Anda di halaman 1dari 7

DASAR DAN PROGRAM BAGI KEMAJUAN MATEMATIK KANAK-KANAK Secara umum, pendidikan matematik sebagai satu bidang yang

telah mula berkembang pada akhir abad ke-19. Seiring dengan perkembangan tersebut, dasar dan program bagi kemajuan matematik kanak-kanak dalam bidang pendidikan matematik turut mendapat perhatian. Namun, dasar dan program yang dijalankan perlulah sistematik dan memenuhi kehendak yang baik serta dapat membekalkan maklumat yang sangat berguna dan penting untuk kebaikan pendidikan matematik itu sendiri terutama kepada pelajar dan guru. Sekiranya bidang ini tidak mengikut aliran terkini, maka adalah mustahil untuk sesebuah negara itu berkembang maju kerana ianya amat bergantung kepada perubahan-perubahan yang menyumbang kepada peningkatan dalam bidang ini dan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia Negara maju. Dasar dan program bagi kemajuan matematik ini merupakan penggerak dan jaminan kepada pelajar untuk menjadi warga dunia masa depan yang berjaya selaras dengan peredaran zaman era globalisas. Justeru, segala program pendidikan matematik kanak-kanak harus berpusatkan dengan keperluan sezaman dan sejajar dengan teori pembelajaran berasaan otak dan kecanggihan teknologi dunia yang menjadi penentu keperluan kehidupan masa depan mereka.

Dasar dalam matematik ialah mengamalkan pembelajaran holistik. Matematik pada pandangan saya ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini. Oleh itu, inovasi dan kreativiti adalah hasil pemikiran holistik yang harus diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran harian dalam bilik darjah secara jelas dan emprikal. Saya yakin bahawa dasar ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar merasai inovasi pada setiap masa di dalam bilik darjah. Saya berpendapat bahawa sesuatu pengajaran dan pembelajaran haruslah fokus kepada murid, mementingan nilai kognitif dan afektif, dan penggunaan TMK dalam bilik darjah supaya murid sentiasa berkembang mengikut arus keperluan dan kemahiran generik sezaman. Dengan keberkesanan konsep ini pelajar mampu menyumbang terhadap perkembangan matematik dan melahirkan insan yang mampu merealisasikan hasrat kerajaan ke arah

pembentukan Negara maju.

Seterusnya ialah

dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan

matematik dalam bahasa Inggeris yang telah menjadi isu hangat dan topik perdebatan dalam kalangan para pendidik dan ahli akademik saban hari. Saya menegaskan pendirian bahawa dasar ini tidak patut dimansuhkan kerana agenda ini mampu membangunkan generasi pelajar ya n g mamp u men gua sai b id an g sa ins da n tekno lo gi di t a ha p tin ggi se rt a berupaya menjana ilmu dan teknologi baru dalam pelbagai bidang. Justeru, guru harus menggunakan pelbagai inisiatif untuk melaksanakan dasar ini pada peringkat awal sekolah secara konsisten seperti

mengajar dalam suasana yang tenang dan menyeronokkan apalagi dibantu ' teaching courseware' yang dibekalkan oeh PPK. Hal ini kerana penguasaan dalam bahasa antarabangsa ini terhadap bidang asas kemajuan Negara ini memudahkan perkembangan ilmu supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus globalisasi . Seterusnya ialah dasar kurikulum standard sekolah rendah yang merupakan transformasi kurikulum yang mula dilaksanakan pada tahun 2010 terhadap pelajar tahun 1 dan 2. Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini kerana teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana guru akan membuat penilaian dengan terperinci perkembangan setiap pelajar berdasarkan band dan melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam pengajaran Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tambahan pula konsep 4M dalam pendidikan telah diperkenalkan ialitu menulis, membaca, mendengar dan menaakul. Saya sangat setuju dengan penggunaan amalan menaakul lebih-lebih lagi dalam matematik kerana ia megasah otak dan daya berfikir sesorang tentang sesuatu yang dipelarinya dan diaplikasikan dalam kehidupan. Seperti yang kita tahu kecanggihan teknologi pada masa kini, maklumat hanya berada di hujung jari dengan satu klik sahaja dan terpulang kepada guru untuk membawa penggunaan internet ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Proses ini mampu menghasilkan pelajar yang

