kemenyan, Perembunan menakung air embun, Terenang bekas air tertutup, Tembikar Mambong peralatan dapur seperti periuk, belanga, Tembikar Sarawak dan menyimpan barang berharga, arak dan bunga.

HBAE3103

Begitu juga dengan penghasilan barangan tembikar, penciptaan tembikar bukan sekadar bentuk dan fungsinya tetapi turut memperlihatkan luahan ekspresi estetika. Ragam hias pada tembikar prasejarah telah membuktikan bahawa masyarakat ketika itu sudah mula berkomunikasi dengan mengapresasikan alam semula jadi sebagai motif dan reka corak pada permukaan tembikar. Alam semula jadi dijadikan subjek dalam luahan rasa.

2.3 Batik Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia.Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batikyang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telahditerapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung.Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batiksemakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman. Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah d e n g a n a d a n y a m o t i f - m o t i f y a n g d i p i l i h d a n d i s u s u n d e n g a n k r e a t i f s e r t a di warnakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunaka biasanya
9

HBAE3103

berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan yang geometri. M o t i f f l o r a digemari yang merupakan unsur tumbuhan yang amat d a n digunakan ialah pucuk rebung, bunga mangga, kenangga,cempaka,melur

dansebagainya. Bunga, pucuk,kudup,putik,daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai. Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan motif flora. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialahsegi tiga pucuk rebung, segi empat,garisan lurus, swastika, gandaan huruf S,bulatan dan sebagainya. Namun dalam batik sarung yang kita, penggunaan motif adalah merangkumi motif flora, fauna dan geometri. Motif flora seperti motif bunga mangga diguna secara dominan pada badan kain yang berlatarkan warna biru yang lebih gelap.Susunannya adalah secara menegak dan agak longgar. Namun gabungan susunan dan kontras warnya menampakkannyaagak jelas dan menarik. Motif corak pada kaki kainnya agak mudah dengan adunan garisan dan motif pucuk rebung yang disusun dengan rapi secara menegak. Pada kepala kain, corak geometri berbentuk bulatan dan berbintang ditengah b u l a t a n d i p i l i h disempadani dengan garisan motif banji yang disusun geometri yang lebih berurutan. Diantara garisan banji sisip dengan bentuk bentuk kecil berupa motif fauna yang berbentuk sayap, sawat dan kupu-kupu

10

HBAE3103

2.4 Keris Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacaraupacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.

Jika dilihat daripada kehebatan pahlawan Melayu, tidak sah jika kita tidak memperkatakan mengenai kehebatan senjata terutama keris yang mereka gunakan.Keris Taming Sari milik Hang Tuah misalnya dikatakan mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya daripada dicederakan oleh mana-mana senjata. Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. Orang Melayu telah menempa dan menggunakan keris serta senjata-senjata lain semenjak lima ratus tahun dahulu. Antara alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah ditempa untuk kegunaan pertarungan, pertahanan diri daripada serangan. Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini, fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati,
11

HBAE3103

barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau. Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi. Motif Hiasan i. ii. iii. Flora dan fauna Motif yang berunsurkan kosmos, geometri dan kaligrafi Motif unsur bernyawa hanya terdapat pada hasil ukiran kaum etnik

Reka Corak Susunan motif ukiran melayu klasik bersifat corak yang dikuir pada permukaan rata atau dalam bentuk arca

12

HBAE3103

Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif. Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya. Kesimpulannya, senjata tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan tersendiri 3.0 Analisis perbincangan Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam, kewujudannya paling ketara dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah, perahu, alat persenjataan dan elemenelemen kesenibinaan yang diperbuat daripada kayu. Menurut Halim Nasir (1987) seni ukir di Semenanjung Malaysia boleh ditelusuri semenjak zaman Batu Megalithik dengan penemuan motifmotif pada batu dalam bentuk ular atau naga dan rusa, sehingga kepada penemuan motif dan kaligrafi pada batu-batu nesan yang menandakan zaman kedatangan Islam kerantau sebelah sini. Manakala penemuan motif-motif pada meriam, keris, lembing dan cap mohor kerajaan lama menandakan sekil atau kepandaian Melayu purba dalam menggunakan logam ketika zaman logam sehingga kepada era kedatangan Islam. Dalam konteks seni ukiran kayu, penemuan yang meluas pada rumah kediaman, istana, masjid, rumah wakaf, gerbang dan juga pada senjata, peralatan pertukangan, perabut, perkakas rumah serta perahu. Zulkifli Hanafi (2000) menyatakan bahawa dari sudut sejarah kegiatan seni ukir terkenal di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan
13

