Anda di halaman 1dari 16

Zunaida Zainol

770710025546

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek BMM 3104 Pengajaran

Kemahiran Bahasa Melayu ini dengan selamat. Biarpun pada peringkat awal untuk menyiapkan tugasan ini saya menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah, namun akhirnya ianya dapat disempurnakan juga, walaupun tidak sebaik yang dipinta. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada para pensyarah yang mengajar saya di IPGM Kampus Darulaman. Terutamanya, khas buat Encik Abdul Manaf bin Ahmad diatas kesudian membantu dan membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan ini, sukar bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini. Biarpun subjek BMM 3104 ini adalah satu subjek yang agak sukar di mana ianya merupakan satu subjek baru bagi saya, dimana masa di peringkat diploma dahulu saya tidak pernah mempelajarinya namun dengan teknik dan skill yang gunakan oleh Encik Abdul Manaf seperti teknik pembentangan dan perbincangan

dapat membantu saya untuk memahami serba sedikit mengenai subjek ini. Ianya secara tidak langsung dapat membantu saya untuk mengajar murid- murid di sekolah saya. . Di samping itu juga, ucapan penghargaan terima kasih juga saya rakamkan buat rakan- rakan sekelas PGSR Pendidikan Khas 2008 , Guru- guru SKDHZ dan murid- murid PKBP SKDHZ diatas kesudian kalian membantu saya. Bantuan dan sumbangan kalian amat dihargai. Terima kasih sekali lagi. Sekian, Wasallam.

PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104

Page 1

Zunaida Zainol

770710025546

PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN LISAN Apabila kita menyebut lisan kita akan tergambar dua orang atau lebih sedang bertutur, berinteraksi mahupun berkomunikasi. Walau apapun perkataan atau istilah yang digunakan namun perlakuan yang terlibat ialah mereka menerima mesej dan menghasilkan maklumat berdasarkan mesej yang diterima itu tadi. Maksudnya, kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan itu, kita boleh simpulkan sekali lagi bahawa kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu. Terdapat dua kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran Mendengar i. Pengenalan Dalam proses pemerolehan bahasa kita terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Dengan itu kita menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba meniru serta menuturkannya berulang kali. Persekitaran inilah yang menjadi model kepada kita. Jika model itu merupakan model yang baik iaitu mereka yang menggunakan bahasa yang baik (yang standard), maka keadaan ini akan menguntungkan kita. Jika sebaliknya, kita akan rugi kerana memperoleh contoh dan meniru model yang salah. ii.Jenis Kemahiran Mendengar Penyataan di atas menyatakan bahawa kemahiran bertutur itu terhasil daripada proses mendengar. Apakah yang terjadi dalam proses mendengar itu?

PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104

Page 2

Zunaida Zainol

770710025546

Ketika mendengar seseorang itu akan menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa, dan berasaskan pengetahuan serta pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan bunyi itu dengan makna. Bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas bagi seseorang itu membuat tindakan. Dengan itu dapat kita simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan proses memaham, menghurai dan menilai apa yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat. Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif. a. Mendengar Pasif Lazimnya, didalam sesuatu situasi, guru akan menerangkan nama sejenis pokok dengan menggunakan istilah saintifiknya. Pelajar-pelajarnya berdiam diri menunjukkan bahawa mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh gurunya. Jadi, apakah yang berlaku dalam proses mendengar ini? Inilah yang dinamakan mendengar pasif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima. b. Mendengar Aktif Cuba anda fikirkan,mengapa pelajar-pelajar dalam situasi tertentu pula menjawab penyataan gurunya? Sebab pelajar-pelajar itu faham apa yang dikatakan oleh gurunya itu. Inilah yang dikatakan mendengar aktif. Oleh itu, mendengar aktif melibatkan komunikasi dua hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar. c. Peringkat Kemahiran Mendengar dan Memahami Pada hakikatnya,apabila kita berkata tentang proses, kita tidak dapat lari daripada sesuatu keadaan yang berlaku secara berperingkat dan mengikut aras-aras tertentu. Begitulah juga dengan proses kemahiran mendengar ini. Terdapat dua peringkat kemahiran mendengar yang mempunyai aras rendah dan aras tinggi. Aras Rendah Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci Mengenal maklumat khusus
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 3