menguasai superficial learning dan terus menggalakkan Deep learning. Contohnya maklumat yang boleh diperolehi pelajar dan guru secara mendalam ialah mengenai rancangan pengajaran, online exercise,pendekatan dan pembelajaran penyelesaian masalah serta kesenian dan perisian matematik yang boleh dijadikan rujukan. Saya yakin bahwa penggunaan internet atau TMK membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang lebih berpusatkan murid dan menjayakan matlamat perlaksanaan sekolah bestari dan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia. . Matematik adalah subjek yang melibatkan kemahiran mengira dan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi dan juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Justeru guru-guru dan pelajar harus menerapakan daya kerativiti yang tinggi dalam matematik ini bagi melahirkan insan yang kreatif dan inovatif serta mampu menghasilkan idea dan ciptaan baru. Guru-guru harus menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dalam matematik contohnya seperti penglibatan aktif pelajar, permainan, analogi dan latihan yang pelbagai. Berdasarkan konsep holistik pula program model pengajaran dan pembelajaran 3P diperkenalkan iaitu Big Picture Thinking (nilai kognitif),

Emaphatizing (nilai efektif) dan Informing(kemahiran generik). Dengan model Big Picture Thinking, pelajar akan memperolehi idea bernas dan pengalaman matematik yang banyak melalui kepelbagaian gambaran yang disampaikan di dalam bilik darjah bukan hanya kepada contoh dan latih tubi. Saya mencadangkan bahawa kaedah ini terus digunakan kerana ia mampu meningkatkan kreativiti dan inovatif pelajar dan menggalakan pembelajaran aras tinggi melalui kaedah Taksonomi Bloom. Selain itu, model yang kedua ialah proses In-forming yang melibatkan pencarian maklumat melalui laman-laman internet yang merupakan rangkaian terbesar antarabangsa seperti ejen pencarian Google search. Proses ketiga ialah proses Emphatizing yang melibatkan tiga nilai afektif iaitu rationalisme, kemajuan dan keterbukaan yang perlu diterapkan dalam matematik. Seperti kita tahu, kemajuan menekankan kepada penyelesaian alternatif dan

galakan kepada pelajar mencapai idea-idea umum yang secara tidak langsung dapat memupuk kreativiti dan inovasi pelajar. Nilai keterbukaan ialah nilai

pendemokrasian pengetahuan yang mendedahkan pelajar untuk mengemuka dan memaparkan idea mereka sendiri di dalam kelas dengan kreativiti tersendiri seperi menjelaskan tiga cara membuktikan teorem phytagoras. Rajah ini menunjukkan kaitan Model 3P.

Emphatizing (nilai afektif)

Big picture thinking (nilai kognitif)

Informing( kemahiran generik)

Model 3P
Program seterusnya ialah Program Sekolah Bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corior). Sebagai seorang bakal guru saya berpendapat bahawa sistem pendidikan harus dimantapkan dengan perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi sejajar dengan konsep sekolah bestari untuk mengoptimumkan potensi murid dalam penggunaan TMK dan lebih memberi tumpuan kepada aplikasi dan proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Natijahnya pelajar tidak mudah berasa bosan dan lebih berminat untuk belajar dengan kaedah pembelajaran akses kendiri,terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Program PERMATA ialah Program Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak yang teah ditubuhkan oleh Pusat Perkembangan kanak-kanak Negara atau NDDRC di UPSI berdasarkan cetusan idea daripada Datin Seri Rosmah Mansor. Kurikulumnya digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanakkanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal.

Pada

pandangan

saya,

program

ini

mmembantu

kanak-kanak

mencapai

perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri berdasarkan konsep FPK. Maka, dari peringkat awal inilah menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah Negara. Selain itu, Projek INSPIRE atau Sistem Integrasi Arahan Terancang Untuk Persekitaran Luar Bandar merupakan projek penyelidikan yang membina dan menguji pendekatan tertentu demi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah rendah di luar Bandar. Oleh itu, guru-guru harus mewujudkan suatu inovasi atau idea baru untuk aktiviti pemulihan di dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek matematik yang

