Anda di halaman 1dari 29

Bahagian Profil diri Penghargaan Pendahuluan

Kandungan

M/S

2 3 4 5

1.0 Dasar-dasar pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 1.1 Laporan Kabinet (1979) A 1.2 Rukun Negara 1.3 Dasar Ekonomi Baru 1.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan 2.0 Faktor-faktor yang menetukan kandungan, matlamat dan aspirasi FPK 2.1 Agama 2.2 Politik B 2.3 Ekonomi 2.4 Sosial 2.5 Individu 2.6 Sejagat C 3.0 Sumbangan pelbagai falsafah dalam perkembangan FPK D E 4.0 Implikasi setiap elemen FPK terhadap seorang guru 5.0 Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara Penutup Refleksi Rujukan Lampiran
1

5 6 10 10 13

13 13 14 14 14 15 16

21 24 26 27 28 29

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Nama Kad Pengenalan Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat Kump. / Unit No Telefon

: Sakinah Binti Ahmad Shah. : 911101-12-5118 : 01hb.November 1991. : Hospital Kudat Sabah. : Taman Ria 10 Perumahan Kastam, P/S 91000 Tawau, Sabah. : PISMP PA / PQ / BA Ambilan Januari 2011 : 0138570629.

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, rasa syukur saya panjatkan kepadaNya, Allah SWT kerana berkat limpah dan kurnia, saya masih diberikan semangat dan kemampuan untuk menyiapkan KKP EDU 3101 ini dengan jayanya. Dalam ruangan penghargaan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Tuan Doti Asing, yang sentiasa komited dan memberikan bimbingan sebelum, semasa dan selepas proses penyiapan projek ini. Saya berdoa semoga dengan tunjuk ajar beliau akan menjadikan projek ini lebih mantap dan memenuhi kehendak dan kriteria-kriteria yang sewajarnya. Di samping itu, ucapan terima kasih juga saya ingin kirimkan untuk keluarga tersayang yang jauh di mata namun sentiasa dekat di hati. Semoga berkat doa kalian, saya akan mencapai keputusan yang lebih baik dari semasa ke semasa, insyaAllah. Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan kerana kesudian berkongsi ilmu dan kolaborasi sesama kita. Saya berdoa semoga kerjasama daripada kalian akan mendapat balasan yang baik daripadaNya. Terima kasih di atas semuanya samada secara langsung atau tidak langsung. Akhir kalam, semoga kita mendapat keberkatan dan sentiasa ikhlas untuk menabur budi dan bakti di dunia ini.

(...........................................) Sakinah Binti Ahmad Shah PISMP PA Jan 2011 IPG Kampus Kent Tuaran
3

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Kerja Kursus ini akan menjelaskan dasar-dasar dan faktor-faktor

pembentukan FPK. Selain itu, Kerja Kursus ini juga akan menerangkan sumbangan tiga falsafah utama yang mempengaruhi perkembangan FPK iaitu Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Timur dan Falsafah Pendidikan Barat. Jika FPK ialah panduan segala aktiviti pendidikan di Malaysia, sudah pasti FPK ini memberikan kesan dan implikasi terhadap pendidikan negara dan penggerak aktiviti pendidikan itu sendiri iaitu Pendidik. Semoga Kerja Kursus ini dapat menjadikan kita seorang guru yang mengamalkan FPK dalam menjalankan tugas dan amanah yang sungguh mulia ini, insyaAllah.