Zunaida Zainol

770710025546

Mengesan urutan Mengenal sebab dan akibat Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi Mengenal sikap dan perasaan orang Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci Mengenal maklumat khusus Mengesan urutan Mengenal sebab dan akibat Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi Aras Tinggi Mengenal isi-isi penting Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap Mentafsirkan maksud orang yang bercakap Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar iv.Aktiviti Kemahiran Mendengar Contoh aktiviti yang boleh dilakukan Antara aktiviti-aktivitinya adalah seperti yang terkandung di dalam jadual di bawah: (a) mengenal dan mengecam Mengenal dan mengecam jenis-jenis bunyi. Mengecam sebutan baku dan tidak baku dan bunyi kata. Mengecam pelbagai jenis nada, intonasi, gaya pengucapan serta sikap penutur daripada perbualan, lakonan atau drama yang diperdengarkan. Mendengar rakaman perbualan, wawancara, cerita dan berita. Perbualan melalui telefon. Mengenal pasti erti kata-kata. (b) Membuat inferens Menerangkan sebab-sebab kejadian sesuatu perkara. Misalnya, jelaskan sebabsebab terjadinya tanah runtuh? (c) Menganalisis maklumat Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus.
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 4

Zunaida Zainol

770710025546

(d) Membuat rumusan Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang telah dianalisis. (e) Membuat penilaian Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengar atau dibincangkan. v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan untuk Kemahiran Mendengar Kita sedia maklum bahawa untuk menarik penumpuan dan minat pelajarpelajar untuk mendengar, situasi pembelajaran itu mestilah menarik juga. Di samping pengajaran guru bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting. Ini bermaksud, seseorang guru yang masuk ke bilik darjah dengan hanya menggunakan kata-kata, suara, isyarat (gestures), papan tulis dan papan kapur sahaja, tidak akan dapat mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Kenapa tidaknya? Sebab, pelajar hanya mendengar dan mempelajari sesuatu itu secara abstrak, jauh dan kabur. Ini tidak memungkinkan berlakunya perkongsian maklumat, idea, pandangan, sikap dan nilai antara pelajar dengan guru, pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan. Mana mungkin pelajar hanya mendengar sahaja sedangkan kemahiran bahasa perlu dikuasai dengan yakin melalui visual dan pengalaman. Dengan itu, sebaiknya, guru bahasa perlu menggunakan alat dan bahan yang sesuai, menarik dan mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu agar semua deria pelajar dilatih untuk menerima pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam kemahiran mendengar ini. Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ia digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.

Kemahiran Bertutur i. Pengenalan Umumnya, kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 5

Zunaida Zainol

770710025546

spontan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan konteks yang sesuai. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur membolehkan pelajar menguasai kemahiran bercakap dengan tenang, dalam gaya (nada, intonasi dan tekanan) yang betul, lancar dan fasih mengikut situasi dan keperluan. ii.Jenis Pertuturan a. Pertuturan Sehala Pertuturan sehala bolehlah ditakrifkan sebagai penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan. Pengirim menyampaikan mesej manakala penerima tidak memberi sebarang maklum balas sesuai secara spontan. Ciri-cirinya : Penyampai aktif Penerima pasif Tiada maklum balas spontan Bahasa jelas dan sesuai Keberkesanan komunikasi bergantung kepada penyampai Khalayak besar Jenis-jenis Aktiviti Taklimat Pengumuman Pengucapan Awam Memberi arahan/panduan Pengacaraan Majlis

b. Pertuturan Dua Hala Pertuturan dua hala pula boleh berlaku dalam pelbagai situasi.Apa yang terjadi ialah satu pihak menyampaikan maklumat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak penyampai tadi. Komunikasi ini berlaku secara spontan dalam satu masa dan di tempat yang serupa. Ciri-cirinya ialah penyampai

PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104

Page 6

Zunaida Zainol

770710025546

dan penerima saling berinteraksi, penyampai dan penerima saling bersemuka, dan ada maklum balas atau tindak balas yang spontan. Jenis-jenis aktiviti dua hala ialah; Dialog Forum Wawancara / temu bual Perbincangan Perbahasan Mesyuarat iii. Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur Pada hakikatnya, bagi mencapai objektif pengajaran bertutur iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan dalam masyarakat, maka sudah tentulah kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. Dengan itu, mari kita lihat peringkat- peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat pertuturan rendah dan peringkat pertuturan tinggi. a. Peringkat Rendah * Pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan pengalaman murid seperti; Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai. Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan. Menyatakan perasaan secara terus terang dan beradab tentang sesuatu perkara. b. Peringkat Tinggi * Pertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti; Mengemukakan pendapat/cadangan yang bernas dalam perbincangan. Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan mencari kata sepakat. Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan. Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu Memberi respons peribadi tentang karya sastera

PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104

Page 7

Zunaida Zainol

770710025546

iv. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh direalisasikan di dalam bilik darjah melalui aktivitiaktiviti pembelajaran. Sepertimana teknik, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa mengajar kemahiran bertutur ini. a. Perbualan Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara dengan menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan yang sesuai dan betul semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Selain daripada itu ianya juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan kepadanya. b. Memberi Pendapat Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan, menghuraikan dan mengemukakan idea yang bernas dalam perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan pengalaman dan pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan misalnya tentang kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan. Pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan akibat, tujuan atau sebab- musabab. c. Simulasi Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi sosial yang sebenar. Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut terlebih dahulu sebelum melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan. d. Main Peranan Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan gambaran pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip. Teknik ini mementingkan interaksi pelajar secara individu atau kumpulan. e. Perbincangan Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan. Sewaktu perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik. KEMAHIRAN MEMBACA Pengenalan
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 8

Zunaida Zainol

770710025546

Secara dasarnya, kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring atau secara senyap. Pengertian ini tidak mampu memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang apa yang terjadi apabila seseorang itu membaca. Oleh itu, cuba kita bincangkan definisi-definisi ini. i. Haris dan Sipay (1980:8) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses mendapatkan interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. ii. Kenedy (1981:5) mentafsir proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya, berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mengintegrasikan maksudnya. iii. Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses membaca sebagai satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran ideaidea di antara penulis dan pembaca. Dengan itu, seseorang itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya. Kesimpulannya, kita boleh rumuskan bahawa; i. Terdapat dua komponen dalam perlakuan membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan-perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca; ii. Aspek yang ditekan dalam proses membaca ialah aspek kepentingan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. iii. Proses membaca adalah untuk memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis; iv. Seseorang pembaca (contohnya, pelajar) akan membawa tujuan, jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu kepada apa yang dibacanya.

PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104

Page 9

Zunaida Zainol

770710025546

Dengan itu, dapatlah disimpulkan membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Akan tetapi, sudah tentu ini tidak semudah kita fikirkan kerana kita terpaksa meneroka bagaimana kita memperoleh maksud melalui pembacaan dan bagaimana pembaca serta penulis teks akan memberi sumbangan kepada proses membaca itu sendiri. Jenis Bacaan Pada dasarnya, bacaan terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau senyap. Cuba and baca dan fahami penyataan di bawah ini. i. Bacaan Mekanis Umumnya, bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan bahawa membaca mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Ini bermaksud, orang yang membaca itu harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Oleh yang demikian, dia terlebih dahulu harus menguasai keterampilan persepsi yang menglibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal, dan memahami kata-kata dengan cepat dan betul. Begitu juga, dia mesti mampu dan cekap mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Jadi, berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. Lantas, mereka tidak dapat membunyi dan menggayakan kata-kata atau ungkapan yang dibaca itu dengan nada dan intonasi yang betul mengikut konteks dan wacana teks yang dibacanya itu. ii. Bacaan Mentalis Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan (visual memory). Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Bacaan senyap ini juga lebih bertepatan dengan
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 10

Zunaida Zainol

770710025546

membaca secara perseorangan (personalized reading). Ini menyatakan bahawa seseorang itu lebih selesa membaca bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik. Teknik Bacaan i. Bacaan pantas Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa. Walaubagaimanapun, kelajuan membaca itu disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu. Membaca pantas ini melibatkan pergerakan mata. Mata bergerak berperingkat-peringkat mengikut urutan baris-baris yang bercetak. Bagi pembaca yang lemah, mata mereka akan berhenti membaca pada tahap-tahap tertentu untuk menyerap perkataan atau berundur ke belakang kepada perkataan yang sebelumnya. Namun, pembaca yang baik akan melakukan perkara yang sama terutama apabila teks itu sangat sukar difahami. Oleh itu pergerakan mata penting dalam hubungan dengan kelajuan membaca. Dalam keadaan membaca pantas, pergerakan mata boleh mempengaruhi kandungan yang dibaca. Oleh yang demikian, kadar kelajuan membaca itu menentukan maklumat visual yang dapat diperoleh para pelajar dan ini memperlihatkan tahap keupayaan membaca para pelajar. Membaca pantas hanya berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam hati. Berbanding dengan bacaan kuat atau bersuara, pelajar sebenarnya menurunkan keupayaan membaca pada kadar kelajuan bercakap. Ini adalah kerana sewaktu membaca kuat, pembaca melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia. Oleh itu, bacaan pantas adalah bacaan senyap yang melibatkan mental, manakala bacaan kuat pula adalah sebagai latihan bercakap. ii. Bacaan Intensif Definisi Umumnya, ia merupakan satu jenis bacaan yang dilakukan secara teliti serta melibatkan proses telaah isi dan bahasa dimana telaah isi melibatkan membaca
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 11

Zunaida Zainol

770710025546

untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea. Manakala telaah bahasa pula menumpukan kepada aspek yang berkaitan dengan bahasa. KEMAHIRAN MENULIS Pengenalan Seperti yang kita semua sedia maklum, menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca. Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang lain. Oleh itu pengajarannya harus dirancang dengan teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid-murid dapat menyampaikan idea dengan tepat dan berkesan. Kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai kerana penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan harian. Di samping itu dalam sistem peperiksaan am di negara ini, pelajar-pelajar diuji dalam bentuk penulisan. a) Jenis-jenis Penulisan Kemahiran tersebut ialah kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran mentalis (pelahiran) Kemahiran Mekanis Anda perlu ketahui bahawa kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya pelajarpelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Anda harus memberi penekanan kepada kepentingan kemahiran ini kerana kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Kemahiran Mentalis Kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti latihan mental boleh anda jalankan untuk membantu pelajarpelajar anda menguasai kemahiran ini. Kemahiran-kemahiran Mengarang Adakah anda mempunyai bakat sebagai pengarang. Syabas, dan anda boleh mewariskannya kepada pelajar-pelajar anda! Jika sebaliknya jangan putus asa. Seseorang itu masih boleh menjadi penulis yang berpotensi jika tahu kemahiranPGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 12