merupakan matapelajaran yang dibenci oleh kebanyakan pelajar. Saya pasti projek ini akan memberi peluang kepada pelajar luar Bandar untuk mengembangkan potensi dan keazaman untuk terus melanjutkan pelajaran sekaligus dapat meningkatkan perkembangan matematik. Projek imbuhan (compensatory Project) telah dilaksanakan untuk

membetulkan ketidaksamaan pendidikan dan merapatkan jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin. Dengan keadaan dunia yang semakin melangkah ke zaman kemodenan di samping taraf hidup yang kian meningkat menyebabkan sesetengah pelajar yang lahir daripada golongan kurang berkemampuan dan luar bandar mempunyai pendidikan yang terbantut. Saya sangat tertarik dan sokong dengan projek ini kerana pelajar luar Bandar tidak lagi dipinggirkan dan mampu bersaing sebagai pelajar cemerlang setanding dengan pelajar-pelajar lain selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan yang menyeragamkan pendidikan tanpa mengenal kaum, bangsa, agama dan golongan kaya atau miskin. Projek ini selaras dengan konsep Negara iaitu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kerana pelajar-pelajar lemah dan kurang kemampuan dapat dibantu. Bantuanbantuan yang diberikan seperti subsidi makanan,bantuan kewangan dan rancangan pembelajaran mampu membantu pelajar untuk meneruskan pelajaran dengan lebih bersemangat dan secara tidak langsung dapat mengasah potensi yang ada dalam diri terutama dalam bidang matematik yang sentiasa ada disekeliling kita untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Pada firasat saya, projek sebegini sudah tentu

dapat memajukan sesebuah kawasan tidak kiralah luar Bandar atau pedalaman, hal

ini kerana kemajuan sesebuah Negara bergantung kepada tahap pendidikan sesebuah masyarakat. Selain itu program pendidikan matematik di sekolah rendah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah Mokhdar untuk menghasilkan kekuatan memori

yang luar biasa terhadap input-input matematik. Sebagai contoh kecekapan menyimpan maklumat sifir asas hingga lebih mencabar dengan hanya mencongak dan lebih pantas tanpa alat bantuan lain pada usia seawal tujuh. Saya jamin bahawa penggunaan Mokhtar advance membantu pelajar menyelesaikan masalah tanpa

menyebabkan kekusutan minda kerana ia tidak melibatkan kaedah meghafal dan menjadi teras penting dalam pemikiran sains dan matematik. Kaedah abakus juga digunakan sejak zaman dahulu untuk membantu dalam pengiraan matematik dengan pantas dan cekap daripada penggunaan kalkulator saintifik. Saya berpendapat jika kaedah ini diteruskan, sudah tentu kita akan melahirkan pelajarpelajar yang genius sekaligus memperkembangkan matematik di dunia. Akhir sekali ialah program pendidikan sekolah menengah yang menggunakan Perisian Geometrical sketchpad dan GeoGebra iaitu alat teknologi maklumat yang memberikan gambaran konsep algebra dan penyelesaian masalah dalam pelbagai bidang matematik serta dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Perisian ini mampu menggalakkan kreativit pada matematik KBSM sekaligus dalam pencapaian pelajar melalui pembelajaran gambarajah, lukisan dan ukuran. Matematik ethno dalam pengajaran dan pembelajaran harus diaplikasikan yang melibatkan perbezaan kelompok kecil murid-murid berdasarkan kedudukan geografi,persekitaran dan status ekonomi. Kaedah ini akan menunjukkan

kepelbagaian proses pemikiran murid-murid yang kreatif dan inovatif melalui kaedah menulis alternatif seperti cara mengira altrenatif yang melibatkan kaedah menaakul dalam matematik.

Matematik Amalan setempat

Model matematik

Matematik ethno adalah tindihan antara tiga konsep.

Kesimpulannya, dalam usaha kita untuk meningkatkan prestasi pendidikan matematik di negara kita, sumbangan padu daripada pelbagai pihak sangat diperlukan sebagai pemangkin kearah reformasi pengajaran dan pembelajaran matematik secara berterusan. Maka, semua pihak haruslah bekerjasama untuk

melaksanakan dasar dan program yang digubal ini untuk memperkembangkan lagi pendidikan matematik dan melahirkan insan yang seperti dikehendaki oleh konsep FPK serta membentuk sebah Negara yang megah membangun.