HBAE3103

Patani di Selatan Thai. Namun terdapat juga rumah-rumah tradisional di negeri-negeri Perak, Kedah dan Negeri Sembilan yang dihias dengan ukiran. Secara amnya terdapat persamaan atau pengaruh setempat dengan kawasan sekitarannya. Halim Nasir (1987) pula menyatakan bahawa ukiran dan ragam hias pada seni bina rumah tradisional Melayu Kelantan dan Terengganu dikaitkan dengan imej-imej Selatan Thai sementara ukiran dan ragamhias pada seni bina Negeri Sembilan dengan Minangkabau.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.

Penelitian yang dibuat terhadap motif dan imej yang terdapat pada beberapa aspek dalam kesenian Melayu menampakkan bahawa berlaku perkembangan dan perubahan yang menarik dari aspek fizikal dan permaknaan. Kesenian Melayu telah melalui beberapa zaman semenjak era pra-Islam yang disebut sebagai era anamisme dan Hindu atau Buddha sehingga kepada era kolonialisme dan seterusnya era Islam. Jika dilihat dalam konteks alam Melayu terutama di Indonesia dan Indochina, motif dan imej-imej pra-Islam masih kelihatan agak ketara berbanding dengan apa yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Imej-imej Kala, Makara, Garuda, Naga dan Gunungan yang merupakan imej-imej kedewaan kelihatan begitu jelas terutamanya pada seni bina candi yang dibina beberapa ratus tahun dahulu. Di Semenanjung Malaysia, imej-imej dan motif-motif tersebut hanya dapat dilihat pada beberapa aspek kesenian Melayu sahaja. Kehadiran mereka hanya dapat dilihat dengan agak jelas pada artifak-artifak yang masih wujud seperti ukiran keris, perahu-perahu nelayan dan beberapa peralatan rumah seperti kukuran, permainan tradisional seperti congkak dan persembahan rakyat seperti wayang kulit dan makyong.

14

HBAE3103

Penelitian yang dibuat ke atas pintu gerbang menunjukkan kebanyakan yang masih tinggal banyak menggunakan motif-motif bungaan dan kaligrafi ayat-ayat Al-Quran. Ia menjadi manifestasi terhadap jiwa tuan rumah atau istana yang menggunakan pintu gerbang bagi tujuan keselamatan dan juga sebagai penyambut tetamu. Reka bentuknya juga jelas menunjukkan kesejajarannya dengan konsep kesenian Islam. Penemuan imej pra-Islam adalah saki baki pemikiran lama yang masih wujud pada tukang-tukang dan pengukir-pengukir dan kemungkinan besar hanya dalam bentuk luaran atau fizikal sahaja tanpa membawa makna-makna asal. Apabila Islam masuk ke alam Melayu, ajaran tersebut tidak menghalang secara melulu penggunaan elemen-elemen lama yang sudah sekian lama sebati dengan pemikiran tukang-tukang dan pengukir-pengukir.

Kemasukan Islam yang bersifat akomodatif (tidak secara peperangan atau paksaan) ini menyebabkan ianya mudah diterima di alam Melayu. Dalam konteks alam Melayu, seni bina di Malaysia boleh dianggap lebih awal menolak elemen-elemen pepatungan dan motif-motif haiwan mitos ke dalam reka bentuknya berbanding dengan rekabentuk senibina dinegara Indonesia. Proses Islamisasi dalam kesenian dan budaya Melayu ternyata lebih awal berbanding dengan apa yang berlaku di Jawa.

Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60an dan 70an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu Islam

15

HBAE3103

Dua contoh karya khat atau kaligrafi yang menggunakan elemen binatang. Gaya ini agak terkenal sekitar 1960an dan 1970an namun kurang mendapat tempat di hati umat Islam di Malaysia.

(Di dalam Mohd Sabrizaa B Abd Rashid (2008). EVOLUSI BENTUK DAN MAKNA PADA RAGAM HIAS DALAM SENI BINA TRADISIONAL MELAYU . Jabatan Seni Bina Dalaman Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur UiTM Perak Kampus Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan.)