Zunaida Zainol

770710025546

kemahiran yang diperlukan dalam penulisan karangan. Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan, anda harus memberikan penekanan kepada perkara-perkara berikut: Mengenal pasti audiens Mengenal pasti tujuan Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan Kemahiran koheran dan kohensi Kemahiran pemerengganan Aspek kemahiran mekanis Mengenal pasti audien Audien amat penting dalam penulisan karangan. Jika anda tidak mengenali audien, karangan yang anda tulis tidak mungkin dapat menepati kehendak dan keperluan mereka. Dalam konteks ini audien ialah rakan-rakan pelajar dan guru-guru yang akan membaca dan memeriksa karangan tersebut. Dalam pengajaran bahasa, anda perlu mempelbagaikan pendekatan pengajaran supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran anda berkesan. Pelajar yang lemah mungkin perlukan bimbingan yang lebih berbanding dengan pelajar yang lain. * Mengenal pasti tujuan Salah satu faktor yang penting dalam penguasaan kemahiran menulis ialah minat pelajar-pelajar untuk menulis. Minat menulis dan ditambah pula mempunyai tujuantujuan tertentu, merupakan adunan yang sangat baik untuk menghasilkan penulisan karangan yang bermutu. Tujuan mengarang: Mengeluarkan idea/pendapat - Meluahkan perasaan - Mempertahankan hujah - Menghasilkan cereka/imiginasi - dengan bahasa yang retorik Berdasarkan tujuan penulisan ini juga anda boleh mengajar pelajar-pelajar, membuat pemilihan kosa kata yang sesuai dan tatabahasa yang betul. Anda juga dapat membantu mereka mengolah ayat dengan berkesan, menggunakan format karangan yang betul dan menggunakan gaya bahasa yang sesuai. Apakah tujuan anda mengajar pelajar-pelajar anda kemahiran mengarang ? Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan

PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104

Page 13

Zunaida Zainol

770710025546

Pelajar-pelajar anda harus benar-benar memahami tajuk karangan. Tersalah mentasfsir tajuk akan meyebabkan isi karangan terpesong. Isi karangan harus jelas, logik relavan dan menarik minat orang yang membaca. Isi harus diolah dan disampaikan dengan teratur, kemas dan padat. Pemilihan dan pengolahan isi juga harus sesuai dengan tujuan penulisan karangan tersebut. Memahami tajuk karangan dengan tepat dan mengetahui tujuan penulisan, akan dapat membantu kita memilih teknik- teknik mengarang dan penggunaan kosa kata yang tepat serta format yang sesuai. Koheran dan kohensi Setiap isi karangan mestilah bersifat koheran iaitu mempunyai pertalian isi antara satu sama lain. Pertalian antara isi menampakkan satu pola atau keseluruhan karangan. Penyusunan isi harus mengikut susunan keutamaan tanpa mengabaikan pertalian antara isi-isi tersebut. Contohnya, jika kita melihat kesan akibat sesuatu tindakan, kesan itu harus disusun mengikut kesan keutamaan hasil kesan tersebut. Mungkin kesan ke atas faktor ekonomi menerima akibat yang paling banyak, diikuti oleh kesan sosial atau politik. Dalam kita mengolah isi karangan, kita akan menghuraikan kesan terhadap ekonomi terlebih dahulu, diikuti akibat kepada faktor sosial dan akhirnya kesan terhadap politik. Setiap isi yang ditulis akan memperlihatkan pertalian kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat tindakan tersebut. Umpama permainan jisaw, keping-keping kecil yang disusun dengan betul akan menghasilkan satu gambar yang lengkap dan sempurna. Kohensi pula merupakan unsur-unsur pertautan idea-idea utama yang didukung dengan huraian dan bukti, contoh-contoh dan fakta sokongan yang jelas dan bernas serta mempunyai pertalian dengan pokok persoalan. Setiap penulisan sesuatu perenggan isi mestilah dalam lengkongan tema yang sama. Pengolahan isi karangan sedemikian lebih menyakinkan audien dan dapat mengelakkan daripada penulisan si karangan yang terpesong dan kabur. Kemahiran Pemerengganan Penyusunan pemerengganan penting dalam penulisan karangan. Perenggan pendahuluan yang sesuai dan menarik hendaklah ditulis terlebih dahulu. Pemerenganan pendahuluan harus ditulis dengan mengunakan bahasa yang tepat, padat dan ekonomis. Pendahuluan yang meleret-leret akan membosankan. Isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus mengikut tema.
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 14