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 DASAR-DASAR PEMBENTUKAN FPK 1.1 LAPORAN KABINET (1979)

Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974. Pembentukan

Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru, 1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan aspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996,

Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999).Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi :

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Rajah 1 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan Selain itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 juga, telah menetapkan secara
5

tersurat dan tersirat penentuan wajah dan jenis warganegara Malaysia yang perlu dibentuk melalui sistem pendidikan di Malaysia. Keperihatinan dan hasrat Jawatankuasa tersebut dirakamkan seperti berikut :
EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahu pun secara beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya individu yang lahir dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan. Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik. Berikut ialah cirri-ciri Laporan Kabinet 1979 : I. II. Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini III. IV. V. VI. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

1.2 RUKUN NEGARA Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara Menurut Choong Lean Keow (2008), sebenarnya Rukun Negara ini diilhamkan sebahagiannya daripada Pancasila negara Indonesia dan berasaskan lima prinsip
6

yang berikut :

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kepercayaan Kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang

warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri
7

pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
8

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kewujudan

undang-undang

akan

menjamin

kehidupan

anggota

masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan Dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
9

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.3 DASAR EKONOMI BARU Dasar Ekonomi Baru merupakan suatau usaha Kerajaan Malaysia bagi mewujudkan perpaduan Negara dengan mengurangkan perbezaan dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Seperti yang diketahui umum,

rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu : a. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan

memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum b. Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi Secara pelaksanaan, strategi yang telah disusun termasuk seperti di bawah : a. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar Bandar b. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Mlaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi c. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990. Selain itu, menubuhkan beberapa agensi seperti Majlis Amanah Amanah Rakyat Saham (MARA), Nasional Bank dan

Pembangunan, sebagainya.

Bank

Bumiputera,

1.4 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran)
10

Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri. Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya,

Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
11

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluankeperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung sematamata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.

12

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KANDUNGAN, MATLAMAT DAN ASPIRASI FPK Faktor pembentukan FPK terdiri daripada enam faktor; iaitu agama, sosial, politik, ekonomi, individu dan sejagat. Terminologi syumul berkenaan keenam-enam faktor tersebut dipaparkan jalinannya seperti berikut; 2.1 Faktor Agama Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktorfaktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu :...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...

2.2 Faktor Politik Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. ...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...

13

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.3 Faktor Ekonomi Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri... 2.4 Faktor Sosial Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormatmenghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu: ...melahirkan rakyat Malaysia...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara... 2.5 Faktor Individu Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan
14

Negara :

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani 2.6 Faktor Sejagat Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. ..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh...

15

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.0 SUMBANGAN PELBAGAI FALSAFAH DALAM PERKEMBANGAN FPK (FALSAFAH ISLAM, FALSAFAH BARAT DAN FALSAFAH TIMUR)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan pada tahun 1988 telah menjadi pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilainilai yang murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlakmulia,

bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk mencapai kemajuan negara serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat harmonis yang berbilang kaum. Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dirancang bertujuan mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini. Sekiranya kita membuat perbandingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan falsafah-falsafah pendidikan yang lain, sama ada di negara Barat, Timur mahupun falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu falsafah pendidikan yang mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada unsur-unsur yangterdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai kaitan erat dengan falsafah-falsafah

pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan Islam.


16

Secara keseluruhannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip atau mempunyai banyak persamaan dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme.Theodore
EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Burghard

Hurt

Brameld (1904-?)

menggabungkan

teori

progresivisme dengan

behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat bahawa pengalaman sebenarnya terhasil daripadainteraksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial. Dengan erti kata yang lain, pengalaman individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Beliau juga menekankan bahawa nilai berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Kedua-dua falasafah ini jelas menekankan bahawa matlamat utama pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang stabil demi keharmonian dankemakmuran. Memandangkan falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah

berasaskan falsafah progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme.Menurut John Dewey dan ahliahli progresivisme, pelajar merupakan peranan utama dalam pembelajaran. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dankebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Oleh hal yang demikian, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek, penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat

dengan membimbing pelajar. Ciri-ciri ini boleh dikenalpasti berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
17

dan Menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiripenemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

memperolehi i l m u pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu. Di dalam tempat belajar, sekolah merupakan sebuah masyarakat kecil yang

bercorak demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara berkumpul sekali gusmenyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan

vokasional, iaitu mata pelajaran yang memupuk kemahiran daya cipta dalam kalangan pelajar sebagaimana yang dititiberatkan dalam falsafah tersebut. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu fungsi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkanpotensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk insan, yang harmonis dan seimbang. Fungsi ini pula boleh dihayati daripada falsafah pendidikan Barat iaitu rekonstruktisme serta falsafah pendidikan Timur iaitu Konfusianisme, Nasionalisme dan Internasionalisme. Menurut falsafah pendidikan China, Mazhab Konfusianisme, peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Pendidikan disifatkan sebagai alat penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan, dan

keharmonian kehidupan. Mereka juga menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. Walau bagaimanapun, untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah
18

dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat.