4.0 Maklumat Sokongan 4.1 Tikar mangkuang Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini. Salah satu warisan seni halus adalah anyaman. Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan.
16

HBAE3103

Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampungkampung dan kawasan di sekitar pasir pantai Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digeacmari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini.

Bagi tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung. Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Unsur fauna pula, terdapat motif haiwan dan serangga, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing, tapak harimau, anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah digunakan warna yang berlainan atau kontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindihmenindih danberselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.
17

HBAE3103

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi. Corak pula lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. 4.2.1 FALSAFAH OBJEK SENI ANYAMAN Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resamnya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerjatangannya;
i.

Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagaimengisi masa lapang Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah. Kemahiran menguasai seni anyaman menunjukkan seseorang wanita itumempunyai sifat kewanitaan yang sempurna. Anyaman boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Hasil anyaman mudah disimpan dan dibawa kemana-mana kerana bersifatlembut dan boleh digulung. Dapat memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai. Menghargai unsur alam semulajadi dengan penggunaan bahan dan motif

ii. iii. iv. v. vi. vii.

4.2.2 TUJUAN DAN FUNGSI ANYAMAN MENGKUANG Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas penggunaannya.Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagimemenuhi adat resam apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakansebagai tempat duduk lazimnya dibentangkan tikar terlebih dahulu. Selain berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan untuk alastidur, ada juga tikar yang dikhaskan penggunaannya iaitu; i. ii. Tikar sembahyang - lazimnya tikar untuk kegunaan ini mengikut ukuran biasa bagi kegunaan seseorang mengerjakan ibadat sembahyang itu. Tikar parudan - tikar kecil yang digunakan sebagai tempat menadah isikelapa yang diparut.
18

HBAE3103

iii. iv.

Tikar alas nikah - tikar yang dibuat khas sebagai tempat duduk pengantinlelaki semasa upacara akad nikah. Tikar jemuran - sejenis tikar yang digunakan khas untuk menjemur padi.

4.2.3 UNSUR DAN PRINSIP SENI ANYAMAN MENGKUANG i. Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada gubahan bentuk yang dijalin untuk menghasilkan sesuatu gaya atau ragam hiasyang menarik sebagai motif utama. ii. iii. iv. v. Pembentukan kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman. Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi mewujudkan pelbagai jenis kelarai. Dua warna yang kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yangmenarik. Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam semulajadisepertiunsur-unsur tumbuhan dan binatang tetapi ada juga kelarai yangdihubungkaitkan dengan nama orang

4.2 Batik Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan daripada penggunaan lilin dan bahan pewarna samada penggunaan pewarna dari alam semulajadi mahupun pewarna moden. Lilin merupakan bahan utama yang digunakan sebagai pemisah warna samaada dilukis menggunakan canting mahupun yang diterap menggunakan blok-blok motif ke atas permukaan tekstil. Kemudiannya warna disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah celupan atau menggunakan berus. Keistimewaan dan keunikan seni batik terletak pada ciri yang berlainan bagi corak dan kesan yang terhasil oleh kerana itu tidak ada sehelai batik yang sama dengan yang lain sekalipun menggunakan canting, blok cap dan warna yang sama. Menilai falsafah karya dari seni batik, pengkarya lebih dipengaruhi falsafah kebudayaan dan alam sekitar. Apakah kebenarannya, pemikirannya, ilmu pengetahuannya,
19

HBAE3103

kecantikkannya dan kehidupannya.Banyak unsur corak dan motif yang mengambarkan falsafah kehidupan adat,

direka

budaya, keindahan dalam kebenaran sesuatu

kebudayaan bangsa. Contohnya batik pengaruh lama yang bermaksud tersirat dan karya mengambarkan realiti tentang sesuatu budaya terutama batik dari negara Indonesia. Berpegang kepada falsafah sendiri, para pengkarya dan pencipta luahkan melalui sudut pandangan tentang kecantikan dan ilham mereka. K a r y a b a t i k l a m a d a n m o d e n m e m p u n y a i f a l s a f a h y a n g s a m a C u m a b e n t u k s a j a membezakan rekaan masing. Kalau seseorang itu berpegang kepada falasafah kebudayaan maka corak dan hasil karyanya menjurus kepada unsur dan manakala yang berpegang kepada unsur kehidupan, alam sekitar dan keagamaan maka rekaan corak dan karya mengikut gaya unsur masing-masing. Falsafah seni kraf tradisional amat luas. Para pencipta seni mempunyai falsafah yang berbeza terutamanya pada zaman moden.Pada corak yang abstrak atau geometri, falsafah ia berlainan dan lebihmengambarkan emosi atau khayalan.Kraf karya batik jarang kita lihat pada corak berunsurkan falsafah keagamaan.Ini kerana corak ayat-ayat jawi/Al-Quran atau khattidak boleh digunakan sewenang-wenangnya mengikut ajaran agama. Islam tetapi w u j u d keagamaan itn pada kraf seni ukiran sebagai hiasan kecantikan

m e l a l u i u k i r a n g p i n t u , hiasan, dinding dan sebagainya. Hasil falsafah adalah pengaruh daripada temadun Islam yang wujud pada masa dahulu. Falsafah kecintaan terhadap keindahan dilahirkan melalui corak alam fauna dan flora. Dalam seni Ukiran, falsafah k e a g a m a a n m u d a h d i d a p a t i . s e l a i n k a r y a k e h i d u p a n f l o r a d a n f a u n a t e r u t a m a n y a corak flora banyak dibuat. Pengkaryapengkarya adalah seorang yang mempunyai pengetahuan serta bakat semulajadi bersama dengan falsafah yang dipegang oleh mereka. Dengan itu maka wujudlah corak-corak yang tinggi nilai estetikanya. Bagi pengemar-pengemar seni ukiran ini, wang bukan menjadi masalah tetapi kerana minatdan nilai seni yang menjadi keutamaan. Pada masa sekarang golongan kaya akan cubamendapatkan
20

HBAE3103

karya-karya ukiran yang bermutu serta tinggi nilainya sebagaimelambangkan diri seseorang itu. Tetapi bagi tukang ukir maupun batik, kesenian dankeindahan yang mereka rekakan berdasarkan falsafah masing-masing Dalam hal ini Asharil Duhardi Abdullah menjelaskan bahawa: Istimewanya seni batik kerana batik merupakan salah satu seni tradisi budaya yang lahir dan berkembang di kepulauan Melayu serta berkaitan dengan pakaian para penduduknya. Motif yang sering menghiasi ruang badan sesebuah kain sarung sudah semestinya motif-motif etnik. Setiap daerah yang menghasilkan batik sabagai bahan keperluan harian pastinya mempunyai motif-motif etnik yang perlu diangkat dan dikembangkan agar ia kekal dan diketahui oleh setiap generasi baru. Batik tradisional ini mempunyai makna simbolik yang tinggi dan penggunaannya didasarkan pada status sosial pemakai dalam masyarakat daerah tertentu. Dengan penggunaan motif-motif etnik yang terdiri daripada imej-imej flora seperti motif pucuk rebung, bunga cempaka, bunga airmata kasih; manakala motif fauna seperti motif kala jengking, motif rama-rama, motif burung dan juga motif ayam. Lakaran yang dihasilkan tidak menyerupai bentuk yang sebenar,kerana menghormati ajaran agama Islam. Pada masa kini, batik telah berkembang melampaui dunianya dengan melalui proses pemodenan konsep, teknik dan falsafah. Sebagaimana masyarakat dan kebudayaan yang sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman, seni membatik juga turut berubah. Daripada keindahan yang hanya terdapat pada pakaian yang menunjukkan status si pemakainya, batik telah berpindah konsepnya mengikut konseptradisi kesenian Barat iaitu catan batik yang menjadi hiasan-hiasan dinding galeri atau pejabat, hotel-hotel atau juga sebagai hiasan-hiasan dinding ruang tamu rumah-rumah masyarakat pertengahan. Dengan adanya keistimewaan teknik pembuatannya serta harmoni susun atur motif yang melambangkan masyarakat Melayu membolehkan pelukis-pelukis moden mengarap dan merakamkannya kedalam sebuah cerminan lukisan. Rakaman dan lorekan ini semata-mata sebagai satu usaha untuk menonjolkan identiti dan usaha mencari identiti.