Zunaida Zainol

770710025546

Dalam penulisan karangan, setiap perenggan perlu didahului oleh ayat topik iaitu ayat yang menggambarkan tema atau isi penting dan disusuli dengan ayatayat huraian yang menghuraikan idea utama tersebut. Bukti-bukti atau contoh yang sesuai akan memperkukuh isi-isi karangan. Secara keseluruhannya, setiap perenggan dalam sesebuah karangan mesti mempunyai perkaitan antara satu sama lain.i. Apakah perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan dengan tajuk dan menarik? ii. Apakah setiap perenggan mengandungi satu isi penting dan isi itu dihuraikan dengan baik? iii. Adakah terdapat keseimbangan panjang sesebuah perenggan? Jika sebuah perenggan itu terlalu panjang bolehkan perenggan itu dipecahkan kepada subtopik? iv. Jika terdapat perenggan yang pendek berbanding perenggan yang lain, bolehkah perenggan itu digabungkan berdasarkan tema yang sama? - Kemahiran kosa kata, sistem bahasa dan gaya bahasa Seseorang itu harus menguasai kemahiran sesuatu bahasa untuk memudahkan penyampaian idea dengan baik dan berkesan. Pemilihan kosa kata yang tepat dan bersesuaian amat penting dalam menghasilkan. Karangan yang baik. Pengetahuan tentang sistem bahasa yang merangkumi tatabahasa, ragam bahasa dan gaya bahasa yang bersesuaian amat perlu untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik. Anda harus mengambil kira persoalan-persoalan yang berikut untuk melihat ketepatan penggunaan bahasa anda? i. Adakah pemilihan kosa kata pelajar-pelajar anda sesuai dan tepat? ii. Adakah bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar anda menarik, tepat, jelas dan mudah difahami? iii. Adakah ayat-ayat yang pelajar-pelajar anda gramatis dan beragam jenis dari segi dan strukturnya? iv. Adakah penulisan karangan pelajar-pelajar anda lancar? v. Adakah gaya penulisan pelajar-pelajar anda menarik? Kemahiran Aspek Mekanis Aspek-aspek kemahiran bahasa yang perlu diambil kira semasa mengajarkan penulisan karangan. Tulisan tangan pelajar-pelajar mesti kemas dan mudah dibaca. Pastikan pelajar-pelajar anda tidak melakukan kesilapan ejaan.
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 15

Zunaida Zainol

770710025546

Pastikan pelajar-pelajar anda menggunakan tanda baca yang betul. c. Perancangan Aktiviti-aktiviti Pengajaran Mengarang Objektif : i. Membolehkan pelajar-pelajar melahirkan fikiran dan perasaan dalam bentuk penulisan. ii. Menyuburkan minat suka menulis di kalangan pelajar. iii. Memperkaya pengetahuan pelajar tentang kosa kata, sistem bahasa, dan gaya bahasa. iv. Memperluas pengetahuan, pengalaman, dan meneroka ilmu-ilmu baru melalui peringkat prapenulisan. Peringkat-peringkat Pengajaran Mengarang Ada 3 tahap penulisan karangan yang perlu anda lalui untuk menghasilkan karangan yang baik. Berikut ialah tiga tahap penulisan yang perlu anda lalui untuk menghasilkan karangan yang baik: Tahap tahap penulisan Prapenulisan Semasa penulisan Pasca penulisan Tahap prapenulisan Tahap prapenulisan ialah proses memahami kehendak tajuk karangan, mencari, merangka, dan menyusun serta mengolah isi karangan. Anda haruslah membuat rujukan sama ada melalui media cetak atau media eletronik untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai bagi mendapatkan isi karangan yang mantap dan sesuai. Peringkat Semasa Mengarang Tahap penulisan bermaksud menulis draf karangan yang merangkumi perenggan pendahuluan, isi-isi penting dan kesimpulan atau penutup. Secara umumnya tahap penulisan ini melibatkan aktiviti yang berikut: i. Membentuk ayat-ayat yang konkrit dan jelas bagi menyampaikan dan mengolah

PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104

Page 16