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Membentuk individu yang menyeluruh juga berkaitan dengan falsafah pendidikan nasionalisme dan internasionalisme di India. Rabindranath Tagore (18611941) mentafsirkan pendidikan sebagai proses bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, segala aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh makna. Beliau juga berpendapat pendidikan harus menjadi satu proses berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga mendukung sikap nasionalisme yang ideal, menpunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif. Jika dibandingkan dari aspek falsafah pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula kita dapat menghayati falsafah pendidikan Islam ini. Tambahan pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan KBSM mencerminkan ciri-ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama. Memandangkan sebab sistem pendidikan menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional. James B. Conant(1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?),
19

berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung
EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

kepadapengaruh

kebudayaan

masyarakat,

iaitu

melalui

latihan

intelek

dan

mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utamadalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan sikappimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan bahawa falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah

eklektisisme, iaitu sesuatu falsafah yang dicipta tersendiri daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. Pendapat ini amat jelas dan tepat menggambarkan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dicipta mengikut acuan rakyat Malaysia sendiri berdasarkan falsafah-falsafah yang sedia ada dan direka bentuk sedemikian rupa demi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia ke arah kecemerlangan pendidikan.

20

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

4.0 IMPLIKASI SETIAP ELEMEN FPK TERHADAP SEORANG GURU Umum mengetahui bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai elemenelemen yang tersendiri. Menurut Choong Lean Keow (2008), terdapat 15 elemen dalam FPK yang seterunya memberikan implikasi kepada guru daripada segenap aspek. Jadual di bawah akan menjelaskan perincian 15 elemen-elemen tersebut beserta implikasinya terhadap seorang guru. Elemen-elemen FPK Implikasi terhadap guru Pendidikan adalah proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai. Maka sebagai seorang guru yang pendidikan suatu usaha berterusan inovatif, kita hendaklah sentiasa

berusaha mendidik anak-anak bangsa kera pendidikan berlangsung secara berterusan. Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi social dengan orang lain dan alam sekeliling. perkembangan potensi individu Guru

seelok-eloknya mencungkil, memupuk, memperkembang dan mempertingkat bakat dan potensi yang wujud dalam diri setiap murid. Perkembangan seelok-eloknya dan peningkatan lima

merangkumi

aspek, iaitu jasmani, emosi, rohani, perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu intelek dan sosial. Guru bukan hanya mampu mencungkil bakat dan potensi semata-mata tetapi haruslah secara seimbang dan menyeluruh dalam lima aspek tadi. Keimbangan antara kelima-lima aspek
21

akan Insan yang seimbang dan harmonis

menghasilkan

individu

yang

harmonis. Guru hendaklah mendidik murid-murid menjadi individu yang

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

harmonis untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup

berhadapan dengan apa juga masalah yang timbul. Guru seharusnya mampu mempastikan murid-murid membangun dalm aspek intelek seperti penguasaan kemahiran unsur intelek 3M dan sentiasa merangsang murid untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif Selain aspek intelek, guru hendaklah berupaya menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti unsur rohani berakhlak mulia, bersyukur dengan pemberian tuhan, percaya kepada tuhan dan nilai-nilai murni yang lain. Guru hendaklah memiliki emosi yang matang dan stabil serta mampu

mewujudkan ikatan ukhuwah dan kasih unsur emosi saying, sifat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan murid dan masyarakat amnya. Guru hendaklah sentiasa cergas dan cerdas dan menyedari tentang Guru