21

HBAE3103

4.3 Tembikar Manipulasi unsur alam tidak sekadar menggunakan bahan alam secara asli namun pencipta tembikar Mambong juga telah berjaya mengadaptasikan campuran bahan alam yang lain bagi menghasilkan satu campuran tanah liat yang mengandungi keistimewaan serta ciri-ciri fizikal khas yang tidak terdapat pada tembikar tradisi di Malaysia. Dengan jiwa penilaian yang begitu teliti pada unsur alam secara langsung telah melahirkan seni rupa yang amat tinggi nilai estetik pada tembikar Mambong. Unsur alam juga telah memberikan satu idea kepada pencipta tembikar Mambong untuk menzahirkan mesej perihal penting yang berkaitan apresasi jiwa pencipta terhadap alam persekitaran hidup mereka. Hubungan jiwa pencipta tembikar Mambong yang begitu akrab dengan unsur alam telah menerbitkan satu pertalian yang erat. Motifmotif ragam hias pada jasad tembikar Mambong yang bertemakan unsur alam telah memperjelaskan bahawa unsur alam begitu dihargai serta disanjung sebagai Berdasarkan konsep seni rupa Melayu yang telah diutarakan oleh Syed Ahmad Jamal,akan diaplikasikan sebagai satu konsep pemikiran yang boleh dibuktikan melalui kajian estetika yang berkaitan tembikar Mambong. Menurut Syed Ahmad Jamal:

Bentuk tampak Seni rupa Unsur Alam Jiwa

Rajah 1 : Kerangka Konsep Seni Rupa Melayu (1992) Syed Ahmad Jamal.

22

HBAE3103

Konsep seni rupa Melayu lahir daripada kesedaran terhadap intisari sesuatu hasil ciptaan, iaitu melalui bentuk tampaknya kepada dimensi yang terjalin pada rupa ciptaan itu. Ini menjadi titian di antara realiti yang zahir dan yang batin serta berperanan sebagai perantara jiwa pencipta dan penghayat. Hasil ciptaan itu kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, corak dan warnanya. Daripada pengamatan penciptanya terjelmalah karya-karya itu dari alam semula jadi ke alam seni. Menurut Syed Ahmad Jamal lagi: Seni rupa Melayu ialah penjelmaan unsur-unsur dari alam semulajadi kepada suatu bentuk karya seni rupa. Karya seni terhasil dari pada pengamatan dan pemikiran pencipta yang dijelmakan melalui impian lalu mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alamnya.

Bentuk tampak (BT) B2 B1 A Unsur Alam (UA) B3 Jiwa (J)

Rajah 2 : Vent-Diagram Konsep Seni Rupa Melayu. Oleh yang demikian dengan merujuk kepada konsep seni rupa Melayu oleh Syed Ahmad Jamal ianya akan membentuk satu Vent-Diagram. Dengan berpandukan Vent Diagram konsep seni rupa Melayu, A (seni rupa) adalah merupakan hasil gabungan jiwa, bentuk tampak dan unsur alam. Ketiga-tiga elemen ini menjadi satu komponen yang penting dalam membentuk satu pertalian yang saling berkait bagi menjelmakan seni rupa (A). Merujuk kepada jiwa (J) adalah merupakan elemen yang berkaitan dengan manusia. Aspek jiwa adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan tentang pengamatan dan pemikiran pencipta. Manusia mempunyai satu daya intelektual yang mendorong untuk berfikir tentang sesuatu perkara yang berkaitan kehidupan harian serta dapat memberi kepuasan pada diri mereka. Oleh yang
23

HBAE3103

demikian dorongan bagi penciptaan dan penghasilan barangan keperluan harian bagi membantu kehidupan akan cuba direalisasikan hasil daripada imaginasi pencipta. Jiwa penciptaan melahirkan satu daya untuk menggambarkan imaginasi kepada realiti. Manakala bentuk tampak (BT) adalah merupakan sesuatu hasil bentuk yang direalisasikan daripada imaginasi kepada realiti. Bentuk tampak ini adalah merupakan satu hasil kerja tangan pencipta yang lahir daripada jiwa yang mahu mencipta sesuatu. Bentuk tampak yang lahir dari jiwa ini adalah merupakan satu bentuk tampak yang merangkumi barangan bagi keperluan hidup atau juga sebagai satu alat bagi kepuasan kepada jiwa penciptanya. Sementara itu unsur alam (UA) pula adalah merupakan sesuatu subjek idea atau merangkumi bahan media bagi penghasilan bentuk tampak yang berada dekat dalam lingkungan persekitaran kehidupan mereka. Subjek idea sama ada daripada alam semula jadi yang dijadikan sebagai satu sumber idea bagi penghasilan bentuk tampak mahupun sebagai satu sumber idea bagi ragam hias. Subjek ini tidak terbatas kepada alam semula jadi sahaja namun ianya merangkumi objek-objek yang berada dalam persekitaran kehidupan seharian. Sementara itu bahan pula adalah merupakan suatu material yang diperolehi dari sumber alam. Bahan alam ini termasuklah seperti batu, kayu, tanah liat atau apa juga bahan dari sumber alam yang dapat dijadikan sebagai satu media untuk merealisasikan idea kepada realiti. Oleh yang demikian hasil gabungan dari tiga elemen yang terdiri daripada jiwa, bentuk tampak dan unsur alam akan mewujudkan beberapa gabungan elemen yang dikodkan sebagai B1, B2 dan B3 dalam Vent-Diagram ini; B1 adalah gabungan bentuk tampak (BT) dan jiwa (J). Berdasarkan kajian ini, bentuk-bentuk tampak yang terdiri daripada tembikar Mambong adalah lahir daripada jiwa pencipta. Bentuk-bentuk tembikar Mambong yang wujud adalah merupakan satu manifestasi dari jiwa pencipta bagi menzahirkan seni rupa. Sebagai contoh, bentuk-bentuk tembikar yang dihasilkan di kampung Mambong adalah merupakan pelbagai peralatan keperluan hidup yang lahir dari idea pembuat tembikar Mambong. Dari jiwa pencipta yang melahirkan idea berkaitan barangan bagi keperluan hidup maka terhasillah bentuk tampak yang direalisasikan oleh bentukbentuk tembikar Mambong yang mana ianya telah melahirkan satu seni rupa.

24

HBAE3103

Hasil dari gabungan jiwa, bentuk tampak dan unsur alam juga telah mewujudkan satu kaitan hubungan antara jiwa dan unsur alam yang dikodkan dengan B2. B2 adalah gabungan jiwa dan unsur alam yang mana ianya memperlihatkan bahawa elemen jiwa pencipta yang begitu dekat dengan alam persekitaran mereka yang merangkumi pelbagai unsur alam yang mana ianya juga sebagai satu pelengkap kepada wujudnya seni rupa. Unsur alam yang berada pada lingkungan kehidupan seharian mereka telah dimanipulasikan secara bijak bagi penghasilan barangan seni rupa. Sebagi contoh, pencipta tembikar Mambong telah dapat menilai bahan asas penghasilan tembikar Mambong dengan begitu bijak sekali dengan menggunakan tanah liat yang berada dalam persekitaran hidup mereka secara maksima.

5.0 Kesimpulan Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Hasil hasil seni kraftangan Melayu seperti tembikar, batik, keris dan juga senibina seperti ukiran ukiran seni bina dan seni khat banyak dipengaruhi oleh budaya orang Melayu dan juga pengaruh kepercayaan Islam. Melayu sudah sinonim dengan Islam dan segala hasil kraft dan seni bina Melayu dihasilkan mengikut kepercayaan Agama Islam.

25

HBAE3103

6.0 Bibliografi Khairuddin Talib (2011), Modul OUM HBAE3103.Kraf Tradisional. Open Universiti Malaysia. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1998). Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Sabrizaa Abd Rashid. (2007). Kajian Simbolisme Elemen-Elemen Estetik dan Ragam Hias Rumah Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni Bina Gaya Pantai Timur.Tesis PhD, Institut Pengajian Siswazah, USM, 2007. Mohd Sabrizaa B Abd Rashid (2008). Evolusi bentuk dan makna pada ragam hias dalam seni bina tradisional melayu . Jabatan Seni Bina Dalaman Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur UiTM Perak Kampus Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan. Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi. Dewan Bahasa dan. Pustaka Kuala Lumpur Salawati Hj Abdul Wahab (2008) , Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni: Open Universiti Malaysia. Syed Muhammad Naquib Al-Attas .(1972). Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, ABIM: Kuala Lumpur themalayartgallery.com/ www.batikinspirations.com/

26

HBAE3103

27