kepentingan kesihatan fizikal. unsur jasmani

juga sebagai agen sosialisme dapat menggunakan kemahiran kecergasan untuk manfaat bersama. Guru hendaklah memupuk dan menyedarkan murid bahawa setiap

kepercayaan dan kepatuhan kepada


22

individu bertanggungjawa ke atas perbuatan masing-masing. Guru juga mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

tuhan

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Guru berusaha untuk memupuk budaya membaca, budaya ilmu dan cinta akan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan ilmu pengetahuan. Guru juga harus mempunyai terbuka. Seorang guru harus memiliki kecerdasan fikiran yang luas dan

kecekapan,,kompetensi

diri, berkebolehan dan mampu untuk rakyat Malaysia yang berketerampilan menyempurnakan tugas dengan baik dan membawa personaliti dan

perwatakan yang baik. Guru yang berakhlak mulia mempunyai perwatakan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia berpegang diri teguh yang kepada baik dan

nilai-nilai

murni dan moral sebagi prinsip hidup. Guru yang bertanggungjawab akan menjalankan tugas dengan penuh

rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

semangat, keazaman, amanah dan cekap. Guru juga hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang Negara. Guru haruslah memiliki fikiran yang waras dan berjiwa sakinah. Untuk

rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

mencapai

kesejahteraan

diri,

guru

hendaklah mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran. Guru akan menjadikan rukun Negara

rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

sebagai

amalan

hidup,

memupuk mematuhi cintakan

persefahaman norma Negara.

keluarga, dan

masyarakat

Jadual 1 : implikasi setiap elemen FPK terhadap guru atau pendidik


23

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

5.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan negara: I. II. III. Implikasi terhadap kurikulum Imlplikasi terhadap pendidik Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan

Implikasi Terhadap Kurikulum. Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan Implikasi Terhadap Pendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen
24

perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar
EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

mengikuti perubahan

sistem

pendidikan

yang

berteraskan

teknologi.

Guru

mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru. Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan. Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
25

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan ketuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara kelima-lima unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Diharapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mampu

memberikan kesan yan positif kepada semua yang menjalankan segala aktiviti pendidikan.

26

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Saya Sakinah Ahmad Shah sangat berbesar hati kerana akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus EDU 3101 ini. Kami telah diberikan masa selama dua minggu untuk meyelesaikan tugasan ini. Tugasan EDU 3101 ini adalah secara individu. Tugasan kali ini adalah berkisar tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang aktiviti pendidikan di Malaysia. Saya mengalami sedikit masalah ketika menyiapkan tugasan ini kerana kekurangan sumber rujukan. Namun berkat usaha dan ketekunan saya serta

bantuan daripada kawan-kawan, Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghantar tugasan ini pada hari yang ditetapkan. Sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya dapat membuka mata dan fikiran saya bahawa FPK adalah unsur yang penting dalam kehidupan sebagai seorang guru. Justeru, saya rasa bertuah kerana dapat menyiapkan kerja kursus yang sesungguhnya berguna pada masa akan datang nanti. FPK

mempunyai elemen-elemen yang dapat membentuk jati diri dan kemenjadian seorang guru. Saya berharap saya dapat menjadi seorang guru yang menepati

kehendak FPK bagi melahirkan anak bangsa yang bermodal insan tinggi.

27

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

BUKU Choong, Lean Keow. (2008). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Mok, Soon Sang. (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Mok, Soon Sang. (2010).Falsafah Pendidikan, Kurikulum & Profesionalisme Keguruan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

INTERNET Itukamibudakseni, Faktor-faktor pembentukan FPK, dilayari pada 20 Mac 2011 di URL http://pelangipetang89.blogspot.com Admin, Dasar Pendidikan Negara, dilayari pada 22 Mac 2011 di URL http://naspgsrbahasamelayu.blogspot.com http://www.angelfire.com http://pmr.penerangan.gov.my

28

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

29

EDU 3101 | FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai